Download - RPH-EDU 3105
Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Kelas : 5 Mulia
Tarikh : 10 september 2008
Masa : 8.00 – 9.00 pagi
Bilangan pelajar :
Tajuk : Reka Bentuk dan Teknologi
Sub Tajuk : Mereka Bentuk dan Menghasilkan Projek Berasaskan Logam dan Bahan Kitar Semula
Kemahiran : mengenal, aplikasi
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui apa itu bahan logam dan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1. Menentukan projek berpandukan kad kerja yang diberikan dengan bantuan guru.
2. Membaca lukisan projek yang dihasilkan dengan bantuan guru.
3. Mengenal pasti alatan tangan yang digunakan dengan betul tanpa bantuan guru.
Nilai-nilai Murni : keselamatan, keprihatinan, tolong menolong, cintakan alam sekitar
Kemahiran Berfikir: Membuat Inferens, menjana idea, membuat gambaran mental, mengingat kembali, menyusun ikut keutamaan dan membuat rumusan.
Bahan Bantu Mengajar : power point, nota edaran dan kertas soalan.
Kajian Masa Depan : Membuat kajian dan soal selidik cara-cara yang sesuai dalam menangani masalah ini.
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
1. Guru menayangkan video klip lagu yang mempunyai lirik kepada murid.
2. Murid-murid menyanyikan mengikut lirik yang terdapat pada klip video
3. Guru menerangkan tajuk pengajaran hari ini :
“Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Berasaskan Logam dan
Bahan Kitar Semula”
BBM:
Power point
KBKK:
Membuat inferens, menjana idea
Nilai-nilai Murni:
Fokus
Teliti
Menghargai
Kesedaran
Cintakan Alam
Langkah 1
( 25 minit )
1. Menerang projek dan alatan tangan dan bahan
Alatan tangan Pensel Pembaris
keluli Sesiku L Gandin getah Gergaji
puting Tukul
Warrington Ragum meja Apit G Gunting
logam Penggarit Kikir rata Kikir parut
1. Bahan Paku kepala
rata Kertas las
1. guru menerangkan tentang projek tempat memo.
2. Guru menerangkan alatan tangan dan bahan yang digunakan untuk membuat projek ini. Penerangan dibuat menggunakan slaid dan alatan asal yang terdapat di dalam bengkel Kemahiran Hidup.
3. Seterusnya, guru menerangkan dan menunjukkan kaedah langkah kerja menggunakan alatan-alatan dengan betul.
4. murid diminta untuk melakonkan simulasi menggunakan alatan-alatan tersebut dalam kumpulan
BBM:
Power point
KBKK:
Membuat gambaran mental, mengingat kembali
Nilai :
Peka
Kreatif
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Cat sembur Skru
Glu getahLangkah 2
(20 minit)
membuat lukisan kerja
Lakaran Kerja2. Rupa projek3. Lukisan
berdimensiLukisan terlerai
1. Guru meminta murid melakarkan rupa bentuk projek, membuat lukisan berdimensi dan lukisan terlerai.
2. Guru meminta murid menghantar lukisan kerja yang dibuat untuk dinilai.
KBKK:
Membuat gambaran mental, mengaplikasi
Nilai:
kreatif
Penutup
(10 minit)
Rumusan:
1. Lukisan kerja
2. Alatan tangan, bahan yang digunakan dan langkah kerja membuat tempat memo
1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai alatan dan bahan yang digunakan serta langkah kerja membuat tempat memo.
2. Guru menayangkan video klip “recycle” kepada murid-murid.
Tugasan susulan:
Bersedia untuk membuat amali projek membuat tempat memo menggunakan bahan logam dan bahan kitar semula
Kemahiran Berfikir:
membuat rumusan
Kajian Masa Depan:
Kajian secara ilmiah berkaitan cara membina tempat memo yang lebih canggih
Refleksi :