-
7/30/2019 Sebab Wurud Hadis Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadir
1/3
Sebab Wurud Hadis Hendaklah Orang Yang Hadir
Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadir
Dipetik dari www.darulkautsar.net
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.
Sebab kedatangannya:
Daripada Abu Syuraih bahawa dia telah berkata kepada Amar bin Said ketika mana dia
menghantar pasukan-pasukan ke Mekah: Wahai Tuan Gabenor izinkan saya untuk saya
ceritakan kepadamu satu ucapan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w keesokan hari
selepas Pembukaan Mekah. Ia didengar oleh dua telinga saya mendengarnya dan hati saya
mengingatnya, serta dua mata saya melihat kepada baginda ketika mengucapkan kata-kata itu.
Baginda memuji-muji Allah, kemudian bersabda:Sesungguhnya Mekah telah diharamkan oleh
Allah bukan diharamkan oleh manusia. Kerana itu ia tidak halal kepada sesiapa yang beriman
kepada Allah dan Hari Akhirat untuk menumpahkan darah padanya. Juga tidak boleh memotong
pokok-pokok. Jika ada sesiapa yang beralasan dengan peperangan Rasulullah s.a.w. (untuk
mewajarkan perbuatannya), maka katakan sesungguhnya Allah telah izinkan kepada Rasul-Nya
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3715http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3715http://www.darulkautsar.net/http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3715http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3715http://www.darulkautsar.net/ -
7/30/2019 Sebab Wurud Hadis Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadir
2/3
dan Dia tidak mengizinkan kepada kamu. Allah telah mengizinkan kepadaku hanya sesaat
sahaja pada siang hari (pada pembukaan Mekah) dan kehormatannya telah kembali hari ini
seperti kehormatanya kelmarin. Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang
tidak hadir.
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari (104), Muslim (1354), Abu Dawud (2017), al-Nasa`i (2876),
al-Tirmidhi (809), Ahmad ( 16373)
Daripada Abdul Rahman bin Abu Bakrah daripada ayahnya menyebut bahawa Nabi s.a.w. duduk
di atas untanya dan ada seseorang yang memegang tali unta itu, baginda pun bertanya: Hari
apa ini? Kami diam sehingga kami menyangka baginda akan menamakan hari itu dengan nama
yang lain. Baginda pun bertanya: Bukankah hari ini hari Nahar? Kami menjawab: Ya. Baginda
bertanya lagi: Bulan apakah ini? Kami diam sehingga kami menyangka baginda akan
menamakan dengan nama yang lain. Baginda pun berkata: Bukankah bulan ini bulan Zulhijah?Kami menjawab: Memang. Nabi s.a.w bersabda: Darah-darah kamu, harta-harta kamu, dan
kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan
kamu ini, di negeri kamu ini. Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada orang yang
tidak hadir, kerana orang yang hadir itu boleh jadi dia menyampaikan kepada orang yang lebih
mengerti darinya tentang apa yang disampaikannya itu. (al-Bukhari : 67, Muslim, 1679)
Pengajaran hadis
1. Hendaklah mereka yang menghadiri majlis ilmu menghafaz apa yang didengar untukdisampaikan pula kepada orang yang tidak hadir dan tidak disyaratkan bahawa dia
memahami apa yang didengarinya itu kerana mungkin orang yang disampaikan itu lebih
memahami daripadanya.1[1]
1[1] Ibn Hajar, Fath al-Bari, jil. 1, hal. 215
-
7/30/2019 Sebab Wurud Hadis Hendaklah Orang Yang Hadir Menyampaikan Kepada Orang Yang Tidak Hadir
3/3
2. Maksud orang yang tidak hadir itu merangkumi orang yang tidak berada dalam majlis
ilmu dan juga orang yang belum dilahirkan lagi, yani generasi akan datang. Ini
menghendaki ilmu itu hendaklah disimpan dan dijaga dengan apa cara yang ada sesuai
dengan kemudahan dan kemajuan yang dicapai pada setiap zaman.
3. Kepentingan menjaga kehormatan Tanah Haram dan ini difahami melalui penjelasan dan
pengishtiharan Rasulullah di waktu dan tempat yang sangat penting di hadapan
kumpulan sahabat yang ramai dan penekanan supaya disampaikan kepada orang lain.
Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3715
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3715http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3715