PANDUAN PROGRAM PENILAIAN
KEUPAYAAN & KEMAMPUAN
KONTRAKTOR
(SCORE)
2
ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN .................................................................................................................. 4
2.0 LATAR BELAKANG ............................................................................................................. 5
2.1 KRONOLOGI ....................................................................................................................... 6
3.0 OBJEKTIF ............................................................................................................................ 8
4.0 PUNCA KUASA DAN UNDANG-UNDANG ....................................................................... 8
5.0 TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN SCORE ............................................................ 9
6.0 SKOP PENILAIAN ............................................................................................................. 10
6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan ....................................................................................... 11
6.1.1 Pendapatan / Hasil Tahunan ................................................................................ 11
6.1.2 3 Tahun Kadar Pertumbuhan ............................................................................... 12
6.1.4 Order Book ............................................................................................................. 14
6.1.4 Maklum Balas Pelanggan ..................................................................................... 14
6.2 Skop 2 - Keupayaan Kewangan................................................................................... 15
6.2.1 Aset Tetap .............................................................................................................. 16
6.2.2 Aset Semasa .......................................................................................................... 18
6.2.3 Nilai Tanggungan Semasa .................................................................................... 19
6.2.4 Pendapatan Tahunan ............................................................................................ 20
6.2.5 Kos Jualan / Perbelanjaan Kontrak ...................................................................... 20
6.2.6 Perbelanjaan Mengurus ........................................................................................ 20
6.3 Skop 3 - Keupayaan Teknikal ...................................................................................... 21
6.3.1 Pekerja Profesional................................................................................................ 22
6.3.3 Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) .................................. 23
6.3.4 Tempoh Siap Kerja ................................................................................................ 24
6.4 Skop 4 - Pengurusan Projek......................................................................................... 25
6.4.1 Manual Piawaian Prosedur Operasi (SOP) ......................................................... 25
6.4.2 Information and Communication Technology (ICT) ............................................ 26
3
6.4.3 Pengurusan Risiko................................................................................................. 27
6.4.4 Pengurusan Kualiti................................................................................................. 28
6.5 Skop 5 - Pengurusan Perolehan .................................................................................. 30
6.5.1 Jaminan Kualiti (Quality Assurance (QA) ............................................................ 30
6.5.2 Kawalan Kualiti (Quality Control (QC) .................................................................. 30
6.5.3 External Testing ..................................................................................................... 31
6.5.4 Persijilan Produk (Product Certification) .............................................................. 31
6.5.5 Polisi Perolehan ..................................................................................................... 31
6.5.7 Dasar Pelupusan Usang ....................................................................................... 32
6.5.7 Kadar Stok Minima ................................................................................................ 32
6.5.8 Masuk Dulu Keluar Dulu (First In First Out) ....................................................... 32
6.5.9 Polisi Tepat Pada Masanya (Just in Time Policy ................................................ 32
6.6 Skop 6 - Amalan Terbaik .............................................................................................. 33
6.6.1 Pematuhan Terhadap Piawaian ........................................................................... 34
6.7 Skop 7 - Keupayaan Pengurusan ................................................................................ 36
6.7.1 Carta Organisasi Syarikat ..................................................................................... 36
6.7.2 Fungsi Tugas Kakitangan ( Job Description ) ..................................................... 36
6.7.3 Visi Syarikat ............................................................................................................ 37
6.7.4 Inovasi..................................................................................................................... 37
6.7.5 Kod Etika ................................................................................................................ 37
7.0 SKEMA PEMARKAHAN ................................................................................................... 38
7.1 Definisi Penilaian Bintang .................................................................................................. 39
4
1.0 PENDAHULUAN
Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di
perkenalkan oleh Lembaga merupakan satu program khusus yang dibangunkan oleh CIDB
dengan kerjasama SME Corp bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor
tempatan dan asing di Malaysia bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras
dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 bersesuaian dengan
teras ‘Meningkatkan Kualiti, Keselamatan dan Professionalisme Industri Pembinaan’.
SCORE-CIDB dilaksanakan terhadap kontraktor tempatan melalui analisa terhadap
jawapan-jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap 7 parameter yang ditetapkan. 7
parameter tersebut adalah :
i. Prestasi Perniagaan
ii. Keupayaan Kewangan
iii. Keupayaan Teknikal
iv. Pengurusan Projek
v. Pengurusan Perolehan
vi. Amalan Terbaik
vii. Keupayaan Pengurusan
Maka, Buku Garis Panduan SCORE ini diterbitkan bagi tujuan rujukan kontraktor
gred G2 – G7.
5
2.0 LATAR BELAKANG
Pelan Induk Industri Pembinaan Malaysia (CIMP) 2006-2015 telah dilancarkan
bertujuan menambahbaik industri pembinaan Malaysia pada masa hadapan. Di dalam
CIMP terdapat 7 teras strategik telah dikenalpasti yang menjadi asas kepada saranan utama
CIMP.
Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) CIDB merupakan salah
satu elemen dalam 7 teras strategik CIMP iaitu memantapkan imej industri pembinaan yang
mana ia merupakan teras strategik yang kedua.
. Susulan daripada CIMP ini, Majlis Tindakan Negara telah menetapkan supaya CIDB
membangunkan satu kaedah penilaian bagi mengukur keupayaan dan kemampuan
kontraktor bagi tujuan pembangunan kontraktor dan seterusnya menangani masalah projek
sakit.
Perkara ini ditekankan lagi apabila pindaan Akta 520 yang telah diwartakan pada 1
Jun 2015 menyatakandi bawah Seksyen 25A (1) bahawa Lembaga boleh mengakreditasi
kontraktor mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan dibawah peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah akta ini.
Manakala, Seksyen 25A (2) menyatakan bahawa Lembaga boleh, bagi maksud
akreditasi kontraktor mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
6
2.1 KRONOLOGI
Pembangunan kaedah penilaian initelah dimulakanpada bulan Mac 2008
sebagai Fasa 1 iaitu bina dan uji dimana sesi perbincangan diadakan diantara pihak
CIDB dengan SME Corporation - Malaysia. Hasil perbincangan tersebut, CIDB telah
berjaya membangunkan satu kaedah penilaian bagi mengukur keupayaan dan
kemampuan kontraktor yang dikenali sebagai Penilaian Keupayaan dan Kemampuan
Kontraktor (SCORE) CIDB.
Bagi mencapai matlamat tersebut, program penilaian ini telah dijadikan
sebagai projek perintis yang pertama,di dalam Anugerah Kecemerlangan Industri
Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2008. Semua kontraktor yang ingin menyertai
anugerah ini diwajibkan melalui proses penilaian SCORE. Untuk memastikan sistem
SCORE ini berfungsi dengan lebih berkesan, sistem ini telah diuji bagi kali kedua
pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2009.
Hasil daripada keputusan penilaian projek perintis dalam Anugerah
Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2008 dan 2009, pihak
pengurusan telah bersetuju untuk mewajibkan kepada semua kontraktor gred G7
membuat penilaian SCORE bermula pada Januari 2010. Pada bulan Mac 2011,
surat edaran telah dikeluarkan kepada kontraktor gred G6 untuk menggalakkan
syarikat kontraktor mengambil bahagian dalam penilaian SCORE dan seterusnya
pada Mac 2012, kepada kontraktor gred G5.
Melihat kepada keberkesanan program ini, satu surat pekeliling telah
dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) melalui pekeliling Bil. 8 / 2012
bertarikh 21 Mac 2012 mengarahkan semua projek Jabatan Kerja Raya (JKR)
bernilai melebihi RM10 juta dan ke atas perlu mengambil kira penilaian SCORE di
dalam penilaian tender.
Di dalam Memorandum Jemaah Menteri bil. (10) KKR.BPPK.(R) 100-19/5/1-
12 pada tahun 2012 di bawah Program Pengukuhan Kontraktor Bumiputera telah
mensyaratkan SCORE di dalam permohonan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). CIDB telah mula mengenakan syarat pendaftaran
SPKK seperti mana arahan Jemaah Menteri pada bulan Januari 2013.
7
Pada 29 Ogos 2016, di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Tertinggi (JPT) telah menetapkan penggunaan SCORE kepada semua kontraktor
gred G7 yang ingin memperbaharui Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).
FASA 1 : BINA & UJI
Rajah 1 : Kronologi SCORE – Fasa 1 (Bina & Uji)
FASA 2 : PERLAKSANAAN
Rajah 2 : Kronologi SCORE – Fasa 2 (Perlaksanaan)
8
3.0 OBJEKTIF
Terdapat empat (4) objektif utama penilaian SCORE – CIDB:
3.1 Untuk memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan
dan kemampuan dalam aspek Prestasi Perniagaan, Keupayaan Kewangan,
Keupayaan Teknikal, Pengurusan Projek, Pengurusan Perolehan, Amalan Terbaik
dan Keupayaan Pengurusan.
3.2 Untuk mengenalpasti jurang prestasi dan membantu meningkatkan
keupayaan dan kemampuan kontraktor.
3.3 Untuk membangunkan profil industri bagi mengenal tahap keupayaan
kontraktor tempatan dan mengukur perbandingan antara kontraktor tempatan dan
kontraktor asing.
3.4 Untuk membantu pihak klien dalam pemilihan kontraktor yang berkaliber.
4.0 PUNCA KUASA DAN UNDANG-UNDANG
Peruntukan undang-undang di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan (Akta 520, Pindaan 2011) yang digunapakai di dalam program SCORE adalah
seperti berikut:
i. Seksyen 25A (1) : Lembaga boleh mengakreditasi kontraktor mengikut cara
dan bentuk yang ditetapkan dibawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
akta ini.
ii. Seksyen 25A (2) : Lembaga boleh, bagi maksud akreditasi kontraktor
mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Kuasa undang-undang berkenaan dengan program SCORE tidak hanya terhad
kepada peruntukan undang-undang seperti yang dinyatakan di atas, ia juga meliputi
peraturan serta prosedur sedia ada seperti Manual Prosedur SCORE.
9
5.0 TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN SCORE
Berikut adalah terma dan syarat yang perlu dipatuhi oleh kontraktor dalam
permohonan SCORE:
i. Permohonan SCORE ini terbuka kepada semua kontraktor yang telah berdaftar
dengan CIDB dan masih di dalam tempoh sahlaku pendaftarannya. Yuran
proses permohonan SCORE adalah sebanyak RM50.00.
ii. Pihak Lembaga berhak untuk membuat pemeriksaan terhadap premis/tapak
binaan kontraktor atau memanggil syarikat kontraktor ke Pejabat CIDB untuk
menjalani sesi Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) bagi membuktikan
kesahihan maklumat yang diberikan.
iii. Syarikat kontraktor dibenarkan mengemukakan rayuan terhadap keputusan
SCORE dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Surat Keputusan dikeluarkan
dan Lembaga akan mengenakan yuran proses permohonan rayuan sebanyak
RM 200.00. Sebarang permohonan rayuan selepas tempoh tersebut TIDAK
AKAN dipertimbangkan. Keputusan SCORE selepas rayuan adalah
MUKTAMAD.
iv. Keputusan penilaian SCORE adalah MUKTAMAD, sekiranya sesi naziran
SCORE atau Semakan Pematuhan Kontraktor (CCA) dijalankan ke atas
syarikat tuan.
v. Permohonan Baru hanya boleh dikemukakan selepas tempoh TIGA (3) bulan
dari Surat Keputusan dikeluarkan.
vi. Kontraktor boleh mencetak Sijil SCORE secara maya melalui laman
sesawang CIDB secara percuma selepas surat keputusan dikeluarkan.
10
6.0 SKOP PENILAIAN
SCORE-CIDB dilaksanakan terhadap kontraktor melalui analisa terhadap jawapan-
jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap tujuh (7) parameter yang ditetapkan. Tujuh
(7) parameter tersebut adalah :
Rajah 3 : Skop Penilaian
Parameter Diukur
PrestasiPerniagaan
KeupayaanKewangan
KeupayaanTeknikal
PengurusanProjek
PengurusanPerolehan
AmalanTerbaik
KeupayaanPengurusan
11
6.1 Skop 1 - Prestasi Perniagaan
Prestasi perniagaan merujuk kepada kekuatan dan kelemahan syarikat untuk
menjalankan operasi syarikat. Ia juga boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk
meyakinkan pihak yang mempunyai kepentingan seperti bank, pemiutang dan
pelabur.Antara yang dinilai dalam prestasi perniagaan adalah seperti rajah di bawah:
Rajah 4 : Prestasi Perniagaan
6.1.1 Pendapatan / Hasil Tahunan
Merujuk kepada jumlah perolehan yang didapati daripada kerja-kerja
kontrak dan lain-lain pendapatan dalam tempoh satu (1) tahun bagi tahun
terkini.
PrestasiPerniagaan
KeuntunganTahunan
Kadar Pertumbuhan
Kewangan
StrategiMemperolehi
Kerja
Status Order Book
KepuasanPelanggan
12
6.1.2 3 Tahun Kadar Pertumbuhan
Purata kadar pertumbuhan pendapatan bagi 3 tahun mengikut kiraan
seperti di bawah:
PT - PS + PS – PD
PS PD X 100
2
Nota: PT - Pendapatan Tahun Terkini
PS - Pendapatan Tahun Sebelum
PD – Pendapatan Terdahulu
6.1.3 Strategi syarikat memperolehi perniagaan/kerja
Bagi memastikan perniagaan terus berkembang, strategi syarikat
dalam memperolehi perniagaan/kerja sangat penting. Antaranya melalui:
i) Hubungan rangkaian
- Hubungan rangkaian adalah peralatan perniagaan yang
memainkan peranan penting untuk kejayaan syarikat. Sekiranya
syarikat mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan
dalaman, ia akan menjadi mudah untuk syarikat memperolehi
kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah
mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik
membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari
lingkaran rangkaian.
ii) Penyertaan Dalam Misi Perdagangan
- Pameran perdagangan dan misi perdagangan merupakan
wadah yang sangat bernilai untuk mempamerkan produk dan
perkhidmatan syarikat kepada bakal pembeli dan juga menjadi
platform bagi menambah hubungan.
13
iii) Pengiklanan dan Promosi
- Promosikan perniagaan adalah satu perkara paling penting
yang mesti dilakukan setelah membuka peniagaan baru untuk
memajukan dan memperkembangkan perniagaan dengan
memastikan produk perniagaan yang murah, mutu produk yang
berkualiti dan produk yang dikenali ramai. Cara berkesan untuk
mempromosikan perniagaan adalah dengan pengiklanan berterusan
yang boleh dilakukan secara online atau pengiklanan offline. Contoh
poromosi perniagaan adalah melalui risalah brochure, kad perniagaan
atau banner, media sosial, website, tempat-tempat menunggu, surat
dan lain-lain.
iv) Risikan Pasaran
- Risikan pasaran adalah penting dalam mengumpul maklumat
pesaing dan peluang perniagaan yang boleh dijadikan potensi
perniagaan.
v) Pasaran Unggul
- Kepakaran syarikat dalam sesuatu bidang sebagai contoh
pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negera (SPAN) dan lain-lain.
vi) Paparan di laman
- Memaparkan maklumat syarikat di laman sesawang untuk
memudahkan klien/pelanggan mendapatkan maklumat syarikat.
vii) Strategi Penentuan Harga
- Memperolehi peluang kerja/perniagaan melalui penyertaan
tender.
viii) Kerjasama
- Syarikat memperolehi kerja/perniagaan melalui usahasama
dengan syarikat lain seperti JV projek.
14
6.1.4 Order Book
Kontrak pembinaan yang masih dalam tempoh pembinaan dengan
merujuk kepada jangka masa siap yang terpanjang bagi sesuatu kontrak.
6.1.4 Maklum Balas Pelanggan
Merujuk kepada kaedah yang digunapakai oleh syarikat dalam
memperolehi maklumbalas daripada klien dan tempoh masa yang diambil
untuk bertindak terhadap maklum balas tersebut.
15
6.2 Skop 2 - Keupayaan Kewangan
Keupayaan kewangan merujuk kepada keupayaan syarikat dalam mengawal
sumber kewangan untuk menjalankan operasi syarikat seperti membayar hutang,
membeli aset syarikat, membayar gaji pekerja, dan lain-lain perkara yang melibatkan
penggunaan wang.Keupayaan Kewangan diukur berdasarkan kepadaperkara
berikut:
Rajah 5 : Keupayaan Kewangan
Berikut adalah formula pengambilan nilai di dalam laporan audit :
a. Nilai Aset Tetap = Total Non Current Assets/ Total Fixed Assets
b. Nilai Aset Semasa = Total Current Assets
c. Nilai Jumlah Aset = Q6 + Q7
d. Nilai Tanggungan Semasa = Total Debt (Borrowing @ Overdraft @ Hire
Purchase @ Term Loan)
e. Nilai Modal Saham = Total Equity ( share + reserves )
f. Pendapatan = Revenue + other income
g. Untung Kasar = Q11 – Cost of sales @ Cost of Contract
h. Untung Bersih = Profit @ Loss before Tax
i. Baki Pendapatan = Accumulated Profit @ Losess
KeupayaanKewangan
Current Ratio
Gearing Ratio
Gross Profit Margin
Return On Invesment
Net Profit Margin
Return On Equity
16
6.2.1 Aset Tetap
Aset Tetap merupakan aset yang mempunyai bentuk fizikal yang
nyata dan boleh disentuh serta disimpan untuk digunakan dalam operasi
biasa syarikat seperti pembinaan atau produk-produk atau perkhidmatan
untuk disewakan kepada orang lain atau untuk tujuan pentadbiran atau
penyelenggaraan dan dijangka boleh digunakan selama lebih daripada satu
tempoh perakuan.
Pengambilan nilai di dalam laporan audit terkini adalah jumlah aset tetap.
ASET TETAP TAKRIF
TANAH DAN BANGUNAN
Ini terdiri daripada tanah dan bangunan milik syarikat untuk digunakan dalam operasi harian, untuk disewakan kepada orang lain atau untuk tujuan pentadbiran dan dijangka dapat digunakan untuk lebih daripada satu tempoh perakaunan.
LOJI, JENTERA / MESIN DAN PERALATAN
PENYELENGGARAAN
Segala peralatan yang digunakan oleh pengusaha untuk menjalankan perniagaan – tidak termasuk stok / inventori di mana beliau membeli atau membuat untuk dijual kembali; tetapi semua barang dan barang bergerak; tetap atau boleh dipindahkan, hidup atau mati, yang diandaikan terus digunakan dalam perniagaan bagi sesebuah syarikat. Ini termasuk peralatan yang digunakan untuk menyelenggara aset-aset.
PERALATAN PEJABAT
Terdiri daripada komputer – hardware & software, mesin
fotokopi, mesin pencetak, pengimbas, kalkulator, telefon dan faksimili, projektor dan lain-lain peralatan yang berkaitan.
17
J
a
d
u
a
l
1
:
Jenis-jenis aset tetap
UBAHSUAI, PERABOT DAN KELENGKAPAN
Ubahsuai meliputi kerja-kerja dilakukan pada bangunan untuk tujuan pembaikan atau keadaaan dan penampilan yang lebih baik. Perabot dan kelengkapan pula meliputi meja, kerusi, kaunter, dinding penyekat, bilik dll dan alat kelengkapan seperti penghawa dingin, pemampat angin, panel, almari, rak, papan tulis dan lain-lain perabot dan kelengkapan yang berkaitan.
KENDERAAN
Terdiri daripada segala jenis kenderaan atau pengangkutan milik syarikat atau pemilik syarikat. Ini termasuk kereta, trak dan motosikal.
18
6.2.2 Aset Semasa
Sumber dana yang dimiliki syarikat dan atau sumber dana untuk
kegunaan operasi harian, dan kebiasaannya boleh ditukar menjadi wang
tunai dalam masa kurang daripada satu tahun.
Jadual 2 : Jenis Aset
ASET SEMASA TAKRIF
STOK/INVENTORI i) Stok bahan mentah ii) Stok bahan binaan di tapak kerja
PENGHUTANG
i) Para pelanggan ii) Kontraktor utama (jika pemohon adalah
sub-kontraktor) iii) Penghutang-penghutang lain
DEPOSIT DAN BAYARAN
PENDAHULUAN
i) Deposit yang telah dibayar ii) Sebarang bayaran pendahuluan yang telah
dibuat iii) Bon kontrak dan lain-lain
SIMPANAN TETAP Termasuk simpanan tetap di bank, amanah saham ( e.g : Amanah Saham Bumiputera) dll.
TUNAI DAN BAKI DI BANK Meliputi baki tunai ditangan atau di bank
19
6.2.3 Nilai Tanggungan Semasa
Secara amnya, merupakan hutang yang ditanggung oleh syarikat,
termasuklah hutang kepada pemiutang, agensi kerajaan (contoh : MARA ,
SME Corp) dan bank dan komitmen-komitmen yang lain.
JENIS LIABILITI TAKRIF
PEMIUTANG
Merupakan baki hutang yang perlu dibayar oleh syarikat kepada :
i) Para pembekal ii) Sub – kontraktor iii) Pemiutang lain
DEPOSIT / PENDAHULUAN DITERIMA DAN
PERBELANJAAN BELUM BAYAR.
i) Deposit dan / atau Pendahuluan diterima dari pihak ketiga;
ii) Perbelanjaan Terakru – merupakan perbelanjaan yang belum dibayar
iii) Peruntukan – Merupakan peruntukan yang dibuat oleh syarikat untuk sesuatu perbelanjaan yang dijangkakan akan berlaku.
OVERDRAF BANK Kemudahan overdraf yang diberikan oleh bank.
PINJAMAN SEWA BELI
Pengguna (Penyewa) membayar pinjaman pokok dan faedah secara ansuran kepada syarikat sewa-beli (cth: bank) berdasarkan tempoh yang dipersetujui. Status pemilikan akan diberi kepada penyewa selepas pinjaman selesai dibayar. Contoh : Pembelian kereta melalui pinjaman
LAIN-LAIN PINJAMAN SELAIN DARIPADA
PINJAMAN SEWA BELI
Pinjaman dan kemudahan lain yang diberikan oleh institusi kewangan / bank, koperasi, persatuan dll. Contoh : pinjaman berjangka (seperti Bank, MARA, SME Corp, dll), jaminan bank, resit amanah, kemudahan kredit dan lain-lain.
Jadual 3 : Jenis Liabiliti dan Takrif
20
6.2.4 Pendapatan Tahunan
Jumlah pendapatan yang diperolehi daripada kerja-kerja kontrak dan
lain-lain perniagaan. Ini terdiri daripada jumlah hasil pendapatan seperti
invois, bil/bayaran kemajuan dan/atau pesanan kerajaan.
6.2.5 Kos Jualan / Perbelanjaan Kontrak
Merupakan belanja dikeluarkan untuk menjalankan sesuatu kontrak.
Contoh :
i) Pembelian bahan mentah
ii) Bayaran Pekerja buruh, sub-kontraktor
iii) Pengangkutan
iv) Sewa mesin dan peralatan
v) Kos-kos lain terlibat secara langsung dalam menjana
pendapatan
6.2.6 Perbelanjaan Mengurus
Sebarang kos terlibat dalam menjana pendapatan, dimana
perbelanjaan dikeluarkan untuk kegunaan perniagaan – tidak termasuk
perbelanjaan telah diambil kira dalam Perkara 6.2.5 di atas.
21
6.3 Skop 3 - Keupayaan Teknikal
Keupayaan teknikal merujuk kepada keupayaan syarikat dalam menyediakan
tenaga kerja yang mencukupi termasuk kaedah perlaksanaan peningkatan kualiti
syarikat. Keupayaan teknikal diukur berdasarkan kepada perkara berikut :
Rajah 6 : Keupayaan Teknikal
KeupayaanTeknikal
PengalamanSyarikat
PekerjaProfessional
StrategiPeningkatanProduktiviti
Tempoh SiapProjek
Penilaian
Qlassic
22
6.3.1 Pekerja Profesional
Kakitangan syarikat yang berdaftar dengan badan profesional seperti
jadual berikut :
JURUSAN BADAN PROFESIONAL
KEJURUTERAAN
LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA (BOARD OF ENGINEERS MALAYSIA)
AWAM
ELEKTRIKAL
MEKANIKAL
SENIBINA
PERSATUAN ARKITEK MALAYSIA
LEMBAGA ARKITEK MALAYSIA ( BOARD OF ARCHITECTS)
UKUR BAHAN
LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA (BOARD OF QUANTITY SURVEYORS
MALAYSIA)
THE ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS MALAYSIA (RISM)
AKAUNTAN
ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS ( ACCA)
MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANT
(MIA)
PEGUAM MAJLIS PEGUAM (BAR COUNCIL)
Jadual 4 : Jenis Jurusan dan Badan Profesional
23
6.3.2 Peningkatan Produktiviti/Kecekapan Dan Kualiti Projek
a) Menerapkan Teknik Pembinaan Baru
- Jenis teknik pembinaan baru yang digunapakai oleh syarikat dalam
tempoh 5 tahun terkini.
b) Menerapkan Bahan Pembinaan Baru
- Jenis bahan pembinaan baru yang digunapakai oleh syarikat dalam
tempoh 5 tahun terkini.
c) Proses Kecekapan
- Penambahbaikan proses, penggunaan teknik & bahan baru, inovasi
dan lain-lain yang digunakan di dalam projek bagi meningkatkan
produktiviti/menjimatkan kos/masa dan kebergantungan kepada
pekerja.
d) Menaiktaraf Jentera
- Mengubahsuai jentera/alatan yang sediaada untuk menambah
fungsi jentera/alatan.
6.3.3 Quality Assessment System in Construction (QLASSIC)
Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) merupakan
satu proses penilaian kualiti yang dilaksanakan oleh CIDB terhadap projek
pembinaan bangunan.
24
6.3.4 Tempoh Siap Kerja
Tempoh siap kerja merujuk kepada tarikh siap sebenar berbanding
tarikh siap dalam kontrak atau letter award.
TEMPOH SIAP KERJA TAKRIF
MENDAHULUI MASA Merujuk kepada tarikh siap kerja/projek sebenar sebelum tarikh siap dalam kontrak atau letter award.
MENEPATI MASA Merujuk kepada tarikh siap kerja/projek sebenar sama seperti tarikh siap dalam kontrak atau letter award.
MELEWATI MASA Merujuk kepada tarikh siap kerja/projek sebenar melewati tarikh siap dalam kontrak atau letter award.
KONTRAK DITAMATKAN Merujuk kepada penamatan kontrak kerja yang dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor dilantik.
Jadual 5 : Tempoh Siap Kerja
25
6.4 Skop 4 - Pengurusan Projek
Pengurusan projek merupakan satu pengurusan yang melibatkan
pembangunan, perubahan dan inovasi dalam kerja operasi. Ia merangkumi aktiviti
seperti merancang dan pengawalan sesuatu projek dengan bergantung kepada
kekangan belanjawan supaya projek dapat disempurnakan dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Pengurusan projek dinilai berdasarkan kepada perkara berikut :
Rajah 7 : Pengurusan Projek
6.4.1 Manual Piawaian Prosedur Operasi (SOP)
Merupakan satu proses kerja yang didokumentasikan bagi
menerangkan tugas bagaimana, bila, dimana dan oleh siapa yang harus
melaksanakan tugasan tersebut.
Contoh :
a) Manual Quality
b) Project Quality Plan (PQP)
c) Method of Statement
d) Project Quality Assurance Plan
PengurusanProjek
PematuhanSOP
PenggunaanICT
PengurusanRisiko
PengurusanKualiti
26
6.4.2 Information and Communication Technology (ICT)
ICT ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yan g digunakan untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Contoh-contoh perisian yang sering digunakan adalah seperti di bawah:
PERKARA JENIS PERISIAN
PROJECT MANAGEMENT Primavera, Microsoft Project
DESIGN PACKAGES AutoCAD, CAM
ACCOUNTING SYSTEM UBS, MYOB, SAP, ORACLE, SQL
INVENTORY SYSTEM UBS
DOCUMENT CONTROL EDMS
HUMAN RESOURCES SOFTWARE
UBS, Payroll
QS SOFTWARE Master Build
REMOTE PROJECT MONITORING
CCTV
VIRTUAL REALITY SOFTWARE
BIM
OFFICE TOOLS Word, Excel, PowerPoint,
LAIN-LAIN PERISIAN Selain daripada di atas
Jadual 6 : Jenis Perisian
27
6.4.3 Pengurusan Risiko
Pengurusan risiko didefinisikan sebagai penyelarasan aktiviti
organisasi secara bersepadu melalui penetapan hala tuju dan kawalan dalam
menghadapi risiko. Ia adalah satu proses berterusan untuk mengenalpasti,
menganalisa, menilai dan memantau segala kemungkinan bagi mengelakkan
daripada berlakunya insiden yang tidak diingini ketika di tapak projek dan
dalam pejabat.
PERKARA MAKSUD
POLISI INSURAN Polisi yang digunakan untuk melindungi pekerja
semasa di tapak projek.
DEDICATED PROFESSIONAL
Seorang pegawai yang diiktiraf oleh syarikat
bagi menguruskan pengurusan risiko sekurang-
kurangnya seorang Safety Officer yang
mempunyai Green Book/ Orang Yang Kompeten
(Lif) Gred 1.
DEDICATED UNIT
Unit yang diwujudkan oleh syarikat bagi
menguruskan pengurusan risiko. Boleh dirujuk
melalui Carta Organisasi atau lain dokumen
yang boleh dibuktikan.
RISK ASSESSMENT TOOL
Kaedah yang digunakan dalam menguruskan pengurusan risiko. - Hazard Identification Risk Assessment Risk
Control (HIRARC) - Hazard and Operability Study (HAZOP) - Hazard Analysis Critical Control Points
(HACCP) - Aspect and Impact – ISO 14000 - Hazard Analysis – OHSAS 18000 - Failure Mode and Effect Analysis (FMEA) - Kaizen - Poka Yuke
METHODOLOGY / SOFTWARE
- Brainstorming
- Soal selidik
- Benchmarking
- Analisa persekitaran
Jadual 7 : Definisi Pengurusan Risiko
28
6.4.4 Pengurusan Kualiti
Pengurusan kualiti adalah suatu tindakan mengawasi semua aktiviti
dan tugas-tugas yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kecemerlangan
yang dikehendaki. Ini termasuk mewujudkan dan melaksanakan
perancangan, kawalan dan peningkatan kualiti.
PERKARA MAKSUD
TOTAL QUALITY MANAGEMENT
(TQM)
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) adalah
satu pendekatan menyeluruh dan berstruktur dengan pengurusan organisasi yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.
Ia juga merupakan satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, digunakan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi.
ISO 9001
ISO 9001 merupakan satu sistem pengurusan
kualiti yang tergolong dalam keluarga ISO 9000. Piawaian ini memberi panduan kepada syarikat dan organisasi yang ingin memastikan produk dan perkhidmatan mereka sentiasa memenuhi keperluan pelanggan, dan kualiti yang lebih baik secara konsisten.
Jadual 8 : Jenis Pengurusan Kualiti
29
PERKARA MAKSUD
QUALITY PLAN
Pelan kualiti adalah dokumen yang digunakan dalam menentukan standard kualiti, amalan, sumber, spesifikasi, dan turutan aktiviti yang relevan kepada sesuatu produk, perkhidmatan, projek, atau kontrak.
LAIN-LAIN
5s -Amalan 5S merupakan alat pengurusan
persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S‟ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
OHSAS - OHSAS 18001 berfungsi membantu
organisasi mewujudkan sistem pengurusan untuk mengurus dan mengawal risiko kesihatan dan keselamatan dan meningkatkan prestasi OH&S mereka.
EMS - Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) adalah satu set proses dan amalan yang membolehkan organisasi untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kecekapan operasi.
Jadual 8 : Jenis Pengurusan Kualiti (smbg)
30
6.5 Skop 5 - Pengurusan Perolehan
Merujuk kepada kaedah yang digunapakai oleh syarikat dalam memastikan
bahan yang diperolehi menepati spesifikasi yang ditetapkan dengan merujuk kepada
polisi pemilikan juga polisi pengurusan stok simpanan yang dilaksanakan di dalam
syarikat.Antara kriteria yang dinilai dalam pengurusan perolehan adalah seperti
berikut:
Rajah 8 : Pengurusan Perolehan
6.5.1 Jaminan Kualiti (Quality Assurance (QA)
Jaminan kualiti adalah apa-apa proses sistematik untuk memeriksa
dan melihat sama ada produk atau perkhidmatan yang dibangunkan adalah
memenuhi keperluan yang ditetapkan.
6.5.2 Kawalan Kualiti (Quality Control (QC)
Kawalan kualiti adalah satu prosedur atau set prosedur bertujuan
untuk memastikan bahawa produk yang dihasilkan atau perkhidmatan yang
dilakukan mematuhi kriteria kualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.
PengurusanPerolehan
PematuhanSpesifikasi
Bahan
KetepatanKos Bahan
Ketepatan Kos Projek
PolisiPerolehan
Polisi StokSimpanan
31
6.5.3 External Testing
Ujian terhadap bahan yang dilakukan oleh pihak ketiga bagi
memastikan bahan tersebut memenuhi spesifikasi.
6.5.4 Persijilan Produk (Product Certification)
Merujuk kepada perakuan yang sah bahawa produk yang diperolehi
telah lulus dan telah melalui ujian prestasi dan jaminan kualiti untuk
memenuhi standard kualiti tempatan atau antarabangsa.
6.5.5 Polisi Perolehan
Merupakan satu syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh
organisasi untuk mentadbir proses dalam mendapatkan barangan atau
perkhidmatan yang diperlukan oleh organisasi agar ia dapat berfungsi
dengan lebih cekap. Polisi ini merujuk kepada proses pembelian bahan,
peralatan atau jentera dan juga mendapatkan sub-kontraktor.
6.5.6 Pengurusan Stok Simpanan
Pengurusan stok simpanan penting bagi memastikan kelancaran
dan rekod stok simpanan teratur melalui kaedah seperti berikut :
i) Mengamalkan penyenaraian stok iaitu melalui bin card,
buku dan lain-lain.
ii) Sistem Inventori asas adalah dengan membuat rekod stok
melalui penggunaan office tools (word,excel).
iii) Sistem Inventori Sendiri adalah penggunaan perisian khas
bagi merekod stok simpanan.
iv) Sistem Pengurusan Rangkaian Inventori Bersepadu
32
6.5.7 Dasar Pelupusan Usang
Merupakan satu polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi
untuk mengurus bahan-bahan binaan yang telah usang dan tidak boleh
digunakan. Sebagai contoh peralatan, bahan binaan, bekalan dan perabot
pejabat yang tidak lagi boleh digunakan boleh dijual, didermakan atau
dimusnahkan mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh organisasi.
6.5.7 Kadar Stok Minima
Merujuk kepada kaedah penyimpanan stok yang dipraktikkan oleh
syarikat dengan menentukan kadar minima yang perlu ada di dalam
simpanan sebelum tempahan atau perolehan dilakukan dengan mematuhi
syarat polisi perolehan yang ditetapkan.
6.5.8 Masuk Dulu Keluar Dulu (First In First Out)
Merujuk kepada kaedah perolehan, penyimpanan dan penggunaan
stok yang mana syarikat mengamalkan stok barangan yang dibeli dahulu
akan digunakan terlebih dahulu manakala barangan yang dibeli kemudian
menjadi simpanan stok untuk digunakan kemudian.
6.5.9 Polisi Tepat Pada Masanya (Just in Time Policy)
Tepat pada masanya (Just-in-time (JIT) adalah satu strategi inventori
syarikat yang digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan
pembaziran dengan penerimaan barang-barang sebaik sebelum ia diperlukan
untuk mengurangkan kos inventori.
33
6.6 Skop 6 - Amalan Terbaik
Amalan terbaik adalah teknik atau kaedah yang digunapakai untuk
mendapatkan hasil kerja yang memenuhi kehendak organisasi. Istilah ini kerap
digunakan dalam pelbagai bidang seperti :
i Sistem Pentadbiran
ii Pengurusan Projek
iii Persekitaran
iv Kesihatan dan Keselamatan
v Penglibatan dengan masyarakat setempat (Tanggungjawab sosial)
Amalan terbaik dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut:
Rajah 9 : Amalan Terbaik
AmalanTerbaik
PeningkatanBerterusan
ISO 9001
Environmental 14000
OHSAS 18001 / MS 1722
(CIP)
Anugerah AntarabangsaAnugerah
kerajaan
Anugerah/ Penghargaan
Klien
CSR
ACGS
SLI1M
34
6.6.1 Pematuhan Terhadap Piawaian
Ia merujuk kepada kepatuhan syarikat atau organisasi terhadap
piawaian bagi memastikan produk atau perkhidmatan mereka sentiasa
memenuhi keperluan pelanggan dan kualitinya sentiasa mematuhi piawaian
secara konsisten. Contoh-contoh piawaian yang sering digunapakai oleh
syarikat atau organisasi dalam sektor pembinaan adalah:
Jenis Piawaian Maksud
ISO 9001
International Organisation for Standardization (ISO) merupakan satu aspek pengurusan kualiti yang mengandungi beberapa piawaian ISO . Piawaian ini memberi panduan kepada syarikat dan organisasi yang ingin memastikan produk dan perkhidmatan mereka sentiasa memenuhi keperluan pelanggan dan kualiti yang lebih baik secara konsisten.
Environmental 1000
ISO 14000 adalah satu siri Piawaian Pengurusan Alam Sekitar yang dibangunkan dan diterbitkan oleh International Standard Organization (ISO) untuk
organisasi. Standard ini menyediakan satu garis panduan atau rangka kerja yang sistematik bagi meningkatkan usaha dalam pengurusan alam sekitar.
OHSAS 18001
OHSAS 18001 merupakan satu piawaian keselamatan dan kesihatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi membantu organisasi dalam mengawal risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
MS1722
MS1722 adalah bersamaan dengan OHSAS 18001 merupakan satu piawaian yang dikeluarkan oleh Badan Standard Malaysia. Pengauditan dan persijilan piawaian ini boleh dijalankan secara serentak bersama persijilan OHSAS 18001.
35
CIP (Corporate Integrity Pledge)
Menandatangani Ikrar bebas rasuah/integriti bersama agensi/ syarikat yang berkaitan.
Corporate Sosial Responsibility (CSR)/SL1M
CSR merujuk kepada tanggungjawab sosial syarikat terhadap masyarakat dan komuniti berkaitan alam sekitar, pembiayaan kepada rumah anak yatim, rumah ibadat dan juga pendidikan seperti biasiswa dan pengambilan pelajar untuk latihan industri.
Attestation of
Company Good Standing (ACGS)
Merupakan kepatuhan syarikat terhadap akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
SL1M
Skim Latihan 1Malaysia merupakan program kebolehpasaran yang memberi keutamaan kepada graduan menganggur bagi membantu meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mengasah ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh pekerjaan.
Jadual 9 : Jenis Piawaian
36
6.7 Skop 7 - Keupayaan Pengurusan
Keupayaan pengurusan merujuk kepada keupayaan syarikat atau organisasi
dalam mengendalikan syarikat termasuk penyediaan fungsi tugas setiap kakitangan,
pemberian penghargaan kepada staf seperti bonus, insentif dan pakej percutian.
Selain itu, syarikat juga mempunyai jadual latihan yang terancang untuk tujuan
pembangunan kompetensi kakitangan.Keupayaan pengurusan dinilai berdasarkan
kepada kriteria berikut :
Rajah 10 : Keupayaan Pengurusan
6.7.1 Carta Organisasi Syarikat
Carta organisasi merujuk kepada carta keseluruhan organisasi
pentadbiran syarikat dan juga carta kakitangan di pejabat operasi di tapak
bina.
6.7.2 Fungsi Tugas Kakitangan ( Job Description )
Fungsi tugas kakitangan merujuk kepada analisis kerja atau huraian
kerja yang mengandungi klasifikasi dan keperluan untuk kerja bagi setiap
jawatan, yang digunakan dalam pengambilan dan meletakkan bakal pekerja.
KeupayaanPengurusan
StrukturPengurusan
Perbelanjaan
R & D
PenghargaanKakitangan
PenggunaanTeknologiMaklumat
LatihanKakitangan
Kod Etika
37
6.7.3 Visi Syarikat
Visi syarikat merujuk kepada apa yang organisasi ingin capai dalam
jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Ia sebagai panduan kepada
semua kakitangan syarikat untuk berkhidmat atau bertugas berpandu kepada
visi yang telah ditetapkan.
6.7.4 Inovasi
Kaedah atau usaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia
adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek
kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan
kehidupan masyarakat.
6.7.5 Kod Etika
Garis panduan yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi kepada
pekerja-pekerja dan pengurusan untuk membantu mereka menjalankan
tindakan mereka selaras dengan nilai-nilai utamanya dan piawaian etika.
38
7.0 SKEMA PEMARKAHAN
Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE – CIDB) diukur
mengikut skema pemarkahan seperti Jadual 1 di bawah :
BIL SKOP MARKAH
1 Prestasi Perniagaan 30
2 Keupayaan Kewangan 30
3 Keupayaan Teknikal 30
4 Pengurusan Projek 30
5 Pengurusan Perolehan 30
6 Amalan Terbaik 30
7 Keupayaan Pengurusan 30
JUMLAH 210
Jadual 10 – Skema Pemarkahan
Daripada keseluruhan markah tersebut, syarikat akan diberi penarafan
bintang mengikut peratusan markah seperti Jadual 2 berikut :
PERATUS (%) PENCAPAIAN
MARKAH SETIAP PARAMETER
BINTANG
0 - 10
0
11 – 30 1
31 – 50 2
51 – 70 3
71 – 84 Min 10 4**
85 - 100 Min 15 5*
Jadual 11 – Skema Penarafan Bintang
39
*Syarat Layak Mendapatkan Penarafan 5 Bintang
Bagi penarafan 5 bintang, syarikat hendaklah memperolehi :
i Peratus Pencapaian Markah Keseluruhan (PPMK) 85% dan ke atas.
ii Markah Setiap Parameter (MSP) tidak kurang daripada 15 markah.
**Syarat Layak Mendapatkan Penarafan 4 Bintang
Berkuatkuasa mulai 01 Januari 2017, bagi penarafan 4 bintang, syarikat hendaklah
memperolehi :
i Peratus Pencapaian Markah Keseluruhan (PPMK) 71% dan ke atas.
ii Markah Setiap Parameter (MSP) tidak kurang daripada 10 markah.
Contoh:
Jika syarikat mendapat PPMK melepasi 85% tetapi markah salah satu (1) daripada
tujuh (7) parameter mendapat 15 markah atau lebih maka penarafan syarikat akan
ditetapkan kepada 5 bintang. Jika sebaliknya syarikat mendapat salah satu (1)
daripada tujuh (7) parameter kurang daripada 15 markah, maka penarafan syarikat
akan diturunkan kepada 1 bintang.Begitulah juga kaedah yang digunapakai dalam
menentukan penarafan 4 bintang mengikut syarat yang telah ditetapkan di atas.
7.1 Definisi Penilaian Bintang
TIADA BINTANG
Memenuhi syarat-syarat pendaftaran &
asas operasi.
Mempunyai asas pengurusan & keupayaan
teknikal
Berkemampuan dalam
pengurusan dan keupayaan teknikal
Baik dalam pengurusan dan
keupayaan teknikal, pematuhan terhadap amalan terbaik dan pengurusan projek
yang baik
Pengurusan dan
kemampuan teknikal yang cekap, mematuhi amalan
terbaik, inovatif, mempunyai sistem berintergrasi &
pengurusan projek yang baik. Mampu mengekspot perkhidmatan ke pasaran
luar negara
Boleh dicontohi, syarikat yang
kukuh, cekap dalam pengurusan dan keupayaan teknikal, mematuhi amalan terbaik, mempunyai sistem
berintegrasi dan pengurusan projek yang baik. Aktif dalam mengekspot perkhidmatan ke
pasaran antarabangsa.
40