Transcript

2.1 SISTEM PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA

2.1 SISTEM PENGANGKUTAN DALAM MANUSIA

SALUR DARAH DAN FUNGSINYA

Terdapat tiga salur darah yang ada di dalam badan manusia iaitu :1. Kapilari2. Arteri3. Vena

Kapilari Salur darah yang paling kecil dan halus Salur darah yang sangat nipis untuk membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan antara darah dan badan. Menghubungkan arteri dan vena Membenarkan pertukaran gas berlaku

Arteri Salur darah yang tebal dan kenyal Membawa darah keluar dari jantung Arteri mengangkut darah beroksigen kecuali arteri pulmonari mengangkut darah terdeoksigen. Kenapa tebal ? Kerana tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah keluar dari jantung ke seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur arteri akan pecah akibat tidak mampu tanggung tekanan yang tinggi tadi.

Vena Salur darah yang nipis dan kurang kenyal Membawa darah dari seluruh badan ke jantung Vena mengangkut darah terdeoksigen kecuali vena pulmonari mengangkut darah beroksigen Mempunyai struktur penghalang di dalamnya yang dipanggil injap Fungsi injap di dalam vena untuk menghalang darah terdeoksigen dari berpatah balik dan bercampur dengan darah beroksigen.

DARAH BEROKSIGENDARAH TERDEOKSIGEN


Top Related