SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF (KAEDAH
JIGSAW) DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI
DAERAH SIBU, SARAWAK
LINDA TIONG MING MING
UNIVERSITY TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN
KOPERATIF (KAEDAH JIGSAW) DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH SIBU, SARAWAK
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya LINDA TIONG MING MING
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT
Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 2H, LANE 5, P.M DR. ZALEHA ISMAIL SELADAH ROAD, Nama Penyelia 96000 SIBU, SARAWAK. Tarikh: 12 MARCH 2004 Tarikh: 12 MARCH 2004
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
i
“Saya mengakui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan :___________________
Nama Penyelia : P.M Dr. Zaleha Ismail
Tarikh : __________________
ii
SATU KAJIAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOPERATIF (KAEDAH
JIGSAW) DALAM MATAPELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT DI
DAERAH SIBU
LINDA TIONG MING MING
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penanugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
iii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _______________
Nama penulis :Linda Tiong Ming Ming
Tarikh :________________
iv
DEDIKASI
Kepada ibu bapaku yang disanjungi
(TIONG KING YUNG & HII AI CHIN)
Serta
Ahli keluarga yang dikasihi yang memberi sokongan ke arah kejayaan ini
(TIONG KWONG PING, TIONG KWONG KING , TIONG WEI WEI)
dan rakan seperjuangan yang menyokong selama ini
v
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa
pikah yang telah membantu dalam menyiapkan serta menyempernakan projek sarjana
muda ini.
Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan terima
kasih kepada penyelia projek, P.M Dr. Zaleha Ismail atas bimbingan dan perbincangan
yang diberikan dalam menjayakan projek ini.
Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru dan pelajar-
pelajar Sekolah Kebangsaan Menengah Tung Hua dan Sekolah Kebangsaan Menengah
Methodist di Daerah Sibu, Sarawak atas bantuan yang diberikan dalam menjayakan
projek ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
di Universtiti Teknologi Malaysia atas sokongan dan teguran yang bernas dalam
menyempurnakan projek sarjana muda ini.
Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah
memebrikan apa jua sokaonga dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pemahaman konsep pelajar dalam
matapelajaran Sains Tingkatan Empat yang mengikuti pengajaran guru secara koperatif
kaedah Jigsaw dengan yang mengikuti secara tradisional (sedia ada). Selain itu, kajian
ini melihat prestasi dan keputusan peperiksaan pelajar dalam matapelajaran Sains
Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru mengikut dua jenis amalan pengajaran yang
disebutkan. Kajian ini berbentuk eksperimental dan keberkesanan pembelajaran
koperatif kaedah Jigsaw telah diukur dengan menggunakan ujian pencapaian yang terdiri
daripada satu set ujian pasca yang mengandungi 40 soalan objektif. Sampel kajian ini
terdiri daripada 160 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil matapelajaran Sains
di daerah Sibu, Sarawak. Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan
menggunakan perisian komputer “Statistical Package for Sosial Science (SPSS) Window
Release 10.0” untuk mendapat nilai kekerapan, peratusan, min dan nilai ujian-t. Ujian-t
bagi pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam tahap pemahaman dan pencapaian di antara kedua-dua
kumpulan ini. Hasil kajian menunjukkan kumpulan eksperimen yang menggunakan
pembelajaran koperatif kaedah Jigsaw telah mendapat tahap pemahaman dan pencapaian
yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah
pembelajaran sedia ada (tradisional).
vii
ABSTRACT
The aim of this study is to identify the Form Four students understanding on
some science concepts among those who were engaged in a Traditional Learning setting
with those engaged in Cooperative Learning. This study is also aimed to determine the
achievement of these students in the two different settings. The research is experimental
whereby students are requested to sit for a test, which consist of 40 multiple-choice
questions. The sample consists of 160 Form Four students in Sibu, Sarawak. The data
was analyzed by using computer software “Statistical Package for Social Science (SPSS)
Window Release 10.0” whereby the frequencies, percentages, means and t-test were
obtained. Findings showed that there is a significant difference in level of understanding
and achievement between the two groups. The results also showed that the students who
were engaged in Cooperative Learning achieved higher compare to those engaged in
Traditional Learning.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JUDUL xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAHAGIAN SATUPANGENALAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
ix
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 10
1.10 Penutup 12
BAHAGIAN DUASOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Takrifan Pembelajaran Koperatif 14
2.3 Unsur Asas Pembelajaran Koperatif 18
2.4 Jenis Pembelajaran Koperatif 20
2.5 Kaedah-kaedah Menjalankan Pembelajaran 20
Koperatif
2.5.1 Kaedah Jigsaw 20
2.5.2 Students Teams- Achievement 23
Divisions (STAD)
2.5.3 Team-Games-Tournament (TGT) 23
2.5.4 Teams Accelerated Instruction (TAI) 24
2.5.5 Learning Together 24
2.6 Kelebihan Pembelajaran Koperatif 24
2.7 Perbezaan di antara Kaedah Pembelajaran 28
Koperatif dan Kaedah Pembelajaran Tradisional
2.8 Penutup 29
x
BAHAGIAN KETIGAMETODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Subjek Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.5 Prosedur Kajian 34
3.6 Andaian 35
3.7 Analisis Data 35
3.8 Penutup 36
BAHAGIAN KEEMPAT PENGANALISIAN DATA
BAB IV PENGANALISIAN DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut 38
Ciri-ciri Demografi
4.2.1 Analisis Taburan Responden Mengikut 38
kumpulan (kawalan atau eksperimen)
4.2.2 Analisis Taburan Responden Mengikut 39
Pencapaian (Gred) Sains yang terdapat
dalam PMR
4.3 Analisis Data dan Dapatan Pokok Kajian Untuk 39
Kaedah Pembelajaran Sedia Ada dan Kaedah
pembelajaran Koperatif Kaedah Jigsaw
xi
4.3.1 Analisis tahap pemahaman pelajar 40
kedua-dua kumpulan terhadap Sains
(dari aras 1-3) sebelum dan selepas
didedahkan kaedah pembelajaran
masing-masing
4.3.1.1 Soalan berasas pertama (1) 40
4.3.1.2 Soalan beraras kedua (2) 42
4.3.1.3 Soalan beraras ketiga (3) 44
4.3.2 Analisis prestasi dan pencapaian pelajar 46
kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen tingkatan 4 terhadap Sains
sebelum dan selepas didedahkan kaedah
pembelajaran sedia ada dan kaedah
pembelajaran koperatif
4.3.2.1 Bilangan pelajar yang lulus 46
4.3.2.2 Pencapaian 47
4.3.2.3 Min keputusan pelajar kumpulan 48
kawalan dan kumpulan eksperimen
4.3.3 Ujian-t 49
4.4 Kesimpulan 50
BAHAGIAN KELIMA PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan 51
5.2.1 Persoalan kajian 1 - Tahap pemahaman
konsep pelajar dalam Sains tingkatan
xii
empat terhadap kedua-dua
pengajaran guru. 51
5.2.1.1 Soalan yang beraras pertama (1) 52
5.2.1.2 Soalan yang beraras kedua (2) 53
5.2.1.3 Soalan yang beraras ketiga (3) 54
5.2.2 Persoalan kajian 2 - Pencapaian pelajar 56
dalam Sains tingkatan empat terhadap
kedua-dua pengajaran guru.
5.2.3 Persoalan kajian 3 - Perbezaan tahap 60
permahaman konsep dan pencapaian pelajar
dalam Sains Tingkatan Empat terhadap
kedua-dua kaedah pengajaran guru
5.3 Rumusan 61
5.4 Masalah kajian dan kelemahan perlaksanaan 62
pembelajaran koperatif
5.4.1 Masalah kajian 62
5.4.2 Kelemahan perlaksanaan pembelajaran 63
koperatif
5.5 Implikasi kajian 64
5.6 Cadangan Tindakan Kajian 65
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.8 Kesimpulan 67
RUJUKAN 69
LAMPIRAN 75
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbezaan di antara Pembelajaran 28
Koperatif dan Pembelajaran Tradisional
3.1 Nombor-nombor soalan berdasarkan aras 33
3.2 Pengkelasan tahap pencapaian 36
4.1 Taburan responden mengikut kumpulan 37
4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut 38
Pencapaian (Gred) Sains yang terdapat
dalam PMR
4.3 Analisis tahap pemahaman pelajar 39
kedua-dua kumpulan terhadap soalan
berasas 1 sebelum dan selepas
pembelajaran masing-masing 41
4.4 Analisis tahap pemahaman pelajar
kedua-dua kumpulan terhadap soalan
beraras 2 sebelum dan selepas
pembelajaran masing-masing
4.5 Analisis tahap pemahaman pelajar 43
kedua-dua kumpulan terhadap soalan
beraras 3 sebelum dan selepas
pembelajaran masing-masing
4.6 Analisis bilangan pelajar kedua-dua kumpulan 45
yang lulus sebelum dan selepas
didedahkan pembelajaran masing-masing
4.7 Analisis pencapaian kedua-dua kumpulan 46
xiv
pelajar sebelum dan selepas
pembelajaran masing-masing
4.8 Analisis min keputusan kedua-dua 47
kumpulan pelajar sebelum dan
selepas pembelajaran masing-masing
4.9 Analisis ujian-t bagi kedua-dua kumpulan 48
yang didedahkan kaedah pembelajaran
masing-masing
xv
SENARAI SINGKATAN
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
FPN Falsafah Pendidikan Negara
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
PMR Peperiksaan Menengah Rendah
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Kertas Ujian Pra dan Pos 75
B Falsafah Pendidikan Kebangsaan 90
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
C Jadual persediaan pengajian dan 91
pembelajaran kaedah Tradisional
(sedia ada) dan kaedah pembelajaran
koperatif kaedah Jigsaw
D Carta alir kaedah pembelajaran koperatif 92
bagi mempelajari topik asid dan bes, dengan
menggunakan pendekatan cantuman
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 93
Daripada Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 95
Daripada Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kita tidak dapat menafikan bahawa pendidikan telah mengalami banyak
perubahan sejak zaman sistem pondok yang merupakan sistem pendidikan terawal yang
dilaksanakan di Malaysia. Para pendidik telah mengemukakan dan mempraktikkan
banyak pendekatan supaya pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dengan lebih
berkesan. Tambahan pula, dengan kemajuan sains dan teknologi serta perkembangan
yang pesat dalam teknologi maklumat, banyak alat-alatan canggih telah digunakan untuk
mempelbagaikan teknik-teknik penyampaian.
Perubahan yang telah berlaku ini telah membantu para pendidik, mahupun cikgu-
cikgu di sekolah rendah, guru-guru di sekolah menengah atau pensyarah-pensyarah di
Universiti untuk menangani masalah-masalah perbezaan individu yang wujud di
kalangan para pelajar dengan usaha mempelbagaikan dan mengindividukan pengajaran
supaya perbezaan tersebut mendapat perhatian yang sewajarnya.
Mengembangkan potensi seseorang pelajar yang seperti dicatat secara tersurat
dalam Falsafah Pendidikan Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990) (rujuk
pada lampiran B) merupakan hasrat yang baik dan murni serta seharusnya diberi
sokogan yang penuh. Oleh itu amat wajar sekali jika semua pihak yang terlibat dalam
alam pendidikan di negara ini mengembleng tenaga dan fikiran dalam usaha untuk
mencapai matlamat tersebut. Maka dalam hal ini, sebagai seorang pendidik, proses
pengajaran yang diamalkan olehnya memainkan peranan yang sangat penting untuk
mencapai matlamat di atas.
Mekanisme pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi cabaran yang
betul kepada para pelajar dan menyediakan maklum balas yang tepat dan sesuai terhadap
pencapaian akademik mereka bukan sahaja dapat menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik tetapi juga produktif dan cekap (Tengku Mohd Azman,
1991)
Bekerjasama merupakan elemen asas dan utama kemasyarakatan yang penting.
Setiap orang harus bekerjasama untuk mengembangkan dan mengeratkan persahabatan
serta menjalinkan hubungan yang baik di antara ahli-ahli keluarga, rakan sekerja, rakan
sebaya serta dalam pengurusan kerjanya yang baik.
“without the cooperation of its members society cannot survive, and the society
of man has survived because the cooperativeness of its members made survival
possible…It was not an advantageous individual here and there who did so, but the
group. In human societies the individuals who are most likely to survive are who are
best enabled to do so by their group.”
(Roger T. and David W. Johnson)
Negara kita iaitu Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu dengan
syarat mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh serta yakin menjelang tahun 2020.
Semua rakyat hidup dalam masyarakat Malaysia yang demokratik, liberal dan bertolak
ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur serta
mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang dinamik, bersaing, kenyal dan
giat jika kita semua yang sebagai rakyat Malaysia bersikap bekerjasama antara satu
dengan yang lain. Maka dengan syarat kita bekerjasama, matlamat untuk menjadi
negara kita-Malaysia sebuah negara yang maju pada masa depan iaitu pada tahun 2020,
yang telah dikenal sebagai wawasan 2020, bukanlah lagi merupakan satu impian atau
khayalan. Yang Amat Perdana Menteri negara kita telah menegaskan bahawa:
“ ini bukanlah angan-angan besar yang kita cita-citakan. Ianya adalah satu
wawasan yang boleh dicapai asalkan kita semua bekerjasama.”
(Abu Hassan Adam, 1991)
Dengan merujuk kepada penyataan yang ditegaskan oleh perdana menteri kita,
jelaslah bahawa sikap bekerjasama merupakan satu faktor yang sangat penting dalam
membina satu masyarakat yang maju dan makmur. Tambahan pula bekerjasama adalah
satu daripada16 nilai murni yang telah ditetapkan untuk diterapkan dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah mendukung cita-cita yang murni dan unggul selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Bekerjasama adalah suatu kemahiran asas yang tidak diajar secara langsung
semasa di bangku sekolah. Ia hendaklah ditanam dan dipupuk sejak kecil lagi. Dengan
adanya sikap bekerjasama, barulah pelajar-pelajar dapat berperanan dan berfungsi
dengan lebih berkesan dan baik bukan sahaja dalam keluarga sendiri, bilik darjah,
sekolah tetapi juga dalam masyarakat dan negara. Jadi jelaslah bahawa pelajar-pelajar
adalah sangat perlu didedahkan kepada kemahiran untuk bekerjasama dalam kumpulan.
Dengan itu, bilik darjah telah menjadi salah satu tempat yang paling sesuai untuk tujuan
ini. Dengan ini, muncullah satu pendekatan pengajaran yang boleh menempati tujuan
ini iaitu kaedah pembelajaran koperatif.
1.2 Latar Belakang.
Setakat ini, kita semua telah mengetahui bahawa sikap bekerjasama adalah
sangat penting untuk membina sebuah negara yang bersatu, maju dan makmur. Kita
juga pun mengetahui bahawa sikap ini hendaklah ditanam dan diterapkan ke dalam
pendidikan para pelajar. Jadi, bagaimanakah atau melalui kaedah pembelajaran apakah
kemahiran ini dapat diterapkan secara langsung dan tidak langsung dalam sistem
pendidikan? Kemahiran ini boleh diterapkan dengan berkesan melalui kaedah
pembelajaran koperatif di mana pelajar-pelajar akan belajar bekerjasama dalam
kumpulan-kumpulan kecil ke arah mencapai satu matlamat yang sama. Kaedah ini
dipilih sebagai satu kaedah pembelajaran yang berpotensi besar untuk mempercepatkan
lagi hasrat FPN serta objektif KBSR dan KBSM.
Menurut Campbell, (1965), sebenarnya, pembelajaran koperatif ini bukanlah lagi
satu idea yang baru. Sesuatu tamadun atau masyarakat akan dikekalkan jika sikap
bekerjasama dipupuk. Johan Amos Comenenius (1592-1670) mempercayai bahawa
pelajar akan menerima manfaat dengan mengajar atau diajar oleh pelajar lain.
Berdasarkan Campbell, 1965, pada tahun 1700, Joseph Lancaster dan Andrew Bell
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif secara meluas dalam sekolah-sekolah di
England. Pada tahun 1806 pula, idea pembelajaran koperatif dibawa ke Amerika
Syarikat apabila Sekolah Lancasterian ditubuhkan di New York. Sejak itu, pada tahun
1800an, keutamaan diberi kepada kaedah pembelajaran koperatif di Amerika Syarikat.
Salah seorang pendidik yang sangat berjaya dalam pelaksanaan kaedah
pembelajaran koperatif iaitu Colonel Francis Parker. Colonel Parker terkenal dengan
usaha menggunakan kaedah pembelajaran koperatif serta mewujudkan suasana
demokratik dalam bilik darjah, di mana semua pelajar diberi peluang untuk mengambil
bahagian dalam sesuatu pembelajaran. Semasa Colonel Parker bertindak sebagai
penyelia sebuah sekolah di Quincy, Massachusetts (1875-1880), lebih daripada 30000
pelawat mengunjungi sekolah beliau setiap tahun untuk membuat pemerhatian tehadap
kaedah pembelajaran koperatif yang dilaksanakan olehnya
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh
pendidikan, misalnya Kaedah Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD
(Students Teams-Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together),
Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
Menurut Grasha, (1972), pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar
berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian
idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan
falsafah konstruktivisme. Kaedah pembelajaran koperatif boleh memperkembangkan
kemahiran pembelajaran pelajar seperti pemikiran dan penyelesaian masalah di samping
mempelajari kandungan pelajaran .
Dengan merujuk Seameo Recsam, (1997), pada tahun 1992, banyak kursus
pendedahan kaedah dan konsep pembelajaran koperatif telah dikendalikan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan harapan guru-guru yang menyertai kursus-
kursus itu boleh mengadakan latihan dalaman diperingkat sekolah untuk guru-guru lain
dan seterusnya memperkenalkan kaedah pembelajaran koperatif dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Nor Azizah Salleh (1991) mengatakan bahawa beliau percaya
bahawa kaedah pembelajaran koperatif boleh digunakan dalam sistem pendidikan
Malaysia.
Walaubagaimanapun, sekolah-sekolah di Malaysia masih kekalkan cara
pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada dan berpusat kepada guru. Guru menjadi
sumber matlumat. Menurut Nor Azizah Salleh (1991) setakat hari ini tidak ada data
empiris yang telah dikumpulkan untuk menunjukkan keberkesanan pembelajaran
kumpulan kecil di Malaysia walaupun pembelajaran dalam kumpulan kecil telah
dimulakan dengan pelancaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. (KBSM).
(Seameo Recsam, 1997)
Sistem pendidikan yang berpusat guru serta yang mengutamakan pencapaian
peperiksaan boleh menimbulkan beberapa gejala yang kurang sihat seperti kobosanan,
masalah disiplin, hafalan konsep dan sebagainya. Grasha (1972) memperhatikan 4 reaksi
umum pelajar terhadap kaedah pembelajaran berpusat guru seperti yang berikut:
a) Gaya penghidaran
Kelakuan-kelakuan pelajar termasuk ponteng kelas, tidak ambil peduli, tidak
melibatkan diri dalam perbincangan kelas.
b) Gaya Persaingan
Pelajar-pelajar menganggap bahawa tujuan utama pembelajaran ialah mencapai
gred yang baik dan mereka hanya menumpukan perhatian kepada keputusan
peperiksaan dan bukan proses pembelajaran.
c) Gaya Bergantungan
Pelajar-pelajar ini hanya melakukan perkara yang diarahkan oleh guru
d) Gaya penghafalan
Pelajar-pelajar hanya hafal konsep apabila mereka didapati tidak memahami
konsep sains itu untuk menghadapi peperiksaan.
Michaelsen (1983) juga memerhatikan bahawa dalam satu kelas yang besar, pelajar-
pelajar terpaksa menjadi pasif, bersikap tidak peduli, ketidakhadiran serta memperolehi
pencapaian yang rendah.
Pembelajaran koperatif masih dalam peringkat permulaan dalam sistem
persekolahan Malaysia. Para penyelidik di Malaysia mempunyai satu bidang yang
sangat luas untuk mengkaji pembelajaran koperatif ini masih belum diselidiki dengan
meluas. Pembelajaran koperatif bukan sahaja merupakan satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran untuk mencapai integrasi, menghasilkan rakyat Malaysia yang mempunyai
nilai-nilai murni sebagaimana yang dinyatakan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
1.3 Pernyataan Masalah
Matapelajaran Sains adalah suatu subjek yang sangat memerlukan pemahaman
konsep sains dan bukan hafalan sahaja. Kebanyakkan pelajar menganggap bahawa
matapelajaran Sains susah untuk difahami dan menyebabkan mereka tidak berminat
dalam matapelajaran ini. Di samping itu, para pelajar juga sering menghadapi masalah
semasa memahami konsep yang ada dalam matapelajaran ini. Oleh itu, mereka hanya
menghafal konsep itu sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Tambahan pula,
pengajaran yang berpusat kepada guru yang tidak melibatkan pelajar-pelajar dengan
aktif telah menyebabkan pelajar berasa bosan dan tidak peduli dan seterusnya
mengakibatkan mereka tidak berminat dalam matapelajaran Sains. Proses pengajaran
dan pembelajaran Sains di Malaysia sering berhadapan dengan masalah ini dan dengan
itu telah mengakibatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran Sains rendah dan tidak
memuaskan. Dengan berpandukan masalah ini, kajian ini dijalankan adalah untuk
mengkaji sejauh manakah keberkesanan pembelajaran koperatif kaedah Jigsaw dalam
matapelajaran Sains tingkatan empat dalam sistem pendidikan di Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian ini adalah untuk:
1 Mengkaji tahap pemahaman konsep pelajar dalam matapelajaran Sains Tingkatan
Empat terhadap pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dan secara
tradisional (sedia ada).
2 Meninjau prestasi dan keputusan peperiksaan pelajar dalam matapelajaran Sains
Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dan
secara tradisional (sedia ada).
3 Mengenalpasti perbezaan tahap permahaman konsep dan pencapaian pelajar dalam
matapelajaran Sains Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru secara koperatif
kaedah Jigsaw dan secara tradisional (sedia ada)
1.5 Persoalan Kajian
Adalah diharapkan melalui kajian ini, persoalan-persoalan berikut akan terjawab:
1. Apakah tahap pemahaman konsep pelajar dalam matapelajaran Sains Tingkatan
Empat terhadap pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dan secara
tradisional (sedia ada)?
2. Apakah prestasi dan keputusan peperiksaan pelajar dalam matapelajaran Sains
Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dan
secara tradisional (sedia ada)?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap permahaman konsep dan pencapaian pelajar
dalam matapelajaran Sains Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru secara
koperatif kaedah Jigsaw dan secara tradisional (sedia ada)
1.6 Hipotesis Kajian
Berikut merupakan hipotesis yang telah dibina untuk mendapatkan jawapan
kepada permasalahan kajian
I Terdapat tiada perbezaan tahap pemahaman konsep pelajar dalam
matapelajaran Sains Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru secara
koperatif kaedah Jigsaw dan secara tradisional (sedia ada)
II Terdapat tiada perbezaan prestasi dan keputusan peperiksaan pelajar
dalam matapelajaran Sains Tingkatan Empat terhadap pengajaran guru
secara koperatif kaedah Jigsaw dan secara tradisional (sedia ada)