DALAM NEGERI · UTUSAN MALAYSIA. KHAMIS 19 MAC 201S
11111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111
Kraftangan Malaysia sasar jualan RM2Sj Oleh FARHANA JONI [email protected]
• LANGKAWI18 MAC
KRAFTANGAN Malaysia menyasarkan jumlah hasil jualan sebanyak RM25 juta sempe
na Hari Kraf Kebangsaan 2015 yang akan berlangsung di Jalan Conlay bermula 26 Mac hingga 7 April ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu pihaknya menyasarkan seramai 60,000 pengunjung bakal hadir dan berpotensi membeli barangan yang dipamerkan oleh para usaha- ) wan terlibat.
Katanya, program yang berlangsung selama 13 hari itu akan melibatkan 638 usahawan kraf dari seluruh negara meliputi pelbagai bidang iaitu 255 pengusaha tekstil, 128 (kraf hasil rimba), 52 (hasil tanah), 51 (hasillogam), 69 (aneka kraf) dan 83 (perkhidmatan perkahwinan).
"Walaupun pada tahun lalu kirakira 108 usahawan kraf terlibat dalam kerugian hampir RM3.3 juta akibat bene ana banjir yang melanda beberapa negeri antaranya Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak.
"Namun, kami optimis kesemua usahawan yang terlibat mampu bangkit semula dan b~rusaha untuk memulihkan kembali perusahaan masing-masing seterusnya membantu Kraftangan Malaysia menjana keuntungan untuk negata;' katanya dalam Majlis Sidang Media Hari Kraf Kebangsaan 2015 di Kompleks Kraf Langkawi di sini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) kementerian, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk Mohd. Karnil Mohd. Ali.
Mengulas lanjut Mohamed Nazri berkata, Kraftangan Malaysia telah menyusun beberapa aktiviti utama bagi menarik pengunjung antaranya demonstrasi pembuatan kraf, seramik, senjata tradisional, pertunjukan fesyen, masakan kuih warisan dan permainan budaya.
Katanya, peragaan fesyen pula pihaknya akan berkolobrasi dengan pereka fesyen tempatan iaitu Datuk
MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ (kanan) melawat sekitar Kompleks Krat Langkawi selepas Sidang Media Hari Krat Kebangsaan 2015. di Pulau Langkawi. hari ini. Turut kelihatan. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. Datuk Mohd Kamil Mohd Ali (dua dari kanan). - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
Radzuan Radziwill selain memberi peluang kepada syarikat-syarikat besar seperti Jakel, Aeon Co., Ma-
-Walaupun pada tahun lalu kira-kira 108 usahawan krat terlibat dalani kerugian hampir RM3.3 juta altibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri antaranya Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak:'
MOH EDNAZlUA8DULAZIZ Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
laysia Berhad melihat hasil rekaan tempatan.
"Kita . juga akan berusa-ha· mengetengahkan cara-cara memasak menu tradisi kepada pengunjung yang hadir seperti pais ikan keramat, nasi lemuni dan rendang tok, pais dan gulai tempoyak ikan patin serta banyak lagi.
"Bagi menarik perhatian golon-
gan belia, kami akan juga menghidupkan semula permainan tradisi sepenjang Hari Kraf Malaysia ini dengan mengadakan pertandingan menyumpit, bermain guli, getah menjentik ceper dan melastik;' katanya.
Tambah Mohamed Nazri,pihaknya turut akan mengadakan mini perkampungan masyarakat orang
~ fY'.L..c.- L~/ L~ /31,"..! -...v ''1 _..D, ____ ~
ANTARA produk anyaman yang dihasilkan oleh penduduk Pulau Tuba di Pulau Langkawi.
Asli suku kaum Mah Meri dari Pulau Carey, SelangQr sebagai temp at penjualan barangan kraf, demonstrasi ukiran patung dan. topeng dan anyaman origami daun nipah.
"Tidak ketinggalan bagi peminat kucing, Kraftangan Malaysia turut bekerjasama dengan Kelab Kucing Malaysia akan mengadakan aktiviti si cornel meoW seperti pertandingan pakaian beragam dan hiasan sangkar.
"Selain mendapatkan produk kraf, pengunjung turut berpeluang mengetahui mengenai aktiviti perkhidmatan perkahwinan yang ditawarkan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan ini antaranya kursus per- -kahwinan, hiasan pelamin dan solekan serta katering;' katanya.
Sementara itu Mohd. Kamil ber-
kata, pihaknya telah merancang pelbagai strategi untuk dilaksana bagi memastikan pengunjung yang berpotensi membeli hadir ke program tersebut.
Katanya, berdasarkan pengalaman sebelum ini pihaknya telah mengenal pasti bahawa bilangan pengunfung tidak memberi jarninan peningkatan jualan barangan.
"Kita mahu pengunjung yang hadir adalah mereka yang akan membeli produk kraf kerana hasil jualan tersebut dapat membantu usahawan tempatan yang datang dari seluruh negara.
"Tidak ketinggalan kita turut mengadakan kerjasama dengan beberapa negara luar bagi mewujudkan jalinan perniagaan pada masa akan datang;' katanya . .