Download - refleksi kendiri PSV.doc
Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati
Di awal semester ke 5 baru-baru ini, saya penuntut Program Pensiswazahan Guru
TESL di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPBA) di khabarkan
bahawa kami akan di beri pilihan untuk memilih satu subkek elektif iaitu Pendidikan Seni
Visual (PSV) atau Pendidikan Moral. Pada awalnya, saya agak yakin untuk memilih
Pendidikan Moral kerana risaukan mata pelajaran PSV yang mana jika di minta membuat
tugasan-tugasan mereka cipta seni maka amat susahlah saya. Namun setelah mendengar
penerangan daripada beberapa orang rakan yang telah mula mengumpul maklumat,
pemahaman saya terhadap elektif PSV ini mula berubah. Pada petang interaksi pertama ini
saya telah diketemukan dengan seorang insan yang bernama En Ramlan, pensyarah PSV
di IPBA. Peluang mendengar penerangan beliau dengan jaminan bahawa tiada tugasan
melukis, membuat arca, mencanting malah mewarna pun tidak akan diberi kecuali belajar
tentang teori-teori PSV dan bagaimana PSV diajar di sekolah. Semangat dan keinginan
untuk mengikuti elektif PSV ini mula ada dalam hati saya namun kami semua terpaksa
menunggu hingga ke interaksi yang kedua, barulah ianya menjadi kenyataan.
Apabila berjumpa dan bercerita dengan rakan-rakan yang mengambil mata pelajaran
Pendidikan Moral, persoalan pertama yang dibangkitkan adalah ‘ susah ke PSV’, ‘banyak
kena melukis tak’ dan pelbagai lagi soalan yang dibangkitkan oleh mereka. Apa yang saya
tahu dan belajar setakat ini, ia adalah satu subjek yang seronok untuk dipelajari kerana ada
banyak perkara baru, maklumat dan pemahaman terhadap PSV yang selama ini kabur atau
disalah anggap berjaya dirungkaikan. Istilah-istilah baru yang diperkenalkan, teori-teori PSV,
nama-nama hebat dalam dunia seni di negara ini dan dunia serta pelbagai pengkongsian
ilmu yang dilakukan oleh pensyarah membuatkan elektif PSV ini sesuatu yang menarik.
Bila memperkatakan tentang mata pelajaran PSV di sekolah, saya amat teruja
kerana ianya adalah merupakan kebitaraan akademik bagi percalonan sekolah kluster di SK
Wangsa Melawati di mana saya adalah Guru Besarnya. Mengapakah mata pelajaran PSV
menjadi pilihan SK Wangsa Melawati sebagai kebitaraan akademiknya? Faktor minat,
kesungguhan dan komitmen guru PSV saya serta perancangan aktiviti yang dijalankan
memang menjadi kekuatan kami. Kejayaan seperti memenangi tempat pertama
pertandingan anjuran Art Atack Astro di mana hadiahnya adalah bercuti ke Disneyland di
Amerika Syarikat. Keaktifan murid-murid dalam menyertai pelbagai jenis pertandingan yang
dianjurkan oleh Kementerian atau pihak-pihak swasta. Pembudayaan Seni dan Visual di
sekolah masih dan akan terus berlangsung di bawah kepimpinan saya. Namun semuanya
tidak akan berjaya jika tiada sokongan daripada guru PSV saya serta rakan-rakan guru yang
lain. Kelangsungan pembudayaan PSV di sekolah memerlukan sokongan pelbagai pihak
dan kemenjadian murid adalah salah satu misi yang perlu dicapai.
1
Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati
Apabila membicarakan tentang PSV di sekolah, salah satu faktor pengerak PSV
adalah bilik PSV. Ianya adalah nadi dan bilik perang bagi guru saya, menjadi tempat
permulaan bagi sesuatu projek yang hendak dijalankan. Pertama kali saya masuk ke bilik
PSV sewaktu mula-mula bertugas di sekolah ini, saya amat tertarik dengan hasil-hasil kerja
murid yang dipamirkan di ruang yang disediakan. Hasil seperti capan yang berwarna – warni
dan juga hasil kerja kraf tradisional. Biarpun biliknya agak sempit namun susunan yang
kemas dan menarik secara tidak langsung menutup kelemahan itu. Usaha yang dilakukan
oleh guru saya itu amat saya hargai dan senang melihat hasil kerjanya dalam bilik PSV itu.
Namun, apabila sekolah saya dicalonkan sebagai calon sekolah kluster negara dan
mata pelajaran PSV menjadi kebitaraan akademik kami permasalahan yang ada mula
bermain di mata dan fikiran. Bilik yang kecil dan sempit, ruang untuk meletak bahan
pameran, susunan meja dan kerusi murid serta kelengkapan-kelengkapa asas bilik PSV
mula timbul. Apabila saya mula mempelajari berkenaan elektif PSV ini, saya juga mula
disedarkan oleh pensyarah saya bahawa bilik PSV sebenarnya memerlukan pelbagai
kelengkapan dan mempunyai peraturan-peraturan yang tertulis.
Seperti yang dimaklumkan, bilik PSV disekolah saya memang agak sempit namun
usaha yang dilakukan oleh guru saya seperti mewujudkan sudut hiasan untuk
mempamerkan hasil kerja murid di sekolah ini. Ruang yang ada dipergunakan sepenuhnya.
Walaupun kadang-kala, apa yang dilakukan agak radikal, namun saya sebagai Guru Besar
amat memahami perasaan guru saya dan sentiasa menyokong beliau. Segala hasil kerja
murid di tampal dan diletakkan di sudut yang strategik menjadi tumpuan pengunjung ke bilik
ini.
2
Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati
Bilik PSV di sekolah saya ini asalnya adalah sebuah bilik kelas yang tidak digunakan.
Ianya bukanlah seperti sekolah-sekolah terbaru di mana bilik PSV mempunyai pelbagai
kemudahan seperti rak-rak untuk pameran, kerusi meja yang memang sesuai untuk bilik
PSV dimana ianya pelbagai bentuk dan luas, sudut untuk mencairkan lilin untuk aktiviti
mencanting, sinki untuk membasuh tangan dan peralatan yang digunakan dan pelbagai lagi
kemudahan yang sedia ada. Malangnya, sekolah saya tidak mendapat anugerah itu, maka
kami terpaksa mengunakan apa yang ada berdasarkan kemampuan kewangan dan tenaga
kami.
Walaupun serba kekurangan namun warga sekolah tetap bersemangat untuk
menjadikan bilik PSV ini antara yang tercantik, mesra pengguna dan dapat memberi input
kepada anak-anak murid di sekolah ini.
Ruang menyimpan hasil kerja murid juga sentiasa menjadi maslah yang tidak
berhabisan. Hendak dibuang hasil kerja yang lama, sayang. Hasil kerja murid yang baru
pula perlu dipamerkan agar menjadi ikutan dan panduan pada yang lain. Penyelesaiannya
adalah mewujudkan satu sudut pameran hasil kerja murid di ruang lain, luar dari bilik PSV.
Namun persoalannya adalah lokasi dan sumber kewangan yang diperlukan untuk
merealisasikan harapan ini. Projek itu masih dalam proses persiapan akhir namun bebanan
3
Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati
kerja dan kesibukan tugas guru-guru menyebabkan saya menangguhkan sebentar projek
itu.
Pencahayaan dan pengudaraan bilik PSV saya juga mula diambil perhatian setelah
saya mengikuti dan belajjar daripada pensyarah saya berkenaan prinsip bilik PSV yang
kondusif. Kedudukan bilik PSV yang berada hampir dengan jalan utama tanpa halangan
pokok besar atau bangunan tinggi menyebabkan pengudaraanbbilik itu baik. Cahaya
matahari juga mencukupi seperti faktor di atas. Bilik yang mempunyai cahaya yang cukup
secara tak langsung akan meningkatkan prestasi anak murid dalam pembelajaran mereka.
Kedudukan bilik PSV yang berhampiran juga dengan kelas tahun 1, menyebabkan tempias
kerajinan guru-guru tahun 1 menghias kelas mereka hingga ke laluan pejalan kaki secara
langsung membawa satu suasana yang kreatif dan berwarna warni .
Susunan kerusi meja anak murid dalam bilik PSV ini juga hanya di atur mengelilingi
meja yang bersegi 4 tepat. Kerusi yang diguna juga adalah kerusi biasa. Seperti yang
dimaklumkan sebelum ini, tiada peralatan khas atau perabut yang benar-benar sesuai untuk
bilik PSV. Kami terpaksa mengunakan apa jua perabut yang ada selagi ia boleh digunakan
oleh mrid di sekolah ini. Kebanyakan perabut yang digunakan juga adalah di beli
mengunakan peruntukan kerajaan dan ada juga yang di sumbangkan oleh orang
persendirian. Inilah usaha yang dilakukan oleh guru PSV saya dalam menaikkan taraf bilik
PSV.
4
Refleksi Kendiri Bilik Pendidikan Seni Visual di SK Wangsa Melawati
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bilik PSV di sekolah saya masih belum
mencapai tahap kecemerlangan jika di lihat dari kemudahan peralatan, saiz dan perabut
yang ada. Namun, semangat yang ditunjukkan oleh guru PSV saya penuh dengan
kecemerlangan. Biarlah saiz biliknya kecil, perabutnya lama dan sudut-sudut pamerannya
sempit tapi bagi diri saya itu semua tidak penting. Matlamat bilik PSV adalah menyediakan
satu persekitaran yang kondusif di mana anak murid dapat mempelajari seni visual. Segala
kekurangan yang ada perlu diatasi bukan ditangisi.
Akhir kata, terima kasih kepada En Ramlan, pensyarah Pendidikan Seni Visual,
rakan-rakan dan guru PSV saya iaitu Pn Hazila Afni yang banyak membantu saya dalam
menyediakan bahan dan memberi penerangan tentang fungsi bilik PSV yang lebih terperinci
dan berkesan. Tugasan ini benar-benar membuka mata dan minda saya kepada
kepentingan bilik PSV dan mata pelajaran PSV itu secara keseluruhannya.
Terima kasih…………….
5