Download - RPH Kssr Moral Thn 1
Rancangan Pengajaran Harian
Matapelajaran : Pendidikan Moral
Tarikh : 02 Mac 2014
Masa : 30 minit
Tahun : 1 Alli
Bilangan Pelajar : 28 Orang
Topik : Gigi
Tema : Mengenali Anggota Badan
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengenali nama-nama anggota badan
Kemahiran Berfikir: 1. Mengenal pasti
2. Menyanyi
Standard Kandungan : 3.1 Melaksanakan tanggungjawab diri
Standard Pembelajaran : 3.1.1 Menyenaraikan tanggungjawab diri
: 3.1.2 Menyatakan kepentingan melaksanakan tanggungjawab diri
: 3.1.3 Melaksanakan tanggungjawab diri.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat
1) mengenal pasti tentang anggota badan iaitu gigi.
2) menyatakan kepentingan memberus giri
3) mengenali cara memberu giri dan mengamalkan dalam kehidupan harian.
BSPP (Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran):
: Persembahan PowerPoint
Nilai–nilai Murni : Bekerjasama, mematuhi arahan dan bijak bertindak
Bahagian Aktiviti Fokus Pembelajaran organisasi Alatan /Catatan
Set induksi (±5 minit)
Set induksi
(Rujuk slide No.5) Video
Guru memulakan aktiviti dengan tayangan sebuah video (lagu) yang berkaitan dengan anggota badan yang berlatarkan muzik.
Guru menanyakan soalan mengenai lakonan tersebut kepada pelajar
Namakan anggota badan yang terdapat dalam video tersebut.
Murid melihat dan mendengar (lagu) dalam tayangan video.
Pelajar menjawab mengikut pengetahuan dan kefahaman mereka sendiri
Kemahiran : berpusatkan guru dan pelajar
Alat bantu mengajar:Persembahan Power Point - tayangan video
Nilai-nilai Moral:Menumpukan perhatian dalam kelas.
.
Bahagian Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Alatan/Catatan
Perkembangan (±10 minit)
Pengenalan kepada anggota badan
Gigi merupakan organ manusia yang terpenting.
Tanpa gigi manusia tidak akan enak dalam mencerna makanan.
Gigi
berfungsi untuk mengunyah setiap
makanan.
Guru meminta murid untuk menyebut/meneka anggota badan yang ditunjuk dalam gambar
Guru memperkenalkan gambar anggota badan iaitu gigi serta cara penjagaanya.
(Rujuk slide no.6)
Guru menunjukkan gambar-gambar anggota badan bersama dengan namanya.
Guru menyuruh murid-murid meneka apakah nama anggota badan yang guru menunjukkan dalam powerpoint.
Guru bersama murid-murid membaca nota yang diberi.
Guru kemudian
Murid akan cuba meneka anggota badan yang terdapat dalam gambar
Murid akan menyebut angota badan yang terdapat dalam gambar.
Pelajar akan melihat dan meneka anggota badan dan menyebutkan namanya .
Pelajar membaca nota tersebut dengan guru.
Strategi: berpusatkan guru dan pelajar
Alat Bantu Mengajar: Power Point
Strategi: berpusatkan guru dan pelajar
Alat Bantu Mengajar: Persembahan Power pointRujuk slaid No.7 – No.11
CARA MEMBERSIHKAN KARANG GIGI
Bangun pagi..
Gosok gigi…
Cuci muka dan mandi..
Pakai baju..
Minum susu…
Pergi sekolah..
Senang hati…
memainkan semula persembahan powerpoint tersebut dan meminta murid-murid membaca nota seterusnya tanpa bimbingan guru.
Semua murid diminta menyanyikan lagu gosok gigi.
Bahagian Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Alatan / catatan
Perkembangan
2(±5 minit)
Aktiviti 1 Pilih jawapan yang betul.
• Bagaimanakah kita boleh menjaga gigi kita?
A. Menggosok 2 kali dalam sehari
B. Menggosok 1 kali dalam 2 hari
C. Tidak menggosok gigi
Guru menujukkan soalan di melalui powerpoint .
Guru meminta pelajar untuk memilih jawapan yang betul berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
Pelajar mengikut arahan guru.
Pelajar menjawab dengan betul apabila guru menunjukkan di powerpoint.
Strategi: berpusatkan guru dan pelajar
Alat Bantu Mengajar: persembahan powerpointRujuk slaid No.12
Catatan ;Guru memberi buah kismis kepada pelajar yang menjawab dengan betul sebagai peneguhan.
Bahagian Aktiviti Fokus pembelajaran Organisasi Alatan / catatan
Kemuncak 3
(±5 minit)
Aktiviti 2 (Isi tempat kosong)
Sila rujuk lampiran
Guru mengedar kertas aktiviti kepada pelajar
Guru menerangkan cara membuat aktiviti kertas
Menomborkan cara menggosok gigi.
Guru mengumpul balik kertas kerjanya
Pelajar mengikut arahan guru.
Pelajar menjawab soalan tanpa bimbingan guru.
berpusatkan guru dan pelajar
Alat Bantu Mengajar: kertas latihan, pensel dan pemadam.
Rujuk : Lembaran kerja Ms.word
Bahagian Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Alatan Catatan
Penutup(±5 minit)
Membuat kesimpulan pengajaran hari ini.
Guru menyoal pelajar mengenai aktiviti hari ini dari awal kelas hingga akhir kelas
Apakah kita belajar hari ini?
Namakan satu anggota badan yang kamu ingat?
Guru ucap terima kasih untuk mengakhiri kelas hari ini..
Pelajar menjawab soalan yang ditujukan oleh guru.
Pelajar memberi respon kepada guru
Pelajar akan bangun dan mengucapkan “Terima kasih, cikgu”
Strategi: berpusatkan guru dan pelajar
Alat Bantu Mengajar: persembahan powerpoint.
Ulang: slaid No. 7 – No.11
Nama :…………………………….
Kelas :…………………….
Tarikh:………………………….
Nomborkan cara menggosok gigi dengan betul.