Download - Rph Pak Senik Insaf
-
7/27/2019 Rph Pak Senik Insaf
1/5
Pak Senik Insaf
Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya
luas. Haiwan ternakannya jugaa banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik.Walaupun berada, dia sangat kedekut. Dia tidak menyembelih haiwan peliharaannya
untuk dijadikan lauk. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan kering sahaja. Dia
juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang yang miskin.
Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Gayah. Suami
Gayah, Dolah, tidak suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah telahbermuafakat dengan Gayah untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik. Dolah
dan Gayah telah menjemput Pak Senik ke rumah mereka.
Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.
Wah sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum danmenyelerakan, kata Pak Senik sambil makan. Dia makan dengan berselera sekali
kerana dia tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Dolah dan Gayah tidak
makan. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik.
Dari mana kamu dapat daging kambing ni? tanya Pak Senik.
Saya sembelih seekor kambing ayah, jawab Dolah selamba. Pak Senik
sangat marah.
Kamu mesti bayar ganti ruginya, jerit Pak Senik dengan kuat.
Kamu mesti bayar ganti ruginya, jerit Pak Senik dengan kuat.
Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti membayar?
balas Dolah. Pak Senik terdiam.
Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Kalau ayah murah hati dan sukabersedekah tentu orang kampong menghormati ayah. Tuhan juga menggandakan
rezeki ayah,jelas Dolah dengan lembut.
Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia Tidak kedekut lagi. Dia sentiasa
bersedekah kepada fakir miskin.
-
7/27/2019 Rph Pak Senik Insaf
2/5
Aktiviti Kumpulan :
Cuba amati dan susun semula ayat tersebut mengikut
urutan cerita. Kemudian tulis ayat tersebut dalam bentuk
grafik.
Dia mempunyai harta yang sangat banyak. Pak Senik sangat kedekut walaupun dia berada. Mereka telah membuat rancangan untuk
memberikan kesedaran kepada Pak Senik.
Pak Senik orang berada. Pak Senik sangat marah dan menyuruh
menantunya menggantikan kambing yang telah
disembelih.
Anak dan menantunya tidak suka akan sikap PakSenik yang kedekut.
Dia terlalu saying untuk membelanjakanwangnnya walaupun untuk membeli makanan.
Dia menjadi pemurah dan sering bersedekah. Dolah menyembelih seekor kambing Pak Senik
untuk dijamu kepada Pak Senik.
Akhirnya, Pak Senik insaf selepas dinasihati olehmenantunya.
-
7/27/2019 Rph Pak Senik Insaf
3/5
Lembaran Kerja :
Nama :___________________________________________ Tarikh : ____________
Tulis perkataan yang berlawan bagi kata adjektif yang terdapat dalam petikan
Pak Senik Insaf
Luas
Kering
Miskin
Bakhil
Harum
Marah
Kuat
Tua
Banyak
Lembut
-
7/27/2019 Rph Pak Senik Insaf
4/5
PENGAYAAN :`
NAMA : __________________________________________________ TARIKH : _______
Teka Silang Kata :
p q w e y u j k s t
o m j k s x l u t f
d i r o l p y a j g
h s l e m b u t k u
y k e o p l j u p o
r i o r t u k h j o
b n k h i l h g s i
d k u o u n q p k t
g l j m l x g o p l
Kering Kuat miskinlembut
-
7/27/2019 Rph Pak Senik Insaf
5/5
Pemulihan :
Nama : _____________________________________________________ Tarikh : ________
Sila padankan perkataan tersebut dengan maksudnya :
Luas
Bakhil
Miskin
Harum
Kedekut
Besarnya sesuatu
kawasan
Tidak berharta benda
Bau yang wangi