Download - RUJUKAN TEKS PENGACARA
TEKS 1
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
Masa/ Pembac
a
Atur cara Teks
8.25Hariff
Ketibaan tetamuAssalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia bagi tahun 2013.
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.
Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.
8.30 amSyuhada
Ketibaan Perasmi
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, Isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga ahli BAKTI dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri
8.35 amSyuhada
Lagu Negara ku dimainkan
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri....................................(Lagu Negaraku)
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.
8.45 amHariff
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan DoaBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.
Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemaraAssalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semua
Sayang selasih berisi minyak,Bunga cengkih di atas jerami;Terima kasih banyak-banyak,Sudi datang ke majlis kami.
Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samad,Isteri Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan ahli BAKTI
Yang Berusaha En Abdul Karim b. MunokGuru Besar SK Kota Setia
Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd NorYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia
Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt ShaariPenolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia
Yang Berusaha Pn. Rozita bt AbasPenolong Kanan Hal-ehwal Murid
Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. MarzukiPenolong Kanan Kokurikulum
Ketua-ketua Jabatan,
Guru-Guru BesarSekolah-sekolah Daerah Perak Tengah
Dif-dif jemputan
Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK Kota Setia tahun 2013. Saya Harif Fadzilah b. Othman
Dan saya Norsyuhada bt. Humari
Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Syuhada
Persembahan Tahun 4 dan Tahun 5Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati
Dari Kota Setia ke negeri Perlis,Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,Semoga hadirin terhibur di hati.
Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun 4 dan tahun 5 membuat persembahan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************(Persembahan)
Terima kasih kepada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 yang membuat persebahan sebentar tadi.Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Ida rohayu bt. Husin dan Cik Norsalmi bt. Shaari.
Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
************(Ucapan YDP.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Setia atas ucapan tersebut.
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Abdul Karim b. Munok, Guru Besar SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
************(Ucapan GB.)
Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan tadi.
Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan ahli BAKTI untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah bagi seisi 2013 SK Kota Setia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
***********(Ucapan Perasmi)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datin, atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.
Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.
Hadirin yang dihormati,Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat, majlis menjemput Tuan Guru Besar En. Abdul Karim b. Munok, diiringi Cik Noorsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi menyampaikan cederahati kepada perasmi.
Sekali lagi dijemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samat untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati dari pihak sekolah.
Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid Tahap 1. Dipersilakan.
************(Persembahan).
Hariff
Penyampaian sijil dan hadiah prasekolah
Terima kasih kepada murid-murid tahap 1 yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norsyuhada bt. Humari
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Berkat rimbunnya si pokok jati, Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti, Isikan akal dengan ilmu
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.
Untuk itu majlis menjemput Yang Berbahagia Datin Hajjah Rohkiah bt. Abdul Samatdengan diiringi oleh Cik Noorsalmi bt. Shaari untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid Prasekolah.Dipersilakan.………………. (Penyampaian hadiah)1. Sijil tamat Prasekolah 2013
Terima kasih Yang Berbahagia Datin kerana telah menyempurnakan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.
Majlis seterusnya adalah Anugerah Prasekolah. Untuk itu dijemput Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertu PIBG SK Kota Setia dengan diiringi oleh En. Kamarulnizam b. Marzuki, PK Kokurikulum.Dipersilakan.1. Anugerah Tunjang terbaik
2. Anugerah Kehadiran tertinggi
3. Anugerah Penabung terbanyak
4. Anugerah Pelajar cemerlang prasekolah
SyuhadaPenyampaian hadiah akademik
Terima kasih En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor kerana telah menyempurnakan penyampaian hadiah untuk murid-murid prasekolah.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik kepada murid-murid.
Untuk itu majlis menjemput …………………………………………………….. diiringi oleh …………………………………………………………………… ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.……………………… (Penyampaian hadiah)
1. Hadiah akademik terbaik
2. Hadiah dan sijil lonjakan prestasi
3. Hadiah matapelajaran terbaik
Hariff
Persembahan prasekolah
Terima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan hadiah.
Majlis penyampaian hadiah dihentikan buat seketika bagi menikmati satu persembahan iaitu Persembahan murid-murid Prasekolah. Dipersilakan.
………………………………….. (Persembahan)
Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Kumpulan ini dibawah bimbingan Pn. Rosnani bt. Saad dan Pn. Siti Hajar bt. Timar, dibantu oleh ibu Zaleha dan ibu Rumiyati.
Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada murid-murid.
Untuk itu dijemput ........................................................................ untuk menyampaikan sijil kepada murid-murid yang banyak membantu pihak sekolah. Dipersilakan.
.......................................... (penyampaian hadiah)1. Sijil Pengawas sekolah
2. Sijil Pengawas Pusat Sumber
3. Sijil Ketua & penolong ketua kelas
4. Sijil Pengawas kedai buku
5. Sijil Kehadiran Cemerlang 2013
Syuhada
Anugerah KhasTerima Kasih ..................................................................... kerana sudi menyampaikan hadiah.
Majlis Anugerah Kemerlangan SK Kota Setia diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Khas.
Dijemput .............................................................................. untuk menyampaikan Anugerah tersebut. Dipersilakan.
.......................................... (penyampaian Anugerah)1. Tokoh Akademik
2. Tokoh Kokurikulum
3. Anugerah Sahsiah Terpuji
4. Tokoh Nilam
Terima Kasih ............................................................. kerana sudi menyampaikan Anugerah.
Majlis Anugerah Kecemerlangan diteruskan lagi dengan satu persembahan khas yang akan dipersembahkan oleh murid-murid tahun 6. Dipersilakan....
…………………………………. (Persembahan)
Hariff
PenutupTepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan tersebut mungkin merupakan persembahan terakhir mereka di sekolah ini kerana mulai tahun hadapan mereka akan melangkah ke sekolah menengah. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Norafilah bt. Yahya.
Hadirin yang dihormati....
Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlang & Graduasi Prasekolah SK Kota Setia pada kali ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi di tahun yang akan datang....
Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...
Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendaklah dicari, Mana yang dapat janganlah lupa.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan kami.
Kalau ada sumur di ladangBoleh kita menumpang mandiKalau ada umur yang panjangTahun hadapan kita berjumpa lagi
Sekian, tarima kasih.....Assalammualaikum
TEKS 2
TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
QUE ANN
KETIBAAN PERASMI Mengumumkan ketibaan,
Yang Berbahagia,
Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K),
Merangkap Bapa Angkat Sekolah SK Pekan Lahad Datu,
Diiringi oleh dif-dif jemputan
Masuk ke dewan…
NYANYIAN 3 BUAH LAGU (tidak perlu umum)
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar itu
tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
PERSEMBAHAN TARIAN
SEMBAH TAMU
Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
Seterusnya, majlis mempersilakan,
Persembahan, Tarian Sembah Tamu. Dipersilakan.
(tarian tamat)
Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan tarian
sembah tamu itu tadi di bawah pimpinan……………………….
BACAAN DOA Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama
kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh
Yang dihormati, Ustaz Mohd Ajwadi Ahmad.
Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.
SALUTASI Yang berbahagia,
Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K)
Merangkap Bapa Angkat Sekolah SK Pekan Lahad Datu,
Yang berusaha,
En. Abd Salam Salinri,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang dihormati,
Puan Herminy HJ Shapawie,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang dihormati,
Puan Norasmah HJ Muhammading,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati,
En. Sainuddin Panggi,
Penolong Kanan Petang,
Yang dihormati,
Puan Rohana Jaafar,
Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Yang dihormati,
Encik Jefry Jalilul,
Yang diPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu,
Dan Murid-murid yang dikasihi sekalian,
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
UCAPAN ALU-ALUAN MC Hadirin sekalian,
Dari Dewan Tun Haji Mustapha, mengalu-alukan kehadiran
hadirin sekalian ke
“ MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI
TAHUN 2013”.
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan penghargaan
kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam
pelbagai bidang akedemik. Justeru, adalah menjadi harapan
kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam
diri setiap pelajar.
Tak molek, jika ada alu tida lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
UCAPAN ALU-ALUAN
EN.SALAMTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Hadirin sekalian,
Tirai majlis kita pada hari ini ajkan dimulakan dengan ucapan
alu-aluan. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha, En. Abd Salam bin Salinri, Penolong Kanan
PentadbiranSekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu untuk
menyampaikan ucapan, dipersilakan.
(ucapan tamat)
Majlis mengucapkan terim kasih.
UCAPAN WAKIL PIBG
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang diPertua PIBG
SK.Pekan,Lahad Datu.Dengan itu, majlis menjemput dan
mempersilakan
Yang diHormati, En. Jefry Jalilul,
YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.
(ucapan tamat)
Majlis mengucapkan terima kasih.
UCAPAN PERASMIAN Hadirin sekalian,
Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami
Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.
Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian.
Untuk itu, majis menjemput dan mempersilakan,
Yang berbahagia,
Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K) Merangkap Bapa Angkat Sekolah Kebangsaan
Pekan Lahad Datu untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
2013. Dipersilakan.
(ucapan tamat)
Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput Yang
berusaha,
En. Abd Salam Salinri,
Penolong Kanan Pentadbiran,
Diiringi oleh,
Yang dihormati,
Puan Herminy HJ Shapawie,
Penolong Kanan Kokurikulum,
Untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi,
Yang berbahagia,
Dato’ Dr. Haji Salleh bin Haji Kalbi,
Kolonel (K) Merangkap Bapa Angkat Sekolah Kebangsaan
Pekan Lahad Datu dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih.
PENYAMPAIAN ANUGERAH
KECEMERLANGAN
PELAJAR
KATEGORI ANUGERAH
KHAS PRA SEKOLAH
Melati kuntum rotan berhias,
Tumbuh melata di tepi kali
Anugerah cemerlang 2013
Murid cemerlang kita hargai
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi tahun 2013 SK
Pekan Lahad Datu pada hari ini akan kita mulakan dengan
Penyampaian Anugerah Khas Pra Sekolah. Untuk itu, majlis
sukacitanya menjemput,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
ANUGERAH KHAS
PENDIDIKAN KHAS
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah
Khas Pendidikan Khas,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
ANUGERAH PEMULIHAN
KHAS
Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah
Pemulihan Khas
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
PERSEMBAHAN ACTION
SONG
Hadirin sekalian,
Majlis kita akan dihiburkan dengan persembahan Action Song
yang dipimpin oleh Yang dihormati, Puan Nancy Marius dan
Yang dihormati, Puan Junaidah Sarikul. Dengan itu majlis
mempersilakan.
PEYAMPAIAN ANUGERAH
PELAJAR –
Hadirin sekalian,
MENGIKUT TAHUN Majlis kita diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah
Kecemerlangan Pelajar MengikutTahun, untuk itu majlis
menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama
PERSEMBAHAN KOIR Hadirin sekalian,
Majlis gilang gemilang ini akan diteruskan lagi dengan
persembahan koir. Untuk itu majlis mempersilakan.
(persembahan tamat)
Untuk makluman semua, persembahan koir itu tadi di bawah
pimpinan, Yang dihormati, Puan Rudianie Hashim dan Yang
dihormati En.Nurullah Salatula. Majlis mengucapkan terima
kasih.
ANUGERAH TOKOH MURID
1. TOKOH MURID
2. TOKOH HARAPAN
3. TOKOH KOKURIKULUM
4. TOKOH HAL EHWAL MURID
Tuan-tuan dan puan-puan,Majlis Anugerah Kecemerlangan
Pelajar kita pada hari ini akan diteruskan lagi dengan
Penyampaian Anugerah Tokoh Murid Cemerlang. Untuk itu,
majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
PERSEMBAHAN TARIAN
RAMPAIAN
Hadirin sekalian,
Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan tarian
rampaian di bawah pimpinan Yang dihormati, Puan Ainih
Tamin dan Yang dihormati, En.Fadly Yussof.
Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan.
(tamat persembahan)
Majlis mengucapkan terima kasih.
ANUGERAH KHAS UNTUK
GURU
Hadirin sekalian,
Cemerlangnya anak, kerana kasih ibu dan bapanya,
Gemilang mereka, kerana didikan para gurunya…
Majlis pada hari ini juga akan mengumumkan “anugerah khas
untuk para guru”, yang telah banyak berkorban, jiwa dan raga
demi anak watan. Untuk itu majlis menjemput dan
mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
ANUGERAH KHAS
KAKITANGAN SEKOLAH
Hadirin sekalian,
Pengantaraan urusan adanya mereka,
Indahnya sekolah kerana mereka,
Bantunya mereka sebagai pembantu setia,
Demi melihat warga yang sejahtera.
Pada hari ini, majlis juga akan menyampaikan “Anugerah
Khas bagi Kakitangan Sekolah Pekan Lahad Datu”. Untuk itu,
majlis menjemput dan mempersilakan,
Penyampai :
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
PERSEMBAHAN MURID
TAHUN 6
Dari kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan akhir memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.
Hadirin sekalian,
Sebagai penutup tirai majlis kita pada hari ini, majlis
menjemput Murid Tahun 6 untuk membuat persembahan
mereka yang bertajuk “…………………….
JAMUAN & BERSURAI Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka tibalah
masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundur diri.
Saya Azman Azahar dan Abdul Hakim menyusun jari sepuluh
memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang kami berbicara.
Terima kasih buat semua warga SK Pekan , rakan guru, orang
perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung bagi menjayakan Hari Anugerah kecemerlang
Pelajar 2013.Sesungguhnya kerja dan amal yang penuh
dengan keikhlasan akan mendapat ganjaran dan keberkatan
dari Allah s.w.t. InsyaAllah.
Akhir sekali terimalah 2 rangkap pantun dari kami berdua
Pohon kenanga elok merimbun
Tersenyum si dara menyunting bunganya
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya
Burung tekukur terbang rendah
Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai
Edit by : Cikgu Azman
TEKS 3
TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPBS 2010
Mengumumkan ketibaan pegawai Jabatan Pelajaran Perlis Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.
Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.Pagi yang indah penuh ceria.hari yang berbahagia penuh bermaknakita raikan,Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.Jabatan Pelajaran Negeri.PerlisYang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.Guru-guru SKPBS, murid-murid, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicara
Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria
Selamat datang ke :
Majlis hari anugerah kecemerlangan SKPBS 2010. Saya Ustaz Zuraimy B. Ali dan
saya Puan Noranizah Omar, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Khairul Hakimi B. Ismail atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,Mohon keberkatan serta hidayah,Moga tercerna minda kelas pertama.
Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.************(Ucapan YDP.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) atas ucapan tersebut.
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
************(Ucapan GB.)
Ucapan terima kasih kepada Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S) atas ucapan tadi.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2010. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
***********(Ucapan JPN )
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKPBS yang bertajuk “Kitaran Hidup Rama-Rama”. Dipersilakan.
************(Persembahan).
Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi pelajar terbaik bagi tahap 1.
Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah Rokiah Binti Ismail, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Padang Besar (S). mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj. Hassan Bin Hashim. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Perlis, ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1)
Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan dalam kelas
Pra sekolah;Pemilihan anugerah pra sekolah adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang, sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.
Tempat pertama: Hanis Idayu binti. HasharTempat kedua : Nur Anis Shahida binti HarizanTempat ketiga : Nur Ain Hidayah binti. Mohd. Fauzi
Kelas 1 ARIF Tempat pertama: Intan Syazwani binti. NordinTempat kedua : Amisha binti. JapperiTempat ketiga : Bashirah Balqis binti. Hamdan
Kelas 1 BESTARITempat pertama: 1. Muhammad Haiqal Furqan b.RoslyTempat kedua : Nur Fatin Nadirah binti. AznanTempat ketiga : Amirul Hafiz b. Hamizan
Kelas 2 ARIFTempat pertama: Aisyah Humaira binti. SyaharTempat kedua : Muhd. Adha Ashraffi b. Mohd.ArifTempat ketiga : Fatin Athirah binti.Mohd.Tarmizi
Kelas 2 BESTARITempat pertama: Muhd.Asyraf b. Abd. AzizTempat kedua : Muhd. Aqil b. HerwandiTempat ketiga : Nor Syazwan Fikri b. Abdul Raman
Kelas 3 ARIFTempat pertama: Farah Adibah binti.Mohd. TarmiziTempat kedua : Fathin Nadia binti. JamilTempat ketiga : Nurmisha Maisarah binti. Yazid
Kelas 3 BESTARITempat pertama: Siti Nur Alia Natasha binti. JafriTempat kedua : Ana Natsha binti. Amir Hamzah
Tempat ketiga : Muhd.Daniel b.Mohd. Norsham
Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:Murid Tahun 1:NurBalqisSyazwani binti.Norhisyam (BM Pmhman, Pen Muzik)Intan Syazwani binti. Nordin (BM Pmhman, Bm Penulisan, BIng, Sains P.Agama Islam)Intan Juliana binti. Johari(BM Penulisan, PJK)Danish Daniel b. Zambri (BM pemahaman, Matematik)Muhd.Haiqal Furqan b.Rosly (BM penulisan)Muhd.Hanif b.Nordin (BM penulisan)Muhd.Hairi b. Abd.Rahman (BM penulisan)Nurul Najihah binti.Rahimi(BM penulisan)Amisha binti. Japperi(BM penulisan, Bahasa Arab) Ain Nur Fitrah binti.Nabillah (BM penulisan)Suraya Mohd Fazli (PJK)
Tahun 2Fatin Athirah binti. Md.Tarmizi (BM Pemhman, BI, Sains ,P. Muzik)Nurul Natasha binti Zainon(BM Penulisan, B. Arab)Aisyah Humaira binti. Syahar(BM penulisan, BI, Matematik.Aisyah Humaira binti. Syahar (BM Penulisan, BI, Matematik)Nur Anisha binti.ShafeqMohamad (B.Ing)Hidayah binti. Hashim (P. Agama Islam, PJK)Mohd.Adha Ashraffi b.Mohd Arif (P agama Islam, Pend Muzik)Muhd.Danial Haikal b. Norpendi (P.muzik)
Tahun 3Farah Adibah binti.Md.Tarmizi (BM Pemahaman, BI, Matematik)Nurmisha Maisarah binti.Yazid (BM Pemahaman, B. Arab)Fathin Nadia binti. Jamil (BM Penulisan, Sains, Pend Muzik)Muhd.Iffan b. Ahmad Basri (P. Agama Islam)NurAqilah binti. Azman (PJK)Nuraina Shafika binti Rahmad (P.Muzik)
(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~) Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Tuan Haji Hassan B Hashim kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2010’ pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha PuanHajjah Rokiah Bt Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S) bagi menyempurnakan agenda.
Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Hassan B Hashim .Dengan ini majlis berhenti rehat . Yg BerusahaTuan Haji Hassan B Hashim diiringi oleh Puan Guru Besar, Pen Kanan 1, PK Hem dan semua guru ke kantin untuk menjamu selera. Warga dewan dan majlis rehat selama 20 minit. Warga dewan dikehendaki masuk semula
pada ...................................................
**************(rehat)
Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan nasyid yang bertajuk “Damai Yang Hilang” Nasyid ini dipersembahkan oleh murid Tahun 5 Arif, di bawah bimbingan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*********(persembahan nasyid)
Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan yang sungguh menyusuk kalbu.
Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati,Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,Penerima-penerimanya sabarlah menanti
Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi meraikan ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang’ Sekolah KebangsaanPadang Besar SelatanTahun 2010. Hari ini, tanggal 11 November 2010, warga dewan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah seterusnya. Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas pentas untuk menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu “Mini Konvokesyen”. Untuk menyempurnakan majlis, dijemput Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan tampil ke pentas.Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat awal persekolahan ialah :
********(Lampiran) (2)***********(Mini Konvokesyen)
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Bebee Arifa bt. Said Rastan untuk penyampaian sijil itu tadi.
Dari kedah ke bandar Perlis,Singgah bersantai di tepi jeti,Persembahan menyusul memeriahkan majlis,Semoga hadirin terhibur di hati.
Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan tiupan rekoder oleh murid tahun 6 di bawah pimpinan guru muzik SKPBS Pn. Azlina bt. Mohamed.Tajuk lagu yang akan dipersembahan ialah Sejahtera Malaysia dan Tanya sama hati..
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
************(Persembahan rekoder)
Terima kasih kepada murid-murid Tahap 2 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam kokurikulum.
Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua bagi tahun 4 &5 dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran. Majlis menjemput Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud untuk menyempurnakan majlis.
(3)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 4&5Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas
Kelas 4 ArifTempat pertama: Intan Suraya bt. JohariTempat kedua : Muhd.Redza b. Mohd. RodziTempat ketiga : Nurshafini bt. Zainol
Kelas 4 BestariTempat pertama: Hanesya Hezanea bt. HafifiTempat kedua : Muhd. Faizal B. AbdullahTempat ketiga : Muhd.Asyraf b. Mohd. Zamberi
Kelas 5 ArifTempat pertama: Nurul Nasuha bt. Nazri Tempat kedua : Nursyazwani bt. ShahidanTempat ketiga : Siti Aishah bt. Hakimi
Kelas 5 BestariTempat pertama: Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. WahabTempat kedua : Nur Hidayah bt. YusnizalTempat ketiga : Noor Atikah bt. Noor Shahidin
Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun:Tahun 4:
Nur Atikah bt. Yusof (BM Pemahaman)Intan Suraya bt. Johari(BM Penulisan, PJK, Pen. Muzik)Nur Athirah Nadira bt Norpendi( BM penulisan, Pend Agama Islam, B Arab, PSKW)Ain Nur Nadira bt. Shurizan ((B. Inggeris)Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan ( Sains, Matematik)Nur Azlin bt. Azizan (PSKW)Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KH,idup K. Tempatan)Muhd. Nur Afifi b. Roslan (KHidup)
Muhd. Redza b. Mohd. Rodzi (KHidup, K. Tmptan)Aiman Hakim b. Jaafar(K. Tmptan)
Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun :Tahun 5:
NurSyazwani bt. Shahidan( BM Pnulisan, BM Pmham, Matematik, Sains, Pen Agama Islam, Pjk, Pskw)
Nurul Nasuha bt. Nazri (B.I, Pend Agama Islam, Pjk, Pend Muzik, Pskw, K. Hidup, K.tmptan)
Siti Aishah bt. Hakimi (Pend. Islam)Nur Shahirah bt. Halim (PJK)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Mohd Saghir bin Mahmud atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.
Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik mengikut kelas dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran bagi murid tahun 6. Majlis menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa Dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Padang Besar (S). untuk menyempurnakan majlis diiringi oleh Puan Hajjah Rokiah Bt. Ismail guru besar SKPBS.
(4)*************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Tahun 6.Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelasKelas 6 ArifTempat pertama: Muhd. Alif Ajwad b. Azis Tempat kedua : Nur Nasha Najeeha bt. RozainTempat ketiga : Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri Kelas 6 BestariTempat pertama: Siti Nur Asyura bt. Nazri Tempat kedua : Nurul Shafika bt. NorhanTempat ketiga : Noor Earliza bt. Ismail
Penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun Tahun 6:Nurul Ainaa Afifah bt. Ahmad Basri (BM Pmhman. Pend Agama Islam, PJK, K. Tmptan)Muhd. Alif Ajwad b. Azis (BM Penulisan, Matematik, Sains, PJK, Pskw)Nur Nasha Najeeha bt. Rozain (BI, Matematik,PJK, K. Hidup)Muhd.Zaki Zamani b. Zakaria (P. Islam)NurJazmina bt. Mohd. Fazli (P. Islam, PJK)Nor Shafira Idris (Muzik , PJK)
Berikut ialah murid yang mendapat markah tertinggi dalam m/ pljrn PJK:
Nur Farhana bt. RahimiJunaidah Juliza Farahana bt. JantanNur Diyana bt. Amiral YahsubiAin Nur Iman bt. ShurizanNur Affika bt. ZabreeNur Awatif bt. AzizanSiti Haida Amira bt. MazriNur Aiyani bt. SidikNur Zetty Farhanim bt. ZambriNur Shahira SharifNur Hidayah bt. NordinHanif b. Abd. WahabIzman Arif b. AzizanRafiziamirun b. SazaliMuhd. Farif Aiman b.YusofMohd Saiful Nizam B. Rosli.
Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SKPBS, Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan. Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg diberikan dengan pemberian sijil. Bagi penerima sijil penghargaan tersebut ialah:
*************(Lampiran)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Kanan Pentadbiran En Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG SKPBS atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar.
Untuk meneruskan majlis, kita akan mendengar alunan lagu nasyid yang bertajuk “Keluarga Bahagia”. Kumpulan nasyid ini juga adalah pimpinan Ustazah Che Rosni Bt. Tajuddin. Majlis mempersilakan.
**************(Persembahan nasyid)
Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Warga dewan sekalian, Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin sekolah, mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil Nilam dan beberapa anugerah khas yang lain.
Bagi menyerikan acara penyampaian anugerah khas ini, pihak majlis pada petang ini berbesar hati mempersilakan Pn Hajjah Rokiah B. Ismail guru besar SKPBS untuk tampil ke pentas bagi acara yang seterusnya iaitu anugerah khas kecemerlangan tokoh murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(5)*************(Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid).Penyampaian hadiah dan sijil anugerah Khas kecemerlangan murid
Ketua Pengawas – Muhd. Alif Ajwad b. azisPen. Ketua Pengawas - Nur Nasha Najeeha bt. Rozain
Ketua Pengawas Perpustakaan – Hanif b. abd. WahabPen. Ketua Pengawas Perpustakaan - Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi
Tokoh NILAM Tahap 1 – Farah Adibah bt. Mohd. TarmiziTahap 2 – Nur Edryana Alyssa bt. Zaidi
Kecemerlangan UPKK - Muhd. Alif Ajwad b. Azis Hadirin sekalian,Pada tahun 2009, Seorang murid telah berjaya mencatat kecemerlangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (U.P.S.R). Oleh yang demikian, pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan murid bertuah ini untuk menerima anugerah atas kejayaan mengharumkan nama sekolah. Murid ini juga telah berjaya mendapat tempat belajar yang selesa iaitu di Sek. Men Sains Tuanku Syed Putra. Dijemput Siti Norizah bt Salahudin Khan tampil ke atas pentas. Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan diperolehi pada masa depan
Kategori pemilihan bagi cemerlang kokurikulum adalah berdasarkan penyertaan dalam bidang sukan dan permainan.
Di jemput Rafiziamirun b. Sazali Adik Rafiziamirun telah menyertai bola sepak dan lompat tinggi di peringkat daerah. Manakala bagi peringkat sekolah pula Rafizi menyertai bola tampar, sepak takraw, lompat pagar dan lari 4X2oom.
Dijemput Noor Earliza bt. Ismail . Noor Earliza telah menyertai lontar peluru mewakili negeri manakala bolatampar, bola jarring, bola baling, lari 100m, 4x100m, 4x 200m dan lompat tinggi bagi peringkat sekolah.
Di jemput Nur Nasha Najeeha bt. Rozain. Nur Nasha Najeeha telah menunjukkan prestasi yang konsisten dari tahun 1 hingga tahun 6
Penerima Hadiah Kedatangan Penuh.Prasekolah – Hanis Idayu bt. Hashar2 Arif - Muhd. Danial Haikal b. Norpendi2 Bestari - Muhd. Asyraf b. Abd. Aziz4 Arif - Muhd. Safwan Fikri b. Mazlan- Nur Athirah Nadhira bt. Norpendi
5 Arif - Hazwani bt. Halim- Nur Husnina bt. Hassan5 Bestari - Muhd. Firdaus Azwan b. Abd. Wahab6 Arif - Muhd. Farif Aiman b. yusof- Nur Awatif bt. Azizan- Nur Diyana bt. Amiral Yahsubi- Nur Nasha Najeeha bt. Rozain- Nor Shafira bt. Idris6 Bestari - NorKhairul Azman b. Zailani- Farah Nur Fakhira bt. Rozali
Murid ini ialah anak tunggal kepada sepasang suami isteri yang tinggal di Kpg Kurung Tengar.Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang surirumah. Seorang anak yang baik, taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah menjadi harapan keluarga dan sememangnya beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda lagi.
Murid ini sering mendapat tempat pertama dalam kelas bermula dari tahun 1 hinggalah kini.Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah al-quran, kuiz agama,…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Murid yang sentiasa mengukirkan senyuman walaupun sedang dimarahi oleh guru.Memandang wajah dan mengajar murid ini membuatkan guru ingin mengajar 1000 tahun lagi.Beliau telah berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan UPKK tahun 2009. Beliau juga menyandang jawatan ketua pengawas . Murid yang yang dimaksudkan dan dinobatkan sebagai tokoh murid bagi tahun 2010 ialah Muhammad Alif Ajwad B. Azis. Dijemput Muhd Alif Ajwad B. Azis bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas untuk menerima cenderahati dan sijil daripada pihak sekolah.
Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang lain...insyaAllah
Terima kasih diucapkan kepada Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.
Bersyukur kini kami panjatkan,Majlis anugerah telah disempurnakan,Sekalung penghargaan kami hulurkan,Segulung tahniah kami ucapkan....
Pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini, guru besar Pn Hajjah Rokiah B. Ismail berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada semua staf SKPBS 2010. Justeru, adalah menjadi harapan supaya semua staf dan warga pendidik sekolah ini menjadikan penghargaan ini sebagai tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri sendiri dan seterusnya kepada para pelajar untuk prestasi dan melonjakkan kecemerlangan SKPBS.
*************lampiran Senarai Nama Guru dan Staff.
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman.
Kalau ada jarum yang patahBanyak kain tidak berjahitKalau ada silap dan salahJangan jadikan kenangan pahit
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.
Sekian wabillahi taufik..................