REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF
PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) KBSM
NOOR HAIZAM BIN WAHAB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB
INTERAKTIF PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA)
KBSM.
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NOOR HAIZAM BIN WAHAB
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
POS 7, TL 21, KG. SG. KELAT DARAT, AMINUDIN BIN HEHSAN
83610 MUAR, Nama Penyelia JOHOR DARUL TAKZIM.
Tarikh:_____________________ Tarikh: ______________________
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penyelia : EN. AMINUDIN BIN HEHSAN
Tarikh :
REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF
PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) KBSM
NOOR HAIZAM BIN WAHAB
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2011
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ........................................
Nama Penulis : Noor Haizam Bin Wahab
Tarikh : ........................................
iii
DEDIKASI
Istimewa Buat...
Ayahanda yang dihormati dan disanjungi
Wahab Bin Hasan
Sokongan dan dorongan Ayahanda menguatkan azam anakanda
Bonda yang disayangi dan dikasihi
Latifah @ Jamerah Binti Ahmad
Kasih sayang, doa dan pengorbanan yang sentiasa merestui anakanda
Kekanda dan Adinda yang dihormati dan dikasihi
Norazmi Bin Wahab
Nurul Wahida Binti Wahab
Nurul Hidayah Binti Wahab
Noriman Bin Wahab
Semoga adinda sekalian mencapai kejayaan yang diimpikan
Sahabat- sahabat yang sentiasa memahami
Kenangan bersama kalian menjadi memori terindah buatku.
Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan membantu di saat aku buntu.
Buat para guru dan pensyarah
Terima kasih di atas segala dorongan dan sokongan
Jasamu akan ku kenang.
Hanya Allah Ta’ala yang mampu membalasnya...
Serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
Terima kasih …..
iv
PENGHARGAAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, ahli
bait baginda, sahabat baginda serta para syahadah r.a. Pada Allah Ta‟ala saya
bersyukur kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya menyiapkan laporan
Projek Sarjana Muda (PSM) dengan jayanya.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada penyelia saya, Ustaz Aminudin Bin Hehsan yang sentiasa memberikan
bimbingan, tunjuk ajar, dan dorongan supaya saya dapat melaksanakan PSM ini.
Tidak lupa juga kepada semua pensyarah Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti
Pendidikan (FP), Universiti Teknologi Malaysia.
Di samping itu, dorongan dan semangat yang rakan saya berikan kepada saya
telah banyak membantu saya agar sentiasa tabah dalam mengharungi segala cabaran
dan dugaan dalam apa jua keadaan bagi menyiapkan projek ini. Terima kasih
banyak-banyak diucapkan kepada mereka semua.
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang
terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala kerjasama dan
usaha yang diberikan diberkati Allah Ta‟ala. Hanya Allah Ta‟ala yang dapat
membalasnya.
v
ABSTRAK
Perkembangan teknologi internet telah menjadikan komputer di dalam dunia
pendidikan kepada pembelajaran berasaskan web (web-base learning). Projek ini
bertujuan untuk menghasilkan sebuah laman web yang bertajuk Rekabentuk Dan
Pembangunan Laman Web Interaktif Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) KBSM.
Pembinaan laman web ini bukan sahaja berhasrat menghasilkan sebuah perisian
berbantukan komputer (PBK) malah ianya juga untuk menghasilkan laman web yang
interaktif serta mampu dimanfaatkan oleh para pelajar. Di samping itu, penggunaan
laman web ini juga mampu memberikan kebebasan kepada pelajar untuk
mempelajarinya tidak kira masa dan tempat. Teori pembelajaran konstruktivisme
telah diterapkan dalam perisian ini untuk membina pengetahuan sedia ada pelajar.
Model rekabentuk Rapid Prototyping telah digunakan sebagai model pembangunan
dalam proses membina laman web ini. Laman web ini telah dibangunkan dengan
perisian Adobe Dreamweaver CS5 bersama dengan perisian sokongan seperti Adobe
Flash CS3, Adobe Photoshop CS3 dan Microsoft Office Word 2007. Penggunaan
perisan ini bertujuan untuk menghasilkan elemen-elemen multimedia yang menarik
seperti teks, audio, video, grafik dan animasi. Diharapkan, dengan terhasilnya laman
web ini dapat membantu pelajar membina pengetahuan sedia ada dalam
mengukuhkan kefahaman serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna lagi.
vi
ABSTRACT
The development of Internet technology has brought the computer into the
world of education to the web-based learning. This project is aimed to create a web
page entitled “Rekabentuk Dan Pembangunan Laman Web Interaktif Perkara Asas
Fardhu Ain (PAFA) KBSM”. The development of this website is not only to produce
a computer assisted learning (CAL) but it would produce an interactive website that
can be used by all students. Besides, the use of this website is also to give a chance to
the student to learn anytime and anywhere they want. Constructivist learning theory
had been applied in the software to develop students' existing knowledge. A model of
Rapid Prototyping Design Model had been used as a model of development in the
process of building up this website. This website was developed using several
software such as Adobe Dreamweaver CS5 together with supporting software such
as Adobe Flash CS3, Adobe Photoshop CS3 and Microsoft Office Word 2007. The
use of this software to produce multimedia elements like text, audio, video, graphics
and animation. Hopefully, with the existence of this website could assist the students
to develop their knowledge and understanding to ensure the teaching and learning
process become more meaningful and useful.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Projek 7
1.7 Skop dan Batasan Projek 7
viii
1.8 Takrifan Istilah 8
1.8.1 Reka Bentuk 8
1.8.2 Pembangunan 8
1.8.3 Laman Web 9
1.8.4 Interaktif 9
1.8.5 Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) 9
1.9 Kesimpulan 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 12
2.3 Penggunaan Web Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran 16
2.4 Kelebihan Penggunaan Web Dalam Pembelajaran
Serta Pendidikan 18
2.5 Elemen Multimedia Dalam Web 22
2.5.1 Elemen Teks 22
2.5.2 Elemen Grafik 23
2.5.3 Elemen Animasi 23
2.5.4 Elemen Audio 23
2.5.5 Elemen Video 24
2.5.6 Elemen Interaktiviti 24
2.6 Teori Konstruktivisme 25
2.7 Teori Konstruktivisme Dalam Reka Bentuk
Laman Web 28
2.8 Kesimpulan 28
ix
BAB 3 REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Model Rekabentuk Rapid Prototyping 31
3.3 Fasa Analisis Feasibiliti 32
3.4 Fasa Analisis Keperluan 32
3.4.1 Pemilihan Topik Dan Skop 32
3.4.2 Perisian 34
3.4.3 Penyataan Objektif PAFA 34
3.4.4 Kumpulan Sasaran 35
3.5 Fasa Mereka Bentuk Perisian 35
3.6 Fasa Pembangunan Perisian 35
3.7 Fasa Kitaran Prototaip 36
3.8 Fasa Pengujian Dan Penilaian 36
3.8.1 Proses Pengujian 37
3.8.2 Penilaian 39
3.9 Fasa Implimentasi Perisian 40
3.10 Kesimpulan 43
BAB 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1 Pengenalan 44
4.2 Hasil Rekabentuk Dan Pembangunan
Laman Web 44
4.2.1 Kandungan Laman Web 44
4.2.2 Set Induksi 45
4.2.3 Muka Hadapan 45
4.2.4 Nota (PAFA) 48
4.2.5 Multimedia 51
4.2.6 Latihan 54
4.2.7 Hubungi Kami 56
x
4.3 Perisian Pembangunan Laman Web 57
4.3.1 Perisian Adobe flash CS3 Professional 57
4.3.2 Perisian Adobe Photoshop CS3 58
4.3.3 Perisian Adobe Dreamweaver CS5 58
4.3.4 Perisian Hot Potatoes V6 58
4.3.5 Microsoft Office Word 2007 59
4.4 Ujian Kebolehgunaan 59
4.5 Kesimpulan 60
BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan 61
5.3 Masalah Dalam Membangunkan Laman Web 65
5.3.1 Kepakaran Terhad 66
5.3.2 Kepelbagaian Proses Pembangunan 66
5.3.3 Mencari Penguji dan Penilai Laman Web 67
5.3.4 Perisian Original 68
5.4 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 68
5.5 Kesimpulan 69
RUJUKAN 70
LAMPIRAN
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Menunjukkan Kitaran Model Rapid Prototyping 41
3.2 Carta Alir Web PAFA 42
4.1 Set Induksi 45
4.2 Paparan Atas Muka Hadapan 46
4.3 Paparan Penuh Mengenai Peraturan Penilaian PAFA 47
4.4 Paparan Capaian Yang Disediakan Untuk Pengguna 47
4.5 Paparan Tajuk-Tajuk Mengenai PAFA 49
4.6 Paparan Soalan Dan Video Yang Disediakan 50
4.7 Setiap Soalan Mempunyai Jawapan dan Penerangan 50
4.8 Paparan Pada Laman Multimedia 51
4.9 Terdapat 3 Video Disediakan Untuk Ditonton 52
4.10 Paparan Pada Laman Gambar 53
4.11 Gambar Boleh Dibesarkan Dengan Menekan Sekali
Pada Gambar Kecil 53
4.12 Paparan Pada Laman Latihan 54
xii
4.13 Paparan Pada Soalan Latihan 55
4.14 Tahniah Akan Terpapar Sekiranya Jawapan yang
Diberikan Itu Betul 55
4.15 Sekiranya Jawapan Salah, “Maaf, Jawapan Anda
Salah” Akan Kelihatan 56
4.16 Paparan Pada Laman Hubungi Saya 57
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Pengujian Sistem Pembelajaran Menerusi Perisian
Pengimbas dan Resolusi yang Berbeza 59
xiv
SENARAI SINGKATAN
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
HTML - Hypertext Markup Language
ICT - Teknologi Komunikasi Maklumat
IE - Internet Explorer
IPS - Inisiatif Pembaharuan Strategik
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MEB - Model Ekonomi Baru
PAFA - Perkara Asas Fardhu Ain
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PTE - Program Transformasi Ekonomi
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
RMK-10 - Rancangan Malaysia Kesepuluh
SBT - Sekolah Berprestasi Tinggi
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
WWW - World Wide Web
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dewasa kini, bidang pendidikan berkembang pesat dengan menuntut semua
pendidik memainkan peranan serta mengambil langkah yang praktikal bagi
memastikan kecemerlangan pelajar dalam pendidikan. Ini dapat melahirkan pelajar
yang berkualiti dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Wawasan 2020 merupakan ilham mantan Perdana Menteri yang keempat Tun
Dr. Mahathir bin Mohamad yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi
sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Antara matlamat yang perlu dicapai bagi sistem pendidikan di Malaysia adalah
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang mempunyai daya perubahan
tinggi serta berpandangan ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga penyumbang kepada sains dan teknologi pada masa depan.
Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi,
sosial dan kerajaan. Menurut Mohd Najib Razak (2010) dalam bukunya Rancangan
Malaysia Kesepuluh, untuk menggerakkan negara ke hadapan, Kerajaan telah
merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong
perubahan dalam mencapai matlamat wawasan 2020.
2
Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan satu tonggak utama yang hendak
dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang akan melonjakkan
Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.
Program Transformasi Ekonomi akan dipandu oleh lapan Inisiatif Pembaharuan
Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi langkah dasar yang relevan. Salah satu
IPS yang ada dalam MEB adalah membangunkan tenaga kerja berkualiti dan
mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing.
Sistem pendidikan yang berkualiti bagi memupuk pekerja yang mahir,
bersifat ingin tahu dan inovatif untuk terus-menerus mendorong produktiviti ke
hadapan merupakan asas pertumbuhan ekonomi yang mampan. Pendapatan tinggi
datang daripada insan mahir yang menggunakan bakat mereka untuk menghadapi
cabaran ekonomi dengan cemerlang. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)
merupakan salah satu tonggak dalam mencapai matlamat wawasan 2020.
Dalam bab lima RMK-10, Mohd. Najib Razak (2010) menyatakan, kerajaan
ingin membangun dan mengekalkan asas tenaga mahir bertaraf dunia. Di dalamnya
mengandungi pelbagai isu yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi
menjadikan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran serta lengkap dengan ciri
modal insan yang diperlukan mengikut pasaran kerja pada masa kini. Modal insan
merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi
teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif.
Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan
pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan
profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan
dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Oleh itu, kerajaan merancang
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiatkan bagi
memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan
kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara berpendapatan tinggi.
3
Dalam melaksanakan RMK-10, Kerajaan Malaysia meningkatkan prestasi
sekolah melalui program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). SBT merupakan sekolah
yang mempunyai identiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai
kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya kerja
yang kukuh dan sentiasa berusaha ke arah mencapai kemajuan berterusan di samping
mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan
piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model kepada
sekolah lain serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan. SBT
terdiri daripada pelbagai kategori termasuk sekolah rendah, sekolah menengah,
sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.
Sebelum ini, kerajaan telah mewujudkan sekolah bestari. Kewujudannya
telah menyebabkan berlaku perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar melalui
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengunaan ICT dalam proses P&P di
sekolah serta institusi pendidikan yang lain semakin giat dijalankan seperti
menggunakan laman web. Menurut Mohd. Aizaini (2004), sekolah bestari
memberikan tumpuan dalam tiga aspek iaitu bahan pengajaran dan pembelajaran,
sistem penilaian serta pentadbiran. Ketiga-tiga aspek ini dibangunkan secara
elektronik bagi membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, menurut Baharuddin et al. (2003), terdapat lima matlamat utama
yang digariskan di dalam perancangan sekolah bestari. Matlamat yang pertama
adalah untuk menggalakkan pembangunan yang bersifat menyeluruh terhadap
individu yang meliputi aspek intelektual, fizikal, emosi dan spritual. Matlamat yang
kedua pula adalah menyediakan peluang kepada setiap individu membangunkan
kekuatan dan kebolehan yang ada di dalam diri mereka sendiri. Keperluan negara
untuk mengeluarkan tenaga kerja ataupun modal insan yang mampu berfikir dalam
persekitaran teknologi semasa adalah matlamat sekolah bestari yang ketiga.
Matlamat yang keempat pula adalah disasarkan kepada sistem pendidikan itu
sendiri iaitu untuk mendemokrasikan bidang pendidikan. Matlamat yang terakhir
sekali adalah mempertingkatkan penyertaan semua pihak yang berkepentingan
4
seperti ibubapa, masyarakat dan sektor swasta di dalam proses pendidikan. Ke semua
matlamat ini perlu dicapai untuk merealisasikan wawasan 2020 dalam menjadikan
Malaysia sebuah negara maju.
Penggunaan komputer menurut Norhashim et al. (1996), selain sebagai
pelaksana kerja-kerja seperti pengurusan dan pendidikan, ia juga berpontensi
mewujudkan pelbagai suasana P&P dalam mencapai objektif yang dikehendaki.
Pengajaran berasaskan web merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang
mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan P&P yang lebih bermakna serta
berkesan dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelajar.
Menurut Kamarulzaman, guru perlu menjadikan sesuatu mata pelajaran yang
diajar sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan diminati pelajar. Mereka juga
perlu memperbanyakkan alat bantu mengajar bagi menarik minat pelajar mengikuti
mata pelajaran tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan web menjadikan suasana
dalam proses P&P lebih menarik dan membuatkan pelajar memberikan perhatian dan
minat dalam sesuatu mata pelajaran (Kamarul Azmi dan Ab. Halim, 2007).
Oleh yang demikian, untuk mencapai sasaran dalam menjadikan Malaysia
sebuah negara maju, membina modal insan yang berguna amat diperlukan bagi
tujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan. Selain itu,
kepakaran tinggi amat diperlukan serta dilengkapi dengan kemahiran, komunikasi
berkesan dan berkebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT)
dengan baik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara umumnya, rangkaian world wide web (www) adalah sebahagian
daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai
laman web. Laman web adalah komponen yang menjadikan internet lebih menarik
dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang melayarinya. Kepesatan perkembangan
5
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembangunan pendidikan yang
dirancang turut mengambil kira pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan
pelajar.
Menurut Baharuddin et al. (2002), pembelajaran berbantukan komputer
(PBK) merupakan satu kaedah yang menggunakan komputer bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran. PBK biasanya menggunakan komputer untuk mempelajari sesuatu
secara langkah demi langkah, iaitu program yang terancang atau menggunakan
komputer untuk pembelajaran dan pengajaran secara penemuan. Ini dapat
memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer.
Penggunaan internet dalam proses P&P dapat memberi kesan yang positif
kepada pelajar, maka penggunaan internet dalam proses P&P harus dilaksanakan
secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap
pelajar lebih tertarik kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan dalam sesuatu mata
pelajaran (Kamarul Azmi dan Ab. Halim, 2007).
Bagi subjek Perkara Asas Fadu Ain (PAFA) ini, guru menggunakan modul
yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta menilai kemahiran secara individu pelajar dalam mencapai
objektif yang dikehendaki. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-
kod yang telah ditetapkan.
1.3 Penyataan Masalah
Pada masa kini, masih terdapat lagi guru-guru yang mengajar di sekolah
menggunakan kaedah pengajaran tradisional dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas. Lazimnya, guru meyampaikan maklumat kepada pelajar
dengan mengunakan kaedah „chalk & talk‟. Kaedah ini boleh dianggap sebagai
sudah ketinggalan zaman dalam dunia yang serba maju dan canggih. Penggunaan
ICT dalam pendidikan membantu guru dan pelajar menjalani proses pengajaran dan
6
pembelajaran dengan lebih berkesan. Oleh itu, komputer, LCD projektor dan
pelbagai lagi kemudahan ICT digunakan pada masa sekarang dalam menggantikan
penggunaan papan hitam dan kapur di sekolah.
Penggunaan ICT dalam pendidikan dapat menjadikan pelajar tidak hanya
perlu bergantung kepada pembelajaran dalam kelas sahaja, malah pelajar masih
boleh berhubung dengan guru di luar waktu kelas melalui forum-forum
perbincangan, e-mail, laman sembang dan sebagainya. Pelajar juga mudah untuk
menghubungi rakan sekelas serta membincangkan masalah serta kekeliruan yang
mereka hadapi.
Reka bentuk dan pembangunan laman web interaktif bagi Perkara Asas
Fardhu Ain (PAFA) KBSM ini dapat membantu guru dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang di lakukan di kelas. Laman web ini mengandungi
elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio, animasi dan video yang dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan.
1.4 Objektif Kajian
Semoga dengan pembinaan projek laman web ini dapat :
1. Membangunkan sebuah laman web yang interaktif bagi Perkara Asas Fardhu
Ain (PAFA) KBSM.
2. Menghasilkan sebuah laman web berdasarkan kepada teori pembelajaran
konstruktivisme dalam reka bentuk laman web.
7
1.5 Persoalan Kajian
1. Bagaimana membangunkan sebuah laman web yang interaktif bagi Perkara
Asas Fardhu Ain (PAFA) KBSM?
2. Bagaimana menghasilkan sebuah laman web berdasarkan kepada teori
pembelajaran konstruktivisme dalam reka bentuk laman web?
1.6 Kepentingan Projek
Laman web ini mempunyai ciri-ciri interaktif yang yang dapat membantu
guru serta pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya
elemen-elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi dapat
menjadikan kefahaman pelajar mengenai perkara asas fardhu ain lebih mudah. Ini
kerana, pelajar pada masa kini lebih meminati pembelajaran berbantukan komputer.
Pautan atau capaian yang terdapat di dalam laman web ini dapat membantu
guru dan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Menerusi
penghasilan laman web ini, semua lapisan masyarakat dapat juga menjadikannya
sebagai sumber rujukan dalam mengetahui ilmu perkara asas fardhu ain. Ia juga
dapat menambah pengetahuan sedia ada yang diperlukan oleh masyarakat dalam
menjalani kehidupan seharian sebagai seorang muslim yang beriman.
1.7 Skop dan Batasan Projek
Laman web ini menggunakan isi kandungan yang terdapat di dalam modul
perkara asas fardhu ain (PAFA) KBSM yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Penghasilannya akan lebih kepada elemen-elemen
multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Ini bagi memudahkan pelajar
8
memahami serta berminat untuk menggunakan perisian ini. Laman web ini
dibangunkan untuk pelajar-pelajar beragama Islam yang akan menduduki
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
1.8 Takrifan Istilah
Dalam konteks ini, terdapat beberapa istilah penting yang perlu dijelaskan
bagi mengelakkan kekeliruan memahami makna yang bertepatan dengan kajian ini.
Antaranya adalah:
1.8.1 Reka Bentuk
Dari segi etimologi, reka bentuk adalah rancangan yang menunjukkan
susunan atau aspek sesuatu binaan (Kamus Dewan, 1994). Ia juga merupakan
struktur yang dibentuk (Kamus Za‟ba, 2000). Dalam Bahasa Inggeris menurut
Hawkins (2006), reka bentuk adalah design.
1.8.2 Pembangunan
Dari segi etimologi, menurut Kamus Dewan (1994), pembangunan adalah
perihal membangun atau kegiatan pembangunan. Selain itu, pembangunan juga boleh
didefinisikan sebagai proses membangun (Kamus Za‟ba, 2000). Dalam Bahasa
Inggeris, pembangunan adalah development (Kamus Dwibahasa, 2001).
9
1.8.3 Laman Web
Dari segi etimologi, web bermaksud jaringan sesuatu (Kamus Dwibahasa,
2001). Dari segi epistimologinya pula, web merupakan kod atau bahasa
pengaturcaraan Hypertext Markup Language (HTML) yang mempunyai fungsi-
fungsi tertentu yang boleh difahami oleh pelayar web (browser) untuk memaparkan
dokumen (Mohd Shahizan dan Lizawati, 2010). Laman web pula adalah web page
iaitu halaman maklumat pelbagai media yang terdapat pada tapak web (web site)
(Glosari Multimedia, 2000).
1.8.4 Interaktif
Dari segi etimologi, interaktif merupakan saling tindak. Dalam konteks
epistimologinya pula, ia berkaitan dengan setiap sistem komputer yang
membolehkan pengguna dalam talian menerima jawapan segera mengenai
kemasukan data pada sesuatu sistem. Dalam hal tertentu, sistem tersebut akan
menerima bantuan diagnostik mengenai setiap kesalahan yang dibuat oleh pengguna
(Kamus Komputer, 1993). Interaktif juga bermaksud komunikasi dua hala antara
pengguna dengan sistem komputer (Glosari Multimedia, 2000). Contohnya dalam
persekitaran multimedia, kebolehan pengguna mengarah atau menerokai persekitaran
tersebut. Menurut Abu Bakar dan Siti Fatimah (1999), interaktif ada kemungkinan
untuk memberi kesan terhadap maklumat yang diterima serta boleh menghantar
maklumat sendiri.
1.8.5 Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)
Fardu Ain dari segi etimologi bermaksud kewajipan yang dituntut (Kamus
Za‟ba, 2000) atau fardu bagi orang perseorangan yang wajib bagi setiap orang Islam
(Kamus Dewan, 1994). Dari segi epistimologinya pula, Fardu Ain ialah wajib yang
10
dibebankan oleh syara’ melakukannya ke atas setiap orang mukalaf. Contohnya
sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya (Hasan Ahmad, 2002).
1.9 Kesimpulan
Ledakan teknologi ICT tidak dapat di ketepikan begitu sahaja. Keupayaan
menyerap teknologi sebagai pembawa perubahan perlu dilihat sebagai suatu perkara
yang positif dan cuba mengaplikasikan unsur-unsur positifnya ke dalam bidang
pendidikan yang sememangnya sentiasa berkembang dan berubah mengikut
peredaran masa. Pembelajaran melalui web merupakan wadah terbaru dalam dunia
pendidikan. Ianya memberikan satu dimensi baru kepada pendidikan yang
berteraskan internet dan web.
Pada keseluruhannya, pembangunan laman web merupakan pembaharuan dan
alternatif kepada pengajaran dan pembelajaran tradisional yang telah sedia ada dalam
menerangkan sesuatu subjek mengenai konsep-konsep yang berkaitan. Proses P&P
pada masa kini menggunakan pelbagai teori serta pendekatan yang diperlukan dalam
menjadikannya lebih menarik yang antara lain telah dikembangkan dalam
pembangunan laman web. Selain pengaplikasian penggunaan komputer khususnya
web, diharapkan ianya dapat meningkatkan kefahaman serta minat pelajar dalam
mewujudkan suasana yang kondusif kepada pelajar. Dalam bab yang berikutnya,
penerangan secara terperinci mengenai teori dan pendekatan berkaitan yang
digunakan dalam rekabentuk laman web ini.