Download - Report Complete
BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
OLEH
MOHD AMINUDIN BIN MOHD SAHIR(26DAT06F2028)
Di
SHAIFUDDIN IBRAHIM & PARTNERS (M) SDN.BHD.LOT 198, TINGKAT ATAS,
JALAN TUAN HITAM,22000 JERTEH,
TERENGGANU DARUL IMAN
Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Perdagangan
Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Diploma Akauntansi
POLITEKNIK HULU TERENGGANUSESI DISEMBER 2010
I
ISI KANDUNGAN
BAB KANDUNGAN MUKA SURAT
Judul i
Dedikasi ii
Penghargaan iii
Senarai rajah iv
Senarai Jadual v
BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA 1-12
1.1 Pengenalan Latihan Industri
1.1.1 Pendahuluan
1.1.2 Objektif latihan Industri
1.1.3 Objektif laporan
1.1.4 Kepentingan laporan industri kepada pelajar
1.2 Latar Belakang Firma
1.2.1 Pengenalan firma
1.2.2 Latar belakang penubuhan firma
1.2.3 Ahli Lembaga Pengarah
1.2.4 Aktiviti Organisasi
1.2.5 Halatuju organisasi
1.2.6 Carta organisasi
BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 13-16
BAB 3 PENYATA ALIRAN TUNAI 17-24
3.1 Pengenalan Penyata Aliran Tunai
3.2 Definisi Penyata Aliran Tunai
3.2.1 Matlamat
3.2.2 Skop
3.2.3 Faedah Penyata Aliran Tunai
3.2.4 Tunai dan Tunai Setara
3.2.5 Aktiviti Kendalian
3.2.6 Aktiviti Pelaburan
II
3.2.7 Aktiviti Kewangan
3.3 Bagaimana Penyata Aliran Tunai Dibentangkan
3.4 Format Penyata Aliran Tunai
3.5 Kesimpulan
BAB 4 PENYATA KEWANGAN 25-45
4.1 Tafsiran Penyata Kewangan
4.2 Penyediaan Penyata Akaun untuk Tujuan Penaksiran Cukai
4.3 Kesimpulan
BAB 5 PERCUKAIAN 46-57
5.1 Pengenalan
5.2 Jenis-jenis Cukai
5.2.1 Cukai Pendapatan Perseorangan
5.2.2 Cukai Pendapatan Syarikat
5.2.3 Cukai Pendapatan Petroleum
5.2.4 Cukai Harta Pusaka
5.2.5 Cukai Harta Benda
5.2.6 Cukai Pembangunan
5.3 Kesimpulan
5.4 Sistem Taksiran Cukai
5.5 Empat Jenis Cukai Perlu Dibayar
5.5.1 Pemastautin
5.5.2 Individu Bukan Pemastautin
5.5.3 Syarikat Bukan Pemastautin
5.6 Lima Langkah Mudah Sistem Taksiran Sendiri (STS)
5.7 Panduan Sistem Taksiran Sendiri
5.8 Borang-borang Cukai
5.9 Penaksiran Cukai
BAB 6 SISTEM PERAKAUNAN BEERKOMPUTER (UBS) 58-65
6.1 Pengenalan Perakaunan UBS
III
6.2 Perakaunan Sistem UBS (pelanggan)
6.3 Fungsi-fungsi Sistem Perakaunan Berkomputer
6.4 Kesimpulan
BAB 7 KESIMPULAN 66-67
BAB 8 KOMEN DAN CADANGAN 68
RUJUKAN
LAMPIRAN
IV
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, dapatlah saya menyiapkan Buku Laporan Latihan Industri Sesi Julai 2008. Selama 5 bulan iaitu bermula 14 Julai hingga 14 Disember 2008 saya telah menjalani Latihan Industri di Syarikat Shaifuddin Ibrahim & Partners yang beralamat di Lot 198, Tingkat Atas, Jalan Tuan Hitam,22000 Jerteh, Terengganu.
Pertama kali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelaras Latihan Industri Jabatan Perdagangan iaitu____________________ kerana telah memberikan penerangan berhubung Latihan Industri, tidak lupa kepada pensyarah __________________________ sebagai pensyarah penilai untuk buku laporan latihan Industri saya.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah Syarikat, En. Wan Ahmad Shaipuddin bin Wan Ibrahim kerana sudi mengambil saya menjalani Latihan Industri di syarikat Tuan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua kakitangan syarikat di atas kerjasama yang diberikan. Tanpa penerangan dan tunjuk ajar mereka semua, mustahil saya dapat memahami selok belok pentadbiran syarikat.
Tidak lupa juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak membantu dan memberi sokongan serta dorongan sepanjang saya menyiapkan buku laporan ini. Kerjasama anda semua saya ucapkan terima kasih dan insya Allah akan saya jadikan perangsang dalam menyiapkan laporan ini.
Akhir kata, semoga laporan saya ini serba sedikit dapat dijadikan rujukan dan panduan mengenai Latihan Industri serta pengetahuan dan maklumat kepada semua.
V
BAB 1
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA
1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1.1 PENDAHULUAN
Latihan Industri merupakan sebahagian daripada rutin program pendidikan di
Malaysia. Latihan Industri akan dijalani oleh semua pelajar diploma dan sijil di
setiap politeknik selama 5 bulan atau 22 minggu. Melalui Latihan Industri, para
pelatih akan mendapat pendedahan dan pengalaman sebenar alam pekerjaan
di samping dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari sewaktu berada di
politeknik pada semester-semester yang lepas.
Bagi pelajar diploma, Latihan Industri akan bermula pada awal semester empat
dan pada awal semester tiga bagi pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK)
dan pelajar sijil. Latihan Industri merupakan syarat wajib bagi semua pelajar sijil
dan diploma dan tidak ada pelatih yang terkecuali dalam menjalaninya.
1
Pemilihan tempat Latihan Industri ini bergantung kepada pelajar itu sendiri,
sama ada ingin menjalani latihan ini di syarikat swasta ataupun jabatan kerajaan
berdasarkan kursus yang diambil. Bagi pelajar yang ingin menjalani Latihan
Industri di jabatan kerajaan, mereka hanya perlu mengisi borang yang telah
dikhaskan untuk jabatan kerajaan dan menyerahkan kepada Unit Perhubungan
dan Latihan Industri (UPLI). Segala urusan permohonan tempat Latihan Industri
akan diuruskan oleh pihak UPLI. Pelajar itu juga boleh pergi sendiri ke tempat
yang ingin dipohon.
Namun begitu, jika pelajar lebih berminat untuk menjalani Latihan Industri di
Syarikat Swasta, mereka perlu menguruskan sendiri proses permohonan
tempat yang mereka ingin mereka jalani Latihan Industri itu dan pihak UPLI
tidak akan bertanggungjawab ke atasnya. Kebanyakan pelajar yang cuba
memohon tempat yang berhampiran dengan kediaman mereka supaya mereka
tidak akan menghadapi sebarang kesulitan sewaktu menjalani Latihan Industri
kelak. Pensyarah dan senior merupakan rujukan mereka sebelum mereka
mendapatkan tempat Latihan Industri. Pemilihan tempat Latihan mestilah
bersesuaian dengan kursus yang diambil.
Semasa menjalani Latihan Industri, para pelajar akan terikat dengan syarat dan
peraturan sesebuah syarikat. Segala tindakan yang ingin dilakukan mestilah
tidak bertentangan dengan polisi dan kehendak syarikat. Pelajar juga turut
dibekalkan dengan sebuah buku yang dipanggil Buku Laporan Harian dimana
mereka perlu merekod atau mencatat sebarang aktiviti yang mereka lakukan
setiap hari secara ringkas sepanjang mereka menjalani Latihan Industri.
Selepas tamat tempoh Latihan Industri, setiap pelajar diwajibkan menyediakan
sebuah buku Laporan Latihan Industri yang bertaip dan mengikut format yang
telah ditetapkan berasaskan gerak kerja sepanjang menjalani Latihan Industi.
1.1.2 Objektif Latihan Industri
2
Objektif utama Latihan Industri dilaksanakan adalah untuk memberi peluang
kepada pelajar mempraktikkan ilmu yang diperolehi di kampus dengan tempat
kerja. Segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi sewaktu di kampus dapat
dipraktikkan sewaktu menjalani latihan Industri. Selain itu, ia turut mendedahkan
pelatih kepada suasana kerja yang sebenar di samping dapat melihat
perjalanan sesebuah syarikat.
Selain dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi, para pelajar juga dapat
menambahkan kemahiran dan kebolehan yang ada pada diri dengan
tanggungjawab kerja yang diberikan kepada mereka. Ini kerana sewaktu berada
di kampus politeknik, pelajar hanya didedahkan kepada teori sahaja manakala
sewaktu menjalani Latihan Industri, pelatih akan mendapat ilmu pengetahuan
yang baru disamping mempraktikkan ilmu yang sedia ada dengan kerja yang
baru.
Menerusi Latihan Industri yang dijalankan, pelatih akan dapat mengenal diri,
kebolehan, minat, kesanggupan menjalankan tugas, keinginan memajukan diri
dan sedia menerima bebanan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, ini
kerana, sewaktu dipoliteknik, pelatih hanya dibebani dengan peperiksaan dan
tugas-tugas pembelajaran tetapi di sini, pelajar perlu berhadapan dengan
pelbagai tugas dan masalah yang perlu diselesaikan dengan segala kemahiran
dan pengetahuan yang ada.
Latihan ini juga dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan pelatih dan
pekerja apabila berkecimpung dalam arena pekerjaan kelak.
Seterusnya, melalui Latihan Industri juga ia dapat menanam sifat amanah,
tanggungjawab dan berkeyakinan diri dalam menempuh alam pekerjaan kelak.
1.1.2 Latar belakang Organisasi
Pengenalan Organisasi
3
Shaifuddin Ibrahim & Partners (M) Sdn.Bhd. telah ditubuhkan pada 1994 di
mana hasil dari pengambilalihan entity Shaifuddin & Partners yang beroperasi
semenjak 1988. Shaifuddin & Partners adalah Ahli Persatuan Akauntan Cukai
Malaysia yang menawarkan khidmat yang berteraskan:
(i) Perkhidmatan Perakaunan Komputer (e-filing)
(ii) Kesetiausahaan Syarikat (Company Secretary)
(iii) Agen Percukaian (Tax Agent)
(iv) Perunding Pengurusan Perniagaan
(v) Pengauditan Syarikat (Company Auditors)
(vi) Penyiasatan Penilaian Syarikat ( Special Review and
Investigation)
(vii) Forensik Perakaunan
Firma ini juga mempunyai rakan perniagaan sekutu dengan Afrizan Tarmili
Khairul Azhar & Co bagi mengadakan kerjasama ke atas kerja-kerja
Perundingan Perakaunan & Percukaian.
Syarikat ini ditubuhkan di Kota Bharu dan juga mempunyai satu lagi cawangan
iaitu di Jerteh. Perniagaan ini telah diterajui oleh En. Wan Ahmad Shaipuddin
Bin Wan Ibrahim yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi Analisis)
dari Universiti Malaya dan Diploma Lanjutan Perakaunan dari Institut Teknologi
Mara. Selain itu, Shaifuddin & Partners juga turut mempunyai dua orang lagi
rakan kongsi iaitu Ruslan Bin Mohd yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Ekonomi dari Universiti Malaya dan En. Shafie Bin Abdullah yang
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi Analisa) dari Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Diploma Lanjutan Perakaunan dari Institut Teknologi
Mara.
1.2.2 Matlamat Syarikat
Antara matlamat dan misi utama Shaifuddin Ibrahim & Partners ini ditubuhkan
adalah:
4
(i) Untuk menjadikan Shaifuddin Ibrahim & Partners sebagai pusat
perkhidmatan perakaunan, pengauditan, perundingan cukai dan
sebagainya kepada para pelanggan yang terdiri dari pekerjaan
bergaji dan usahawan.
(ii) Menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan penuh
tanggungjawab kepada para pelanggan.
(iii) Memberikan informasi terkini kepada para pelanggan. Contohnya
pada tahun ini, pihak LHDN telah menetapkan satu sistem baru
bagi Penaksiran Cukai untuk Tahun Taksiran 2004 iaitu Sistem
Taksiran Sendiri (STS).
(iv) Menjadikan Shaifuddin Ibrahim & Partners terus maju dan terus
dikenali ramai sebagai sebuah syarikat yang berjaya dalam bidang
perkhidmatan yang ditawarkan.
(v) Sentiasa meningkatkan mutu dan prestasi perkhidmatan yang
ditawarkan mengikut peredaran masa dan kehendak pelanggan
yang sentiasa inginkan yang terbaik.
1.2.3 Kekuatan Syarikat
Sebagai sebuah syarikat yang dikelilingi oleh pesaing dari kalangan
Bumiputra, Shaifuddin Ibrahim & Partners perlu menjadi sebuah syarikat yang
berjaya dan berpotensi dalam menawarkan perkhidmatan percukaian,
pengauditan, setiausaha syarikat dan sebagainya dengan menggunakan
kelebihan dan keupayaan tersendiri dalam usaha memonopoli bidang
perkhidmatan tersebut.
Hari ini kedinamikan dan pertukaran persekitaran perniagaan, risiko
perniagaan dan tindakbalas cepat ke atas butiran perakaunan dan analisa
kewangan adalah kunci kejayaan sesebuah entity perniagaan,penyertaan dan
pendekatan kami adalah kepada penumpuan ke atas penaiktarafan
pengurusan kewangan dan perlindungan atau pencegahan risiko dengan
5
menunaikan khidmat pada masanya dan pelaksanaan keberkesanan kos
perniagaan melalui 4 perkara asas iaitu:
Perkongsian
Shaifuddin Ibrahim & Partners akan berkhidmat secara dekat dan mendalam
dengan pengurusan kewangan pelanggan kami sebagai satu pasukan dengan
menerbitkan penyelesaian bertepatan dengan kehendak pelanggan.
Pengetahuan:
Shaifuddin Ibrahim & Partners akan mengetengahkan pengalaman firma kami
melalui tenaga professional dari perunding cukai berlesen, akauntan bertauliah
dan perunding perniagaan yang berkecimpung dalam bidang ini selama lebih 15
tahun.
Ketepatan Masa:
Shaifuddin Ibrahim & Partners memahami betapa pentingnya kecepatan laporan
kewangan bagi pelanggan kami bagi melepasi tuntutan Pihak Suruhanjaya
Syarikat, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Institut kewangan.
Kesungguhan:
Shaifuddin Ibrahim & Partners akan mempamerkan kesungguhan dan komitmen
bagi membina kelangsungan hubungan dengan pelanggan kami dalam jangka
masa panjang.
1.2.4 Data Korporat
TARIKH PENUBUHAN
01 JANUARI 1998
6
BANK UTAMA
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB – JERTEH)
PEJABAT BEROPERASI
LOT 198, TINGKAT ATAS,
JALAN TUAN HITAM,
22000 JERTEH,
TERENGGANU.
TEL/FAKS: 09 – 6904333/09 – 6904338
1.2.5 Pesaing Utama Syarikat
Lokasi yang strategik adalah salah satu faktor utama dalam menentukan
kemajuan dan perkembangan sesebuah syarikat. Pemilihan lokasi tepat dan
bersesuaian menjadi perkara utama yang sering dititikberatkan oleh para
peniaga kerana ia menetukan jumlah pelanggan. Oleh itu, kawasan Bandar
dan berhampiran bandar sering menjadi pilihan utama para peniaga yang
menginginkan jumlah pelanggan yang ramai. Mereka juga mengharapkan
perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan seperti percukaian dapat
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi berikutan Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) telah memperkenalkan Sistem Taksiran Sendiri (STS).
Disebabkan Shaifuddin Ibrahim & Partners terletak di lokasi yang strategik iaitu
di tengah-tengah pusat bandar Jerteh, oleh itu ia sudah pasti terdapat
persaingan di kalangan syarikat yang berasaskan percukaian. Di antara
pesaing-pesaing Shaifuddin Ibrahim & Partners ialah:
HUGE WATER SDN.BHD.
TINGKAT 3, BELAKANG BANK ISLAM,
JALAN TUAN HITAM,
22000 JERTEH, TERNGGANU.
7
1.2.6 Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Shaifuddin & Partners adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan tujuan
untuk menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan dari
golongan peniaga, pekerja bergaji iaitu samaada pekerja swasta atau di bawah
kerajaan dan juga usahawan. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:
1) Perkhidmatan Perakaunan Dan Pengauditan
2) Perkhidmatan Kesetiausahaan Syarikat
3) Perkhidmatan Perunding Percukaian
4) Penyiasatan Penilaian Syarikat
5) Penyiasatan LHDN & Forensik Perakaunan
1.4.1 PERKHIDMATAN PERAKAUNAN DAN PENGAUDITAN
Kebiasaannya para peniaga kecil tidak berkemampuan untuk menggaji
akauntan bertauliah bagi menguruskan perakaunan perniagaan mereka
sendiri. Oleh itu, amat penting bagi syarikat ini menyediakan perkhidmatan
tersebut bagi membantu para pelanggan menyediakan Penyata Akaun
bagi tahun semasa perniagaan mereka dan menguruskan kerja – kerja
audit apabila diperlukan.
Penyediaan Penyata Akaun amat penting kepada pelanggan dan mesti
disediakan setiap tahun perakaunan. Ianya amat penting kerana ianya
dapat menunjukkan kepada pelanggan untung rugi yang diperolehi oleh
pelanggan dalam tahun perakaunan semasa, jumlah nilai aset yang masih
tinggal, jumlah penghutang dan pemiutang dan sebagainya. Maklumat –
maklumat tersebut dapat membantu para peniaga dalam merancang dan
meningkatkan keuntungan yang diperolehi melalui perancangan yang baru
dan lebih konsisten.
8
Penyata Akaun dan pengauditan juga disediakan atas permintaan
pelanggan yang ingin membuat kertas kerja bagi tujuan memohon
pinjaman dari institusi kewangan. Ianya amat penting untuk dilampirkan
bersama profail perniagaan, maklumat peribadi pelanggan dan keadaan
kewangan perniagaan yang ingin memohon pinjaman tersebut. Biasanya
Penyata Akaun dan Penyata Aliran Tunai perlu disediakan bagi tiga tahun
kebelakangan.
PENYEDIAAN LAPORAN BERKANUN AUDIT
Berdasarkan program audit firma kami yang berjaya menaksir dan mentakrif
pandangan bebas, benar dan saksama ke atas butiran kewangan dan bagi
memenuhi keperluan pihak berkaitan dengan amalan Perakaunan Malaysia.
Syarikat kami juga berurusan dengan syarikat Wan Ali Jaafar Associates
(WAJA) bagi menyemak dan menandatangani laporan audit.
1.7.2 PERKHIDMATAN KESETIAUSAHAAN SYARIKAT
Sebagai sebuah syarikat yang bertauliah dan profesional, syarikat ini juga
turut mempunyai lesen sebagai setiausaha bagi syarikat lain. Ianya amat
penting kepada sesebuah syarikat perkongsian, syarikat sendirian berhad
dan sebagainya kerana syarikat – syarikat tersebut wajib melantik setiausaha
syarikat mereka sendiri seperti mana mereka melantik pengarah – pengarah
syarikat. Tugas utama setiausaha syarikat merangkumi urusan hal – hal
yang berkaitan dengan penyediaan dokumen – dokumen syarikat dan
perkara – perkara bermula di peringkat penubuhan sehinggalah keperingkat
pembubaran syarikat.
Sebagai syarikat yang dilantik sebagai setiausaha syarikat lain, pihak syarikat
akan menguruskan segala urusan penubuhan syarikat mengikut prosedur –
9
prosedur yang telah ditetapkan iaitu dari carian nama perniagaan melalui
borang yang disediakan (nama mengikut Kad Pengenalan tidak perlu),
selepas nama perniagaan diluluskan oleh pegawai, Borang A perlu diisi iaitu
borang bagi pendaftaran perniagaan, selepas itu pengesahan perlu dibuat di
Pesuruhjaya Sumpah pada borang tersebut, kemudian ianya akan dihantar
ke ROB untuk pemprosesan borang tersebut. Selepas sijil perniagaan siap
diproses, perniagaan mula dijalankan.
1.7.3 PERKHIDMATAN PERUNDING PENCUKAIAN
Berdasarkan pelaksanaan Cukai Taksir Sendiri bermula ke atas syarikat
(yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965) pada tahun 2001 dan kepada
pihak individu pada tahun 2005 telah mengubah senario pencukaian kepada
para peniaga dan korporat. Pembayar cukai diwajibkan membuat taksiran
sendiri atas pendapatan. Jadi syarikat kami bertanggungjawab memberi
penerangan yang jelas dan terperinci kepada pelanggan mengenai sistem
pencukaian yang di amalkan di Malaysia yang telah di tetapkan oleh pihak
LHDN, juga memberi penerangan bagaimana cukai pendapatan boleh
dibayar serta membuat Penyata Akaun bagi tujuan pengiraan cukai
pendapatan bagi orang perseorangan, syarikat berhad atau perkongsian.
Perkhidmatan yang disediakan ini amat penting kepada para peniaga,
usahawan dan pekerja bergaji kerana setiap tahun mereka mesti
menjelaskan cukai pendapatan mereka kepada pihak LHDN. Jika mereka
gagal berbuat demikian, kemungkinan besar mereka akan dikenakan
tindakan undang – undang dan dikenakan denda oleh pihak LHDN. Dengan
adanya perkhidmatan yang ditawarkan ini, secara tidak langsung ianya dapat
membantu para pelanggan menjelaskan cukai pendapatan mereka dan
mengelakkan mereka dari dikenakan tindakan undang – undang.
1.7.4 PENYIASATAN LHDN DAN FORENSIK PERAKAUNAN
10
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempunyai Jabatan Penyiasatan ke atas
kes – kes pelarian cukai atau kes kecurigaan laporan pembayar cukai
terutamanya kepada ahli – ahli perniagaan yang berjaya atau syarikat yang
disyaki oleh Jabatan Penyiasatan. Terdapat penyelewengan pengiystiharan
cukai pendapatan samaada dilakukan secara sengaja atau bantuan juruaudit.
Akauntan atau Agen Pencukaian akan membuat serbuan ke atas premis
perniagaan tanpa notis atau amaran dengan menyemak semula laporan
kewangan dan kajian penimbuhan aset peribadi ke atas pembayar cukai dari 3
hingga 10 tahun kebelakangan tahun kewangan dan sekiranya berjaya
menemui pengelakan cukai maka cukai tersebut akan dikutip kembali dan
denda sehingga 300% ke atas amaun yang terkurang bayar.
11
Organisasi Syarikat
Lembaga Pengarah Syarikat Shaifuddin & Partners
EN. SHAFIE BIN ABDULLAHPARTNERS
EN.RUSLAN BIN MOHDPARTNERS
EN. WAN AHMAD SHAIFUDDIN BIN WAN IBRAHIM
MANAGING PARTNERS
PENTADBIRAN PEMASARAN
DAN BERHUBUNG DENGAN LHDN
SSM DAN PERSATUAN PERNIAGAA N
JABATAN PERAKAUNAN REFAIL KONTRAK FORENSIK
JABATAN PERCUKAIAN
SETIAUSAHA SYARIKAT
KES PENYIASATAN
12
Organisasi Syarikat Shaifuddin Ibrahim & Partners Cawangan Jerteh
EN. WAN AHMAD SHAIPUDDIN BIN WAN IBRAHIMPENGURUS
PN.NORUZAIMA BINTI NASIRPENOLONG PENGURUS
PN. SUZANAH BINTI SHAFEIPERUNDING CUKAI
AZLIDA BT ABD RAHMANAKAUNTAN
NORHASIDAH BT YASINAKAUNTAN
ZARRIN HAQIMAH BT ALIZAMPELAJAR PRAKTIKAL
MOHAMAD NOREHAN JUSOHPELAJAR PRAKTIKAL
NORLIANA AB.GHAFFARPELAJAR PRAKTIKAL
13
BAB 2
13
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
2.1 Pengenalan
Secara amnya banyak perkara-perkara yang dipelajari semasa menjalankan Latihan Industri ini. Melalui Latihan Industri juga, saya dapat menambah ilmu baru iaitu berkaitan dengan bidang percukaian. Selain daripada itu, saya juga di ajar cara-cara untuk berhadapan dengan pelanggan.
2.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Tempoh Ringkasan Gerak Kerja
Minggu pertama
a) Melapor diri di Shaifuddin Ibrahim & Partners.b) Diperkenalkan kepada semua staf.c) Diajar oleh salah seorang staf mengenai sistem UBS.
Minggu kedua
a) Merekod ‘Cash Bill” kepunyaan Haji Muhamad Bin Daud ke dalam sistem UBS.
b) Ke klinik Dr. Hasbullah untuk mengambil dokumen/ borang perangkaan.
c) Sambung ‘key in’ ‘cash bill’ syarikat Haji Mohamad Bin Daud.
Minggu ketiga
a) Sambung ‘key in’ ‘cash bill’ syarikat Haji Mohamad Bin Daud.b) Ke CIMB untuk membayar cukai pendapatan pelanggan.
Minggu keempat
a) Sambung ‘key in’ ‘cash bill’ Haji Muhamad Bin Daud untuk tahun 2007.
b) Ke BSN untuk bank in wang kepada pelanggan.c) Ke CIMB untuk tujuan bayaran ‘Income tax’ untuk pelanggan.
Minggu kelima
a) Sambung ‘key in’ ‘cash bill’ syarikat Haji Muhamad Bin Daud.b) Telefon Haji Muhamad untuk bertanya sama ada borang
borang,resit-resit belian sudah dihantar atau belum ke Shaifuddin Ibrahim & Partners..
c) Fotostat penyata kewangan pelanggan..d) Ke pejabat pos untuk membeli wang pos untuk dilampirkan dan
hantar ke LHDN Terengganu.e) Terima resit pembelian, surat perjanjian dan resit bayaran
daripada Haji Muhammad.f) Ke pejabat pelanggan bersama Pn. Uzaima untuk menghantar
barang yang telah diaudit ke Denai Bina dan Poi Service
14
Minggu keenam
a) Sambung ‘key in’ ‘cash bill’ Haji Muhammad b) Melayan pelanggan yang datang ke pejabat atas urusan
‘income tax’.Minggu ketujuh
a) Menyiapkan ‘key in’ ‘cash bill’.b) Menyusun resit belian daripada Haji Muhamad c) ‘Key in’ resit bayaran elektrik, air, Telefon, d) Kemaskini fail-fail lama pelanggan syarikat dengan menyusun
semula barang ke dalam kotak.e) Ke CIMB bayar ‘income tax’ pelanggan.f) Ke pejabat pos untuk pos surat ke LHDN.
Minggu kelapan
a) Cuti hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2008.b) Sambung ‘key in’ invois, resit, daripada ‘creditors’ syarikat Haji
Muhamad Bin Daud.c) Ke Denai Bakti untuk hantar resit bayaran perkhidmatan audit
berjumlah RM 600 yang dibayar secara cek.d) Mengisi borang P dan borang B untuk pelanggan.
Minggu kesembilan
a) Sambung ‘key in’ ‘creditors’ syarikat Haji Muhamad Bin Daud,b) Ke CIMB untuk bayar ‘income tax’ pelanggan.c) Ke BIMB untuk deposit cek ke dalam akaun syarikat.d) Ke U-Cent Garment untuk mendapatkan tandatangan surat
perjanjian untuk proses penutupan syarikat.
Minggu kesepuluh
a) ‘Key in’ ‘creditors’ syarikat Haji Muhamad iaitu syarikat Clobeway Hardware Sdn.Bhd. dengan menggunakan UBS.’Key in’ secara transaksi mengikut ‘purchase’, bank, ‘cash in hand’.
b) Ke syarikat U-Cent Sdn.Bhd. untuk menandatangani surat akuan penyata akaun.
c) Cuti nuzul quran-17/09d) ‘Key in’ pemiutang syarikat Haji Muhamad iaitu syarikat
Harrisons Trading (Peninsular) Sdn.Bhd.Minggu kesebelas
a) Sambung ‘key in’ syarikat Hong Hee Hardware dengan menggunakan sistem UBS dengan menggunakan Batchs 4 dan 6 iaitu bank dan ‘cash in hand’.
b) Ke U-Cent untuk menghantar Penyata Akaun.c) Ke Ambank dan BIMB untuk ‘bank in’ wang pelanggan.d) Ke CIMB untuk membayar cukai pendapatan pelanggan 2006
melalui cek.Minggu kedua belas
a) Sambung ‘key in’ belian, bayaran seperti servis Kenderaan,petrol, bil Telefon dan sebagainya di dalam UBS
b) Menjawab panggilan Telefon.c) Ke pejabat pos untuk pos surat.d) Cuti Hari Raya Aidilfitri pada 30//09 hingga 6/10
Minggu ketiga belas
a) ‘Key in’ resit-resit belian dari bulan 1-3 daripada penghutang-penghutang syarikat Haji Mohamad.
b) Menjawab panggilan Telefon.Minggu keempat belas
a) Sambung ‘key in’ resit-resit dari bulan 9-10 tahun 2007.b) Menjawab panggilan Telefon.c) Ke CIMB bayar ‘income tax’ Wazri Hisyam.
15
d) Ke Elite.com untuk membeli ‘refill’ ‘printer.e) Siap ‘key in’ semua resit dan ‘cash bill’.f) Beri salinan UBS pada staf untuk semakan.tapi banyak rekod
yang salah.Minggu kelima belas
a) Membetulkan semula akaun yang silap di Trial Balance.b) Membetulkan ‘creditors’ iaitu syarikat Besma Marketing dan
TSB & Brother Sdn.Bhd.c) Jawab panggilan Telefon.d) Ke pejabat kangaroo untuk pos surat.
Minggu keenam belas
a) Membetulkan kesilapan di dalam UBS iaitu pemiutangb) Menjawab panggilan Telefon.c) Ke CIMB untuk deposit duit ke dalam akaun syarikat.d) Fotostat ‘Profit & Trading Account untuk tahun 2006 kepunyaan
Haji Mohamad.Minggu ketujuh belas
a) Merujuk ‘statement bank’ tahun 2006 untuk melihat ‘balance forward’ tahum 2007.
b) Menyambung membetulkan ‘creditors’ yang berlaku kesilapan.c) Ke CIMB untuk membayar ‘income tax’.
Minggu kelapan belas
a) Menyambung membetulkan kesilapan dalam UBS.b) Ke pejabat pos untuk pos surat.c) Ke MAYBANK untuk deposit wang ke dalam akaun pelanggan.d) Ke Cimb,bayar ‘income tax’ pelanggan.e) Ke Iwhizz Technology & Consultant Sdn.Bhd. untuk menghantar
CPU untuk di baiki.Minggu kesembilan belas
a) Menyambung membetulkan kesilapan yang dibuat semasa memasukkan maklumat di dalam UBS.
b) Menjawab panggilan Telefon.Minggu kedua puluh
a) Menyambung membetulkan kesilapan yang dibuat semasa memasukkan maklumat ke dalam UBS.
b) Menjawab panggilan Telefon.Minggu kedua puluh satu
a) Menyiapkan membetulokan semua kesalahan di dalam UBS.b) Menjawab panggilan Telefon.
Minggu kedua puluh dua
a) Menyerahkan kerja yang disiapkan kepada salah seorang staf untuk disemak.
b) Menjawab panggilan Telefon.c) Menyerahkan Borang Penilaian dan Borang Pengesahan tamat
Latihan Industri kepada penyelia.
2.3 Kesimpulan
Kerja yang di lakukan oleh saya , dapat melatih saya untuk melakukan kerja perakaunan seperti mengisi borang cukai, membuat akaun pelanggan dan sebagainya agar dapat memberikan gambaran sebenar sistem kerja perakauanan apabila saya mula bekerja selepas tamat pembelajaran di Politeknik. Selain itu dapat melatih saya untuk bekerjasama antara satu sama lain dengan pekerja Syarikat Shaifuddin & Partners dalam membuat kerja akaun.
16
17
BAB 3
PENYATA ALIRAN TUNAI
3.1 Definisi Penyata Aliran Tunai
Penyata Aliran Tunai ialah suatu maklumat yang membolehkan pengguna menilai
perubahan aset bersih dalam sesebuah syarikat. Ia merupakan struktur kewangan
(termasuk nilai kecairannya) dan kemampuan yang mempengaruhi jumlah aliran tunai
untuk disesuaikan mengikut perubahan semasa.
Maklumat aliran tunai amat diperlukan dalam menentukan kemampuan sesebuah
syarikat bagi mengeluarkan tunai dan imbangan tunai serta membolehkan pengguna
menetap dan membandingkan nilai aliran tunai semasa pada masa hadapan.
3.1.1 Matlamat
Pembentangan Penyata Aliran Tunai adalah untuk memudahkan sesebuah
syarikat atau perniagaan. Ia amat berguna dalam Penyata Kewangan untuk
mengetahui kedudukan tunai bagi satu tempoh perakaunan di mana
pembentangan ini memerlukan pengesahan dari pihak syarikat tentang
kesahihannya. Objektif utama piawaian dan standard yang ditetapkan adalah
bagi memperolehi maklumat mengenai sejarah serta perjalanan pertukaran
tunai dan tunai setara di mana di dalamnya turut mengklasifikasikan Aliran
18
Tunai sepanjang tempoh perakaunan kepada bahagian-bahagian tertentu
seperti aktiviti-aktiviti kendalian pelaburan dan kewangan.
3.1.2 Skop
Setiap perniagaan harus menyediakan penyata aliran tunai mengikut
ketetapan yang telah distandardkan dan harus dipersembahkan sebagai
sebahagian dari penyata kewangan berkanun. Ketetapan standard mengikut
International Accounting Standard (IAS) dan Statement of Changes in
Financial Position.
3.1.3 Faedah Penyata Aliran Tunai
Apabila Penyata Aliran Tunai ini digunakan untuk tujuan penyediaan Penyata
Kewangan, ia sedikit sebanyak akan memberikan input berguna untuk
mengimbangi pertukaran aset bersih dalam perniagaan, kedudukan kewangan
termasuk nisbah kecairan dan memberikan jumlah yang rasional dalam aliran
tunai selaras dengan tujuan untuk menyesuaikannya dengan kadar
pertukaran dan peluang-peluang lain.
3.1.4 Tunai dan Tunai Setara
Tunai Setara diperkenalkan untuk tujuan Pelaburan dan Pinjaman Jangka
Pendek atau yang berkaitan dengannya. Jumlah pelaburan akan dipindah
atau ditukarkan kepada kadar semasa apabila pelaburan dimasukkan dalam
Tunai Setara. Pada amnya, overdraf bank merupakan aktiviti kewangan,
walaubagaimanapun bagi sesetengah negara ia merupakan pembayaran balik
(belanja) iaitu sebahagian daripada pengurusan tunai dan ia diletakkan di
bawah komponen Tunai dan Tunai Setara.
19
3.1.5 Aktiviti Kendalian
Jumlah aliran tunai sesuatu perniagaan yang diperolehi daripada aktiviti
operasi merupakan kunci utama untuk mengetahui keupayaan sesuatu
operasi membayar balik pinjaman, mengekal dan meningkatkan kapasiti
pengeluaran, membayar dividen dan membeli pelaburan tanpa meminjam dari
mana-mana punca kewangan. Maklumat mengenai komponen dalam aliran
kendalian sangat berguna seperti pengiraan bagi tempoh akan datang bagi
operasi aliran tunai.
Contoh aliran tunai dan aktiviti Kendalian ialah:
a) Penerimaan tunai dari jualan barang dan penyediaan perkhidmatan.
b) Penerimaan tunai dari royalti, yuran, komisen dan lain-lain.
c) Pembayaran tunai kepada pembekal barang atau perkhidmatan.
d) Pembayaran tunai bagi pihak ketiga.
e) Pembayaran dan penerimaan tunai untuk insurans perniagaan, anuiti dan
lain-lain faedah polisi.
f) Pembayaran tunai atau bayaran balik cukai pendapatan.
g) Pembayaran dan penerimaan tunai dari kontrak.
3.1.6 Aktiviti Pelaburan
Pendedahan secara berasingan aliran tunai dari aktiviti pelaburan sangat
penting kerana aliran tunai merupakan butir terperinci di mana perbelanjaan
untuk pelaburan telah dilakukan. Contoh aliran tunai dari aktiviti ini ialah:
a) Pembayaran tunai untuk belian hartanah, mesin dan peralatan.
b) Penerimaan tunai dari penjualan hartanah, mesin dan peralatan.
c) Pembayaran tunai untuk pembelian ekuiti.
d) Penerimaan tunai untuk penjualan ekuiti.
20
e) Pendahuluan tunai atau pinjaman dari pihak lain (Institusi Kewangan).
f) Penerimaan tunai dari pembayaran pendahuluan dan pinjaman dari
pihak lain.
3.1.7 Aktiviti Kewangan
Pendedahan secara berasingan aliran tunai daripada aktiviti kewangan amat
penting bagi mendapatkan semula tunai dalam tempoh akan datang.
Contohnya adalah seperti berikut:
a) Penerimaan tunai dari pengisuan saham dan ekuiti.
b) Pembayaran tunai kepada pemilik untuk belian saham perniagaan.
c) Penerimaan tunai dari pengisuan debentur, pinjaman, bon, nota
kerajaan dan lain-lain pinjaman jangka panjang atau jangka pendek.
d) Pembayaran tunai atas jumlah pinjaman
e) Pembayaran tunai untuk pajakan kewangan.
3.2 Bagaimana Penyata Aliran Tunai Dibentangkan
Menurut International Accounting Standard 7:
Perenggan 10:
Penyata Aliran Tunai perlu menunjukkan aliran tunai sepanjang tempoh perakaunan
dan mengklasifikasikan aliran tersebut kepada aktiviti kendalian, kewangan dan
pelaburan.
Perenggan 6:
Aliran Tunai merupakan aliran di dalam dan di luar bagi Tunai dan Tunai Setara.
Tunai adalah wang yang ada dalam simpanan (baki) semasa penyata aliran tunai
21
dibuat manakala Tunai Setara ialah wang yang ada di dalam bank, simpanan tetap
dan sebagainya.
Aktiviti Kendalian
Merupakan Hasil Utama bagi sesebuah perniagaan. Contohnya aktiviti keluaran dan
perkilangan, di mana IAS 7 mentakrifkannya di dalam aktiviti kendalian dan bukannya
aktiviti kewangan ataupun pelaburan.
Aktiviti Pelaburan
Adalah sebagai perolehan atau pelupusan yang diterima daripada penjualan aset
tetap dan lain-lain pelaburan. Ia tidak termasuk di dalam tunai setara kerana aktiviti
ini adalah aktiviti yang boleh merubah saiz dan kedudukan ekuiti pemilik dan
peminjam ke atas ke atas syarikat atau perniagaan tersebut.
Aliran Tunai aktiviti kendalian boleh dibentangkan secara langsung atau tidak
langsung sementara Aliran Tunai aktiviti pelaburan dan kewangan harus
dipersembahkan dalam bentuk penerimaan tunai kasar dan pembayaran tunai
kasar.
Lain-lain Hal:
Aliran tunai mata wang asing (Foreign Currency Cash Flows)
Pertukaran kadar harus mengikut tarikh aliran tunai
Laporan yang dibentangkan hendaklah selari dengan apa yang digariskan oleh IAS
21.
Item-item luar biasa harus dilaporkan di dalam aliran tunai sebagai aktiviti kendalian,
pelaburan atau kewangan.
22
Contohnya seperti pembayaran pampasan akibat bencana alam seperti banjir atau
gempa bumi ataupun bayaran balik premium insurans apabila berlaku sesuatu
perkara yang telah diinsuranskan.
I. Bunga dan dividen yang diterima atau dibayar harus ditunjukkan secara
berasingan. Ia harus ditunjukkan sama ada sebagai aktiviti kendalian,
pelaburan atau kewangan.
II. Cukai pendapatan harus ditunjukkan berasingan dan dikelaskan sama ada
sebagai aktiviti Kendalian, pelaburan atau kewangan.
III. Urusniaga bukan tunai yang berkaitan dengan aktiviti kewangan dan
pelaburan harus ditunjukkan di tempat lain di dalam penyata kewangan dan
bukannya di dalam penyata aliran tunai.
IV. Perolehan dan pelupusan dari anak syarikat dan unit perniagaan yang lain
yang berkaitan dengan syarikat, aliran tunainya harus dipersembahkan.
3.3 Format Penyata Aliran Tunai
3.4.1 Contoh Format Penyata Aliran Tunai
Aliran tunai dari aktiviti kendalian:
Tunai diterima dari penghutang xxx
Tunai dibayar kepada pemiutang dan pekerja (xxx)
Tunai dari kendalian xxx
Bunga dibayar (xxx)
Cukai pendapatan dibayar (xxx)
Aliran tunai sebelum item luar biasa xxx
Perolehan cukai sebelum bencana xxx
xxx
Aliran tunai dari aktiviti pelaburan: Belian hartanah, mesin dan peralatan (xxx)
23
Perolehan dari jualan aset xxx
Bunga diterima xxx
Dividen diterima xxx xxx
TUNAI BERSIH DIGUNAKAN DALAM AKTIVITI PELABURAN XXX Aliran tunai dari aktiviti kewangan:
Perolehan dari pengisuan saham modal xxx
Perolehan dari pinjaman jangka panjang xxx
Bayaran untuk pajakan atau liabiliti kewangan (xxx)
Dividen dibayar (xxx)
xxxTUNAI BERSIH DIGUNAKAN DALAM AKTIVITI KEWANGAN xxx Peningkatan bersih dalam tunai dan tunai setara xxx xxxTunai dan tunai setara pada awal tahun xxx xxx
TUNAI DAN TUNAI SETARA PADA AKHIR TAHUN XXX XXX
3.4 Kesimpulan
Penyata aliran ini adalah punca pendapatan, jumlah dan bila pendapatan itu diterima
dan menunjukkan jenis perbelanjaan, jumlah dam bila belanja itu akan di bayar.
Ianya juga digunakan oleh kebanyakan pihak bank sebagai panduan semasa
mempertimbangkan kelulusan pinjaman kepada peniaga untuk membantu peniaga
membuat perbandingan antara pendapatan dengan perbelanjaan yang sebenar
dengan anggaran yang telah dibuat dalam penyata aliran tunai.
24
BAB 4
PENYATA KEWANGAN
25
4.1 TAFSIRAN PENYATA KEWANGAN
4.1.1 Penyata Kewangan merujuk kepada Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan
Kunci Kira – Kira.
4.1.2 Tujuan menyediakan Penyata Kewangan ialah :
I. AKAUN PERDAGANGAN – Mengira Untung Kasar atau Rugi Kasar bagi Satu
Tempoh Tertentu.
II. AKAUN UNTUNG RUGI – Mengira Untung Bersih atau Rugi Bersih bagi Satu
Tempoh.
III. KUNCI KIRA – KIRA – Menunjukkan Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik pada Satu
Tarikh Tertentu.
4.1.3 Tujuan menganalisis prestasi syarikat dari tahun ke tahun membolehkan syarikat
mengetahui sama ada prestasi syarikat bertambah baik atau tidak.
4.1.4 Perbandingan prestasi boleh dilakukan berdasarkan :
I. Penyata Kewangan antara tahun bagi firma yang sama
II. Penyata Kewangan antara firma yang berlainan dalam industri
yang sama
4.1.5 Mentafsir bermakna Menganalisis Akaun untuk menyatakan makna akaun itu
dalam sebutan yang mudah demi faedah pengguna. Ini merangkumi :
I. Memahami istilah Penyata Kewangan
II. Memahami serta menilai kaitan antara satu angka perakaunan dengan satu
angka perakaunan yang lain dalam analisis Penyata Kewangan
III. Memahami kesan antara angka berkenaan sama ada angka berkenaan
menunjukkan kedudukan yang memuaskan atau memerlukan siasatan
26
IV. Membuat ramalan
V. Menyediakan satu laporan yang meringkaskan atau menjelaskan ramalan
tersebut sama ada untuk kegunaan dalaman atau kegunaan luaran
4.2 PENYEDIAAN PENYATA AKAUN UNTUK TUJUAN PENAKSIRAN
CUKAI
Untuk melengkapkan boring Tafsiran Cukai Pendapatan bagi individu atau firma
perniagaan, terlebih dahulu individu atau firma terbabit perlu menyediakan Penyata Akaun
perseorangan atau akaun syarikat mereka menerusi perkhidmatan agen pencukai yang
bertauliah. Oleh itu, firma ini turut menyediakan perkhidmatan penyediaan penyata kewangan
kepada individu atau syarikat bagi tujuan pengauditan dan pencukaian. Antara maklumat
yang perlu disediakan dalam penyata akaun untuk tujuan pencukaian ialah :
I. Surat Akuan
II. Cadangan Pengiraan Cukai Pendapatan
III. Kunci Kira – Kira
IV. Akaun Untung Rugi
V. Nota Kepada Perakaunan
4.2.1 AKUAN
Surat akuan disediakan adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan daripada
pemilik / pengurus/ ahli kongsi utama di mana akaun tersebut disediakan bagi pihaknya.
Pengesahan ini adalah bertujuan menyokong Penyata – penyata Akaun seperti Kunci Kira –
kira, Akaun Untung Rugi, Nota – nota Akaun yang dibuat adalah betul dan saksama
berpandukan kepada maklumat, dokumen, bil – bil, invois jualan dan belian serta lain – lain
catitan yang benar.
4.2.2 PENYATA CADANGAN PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN
27
I. Penyata ini disediakan adalah bertujuan mengira jumlah cukai pendapatan
yang dikenakan ke atas keuntungan atau perolehan oleh individu atau firma
perniagaan.
II. Berikut ialah contoh format bagi Penyata Cadangan Pengiraan Cukai
Pendapatan bagi individu/orang perseorangan :
4.2.2.2.1 FORMAT PENYATA CADANGAN PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN
CADANGAN PENGIRAAN CUKAI TAHUN
ASAS 20XX
RM RM
UNTUNG PER AKAUN XXXXXX
CAMPUR : Perbelanjaan Yang Tidak DibenarkanSusutnilai XXXXAmbilan Stok XXXXBenafaat Kediaman XXXXPengangkutan XXXXKendalian Kenderaan XXXX XXXXX
PENDAPATAN DILARASKAN XXXXX
TOLAK : Elaun Modal XXXXX
PENDAPATAN BERKANUN PERNIAGAAN XXXXX
TOLAK : Pelepasan *Diri XXXXIsteri XXXXAnak (IPT) XXXXAnak XXXX XXXXXX
PENDAPATAN BERCUKAI XXXXXX
CUKAI PENDAPATANDi atas RM xxxxx yang Pertama XXXXDi atas RM xxxx @ xx% XXXX XXXX
XXXXX
TOLAK : Rebate Cukai *Diri XXXIsteri XXXZakat XXX (XXXX)
CUKAI KENA BAYAR XXXX
28
* NOTA 1 : PELEPASAN CUKAI
Pelepasan cukai bagi pendapatan berkanun perniagaan telah diperuntukkan oleh pihak
LHDN dengan mengikut kategori – kategori yang berikut :
(i) INDIVIDU DAN SAUDARA TANGGUNGAN
Pelepasan diri berjumlah RM 8, 000 untuk diri sendiri dan saudara tanggungan diberi secara
automatik.
(ii) PERUBATAN IBUBAPA
Perubatan ibu bapa terhad kepada RM 5,000.
(iii) PERALATAN SOKONGAN
Pembelian alat sokongan asa untuk kegunaan sendiri, suami, anak, isteri atau ibu bapa yang
hilang upaya dihadkan kepada RM 5,000.
(iv) INDIVIDU YANG HILANG UPAYA
29
Pelepasan tambahan RM 5,000 diberikan kepada individu yang hilang upaya.
(v) YURAN PENDIDIKAN
Bayaran yuran tahunan terhad kepada RM 5, 000 dibenarkan sebagai potongan untuk kursus
pembelajaran sehingga ke peringkat tinggi ( sehingga ke peringkat lepasan ijazah) di mana –
mana institusi pendidikan di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi maksud
meningkatkan kemahiran atau kelayakan dalam bidang teknikal, vokasional, institusi, saintifik
atau teknologi maklumat.
(vi) PERUBATAN BAGI PENYAKIT YANG SUKAR DIUBATI
Perbelanjaan perubatan bagi penyakit yang sukar diubati bermaksud rawatan dibuat ke
atas penyakit seperti sindrom kurang daya tahan (AIDS), penyakit Parkison, kanser,
kegagalan renal, leukemia, jantung dan penyakit serupa yang lain. Perbelanjaan ini dihadkan
kepada RM 5, 000 untuk diri sendiri, suami atau anak.
(vii) PEMERIKSAAN PERUBATAN PENUH
Pemeriksaan bagi perubatan penuh bermaksud pemeriksaan secara menyeluruh
dibenarkan sebagai potongan terhad kepada RM 500 untuk diri sendiri, suami/isteri atau anak
tetapi jumlah pelepasan D6 (perubatan bagi penyakit yang sukar diubati) dan D7
( pemeriksaan perubatan penuh) adalah terhad kepada RM 5, 000.
(viii) PEMBELIAN BUKU/ MAJALAH
Perbelanjaan pembelian mana – mana buku, majalah, jurnal atau penerbitan ( selain
dari surat khabar atau bahan bacaan yang terlarang) untuk individu, suami/isteri atau anak
tetapi jumlah pelepasan adalah terhad kepada RM 500.
(ix) FAEDAH PINJAMAN
30
Pelepasan faedah pinjaman perumahan bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani
dalam tempoh 01.06.20xx – 31.12.20xx bagi pembelian rumah kediaman milikan pertama
individu daripada pemaju perumahan, badan berkanun atau badan koperasi berharga tidak
kurang daripada RM 100,000 dan tidak melebihi RM 180,000 untuk dijadikan tempat tinggal
sendiri.
Seksyen 46A
Potongan yang diberikan adalah seperti berikut :-
I. Tahun taksiran 2004 – sehingga RM 3,000
II. Tahun taksiran 2005 – sehingga RM 2,000
Jika sekiranya terdapat :
I. Dua atau lebih individu berhak menuntut potongan faedah yang dibelanjakan atas
rumah kediaman yang sama dalam tahun berkenaan, dan
II. Jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu terlibat adalah
melebihi daripada amaun faedah yang dibenarkan dalam tahun berkenaan, maka
setiap individu yang terlibat berhak menuntut potongan faedah bagi setiap tahun
berkenaan mengikut pengiraan berikut :
31
Jumlah faedah yang
dibelanjakan oleh
Amaun faedah individu berkenaan
dibenarkan dalam x
sesuatu tahun Jumlah faedah yang
berkenaan dibelanjakan oleh
kesemua individu
berkenaan
(x) ISTERI
Pelepasan diberi sebanyak RM 3,000 bagi isteri yang tinggal bersama dalam tahun
asas dengan syarat isteri tiada pendapatan atau isteri memilih taksiran bersama.
(xi) BAYARAN ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERI
Bayaran nafkah kepada bekas isteri layak untuk pelepasan tetapi jumlah pelepasan
untuk isteri dan bayaran alimoni kepada bekas isteri adalah terhad kepada RM 3,000
(xii) SUAMI
Pelepasan tambahan sebanyak RM 3,000 bagi suami yang tinggal bersama dalam
tahun asas dengan syarat suami tiada pendapatan atau suami memilih taksiran bersama.
(xiii) SUAMI ISTERI YANG HILANG UPAYA
Pelepasan tambahan sebanyak RM 200, diberi kepada seorang suami/isteri yang
hilang upaya.
(xiv) ANAK
Kelayakan 100%
Ruang ini untuk diisi oleh individu yang layak menuntut potongan anak sepenuhnya.
Kelayakan 50%
Ruang ini untuk diisi di mana dua atau lebih individu ( bukan suami isteri yang tinggal
bersama ) layak menuntut potongan ke atas bayaran yang dibuat ke atas anak yang sama
dan setiap individu tersebut layak menuntut separuh dari potongan yang dibenarkan.
32
Subseksyen 48 (4)
ANAK – DI BAWAH UMUR 18 TAHUN
Pelepasan anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun dalam tahun
semasa adalah sebanyak RM 1,000.
ANAK – 18 TAHUN KE ATAS DAN MASIH BELAJAR
Pelepasan anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dank e atas dan
menerima pendidikan sepenuh masa adalah sebanyak RM 1,000. Perenggan 48 (1)
(b)
Pelepasan anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan
menerima pendidikan lanjutan di dalam Malaysia adalah terhad kepada RM 4,000
(tidak termasuk kursus berbentuk matrikulasi/persediaan ). Pelepasan anak yang
belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas menerima pendidikan lanjutan
di luar Malaysia dan mula belajar dalam tempoh – tempoh berikut :
I. 01.01.1994 – 16.10.1997 RM2,000
II. 17.10.1997 dan seterusnya RM 1,000
* Jika amaun yang dibelanjakan melebihi amaun kelayakan, amaun
yang dituntut hendaklah dihadkan kepada amaun kelayakan sahaja
ANAK – HILANG UPAYA
Pelepasan untuk anak yang hilang upaya dibenarkan sebanyak RM 5,000.
(xv) INSURANS DAN KWSP
33
Premium insurans yang dibayar atas polisi yang menjamin nyawa individu, suami
atau isteri dibenarkan cukai. Premium insurans atau nyawa anak tidak dibenarkan
pelepasan.
Caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau kumpulan wang lain yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
Jumlah pelepasan untuk premium insuran nyawa dan caruman kepada KWSP atau
kumpulan wang lain yang diluluskan adalah terhad kepada RM 5,000 untuk isteri
yang mempunyai punca pendapatan. Sekiranya suami atau isteri memilih taksiran
bersama premium insuran dan KWSP adalah terhad kepada RM 5,000.
(i) INSURAN PENDIDIKAN DAN PERUBATAN
Pelepasan tidak melebihi RM 3,000 bagi premium insurans yang dibayar atas polisi
pendidikan atau faedah perubatan untuk individu, suami, isteri atau anak.
(ii) PREMIUM ANUITI KWSP
Pelepasan berasingan untuk premium anuiti sehingga RM 1,000 kepada
individu yang membeli anuiti melalui skim anuiti KWSP.
* NOTA : REBAT CUKAI
1) REBAT CUKAI INDIVIDU
Rebat cukai individu adalah sebanyak RM 350 bagi pendapatan bercukai yang tidak
melebihi RM 35,000.
2) REBAT CUKAI SUAMI / ISTERI
Rebat cukai suami / isteri adalah sebanyak RM 350 bagi pendapatan bercukai yang
tidak melebihi RM 35,000 dan telah dibenarkan pelepasan suami / isteri sebanyak RM 3,000.
3) ZAKAT ATAU FITRAH
34
Bayaran zakat atau fitrah yang dibuat dalam tahun asas.
4) PEMBELIAN KOMPUTER PERIBADI
Rebat sebanyak RM400 diberikan kepada individu pemastautin yang membeli
komputer peribadi. Rebat diberikan sekali dalam tempoh 5 tahun. Tiada rebat diberi jika
komputer peribadi dibeli untuk digunakan bagi maksud perniagaan atau jika rebat telah
diberikan kepada isteri atau suami.
5) FI ( LEVI )
Rebat diberi bagi fi yang telah dibayar oleh pemegang pas penggajian, pas lawatan
(kerja sementara) atau pas kerja menurut mana – mana perintah yang dibuat di bawah Akta
Fi 1951.
6) TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (DIVIDEN)
Sertakan baucer dividen bersama pengiraan di Helaian Kerja HK – 3 sekiranya
tuan/puan layak menuntut pembayaran balik seperti di ruang E14 Borang B.
7) TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN – LAIN)
Sila buat pengiraan di Helaian HK – 6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain –
lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan yang
dibahagikan daripada badan amanah.
4.2.3 PENYEDIAAN KUNCI KIRA – KIRA
Kunci Kira – Kira ialah satu Penyata Kewangan yang menunjukkan aset dan liabiliti
sesuatu tarikh tertentu. Ia disediakan adalah untuk menentukan kedudukan kewangan bagi
sesebuah perniagaan.
35
Ia dibuat selepas Akaun Penamat disediakan. Oleh kerana Kunci Kira – Kira bukan
merupakan akaun, maka ia tidak mempunyai liabiliti yang disusun mengikut kecairan dan
pengkelasan.
4.2.3.1 ASET TETAP
Merupakan perolehan dan dikekalkan dalam perniagaan dan bukannya untuk dijual
semula. Ia biasanya tahan lama dan mempunyai hayat yang lebih panjang daripada satu
tempoh perakaunan selain boleh digunakan berulang kali untuk satu tempoh yang lama bagi
menghasilkan pendapatan.
Biasanya merangkumi :
I. Tanah dan bangunan milik bebas
II. Tanah dan bangunan pegangan pajakan
III. Loji, jentera dan peralatan
IV. Kenderaan
V. Muhibbah, paten dan cap perniagaan
VI. Pelaburan yang dijangka akan dipegang bagi tempoh perakaunan yang akan datang
4.2.3.2 ASET SEMASA
Aset semasa merupakan asset yang mudah ditukar kepada bentuk wang. Ia mempunyai
hayat guna yang pendek dan bentuknya sentiasa berubah di samping disusun mengikut
kecairannya dalam Kunci Kira – Kira, bermula dengan stok yang paling kurang cair dan
diakhiri dengan tunai yang merupakan aset yang paling cair.
Biasanya aset ini hanya boleh direalisasikan dalam tempoh satu tahun sahaja dari tarikh
Kunci Kira – Kira dikelaskan di bawah kumpulan ini. Ianya termasuklah :
36
(i) Stok dan kerja yang sedang dijalankan dan pelaburan dipegang
sebagai stok niaga dalam syarikat
(ii) Penghutang niaga dan bil – bil belum terima
(iii) Lain – lain penghutang dan prabayaran
(iv) Pegangan sementara pelaburan yang disebut dan lain – lain aset
(v) Direalisasikan untuk dipegang untuk realisasi
(vi) Baki wang di tangan dan di bank
4.2.3.3 CAJ TERTUNDA
Belanja yang tidak dihapus kira dalam Akaun Untung Rugi bagi Kunci Kira – Kira boleh
dihantar ke hadapan tetapi tidak boleh dikelaskan sebagai aset semasa. Ia perlu ditunjukkan
secara berasingan dan perlu diterangkan dengan terperinci.
4.2.3.4 LIABILITI SEMASA
Ia merupakan hutang yang harus dijelaskan dalam tempoh yang singkat, biasanya
dalam masa setahun. Liabiliti Semasa termasuklah semua liabiliti yang belum bayar dalam
tempoh satu tahun dari tarikh Kunci Kira – Kira. Contohnya :
(i) Pemiutang niaga dan bil belum bayar
(ii) Lain – lain pemiutang dan caj terakru
(iii) Pinjaman jangka pendek
(iv) Pinjaman bank dan overdraf
(v) Pencukaian
(vi) Peruntukan bagi liabiliti tertentu dan luar jangkaan
(vii) Dividen dicadangkan
Jika terdapat baki bank Debit dan Kredit tanpa pelarasan yang sah, amaun pinjaman
bank dan overdraf sepenuhnya dan baki bank patut ditunjukkan. Ia juga perlu dinyatakan
sama ada pinjaman bank dan overdraf adalah terjamin atau tidak. Aset Tetap dan Modal
37
Kerja yang digunakan adalah dibiayai oleh Dana Pemegang Syer dan Liabiliti Jangka
Panjang.
4.2.3.5 MODAL SYER
Kelas – kelas Modal Syer hendaklah ditunjukkan secara berasingan dan Modal
Dibenarkan dan Dikeluarkan tiap – tiap kelas perlu didedahkan. Bagi Syer Terutama Boleh
Tebus , tarikh terawal dan terakhir yang mana syarikat itu mempunyai kuasa untuk menebus
balik syer itu mestilah didedahkan. Ia juga perlu mendedahkan sama ada sesuatu premium
itu masih belum dibayar ketika penebusan.
4.2.3.6 REZAB MODAL
Mengikut undang – undang atau peruntukan dari tatacara wujud atau tataurus syarikat
menyatakan bahawa Rezab Modal tidak bebas untuk diagihkan kepada Pemegang Syer. Ini
termasuklah lain – lain pendapatan atau laba walaupun bebas dari segi undang – undang
untuk pengagihan laba, dianggap oleh pengarah sebagai tidak ada untuk pengagihan pada
tarikh Kunci Kira – Kira dibuat. Rezab tersebut yang ditunjukkan dengan betul di dalam Kunci
Kira – Kira dianggap sebagai REZAB HASIL.
4.2.3.7 REZAB HASIL
Semua Untung dan Laba yang belum diagihkan selain dari Rezab Modal. Ia
merupakan Hasil Penawaran Untung yang boleh diagihkan untuk kegunaan umum dalam
perniagaan.
4.2.3.8 PERGERAKAN DALAM REZAB
38
Semua Untung Rugi berbentuk hasil, perubahan dalam rezab hasil dan pengguna
rezab modal untuk meringankan caj ke atas hasil hendaklah melalui Akaun Untung Rugi sama
ada dalam menentukan hasil bagi tahun itu atau sebagai pelarasan kepada baki yang belum
diperuntukan.
Pergerakan dalam rezab yang tidak ditunjukkan di dalam Akaun Untung Rugi patut
didedahkan di dalam Kunci Kira – Kira atau Nota Kepada Akaun. Butiran ini adalah
termasuklah pemindahan di antara di dalam penghapusan butiran seperti belanja permulaan
dan belanja keluaran.
4.2.3.9 DANA PEMEGANG SYER
Jumlah kecil Modal Syer dan Rezab perlu ditunjukkan gambaran seperti Modal Syer
dan Rezab atau Dana Pemegang Syer patut digunakan. Penggunaan istilah Nilai Bersih
untuk menggambarkan jumlah kecil ini boleh disalahtafsirkan sebagai satu penyata nilai yang
boleh direalisasikan tidak patut digunakan.
4.2.3.10 DEBENTUR DAN LAIN – LAIN PINJAMAN JANGKA PANJANG
Pinjaman yang boleh dibayar balik dalam tempoh 5 tahun atau selepas tempoh tamat.
Syarat – syarat penebusan dan sebarang pertukaran perlu ditunjukkan . selain liability yang
dicagar melalui kuasa undang – undang ke atas aset syarikat perlulah dinyatakan. Jika
amaun yang dicaj ke atas aset adalah kurang dari amaun lialibiti maka ‘dicagar’ patut
dikuantitikan.
4.2.3.11 PENCUKAIAN TERTUNDA
Akaun Pencukaian Tertunda perlu dinyatakan secara berasingan sebagai Liabiliti
Tertunda. Ia dikumpulkan sebagai Liabiliti atau Peruntukan selain Liabiliti Semasa.
39
4.2.3.12 LIABILITI LUAR JANGKA
Liabiliti Luar Jangka ialah liabiliti yang tidak boleh dikuatkan dari segi undang –
undang tetapi boleh dikuatkuasa pada masa hadapan. Sekiranya tidak dikuantitikan dengan
secukupnya untuk dimasukkan ke dalam akaun, amaun anggaran tiap – tiap Liabiliti Luar
Jangka patut ditunjukkan dalam nota.
4.2.3.13 PERBELANJAAN MODAL MASA HADAPAN
Jika kontrak bagi Perbelanjaan Modal tidak dimasukkan ke dalam akaun, ia perlu
ditunjukkan melalui nota kepada akaun. Sekiranya syarikat telah membuat kontarak yang
perlu dicatatkan, maklumat lanjut harus diberikan untuk menunjukkan jumlah perbelanjaan
yang dijangka akan dibelanjakan ke atas projek itu. Jika pengarah membenarkan
perbelanjaan modal tetapi kontrak belum dibuat pada tarikh kunci kira – kira disediakan, maka
patut didedahkan melalui nota yang sesuai.
4.2.3.14 LAIN – LAIN KONTRAK HADAPAN
Kewujudan Kontrak Belum Siap atau Kontrak Hadapan bagi pembelian dan penjualan
barang – barang dan perkhidmatan di dalam perjalanan perniagaan biasa pada amnya tidak
dirujuk dalam Kunci Kira – Kira. Bagaimanapun pertimbangan perlu diberi kerana
kemungkinan kerugian yang timbul dari kedudukan terbuka bagi kontrak hadapan.
40
4.2.3.15 FORMAT KUNCI KIRA – KIRA
KUNCI KIRA - KIRA PADA 31HB DISEMBER 20XX
NOTA RM
ASET TETAP (2) XXXXX
ASET SEMASAStok Akhir (P&L) XXXX
Penghutang Perdagangan XXXXPenghutang Pelbagai XXXXTunai Di Tangan dan Bank XXXX
XXXXX
TOLAK : LIABILITI SEMASAPemiutang Perdagangan XXXXBelanja Terakru XXXX
XXXXX
LEBIHAN ASET SEMASA XXXX
XXXXX
41
DIBIAYAI OLEH :
MODAL AWAL XXXXX
(P&L) XXXXXCampur : Untung Semasa
XXXXXTolak : Ambilan (XXXXX)
XXXXX
4.2.4 PENYEDIAAN AKAUN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGI
Segala maklumat dalam Imbangan Duga dan Pelarasan yang di buat digunakan
untuk menyediakan Akaun Penamat dan Kunci Kira – Kira. Sesetengah perniagaan hanya
memberikan buku tunai dan lejar am perniagaan sahaja kepada juruaudit. Kemudian
juruaudit perlu membuat imbangan duga sendiri sebelum membuat apa – apa pelarasan ke
atas akaun pelanggan. Ada juga di kalangannnya menyediakan imbangan duga sendiri untuk
tempoh kewangan. Jadi, tugas juruaudit hanya membuat Pelarasan dan Imbangan Duga
Terselaras.
4.2.4.1 TUJUAN AKAUN UNTUNG RUGI DISEDIAKAN
I. Membandingkan keuntungan yang sebenar diperolehi dengan
keuntungan yang dijangka
II. Membantu perniagaan mendapatkan pinjaman daripada bank atau
institusi kewangan lain
III. Memberi satu gambaran tentang kedudukan kewangan sesuatu
perniagaan kepada orang yang ingin membeli perniagaan tersebut
IV. Membantu perniagaan merancang perjalanan masa depannya
V. Untuk tujuan cukai pendapatan
42
4.2.4.2 PERKARA YANG BIASANYA YANG TERKANDUNG
DALAM AKAUN UNTUNG RUGI
HASIL
Ia merupakan penerimaan yang mempengaruhi keuntungan sesuatu perniagaan
dalam jangka masa pendek. Semua hasil yang melibatkan aktiviti perniagaan secara
langsung seperti jualan barang – barang akan dikreditkan ke dalam Akaun Perdagangan.
Manakala semua hasil yang melibatkan untung bersih sesuatu perniagaan seperti komisen
diterima dan diskaun diterima akan dikreditkan ke dalam Akaun Untung Rugi.
PENDAPATAN
Pendapatan ialah hasil yang didapati daripada aktiviti perniagaan pada akhir tempoh
perniagaan seperti Untung Kasar dan Untung Bersih selepas di tolak belanja – belanja pada
tempoh kewangan. Pendapatan ini akan menambahkan aktiviti perniagaan.
PERBELANJAAN HASIL
Merupakan kos yang ditanggung untuk menjalankan perniagaan sendiri. Contohnya
belian barang – barang untuk dijual semula, gaji, bil air dan elektrik dan lain – lain lagi.
Semua perbelanjaan hasil yang melibatkan aktiviti perniagaan secara langsung seperti belian
barang, duti import, angkutan masuk, akan DIDEBITKAN ke dalam akaun Perdagangan.
Perbelanjaan yang ditanggung dalam membantu perjalanan perniagaan seperti pembayaran
gaji, sewa dan sebagainya akan DIDEBITKAN ke dalam Akaun Untung Rugi. Ia tidak akan
menambahkan nilai aset tetap. Perbelanjaan hasil bagi sesuatu tempoh perakaunan sama
ada sudah dibayar atau belum akan memberi kesan kepada untung bagi tempoh perakaunan
itu sahaja selain perlu ditanggung untuk menjalankan perniagaan. Jika perbelanjaan hasil
bertambah, untung bersih akan menjadi kurang.
43
PERBELANJAAN MODAL
Perbelanjaan Modal ialah perbelanjaan yang di buat ke atas pembelian aset – aset
tetap untuk digunakan dalam perniagaan. Termasuklah kos perolehan aset tersebut sehingga
ia dibawa masuk ke dalam perniagaan. Perbelanjaan modal ini akan dimasukkan ke dalam
kunci kira – kira kerana ia menambahkan nilai buku aset tetap. Faedah daripada
perbelanjaan modal tidak terhad kepada satu tempoh perakaunan sahaja dan boleh
digunakan berulang kali serta tahan lama. Faedah ini bukan sahaja dalam tempoh semasa,
tetapi juga dalam tempoh masa depan. Ia tidak boleh dditunjukkan dalam AKAUN UNTUNG
RUGI.
4.2.4.3 FORMAT PENYATA AKAUN PERKILANGAN, PERDAGANGAN DAN
UNTUNG RUGI ( UNTUNG / RUGI KASAR )
PENYATA AKAUN PERKILANGAN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGIBAGI TAHUN BERAKHIR 31 HB DISEMBER 20XX
NOTA RMPENDAPATANPenerimaan Jualan (X.X) XXXXX
TOLAK : KOS PENGELUARANStok Awal XXXX
44
Belian XXXXUpah dan Elaun Buruh XXXXPlastik dan Pembungkusan XXXXSewa XXXXMinyak Diesel / Pemesinan XXXXElektrik dan Air XXXXAlatganti Mesin XXXXSelenggaraan Mesin XXXXPercetakan XXXSusutnilai (2) XXXX
XXXXXX
TOLAK : Stok Akhir (XXXX)
XXXXXX
UNTUNG KASAR XXXXX
4.2.4.4 FORMAT PENYATA AKAUN PERKILANGAN, PERDAGANGAN DAN
UNTUNG RUGI ( UNTUNG / RUGI BERSIH )
PENYATA AKAUN PERKILANGAN PERDAGANGAN DAN UNTUNG RUGIBAGI TAHUN BERAKHIR 31 HB DISEMBER 20XX
20XX
45
NOTA RM
UNTUNG KASAR XXXXX
TOLAK : KOS PENTADBIRANGaji / Kakitangan (3) XXXXXEPF / SOCSO XXXXElektrik dan Air XXXXTelefon XXXSetem dan Pos XXXSewa (4) XXXXLesen XXXKendalian Kenderaan XXXXPengangkutan XXXXYuran Perakaunan XXXRawatan Perubatan XXXYuran Persatuan XXXBuku Cek dan Lain - Lain XXXAlatan Pejabat XXDerma XX
XXXXX
UNTUNG BERSIH XXXXX
4.2.5 NOTA KEPADA PERAKAUNAN
Tujuan Nota Kepada Perakaunan disediakan adalah bertujuan sebagai rujukan
kepada penyata – penyata akaun yang dibuat. Ianya merangkumi dasar perakaunan bagi
asas perakaunan, aset tetap dan susutnilai, stok, pengiktirafan pendapatan dan jenis aktiviti
utama perniagaaan.
4.2.5.1 FORMAT NOTA KEPADA AKAUN
46
NOTA - NOTA KEPADA AKAUN BERAKHIR PADA 31HB DISEMBER 20XX
1. DASAR PERAKAUNAN 1.1 Asas Perakaunan
Perakaunan kewangan perniagaan disediakan mengikut KonvensiKos Sejarah
1.2 Aset Tetap & SusutnilaiAset Tetap telah dinyatakan pada harga kos setelah ditolak susutnilaiterkumpul. Susutnilai dikira berdasarkan Garis Lurus mengikut jangkamasa aset -aset tersebut digunakan.
1.3 StokStok dinilai pada harga kos bersih atau harga pasaran bersih yang mana lebih rendah
1.4 Pengiktirafan PendapatanPerolehan pendapatan adalah diwakili oleh semua jualan tunai dan bil - bil yang diinvoiskan penerimaan lain dan faedah
1.5 Aktiviti Utama PerniagaanAktiviti utama ialah membekal & menjual perabot
2. ASET TETAP Susutnilai Susutnilai Baki Pada
Kadar Kos Semasa Terkumpul 31/12/20XX
% RM RM RM RM
Ubahsuai Kedai xx % xxxx xxx xxxx xxPerabot Kedai xx % xxxx xxx xxx xxxx
xxxxxx xxxxx xxxxxx xxxxx
47
4.3 KESIMPULAN
Penyata Akaun adalah penyata wajib yang perlu disediakan oleh peniaga sama ada
bagi peniaga yang menjalankan perniagaan Milikan Tunggal, Perkongsian, Syarikat Sendirian
Berhad dan sebagainya. Ianya amat penting disediakan kerana dengan berpandukan
penyata yang dibuat, seseorang peniaga dapat menilai sendiri prestasi perniagaannya sama
ada memperolehi keuntungan dan kerugian serta peratus keuntungan yang diperolehi
berbanding tahun – tahun perakaunan yang lepas. Dari situ, peniaga dapat merancang
strategi baru untuk meningkatkan prestasi perniagaan serta mengkaji kelemahan –
kelemahan yang ada seterusnya membaiki kelemahan tersebut agar perniagaan mencapai
peningkatan dan kemajuan pada masa – masa akan datang.
48
BAB 5
PERCUKAIAN
5.1 PENGENALAN
Cukai boleh didefinisikan sebagai satu kenaan atau potongan wajib yang dikenakan ke
atas jumlah pendapatan individu atau syarikat mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Terdapat beberapa pendapatan yang boleh dikenakan potongan cukai, antaranya ialah
ke atas perniagaaan, pengajian, faedah dan dividen, sewa, royalti dan premium serta ke atas
lain – lain pendapatan.
Malaysia mengamalkan sistem cukai pelbagai atau ‘multiple tax system’. Dalam
sistem cukai pelbagai, cukai digolongkan dalam dua kumpulan yang utama iaitu Cukai
Langsung dan Cukai Tak Langsung. Cukai Langsung terdiri daripada Cukai Pendapatan
Perseorangan, Cukai Pendapatan Syarikat, Cukai Pendapatan Petroleum, Cukai
Pembangunan, Cukai Harta Pusaka dan sebagainya. Cukai Tak Langsung pula terdiri
daripada Cukai Eksport, Cukai Import, Cukai Eksais, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.
49
Cukai Langsung ialah sejenis cukai yang harus dibayar terus kepada pihak berkuasa
dan ianya tidak boleh dipindah atau dialih kepada pihak yang lain.
5. 2 JENIS – JENIS CUKAI
5.2.1 CUKAI PENDAPATAN PERSEORANGAN
Cukai Pendapatan Perseorangan ialah cukai yang dibayar oleh seseorang atas daya
pengeluarannya dalam bentuk pendapatan, sama ada dari sumber dalam negeri mahupun
sumber luar negeri. Pendapatan Perseorangan di beri beberapa potongan sebelum
dikenakan cukai. Potongan – potongan tersebut termasuklah Elaun Peribadi, Elaun Isteri,
Elaun Anak – Anak, Elaun Sedara Tanggungan, Sumbangan Atas Insurans, Caruman
Kumpulan Simpanan Wang Pekerja dan Derma Bakti. Pendapatan Perseorangan selepas
menolak potongan – potongan tersebut merupakan Pendapatan Boleh Cukai.
Di Malaysia, Cukai Pendapatan Perseorangan adalah bersifat progresif. Cukai ini
berdasarkan prinsip keupayaan untuk membayar. Dengan perkataan lain, kumpulan yang
berpendapatan tinggi akan dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi akan dikenakan kadar
cukai yang lebih tinggi dan kumpulan yang berpendapatan rendah akan dikenakan kadar
cukai yang rendah. Tujuan kerajaan Malaysia mengenakan Cukai Pendapatan Perseorangan
yang bersifat progresif adalah untuk mengagihkan semula kekayaan dalam negara.
5.2.2 CUKAI PENDAPATAN SYARIKAT
Cukai ini dikenakan ke atas keuntungan yang diperoleh oleh syarikat – syarikat yang
terdapat dalam negara. Pendapatan syarikat diberi beberapa potongan sebelum dikenakan
cukai. Potongan – potongan tersebut termasuklah Elaun Susut Modal dan Faedah Modal
yang dipinjam. Selain itu, potongan khas juga diberi kepada syarikat – syarikat yang
berorentasikan eksport dan syarikat – syarikat perintis. Di Malaysia, Cukai Pendapatan
50
Syarikat dikenakan ke atas syarikat – syarikat dengan kadar secara rata, iaitu sebesar 35%
daripada Pendapatan Boleh Cukai.
5.2.3 CUKAI PENDAPATAN PETROLEUM
Sejak tahun 1973, Cukai Pendapatan Petroleum telah dikenakan ke atas syarikat –
syarikat petroleum yang ada di Malaysia. Sumbangan cukai ini semakin meningkat dan
menjadi hasil cukai yang penting kepada kerajaan Malaysia.
5.2.4 CUKAI HARTA PUSAKA
Cukai ini dikenakan ke atas harta – harta peninggalan yang dipindah dari seorang ke
seorang yang lain. Beban Cukai Harta Pusaka jatuh ke atas mereka yang akan menerima
harta tersebut. Kadar cukai yang dikenakan adalah berasaskan nilai harta semasa. Tujuan
kerajaan mengenakan cukai harta pusaka adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan di
antara orang kaya dengan orang miskin.
5.2.5 CUKAI HARTA BENDA
Cukai ini dikenakan atas harta benda nampak. Ini termasuk rumah, bangunan dan
tanah.
5.2.6 CUKAI PEMBANGUNAN
Cukai ini dikenakan atas pendapatan perniagaan dan pendapatan yang bersumberkan
dari harta benda.
5.3 KESIMPULAN
51
Berdasarkan huraian sebentar tadi, dapat disimpulkan bahawa Sistem Cukai
Pelbagai yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia mengandungi cukai – cukai progresif,
berkadar dan regresif. Cukai Pendapatan Perseorangan yang progresif membolehkan
kerajaan mengagihkan semula pendapatan masyarakat. Akan tetapi, Cukai Pendapatan
Perseorangan yang terlalu tinggi akan menghalang keinginan orang ramai untuk bekerja,
menabung dan melabur. Oleh sebab itu, kadar cukai yang dikenakan atas pendapatan
perseorangan yang boleh dicukai melebihi RM 100,000.00 telah turun menjadi 34%.
Penurunan Kadar Cukai Pendapatan Perseorangan akan menggalakkan orang ramai bekerja
lebih kuat dan golongan kaya akan melabur lebih banyak.
Selain itu, Sistem Cukai Pelbagai akan menjaminkan beban cukai ditanggung oleh
orang ramai yang lebih luas. Sebagai contoh, Cukai Pusaka dan Cukai Harta Benda
ditanggung oleh orang kaya yang memilikinya manakala Cukai Kastam dan Cukai Eksais
ditanggung pula oleh orang yang membeli barangan tersebut.
Pendek kata sistem pelbagai ini membolehkan kerajaan memperoleh hasilnya
daripada berbagai – bagai sumber. Yang lebih penting sistem ini menjamin pengagihan
pendapatan yang lebih setara dalam masyarakat.
5.4 SISTEM TAKSIRAN CUKAI
Dalam tempoh latihan industri antara bulan Januari hingga Jun, saya hanya
ditugaskan menyiapkan akaun yang tertunggak, pelanggan yang di saman dan dikompoun
kerana lewat atau tidak menghantar penyata untuk satu tempoh perakaunan. Ramai orang
sibuk menyediakan Penyata Taksiran Cukai Pendapatan Individu untuk diserahkan kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ).
Ahli perniagaan pula perlu menyerahkan Penyata Taksiran Cukai bagi perniagaan
mereka sebelum akhir Jun setiap tahun.
52
Pengenalan SISTEM TAKSIRAN SENDIRI (STS) oleh LHDN adalah satu perubahan
yang besar dalam Sistem Kutipan Cukai. Kaedah ini secara langsung memaksa setiap
individu yang layak membayar cukai memahami cara Pengiraan Cukai. Ia juga akan
membantu LHDN membuat kutipan dengan lebih cekap. Mengikut peruntukan undang –
undang, LHDN menetapkan pekerja supaya memulangkan ‘Borang BE’ selewat – lewatnya 30
April atau ‘BORANG B’ bagi peniaga selewat – lewatnya 30 Jun. namun, terdapat juga para
pelanggan yang tidak mengetahui tarikh sebenar perlu dihantar penyata akaun dan
sepanjang tempoh saya menjalankan latihan industri, saya terpaksa menyiapkan penyata
akaun yang tertunggak berkenaan.
5.5 EMPAT JENIS CUKAI PERLU DIBAYAR
Jenis cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia terbahagi kepada empat iaitu Cukai
Pendapatan, Cukai Petroleum, Cukai Keuntungan Tanah dan Duti Setem. Skop
Pencukaian bagi cukai pendapatan terbahagi kepada beberapa bidang :
5.5.1 INDIVIDU PEMASTAUTIN
Dikenakan cukai atas pendapatan diperoleh di Malaysia dan pendapatan diterima di
Malaysia.
5.5.2 INDIVIDU BUKAN PEMASTAUTIN
Hanya dikenakan cukai atas pendapatan yang diperolehi di Malaysia sahaja.
5.5.3 SYARIKAT BUKAN PEMASTAUTIN
Dikenakan cukai atas pendapatan diperoleh di Malaysia dan pendapatan dibawa
masuk ke Malaysia dari punca luar Malaysia.
53
5.5.4 SYARIKAT BUKAN PEMASTAUTIN
Tertakluk kepada cukai Malaysia apabila ia menjalankan perniagaan menerusi
pertubuhan tetap di Malaysia dan hanya dikenakan cukai ke atas pendapatan diperoleh di
Malaysia. Antara pendapatan yang dikenakan cukai :
i. Perolehan atau kenutungan sesuatu perniagaan bagi sesuatu tempoh
ii. Perolehan atau keuntungan daripada sesuatu penggajian
iii. Dividen, faedah atau diskaun
iv. Sewa, royalti premium
v. Pencen ,anuiti atau lain – lain bayaran berkala bukan di bawah mana –
mana perenggan terdahulu
vi. Perolehan atau keuntungan bukan di bawah mana – mana perenggan
terdahulu
vii. Kelas pendapatan khas
Pengecualian Cukai Individu pula membabitkan tambang perjalanan, manfaat
perubatan dan pergigian, ganjaran persaraan, pampasan kehilangan pekerjaan, pencen
(persaraan wajib umur atau atas sebab kesihatan), ganjaran kematian, biasiswa kematian,
biasiswa, pendapatan individu bermastautin di Malaysia berhubung penampilan dalam
persembahan kebudayaan di luluskan oleh Menteri.
Cukai Keuntungan Harta Tanah membabitkan keuntungan yang boleh dikenakan
cukai diperoleh dari pelupusan tanah dalam Malaysia dan apa – apa kepentingan, opsyen
atau lain – lain hak atau ke atas tanah itu atau pelupusan syer dalam ‘ syarikat harta tanah ‘
tertakluk kepada Cukai Keuntungan Harta Tanah.
5.6 LIMA LANGKAH MUDAH SISTEM TAKSIRAN SENDIRI (STS)
54
Mulai tahun 2005 ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperkenalkan Sistem
Taksiran Sendiri (STS) bagi mewajibkan kira – kira tiga juta Pembayar Cukai Individu
membuat taksiran dan menentukan sendiri jumlah cukai yang perlu di bayar.
STS bagi individu bermula pada tahun 2004 dengan potongan cukai bulanan.
Pelaksanaan STS berdasarkan konsep ‘ Bayar, Taksir Sendiri dan Fail ‘. Di bawah STS,
pembayar cukai diberi kepercayaan melaksanakan tanggungjawab menaksir dan membayar
cukai kepada kerajaan. STS membabitkan 5 langkah iaitu :
5.6.1 LANGKAH PERTAMA
Membuat Pembayaran Cukai
Bagi individu yang menerima pendapatan penggajian, majikan akan membuat potongan
cukai bulanan untuk diremitkan kepada LHDN. Potongan cukai itu akan digunakan untuk
menjelaskan tanggungan cukai bagi tahun semasa. Bagi individu yang menerima
pendapatan perniagaan, bayaran ansuran cukai perlu dibuat berdasarkan notis bayaran
ansuran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN)
5.6.2 LANGKAH KEDUA
Mengisi Borang Cukai Pendapatan
Borang Cukai Pendapatan akan dikeluarkan kepada semua individu yang berdaftar
dengan LHDN. Individu mesti memastikan borang diisi dengan lengkap dan di tandatangani.
5.6.3 LANGKAH KETIGA
Mengira Cukai Yang Kena Bayar
55
Individu dikehendaki mengira sendiri cukai yang kena di bayar mengikut peruntukan
undang – undang.
5.6.4 LANGKAH KEEMPAT
Mengemukakan Borang Cukai Pendapatan
Individu dikehendaki mengemukakan Borang Cukai Pendapatan 2004 yang lengkap
kepada LHDN selewat – lewatnya pada 30 April / 30 Jun 2005.
5.6.5 LANGKAH KELIMA
Membayar Cukai Sebenar
Sekiranya jumlah potongan cukai bulanan atau bayaran ansuran kurang daripada cukai
sebenar yang dikira, pembayar cukai dikehendaki meremitkan perbezaan itu kepada LHDN
selewat – lewatnya pada 30 April 2005 (kes penggajian manakala 30 Jun 2005 untuk kes
perniagaan).
5.7 PANDUAN SISTEM TAKSIRAN SENDIRI
i. Menyimpan Rekod Yang Teratur :
Pastikan rekod disimpan dengan teratur
ii. Jenis – jenis Rekod Yang Perlu Disimpan :
Pendapatan Penggajian : Borang EA, slip gaji dan sebagainya
iii. Pendapatan Perniagaan :
56
Invois jualan dan belian, bil – bil tunai, baucer bayaran, resit rasmi bayaran, penyata
bank, keratan cek dan dokumen lain yang berkenaan. Resit Asal untuk mengesahkan
tuntutan yang dibuat.
iv. Membuat Bayaran :
Pastikan semua bayaran cukai (potongan atau bayaran ansuran) menggunakan
nombor rujukan fail cukai pendapatan, nama dan nombor kad pengenalan yang baru.
Resit Bayaran perlu disimpan.
v. Mengisi Borang Cukai Pendapatan :
Berdasarkan rekod – rekod yang ada, isi Borang Cukai Pendapatan dengan tepat dan
tandatangan di tempat ruang yang disediakan.
vi. Mengira Cukai Yang Kena Dibayar :
Untuk memastikan tiada kesilapan pengiraan, adalah penting untuk mengetahui jenis
pelepasan atau potongan dan rebat yang anda layak tuntut.
5.8 BORANG – BORANG CUKAI
Pada kebiasaannya, borang cukai akan dihantar oleh pihak Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) kepada pelanggan tertentu sahaja. Sekiranya borang cukai belum diterima
oleh pelanggan pada tarikh yang sepatutnya, agen cukaiakan membantu dalam membuat
permohonan tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Sebelum permohonan borang cukai dilakukan, pihak agen perlulah memastikan sumber
pendapatan pelanggan. Sekiranya ia daripada perniagaan, agen mestilah mengetahui
apakah jenis perniagaan yang dijalankan atau ia memperolehi pendapatan melalui
57
penggajian. Ini penting kerana setiap pendapatan mempunyai borang – borang yang
berbeza. Antara jenis borang cukai ialah Borang B, Borang P, Borang BE dan Borang C.
5.8.1 BORANG ‘B’
Borang ini merupakan borang pencukaian bagi perseorangan atau individu. Borang ini
akan di berikan kepada individu yang memperolehi pendapatan melalui perniagaan yang
dijalankan atau penggajian. Biasanya, disudut sebelah kanan bahagian atas borang ada
dinyatakan nombor fail (No. Fail) iaitu ‘OG ‘atau ‘SG‘sebagai rujukan pihak LHDN dan
pembayar cukai (pelanggan). ‘OG ‘bermaksud pembayar cukai yang mendapat hasil
pendapatan melalui sewa bangunan, dividen dan lain – lain. Manakala ‘SG ‘pula ialah untuk
pembayar cukai yang menerima pendapatan melalui penggajian.
5.8.2 BORANG ‘P’
Borang ini khas untuk mereka yang menjalankan perniagaan secara
perkongsian. Disudut sebelah kanan borang terdapat nombor rujukan (No. Rujukan ) sebagai
rujukan pihak LHDN dan pembayar cukai. Nombor rujukan bagi pihak perkongsian ialah ‘D’
dimana ianya menunjukkan perniagaan perkongsian. Dalam boring ini, pembayaran cukai
perlu menerangkan tentang siapa rakan kongsi dan pembahagian untung dan rugi serta
jumlah keuntungan dan kerugian yang diperolehi pada tahun taksiran yang berkenaan.
5.8.3 BORANG ‘E’
Borang ini adalah untuk pelanggan yang ingin mengistiharkan pendapatannya. Ianya
bertujuan untuk mengisi jumlah cukai yang perlu dibayar daripada pendapatan yang
diperolehi melalui penggajian sebagai punca pendapatan utama. Bersama – sama boring ini
disertakan juga salinan penyata ‘EA’ yang ditunjukkan khas bagi pihak pelanggan yang
mendapat pendapatan daripada sektor swasta.
58
5.8.4 BORANG ‘C’
Borang ini adalah untuk pelanggan atau peniaga sendirian berhad.
Walaubagaimanapun, sebelum pengiraan cukai dilakukan akaun syarikat perlulah di audit
terlebih dahulu untuk memenuhi kehendak Akta Syarikat 1965.
5.8.5 BORANG ‘BE’
Setiap individu yang mempunyai pendapatan selain dari punca pendapatan
perniagaan hendaklah mengisi boring BE. Bagi individu yang berkahwin yang memilih untuk
ditaksir berasingan perlu mengisi 2 borang B atau BE iaitu satu untuk suami dan satu lagi
untuk isteri.
Bagi individu berkahwin yang memilih untuk ditaksir bersama dan mempunyai jumlah
pendapatan yang disatukan, sama ada taksiran dibuat atas nama isteri atau suami, kedua –
dua suami isteri perlu mengisi boring B atau BE yang berasingan. Bagi borang B suami atau
isteri yang pendapatannya ditaksir dibawah nama pasangan, beliau perlu mengisi “0”
diruangan C16. Bayaran ansuran atau potongan cukai yang telah dibuat di atas nama beliau
perlu di pindahkan ke ruangan F3 Borang B atau BE pasangan yang dikenakan cukai.
5.9 PENAKSIRAN CUKAI
Saya mula melakukan kerja – kerja Menaksir Cukai Pendapatan pada awal bulan Februari
hingga akhir tempoh latihan. Sepanjang tempoh latihan, saya telah didedahkan dengan
pelbagai perkara baru mengenai Pencukaian. Apa yang dapat saya ringkaskan dalam
mentaksir cukai ialah:
1) Penaksiran Cukai hanya boleh dilakukan ke atas Penyata Kewangan yang telah
diaudit sahaja. Penyata Kewangan yang tidak diaudit tidak akan diterima oleh
pihak LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)
59
2) Penaksiran Cukai bermula dengan jumlah keuntungan atau kerugian yang
diperolehi dalam Penyata Kewangan Beraudit di dalam Akaun Untung Rugi.
Pengiraan ini di buat berdasarkan kepada kadar taksiran dan perundingan yang
telah ditetapkan oleh LHDN
3) Keuntungan dan Kerugian akan dikenakan cukai atau terlepas dari cukai
setelah mengambil kira perkara – perkara berikut :
a. Pendapatan yang ditaksir berasingan (pendapatan yang bukan berpunca
dari kegiatan rasmi perniagaan )
b. Perbelanjaan yang tidak dibenarkan seperti yang digariskan dalam akta
c. Elaun – elaun yang diberikan seperti :
(i) Elaun Modal
(ii) Elaun dan Caj Imbangan
(iii) Elaun Pertanian
(iv) Elaun Pelaburan Semula
(v) Elaun Pelaburan Cukai
d. Kerugian perniagaan tahun lepas
e. Pelepasan – pelepasan untuk isteri dan anak
f. Pelepasan untuk zakat, KWSP, rebet, insurans nyawa dan yang berkaitan.
4) Jumlah cukai yang dikenakan adalah bergantung kepada kategori yang berbeza
iaitu Perkongsian dan Persendirian kepada jadual yang ditetapkan. Manakala bagi
syarikat ialah mengikut peratusan 28% bagi tahun taksiran 99.
5) Borang – borang yang dihantar ke LHDN berbeza di antara satu sama lain
mengikut kategori yang ditetapkan iaitu :
(i) Borang B – Bagi individu yang menerima pendapatan daripada
perniagaan dan punca pendapatan lain
60
(ii) Borang BE – Bagi individu yang menerima pendapatan dari penggajian
sahaja
(iii) Borang C – Borang bagi syarikat – syarikat
(iv) Borang P – Untuk diisi oleh perniagaan perkongsian
6) Borang – borang yang diisi dengan butir yang benar harus dihantar tidak lewat
dari 30 hari bermula dari tarikh boring dikeluarkan kecuali bagi mereka yang
mendapat lanjutan masa melalui permohonan secara bertulis kepada pihak LHDN.
7) Jumlah cukai yang dibayar boleh dikecualikan dari pembayaran apabila pembayar
cukai tersebut dapat memberikan sebab sebab munasabah dari pengecualian
cukai. Ini biasanya dilakukan oleh ajen yang dilantik oleh pihak syarikat.
8) Pengetahuan tentang istilah pencukaian juga penting dalam mentaksir cukai bagi
memudahkan kerja – kerja dilakukan. Istilah – istilah seperti berikut perlu di
fahami :
I. PENDAPATAN TERLARAS (ADJUSTED INCOME)
II. PENDAPATAN BERKANUN (STATUTORY INCOME)
III. PENDAPATAN LARASAN SEMENTARA
IV. PENDAPATAN TERKUMPUL
V. JUMLAH PENDAPATAN
VI. PENDAPATAN KENA CUKAI
61
BAB 6
SISTEM PERAKAUNAN BERKOMPUTER(UBS)
6.1 Pengenalan Perakaunan Ubs
Firma ini membuat akaun dengan menggunakan sistem perakaunan berkomputer
iaitu sistem Perakaunan UBS.
Sistem UBS merupakan sistem yang dapat menyiapkan ke semua rekod kewangan
dan yang ditentukan yang mana menggantikan sistem manual. Kita boleh
menggunakan sistem ini secara bebas mengikut bahagian-bahagian yang boleh
mencantumkan aktiviti perniagaan dengan sistem pengurusan. Ia dapat menyiapkan
laporan perakaunan secara menyeluruh dan yang istimewanya ia dapat memudahkan
tugas-tugas dalam sistem pengurusan. Sistem UBS dapat menjalankan operasi
dengan sesiapa sahaja ysng mempunyai pengetahuan tentang asas perakaunan.
Kebanyakan pelatih Latihan Industri telah mengetahui cara-cara penggunaansistem
UBS ini kerana telah mempelajari semasa semester 3. Penggunaan UBS ini dapat
menyiapkan rekod-rekod perakaunan dengan cepat, dan mempunyai pengkelasan
yang tersendiri.
62
6.2 Perakaunan Sistem UBS (Pelanggan)
UBS merupakan sistem yang mempunyai reka bentuk yang khusus untuk firma yang
disah menurut undang-undang perakaunan. Sistem ini membantu untuk
mengekalkan penerangan perakaunan yang terperinci untuk pelanggan dan beberapa
maklumat asal seperti jumlah pinjaman, jumlah belian, jumlah jualan dan sebagainya.
Sistem UBS dapat membantu untuk menyampaikan maklumat secara serta merta dan
berkesan kepada pelanggan. Sistem ini mudah disusun, mudah dioperasikan
sehingga boleh membawa sesuatu syarikat itu ke tahap yang lebih tinggi.
Di Syarikat Shaifuddin & Partners, semasa saya menjalani Latihan Industri, saya
banyak didedahkan dengan melakukan kerja-kerja perakaunan dan sistem UBS.
Antara syarikat yang saya membuat akaun dengan sistem UBS adalah Syarikat Haji
Muhamad Bin Daud.
Kebanyakan pelanggan di Syarikat Shaifuddin & Partners, memilih perakaunan UBS
ini adalah untuk mengambil insentif dalam peningkatan perniagaan mereka kerana
melalui sistem ini kita dapat mengetahui sama ada sistem perniagaan yang
beroperasi di syarikat mereka bertambah maju atau merosot. Dengan ini, pihak
syarikat terbabit akan memainkan peranan seandainya perniagaan mereka merosot,
iaitu untuk memajukan kembali operasi perniagaan syarikat mereka.
6.3 Fungsi-fungsi Sistem Perakaunan Berkomputer
Perakaunan sistem UBS ini merupakan satu sistem penyediaan akaun yang pantas
dan cekap ke atas setiap syarikat. Sistem UBS ini juga turut menyenaraikan nama-
nama penghutang dan pemiutang yang telah menjalankan urusan perniagaan dengan
syarikat terbabit. Contohnya seperti gambarajah di sebelah yang menunjukkan
perakaunan sistem UBS ini mencatatkan senarai-senarai penghutang dan pemiutang.
Debtors File Maintanance
63
Creditors File maintenance
64
Selain itu juga fungsi-fungsi Penggunaan sistem UBS ini juga merupakan satu sistem
yang tepat dalam menyenaraikan maklumat-maklumat semasa satu urusan yang
berlaku kerana ianya mengasingkan butiran-butiran yang berlaku samaada ianya
65
perbelanjaan (belian) atau pendapatan (jualan). Setiap maklumat yang dicatat dalam
sistem UBS ini diperolehi dari invois-invois pelanggan, bil-bil tunai Simpanan syarikat,
resit-resit pembayaran dan sebagainya. Gambarajah di sebelah menunjukkan
transaksi perakaunan dicatat di dalam sistem UBS.
Transaction File Maintenance
Kebanyakan syarikat menggunakan perkhidmatan perakaunan UBS ini adalah untuk
mengetahui jumlah keuntungan dan kerugian mereka pada setiap tahun untuk
membuat Perbandingan perniagaan mereka dengan tahun sebelumnya. Contohnya
hasil yang diperolehi dari membuat akaun secara sistem perakaunan berkomputer ini
66
ialah seperti gambarajah dibawah yang menunjukkan pendapatan yang diperoleh dan
keuntungan dan kerugian untyuk dibuat Perbandingan, turut terdapat di lampiran B, C,
dan, D.
Trading And Profit & Loss Account
Balance Sheet
67
Sistem perakaunan Berkomputer ini juga digunakan adalah untuk mempercepatkan
akaun-akaun pelanggan kerana Penggunaan sistem UBS ini merupakan satu kerja
yang cepat dapat disiapkan dalam menyiapkan akaun pelanggan dengan tidak
mengambil masa yang lama. Contohnya seperti saya menyiapkan akaun untuk Haji
Muhammad Bin Muda untuk tahun 2007 hanya mengambil masa selama satu bulan
untuk siapkan akaun tersebut.
Sistem Perakaunan Berkomputer ini juga berfungsi untuk pelanggan mengetahui
hutang yang terperoleh dengan memasukkan nilai baki akaun penghutang dan
68
pemiutang di dalam perkara distribute last year aging yang terdapat dalam sistem ini.
Dengan adanya distribute last year aging, kita dapat melihat dengan jelas sudah
berapa bulan kita berhutang dengan seseorang dan ia boleh membantu dalam
membuat perancangan membayar balik hutang tersebut. Begitu juga apabila ia
melibatkan syarikat lain yang berhutang dengan kita. Kita dapat membuat
perancangan untuk memungut hutang tersebut.
6.4 Kesimpulan
Sistem Perakaunan Berkomputer ini adalah sistem satu gerak kerja perakaunan yang
cepat dan tepat. Sistem ini digunakan oleh kebanyakan syarikat-syarikat yang
menjalankan perakaunan. Sistem UBS ini boleh disesuaikan mengikut sel-sel
jawapan yang membenarkan kita membina dan meneruskan tugas-tugas
menyediakan set akaun yang lengkap. Sistem ini mengandungi tiga model iaitu lejar
am, lejar penghutang dan lejar pemiutang. Dalam sistem ini semua orang perlu
memasukkan data kewangan dari punca-punca dokumen yang ada dan dengan serta-
merta dalam masa yang sama senarai jurnal, lejar dan semua laporan Kewangan
yang dapat dibuat tanpa pemindahan.
69
BAB 7
KESETIAUSAHAAN SYARIKAT
7.1 Definisi Kesetiausahaan Syarikat
Kesetiausahaan syarikat adalah melibatkan kerja-kerja yang berkaitan dengan
penubuhan sebuah Syarikat Sdn. Bhd. Mengikut Akta Syarikat 1965. Perlantikan seseorang
setiausaha syarikat dalam syarikat adalah wajib seperti juga perlantikan pengarah –
pengarah. Setiausaha syarikat biasanya di lantik oleh lembaga pengarah dalam Mesyuarat
Lembaga Pengarah. Tugas utama setiausaha syarikat merangkumi urusan hal – hal yang
berkaitan dengan penyediaan dokumem-dokumen syarikat dan perkara-perkara bermula
diperingkat penubuhan sehinggalah keperingkat pembubaran syarikat. Syarikat-syarikat
yang menawarkan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat mestilah mempunyai lesen yang
diluluskan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, RM MANAGEMENT & CONSULTANCY juga
tidak ketinggalan dalam menawarkan perkhimatan kesetiausahaan kepada syarikat klien
terutama bagi syarikat klien yang tidak mempunyai setiausaha khas.
70
Tugas – tugas kesetiausahaan yang ditawarkan adalah bermula awal penubuhan
syarikat sehingga pembubaran syarikat ingin dilakukan.
7.2 Tugas-Tugas Setiausaha Syarikat
a) Memahami dengan jelas kandungan Perlembagaan Syarikat dan
Peruntukan Akta Syarikat 1965.
b) Memastikan segala buku-buku berkanun syarikat adalah sentiasa dalam
keadaan kemas dan teratur.
c) Memastikan semua penyata dan borang yang perlu diserahkan kepada
pendaftar syarikat, di sediakan dalam tempoh yang ditetapkan.
d) Perlu mengatur dan menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah mesyuarat
Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung luar biasa.
e) Menentukan penghantaran notis mesyuarat di dalam tempoh yang
ditetapkan.
f) Menentukan perlantikan tiap-tiap mesyuarat dan minit-minit tersebut
ditandatangani oleh pengerusi syarikat.
g) Menentukan tiap-tiap ahli lembaga pengarah adalah sah dan betul.
h) Menentukan sijil saham dihantar kepada ahli-ahli (pemegang saham)
syarikat.
i) Menentukan rekod perakaunan syarikat disimpan mengikut kehendak Akta
Syarikat 1965.
j) Menentukan syarikat mengadakan mesyuarat agung tahunan yang
pertama dengan menyediakan penyata kewangan selewat-lewatnya tidak lebih
dari 18 bulan dari tarikh penubuhan syarikat dan seterusnya pada tiap-tiap tahun.
k) Syarikat berserta dengan penyata kewangan.
7.3 Pengenalan Syarikat-Syarikat Sendirian Berhad
71
Syarikat sendirian berhad ( syarikat menurut saham ) ini ditubuhkan dengan
mempunyai modal dan tanggungan ahlinya dihadkan kepada saham yang dijelaskan
sekiranya syarikat terpaksa dibubarkan.
Penubuhan syarikat sendirian berhad adalah berbeza sama sekali dengan penubuhan
perniagaan.Ini kerana kedua-dua badan iaitu perniagaan dan syarikat adalah tertakluk
kepada akta yang berlainan. Syarikat persendirian mestilah mengandungi perkataan
“Sdn . Bhd.” atau sendirian berhad dihujungnya. Syarikat sendirian berhad adalah
tertakluk kepada akta Syarikat 1965 dan akta tersebut telah memperuntukkan
beberapa bentuk syarikat berhad yang ditubuhkan dengan syarat-syarat tertentu.
Menurut seksyen 15, akta syarikat 1965, syarikat sendirian berhad ditubuhkan
mempunyai modal dan memorandum atau perkara persatuan telah memperuntukkan
syarat-syarat berikut :
7.3.1 Menghadkan Hak Pindahmilik syarikat
Pindahmilik saham syarikat dikuasai oleh pengarah dan mesyuarat agung
pengarah dan mesyuarat agung boleh memilih mana-mana pindahmilik yang
tidak dipersetujui.
7.3.2 Menghadkan Bilangan Ahli Syarikat kepada 50 orang
Keahlian dihadkan kepada 50 orang sahaja. Bilangan ini mengambil
pemegang saham bersama sebagai satu dan tidak mengambilkira mana-mana
orang dalam pekerjaan syarikat itu atau susidiarinya atau mana-mana orang
yang semasa dahulu dalam pekerjaan susidiarinya adalah terus menjadi ahli
syarikat. Sekiranya bilangan ahli melebihi 50 orang, maka syarikat hendaklah
memasukkan statusnya menjadi syarikat berhad.
72
7.3.3 Melarang Jemputan Kepada Orang Ramai Membeli saham atau Debentur
syarikat
Syarikat dilarang membuat sebarang iklan menjemput orang ramai membeli
saham dan debenturnya. Saham syarikat dijual secara lisan kepada saudara
mara atau sahabat handai untuk menghadkan bilangan ahlinya.
7.3.4 Melarang mempelawa orang ramai untuk mendepositkan wang dengan
tujuan untuk mendapatkan faedah atau sebaliknya.
Syarikat dilarang memuatkan jemputan tersebut kerana ia adalah diluar
bidang kuasa yang diberikan kepadanya.
7.4 Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad
Ciri-ciri syarikat sendirian berhad adalah seperti berikut :-
7.4.1 Pembentukan
i. Syarikat sendirian Berhad adalah badan perniagaan yang mempunyai
taraf perundangan sendiri.
ii. Syarikat Sendirian Berhad boleh dianggotai seramai dua hingga lima
puluh ahli sahaja.
iii. Syarikat Sendirian Berhad tidak memerlukan sijil perakaunan
perniagaan untuk memulakan perniagaan.
iv. Syarikat mesti didaftarkan dengan pendaftar Syarikat dibawah akta
syarikat 1965.
v. Syarikat Sendirian Berhad boleh bertindak secara individu untuk
mendakwa dan didakwa, memiliki harta serta membuat perjanjian atas
namanya.
73
7.4.2 Pemilikan
i. Pemilik Syarikat Sendirian Berhad terdiri daripada pemegang syer
yang membeli syer dengan nilai tertentu daripada syer.
ii. Syarikat akan terus wujud walaupun seorang pemegang syer
meninggal dunia.
iii. Kata “ Sendirian Berhad” menjadi sebahagian daripada namanya .
Kata “ Sendirian” bermaksud dimiliki oleh sekumpulan orang
persendirian. Kata “Berhad” pula bermaksud liabiliti pemegang syer
adalah terhad setakat modal yang dilaburkan.
iv. Syer-syer dijual kepada orang-orang tertentu sahaja dan tidak
disenaraikan dibursa saham.
v. Jika syarikat sendirian berhad ini ingin disenaraikan juga dipasaran
saham, maka ia perlu menukar bentuk milikan kepada syarikat umum
berhad.
7.4.3 Pengurusan
i. Pengurusan dikendalikan oleh lembaga pengarah yang terdiri daripada
pemegang-pemegang syer yang terpilih semasa lembaga mesyuarat
agung.
ii. Pengundian berdasarkan satu syer ,satu undi.oleh itu juga seorang
pemegang syer mempunyai 51% syer ia berhak menguasai
pengurusan syarikat.
iii. Dibawah lembaga pengarah terdapat sekumpulan pengurusan dan
kakitangan yang digaji untuk menjelaskan urusniaga syarikat.
iv. Mesyuarat agung tahunan tidak dimestikan.
74
7.4.4 Untung rugi
i. Syarikat sendirian berhad tidak perlu mengumumkan untung rugi dan kunci
kira-kira kepada orang ramai
ii. Walaubagaimanapun akaun-akaun tersebut mestilah diaudit dan dihantar
kepada pendaftar syarikat.
iii. Pembahagian keuntungan syarikat berhad kepada pemengang syer yang
dipanggil dividen.
iv. Kadar dividen ini dicadangkan oleh lembaga pengarah dan diluluskan oleh
pemegang-pemegang syer dalam mesyuarat agung tahunan.
v. Terdapat dua jenis dividen yang dibayar pemegang syer itu dividen interim
atau dividen sementara dan dividen akhir.
vi. Dividen interim ialah dividen yang dibayar setelah keuntungan tahunan
sebenar diketahui.
vii. Dividen akhir ialah dividen yang dibayar setelah keuntungan tahunan
sebenar diketahui.
7.4.5 Cukai
i. Cukai syarikat sendirian berhad adalah 35% daripada keuntungan ang
diperolehi.
ii. Untuk menubuhkan syarikat sendirian berhad , beberapa turutan
borang hendaklah disertakan kepada pendaftar syarikat.
iii. Borang – borang boleh didapati disyarikat –syarikat perunding
pengurusan dan perakaunan atau berhubung terus dengan pejabat
pendaftaran syarikat.
7.5 Penubuhan Syarikat
Terdapat beberapa prosedur yang telah diatur oleh pendaftar Penubuhan Syarikat
(ROC) bagi melicinkan perjalanan pendaftaran penubuhan syarikat. Prosedur-
prosedur adalah seperti berikut :-
75
7.5.1 Permohonan Mencari Nama Syarikat
Kebiasaannya pelanggan yang mahu menubuhkan syarikat akan
mencadangkan beberapa nama yang bersesuaian bagi tujuan tersebut. Jika
nama yang dicadangkan melebihi daripada satu, maka carian nama secara
manual dengan menggunakan komputer yang telah disediakan oleh pihak
pendaftar syarikat akan dibuat oleh kakitangan contohnya seperti saya. Carian
nama yang dibuat secara manual ini dibuat bagi mengelakkan persamaan
nama yang digunakan oleh syarikat-syarikat yang lain. Contohnya nama Mega
Sdn.Bhd. dan Perdana sdn.Bhd. yang terpaksa ditolak kerana sudah
mempunyai pelanggan yang menggunakan nama tersebut.
Jika nama yang dicadangkan dipersetujui oleh bakal-bakal pengarah, maka
carian nama akan dibuat dengan menggunakan borang 13A. Maklumat-
maklumat yang terdapat dalam borang 13A ialah ;-
a) Nama Syarikat yang dipilih
b) Tarikh permohonan
c) Singkatan / makna nama sekiranya nama yang dipilih adalah
bukan mengikut nama di kad pengenalan
Sebelum borang ini diserahkan kepada pendaftar Pertubuhan Syarikat,
terlebih dahulu borang ini akan ditandatangani oleh Pengarah Urusan dan
pembayaran sebanyak RM 30.00 perlu dijelaskan secara tunai atau cek
sebagai sebagai bayaran proses permohonan. Borang 13A ini akan
disediakan sebanyak 2 salinan dan kesemuanya akan dihantar kepada ROC.
7.5.2 Kelulusan Nama ( Borang 13A)
76
Kebiasaannya masa yang perlu untuk memproses borang carian nama ialah
selama 1 minggu. Dalam tempoh tersebut jika nama yang dicadangkan
diluluskan oleh pendaftar pertubuhan syarikat maka surat kelulusan nama
akan dikeluarkan ( Lihat Lampiran ) berserta dengan tarikh kelulusan nama
dan ditandatangani oleh pegawai bertugas Pendaftaran penubuhan syarikat.
Jika nama yang dicadangkan mempunyai persamaan dengan nama yang
telah digunakan maka surat ”Query” dikeluarkan terlebih dahulu sebelum surat
kelulusan nama. Surat ini bermaksud meminta bakal pengarah menambah
nama asal ataupun mengurangkan nama yang telah sedia ada supaya tidak
mempunyai persamaan nama dengan nama yang telah digunakan.
7.5.3 Dokumen / Borang sebelum Penubuhan Syarikat
Antara borang-borang sebelum penubuhan yang perlu diserahkan ke pejabat
pendaftar syarikat ( ROC ) ialah :
i. Borang 6
ii. Borang 48 A
iii. Memorundum dan perkara persatuan
iv. Lampiran
i. Borang 6
Borang 6 ini adalah borang pengakuan sumpah yang mana
terdapat di dalam seksyen 169 (2) Akta Syarikat 1965. pengakuan
ini mestilah dibuat oleh individu yang dinamakan sebagai pengarah,
setiausaha syarikat, peguam atau akauntan yang terlibat di dalam
pembentukan syarikat tersebut. Perakuan bersumpah ini
berhubung dengan pengakuan bahawa segala syarat-syarat dan
keperluan Akta syarikat 1965 telah dipenuhi. Segala peraturan
yang tertera pada M&A yang ditandatangani perlu dipatuhi dibawah
akta tersebut.
77
Di dalam borang ini, perkara yang perlu dinyatakan ialah
nama ahli lembaga pengarah utama, no.kad pengenalan, alamat
kediaman, tarikh lahir dan hendaklah ditandatangani oleh seorang
pengarah atau setiausaha syarikat.
ii. Borang 48 A
Ianya adalah mengenai pengakuan berkanun oleh penaja atau
pengarah. Setiap individu sebelum dilantik menjadi pengarah /
penaja perlu membuat pengakuan bahawa beliau bukanlah
seorang yang diisytiharkan muflis dan pernah dihukum sama
ada di dalam negara atau di luar negara berhubung dengan
apa-apa kesalahan mengenai penajaan, pengurusan syarikat
atau mana-mana kesalahan berhubung dengan penipuan atau
pecah amanah. Pengakuan seperti ini perlu di buat di hadapan
pesuruhjaya sumpah iaitu sebagai saksi terhadap pengakuan
yang dibuat. Pesuruhjaya Sumpah itu akan menandatangani
borang berkenaan setelah pengakuan dibuat dengan jelas.
Kesemua ini terkandung di dalam seksyen 16( 3A ) dan 123
(4 ) Akta Syarikat 1965.
iii. Memorandum dan Perkara Persatuan
Memorandum dan perkara Persatuan mengandungi :
a. Memorandum persatuan
Memorandum persatuan adalah mengenai kuasa–kuasa dan
batasan sesebuah syarikat. Perkara – perkara yang perlu ada
di dalamnya adalah seperti berikut :-
i. Nama syarikat ( Nama yang telah diluluskan oleh
ROC ).
ii. Pejabat pendaftar mestilah di Malaysia.
78
ii. Objektif dan kuasa syarikat.
iii. Tangungan ahli adalah terhad.
iv. Nama, alamat dan pekerjaan penaja syarikat.
v. Bayaran modal saham syarikat dan pecahannya kepada
unit-unit saham yang nilai nominalnya ditetapkan. Yuran
pendaftaran ke atas modal adalah berasaskan kepada
jumlah yang dicatatkan dalam memorundum persatuan..
vi. Satu kenyataan yang menyatakan bahawa penaja-
penaja syarikat berhasrat untuk menubuhkan syarikat
dan bersetuju menulis dengan tulisannya sendiri
bilangan saham yang telah dipersetujui.
b. Perkara-perkara persatuan
Perkara-perkara persatuan adalah merupakan peraturan-
peraturan dalaman bagi sesebuah syarikat dengan ahlinya
seperti di “ Table A” di dalam jadual keempat, akta syarikat.
Antara kandungan yang terdapat didalam persatuan ialah :
i. Definisi persatuan
ii. Definisi sdn.bhd.
iii. Modal syarikat dan saham
iv. Mesyuarat agung
v. Lembaga pengarah utama
vi. Setiausaha syarikat pertama
vii. Cop mohor syarikat
viii. Dividen dan simpanan
ix. Akaun dan audit
x. Nama, alamat dan pekerjaan penaja persatuan dan lain-
lain.
xi. Lampiran A
Memorandum dan perkara persatuan perlu diketahui dengan lebih mendalam
oleh pengarah-pengarah dan pemegang saham ke atas kandungan
79
memorandum dan perkara persatuan terletaknya kuasa-kuasa dan peraturan-
peraturan yang perlu dipenuhi oleh mereka.
Ia merupakan lampiran yang mengandungi nama syarikat, objektif utama,
modal dibenarkan, alamat pejabat didaftarkan, butir-butir pengarah dan butir-
butir setiausaha.
7.5.4 Cukai Setem / Duti Setem
Prosedur yang seterusnya ialah mendapatkan cukai setem ( duti setem)
daripada Lembaga Hasil Dalam negeri ( LHDN ) untuk Memorandum &
Articles Of Association ( M&A ) mengenai tujuan penubuhan syarikat ( Object
clause ). Pada masa ini pembayaran akan dibuat sebanyak RM 220.00 untuk
2 salinan memorandum. Tujuan dicukaikan setem juga ialah membuktikan dan
mengesahkan yang tujuan penubuhan tersebut (object clause ) sudah
dipersetujui oleh semua bakal pengarah dan ianya akan menjadi bukti apabila
tiba masa syarikat diaudit oleh juruaudit yang telah dilantik oleh syarikat. Di
samping itu juga, tujuan mendapatkan cukai setem bagi ( object clause )
adalah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pendaftar penubuhan syarikat
sewaktu memfailkan borang penubuhan nanti. Pihak pendaftar penubuhan
syarikat hanya akan menerima Memorandum & Articles Of Association yang
telah dicukaikan setem sahaja.
7.5.5 Penyerahan Dokumen Penubuhan
Proses yang seterusnya ialah menyerahkan maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan penubuhan syarikat bersama-sama memorandum yang
telah dicukaikan setem bagi mendapatkan kelulusan sijil syarikat.Pada masa
ini maklumat yang akan dihantar ialah :
a) Borang 48A - perlu dihantar 2 salinan yang telah siap ditandatangani
oleh setiap ahli lembaga pengarah berserta tarikh permohonan
80
dibuat dan terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada
Pesuruhjaya Sumpah Malaysia ( PJSM )
b) Salinan kad pegenalan kesemua ahli lembaga pengarah yang
telah bersetuju menerajui syarikat.
c) Borang 6 iaitu borang singkatan untuk senarai ahli lembaga
pengarah , tujuan penubuhan syarikat ( object clouse ) , jumlah
modal dibenar dan dibayar yang telah dipersetujui, nama dan alamat
setiausaha syarikat dan alamat berdaftar syarikat.
d) 2 salinan Memorandum & Articles of Association yang telah dicukai
setem ( duti setem) dan diberi nombor rujukan ( reference )
e) Pembayaran atas nama pendaftaran penubuhan syarikat ( ROC )
sebanyak RM 100,000.00 manakala RM 4,000.00 jika modal
permulaan ialah RM 500,000.00. Segala pembayaran boleh dibuat
samada dengan menggunakan cek ataupun tunai terpulang kepada
kemudahan yang digunakan oleh syarikat setiausaha.Bagi syarikat
saya,kebiasannya menggunakan cek untuk membuat sebarang
pembayaran.
f) Cover lampiran keseluruhan borang yang dihantar.
7.5.6 Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat)
Dalam tempoh dua minggu jika tiada sebarang kesilapan terhadap proses dan
prosedur penubuhan syarikat ,maka sijil syarikat(Borang 9) akan dikeluarkan
oleh Pendaftar Pertubuhan Syarikat (ROC). Dalam sijil ini , maka akan tertera
nombor pendaftaran syarikat, nama syarikat yang telah dipersetujui, tarikh
penubuhan syarikat dan juga sijil ini akan ditandatangani oleh pegawai
Pendaftar Pertubuhan Syarikat. Bermula daripada penerimaan sijil syarikat
ini,barulah bakal-bakal kontraktor ini boleh memulakan aktiviti perniagaan.
7.6 Pembubaran Syarikat
7.6.1 Borang-Borang Selepas Penubuhan
81
Selepas ditubuhkan, syarikat hendaklah menyediakan mesyuarat pertama
Lembaga Pengarah dalam masa satu bulan dari tarikh penubuhan syarikat.
Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk meluluskan beberapa perkara
berhubung dengan 2 pendaftar syarikat. Selepas mesyuarat tersebut, tiap-tiap
syarikat di kehendaki memfailkan borang-borang berikut dengan pejabat
Pendaftar syarikat ( ROC ) tidak lewat dari satu bulan dari tarikh penubuhan.
Borang-borang tersebut adalah :-
i. Borang 24
ii. Borang 4
iii. Borang 49
i. Borang 24
Ianya adalah borang yang menyatakan secara terperinci jumlah
peruntukkan saham atau syer, jumlah nominal, kelas-kelas saham
modal yang dibenarkan dan modal berbayar oleh setiap pengarah
yang terlibat dan sebagainya yang terkandung dalam peruntukkan
Akta Syarikat 1965 seksyen 54(1). Seperti dokumen yang lain, borang
ini juga perlu diperbaharui pada setiap tahun kerana kadangkala
terdapat pembelian atau penjualan syer yang dibuat. Borang ini juga
perlu ditandatangani oleh pengarah utama syarikat klien dan pengarah
syarikat Mcm Management & Services Sdn. Bhd.
ii. Borang 44
Adalah mengenai alamat dan waktu kerja pejabat berdaftar syarikat
tersebut. Di pejabat berdaftar syarikat ini semua buku-buku berkanun
syarikat disimpan. Biasanya pejabat setiausaha syarikat digunakan
sebagai pejabat berdaftar syarikat. Contohnya, sekiranya sesebuah
syarikat itu menggunakan khidmat syarikat ini, maka alamat Syarikat
Management & services Sdn. Bhd. Perlulah dinyatakan pada borang
82
berkanun dan perlu ditandatangani oleh pengarah syarikat tanda
setuju.
iii. Borang 49
Adalah butir-butir mengenai lembaga pengarah, pengurus dan
setiausaha syarikat mengikut buku daftar. Apa-apa perubahan
mengenai perubahan tersebut hendaklah diserahkan kepada ROC
melalui borang ini. Borang ini perlu dipenuhi pada setiap tahun
terutamanya jika syarikat ada membuat sebarang perubahan. Selain
daripada nama-nama pengarah yang terlibat, butiran diri seperti
kewarganegaraan pengarah, tarikh lahir, alamat, tempat kediaman, no.
kad pengenalan dan jawatan yang dipegang sama ada pengarah
urusan atau pengarah biasa. Borang 49 ini hanya perlu ditandatangani
oleh pengarah utama sesebuah syarikat itu.
7.7 Resolusi Bank
Resolusi bank disertakan sekali kepada ahli lembaga pengarah semasa penyerahan
dokumen bersama-sama borang 24, borang 49 dan Memorandum & Articles Of
Association. Tujuan resolusi bank ini ialah menyatakan persetujuan ahli Lembaga
Pengarah untuk menggunakan bank mana sebagai bank syarikat contohnya Eon
Bank Berhad digunakan sebagai bank syarikat dan seterusnya bersetuju untuk
membuka akaun semasa dengan bank tersebut. Dokumen resolusi itu juga
menyatakan tentang siapa yang bakal di beri kuasa untuk menandatangani sebarang
surat menyurat berhubung dengan bank tersebut terutamanya untuk manandatangani
cek dan wang keluar syarikat.
7.8 Pertukaran Ahli Lembaga Pengarah
Didalam sesebuah syarikat, minima ahli lembaga pengarah yang perlu ada semasa
penubuhan ialah 2 orang manakala maksimanya ialah 5 orang. Jika salah seorang
ahli lembaga pengarah mahu menarik diri ( resigned ) maka perlu mencari seorang
ahli lembaga pengarah yang baru untuk dilantik. Seseorang ahli lembaga pengarah
83
boleh memegang saham ataupun tidak dan begitulah sebaliknya. Pertukaran ahli
lembaga pengarah mungkin disebabkan oleh masalah-masalah tertentu contohnya :-
i. Mahu menguatkan syarikat dengan menggantikan orang yang lebih
berpengalaman bagi mendapatkan lesen-lesen kontraktor kelas atasan
contohnya kelas A bagi pusat khidmat kontraktor.
ii. Tidak mahu menanggung kerugian jika syarikat tidak memperolehi
keuntungan dalam aktiviti yang dijalankan.
7.9 Pemindahan Saham Syarikat
Pemindahan saham dilakukan apabila salah seorang ahli lembaga pengarah menarik
diri daripada syarikat ataupun salah seoarang ahli lembaga pengarah tidak mahu lagi
memegang saham syarikat. Sebelum itu, ahli lembaga pengarah yang menarik diri itu
perlu melantik seorang daripada ahli lembaga pengarah yang lain untuk memegang
dan menerima saham yang dimiliki oleh beliau. Sewaktu perpindahan saham ini
dibuat, borang yang digunakan ialah borang 32 A dan mengisi borang penyata surat
bertaip yang telah disediakan. Borang 32A ini menyatakan tentang siapa dan juga
siapa ahli lembaga pengarah yang bersetuju menyerahkan saham ( trasferror ) dan
juga siapa ahli lembaga pengarah yang bersetuju untuk menerima saham ( trasfree ).
Contohnya syarikat AYT Bekal Sdn. Bhd. ( 408661 – M ). Ahli Lembaga Pengarah
yang mahu menyerahkan saham ialah Encik Ahmad Yani Bin Mukhtar manakala yang
menerima saham ialah Mohamad Bakri bin Harun. Jumlah unit saham yang bersetuju
untuk diserahkan ialah sebanyak satu sahaja seperti Memorandum & Articles Of
Association, borang ini juga perlu ditandatangani oleh kedua-dua orang ahli lembaga
pengarah yang bersetuju untuk memberi dan menerima saham tersebut dan juga
perlu dicukai setem mengikut kepada unit saham yang diberikan. Jumlah bayaran
yang perlu dibayar kepada pegawai Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) untuk tujuan ini
ialah sebanyak RM 10.00 bagi setiap satu unit saham yang di pindah milik.
84
7.10 Kenaikan Modal
Kenaikan modal boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada
kemampuan ahli lembaga pengarah. Walaubagaimanapun, kenaikan modal hanya
boleh berlaku sekali kenaikan sahaja dalam masa satu hari dan kenaikan modal yang
lain boleh berlaku pada hari yang lain.
Untuk syarikat sendirian berhad, terdapat 2 jenis modal yang boleh dikategorikan iaitu
modal berbayar ( paid-up capital) dan modal dibenarkan ( authorised capital).
Sewaktu penubuhan syarikat dilakukan, minima modal dibenarkan ialah RM
100,000.00 dan maksima RM 500,000.00 manakala modal dibayar ialah RM 1.00
untuk setiap ahli Lembaga Pengarah.
Lembaga Pengarah yang mahu modal syarikat dinaikkan bolehlah dilakukan selepas
memfailkan penubuhan yang pertama kepada pendaftar Pertubuhan Syarikat
( ROC ). Kebiasaannya modal yang sering dinaikkan oleh ahli lembaga pengarah
ialah modal berbayar kerana sejumlah pembayaran tidak perlu dibuat kepada
Pendaftar Pertubuhan Syatikat ( ROC ) sewaktu difailkan berbanding kenaikan modal
dibenarkan yang perlu dibuat pembayaran bergantung kepada jumlah kenaikan
modal tersebut.
7.10.1 Kenaikan Modal Berbayar (PAID-UP CAPITAL)
Kenaikan modal berbayar boleh dilakukan tidak kira sama ada melalui tunai
ataupun aset tetap contohnya tanah, kenderaan ataupun aset-aset yang lain.
Apabila kenaikan modal dilakukan dengan penyediaan borang 24, terlebih
dahulu kakitangan syarikat seperti saya akan bertanya kepada ahli Lembaga
Pengarah berapa peratus (%) seorang pecahan kenaikan modal antara
mereka. Ada sesetengah ahli Lembaga Pengarah yang membahagikan
kenaikan modal antara mereka sama banyak dan ada juga yang
membahagikan modal ini bergantung kepada jumlah tunai yang mula-mula
dikeluarkan sewaktu awal penubuhan. Contohnya 70% dan 30%.
85
Yang paling penting syaratnya sewaktu kenaikan modal berbayar ialah
jumlahnya mesti sama atau jumlah kenaikan adalah kurang daripada modal
dibenarkan. Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh Pendaftar
Pertubuhan Syarikat ( ROC ) kepada ahli Lembaga Pengarah. Jadi sebelum
kenaikan modal berlaku terlebih dahulu perlu melihat kepada jumlah modal
dibenarkan.
Jika kenaikan modal berbayar melalui tunai, maka tambahan borang akan
dibuat iaitu borang 11 selain daripada borang yang asal iaitu borang 24.
Borang 11 menerangkan tentang jumlah kenaikan modal berbayar dan
pecahan peratus ( % ) antara ahli lembaga pengarah.
Jika kenaikan modal berbayar melalui aset pula, pertambahan borang akan
dilakukan iaitu borang 25. Borang ini menerangkan tentang jenis aset yang
dinaikkan modal dan jumlah modal yang dinaikkan. Kesemua borang ini iaitu
borang 24, 25, dan 11 hanya difailkan di pendaftar Syarikat Malaysia ( ROC )
tanpa dikenakan apa-apa bayaran sewaktu difailkan.
7.10.2 Kenaikan Modal Dibenarkan
Selain salah satu yang membezakan antara modal berbayar dan modal
dibenarkan sewaktu difailkan di Pendaftar Pertubuhan Syarikat ( ROC ) ialah,
sejumlah bayaran yang telah ditetapkan mengikut kepada jumlah kenaikan
dikenakan ke atas modal dibenarkan. Contohnya Syarikat Pasir Trahabun
ingin menaikkan modal dibenarkan daripada RM 100,00.00 ke RM 500,00.00
maka bayaran perlu dijelaskan kepada ROC sewaktu hendak difailkan ialah
RM 2,000.00. Ahli Lembaga Pengarah boleh menaikan modal pada bila-bila
masa sahaja terpulang kepada kemampuan kewangan syarikat. Pertambahan
borang yang perlu dibuat semasa kenaikan modal ini ialah Borang 28. Borang
ini bermaksud menerangkan tentang jumlah modal dibenarkan sahaja yang
dinaikkan. Manakala borang yang lain adalah seperti biasa iaitu borang 24,
dan resolusi “ New Shares Capital.
86
GAMBARAJAH 7.11 Menunjukkan Langkah-Langkah Bagi Penubuhan Syarikat
Sendirian Berhad.
87
Carian nama( Borang 13 A )
Tunggu kelulusan
Nama Daripada
Pendaftar
Pertubuhan
Sediakan borang untuk ditandatangani oleh bakal pengarah
Borang 48 A Borang 24 Borang 49 Memorandum &
Articles Of Association (M&A)
Sijil Syarikat dikeluarkan oleh Pendaftar Penubuhan Syarikat (ROC )
Failkan borang penubuhan
Borang 48 A( 2 salinan )
I/C Lembaga Pengarah
Borang 13 A Surat Kelulusan
Nama Borang 6
( 2 salinan ) Memorandum &
articles Of Association( 2 salinan )
Duti setemMemorandum & Articles Of Associations (Object Clause )Di LHDN2 salinan
Failkan keseluruh maklumat Syarikat di Pendaftar Penubuhan Syarikat ( ROC )
Borang 24 Borang 49 Borang 44
7.12 Mendaftar Perniagaan
Sebelum sesuatu aktiviti perniagaan berjalan, terlebih dahulu perlulah mendaftarkan
perniagaan di SSM( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ) iaitu di bahagian ROB. Ini kerana
ianya merupakan satu syarat kepada orang perseorangan bahawa sesuatu perniagaan
yang hendak dijalankan perlulah mempunyai lesen yang telah diiktiraf oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Dan Ehwal Pengguna mengikut cawangan negeri masing-
masing.
Terdapat borang-borang yang telah disediakan oleh pihak SSM secara percuma
kepada pengguna. Borang- borang tersebut ialah :
i) Borang A ( Pendaftaran Perniagaan )
ii) Borang B1 (Pendaftaran Perubahan Alamat Utama Perniagaan )
iii) Borang B2 ( Pendaftaran Perubahan Jenis Perniagaan )
iv) Borang B3 ( Pendaftaran Perubahan Maklumat Cawangan )
v) Borang B4 ( Pendaftaran Perubahan Maklumat Pemilik )
vi) Borang C ( Penutupan / Penamatan Perniagaan )
7.12.1 Borang A ( Pendaftaran perniagaan )
Bagi orang perseorangan yang hendak memulakan aktiviti perniagaan, maka
perlulah mengisi borang perdaftaran perniagaan bagi memastikan yang perniagaan
tersebut belum lagi didaftarkan sebelum ini. Berhubung dengan Borang A, terdapat
2 jenis bahagian yang boleh dipilih mengikut kehendak pemilik bagi tujuan atas
nama perniagaan iaitu :
88
i) Menggunakan nama pada kad pengenalan sebagai nama perniagaan
ii) Tidak menggunakan nama pada kad pengenalan sebagai nama perniagaan
contohnya menggunakan Mega Enterprise sebagai nama perniagaan.
i. Menggunakan Nama Pada Kad Pengenalan Sebagai Nama
Perniagaan.
Jika orang perseorangan ataupun pengguna hanya menggunakan
nama pada kad pengenalan sebagai nama perniagaan, maka prosedur
untuk mendapatkan daftar niaga boleh dilakukan secara terus tanpa
memerlukan proses yang lain. Pengisian borang boleh dilakukan
terus berpandukan kepada salinan kad pengenalan yang diserahkan
oleh pemilik kepada kakitangan syarikat. Segala maklumat- maklumat
berikut hendaklah disi dengan betul dan tepat. Sebelum dihantar ke
SSM perlu membuat pengesahan terlebih dahulu oleh dari kumpulan
A. Bersama- sama borang ini sewaktu diserahkan kepada SSM ialah
wang pemprosesan borang sebanyak RM40.00 dan juga salinan kad
pengenalan pemilik.
ii. Tidak Menggunakan Nama Pada Kad Pengenalan Sebagai
Nama Perniagaan
Sebelum pengisian borang terlebih dahulu carian nama perlu dibuat
bagi memastikan nama yang dipilih tidak digunakan oleh orang lain.
Nama yang boleh dipilih untuk carian nama adalah tidak lebih daripada
tiga nama dan hanya nama yang terbaik sahaja akan dipilih. Carian
nama ini perlu dibuat pada borang yang telah disediakan iaitu Borang
Kelulusan Nama oleh SSM. Jika nama yang dicadangkan boleh
digunakan dan diluluskan oleh SSM, maka Pegawai SSM akan
menandatangani borang tersebut bagi menandakan yang nama
tersebut sesuai dan boleh digunakan sebagai nama perniagaan.
89
Segala maklumat- maklumat adalah sama dengan borang A yang perlu diisi.
Tetapi bayarannya adalah berbeza dimana pemilik perlu membayar sebanyak
RM70.00 sebagai bayaran pemprosesan.
7.12.2 Borang B1 ( Pendaftaran Perubahan Alamat Utama Perniagaan )
Jika berlaku pertukaran alamat semasa perniagaan sedang dijalankan, maka
pemilik perlulah mengisi borang B1 bagi menandakan yang alamat utama
perniagaan tersebut telah berpindah ke alamat yang baru. Pengisian borang
ini perlu sekiranya apabila ada urusan surat menyuarat antara SSM dan pemilik.
Bayaran yang dikenakan RM 10.00 akan diserahkan kepada SSM
sebagai bayaran pemprosesan.
7.12.3 Borang B2 ( Pendaftaran Perubahan Jenis Perniagaan )
Borang ini akan diisi sekiranya pemilik mahu menambahkan jenis
perniagaan supaya perniagaan menjadi lebih besar dan dapat
mempelbagaikan lagi perniagaan walaupun dalam bidang yang
berlainan daripada jenis perniagaan yang dahulu.
Contohnya sewaktu perniagaan didaftarkan jenis perniagaan ialah ;
Membekal makanan mentah,basah, kering dan bermasak, jualan langsung
avon, wakil insurans berlesen, menjual pakaian dan pengedar alatan
persekolahan.
Namun oleh kerana mahu mempelbagaikan lagi jenis perniagaan
jenis perniagaan menjadi :
Membekal makanan mentah, basah, kering dan bermasak, jualan langsung
avon, wakil imsurans berlesen, menjual pakaian, pengedar alatan persekolahan,
kedai jahitan, kelas tambahan , menjual kereta terpakai dan baru dan pasar mini.
Bayaran perlu disertakan sebanyak RM30.00 sebagai bayaran pemprosesan.
90
7.12.4 Borang B3 (Pendaftaran Perubahan Maklumat Cawangan)
Borang ini biasanya diisi apabila sesebuah perniagaan mempunyai
lebih daripada satu cawangan yang berdaftar. Jika perniagaan tidak
mempunyai cawangan , maka borang ini akan diabaikan . Biasanya,
pengisian borang ini boleh dilakukan apabila mahu menutup cawangan
disebabkan oleh masalah- masalah tertentu seperti perniagaan
mengalami kerugian. Namun borang ini boleh juga diisi apabila
perniagaan mahu mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka
cawangan baru.
Seperti borang B2, bayaran yang dkenakan atas tujuan ini ialah sebanyak
RM30.00
7.12.5 Borang B4 ( Pendaftaran Perubahan Maklumat Pemilik )
Borang B4 ialah borang perubahan maklumat pemilik. Borang ini bermaksud
pemilik mahu menukarkan perniagaan kepada orang lain disebabkan oleh
masalah yang tertentu. Antara masalah yang dihadapi adalah :
a) Pemilik mahu membuka perniagaan yang lain dan dalam masa yang
sama mahu meneruskan perniagaan yang telah sedia ada. Jadi
pemilik telah memindahkan pemilik perniagaan kepada orang lain.
b) Pemilik mahu menjadikan milikan tunggal kepada perkongsian. Maka
perlulah mengisi borang ini menandakan yang perniagaan tersebut
sekarang ini adalah berupa perkongsian dan bukan lagi milikan
tunggal.
c) Salah satu sebab lagi untuk pengisian borang ini ialah kematian
dimana perniagaan sekarang tidak dimiliki oleh sesiapa pun.
d) Perniagaan mengalami kerugian ataupun pemilik asal tidak mahu
menangggung sebarang hutang ke atas perniagaan.
91
Bayaran yang dikenakan adalah RM30.00 bagi setiap perubahan.
7.12.6 Borang C ( Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar )
Borang ini akan diisi apabila pemilik mahu menamatkan aktiviti perniagaan.
Sekiranya sesuatu perniagaan mahu ditamatkan semasa aktiviti perniagaan
masih berjalan, tiada bayaran dikenakan ke atas perniagaan tersebut.
Berlainan pula apabila hendak menamatkan perniagaan sesudah aktiviti
perniagaan sudah tidak berjalan lagi ataupun tempoh perniagaan yang telah
tamat tempohnya. Dalam keadaan ini, maka sejumlah bayaran akan
dikenakan ke atas bergantung kepada lama tempoh perniagaan . Jika jumlah
bayaran yang dikenakan sewaktu menutup perniagaan tinggi, maka boleh
membuat rayuan kepada pegawai atasan.
Antara sebab-sebab penamatan perniagaan adalah :
Pemilik meninggal dunia.
Bankrap
Pembubaran Perkongsian
Perintah Mahkamah
Sesudah memfailkan borang ini kepada SSM, maka secara tidak langsung
perniagaan sudah tidak berjalan dan segala aktiviti perniagaan akan
dihentikan .
7.13 Menyambung Daftar Perniagaan
Daftar niaga yang telah siap telah dikeluarkan oleh SSM telah diberi tempoh masa sesuatu
perniagaan itu boleh berjalan. Biasanya Pendaftar Perniagaan telah menetapkan satu tahun
sebagai tempoh perniagaan. Jikalau tempoh masa hampir tamat, maka daftar perniagaan
tersebut harus disambung bagi membolehkan perniagaan berjalan seperti biasa. Bayaran
yang telah ditetapkan semasa menyambung daftar niaga ialah ialah sebanyak RM25.00.
Namun ada juga sebilangan pemilik yang menyambung daftar niaga setelah tamat tempoh
92
perniagaan. Dalam keadaan ini, sejumlah kompaun/ denda akan dikenakan kepada pemilik
bergantung kepada lama tempoh masa perniagaan tamat.
GAMBARAJAH 7.14 Menunjukkan Langkah-Langkah Bagi Pendaftaran Perniagaan.
Dokumen yang tidak lengkap
Tiada kesedaran dikalangan pelanggan untuk menyiapkan segala dokumen mereka.
Sebenarnya mereka kurang pengetahuan dalam perakaunan perniagaan. Oleh itu,
dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan perbelanjaan dan lain-lain item dibuat
secara anggaran sahaja.
7.15 Ringkasan Kerja Untuk Tugas-Tugas Sebagai Setiausaha Syarikat
93
Carian nama perniagaan melaui borang yang disediakan.( nama mengikut Kad Pengenalan tidak perlu )
Mengisi borang A iaitu borang pendaftaran perniagaan
Nama perniagaan diluluskan oleh pegawai.
Membuat pengesahan di Pesuruhjaya Sumpah di borang tersebut.
Dihantar ke ROB untuk pemprosesan borang tersebut.
Sijil perniagaan siap diproses. Perniagaan mula berjalan.
7.15.1 Ditugaskan untuk menyediakan surat-surat yang berkaitan pertukaran
setiausaha syarikat di dalam semua syarikat sdn. Bhd. Sebelum menyediakan
surat-surat tersebut, terlebih dahulu saya telah diberikan nama setiausaha
terdahulu dan nama setiausaha baharu yang menerima tugas tersebut. Untuk
kes pertukaran setiausaha tersebut, saya ditugaskan untuk menyediakan
Form 49 iaitu surat yang berkaitan dengan pendaftaran pengarah, pengurus
dan juga setiusaha syarikat dan pertukaran nama setiausaha.
7.15.2 Selain itu saya turut di tugaskan untuk menyediakan Annual Form Of Return Of
a Company Having Share Capital of the Sri Bayu Bali Enterprise Sdn.Bhd. untuk
tahun 2008 serta Annual Return Denai Bakti Sdn. Bhd. Dan Setiu Watan Sdn.
Bhd.. Tujuan ianya disediakan adalah untuk mesyuarat tahunan yang wajib
dilakukan sekali setahun bagi syarikat Sdn. Bhd . Antara maklumat yang perlu
disediakan adalah :
Maklumat yang berkaitan tarikh mesyuarat yang terakhir berlangsung
dan tarikh yang akan diadakan mesyuarat tahunan pada tahun
semasa.
Maklumat tentang pemegang-pemegang saham
Maklumat tentang pengarah syarikat
Maklumat tentang setiausaha syarikat dan
Maklumat tentang juruaudit syarikat.
7.16 Kesimpulan
Berdasarkan keterangan di atas, dapat disimpulkan di sini bahawa tugas sebagai
setiausaha syarikat amat penting bagi penubuhan dan perjalanan sesebuah
syarikat. Oleh sebab itu, ianya wajib diwujudkan di sesebuah syarikat sepertimana
wajibnya kewujudan Pengarah dan Juruaudit disesebuah syarikat. Dengan
perlantikan setiausaha, sesebuah syarikat itu boleh menjalankan urusan syarikat
94
dengan lebih terancang dan teratur dalam mencapai matlamat sesebuah syarikat
itu ditubuhkan.
BAB 8
KESIMPULAN
95
Latihan Industri sememangnya memberi pendedahan kepada para pelajar tentang suasana
pekerjaan sebenar. Semasa pelatih menjalani Latihan Industri di Syarikat Shaifuddin Ibrahim
& Partners saya terlebih dahulu diperkenalkan tentang suasana dan struktur Syarikat
Shaifuddin Ibrahim & Partners seperti pekerja-pekerja dan perkhidmatan yang disediakan
dan langkah-langkah yang perlu di buat semasa berada di Syarikat Shaifuddin & partners.
Saya diajar berkenaan dengan pengurusan syarikat, perkhidmatan yang ditawarkan seperti
Percukaian, kesetiausahaan dan Perkhidmatan Pelarasan Kewangan syarikat.
Sepanjang berada di Syarikat Shaifuddin Ibrahim & Partners ini, pelatih banyak menumpukan
berkaitan Kewangan, Percukaian, Pengisian Borang-Borang yang berkaitan akaun, Penyata
Kewangan, Pelarasan Untung Rugi, dan lain-lain lagi. Saya amat terhutang budi dengan
kerani-kerani di syarikat ini kerana banyak mengajar saya sehingga saya mempunyai sedikit
kemahiran berkaitan pengurusan pejabat yang dijalankan.
96
Disamping itu, proses komunikasi antara satu sama lain juga penting dalam tempoh latihan di
syarikat ini. Komunikasi yang saya amalkan di sini telah banyak memberi kebaikan kepada
saya terutama dalam perhubungan antara pekerja dengan saya. Saya juga harus
menghormati mereka yang lebih tua daripada saya dan kedudukan mereka sebagai seorang
pekerja.
Menjalani Latihan Industri juga banyak membantu saya dalam pembelajaran saya kerana
banyak perkara terlebih dahulu saya kenali dan diajar di tempat Latihan Industri contohnya
seperti bidang percukaian.
Pengalaman yang saya timba di syarikat Shaifuddin Ibrahim & Partners akan saya gunakan
ketika saya ingin mendapatkan pekerjaan nanti.
97
BAB 9
KOMEN DAN CADANGAN
Di sini saya ingin memberi satu cadangan iaitu syarikat seharusnya menyediakan Judul
Gerak Kerja supaya pelajar yang terlibat dalam menjalani Latihan Industri di syarikat
mereka tidak akan membuang masa di awal bulan pertama ketika menjalani latihan
industri tersebut.
Mengenai lawatan pensyarah penilai ke tempat latihan pula, seharusnya pensyarah
melawati pelajar sekurang-kurangnya tiga bulan sekali sepanjang tempoh latihan
industri dijalankan. Ini kerana pada tiga bulan pertama mungkin pelajar tidak dapat
menyesuaikan diri di tempat baru dan mungkin memerlukan sokongan dari pensyarah
untuk membantu mengurangkan tekanan permulaan pekerjaan serta membincangkan
cara-cara membuat laporan yang lengkap yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik
setelah tamat Latihan Industri.
Semoga dengan cadangan tersebut pihak Politeknik dapat memperbaiki lagi sistem
latihan ini ke arah yang lebih sistematik.
98
99