Download - REKABENTUK PENGAJARAN
REKABENTUK PENGAJARAN
DISEDIAKAN OLEH:
NORA HANIM JUSOH
&
SITI ZALEHA AB. HAMID
DEFINISI
Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer
dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan
proses membina bahan.
Sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci
untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan situasi
pembelajaran yang memudahkan pembelajaran
sesuatu unit pelajaran berlaku (Richey, 1986)
Satu proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk
pembelajaran yang juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam
sekeliling (Seels dan Richey, 1994)
Reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk
mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan secara
sistematik dan terancang. Dick dan Reiser (1988)
PERKARA ASAS DALAM MODEL REKABENTUK PENGAJARAN
Menentukan keperluan muridMenentukan matlamat dan objektif
Membina prosedur penilaianMereka bentuk dan memilih
strategi penyampaianMencuba sistem pengajaranMenilai keseluruhan sistem
PERANAN & KEPENTINGAN
Menurut Norasiah (2010), dalam buku Teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran, terdapat peranan dan
kepentingan dalam reka bentuk pengajaran.
PERANAN
Meningkatkan Profession Perguruan
Kefahaman Keperluan Penyelesaian Masalah
Fokus pengajaran
KEPENTINGAN
Membantu proses pembelajaran murid secara individu,kumpulan kecil dan kumpulan besar.
Membantu guru memuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid.
Membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran murid akan lebih menarik dan menyeronokkan.
MODEL ASSURE
Satu model yang berorientasikan bilik darjah.
Model ini tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan kepada pengajaran.
Membantu guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media.
6 LANGKAH DALAM MODEL ASSURE
1. A- AnalyzeAnalisis Pelajar: Ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar, Gaya pembelajaran pelajaran
2. S- STATENyatakan Objektif atau Hasil pembelajaran: Siapa yang akan mencapai objektif pembelajaran, Bentuk tingkah laku baharu, Situasi/ syarat perlakuan yang dihasratkan, darjah tahap pencapaian minimum perlakuan.
3. S- SELECT
Pemilihan kaedah media dan bahan sumber: Penentuan kaedah, pemilihan format media, pemilihan bahan sumber
4. U- UTILISE
Gunakan media dan bahan sumber: Langkah - langkah dalam peringkat ini adalah seperti berikut:
1. Semak/pratonton bahan sumber sebelum menggunakannya.2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas3. Sediakan persembahan yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat dari bahan sumber5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
5. R- REQUIRE LEARNERS RESPONSE & PARTLibatkan pelajar dalam pembelajaran : Aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan berasaskan bahan
6. E- EVALUATION Nilai dan semak semula : semasa proses dan selepas proses pengajaran. Keadaan ini membolehkan guru membuat pembetulan dan penambahbaikan serta tindakan susulan yang sesuai dan wajar.
TERIMA KASIH