Download - Sabahku

Transcript
Page 1: Sabahku

Sabahku

DAP mahu semua anak Sabah menikmati kemudahan asasKEMISKINAN, kekurangan kemudahan asas, kemasukan pendatang asing, pemberian kad pengenalan kepada warga asing dan salah guna kuasa di Sabah yang dibiarkan begitu sahaja oleh pentadbiran Putrajaya telah me-nyebabkan rakyat Negeri di Bawah Bayu menderita.

“Kekurangan sekolah, guru-guru yang baik dan masalah sambungan in-ternet di Sabah tidak patut berlaku.

“Sumber semulajadi seperti tanah, kayu, tidak boleh dikuasai segolongan pihak. Semuanya itu milik setiap warga Sabah,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya, semua masalah tersebut boleh diatasi dalam tempoh lima tahun jika kekayaan sumber negeri dapat di-agihkan kepada pemilik sebenarnya, iaitu semua rakyat Sabah.

Menurutnya, dasar-dasar baru yang

memberi manfaat perlu dibuat untuk menggantikan dasar lama yang hanya memihak kepada kroni Barisan Nasio-nal.

Beliau menambah, dasar baru yang dicadangkan itu harus berbeza dan bertujuan mengangkat pengupayaan moral, nilai-nilai keadilan dan kebeba-san.

Buat masa ini, DAP bersama sukare-lawan dari seluruh negara giat melaksa-

nakan beberapa projek kemudahan asas di kawasan-kawasan pedalaman Sabah.

Projek-projek itu di bawah inisiatif Im-pian Sabah, hasil idea pemimpin vete-ran DAP Lim Kit Siang, telah dijayakan di Kota Marudu, Keningau dan Tenom.

Melalui usaha ini, penduduk tempa-tan telah dapat menikmati bekalan air bersih, sistem saliran lebih baik dan jambatan.

> 8,9

SETAHUN IMPIAN SABAH: BERJAYA SIAPKANPROJEK INFRASTRUKTUR DI KAWASAN YANG DIABAIKAN UMNO-BN

> 6,7 > 8,9LEBUHRAYA: UTAMAKAN SYARIKAT ANAK NEGERI > 3

www.dapmalaysia.org

PERCUMA

EDITOR: CHAN FOONG HIN

Page 2: Sabahku

2

DAP Sabah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aktiviti pem-balakan haram dan penyele-wengan Yayasan Sabah yang dipercayai ada kaitan dengan kematian 14 ekor gajah di Hutan Simpan Gunung Rara, tahun lalu.

Pengerusi DAP Negeri Jim-my Wong Sze Phin, Timbalan Pengerusi Stephen Wong Tien Fatt dan Naib Pengerusi Chan Foong Hin telah membuat lapo-ran kepada SPRM di Putrajaya pada 28 November lalu.

Dalam laporan tersebut, mere-ka menjelaskan bahawa tinda-kan undang-undang telah difail-kan oleh Pengurus Alam Sekitar Yayasan Sabah (YS), Masturah Sulaiman, terhadap majikannya.

YS sebelum ini dikatakan sen-gaja memindahkan Masturah ke jabatan lain kerana membangkit-kan isu kematian 14 ekor gajah tersebut.

Dalam samannya, Masturah menamakan tiga orang termasuk

seorang pegawai utama Yayasan Sabah yang bertanggungjawab memindahkannya.

Masturah sebelum ini bertugas sebagai pengurus alam sekitar di Rakyat Berjaya Sdn Bhd (RBJ), anak syarikat Kumpulan Yayas-an Sabah memfailkan tindakan mahkamah terhadap tiga peg-awai kumpulan itu kerana me-mindahkannya, berikutan lapo-ran dibuat susulan kematian 14 gajah Borneo.

Masturah yang sebelum ini bertugas sebagai pengurus alam sekitar di RBJ semenjak 2004 turut mengetuai unit Kajian Ke-san Alam Sekitar, kemudiannya dipindahkan ke Unit Alam Seki-tar dan Sumber Hutan (Forest Resources and Environmental Unit).

“Adakah kerana Masturah mengetahui terlalu banyak penyelewengan dalam Yayasan Sabah, maka dia dipaksa berpin-dah kepada bahagian lain yang tidak ada kena mengena dengan

kepakarannya?“Sehingga hari ini tidak ada

sesiapa yang didapati bertang- gungjawab, walaupun laporan makmal mendapati 14 gajah tersebut mati akibat keracunan.

“Susah sangatkah untuk menje-jaki pergerakan gajah dan meng-esan kontraktor kawasan tempat bangkai itu ditemui?” kata Jimmy Wong dalam satu kenyataan.

DAP Sabah juga menyeru siasa-tan dibuat sekiranya wujud mus-

lihat dan penyelewengan dalam Jabatan Perhutanan Sabah yang membawa kepada kematian ga-jah tersebut.

Ini kerana Pengarah Jabat-an Perhutanan juga adalah ahli lembaga pengarah anak syari-kat Yayasan Sabah, yang diberi konsesi Hutan Simpan Gunung Rara.

“Ini adalah konflik kepentin-gan. Adakah ini bermakna dia (pengarah) menebang pokok-

pokok dan pada waktu sama memantau siapa yang mene-bang?,” soal Jimmy Wong yang juga Ahli Parlimen Kota Kinaba-lu.

Masturah yang mengemuka-kan saman tersebut telah men-erima laporan kematian 10 gajah Borneo pada 10 Januari 2013, di Hutan Simpan Gunung Rara kira-kira 130km dari Tawau, dan kawasan tersebut diserahkan ke-pada Yayasan Sabah,

Sebagai pegawai yang ber-tanggungjawab menyelia kawa-san tersebut, beliau hairan apa-bila kejadian itu langsung tidak dimaklumkan kepadanya oleh RBJ mahu pun Yayasan Sabah.

Sehubungan itu, satu laporan dibuat kepada Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) bagi meny-iasat insiden berkenaan dan jawapan balas pertubuhan itu turut dihantar kepada Kumpu-lan Yayasan Sabah, Jabatan Per-hutanan dan Jabatan Hidupan Liar.

ANCAMAN keselamatan negara pada masa ini datangnya dari laut, terutama Laut China Selatan, yang amat membaha-yakan rakyat di negeri Sabah.

Namun, kerajaan Malaysia masih tidak mengubah strategi lama yang menye-babkan negara telah dikejutkan dengan serangan pengganas dari luar.

Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong berkata, keadaan itu menyebabkan tiga daripada empat divisyen askar berada di Semenan-jung manakala tiada skuadron tempur tentera udara yang berpangkalan di Sa-bah dan Sarawak.

Katanya, keadaan di mana angkatan tentera Malaysia terpaksa dikerah terge-sa-gesa dari Semenanjung ketika insiden Lahad Datu itu adalah peringatan jelas bahawa strategi lama Perang Dingin tidak lagi boleh digunakan.

“Dengan itu, Malaysia perlu berubah kerana keadaan keselamatan berbeza ke-tika era Perang Dingin di mana ancaman utama adalah komunis, terutama di baha-gian darat Semenanjung,” tambah beliau.

Menurutnya, kerajaan perlu belajar daripada insiden itu bahawa kekuatan pertahanan perlu berdasarkan penila-ian ancaman dan risiko, bukannya legasi lapuk dan faktor sejarah.

“Kini terlalu banyak sumber diperun-tukkan kepada tentera darat, sedangkan ancaman sebenar dari laut.

“Kementerian Pertahanan perlu melak-sanakan nisbah 50:50 tentera antara Se-menanjung dengan Sabah dan Sarawak, dan 35:35:30 sumber antara tentera darat, laut dan udara,” katanya.

Liew yang juga Ahli Parlimen Kluang menggesa kerajaan mengambil pelajaran daripada kegagalan mengumpul mak-lumat perisikan secukupnya ketika insid-en Lahad Datu.

“Bukti menunjukkan ancaman Sulu di sana mula dikesan pada tahun 2008, namun tiada respon yang dirangka. Unit Perisikan perlu tumpu kepada ancaman ketenteraan sebenar, bukannya politik do-mestik.

“Dasar pertahanan adalah dinamik dan sentiasa memerlukan penilaian semula.

Kegagalan untuk bertindak akan mengun-dang bencana, seperti kes Lahad Datu,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat telah menghantar mem-orandum kepada Perdana Menteri ber-hubung penambahbaikan Pusat Kawalan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang sering menjadi tumpuan pengganas.

Antaranya, strategi kerajaan masih ber-

dasarkan ancaman komunis menjadikan Semenanjung sebagai medan utama, den-gan peratusan kekuatan polis dan tentera 70 peratus di Semenanjung dan 30 peratus di Sabah dan Sarawak.

Memorandum itu dirangka oleh Ahli Parlimen Lumut yang juga bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Ah-mad Imran Abdul Hamid.

Siasat segera misteri gajah mati, pembalakan haram

Pertahanan Sabah perlu diperkuatkan

“Sehingga hari ini tidak ada sesiapa yang didapati bertanggungjawab, walaupun laporan makmal mendapati 14 gajah tersebut mati akibat keracunan.”

-JIMMY WONG SZE PHIN Pengerusi DAP SABAH

Page 3: Sabahku

3

DAP Sabah membantah keras cubaan memberi kontrak pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo merentasi Sabah dan Sarawak yang bernilai RM27 bilion kepada syari-kat Semenanjung, lebih-lebih lagi kepada syarikat kroni, tanpa melalui tender terbu-ka.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong Sze Phin berkata beliau mendapat tahu tentang perkara itu melalui beber-apa laporan media yang menyatakan ba-hawa syarikat UEM-MMC menjadi penda-hulu bagi mendapatkan projek itu bagi bahagian Sabah.

“Kita tahu bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (pemilik MMC) adalah kroni BN,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Sabah menggesa proses bidaan projek dibuat se-cara tender terbuka, dengan keutamaan diberikan kepada syarikat tempatan.

“Kami meminta kerajaan mensyaratkan agar syarikat dari Sabah perlu menyertai konsortium yang akan membida projek ini.

“Kami tidak ingin syarikat tempatan ha-nya mendapat serdak dengan menjadi sub-kontraktor kepada syarikat Semenan-jung yang mendapat keuntungan besar,”

tambah beliau.Sedangkan di Sarawak, kata Wong, syari-

kat-syarikat tempatan, iaitu Cahya Mata Sarawak Bhd, Hock Seng Lee Bhd, Naim Holdings Bhd dan Zecon Bhd dijangka mendapat kontrak pembinaan lebuhraya bagi bahagian negeri itu, seperti dilapor-kan oleh akhbar The Star pada 11 Oktober lalu.

“Jika di Sarawak boleh (dikendalikan syarikat tempatan), mengapa tidak Sabah?

“Kami tidak ingin penduduk Sabah dilayan seperti ‘orang bodoh’. Sudahl-ah keuntungan melalui pembinaan leb-uhraya diraih konsortium dari Semenan-jung, malah menikmati konsesi tol yang mahal daripada rakyat Sabah,” katanya lagi.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt ber-kata, mereka bukan cuba menimbulkan sentimen anti-Semenanjung tetapi hanya menggesa layanan yang saksama kepada penduduk negeri itu.

“Sabah adalah antara negeri paling mi-skin, walaupun menjadi penyumbang uta-ma negera melalui hasil petroleum. Jika perkara ini berlaku (kontrak diberi kepa-da syarikat luar), rakyat negeri sekali lagi dirompak,” katanya.

DAP mempersoalkan sama ada Timbalan Ketua Men-teri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan berjaya meyakinkan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah 40 tahun pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri itu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ia han-ya boleh diselesaikan melalui Jawatankuasa Pelaksa-naan, lanjutan kepada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah.

“Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya bersedia memberi Pairin kuasa pe-nuh bagi melaksanakan cadangan-cadangan laporan RCI?

“Tiada guna jika Pairin dipuji sebagai ‘patriot Ma-laysia sejati’, jika Najib tak bersedia memberi kua-sa penuh kepadanya melaksana cadangan RCI dan menyelesaikan masalah 40 tahun pendatang haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Sewaktu merasmikan persidangan tahunan Par-ti Bersatu Sabah (PBS) pada November lalu, Najib memuji Pairin yang disifatkannya sebagai ‘patriot

Malaysia sejati’ kerana pendirian teguh memastikan Sabah terus berada dalam Malaysia.

Kit Siang berkata, beliau telah pun mencadangkan kepada Parlimen supaya PATI dihantar pulang ke ne-gara asal, dengan peringatan bahawa wujud konspir-asi untuk membenarkan mereka mengundi dengan tujuan mengubah lanskap politik Sabah.

Isu tersebut kemudiannya meleret kepada skandal pemberian kad pengenalan biru kepada PATI yang didaftarkan sebagai pemilih, yang diketahui sebagai ‘rahsia umum’.

“Kebimbangan yang saya nyatakan di Parlimen pada 1986 telah terjadi berdasarkan perubahan da-lam demografi politik dan sosio-ekonomi di Sabah.

“Ini berpunca akibat pemberian hak mengundi secara gelap, yang merupakan subjek RCI Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Menurutnya, apa yang diperlukan sekarang bukan-nya ulasan lanjut tetapi pelaksanaan segera cadangan dikemukakan RCI.

Bina lebuh raya: Utamakan syarikat Sabah, bukan kroni Semenanjung

Najib cakap kosong, gagal atasi masalah PATI

“Sabah adalah antara negeri paling miskin, walaupun menjadi penyumbang utama negera melalui hasil petroleum. Jika perkara ini berlaku (kontrak diberi kepada syarikat luar), rakyat negeri sekali lagi dirompak.”

- STEPHEN WONG TIEN FATT Ahli Parlimen Sandakan

“Tiada guna jika Pairin dipuji sebagai ‘patriot Malaysia sejati’, jika Najib tak bersedia memberi kuasa penuh kepadanya melaksana cadangan RCI dan menyelesaikan masalah 40 tahun pendatang haram.”

- LIM KIT SIANGKetua Parlimen DAP

Page 4: Sabahku

4

Kg Ulu Tepoh adalah sebuah kam-pung berjarak jauh lebih kurang 27 km daripada Pekan Tenom dan ianya boleh dilalui melalui jalanraya.

Buat ketika ini di sekitar kawasan kampung ini (termasuk jirannya) mempunyai lebih 100 ekar sawah padi dimiliki oleh lebih kurang 50 keluarga. Namun itu, para petani disini menghadap masalah apabila hendak membawa hasil mereka ke kilang padi kerana tidak mempunyai kenderaan pengangkutan sendiri. Di samping itu, kadang kala hasil me-reka kerosotan kualiti kerana kilang

padi di Pekan Tenom terlalu sibuk ketika musim penuaian.

Sebagai penyelesaian, Panus Ebin dan rakannya telah mencadangkan agar sebuah kilang padi mini didi-rikan di Kg Ulu Tepoh kemudian di-operasi dibawah koperasi penduduk kampung sendiri.

Secara gotong royong dan kutip dana diantara para penduduk disi-tu, bangunan kilang padi itu telah siap dibina pada pertengahan bulan Oktober 2014 dengan kelengkapan gilingan padi yang didermakan oleh DAP.

Kilang padi mini di Kg Ulu Tepoh

KG SASAI adalah sebuah kampung terletak di kawasan DAN Bingkor yang hanya ber-jarak jauh lebih kurang 8km dari Pekan Keningau.

Biarpun letaknya hanya le-bih kurang 3 km dari loji rawa-tan air yang sedia ada di Kg Bungsit, namun 30 keluarga petani sawah padi sepanjang parit bekalan air ini belum dapat menikmati bekalan air yang bersih.

Bagi tujuan mandi, men-cuci kain mahupun alat alat dapur mereka terpaksa ke parit saliran air sawah padi walaupun air parit ini telah tercemar dengan racun rum-pa/serangga ataupun baja ki-mia. Mereka juga terpaksa

berulang alik ke rumah sau-dara yang berdekatan untuk mendapatkan air bersih yang telah dirawat bagi tujuan me-masak makanan dan air mi-num.

Atas permintaan daripada para penduduk disitu, DAP telah menyumbangkan ba-han bahan yang diperlukan seperti paip dan sambungan-nya (panjangnya lebih kurang 1 km) supaya mereka dapat menikmati air bersih dari sumber yang terawat.

Pada bulan September 2014, atas bantuan dari DAP penyambungan paip tersebut telah diselesaikan melalui go-tong royong oleh para pendu-duk berkenaan sendiri.

Penyambungan paip air dari bekalan air yang dirawat di Kg Sasai, Bingkor

Kg Pangi dan Kg Kelandos adalah perkampungan di dalam Daerah Tenom yang mana keretapi adalah kendaraan khas bagi penduduk di sini untuk ulang alik ke Pekan Tenom.

Penduduk di sini bermastautin dan berkebun di tebing kiri dan kanan se-panjang Sungai Padas. Bagi mereka di

seberang sungai, jambatan gantung se-dia ada di situ merupakan lalu lintas uta-ma bagi seharian mereka termasuklah anak anak yang ingin pergi ke sekolah mereka yang berada di seberang sungai.

Namun itu, penduduk di seberang sun-gai terdesak apabila jambatan gantung utama sekali ini musnah akibat dilanda

Sumbangan perahu kepada masyarakat di Kg Pangi dan Kg Kelandos

Jambatan gantung berukuran 500 kaki panjang melintasi Sungai Padas sebelum musnah.

Rumah kediaman penduduk kampung di seberang sungai.

6 November 2014 - Sdra Peter Saili menyerahkan dua buah injin outboard kepada wakil dari Kg. Pangi dan Kg Kelandos.

Kerja mengiling padi sedang dijalankan.

10 Oktober 2014, Panus dan rakan kerjanya sedang memunggah padi yang mereka angkut dari kampung jiran untuk diproses dikilang padi mini mereka.

13 September 2014, lawatan ke tapak cadangan kilang padi di Kg Ulu Tepoh. Dari kiri, Sivakumar Varatharaju (MP Batu Gajah), Panus Ebin, Peter Saili, Teresa Kok (MP Seputeh) dan Noorita Sual.

DARI KIRI: Dyana Sofya, Teresa Kok, Sivakumar Varatharaju dan Peter Saili melawat ke tapak pada 13hb September 2014.

Page 5: Sabahku

5

Penyambungan paip air dari bekalan air yang dirawat di Kg Sasai, Bingkor

Kg Ulu Tepoh adalah sebuah kam-pung di kawasan pendalaman Dae-rah Tenom, Sabah. Jarak di antara kampung ini ke Pekan Tenom adalah lebih kurang 27 km melalui jalanraya yang sedia ada.

Sebahagian besar daripada pen-duduk di sini adalah penoreh getah. Memandangkan kepada harga getah yang semakin merosot, 6 orang pe-noreh getah di sini terpaksa mena-nam padi untuk mendapatkan pen-dapatan sampingan.

Para petani sawah padi di sini telah mengalami masalah kerana tadahan air mereka yang disusun dengan batu itu amat rapuh apabila banjir.

Sehubungan itu, pada hujun bu-lan Ogos 2014 DAP Melalap telah dermakan dua buah gabion sebaik sahaja menerima permohonan dari-pada Panus Ebin.

Pada 4hb September 2014, para petani disini telah berjaya membina semula tadahan air mereka secara gotong-royong.

Pembinaan tadahan saliran air bagi sawah di Kg Ulu Tepoh

banjir pada 13hb Februari 2014. Selepas gagal mendapatkan sesua-

tu tindakan remedi dari pihak tertentu, wakil penduduk kampung di situ merayu agar DAP Melalap dapat memberi ban-tuan untuk menyumbangkan 2 buah pe-rahu kecil buatan fibreglass berinjin su-paya masalah kehidupan seharian dapat

diatasi.Sehubungan itu, pada hujung bulan

Julai 2014 DAP Pendalaman telah men-ganjurkan Majlis Makan Amal di Pekan Tenom dan Pekan Keningau, dan telah berjaya mengutip dana untuk menam-pung kos pembelian perahu berinjin yang diperlukan.

Sumbangan perahu kepada masyarakat di Kg Pangi dan Kg Kelandos

26th Julai 2014, YB Lim Kit Siang menyerahkan dua buah perahu kecil buatan fibreglass kepada wakil dari Kg Pangi dan Kg Kelandos ketika Majlis Makan Amal berlangsung di Restoran Chi Hing, Pekan Tenom.

6 November 2014 - Sdra Peter Saili menyerahkan dua buah injin outboard kepada wakil dari Kg. Pangi dan Kg Kelandos.

DARI KIRI: Dyana Sofya, Teresa Kok, Sivakumar Varatharaju dan Peter Saili melawat ke tapak pada 13hb September 2014.

Sukarelawan sedang memasang paip secara gotong royong yang dijalankan pada hujung Ogos 2014.

7 September 2014 - Noorita Sual (kiri depan), Panus Ebin (T shirt berjalur), Peter Saili (baju tangan panjang warna putih) bersama sama dengan beberapa orang penduduk Kg Ulu Tepoh berdiri di atas gabion yang telah siap dipasang.

4 September 2014 - Pimpinan DAP bersama sukarelawan ketika gotong-royong.

Page 6: Sabahku

6

TENOMSukarelawan dan orang kampung membina Bekalan Air Paip

Graviti di Kampung Pangi. Penduduk kampung juga mendapat

sumbangan dua bot kecil dan angkutan berkuasa enjin untuk

kegunaan orang Kampung Pangi dan Kampung Kelandus.

Siap pada Julai 2014.

Sukarelawan dan orang kampung membina dinding penahan

“gabion” dan empangan di Kampung Ulu Tepoh untuk kegu-

naan pengairan sawah padi. Siap pada September 2014

Projek yang sedang dilaksanakan sekarang adalah membina

penggiling padi (rice mill) untuk kegunaan orang kampung.

Projek Impian Sabah mem-buktikan bahawa DAP bukan sahaja pandai ber-

cakap tetapi juga menepati janji pembangunan untuk rakyat.

Impian Sabah yang bermula sejak tahun lalu bersama den-gan Impian Sarawak adalah usaha murni DAP yang diga-bungkan dalam semangat per-paduan Impian Malaysia.

Ia adalah usaha di mana ahli-ahli DAP bersama dengan para sukarelawan bekerjasa-ma dengan orang-orang kam-pung tempatan untuk membina kemudahan awam seperti paip air, jalan kampung, jambatan, tandas dan pelbagai kemuda-han lain.

Sejak akhir tahun 2013, Im-pian Sabah telah berjaya meny-iapkan beberapa projek infra-struktur di kawasan yang tidak dipedulikan oleh kerajaan Bari-san Nasional. Antaranya ialah di Kampung Samparita Laut di Kota Marudu di mana projek Bekalan Air Paip Graviti yang membolehkan penduduk kam-pung itu menikmati bekalan air bersih.

Pada Julai 2014, projek Im-pian Sabah juga berjaya mem-bina Bekalan Air Paip Graviti di Kampung Pangi di Tenom serta menderma dua bot kecil dan angkutan berkuasa enjin untuk kegunaan orang Kg Pangi dan Kg Kelandus.

Pada September 2014, pen-duduk Kampung Ulu Tepoh di Tenom menikmati kemudahan

pengairan apabila Impian Sa-bah membantu mereka mem-bina dinding penahan “gabion” dan empangan untuk kegunaan pengairan sawah padi.

Projek yang sedang dalam proses pelaksanaan pula ada-lah pembinaan penggiling padi untuk kegunaan orang kam-pung.

Sementara itu, satu projek pembinaan lintasan sungai paras rendah di Kampung Ulu Saga, Tenom dijangka dilak-sanakan tidak lama lagi untuk memudahkan kenderaan me-masuki kawasan pedalaman serta memudahkan penduduk kampung membawa keluar ha-sil dari kebun yang terletak di kaki bukit.

Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Impian Sa-bah berhasrat mengumpul dana daripada semua lapisan rakyat Malaysia, terutamanya dari Semenanjung untuk men-gusahakan projek yang diperlu-kan rakyat di pedalaman Sabah yang akan diusahakan secara sukarela.

“Rakyat di pedalaman Sa-bah menghadapi masalah tiada bekalan elektrik, jambatan un-tuk menyeberang sungai, bot. Tanah orang kampung milik nenek-moyang juga dirampas. Semua masalah itu sepatutnya diselesaikan kerajaan BN yang sudah 50 tahun memerintah bukan hanya tahu membuat janji tetapi tidak ditunaikan,” katanya.

IMPIAN SABAH

Page 7: Sabahku

7

1.3kb

KOTA MARUDUSukarelawan dan orang kampung membina Bekalan Air Paip Grav-iti di Kampung Samparita Laut. Penduduk tidak mempunyai kemu-dahan air paip dan bergantung kepada air sungai sebagai sumber minum dan membersih. Apabila keadaan air sungai terlalu kotor, penduduk mengumpul air hujan untuk kegunaan seharian. Kini mereka menikmati bekalan air bersih. Siap pada Disember 2013Selain sukarelawan yang datang dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah sendiri yang bergotong-royong bersama penduduk kam-pung-kampung tempatan, para pemimpin DAP Sabah turut hadir untuk membantu. Antara mereka adalah Jimmy Wong, Dr Edwin Bosi, Chan Foong Hin dan Junz Wong.

Page 8: Sabahku

8

BATU SUMPAH di Keningau mencatatkan janji Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sabah yang sudi bergabung dengan Malaya bersama Sarawak dan Singapura untuk mem-bentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Tiga janji – dan juga tiga perkataan yang hilang dari batu itu iaitu “Kerajaan Malaysia Jamin” - memastikan kebebasan beragama dalam Sabah, penguasaan tanah oleh keraja-an Sabah dan menghormati serta memuliha-ra adat istiadat di negeri itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mem-persoalkan sama ada sumpah yang dibuat bersama oleh pimpinan Persekutuan dan Sa-bah telahpun dijamin dan ditunaikan.

“Peminggiran, kemiskinan dan ketingga-lan di belakang dalam bidang sosio-ekonomi tidak sepatutnya berlaku di negeri kedua ter-besar di Malaysia,” katanya.

Pada 31 Ogos 2014 apabila DAP Sabah ingin mengadakan upacara memperingati ulang-tahun Batu Sumpah didirikan, para pemim-

pin dan wakil rakyat parti, termasuk Kit Siang, telah tidak dibenarkan masuk ke kawasan batu istimewa itu, iaitu di halaman Pejabat Tanah Keningau.

Kerana dihalang masuk, penduduk tem-patan bersama para pemimpin DAP telah mendirikan satu replika Batu Sumpah di luar tapak asal. Dengan itu, mereka berjaya men-gadakan upacara peringatan bersama dengan ketua kampung tempatan pada hari itu.

Menyedari pentingnya semangat Batu

Sumpah, pimpinan DAP Sabah telah membi-na replika kedua di Kampung Kionsom, Ina-nam pada 25 Oktober 2014 untuk kemudahan penduduk tempatan menziarahinya pada bi-la-bila masa.

DAP bercadang untuk mendirikan le-bih banyak lagi replika yang sama di kam-pung-kampung di Sabah dengan hasrat mengingatkan rakyat tentang perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dan anak negeri Sabah.

Batu Sumpah: Martabat anak Sabah dijamin

SELEPAS dua tahun menunggu laporan suru-hanjaya siasatan mengenai pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah, akhirnya ia didedahkan kepada umum.

Ternyata laporan itu tidak meyakinkan rakyat Sabah yang menganggap kerajaan UM-NO-BN mengecewakan mereka.

Hasil laporan itu: tiada siapa didapati ber-salah, Projek IC dikatakan mungkin ada dan mungkin tiada, dan tiada pemberian kad pen-

genalan secara meluas!Selain itu, dalam laporan setebal 368 muka

surat tersebut, hanya satu cadangan diberikan, iaitu satu sekretariat tetap ditubuhkan bagi menangani masalah PATI di negeri ini.

Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong Sze Phin berkata, rakyat Sabah tidak percaya dengan la-poran itu kononnya kerajaan dan parti politik tidak terlibat dalam projek IC.

“UMNO terlibat. Ramai (dari kalangan war-

ga asing yang mendapat kad pengenalan) turut didaftarkan sebagai pengundi,” katanya.

Menurutnya, seorang bekas tahanan ISA Jabar Khan yang juga setiausaha pasukan pro-jek tersebut pernah mendedahkan pengliba-tan pemimpin UMNO dalam hal itu.

Antara yang dituduh oleh Jabar adalah Musa Aman dan Yahya Hussein, selain keterangan pegawai lain mengenai proses membuat kad pengenalan di sebuah kediaman pemimpin

UMNO di Kuala Lumpur.“Kesaksian bekas pegawai-pegawai JPN

adalah mencukupi untuk mengaitkan pihak kerajaan.

“Kita masih ingat tiga bekas pegawai Jaba-tan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi keterangan kepada panel RCI dan kemudian ditahan di bawah ISA kerana memberi kad pengenalan kepada warga asing,’ kata Wong yang juga Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu.

Isu pendatang tanpa izin: Laporan RCI kecewakan rakyat Sabah

KIRI: Batu Sumpah replika kedua didirikan di Kg Kionsom, Inanam pada 25 Oktober 2014.

ATAS 1: Batu Sumpah yang terletak di Keningau.

ATAS 2: Pimpinan DAP Sabah bersama ketua kampung tempatan selepas mendirikan replika Batu sumpah pertama di luar tapak Batu Sumpah asal


Top Related