{t',.i
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BAHAGIAN HAB HALAL
PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BILANGAN 2 TAHUN 2012
PELAKSANAAN MANUAL PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSI A 2011
(SEMAKAN KEDUA)
TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai penggunaan Manual
Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2011 (Semakan Kedua) dalam
pelaksanaan Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan lslam Malaysia (JAKIM)
dan semua Jabatan Agama lslam Negeri (JAIN) dalam Pensijilan Halal Malaysia.
2. MPPHM 2011 (Semakan Kedua) akan menjadi rujukan utama dalam pensijilan
halal Malaysia dan pelengkap kepada MS1500:2009 dan standard-standard yang
berkaitan oleh pegawai pemeriksa JAKIM dan JAIN.
LATARBELAKANG
3. Bagi memastikan pensijilan halal Malaysia berjalan lancar, JAKIM dan JAIN
melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pensijilan Halal Malaysia Bersama
JAKIM dengan JAIN Bn112010 telah bersetuju untuk meningkatkan kompetensi
pens[ilan halal yang melibatkan proses permohonan, pengauditan dan pemantauan
melalui semakan semula MPPHM.
4. MPPHM sebelum ini telah diterbitkan pada tahun 2005 sebagai garis panduan
bagi menyelaras aktiviti perlaksanaan pensijilan halal di negara ini di peringkat JAKIM
dan JAIN.
5. Sehubungan itu, Jawatankuasa Penyelarasan Pensijilan Halal Malaysia Bersama
Jakim dengan JAIN telah berusaha untuk melakukan semakan terhadap manual
prosedur yang sedia ada bagi melancarkan lagi proses pensijilan halal Malaysia
berpandukan satu prosedur yang seragam untuk rujukan pegawai yang terlibat dalam
pengurusan permohonan sijil halal dan pihak industri.
6. Justeru, MPPHM dimansuhkan dan digantikan dengan MPPHM 2011 (Semakan
Kedua).
KANDUNGAN MPPHM 2011 (SEMAKAN KEDUA)
7. MPPHM 2011 (Semakan Kedua) merangkumi:
7.1 Skop
7.2 Takrifan
Bagi manual initakrifan yang digunapakai adalah :
a. Pihak Berkuasa Benruibawa
b. Hukum Syarak
c. Halal
d. Najis
e. Penyembelihan
f . Produk makanan
g. Barang Gunaan
h. Premis Makanan
i. Rumah Sembelih
j Logistik
k. Farmaseutikal
L Sijil Pengesahan Halal Malaysia
m. Syarikat OEM
n. Pekerja
7.3 Skim pensijilan
Manual ini menerangkan secara jelas tentang 7 skim iaitu:
a. Produk makanan/minuman/makanan tambahan
b. Premis makanan/eating establishment
c. Barang Gunaan
d. Kosmetik dan dandanan diri
e. Rumah Sembelih
f. Farmaseutikal
g. Logistik
7.4 Syarat-syarat Pensijilan Halal Malaysia
7.5 Keperluan Pensijilan Mengikut Kategori
7.6 Prosedur
7.6.1 Prosedur Permohonan Baru
7.6.2 Prosedur Permohonan Pembaharuan/Tambah Produk/
Tambah atau Tukar Kilang
7.6.3 Prosedur Pengauditan
7.6.4 Prosedur Pemantauan dan Penguatkuasaan
7.7 Standard, Sijil dan Logo
7.8 Yuran Panel Pengesahan Halal Malaysia
7.9 Panel Rayuan
7.10 Lampiran:
(i) Garis panduan parameter untuk kejutan elektrik
(ii) Senarai Majlis / Jabatan Agama lslam Negeri
(iii) Senarai semak dokumen bagi permohonan pensijilan halal
(iv) Kadar Bayaran Perkhidmatan Pensijilan
(v) SenaraiAgensi Berkaitan
(vi) Jawatakuasa MPPHM
(vii) Senarai Standard
(viii) Carta Aliran Prosedur Pensijilan Halal Malaysia
(ix) Carta Aliran Prosedur Pemantauan dan Penguatkuasaan
MANUAL PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA20'11 (SEMAKAN KEDUA)
8. Manual ini adalah seperti di Lampiran.
TARIKH KUAT KUASA
9. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 1 Februari 2012.
PEMAKAIAN
10. MPPHM ini terpakai dalam Pensijilan Halal Malaysia.
PERTANYAAN
11. Sebarang pertanyaan berkaitan pekeliling ini hendaklah dirujuk kepada :
PENGARAH
BAHAGIAN HUB HALAL
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
ARAS BAWAH, BLOK 2200, ENTERPRISE BUILDING THREE
PERSIARAN APEC, 63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon : 03-8315 0200
No. Faks :03-83187044
.,BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(DATO' HAJ| OTHMAN BtN MUSTAPHA)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan lslam Malaysia
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
PUTRAJAYA
JANUARI 2012
K*o-Eoto aluntMENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
#*11 ,i;iJl 41 e^+
,PJ ,#'-rJtJ '6.!'1i )?( ,b ?>f;ir1'a^l,Ur1',#ai ',./l .1' 'r:6Ji
, o ao 1
'Jtr*'p.t
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana
dengan izin dan peiunjukNya, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM)
semakan kedua dapat diterbitkan dengan jayanya.
Kerajaan, seperti yang kita maklum telah memutuskan untuk menjadikan Malaysia
sebagai Pusat Halal Dunia atau "World Halal Hub" dan sebagai Peneraju Pensijilan
HalaiDunia. Justeru Jabatan Kemajuan lslam Malaysia (JAKIM) bersama Majlis Agama
lslam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama lslam Negeri (JAIN) telah men_gambil langkah
terbaik dengan membuat semakan kedua terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal
Malaysia dalam memastikan penggunaan standard, prosedur dan logo yang seragam
dalam pensijilan halal.
Langkah-langkah yang aktif dalam memperkenalkan Malaysia sebagai pelopor dan
moOlt dalam penlilitJn halal dipergiatkan dari semasa ke semasa. Sehingga kini,
banyak badan lslam Luar Negara berlumba-lumba ingin mendapat pengiktirafan
Maliysia sebagai badan yang'competenf'. Usaha Kerajaan Malaysia tidak terhad
kepada pensijiian halal semata-mata bahkan Kerajaan Malaysia melalui agensi-
agensinya terus melebarkan usaha dalam pengeluaran produk halal yang bermutu
dengan menggunakan sumber-sumber bahan mentah pertanian dan daging yang
diimport untuk pasaran antarabangsa.
Bagi memantapkan penyelarasan antara pensijilan halal dan pengeluaran produk halal,
lnktUltUnlN/JAIN telah mengemaskini manual yang bukan sahaja bertujuan memberi
panduan yang seragam kepada pemegang sijil halal di negara ini, malah ia menjadi
satu standard yang perlu dipenuhi oleh para pengeluar produk halal. Pada masa yang
sama ia menepati kehendak syarak dan kualiti produk yang boleh diyakini oleh semua
pengguna. Walaubagaimanapun, usaha kerajaan Malaysia ini hanya tercapai dengan
ke4iiama yang erat antara semua agensi kerajaan dan pihak industri. Pihak industri
yang mengelulrkan produk halal terutamanya mestilah bersedia melaksanakan
prosedur ini sepenuhnya dengan tulus dan telus.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang
terlibat dalam penyediaan iemakan MPPHM ini. Akhir kata, saya berdoa kepada Allah
s.w.t. agar usaha ini menjadi satu sumbangan amal jariah ke arah pengukuhan sistem
pensijilan halal di Malaysia dan kesejahteraan umat seluruhnya.
aJtr.
o..w)
BIN HAJ| BAHAROM (B)
KANDUNGAN
Isi Kandungan ___________________________________________________________________ 1. Skop 2. Takrifan 3. Skim Pensijilan 4. Syarat-syarat Pensijilan 5. Keperluan Pensijilan Halal Malaysia Mengikut Kategori 6. Keperluan-keperluan lain Pensijilan bagi Semua Kategori 7. Prosedur
7.1 Prosedur Permohonan Baru 7.2 Prosedur Permohonan Pembaharuan, Tambah Produk /Outlet 7.3 Prosedur Pengauditan 7.4 Prosedur Pemantauan dan Penguatkuasaan
8. Standard, Sijil dan Logo 9. Yuran 10. Panel Pengesahan Halal Malaysia 11. Lampiran
(i) Garis panduan parameter untuk kejutan elektrik (ii) Senarai Majlis / Jabatan Agama Islam Negeri (iii) Senarai semak dokumen bagi permohonan pensijilan halal (iv) Kadar Bayaran Perkhidmatan Pensijilan (v) Senarai Agensi Berkaitan (vi) Jawatakuasa Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (vii) Senarai Standard (viii) Carta Aliran Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (ix) Carta Aliran Prosedur Pemantauan dan Penguatkuasaan
1
MANUAL PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA 1. SKOP
1.1 Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia ini mengandungi garis panduan bagi pegawai pemeriksa JAKIM dan JAIN bertujuan untuk menjelaskan keperluan yang perlu dipatuhi dalam pengurusan pensijilan Halal Malaysia.
2. TAKRIFAN
Bagi tujuan prosedur ini, takrifan berikut adalah digunapakai:
2.1 Pihak Berkuasa Berwibawa Pihak berkuasa berwibawa bermaksud pihak berkuasa JAKIM, MAIN dan
JAIN atau mana satu yang berkenaan.
2.2 Halal
2.2.1 Halal berasal daripada kalimah arab Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum Syarak.
2.2.2 Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) (Pindaan) 2012 adalah seperti berikut:
i. Apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu:
a. bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak dan fatwa;
b. tidak mengandungi a p a - a p a b e n d a y a n g
najis mengikut Hukum Syarak dan fatwa; c. tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak dan
fatwa;
2
d. tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak dan fatwa;
e. tidak beracun atau memudaratkan kesihatan; f. tidak disediakan, diproses atau dikilang
menggunakan apa-apa peralatan yang dicemari najis mengikut hukum syarak dan fatwa; dan
g. tidaklah dalam masa menyediakan, memproses
atau menyimpannya bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal memenuhi subsubperenggan (a) dan (b).
ii. Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan
atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak.
2.3 Najis
2.3.1 Dari segi bahasa najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.
2.3.2 Dari segi syarak, najis bermaksud segala kekotoran yang
menghalang sahnya solat.
2.3.3 Najis dari segi ainnya’ terbahagi kepada dua: i. Najis haqiqiy iaitu benda kotor sama ada beku atau cair
dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga:
a. Muhghallazah(berat) iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.
b. Muhaffafah(ringan) iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.
c. Mutawassitah (pertengahan) iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya
ii. Najis hukmiyy iaitu kekotoran yang ada pada bahagian
tubuh badan iaitu hadas kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu’ dan hadas besar (janabah) yang dapat
3
dihilangkan dengan mandi, tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air.
2.3.4 Sebenarnya tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun
begitu, syara’ memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit dan sulit untuk dielakkan. Ini bertujuan untuk memudahkan dan sebagai tanda bertolak ansur kepada umatNya. Najis- najis berikut adalah dimaafkan: i. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana
seperti darah yang sedikit. ii. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap. iii. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu,
nyamuk, agas dan pijat. iv. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah
istihadhah, air kurap atau kudis. .
2.3.5 Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.
2.3.6 Walaubagaimanapun susu, sperma dan ovum manusia dan haiwan adalah tidak najis kecuali anjing dan babi.
2.3.7 Arak atau minuman atau makanan yang dicampurkan dengan arak.
2.4 Penyembelihan 2.4.1 Definisi Sembelihan
a. Dari sudut bahasa arab bermaksud potong atau belah. Dari sudut syarak bermaksud mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan saluran pernafasan (halkum), saluran makanan (merih) dan kedua-dua urat darah karotid dan jugular (wadajain) untuk mempercepatkan pengaliran keluar darah dan kematian haiwan dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
2.4.2 Hukum Sembelihan a. Wajib dilakukan ke atas haiwan yang halal dimakan
dagingnya. b. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam adalah
bangkai dan najis.
4
2.4.3 Rukun Sembelihan
i. Penyembelih: a. Muslim b. Berakal c. Niat menyembelih d. Tidak berada di dalam ihram
ii. Binatang yang disembelih:
a. Binatang yang mampu dikuasai dan halal dimakan b. Haiwan tersebut berada di dalam hayat mustaqirrah
iii. Alat untuk menyembelih.
2.5 Produk Makanan dan Minuman
Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilan atau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman bagi tujuan untuk dimakan oleh manusia.
2.6 Barang Gunaan Barangan Gunaan bermaksud barang-barang bukan makanan dan minuman.
2.7 Premis Makanan Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan berkaitan, makanan dan minuman termasuk restoran, medan selera, dapur komersial,kafeteria, kedai bakeri, kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran dan dapur hotel, kiosk, khidmat penyajian makanan dan lain-lain.
2.8 Rumah Sembelih
Rumah Sembelih bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan/atau memproses binatang.
2.9 Logistik
Perkhidmatan pengangkutan atau penyimpanan atau pengilangan atau premis jualan yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian makanan, minuman, dan barangan.
2.10 Farmaseutikal
Farmaseutikal merujuk kepada produk farmaseutikal dalam bentuk dos siap termasuk produk ubat-ubatan preskripsi dan bukan preskripsi untuk
5
kegunaan manusia (biofarmaseutikal, radiofarmaseutikal, ubat-ubatan tradisional, tambahan khasiat makanan dan ubat-ubatan penyelidikan) yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
2.11 Sijil Pengesahan Halal Malaysia
Dokumen rasmi yang mengatakan kehalalan sesuatu makanan, minuman, premis, barangan, aktiviti atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa.
2.12 Syarikat OEM (Original Equipment Manufacturer) Pengilang yang menawarkan perkhidmatan pengilangan kepada syarikat lain secara kontrak
2.13 Pekerja
Pekerja tetap yang bekerja sepenuh masa di syarikat pemohon.
3. SKIM PENSIJILAN
Skim pensijilan halal Malaysia terbahagi kepada :
i. Produk makanan / minuman / makanan tambahan ii. Premis makanan / eating establishment iii. Barangan gunaan iv. Kosmetik dan dandanan diri v. Rumah sembelih vi. Farmaseutikal vii. Logistik
4. SYARAT-SYARAT PENSIJILAN HALAL MALAYSIA
4.1 Pemohon hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ surat akuan dari agensi kerajaan;
4.2 Premis hendaklah beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum
permohonan dibuat; 4.3 Pemohon hendaklah mengeluar dan/atau mengendalikan produk halal
sahaja serta mematuhi standard halal yang ditetapkan; 4.4 Pemohon hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan
memilih pembekal atau sub-kontraktor yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang diiktiraf;
6
4.5 Bagi pengeluaran yang melibatkan penggunaan daging atau produk berasaskan daging yang diimport dari luar negara, bahan tersebut hendaklah diperolehi daripada rumah sembelih atau loji pemprosesan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan JAKIM;
4.6 Bagi permohonan pengilangan kontrak (OEM) hendaklah mematuhi
syarat berikut: i. Kilang yang memproses dan mengeluarkan produk hendaklah
merupakan pemegang sijil halal Malaysia; ii. Pemohonan hendaklah dibuat bagi semua kilang yang menjalankan
kontrak pengilangan baginya; iii. Pengedar hendaklah memohon sijil halal bagi semua kilang yang
mengeluarkan produk yang sama;
4.7 Permohonan bagi dapur berpusat (central kitchen) hendaklah mendapat sijil pengesahan halal sebelum outlet lain memohon sijil pengesahan halal;
4.8 Bagi restoran berangkai, permohonan hendaklah dibuat bagi semua
rangkaian;
4.9 Permohonan yang tidak layak memohon adalah seperti berikut : i. Sebarang permohonan yang tidak mempunyai standard rujukan; ii. Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak
halal; iii. Produk yang tidak halal; iv. Produk farmaseutikal yang dibuat preskripsi oleh doktor; v. Produk yang memberi implikasi negatif terhadap agama dan sosial
(contoh : dadah, rokok, pewarna rambut, kuku) vi. Baja dan makanan binatang; vii. Pinggan mangkuk dan bekas makanan/minuman; viii. Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan produk tidak
halal seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, brew, hotdog, siew mai, luncheon dan seumpama dengannya;
ix. Produk siap luar negara yang dilabel semula (relabelling) tanpa menjalani apa-apa proses di Malaysia; dan
x. Penggunaan jenama yang sama bagi produk halal dan tidak halal. 5. KEPERLUAN PENSIJILAN MENGIKUT KATEGORI
5.1 Produk makanan/minuman/makanan tambahan
5.1.1 Bahan mentah/ramuan
i. Bahan mentah/ramuan yang berasaskan haiwan mestilah disahkan halal oleh JAKIM/MAIN/JAIN atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf. Salinan sijil halal hendaklah dilampirkan sebagai bukti pengesahan halal;
7
ii. Bahan siap mestilah disertakan dengan spesifikasi produk yang lengkap dan terperinci (merangkumi sumber dan komposisi);
iii. Senarai bahan mentah yang digunakan dalam produk mestilah dinyatakan secara terperinci dalam borang permohonan; dan
iv. Bahan mentah/ramuan hendaklah disimpan dalam stor yang berasingan dan tidak bercampur dengan bahan yang tidak halal.
5.1.2 Keperluan
Sumber bahan mentah :
i. Memastikan sumber bahan mentah adalah halal dan
selamat; ii. Bahan mentah/ramuan hendaklah disimpan dalam stor yang
berasingan dan tidak bercampur dengan bahan yang tidak halal; dan
iii. Perlu disertakan dokumen sokongan seperti:
a. Sijil Pengesahan Halal yang diiktiraf. b. Spesifikasi produk yang terperinci bagi bahan mentah
berkenaan/Material Safety Data Sheet (MSDS) c. Carta alir pemprosesan.
5.1.3 Asas Rujukan
i. MS 1500:2009
Makanan Halal - Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum (Semakan Kedua)
ii. Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-peraturan Kebersihan dan Keselamatan Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
iii. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam atau Fatwa yang diwartakan oleh negeri.
5.1.4 Tanggungjawab Pengurusan
5.1.4.1 Syarat dan keperluan tenaga kerja muslim:
i) Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman
hendaklah terdiri daripada seorang muslim di peringkat pengurusan.
ii) Eksekutif Halal Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim
8
warganegara Malaysia yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam/mempunyai Sijil Eksekutif Halal atau sijil kursus berkaitan pengendalian makanan.
iii) Penyelia muslim hendaklah berjawatan tetap, warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan makanan.
iv) Pekerja muslim hendaklah berjawatan tetap, warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan makanan.
a) Kategori Multinasional
Pemohon hendaklah mewujudkan:
i) Jawatankuasa Halal Dalaman; Pihak pengurusan hendaklah mewujudkan
Jawatankuasa Halal Dalaman yang terdiri daripada kakitangan tetap sepenuh masa. Anggota minima bagi jawatankuasa tersebut adalah seramai empat orang yang terdiri:
a) Pengerusi; b) Eksekutif Halal Muslim; c) Pegawai yang bertanggungjawab
dalam membuat keputusan urusan pembelian bahan mentah; dan
d) Wakil daripada bahagian pengeluaran.
ii) Melantik minima dua (2) orang pekerja muslim.
iii) Sistem Jaminan Halal Syarikat hendaklah mewujudkan Sistem
Jaminan Halal. Rujuk kepada SJHM 2011 (Sistem Jaminan Halal Malaysia 2011)
b) Kategori Industri Kecil/Industri Desa dan
Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
i. Pemohon hendaklah melantik seorang penyelia muslim dan minima seorang pekerja muslim
9
5.2 Keperluan Premis Makanan
5.2.1 Bahan mentah/ramuan
i. Bahan mentah/ramuan yang berasaskan haiwan mestilah disahkan halal oleh JAKIM/MAIN/JAIN atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf. Salinan sijil halal hendaklah dilampirkan sebagai bukti pengesahan halal;
ii. Produk siap mestilah disertakan dengan spesifikasi produk yang lengkap dan terperinci (merangkumi sumber dan komposisi);
iii. Senarai bahan mentah yang digunakan dalam produk mestilah dinyatakan secara terperinci dalam borang permohonan;
iv. Bahan mentah/ramuan hendaklah disimpan dalam stor yang berasingan dan tidak bercampur dengan bahan yang tidak halal; dan
v. Arak dan ramuan berunsur arak tidak dibenarkan sama sekali berada di kawasan dapur dan restoran halal.
5.2.2 Asas Rujukan
i. MS 1500:2009
Makanan Halal - Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum (Semakan Kedua)
ii. Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-peraturan
Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan dan Keselamatan Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2009.
iii. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan BagiHal
Ehwal Ugama Islam atau Fatwa yang diwartakan oleh negeri.
5.2.3 Tanggungjawab Pengurusan
5.2.3.1 Syarat dan keperluan tenaga kerja muslim:
i) Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim di peringkat pengurusan.
ii) Eksekutif Halal Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim warganegara Malaysia yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam / mempunyai Sijil Eksekutif Halal atau sijil kursus berkaitan pengendalian makanan.
10
iii) Penyelia muslim hendaklah berjawatan tetap, warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan makanan.
iv) Pekerja muslim hendaklah berjawatan tetap, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan makanan.
Pemohon hendaklah mewujudkan:
i. Jawatankuasa Halal Dalaman Pihak pengurusan hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang terdiri daripada kakitangan tetap sepanjang masa. Anggota minima bagi jawatankuasa tersebut adalah seramai empat orang yang terdiri:
a. Pengerusi - Peringkat Pengurusan; b. Eksekutif Halal Muslim; c. Pegawai yang bertanggungjawab dalam
membuat keputusan urusan pembelian bahan mentah; dan
d. Wakil daripada bahagian pengeluaran.
ii. Setiap pemohon hendaklah mempunyai pekerja muslim mengikut kategori berikut: a. Bagi setiap dapur hotel, pemohon hendaklah
menyediakan minima dua (2) orang pekerja muslim;
b. Bagi restoran dan kafetaria/ kantin/perkhidmatan sajian makanan, pemohon hendaklah mempunyai minima dua (2) orang pekerja muslim dan seorang penyelia muslim;
c. Bagi medan selera yang pengurusannya adalah berpusat, pemohon hendaklah mempunyai minima seorang pekerja muslim di setiap outlet ;
d. Bagi restoran berangkai, pemohon hendaklah mempunyai minima dua (2) orang pekerja muslim ; dan
e. Bagi kiosk, pemohon hendaklah mempunyai minima seorang pekerja muslim.
11
iii. Sistem Jaminan Halal Syarikat hendaklah membangunkan Sistem Jaminan Halal. Rujuk kepada SJHM 2011 (Sistem Jaminan Halal Malaysia 2011)
5.3 Barang Gunaan
5.3.1 Produk
i. Pemohon hanya mengeluarkan barang yang halal dan
selamat sahaja (dedicated plant); ii. Pemohon perlu menyediakan sampel barang gunaan siap
lengkap dengan pembungkusan; iii. Sebarang bentuk pembungkusan dan pelabelan hendaklah
memenuhi syarat berikut:
a. Suci dari sebarang najis, tidak berbahaya dan halal; b. Tidak melanggar prinsip-prinsip hukum Syarak serta
tiada unsur tidak sopan yang bertentangan dengan hukum Syarak; dan
c. Nama produk/barang gunaan selain Bahasa Malaysia hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.
iv. Pihak auditor/penguatkuasa berhak untuk mengambil
sampel bahan mentah/produk/barang gunaan untuk tujuan analisis.
5.3.2 Keperluan
Sumber bahan mentah :
i. Memastikan sumber bahan mentah adalah halal dan
selamat; ii. Bahan mentah/ramuan hendaklah disimpan dalam stor
yang berasingan dan tidak bercampur dengan bahan yang tidak halal; dan
iii. Perlu disertakan dokumen sokongan seperti: a. Sijil Pengesahan Halal yang diiktiraf. b. Spesifikasi produk yang terperinci bagi bahan
mentah berkenaan/Material Safety Data Sheet (MSDS)
c. Carta alir pemprosesan.
5.3.3 Asas rujukan: i. MS 2200: 2008
Barang Gunaan Islam - Bahagian 1: Kosmetik dan Dandanan Diri - Garis Panduan Umum
12
ii. Peraturan Kebersihan dan Keselamatan Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2009.
iii. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam atau Fatwa yang diwartakan oleh negeri.
5.3.4 Tanggungjawab Pengurusan
5.3.4.1 Syarat dan keperluan tenaga kerja muslim:
i) Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim di peringkat pengurusan.
ii) Eksekutif Halal Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim warganegara Malaysia yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam / mempunyai Sijil Eksekutif Halal atau sijil kursus berkaitan pengendalian produk.
iii) Penyelia muslim hendaklah berjawatan tetap, warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan produk/ barang gunaan.
iv) Pekerja muslim hendaklah berjawatan tetap, warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan produk/ barang gunaan.
a) Kategori Multinasional
Pemohon hendaklah mewujudkan:
i. Jawatankuasa Halal Dalaman
Pihak pengurusan hendaklah mewujudkan
Jawatankuasa Halal Dalaman yang terdiri daripada kakitangan tetap sepenuh masa. Anggota minima bagi jawatankuasa tersebut adalah seramai empat orang yang terdiri:
a. Pengerusi - Peringkat Pengurusan b. Eksekutif Halal Muslim c. Pegawai yang bertanggungjawab dalam
membuat keputusan urusan pembelian bahan mentah
d. Wakil daripada bahagian pengeluaran
13
ii. Melantik minima dua (2) orang pekerja Muslim.
iii. Sistem Jaminan Halal Syarikat hendaklah mewujudkan Sistem
Jaminan Halal. Rujuk kepada SJHM 2011(Sistem Jaminan Halal Malaysia 2011)
b) Kategori Industri Kecil/Industri Desa dan
Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) i. Pemohon hendaklah melantik seorang penyelia
muslim dan minima seorang pekerja muslim.
5.4 Kosmetik dan Dandanan diri
5.4.1 Produk
i. Setiap produk perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan;
ii. Syarikat hanya mengeluarkan produk yang halal dan selamat sahaja (dedicated plant);
iii. Syarikat perlu menyediakan sampel produk siap lengkap dengan pembungkusan;
iv. Sebarang bentuk pembungkusan dan pelabelan hendaklah memenuhi syarat berikut:
a. Suci dari sebarang najis, tidak berbahaya dan halal; b. Tidak melanggar prinsip-prinsip hukum Syarak serta
tiada unsur tidak sopan yang bertentangan dengan hukum Syarak.
c. Nama produk selain Bahasa Malaysia hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.
v. Pihak auditor/penguatkuasa berhak untuk mengambil
sampel bahan mentah untuk tujuan analisis.
5.4.2 Keperluan
Sumber bahan mentah:
i. Memastikan sumber bahan mentah adalah halal dan selamat;
ii. Bahan mentah/ramuan hendaklah disimpan dalam stor yang berasingan dan tidak bercampur dengan bahan yang tidak halal; dan
iii. Perlu disertakan dokumen sokongan seperti:
a. Sijil Pengesahan Halal yang diiktiraf.
14
b. Spesifikasi produk yang terperinci bagi bahan mentah berkenaan/Material Safety Data Sheet (MSDS)
c. Carta alir pemprosesan.
5.4.3 Asas rujukan:
i. MS 2200:2008 Barang Gunaan Islam - Bahagian 1:Kosmetik dan Dandanan Diri - Garis Panduan Umum;
ii. Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia,
National Pharmaceutical Control Bureau; dan iii. Guidelines on Cosmetic Good Manufacturing Practice,
National Pharmaceutical Control Bureau. iv. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam atau Fatwa yang diwartakan oleh negeri.
5.4.4 Tanggungjawab Pengurusan
5.4.4.1 Syarat dan keperluan tenaga kerja muslim:
i) Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman
hendaklah terdiri daripada seorang muslim di peringkat pengurusan.
ii) Eksekutif Halal Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim warganegara Malaysia yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam / mempunyai Sijil Eksekutif Halal atau sijil kursus berkaitan pengendalian produk.
iii) Penyelia muslim hendaklah berjawatan tetap, warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan produk.
iv) Pekerja muslim hendaklah berjawatan tetap, warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan produk.
a) Kategori Multinasional
Pemohon hendaklah mewujudkan:
i. Jawatankuasa Halal Dalaman
15
Pihak pengurusan hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang terdiri daripada kakitangan tetap sepenuh masa. Anggota minima bagi jawatankuasa tersebut adalah seramai empat orang yang terdiri:
a) Pengerusi - Peringkat Pengurusan b) Eksekutif Halal Muslim c) Pegawai yang bertanggungjawab dalam
membuat keputusan urusan pembelian bahan mentah
d) Wakil daripada bahagian Pengeluaran
ii. Melantik minima dua (2) orang pekerja muslim.
iii. Sistem Jaminan Halal Syarikat hendaklah mewujudkan Sistem Jaminan Halal. Rujuk kepada SJHM 2011(Sistem Jaminan Halal Malaysia 2011)
b) Kategori Industri Kecil/Industri Desa dan
Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
i. Pemohon hendaklah melantik seorang penyelia muslim dan minima seorang pekerja muslim
5.5 Rumah sembelih
5.5.1 Keperluan halal :
i) Haiwan
b) Haiwan yang hendak disembelih hendaklah haiwan yang halal;
c) Haiwan yang hendak disembelih hendaklah bernyawa atau diyakini masih bernyawa (hayat al-mustaqirrah) ketika penyembelihan dilakukan;
d) Haiwan yang hendak disembelih hendaklah sihat dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa bertauliah yang berkenaan.
5.5.2 Pengendalian
i) Rumah sembelih hendaklah bersih dan mematuhi kriteria
kebersihan pihak berkuasa bertauliah yang bertanggungjawab;
ii) Haiwan yang baru disembelih menggunakan kaedah konvensional hendaklah dikendalikan dengan baik;
16
iii) Penggunaan stunning tertakluk kepada MS1500:2009 dan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam atau Fatwa yang diwartakan oleh negeri.
iv) Pemeriksa halal hendaklah membuat penelitian terhadap haiwan yang disembelih iaitu:
a) Haiwan yang hendak disembelih hendaklah bernyawa atau diyakini masih bernyawa (hayat al-mustaqirrah) ketika penyembelihan dilakukan;
b) putus halkum; c) putus urat merih; d) putus urat darah (wadajain); dan e) sempurna mati sebelum aktiviti pemprosesan
selanjutnya. v) Memastikan haiwan yang tidak sempurna mengikut hukum
syarak diasingkan dan dilabelkan sebagai tidak halal. vi) Penyembelihan hendaklah dilakukan hanya sekali.
Pergerakan pisau yang berulang-ulang semasa penyembelihan dibenarkan asalkan pisau yang digunakan bagi penyembelihan itu tidak diangkat semasa penyembelihan.
vii) Pisau atau mata pisau yang digunakan hendaklah tajam dan bersih daripada darah dan kotoran lain. Pisau atau mata pisau tersebut hendaklah dibersihkan menggunakan air yang mengalir.
viii) Binatang yang disembelih hendaklah tidak dilonggokkan di dalam satu tempat bagi mengelakkan ayam mati kelemasan.
ix) Garis Panduan Parameter untuk kejutan elektrik bagi haiwan mengikut kategori seperti di Lampiran 1.
5.5.3 Asas Rujukan
i) MS 1500:2009 Makanan Halal - Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian
dan Penyimpanan - Garis Panduan Umum (Semakan Kedua)
ii) Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan dan Keselamatan Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2009.
iii) Animal Rules 1962, Akta Binatang 1953 (semakan 2006), Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
iv) Akta Kastam 1967 (Larangan Mengenai Import 1998) oleh Kastam Di Raja Malaysia (KASTAM).
v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
17
vi) Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam atau Fatwa yang diwartakan oleh negeri.
5.5.4 Tanggungjawab pengurusan
5.5.4.1 Syarat dan keperluan tenaga kerja muslim
i) Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim di peringkat pengurusan.
ii) Eksekutif / Penyelia Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim warganegara Malaysia yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam, tauliah penyembelihan oleh MAIN/JAIN, mempunyai Sijil Eksekutif Halal atau rekod menghadiri kursus berkaitan pengurusan Sistem Halal.
iii) Pemeriksa (checker) hendaklah mempunyai tauliah penyembelihan oleh MAIN/JAIN dan bertugas sepanjang masa penyembelihan dijalankan selain mempunyai rekod menghadiri kursus berkaitan penyembelihan Halal.
iv) Penyembelih hendaklah mempunyai tauliah penyembelihan oleh MAIN/JAIN dan bertugas sepanjang masa penyembelihan dijalankan selain mempunyai rekod menghadiri kursus berkaitan penyembelihan Halal.
5.5.4.2 Pemohon hendaklah melaksanakan tanggungjawab
dalam memastikan pengurusan halal yang berkesan mengikut kategori berikut:
a) Kategori Besar dan Sederhana
Pemohon hendaklah mewujudkan:
i. Jawatankuasa Halal Dalaman
Pihak pengurusan hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang terdiri daripada kakitangan tetap sepenuh masa. Anggota minima bagi jawatankuasa tersebut adalah seramai empat orang yang terdiri:
a) Pengerusi b) Eksekutif/Penyelia Halal Muslim c) Wakil daripada bahagian Operasi d) Wakil penyembelih bertauliah
18
ii. Melantik seorang Eksekutif/Penyelia Halal Muslim.
iii. Melantik minima seorang Pemeriksa
(checker) Halal Muslim.
iv. Melantik minima dua (2) orang penyembelih muslim.
v. Sistem Jaminan Halal
Syarikat hendaklah mewujudkan Sistem Jaminan Halal. Rujuk kepada SJHM 2011 (Sistem Jamiman Halal Malaysia 2011).
b) Kategori Kecil
Pemohon hendaklah : i. Melantik minima dua (2) orang penyembelih
muslim; dan ii. Melantik minima seorang pemeriksa (checker)
Halal muslim kecuali bagi penyembelihan yang yang kurang daripada 500 ekor sehari.
5.5.5 Sistem kawalan halal
i. Mempunyai Sijil Pemeriksaan Veterinar daripada Jabatan
Perkhidmatan Veterinar.
ii. Premis penyembelihan dan pemprosesan hendaklah dikhususkan untuk penyembelihan halal dan pemprosesan halal sahaja (dedicated plant).
iii. Perlu mempunyai rekod-rekod berkaitan operasi
penyembelihan. iv. Pertukaran penyembelih hendaklah dilakukan setelah
sembelihan mencapai maksimum 2000 ekor ayam/haiwan sejenisnya dan maksimum 25 ekor bagi lembu/kerbau dan haiwan sejenisnya.
v. Eksekutif halal perlu mengambil sampel (sekurang-
kurangnya 5 ekor) bagi verifikasi kadar voltan. vi. Pihak syarikat perlu menyediakan fail khas “Sijil Pengesahan
Halal” untuk menyimpan rekod.
vii. Mempunyai sistem khusus :
19
a) Standard halal b) Prosedur halal c) Polisi halal d) Titik kawalan kritikal halal e) Sistem pengasingan f) Sistem pengendalian ketidakakuran
g) Jawatankuasa halal dalaman h) Sistem pengesanan i) Pemantauan dan pengawasan
5.6 Farmaseutikal
5.6.1 Produk
i. Pemohon hendaklah memastikan produk telah didaftarkan
dan telah mendapatkan surat kelulusan pendaftaran produk daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK);
ii. Pemohon hendaklah mematuhi standard Pharmaceutical
Inspection Co-operation Scheme(PIC/S) iii. Pemohon mengeluarkan produk yang halal dan selamat;
iv. Pemohon perlu menyediakan sampel produk siap lengkap
dengan pembungkusan;
v. Sebarang bentuk pembungkusan dan pelabelan hendaklah memenuhi syarat berikut: a. Suci dari sebarang najis, tidak berbahaya dan halal; b. Tidak melanggar prinsip-prinsip hukum Syarak serta
tiada unsur tidak sopan yang bertentangan dengan hukum Syarak.
c. Nama produk selain Bahasa Malaysia hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.
vi. Pihak auditor/penguatkuasa berhak untuk mengambil sampel bahan mentah untuk tujuan analisis.
5.6.2 Keperluan
Sumber bahan mentah:
i. Memastikan sumber bahan mentah adalah halal dan selamat; ii. Perlu disertakan dokumen sokongan seperti:
a. Sijil Pengesahan Halal yang diiktiraf.
20
b. Spesifikasi produk yang terperinci bagi bahan mentah berkenaan/ Material Safety Data Sheet (MSDS)
c. Carta alir pemprosesan
5.6.3 Asas rujukan:
i. MS2424:2011: Halal Pharmaceuticals – General Guidlines;
ii. PICs. (Pharmaceutical Inspection Co-operationScheme); dan
iii. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam atau Fatwa yang diwartakan oleh negeri.
5.6.4 Tanggungjawab Pengurusan
5.6.4.1 Syarat dan keperluan tenaga muslim:
i) Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman
hendaklah terdiri daripada seorang muslim di peringkat pengurusan.
ii) Eksekutif Halal Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim warganegara Malaysia yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam / mempunyai Sijil Eksekutif Halal atau sijil kursus berkaitan pengendalian farmaseutikal.
iii) Penyelia muslim hendaklah berjawatan tetap, warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan produk.
iv) Pekerja muslim hendaklah berjawatan tetap warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan produk.
a) Kategori Multinasional
Pemohon hendaklah mewujudkan:
i. Jawatankuasa Halal Dalaman
Pihak pengurusan hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang terdiri daripada kakitangan tetap sepenuh masa. Anggota minima bagi jawatankuasa tersebut adalah seramai empat orang yang terdiri: a. Pengerusi b. Eksekutif Halal Muslim
21
c. Pegawai yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan urusan pembelian bahan mentah
e. Wakil daripada bahagian pengeluaran
ii. Melantik minima dua (2) orang pekerja Muslim. iii. Sistem Jaminan Halal
Syarikat hendaklah mewujudkan Sistem Jaminan Halal. Rujuk kepada SJHM 2011(Sistem Jamiman Halal Malaysia 2011)
b) Kategori Industri Kecil/Industri Desa dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
i. Pemohon hendaklah melantik seorang penyelia
muslim dan minima seorang pekerja muslim.
5.7 Logistik
5.7.1 Permohonan logistik terbahagi kepada tiga kategori:
a) Pergudangan
i. Semua barangan yang disimpan di kawasan gudang hendaklah barangan/produk halal sahaja;
ii. Barangan/produk halal hendaklah diasingkan mengikut
kategori yang bersesuaian seperti produk kering hendaklah diasingkan dengan produk basah.
iii. Mempunyai kawalan suhu penyimpanan yang baik dan
mengikut kesesuaian barangan/produk halal yang disimpan;
iv. Pemohon hendaklah memastikan kawalan makhluk
perosak dijalankan dengan sistematik;
v. Kawasan pergudangan hendaklah mempunyai mekanisma pengawalan pergudangan bagi mencegah binatang dan ‘unauthorised personnel’ memasuki atau berada di kawasan pergudangan.
vi. Sistem pengesanan halal berfungsi dengan efektif; vii. Alat dan unsur penyembahan agama tidak dibenarkan
sama sekali berada di dalam kawasan pergudangan;
22
viii. Proses samak hendaklah dilakukan sekiranya didapati gudang tersebut tercemar dengan bahan yang dikategorikan sebagai najis mughallazah;
ix. Mempunyai sistem dokumentasi halal yang sentiasa
dikemaskini; x. Persekitaran kawasan pergudangan hendaklah
bersih dan mengikut jadual sanitasi yang teratur.
b) Peruncitan i. Semua produk yang dijual hendaklah produk yang
halal sahaja. ii. Pemohon hendaklah mempunyai sistem pengesanan
halal yang efektif. iii. Mempunyai sistem dokumentasi halal yang sentiasa
dikemaskini. iv. Alat penyembahan agama adalah tidak dibenarkan
sama sekali di dalam kawasan premis peruncitan. v. Proses samak hendaklah dilakukan sekiranya didapati
gudang tersebut tercemar dengan bahan yang dikategorikan sebagai najis mughallazah.
c) Pengangkutan
i. Semua barangan yang diangkut hendaklah barangan
/ produk halal sahaja; ii. Pemohon hendaklah mempunyai sistem pengesanan
halal yang efektif termasuk rekod pergerakan terkini kontena.
iii. Pemohon hendaklah mempunyai Sistem Jaminan Halal
termasuk mewujudkan peraturan khusus bagi pekerja serta melaksanakan Amalan Kebersihan yang Baik (Good Hygiene Practices).
iv. Kontena hendaklah wajib disamak setiap kali tiba di
Malaysia sebelum penyimpanan barang-barang halal ke dalam kontena.
23
5.7.2 Asas rujukan:
i. MS2400 -1: 2010 Halalan – Toyyiban Assurance Pipeline – Part 1: Management System Requirements For Transportation Of Goods And/Or Cargo Chain Services
ii. MS 2400 -2:2010
Halalan – Toyyiban Assurance Pipeline – Part 2: Management System Requirements For Warehousing and Related Activities.
iii. MS 2400 - 3: 2010
Halalan – Toyyiban Assurance Pipeline – Part 3: Management System Requirements For Retailing
iv. Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam atau Fatwa yang diwartakan oleh negeri.
5.7.3 Tanggungjawab Pengurusan
5.7.3.1 Pihak pengurusan syarikat perlu bertanggungjawab
dalam memastikan pelaksanaan sistem halal dengan memastikan bahawa:
i) Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah
terdiri daripada seorang muslim di peringkat pengurusan.
ii) Eksekutif Jawatankuasa Halal Dalaman hendaklah terdiri daripada seorang muslim warganegara Malaysia yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam dan mempunyai Sijil Eksekutif Halal atau Sijil Kursus berkaitan logistik.
iii) Penyelia muslim hendaklah berjawatan tetap, warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan.
iv) Pekerja muslim hendaklah berjawatan tetap, warganegara Malaysia, kompeten tentang sistem pengurusan halal dan bertugas sepanjang masa di bahagian pengendalian/pemprosesan.
a) Kategori Multinasional
Pemohon hendaklah mewujudkan:
24
i. Jawatankuasa Halal Dalaman
Pihak pengurusan hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Halal Dalaman yang terdiri daripada kakitangan tetap sepenuh masa. Anggota minima bagi jawatankuasa tersebut adalah seramai empat orang yang terdiri:
a. Pengerusi b. Eksekutif Halal Muslim c. Pegawai yang bertanggungjawab dalam
membuat keputusan urusan pembelian bahan mentah
d. Wakil daripada bahagian pengeluaran ii. Melantik minima dua (2) orang pekerja muslim.
iii. Syarikat hendaklah mewujudkan Sistem Jaminan
Halal. Rujuk kepada SJHM 2011(Sistem Jamiman Halal Malaysia 2011)
b) Kategori Industri Kecil/Industri Desa dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
i. Pemohon hendaklah melantik seorang penyelia muslim dan minima seorang pekerja muslim.
6. KEPERLUAN – KEPERLUAN LAIN PENSIJILAN BAGI SEMUA KATEGORI
6.1 Proses i. Semasa penyediaan, pengendalian, pemprosesan, pembungkusan
atau pemindahan produk hendaklah dalam keadaan bersih dan tidak mengandungi bahan ramuan yang tidak halal mengikut hukum syarak;
ii. Pengangkutan yang digunakan hendaklah untuk produk halal sahaja;
iii. Penggunaan berus bulu haiwan tidak dibenarkan; iv. Semua bahan mentah dan produk siap mestilah diletakkan di atas
pallet pada jarak yang sesuai daripada lantai dan juga dinding; v. Setiap bungkusan hendaklah ditanda dengan cara yang mudah
dibaca, tahan lama dan dilabelkan dengan maklumat-maklumat mengikut peraturan, akta dan standard berkaitan dengan maklumat berikut:
a. Logo Halal Malaysia beserta standard dan nombor rujukan
syarikat.
25
b. Pelabelan dan pengiklanan hendaklah tidak melanggar prinsip-prinsip hukum syarak serta tidak menonjolkan unsur-unsur tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak.
c. Nama produk tidak menggunakan perkataan Halal dan nama-nama berunsurkan keagamaan dan ketuhanan (cth: ubat gigi ‘halal’, biskut Al-Quddus).
vi. Produk halal hendaklah tidak menggunakan nama atau nama yang
sinonim dengan istilah yang mengelirukan atau merujuk kepada makanan tidak halal seperti ham, bak kut teh, bacon, bir , rum hotdog, siew mai dan sebagainya; dan
vii. Setiap bungkusan hendaklah ditanda dengan terang dan jelas serta tidak mudah dipadamkan atau hendaklah diletakkan label pada bungkusan tersebut dengan maklumat-maklumat berikut:
a. Nama produk. b. Nombor Malaysian Standard (MS) dan nombor rujukan fail ( 10
angka terakhir ) Contoh: Kategori Produk Makanan
MS1500 : 2009 1 059 -02 / 2008
c. Kandungan bersih dinyatakan dalam sukatan metric (unit SI). d. Nama dan alamat pengilangan, pengimport dan /atau pengedar
dan cap dagangan. e. Senarai kandungan. f. Nombor kod menunjukkan tarikh dan/atau nombor kelompok
pengeluaran dan tarikh luput. g. Negara asal produk.
6.2 Produk
i. Setiap pengeluar produk hendaklah mengeluarkan produk halal
sahaja; ii. Nama produk, menu selain Bahasa Malaysia hendaklah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia; dan iii. Bahan pembungkusan hendaklah tidak diperbuat daripada bahan
yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak.
26
6.3 Kilang
i. Kawasan kilang hendaklah berpagar atau mengadakan mekanisme pengawalan bagi mencegah haiwan samada peliharaan atau bukan dari memasuki atau berada di dalam kawasan kilang;
ii. Peralatan yang digunakan hendaklah bebas daripada najis mengikut Hukum Syarak, tidak mempunyai sebarang bahan mudarat dan memberi kesan sampingan terhadap produk yang dikeluarkan;
iii. Susun atur peralatan dan barangan di dalam kilang hendaklah kemas dan rapi serta selamat semasa menjalankan kerja-kerja pengeluaran produk;
iv. Pekerja tidak dibenarkan tinggal di dalam kawasan kilang; v. Kantin pekerja hanya menyediakan makanan halal; vi. Pekerja tidak dibenarkan membawa makanan/minuman yang tidak
halal ke dalam kawasan kilang; dan vii. Kilang pengeluar produk halal hendaklah berjauhan, diasingkan dan
dipisahkan melalui sistem kawalan berkesan daripada pusat penternakan haiwan, loji kumbahan najis dan premis yang memproses bahan tidak halal.
6.4 Sistem Sanitasi
i. Etika Pekerja
Pekerja hendaklah mengamalkan kod etika pekerja dan amalan kebersihan yang baik (Good Hygiene Practices) seperti yang termaktub di dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
ii. Persekitaran
Persekitaran hendaklah bersih dan pembersihannya mengikut jadual sanitasi yang teratur dan bebas daripada pencemaran.
iii. Peralatan
a. Peralatan yang digunakan mestilah bersih; dan b. Peralatan, perkakas mesin dan bahan bantuan pemprosesan
yang pernah digunakan atau bersentuhan dengan najis mughallazah hendaklah disamak mengikut hukum
syarak .
iv. Pest Control Pemohon mesti mempunyai sistem kawalan makhluk perosak secara berkala samada secara sendiri atau kontrak luar.
v. Jadual Pembersihan
Jadual pembersihan mestilah disediakan dan diselia dengan baik.
27
6.5 Rekod
Pemohon hendaklah menyediakan fail khas “Sijil Pengesahan Halal Malaysia” yang mengandungi dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas kilang tersebut.
6.6 Kemudahan
Pihak pengurusan hendaklah menyediakan kemudahan berikut:
a. Surau; b. Bilik persalinan; dan c. Ruang makan.
6.7 Latihan
Pihak pengurusan hendaklah memastikan setiap pekerja kompeten dengan memberi latihan berkaitan prinsip halal dan aplikasinya.
6.8 Penyeliaan dan pemantauan
Pihak pengurusan hendaklah memastikan penyeliaan dan pemantauan daripada aspek sistem jaminan halal direkod dengan baik.
6.9 Alat Penyembahan
Alat dan unsur penyembahan tidak dibenarkan berada di kawasan pemprosesan bermula dari kawasan penerimaan bahan mentah sehingga produk siap, kawasan penyimpanan dan tempat penyajian.
7. PROSEDUR
7.1 Prosedur Permohonan Baru
7.1.1 Semua permohonan sijil halal akan dibuat melalui permohonan secara on-line melalui sistem e-Halal bagi pemohon yang layak seperti berikut:
a. Pengeluar,Pengilang Produk (manufacturer/ producer); b. Pengeluar sub-kontrak (sub –contract manufacturer); c. Pengusaha Pembungkusan semula (repacking) d. Premis Makanan (food premise); dan e. Rumah Sembelih (abattoir/slaughter house) f. Logistik (logistic)
7.1.2 MAIN/JAIN akan menguruskan permohonan bagi kilang-kilang di
negeri masing-masing melalui sistem berkenaan.
28
7.1.3 Sistem e-Halal akan mengasingkan permohonan mengikut kedudukan kilang di negeri-negeri secara automatik.
7.1.4 Borang permohonan boleh didapati melalui laman web : HYPERLINK "http://www.halal.gov.my" Atau: Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri seperti di Lampiran 2. 7.1.5 Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan
mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan salinan sijil-sijil dokumen yang berkaitan mengikut kategori seperti berikut:
a. Produk Makanan
i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat; ii. Salinan lesen operasi daripada Pihak Berkuasa
Tempatan; iii. Salinan Penyata Kewangan Syarikat (tahun
sebelumnya); iv. Salinan kad pengenalan & surat perlantikan tenaga
kerja muslim warganegara Malaysia berstatus tetap di Bahagian Pengeluaran;
v. Salinan sijil halal ramuan yang masih sah (Sijil Halal Malaysia (JAKIM/JAIN) atau badan pensijilan luar negara yang diiktiraf) dan spesifikasi produk yang terperinci/MSDS;
vi. Salinan permit import daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi bahan mentah berasaskan daging;
vii. Carta aliran proses produk; viii. Peta lokasi kilang; ix. Label pembungkusan/graphic artwork bagi produk
yang akan disahkan halal.
b. Premis Makanan (hotel /restoran)
i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat; ii. Salinan lesen operasi daripada Pihak Berkuasa
Tempatan; iii. Salinan pengenalan diri /pasport dan permit kerja &
surat perlantikan tukang masak di setiap outlet/premis makanan;
iv. Salinan sijil halal ramuan yang masih sah (Sijil Halal Malaysia (JAKIM/JAIN) atau badan pensijilan luar negara yang diiktiraf) dan spesifikasi produk;
v. Peta lokasi premis; vi. Bagi hotel hendaklah memastikan :
29
a. Semua dapur yang membekalkan makanan dan minuman ke coffee house dan function room hendaklah memohon sijil pengesahan halal;
b. Memohon sijil halal bagi dapur bersama coffee house; dan
c. Bagi hotel yang menyediakan makanan berasaskan babi tidak layak memohon sijil pengesahan halal.
c. Barang Gunaan
i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat; ii. Salinan lesen operasi daripada Pihak Berkuasa
Tempatan; iii. Salinan Penyata Kewangan Syarikat (tahun
sebelumnya); iv. Salinan kad pengenalan & surat perlantikan tenaga
kerja muslim warganegara berstatus tetap di Bahagian Pengeluaran;
v. Salinan sijil halal ramuan yang masih sah (Sijil Halal Malaysia (JAKIM/JAIN) atau badan pensijilan luar negara yang diiktiraf) dan spesifikasi produk yang terperinci/MSDS;
vi. Carta alir proses produk; vii. Peta lokasi kilang; viii. Label pembungkusan/graphic artwork bagi produk
yang akan disahkan halal. d. Kosmetik dan dandanan diri
i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat; ii. Salinan lesen operasi daripada Pihak Berkuasa
Tempatan; iii. Salinan Penyata kewangan Syarikat(tahun
sebelumnya); iv. Salinan kad pengenalan & surat perlantikan tenaga
kerja muslim warganegara Malaysia berstatus tetap di Bahagian Pengeluaran;
v. Salinan Nota Notifikasi produk yang dikeluarkan oleh BPFK;
vi. Salinan sijil halal produk yang masih sah (Sijil Halal Malaysia (JAKIM/JAIN) atau badan pensijilan luar negara yang diiktiraf) dan spesifikasi produk yang terperinci/MSDS;
vii. Carta alir proses pengilangan; viii. Peta lokasi kilang; vi. Label pembungkusan /grafic artwork bagi produk
yang akan disahkan halal.
30
e. Rumah sembelih
i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat; ii. Salinan lesen operasi daripada Pihak Berkuasa
Tempatan; iii. Salinan Veterinary Health Certification daripada
JPV/surat perakuan daripada JPV; iv. Salinan pengenalan diri /pasport dan permit kerja
penyembelih dan penyelia di Bahagian Pengeluaran v. Salinan surat tauliah penyembelih dari Jabatan
Agama Islam berstatus tetap; vi. Peta lokasi rumah sembelih.
f. Farmaseutikal
i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat; ii. Salinan lesen operasi daripada Pihak Berkuasa
Tempatan; iii. Salinan lesen pengilang/ pengimport daripada Biro
Pengawalan Farmasuetikal Kebangsaan (BPFK); iv. Salinan Penyata Kewangan Syarikat (tahun
sebelumnya); v. Salinan sijil pendaftaran produk yang dikeluarkan
oleh BPFK; vi. Salinan kad pengenalan & surat perlantikan tenaga
kerja muslim warganegara berstatus tetap di Bahagian Pengeluaran;
vii. Salinan halal ramuan yang masih sah (Sijil Halal Malaysia (JAKIM/JAIN) atau badan pensijilan luar negara yang diiktiraf) dan spesifikasi produk yang terperinci/MSDS;
viii. Peta lokasi kilang; ix. Carta alir proses produk; x. Label pembungkusan/graphic artwork bagi produk
yang akan disahkan halal.
g. Logistik
i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat; ii. Salinan lesen operasi daripada Pihak Berkuasa
Tempatan; iii. Salinan Penyata Kewangan Syarikat (tahun
sebelumnya); iv. Salinan permit import dari Jabatan Perkhidmatan
Veterinar bagi bahan mentah berasaskan daging; v. Salinan kad pengenalan & surat perlantikan tenaga
kerja muslim warganegara Malaysia berstatus tetap di Bahagian operasi;
vi. Salinan sijil halal produk yang belum tamat tempoh;
31
vii. Salinan sijil pendaftaran kenderaan; viii. Salinan Carta Organisasi Jawatankuasa Halal
Dalaman; ix. Peta lokasi kilang; x. Carta alir proses.
7.1.6 Permohonan perlu mengisi borang e-Halal yang sesuai berkaitan
seperti disediakan. 7.1.7 Bagi permohonan yang tidak lengkap, secara automatik akan
ditolak oleh sistem e-Halal. Surat pemberitahuan akan dikeluarkan.
7.1.8 Permohonan yang telah lengkap akan menerima surat bayaran
caj perkhidmatan pensijilan secara atas talian (on-line).
7.2 Permohonan Pembaharuan, Tambah Produk /Outlet
7.2.1 Semua permohonan sijil halal bagi tujuan pembaharuan, tambah produk/outlet adalah melalui permohonan sedia ada secara atas talian (on-line) dengan menekan butang mengikut kategori yang berkaitan.
7.2.2 Permohonan hendaklah lengkap diisi dengan mengemukakan
butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan salinan sijil-sijil dokumen yang berkaitan seperti di Lampiran 3.
7.3 Prosedur Pengauditan
Pengauditan akan dilakukan setelah permohonan memenuhi semua syarat yang ditetapkan
7.3.1 Auditor
i. Pegawai Audit hendaklah terdiri daripada mereka yang tidak
terlibat dalam Panel Pengesahan Halal; ii. Pengauditan hendaklah dilakukan oleh minima dua (2) orang
pegawai. Pegawai yang akan dilantik mestilah bergred 27 dan ke atas iaitu;
a. Pegawai Hal Ehwal Islam b. Pegawai Teknikal dalam bidang berkaitan
7.3.2 Skop Pemeriksaan
i. Pemeriksaan merangkumi perkara-perkara berikut:
a. Dokumentasi dan profil syarikat;
32
b. Bahan ramuan c. Peralatan dan utensil d. Pembungkusan e. Penyimpanan f. Pemprosesan g. Pengangkutan h. Pekerja i. Kebersihan premis j. Pengurusan sisa buangan
ii. Audit pengesahan di lapangan akan merangkumi perkara berikut: a. Mesyuarat Pembukaan; b. Semakan dokumen; c. Pemeriksaan lapangan; d. Penyediaan laporan hasil audit ; dan e. Mesyuarat penutup.
iii. Sampel makanan, bahan ramuan, bahan mentah, atau lain-lain yang dirasakan perlu akan diambil untuk ujian makmal ; dan
iv. Sampel bahan pembungkusan, label atau lain-lain yang dirasakan perlu akan diambil untuk penelitian panel pengesahan halal;
7.3.3 Prosedur Pengauditan Semula
i. Pengauditan semula hendaklah dilakukan untuk memastikan
tindakan pembetulan yang dikehendaki telah dipatuhi oleh syarikat berkenaan, setelah mengambilkira perkara berikut:
a. Panel Pengesahan Halal tidak berpuas hati dengan hasil pengauditan pertama;
b. Laporan ketidakakuran Non Coformance Report (NCR) telah dikeluarkan untuk tindakan pembetulan oleh syarikat berkenaan;
ii. Pengauditan semula hendaklah dilakukan kepada pemegang
sijil halal jika terdapat perubahan–perubahan pada produk seperti penambahan atau perubahan bahan-bahan ramuan di dalam produk.
iii. Pengauditan semula hanya dilakukan sekali sahaja.
7.4 Pemantauan dan Penguatkuasaan
7.4.1 Semua pengeluar/pengilang produk/pengedar/penjual/ pengeluar
sub-kontrak/pembungkusan semula/premis makanan/rumah sembelih dan logistik yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal
33
Malaysia daripada JAKIM/MAIN/JAIN atau yang meletakkan sebarang perbahasaan/label/logo halal hendaklah dibuat pemantauan dan penguatkuasaan.
7.4.2 Sekiranya terdapat salah satu outlet yang ditarik balik sijil
pengesahan halal disebabkan kesalahan serius, maka semua outlet yang lain juga ditarik balik.
7.4.3 Undang-undang
Pemeriksaan pemantauan dan penguatkuasaan adalah terikat dengan undang-undang berkaitan diamalkan dan dikuatkuasakan dalam negara ini seperti berikut:
i. Akta Perihal Dagangan 2011 oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
ii. Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan Kebersihan dan Keselamatan Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2009.
iii. Animal Rules 1962 Akta Binatang 1953 (semakan 2006), Peraturan Haiwan 1962, Akta Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 1993 dan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran), 1983 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
iv. Akta Kastam 1967 (Larangan Mengenai Import 1998) oleh Kastam Di Raja Malaysia (KASTAM).
v. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
vi. Akta/ Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri oleh MAIN/JAIN
vii. Akta Cap Dagangan 1976.
7.4.4 Pelaksanaan
Semua pemeriksaan pemantauan dan penguatkuasaan hendaklah dilakukan secara mengejut tanpa pengetahuan pihak pemegang sijil/organisasi. Selepas pemeriksaan dibuat, pegawai pemeriksa hendaklah meninggalkan notis peringatan/lawatan kepada syarikat.
7.4.5 Jenis pemeriksaan adalah seperti berikut:
a) Pemeriksaan berkala ialah pemeriksaan secara terancang
dan berterusan dari semasa ke semasa terhadap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi menilai kepatuhan terhadap pensijilan dan penggunaan logo halal serta piawaian halal;
34
b) Pemeriksaan penguatkuasaan adalah pemeriksaan yang dilakukan oleh JAKIM/MAIN/JAIN bersama agensi penguatkuasa yang lain sama ada hasil daripada aduan awam atau aktiviti pemeriksaan berkala;
c) Pemeriksaan susulan adalah pemeriksaan terhadap syarikat
yang gagal mematuhi Prosedur Pensijilan Halal berdasarkan pemeriksaan terdahulu;
d) Pemeriksaan berdasarkan aduan dilakukan setelah
menerima aduan awam mengenai penyalahgunaan logo/sijil pengesahan halal atau terdapat keraguan ke atas produk dan barang gunaan, premis makanan, rumah sembelih, logistik atau syarikat yang telah diberikan sijil pengesahan halal, logo atau menggunakan perbahasaan halal;
7.4.6 Kategori Kesalahan
Setiap kesalahan boleh dikategorikan seperti berikut:-
a. Kesalahan kecil
Kesalahan teknikal yang boleh diberi amaran dan arahan pembetulan oleh pegawai pemantauan:
i. Kebersihan premis. ii. Kebersihan peralatan. iii. Kebersihan pekerja. iv. Kebersihan persekitaran. v. Kawalan makhluk perosak. vi. Lain-lain kesalahan berkaitan kebersihan dan
sanitasi. vii. Pengendali makanan tidak mendapat pelalian anti
Typhoid. viii. Gagal mengemukakan dokumen yang dikehendaki
oleh pegawai pemeriksa. ix. Perubahan/penambahan bahan ramuan oleh
pemegang sijil halal tanpa memaklumkanb secara bertulis kepada JAKIM/MAIN/JAIN.
b. Kesalahan Besar Kesalahan teknikal yang boleh dikenakan tindakan penggantungan Sijil Pengesahan Halal Malaysia oleh pegawai pemeriksa dan perlu dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad.
35
i. Perubahan/penambahan pembekal /pengeluar yang tidak mendapat pengesahan halal dari JAKIM/MAIN/JAIN.
ii. Perubahan/penambahan pembekal/pengeluar yang tidak mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf.
iii. Menggunakan logo halal Malaysia pada produk yang tidak terdapat di dalam Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
iv. Pemalsuan sijil halal atau penyalahgunaan logo halal Malaysia.
v. Meminjam atau menyerahkan sijil pengesahan halal asal kepada premis atau syarikat lain.
vi. Mengubahsuai maklumat yang terdapat pada Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
vii. Menukar atau menambah bahan ramuan yang telah diisytiharkan di dalam borang permohonan tanpa kebenaran bertulis daripada JAKIM/MAIN/JAIN.
viii. Tiada pekerja Muslim di kawasan pemprosesan/dapur.
ix. Mengguna dan mempamerkan sijil pengesahan halal yang tamat tempoh.
x. Alat penyembahan agama terletak di kawasan pemprosesan/dapur.
xi. Tidak mematuhi mana-mana piawaian halal Malaysia yang berkaitan.
xii. Gagal mematuhi arahan pembetulan kesalahan kecil.
c. Kesalahan Serius Kesalahan yang melibatkan kesalahan syariah dan teknikal yang boleh membawa kepada penarikanbalik sijil pengesahan halal Malaysia oleh pegawai pemeriksa dan perlu dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad. 1. Kesalahan syariah Kesalahan yang melibatkan hukum syarak:
i. Pengesahan status haram oleh autoriti agama yang diiktiraf terhadap produk/bahan ramuan/peralatan dan lain-lain.
ii. Penggunaan bahan haram setelah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
iii. Percampuran/penyimpanan antara bahan halal dengan bahan haram.
iv. Penyimpanan produk halal dengan produk haram.
36
v. Peralatan yang digunakan bercampur aduk antara halal dan haram.
vi. Memproses haiwan yang tidak sempurna sembelihan atau tidak sempurna mati.
vii. Penggunaan alat stunning sehingga boleh menyebabkan haiwan mati atau hayat mazboh.
2. Kesalahan teknikal
Kesalahan yang tidak melibatkan hukum syarak:
i. Perpindahan premis/kilang tanpa memaklumkan kepada JAKIM/MAIN/JAIN.
ii. Perubahan pengurusan dan nama syarikat tanpa memaklumkan kepada JAKIM/MAIN/JAIN.
iii. Penyembelih dan checker tidak bertauliah atau tauliah penyembelih tamat tempoh.
iv. Kejutan (stunning) bagi pelalian haiwan tidak mengikut standard yang ditetapkan.
v. Alat kejutan (stunner) dikawal oleh pekerja bukan muslim.
vi. Membawa masuk bahan haram ke premis atau syarikat yang telah mendapat sijil pengesahan halal Malaysia.
vii. Menggunakan bahan terlarang yang dikuatkuasakan di bawah Akta Makanan dan Undang-undang berkaitan.
7.4.7 Persampelan Pegawai Pemantauan dan Penguatkuasaan hendaklah
mengambil sampel sekiranya premis didapati melakukan atau disyaki melakukan sebarang kesalahan atau penyelewengan.
7.4.8 Jenis kesalahan dan tindakan adalah seperti berikut:
a. Kesalahan kecil
i. Notis Lawatan/Peringatan dikeluarkan. ii. Amaran supaya pembetulan dibuat serta merta.atau
dalam tempoh 14 hari atau mana-mana tempoh lain yang bersesuaian
iii. Pegawai pemeriksa perlu melakukan pemeriksaan susulan selepas tamat tempoh yang ditetapkan (jika perlu). Jika gagal melaksanakan tindakan pembetulan dalam tempoh tersebut, Notis Penggantungan Sijil akan dikeluarkan dan sijil pengesahan halal akan digantung.
37
iv. Status sijil halal yang digantung akan ditentukan oleh Panel Pengesahan Halal.
b. Kesalahan besar
i. Sijil pengesahan halal digantung. ii. Notis Lawatan/Peringatan dan penggantungan sijil
pengesahan halal akan dikeluarkan kepada syarikat.
iii. Laporan penggantungan akan dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad sama ada:
a. Perlu dibuat pemeriksaan semula; atau b. Sijil halal dikembalikan semula; atau c. Sijil halal tersebut ditarik balik.
iv. Sekiranya syarikat gagal mematuhi arahan pembetulan oleh Panel Pengesahan Halal, maka sijil pengesahan halal akan ditarik balik.
v. JAKIM/MAIN/JAIN akan menyenaraikan syarikat-syarikat yang digantung sijil pengesahan halal di dalam portal halal.
c. Kesalahan serius
i. Sijil halal ditarik balik dengan serta merta. ii. Notis penarikan sijil pengesahan halal akan
dikeluarkan kepada syarikat. iii. Laporan penarikan sijil pengesahan halal akan
dikemukakan kepada Panel Pengesahan Halal untuk keputusan muktamad.
iv. JAKIM/MAIN/JAIN akan menyenaraikan syarikat-syarikat yang ditarik balik sijil pengesahan halal di dalam portal halal.
7.4.9 Proses Pendakwaan i. Proses Pendakwaan akan dilakukan sama ada oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau lain-lain agensi penguatkuasa berdasarkan input dari JAKIM/MAIN/JAIN mengenai perihal halal.
ii. JAKIM/MAIN/JAIN akan dipanggil sebagai saksi dalam
proses perbicaraan di mahkamah.
iii. Keputusan mahkamah akan dihebahkan oleh JAKIM/MAIN/JAIN untuk makluman awam.
38
7.4.10 Aduan a. Aduan boleh dibuat melalui:
i. Borang aduan ii. Surat iii. E-mail/aduan on-line iv. Telefon
b. Aduan yang diterima hendaklah berkaitan perihal halal
sahaja seperti pemalsuan logo, keraguan status halal ramuan atau kesalahan yang dikategorikan sebagai kesalahan kecil/besar/serius.
c. Semua aduan hendaklah disalurkan kepada
JAKIM/MAIN/JAIN untuk tindakan selanjutnya.
7.4.11 Penerimaan Aduan.
i. Semua aduan yang lengkap sahaja akan direkodkan.
ii. Aduan akan diklasifikasikan mengikut jenis sama ada berkaitan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia atau diluar bidangkuasa JAKIM/MAIN/JAIN .
iii. Sekiranya aduan dapat diselesaikan, maka penjelasan
akan diberikan kepada pengadu sama ada melalui e-mail, telefon, sms, surat dan sebagainya.
7.4.12 Keputusan Aduan
i. Pengadu akan dimaklumkan mengenai semua keputusan
atau tindakan yang diambil berkaitan isu aduan yang dibuat.
ii. Sekiranya melibatkan kesalahan besar dan serius ianya akan dinyatakan di dalam portal halal atau penerbitan yang bersesuaian untuk tatapan umum.
7.4.13 Bantahan
i. Bantahan boleh dikemukakan bermula daripada proses
permohonan sehingga sebelum keputusan Panel Pengesahan Halal Malaysia dikeluarkan.
ii. Bantahan yang dikemukakan boleh mempengaruhi tempoh proses permohonan
iii. Keputusan terhadap bantahan adalah muktamad.
39
7.4.14 Rayuan
i. Keahlian Panel Rayuan terdiri daripada; a. Pengerusi – JAKIM/MAIN/JAIN b. Setiausaha – Unit / Cawangan / Bahagian yang
terlibat dalam pengurusan pensijilan halaman Malaysia
c. Ahli – Wakil Pejabat Penasihat Undang-undang JAKIM / Negeri
d. Ahli – dua (2) orang wakil dari JAKIM/MAIN/JAIN
ii. Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Panel Rayuan. Tempoh rayuan adalah dua (2) minggu selepas keputusan dimaklumkan kepada pemohon/pemegang sijil halal dan rayuan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan;
iii. Rayuan yang diterima hendaklah hanya berkaitan dengan prosedur pensijilan halal dan tidak melibatkan kes-kes kesalahan undang-undang dan piawaian halal;
iv. Rayuan akan diteliti bagi mengenalpasti jenis rayuan, kes,
dan cawangan/unit yang bertanggungjawab;
v. Keputusan panel rayuan akan dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas keputusan dibuat.
vi. Keputusan Panel Rayuan adalah muktamad dan
sebarang rayuan semula tidak akan dilayan.
7.4.15 Penarikanbalik Produk
Syarikat hendaklah menarikbalik produk daripada pasaran sekiranya: a. Berlaku unsur haram; b. Arahan daripada JAKIM/MAIN/JAIN
8. STANDARD, LOGO & SIJIL
8.1 Standard
i. MS 1500:2009 Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (Semakan Kedua)
ii. MS 2200: 2008
40
Barang Gunaan Islam – Bahagian 1: Kosmetik dan Dandanan Diri – Garis Panduan Umum
iii. MS 2400 -1: 2010 Halalan – Toyyiban Assurance Pipeline – Part 1: Management System Requirements For Transportation Of Goods And/Or Cargo Chain Services
iv. MS 2400 -2:2010 Halalan – Toyyiban Assurance Pipeline – Part 2: Management System Requirements For Warehousing and Related Activities.
v. MS 2400 - 3: 2010 Halalan – Toyyiban Assurance Pipeline – Part 3: Management System Requirements For Retailing
vi. MS2424:2011: Halal Pharmaceuticals – General Guidlines Nota: Standard –standard terkini yang dibangunkan turut akan digunapakai bersama manual
8.2 Logo Halal Malaysia
8.2.1 Logo halal bermaksud logo yang telah didaftarkan di bawah Akta
Cap Dagangan 1976 dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Agama dan mengandungi: Logo halal Malaysia:
a. Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan; b. Perkataan Arab – “ حالل ” di tengah bintang; diikuti tulisan
rumi “HALAL” c. Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan “ ماليزيا ” dalam perkataan Arab; d. Dua binatang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
41
8.3 Syarat-Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Dan Logo Halal Malaysia
8.3.1 Pemegang Sijil Pengesahan Halal hendaklah mengemukakan
permohonan pembaharuan tiga (3) bulan sebelum tempoh tamat tempoh.
8.3.2 Bagi premis makanan dan pengangkutan, logo halal hendaklah
dipamerkan di tempat yang bersesuaian. 8.3.3 Bagi penambahan produk yang tidak dimaklumkan, amaran dan
arahan pembetulan akan dikeluarkan kepada syarikat. 8.3.4 Bagi hotel:
a. Pemegang sijil boleh mempamerkan logo halal di menu
dan restoran bagi restoran dan dapur yang telah mendapat sijil halal;
b. Sekiranya hanya dapur sahaja yang mendapat sijil halal, logo boleh dipamerkan pada bahagian dapur sahaja;
c. Tidak dibenarkan menampal logo/sijil halal di bahagian kaunter pembayaran dan sebagainya;dan
8.3.5 Logo halal boleh digunakan bagi tujuan iklan dan hendaklah
diletakkan pada tempat yang sesuai. 8.3.6 Penggunaan sijil pengesahan halal Malaysia adalah tertakluk
kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan pada sijil. 8.3.7 Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa
penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut tertakluk kepada undang-undang dan peraturan.
8.3.8 Sijil pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh
sahnya pada bila-bila masa dan penggunaan logo Halal tidak dibenarkan apabila didapati ianya menyalahi Piawaian Halal.
8.3.9 JAKIM/MAIN/JAIN boleh menyenaraihitamkan syarikat yang
gagal mematuhi syarat dan peraturan Prosedur Pensijilan Halal dan boleh dipertimbangkan selepas Panel Pengesahan Halal berpuas hati.
8.3.10 Mana-mana pemegang siji halal adalah bertanggungjawab untuk
memastikan Piawaian Halal dipatuhi, dan sekiranya terdapat penarikan atau perlanggaran, maka JAKIM / MAIN / JAIN berhak membuat hebahan maklumat syarikat yang terbabit melalui saluran yang difikirkan sesuai. Walaubagaimanapun bagi isu-isu nasional, hebahan akan dibuat oleh JAKIM.
42
8.4 Tanggungjawab Pemegang Sijil Pengesahan Dan Logo Halal Malaysia
8.4.1 Kesedaran dan Tanggungjawab
Setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal dikehendaki mempunyai para pekerja yang terlatih, memahami Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan dikehendaki mengikuti latihan pensijilan halal serta perlu diperbaharui setiap dua (2) tahun kecuali bagi rumah sembelihan iaitu satu tahun.
8.4.2 Pematuhan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia
Pemegang Sijil Pengesahan Halal perlu mematuhi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan undang-undang yang berkaitan termasuk memahami isu-isu halal terkini.
8.4.3 Makluman Perubahan Pada Produk
Pihak syarikat perlu memaklumkan segala perubahan pelabelan dan pembungkusan produk kepada JAKIM/MAIN/JAIN secara bertulis.
8.4.4 Tanggungjawab Selepas Penarikan Sijil
Mana-mana sijil yang telah ditarikbalik, adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk:
a. Menarik balik produk-produk dipasaran dan melupuskannya
jika ia bersalahan dari segi syarak b. Menarik balik produk-produk di pasaran jika ia bersalahan
dari segi teknikal.
8.4.5 Syarikat hendaklah menyamak premis sekiranya:
a. Berlaku pencemaran unsur haram; b. Menerima Arahan daripada JAKIM/MAIN/JAIN.
9. YURAN
9.1 Bayaran Perkhidmatan Pensijilan Halal Malaysia
9.1.1 Bayaran pensijilan halal yang dikenakan adalah untuk tempoh dua (2) tahun. Kelewatan membuat bayaran akan mempengaruhi proses lawatan pemeriksaan audit Halal yang akan dijalankan ke atas kilang/ premis makanan. Walaubagaimanapun bagi permohonan rumah sembelih iaitu selama setahun sahaja.
9.1.2 Kadar bayaran perkhidmatan pensijilan adalah mengikut kategori
yang ditetapkan seperti di dalam Lampiran 4 dan tertakluk kepada perubahan:
i. Kategori Industri/Kilang/Produk
43
a. Industri Kecil; b. Perusahaan Kecil dan Sederhana;dan c. Multinasional.
ii. Kategori Premis Makanan
a. Hotel b. Restoran c. Perkhidmatan penyaji makanan; d. Kenderaan makanan bergerak. e. Medan selera / gerai f. Kiosk
iii. Kategori Rumah Sembelihan:
a. Kategori kecil; b. Kategori sederhana; dan c. Kategori besar.
iv. Kategori Logistik:
a) Perkhidmatan Pengangkutan i. Kategori Multinasional; ii. Kategori Industri Kecil/Industri Desa;dan iii. Perusahaan Kecil &Sederhana (PKS)
b) Perkhidmatan Penyimpanan
i. Kategori Multinasional; ii. Kategori Industri Kecil/Industri Desa;dan iii. Perusahaan Kecil &Sederhana (PKS)
c) Perkhidmatan Pengilangan
i. Kategori Multinasional; ii. Kategori Industri Kecil/Industri Desa; dan iii. Perusahaan Kecil &Sederhana (PKS)
9.1.3 Segala kos yang melibatkan kajian atau ujian makmal tentang
status bahan ramuan produk ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemohon atau syarikat berkenaan.
9.1.4 Ujian makmal hendaklah dibuat di mana-mana makmal kerajaan
atau swasta yang diiktiraf oleh kerajaan dan memenuhi keperluan pensijilan halal Malaysia.
9.1.5 Surat kadar caj bayaran perkhidmatan mengandungi perkara-
perkara berikut: a. Jumlah bayaran;
b. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos (portal
order) atau kiriman wang (money order ) atau bank draf sahaja;
44
c. Secara bank in atau atas talian ke akaun JAKIM/MAIN yang berkenaan.
d. Dibuat atas nama Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia atau Jabatan /Majlis Agama Islam Negeri (mana yang berkenaan);
e. Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. f. Segala kos yang melibatkan audit luar negara akan
ditanggung oleh pihak pemohon.
10. PANEL PENGESAHAN HALAL
10.1 Keahlian Mesyuarat Panel Pengesahan Halal hendaklah dianggotai oleh Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pegawai Teknikal;
10.2 Pelantikan ahli bolehlah dibuat mengikut keperluan seperti berikut:
i. Pengerusi ii. Setiausaha iii. Wakil Jabatan Mufti iv. Wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (Jabatan Kesihatan
Negeri/Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan) v. Wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan(KPDNKK) vi. Wakil Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) vii. Wakil Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) viii. Wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV)
10.3 Laporan pengauditan akan dikemukakan dalam Mesyuarat Panel
Pengesahan Halal.
10.4 Panel Pengesahan Halal berhak membuat keputusan ke atas:
a. Permohonan Pensijilan sama ada: i. Meluluskan permohonan; ii. Menggagalkan permohonan; iii. Menangguhkan (KIV) permohonan; iv. Mengarahkan pemeriksaan semula.
b. Laporan Pemantauan dan Penguatkuasaan sama ada;
i. Menggantung sijil; ii. Menarik balik sijil; iii. Mengarahkan pemeriksaan semula; iv. Mengarahkan penyerahan semula sijil.
LAMPIRAN 1 Jadual 1: Garis panduan parameter untuk kejutan elektrik No. Jenis Stok Arus elektrik (A) Jangka Masa (s) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Ayam Anak kambing/biri-biri Kambing Biri-biri Anak Lembu (calf) Anak Lembu (steer) Lembu Betina Lembu Jantan Kerbau Burung Unta
0.25-0.50 0.50-0.90 0.70-1.00 0.70-1.20 0.50-1.50 1.50-2.50 2.00-3.00 2.50-3.50 2.50-3.50
0.75
3.00-5.00 2.00-3.00 2.00-3.00 2.00-3.00
3.00 2.00-3.00 2.50-3.50 3.00-4.00 3.00-4.00
10.0 Jadual 2: Garis panduan parameter untuk kejutan elektrik bagi ayam dan
lembu jantan
NOTA. Nilai arus elektrik, voltan dan jangkamasa ditentukan dan disahkan oleh organisasi tersebut dengan mengambil kira jenis dan berat haiwan lain.
Jadual 3 : Garis panduan parameter untuk kejutan elektrik bagi haiwan lain
Jenis stok Arus elektrik (A)
Jangkamasa (S)
Anak kambing/biri-biri 0.50-0.90 2.00-3.00 kambing 0.70-1.00 2.00-3.00 Biri-biri 0.70-1.20 2.00-3.00
Anak lembu(calf) 0.50-2.50 3.00 Anak lembu (steer) 1.50-2.50 2.00-3.00
Lembu betina 2.50-3.50 2.50-3.50 Kerbau 2.50-3.50 3.00-4.00
Burung unta 0.75 10.00
NOTA. Nilai arus elektrik dan jangkamasa ditentukan dan disahkan oleh organisasi tersebut dengan mengambil kira jenis dan berat haiwan serta berbagai faktor lain.
Jenis stok Berat (kg)
Arus elektrik (A)
Voltan (V)
Jangkamasa (S)
Ayam 2.40-2.70 0.20-0.60 2.50-10.50 3.00-5.00 Lembu jantan 300-400 2.50-3.50 300-310 3.00-5.00
LAMPIRAN 2
SENARAI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI DAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI
1. Pengerusi MAIS
Majlis Agama Islam Selangor Tingkat 9 & 10 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah 40000 Shah Alam Selangor No Tel : 03-5514 3400 / 3600 No Faks : 03-5512 8346
2. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Lot 150 , Bangunan Perkim Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur No Tel : 03-4047 9444 No Faks : 03-4047 9440
3. Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Kompleks Majlis Agama Islam Melaka Bukit Palah 75150 Melaka No Tel : 06-282 5981 No Faks : 06-282 6033
4. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Kompleks Islam Lundang 15200 Kota Bharu Kelantan No Tel : 09-748 1512 / 7445957 No Faks : 09-744 4393
5. Pengerusi Majlis Islam Sabah Wisma MUIS, Blok A, Tingkat 5 Peti Surat 1166 88818 Kota Kinabalu Sabah No Tel : 088-267 089 / 267 090 / 267 092 No Faks : 088-267 093 / 267 094
6. Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Bangunan Wan Mat Saman Jalan Raja 05676 Alor Setar Kedah No Tel : 04-734 3755 No Faks : 04-731 6634
7. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Tingkat 5, Kompleks Islam Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh Perak No Tel : 05-254 8776 / 255 3809 No Faks : 05-241 4257
8. Timbalan Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah Jalan Istana Permai 26600 Pekan Pahang No Tel : 09-422 1311 / 422 3067 No Faks : 09-422 4887
9. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu Pusat Pentadbiran Islam Terengganu Kompleks Seri Iman Jalan Sultan Mohamad 20519 Kuala Terengganu Terengganu No Tel : 09-625 2525 No Faks : 09-624 8134
10. Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Pejabat Majlis Islam Sarawak Aras Enam, Anjung Kiri Bangunan Mahkamah Syariah 93400 Jalan Satok, Kuching Sarawak No Tel : 082-234 361 / 429 811 No Faks : 082-416 855 / 258 145
11. Pengurus Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Beg Berkunci No. 30 70990 Seremban Negeri Sembilan No Tel : 06-762 0642 / 762 0643 No Faks : 06-762 0648
12. Setiausaha Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Istana Arau 02600 Arau Perlis No Tel : 04-976 1442 No Faks : 04-976 1344
13. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor Aras 5, Blok A Pusat Islam Iskandar Johor Jalan Masjid Abu Bakar Karung Berkunci 725 80990 Johor Bahru Johor No Tel : 07-228 2943 No Faks : 07-227 4144 / 222 6041
14. Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Tingkat 8 & 9, Menara Umno, 128 Jalan Macalister, 10400 Pulau Pinang No Tel : 04-226 0305 No Faks : 04-226 0380
15. Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Bangunan Mahkamah Syariah Anjung Kiri, Jalan Satok 93400 Kuching Sarawak No. Tel : 082-241 277 No. Faks : 082-258 145 E-mail : http://www.jais.sarawak.gov.my/
16. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Beg Berkunci 103 88737 Kota Kinabalu Sabah No. Tel : 088-252 624 No. Faks : 088-233 573 E-mail : http://www.sabah.gov.my/muis/jheains/
17. Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Karung Berkunci 30 Jalan Dato’ Hamzah 70990 Seremban Negeri Sembilan No. Tel : 06-762 1200 No. Faks : 06-763 1395 E-mail : http://www.ns.gov.my/jabatan/jheains/
18. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka Aras 2, Imarah B Kompleks MAIM, Bukit Palah 75150 Melaka No. Tel : 06-288 2063 No. Faks : 06-283 4022 E-mail : http://jaim.melaka.gov.my/
19. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang 10300 Lebuh Pantai Pulau Pinang No. Tel : 04-263 7200 No. Faks : 04-250 2810 E-mail : http://jaipp.penang.gov.my/
20. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Pusat Pentadbiran Islam Terengganu Kompleks Sri Iman 20676 Kuala Terengganu Terengganu No. Tel : 09-625 2525 No. Faks : 09-623 5185 E-mail : http://jheatweb.terengganu.gov.my
21. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Tingkat 3, Kompleks Islam Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, Perak No. Tel : 05-208 4800 No. Faks : 05-255 5512 E-mail : http://jaipk.perak.gov.my/
22. Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Jalan Masjid 26600 Pekan Pahang No. Tel : 09-421 1111 No. Faks : 09-422 8764 E-mail : http://jaip.pahang.gov.my/
23. Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan Tingkat 1, Menara Selatan Bangunan Sultan Idris Shah Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5 40676 Shah Alam Selangor No. Tel : 03-5514 3400 No. Faks : 03-5510 3368 E-mail : http://www.jais.gov.my/
24. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Bangunan Wan Mat Saman Jalan Raja, 05676 Alor Setar Kedah No. Tel : 04-733 3288 No. Faks : 04-733 8333 E-mail : http://www.kedah.gov.my/infojabatan/jaik/index.asp
25. Pengarah
Jabatan Agama Johor Pusat Islam Iskandar Johor Jalan Masjid Abu Bakar Karung Berkunci 725 80990 Johor Bahru Johor No. Tel : 07-228 2900 No. Faks : 07-223 9062 E-mail : http://www.johordt.gov.my/jaj/
26. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis Kompleks Islam Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar Perlis No. Tel : 04-979 4401 No. Faks : 04-976 1344 E-mail : http://islam.perlis.gov.my/
27. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan Kompleks Balai Islam Lundang Jalan Sultan Yahya Petra 15200 Kota Bharu Kelantan No. Tel : 09-744 3633 No. Faks : 09-744 6685 E-mail : http://www.jaheaik.gov.my
28. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana 50519 Kuala Lumpur No. Tel : 03-2274 9333 No. Faks : 03-2273 2904 E-mail : www.jawi.gov.my/
LAMPIRAN 3 DOKUMEN SOKONGAN
KATEGORI : PRODUK MAKANAN
NO KEPERLUAN BARU PEMBAHARUAN TAMBAH PRODUK
TAMBAH / TUKAR KILANG
1 SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT / /
2 SALINAN LESEN OPERASI DARIPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN / /
3 SALINAN PENYATA KEWANGAN SYARIKAT (TAHUN SEBELUMNYA) / / /
4 SALINAN KAD PENGENALAN & SURAT PERLANTIKAN TENAGA KERJA MUSLIM WARGANEGARA BERSTATUS TETAP DI BAHAGIAN PENGELUARAN
/ /
/
5 SALINAN HALAL RAMUAN YANG MASIH SAH (SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM/JAIN) ATAU BADAN PENSIJILAN LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF) DAN SPESIFIKASI PRODUK YANG TERPERINCI /MSDS
/
/ (sekiranya terdapat
penambahan maklumat ramuan)
/ /
6 SALINAN PERMIT IMPORT DARIPADA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (JPV) BAGI BAHAN MENTAH BERASASKAN DAGING
/ / / /
7 CARTA ALIR PROSES PRODUK / / / /
8 PETA LOKASI KILANG / / / / 9 LABEL PEMBUNGKUSAN / GRAPHIC
ARTWORK BAGI PRODUK YANG AKAN DISAHKAN HALAL
/ / / /
KATEGORI : PREMIS MAKANAN (HOTEL/RESTORAN)
NO KEPERLUAN BARU PEMBAHARUAN TAMBAH
PRODUK
TAMBAH OUTLET & MENU
1 SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT / 2 SALINAN LESEN OPERASI DARIPADA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN / / / 3 SALINAN PENGENALAN DIRI
/PASSPORT DAN PERMIT KERJA & SURAT PERLANTIKAN TUKANG MASAK DI SETIAP OUTLET / PREMIS MAKANAN
/ / / /
4 SALINAN HALAL RAMUAN YANG MASIH SAH (SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM/JAIN) ATAU BADAN PENSIJILAN LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF) YANG DIIKTIRAF DAN SPESIFIKASI PRODUK
/
/ (sekiranya terdapat
penambahan maklumat ramuan)
/ /
5 PETA LOKASI PREMIS / / / /
KATEGORI : BARANG GUNAAN
NO KEPERLUAN BARU PEMBAHARUAN TAMBAH PRODUK
TAMBAH / TUKAR KILANG
1 SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT / /
2 SALINAN LESEN OPERASI DARIPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN / /
3 SALINAN PENYATA KEWANGAN SYARIKAT (TAHUN SEBELUMNYA) / / /
4 SALINAN KAD PENGENALAN & SURAT PERLANTIKAN TENAGA KERJA MUSLIM WARGANEGARA BERSTATUS TETAP DI BAHAGIAN PENGELUARAN
/ / /
5 SALINAN HALAL RAMUAN YANG MASIH SAH (SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM/JAIN) ATAU BADAN PENSIJILAN LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF) NEGARA YANG DIIKTIRAF DAN SPESIFIKASI PRODUK YANG TERPERINCI /MSDS
/
/ (sekiranya terdapat
penambahan maklumat ramuan)
/ /
6 CARTA ALIR PROSES PRODUK / / / /
7 PETA LOKASI KILANG / / / /
8
LABEL PEMBUNGKUSAN / GRAPHIC ARTWORK BAGI PRODUK YANG AKAN DISAHKAN HALAL
/ / / /
KATEGORI : KOSMETIK DAN DANDANAN DIRI
NO KEPERLUAN BARU PEMBAHARUAN TAMBAH
PRODUK
TAMBAH / TUKAR KILANG
1 SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT / / 2 SALINAN LESEN OPERASI DARIPADA PIHAK
BERKUASA TEMPATAN / /
3 SALINAN PENYATA KEWANGAN SYARIKAT (TAHUN SEBELUMNYA) / / /
4 SALINAN KAD PENGENALAN & SURAT PERLANTIKAN TENAGA KERJA MUSLIM WARGANEGARA BERSTATUS TETAP DI BAHAGIAN PENGELUARAN
/ / /
5 SALINAN NOTA NOTIFIKASI PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH BPFK / / / /
6 SALINAN SIJIL PENGESAHAN HALAL BAHAN YANG MASIH SAH (SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM/JAIN) ATAU BADAN PENSIJILAN LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF) DAN SPESIFIKASI PRODUK YANG TERPERINCI /MSDS
/
/ (sekiranya terdapat
penambahan maklumat ramuan)
/ /
7 CARTA ALIR PROSES PENGILANGAN / / / /
8 PETA LOKASI KILANG / / / /
9 LABEL PEMBUNGKUSAN / GRAPHIC ARTWORK BAGI PRODUK YANG AKAN DISAHKAN HALAL
/ / / /
KATEGORI : RUMAH SEMBELIH
NO KEPERLUAN BARU PEMBAHARUAN 1 SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT / 2 SALINAN LESEN OPERASI DARIPADA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN /
3 SALINAN VETERINARY HEALTH CERTIFICATION DARIPADA JPV / SURAT PERAKUAN DARIPADA JPV
/ /
4 SALINAN PENGENALAN DIRI/PASSPORT DAN PERMIT KERJA PENYEMBELIH DAN PENYELIA DI BAHAGIAN PENGELUARAN
/ /
5 SALINAN SURAT TAULIAH PENYEMBELIH DARI JABATAN AGAMA ISLAM BERSTATUS TETAP
/ /
6 PETA LOKASI SEMBELIH / /
KATEGORI : FARMASEUTIKAL
NO KEPERLUAN BARU PEMBAHARUAN TAMBAH PRODUK
TAMBAH / TUKAR KILANG
1 SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT / / 2 SALINAN LESEN OPERASI DARIPADA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN / /
3 SALINAN LESEN PENGILANG / PENGIMPORT DARIPADA BIRO PENGAWALAN FARMASUETIKAL KEBANGSAAN (BPFK)
/ /
4 SALINAN PENYATA KEWANGAN SYARIKAT (TAHUN SEBELUMNYA) / / /
5 SALINAN SIJIL PENDAFTARAN PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH BPFK / / /
6 SALINAN KAD PENGENALAN & SURAT
PERLANTIKAN TENAGA KERJA MUSLIM WARGANEGARA BERSTATUS TETAP DI BAHAGIAN PENGELUARAN
/ / /
7 SALINAN HALAL RAMUAN YANG MASIH SAH (SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM/JAIN) ATAU BADAN PENSIJILAN LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF) DAN SPESIFIKASI PRODUK YANG TERPERINCI /MSDS
/
/
(sekiranya terdapat penambahan
maklumat ramuan)
/ /
8 CARTA ALIR PROSES PRODUK / / / / 9 PETA LOKASI KILANG / / / /
10 LABEL PEMBUNGKUSAN / GRAPHIC ARTWORK BAGI PRODUK YANG AKAN DISAHKAN HALAL
/ / / /
KATEGORI : LOGISTIK
NO KEPERLUAN BARU PEMBAHARUAN TAMBAH PRODUK
TAMBAH / TUKAR KILANG
1 SALINAN SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT / /
2 SALINAN LESEN OPERASI DARIPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN
/ /
3 SALINAN PENYATA KEWANGAN SYARIKAT (TAHUN SEBELUMNYA)
/ / /
4 SALINAN PERMIT IMPORT DARI JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR BAGI BAHAN MENTAH BERASASKAN DAGING
/ / /
5 SALINAN KAD PENGENALAN & SURAT PERLANTIKAN TENAGA KERJA MUSLIM WARGANEGARA BERSTATUS TETAP DI BAHAGIAN OPERASI
/ / / /
6 SALINAN SIJIL HALAL PRODUK YANG BELUM TAMAT TEMPOH / / / /
8 SALINAN SIJL PENDAFTARAN KENDERAAN / / / /
9
SALINAN CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA HALAL DALAMAN
/ / / /
10 PETA LOKASI / / / /
11 CARTA ALIR PROSES / / / /
LAMPIRAN 4
KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN PENSIJILAN
Senarai caj (bagi tempoh satu tahun) yang dikenakan kepada pemohon berdasarkan kategori –kategori di atas adalah seperti berikut:
Jadual 1: Kadar Caj Bagi Industri Pengeluar Produk
Industri Kecil/Desa
(RM) Perusahaan Kecil &
Sederhana (PKS) (RM)
Industri Multinasional
(RM) 100 400 700
Jadual 2: Ciri –ciri Industri
Jadual 3: Kadar Bayaran Rumah Sembelih Jadual 4: Kategori Premis Rumah Sembelih
Saiz Premis
Bil. Ayam (dan/atau sejenisnya)/ hari
Bil. Kambing(dan/atau sejenisnya)/
hari
Bil.Lembu (dan/atau
sejenisnya)/ hari
Kecil 1-2,999 ekor 1-499 ekor 1-49 ekor Sederhana 3000-10000 ekor 500-700 ekor 50-100 ekor Besar melebihi 10,000 ekor Melebihi 700 ekor Melebihi 100 ekor
Industri Ciri-ciri Industri Kecil/Desa
Nilai jualan tahunan ≤ RM500,000 pekerja ≤ 50 orang Contoh: Industri kampung
Perusahaan Kecil& Sederhana (IKS)
nilai jualan tahunan ≥ RM500,000 hingga RM25 juta hingga RM25 juta pekerja ≤ 150 orang
Industri Multinasional
secara global & mempunyai rangkaian di beberapa negara nilai jualan tahunan ≥ RM25 juta pekerja ≥ 150 orang
Premis Kecil (RM)
Premis Sederhana (RM)
Premis Besar (RM)
100 400 700
Jadual 5: Kadar Bayaran Premis Makanan
Premis Makanan: Restoran / Katering/Kiosk/ Medan
Selera/Gerai/Perkhidmatan Penyajian Makanan
(RM)
Hotel (RM)
100 - setiap satu unit premis
100 - setiap satu unit dapur (kitchen)
- setiap satu unit restoran
Jadual 6: Kadar Bayaran Logistik Industri Kecil/Desa
(RM) Perusahaan Kecil &
Sederhana (PKS) (RM)
Industri Multinasional
(RM)
100
400
700
LAMPIRAN 5
Senarai agensi yang berkaitan :
1) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
2) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK)
3) Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM)
4) Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM)
5) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Kementerian Industri Asas Tani
6) Jabatan Standards Malaysia
7) SIRIM QAS International Sdn Bhd
8) Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia
9) Jabatan Kimia Malaysia
10) UNIPEC, Universiti Kebangsaan Malaysia
11) Malaysian Agriculture Research Development Institute (MARDI)
12) Pihak Berkuasa Tempatan
13) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
14) Kastam Diraja Malaysia
15) Polis Diraja Malaysia
16) Halal Industry Development Coporation (HDC)
LAMPIRAN 6
Jawatankuasa Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia terdiri daripada wakil-
wakil berikut :
1) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
2) Jabatan Agama Johor
3) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
4) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
5) Jabatan Agama Islam Melaka
6) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
7) Jabatan Agama Islam Negeri Pahang
8) Jabatan Agama Islam Pulau Pinang
9) Jabatan Agama Islam Perak
10) Jabatan Agama Islam Perlis
11) Jabatan Agama Islam Selangor
12) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
13) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
14) Jabatan Agama Islam Sarawak
15) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
LAMPIRAN 7
Senarai Standard
i. MS 1500:2009 Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (Semakan Kedua) ii. MS 2200: 2008 Barang Gunaan Islam – Bahagian 1: Kosmetik dan Dandanan Diri – Garis Panduan Umum iii. MS2400 -1: 2010 Halalan – Toyyiban Assurance Pipeline – Part 1: Management System Requirements For Transportation Of Goods And/Or Cargo Chain Services iv. MS 2400 -2:2010 Halalan – Toyyiban Assurance Pipeline – Part 2: Management System Requirements For Warehousing and Related Activities. v. MS 2400 - 3: 2010 Halalan – Toyyiban Assurance Pipeline – Part 3: Management System Requirements For Retailing vi MS2424:2011: Halal Pharmaceuticals – General Guidlines; d Nota: Standard –standard terkini yang dibangunkan turut akan digunapakai bersama manual
LAMPIRAN 8
CARTA ALIRAN PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA
Penerimaan permohonan Tidak Lengkap Surat pemberitahuan Semak dokumen Lengkap Dokumen Surat kadar caj Tambahan Penerimaan bayaran
Jadual pemeriksaan
Tidak memuaskan Pemeriksaan premis Perlu Persampelan?
Tindakan pembetulan Ya Memuaskan Tidak
Pemeriksaan semula Memuaskan
Tidak memuaskan Laporan Pemeriksaan
Gagal Maklumkan pada Mesyuarat Panel Pengesahan
Syarikat Lulus Sijil Halal dikeluarkan
Jabatan Kimia