Download - Qabasat Min Ar Rasul
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
1/189
Daripada Penterjemah
Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah rahmatNya kami dapat menyiapkan terjemahan
buku "Sinaran Cahaya Daripada Rasulullah s.a.w" karangan Muhammad Qutb.
Sinaran Cahaya daripada Rasulullah merupakan hadis pilihan pengarang yang dirasakan amat
perlu difahami oleh umat Islam. Beliau telah menghuraikannya dalam bentuk yang hidup dan
realiti. Ketika para pembaca membaca buku ini dengan cara menjiwainya, maka para pembaca
akan mendapati sesuatu yang amat berharga untuk kehidupannya di dunia dan akhirat.
Huraiannya yang semasa dan hidup menjadikan buku ini perlu dibaca dan dihayati oleh setiap
umat Islam.
"Tafsir Pimpinan Ar-Rahman" yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri merupakan
rujukan kami ketika menterjemah ayat al-Quran yang terdapat di dalam buku ini. Ini disebabkan
terjemahan ayat suci al-Quran mestilah berdasarkan kapada penafsirannya yang betul yang
dilakukan oleh para ulama kita terdahulu yang muktabar. Sebarang penafsiran yang berdasarkan
kepada akal semata-mata adalah ditolak.
Buat akhirnya, tidak lupa kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua ikhwah yang
terlibat dalam usaha menjayakan terjemahan buku ini sehingga kita dapat melihatnya dalam
bentuk yang ada pada hari ini. Sebarang teguran membina daripada mana-mana pihak amat-
amat dialukan demi masa depan umat Islam dan prestasi terjemahan kami. Semuga Allah
memberkati sedikit usaha yang kami lakukan ini dalam membangunkan kembali keutuhan umat
Islam. Ya Allah! Jadikanlah usaha ini sebagai amal salih yang akan memberatkan timbangan
amalan kami di hari yang tiada guna anak pinak dan harta benda kecuali mereka yang datang
kepadaMu dengan hati yang sejahtera. Amin Ya Rab.
Penterjemah.
Abu Al-Amin dan Rakan-Rakan
Universiti Al-Azhar
Kaherah
MESIR.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
2/189
Muqaddimah.
Aku rasa tiada seorangpun yang mendapat kecintaan dan kekaguman seperti yang diperolehi
oleh Muhammad s.a.w.
Tidak ada sesuatupun yang menghalang pengikut-pengikutnya daripada menyucikannya
(mentaqdiskannya) kecuali larangan Allah supaya mereka tidak melakukan pengabdian dan
penyucian kepada sesuatu selain daripadaNya. Walaupun begitu, peringkat kecintaan mereka
kepada Rasulullah s.a.w kadang-kadang hampir melepasi batasannya dan tidak dapat dihalang
oleh larangan Allah ini melainkan dengan usaha yang gigih. Dalam beberapa keadaan,
sebahagian mereka ditimpa oleh perasaan cinta yang mendalam kerana kasihkan Rasulullah
s.a.w sehingga lupa terhadap diri sendiri; Perasaan mereka bergetar, raut wajah mereka
berubah dan air mata mereka mengalir... mereka tidak akan pulih dalam masa yang singkat.
Tidak akan didapati di kalangan orang-arang Islam walaupun yang paling "kosong" hatinya dan
orang yang paling keras perasaan (sekiranya mereka adalah orang Islam)... tidak akan di dapati
di kalangan mereka orang yang tidak mempunyai perasaan kasih dan rasa hormat terhadap
Rasulullah s.a.w, walaupun mereka menyembah Allah dalam keadaan jahil dan tidak
menunaikan kebanyakan perkara-perkara asas di dalam ad-deen.
Adapun orang-orang yang bukan pengikutnya, kebanyakan mereka telah memburuk-burukkanbaginda. Walaupun begitu, sebilangan besar daripada mereka tidak dapat mengawal diri mereka
daripada mengkagumi keperibadian baginda tanpa mengaitkannya dengan risalah yang
dibawanya. Mereka mengatakan bahawa baginda adalah lelaki agung. Begitu juga mereka
mengatakan bahawa baginda memiliki sifat yang menyebabkan manusia mencintainya.
Ya, aku rasa tidak ada seorangpun yang memperolehi kasih dan kekaguman daripada manusia
seperti yang diperolehi oleh Rasulullah s.a.w.
Di samping itu aku mengira bahawa kebanyakan orang Islam terutamanya pada masa kini tidak
meletakkan Rasulullah s.a.w pada tempatnya yang sebenar sekalipun mereka mencintai
baginda, bahkan ada di kalangan mereka yang menyeleweng sehingga ke peringkat
mentaqdiskan baginda disebabkan perasaan cinta ini. Itu adalah cinta negatif yang tidak
mempunyai sinaran di dalam realiti kehidupan.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
3/189
Gambaran peribadi Rasulullah s.a.w memberi makna yang mendalam di dalam hati mereka.
Sesungguhnya ia berada di sana, jauh di lubuk sanubari mereka. Ia adalah ruh cahaya yang
halus, ia adalah sinaran yang bersinar, ia adalah kilauan cahaya yang terang, ia adalah ruh yang
berjalan di dalam kelembutan hati dan di dalam kehalusan alam... Walaupun begitu ia bukanlahmerupakan hakikat yang lahir di alam realiti.
Sesungguhnya ia adalah hakikat "sufi" yang terpencil di dalam perasaan dan tersorok di lubuk
sanubarinya. Tetapi ia bukanlah gambaran yang hidup dan bergerak di dalam realiti kehidupan
yang lahir dari darah dagingnya, dari perasaan dan fikirannya, dari peraturan dan arahannya,
dari peruntuhan dan pembinaannya...
Tidak ragu lagi bahawa pemencilan ini mempunyai sebab-sebab sejarah.
Di zaman Abu Bakar dan Umar r.a, Rasulullah s.a.w tidak terpencil dari perasaan muslimin.
Muslimin pada masa itu hampir dengan baginda dari segi jarak masa. Mereka sentiasa hidup
bersama-sama ingatan yang segar di dalam jiwa mereka terhadap baginda s.a.w, bersama
gambaran yang jelas di khayalan mereka, di waktu pagi dan petang, di waktu aman dan perang,
di dalam ibadah dan kerja-kerja mereka. Gambaran lengkap yang merangkumi kehidupan
keseluruhannya. Gambaran yang sama di dalam sanubari dan di dalam realiti kehidupan
masyarakat.
Tetapi hampirnya jarak masa bukanlah satu-satunya sebab yang menjadikan muslimin
merasakan baginda hidup di dalam jiwa dan sanubari mereka. Sebaliknya terdapat sebab yang
lebih utama iaitu berterusannya ajaran dan manhaj tarbawi Rasulullah s.a.w di dalam
membentuk tindak tanduk Abu Bakar dan Umar dan siasah mereka dalam menangani urusan
muslimin.
Para muslimin merasakan bahawa Rasulullah s.a.w hidup dengan sebab ajaran dan manhajnya
walaupun tubuh badan baginda tidak lagi wujud di alam nyata.
Apakah nilainya alam nyata kalau dibandingkan dengan alam jiwa?.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
4/189
Sesungguhnya sesuatu itu tidak diukur dengan sebab ia wujud atau tidak di alam nyata. Tetapi ia
diukur dengan kadar kewujudannya di alam jiwa dan sejauhmana kesannya tertanam dalam
perasaan, pemikiran dan tingkah laku.
Tidak dapat diragukan lagi bahawa Rasulullah s.a.w wujud di dalam jiwa muslimin di zaman Abu
Bakar dan Umar serta di dalam jiwa generasi selepas itu yang tidak pernah melihat baginda.
Kewujudan baginda di dalam jiwa mereka adalah berlipat kali ganda daripada kewujudannya di
dalam jiwa Abu Jahal dan orang-orang musyrikin lain yang melihat baginda dengan mata kepala
mereka, yang baginda memerangi mereka dan mereka memerangi baginda, tetapi mereka tidak
beriman dengannya dan tidak mengasihi malah membenci baginda.
Hanya di atas asas ini sahaja kita mengukur kewujudan Rasulullah s.a.w di dalam jiwa orang-
orang beriman dan orang-orang yang tidak beriman.
Di zaman Abu Bakar dan Umar, kehidupan keseluruhannya ditadbir oleh ajaran dan ruh Islam.
Mereka berdua adalah manusia yang paling tinggi darjatnya selepas Rasulullah s.a.w. Manusia
sentiasa memerhati tindak-tanduk, tingkah-laku, perasaan dan pemikiran kedua-duanya, lalu
mereka mendapati satu ikutan yang kekal abadi yang diambil daripada Rasulullah s.a.w. Mereka
melihat Rasulullah s.a.w betul-betul wujud di dalam hati kedua-duanya. Maka dengan itu
mereka hidup di bawah naungan pemerintahan kedua-duanya bersama-sama kewujudan
baginda s.a.w. sebagai tambahan kepada kehidupan mereka bersama Rasulullah s.a.w. di dalam
ingatan dan perasaan mereka yang khusus. Dengan ini kehidupan mereka dipenuhi dengan
ikutan-ikutan yang bersinar yang di ambil daripada Rasulullah s.a.w.
Kemudian datang pula Usman r.a. Di awal zaman pemerintahannya, beliau telah berjalan di atas
petunjuk Abu Bakar dan Umar sekadar yang termampu. Tetapi sedikit demi sedikit pengaruh
Marwan bin Al-Hakam dan manhajnya menguasai kerajaan sedangkan Usman r.a ketika itu
dibebani oleh usianya yang tua. Muslimin mula merasakan bahawa mereka berada di
persimpangan jalan dan gambaran Rasulullah s.a.w yang sebelum ini mewarnai jiwa dan
kehidupan mereka mula luntur sedikit demi sedikit.
Setiap kali bertambahnya perbezaan jarak di antara realiti kehidupan yang ada dengan ajaran
serta arahan Rasulullah s.a.w, maka gambaran baginda akan bertambah luntur dari dalam jiwa
muslimin sehingga akhirnya ia sekadar "model" yang bersinar di dalam perasaan dan bukannya
"model" yang hidup di hadapan mata; Model yang terpencil daripada realiti kehidupan, yang
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
5/189
tidak mentadbir kehidupan, tidak menggariskan manhajnya dan perasaan tidak menuju
kearahnya untuk berjalan di bawah petunjuknya.
Tetapi, sebenarnya pemencilan model Rasulullah s.a.w yang tenat dalam jiwa muslimin kini
adalah rentetan dari apa yang berlaku terhadap generasi terdahulu.
Pemerintahan di negara Islam dahulunya, walaupun secara perlahan-perlahan jauh daripada ruh
Islam tetapi ia tetap terbina di atas nama Islam.
Masyarakat ketika itu adalah Islam walaupun para pemerintah telah rosak.
Ya! Hampir seribu tahun masyarakat di kampung dan di bandar-bandar yang jauh dari ibu kotaIslam tetap tidak terpengaruh dengan kefasadan pemerintah dan tidak merebak ke tempat
mereka wabak penyakit ibu kota yang rosak di mana istana-istana telah menjadi tempat maksiat
dan gambaran hidup yang keji.
Rasulullah s.a.w tidak sekadar memerintah di ibu kota dan tidak juga menggariskan siasah
pentadbiran harta. Tetapi baginda merapatkan hubungan antara hati-hati muslimin di kampung
dan bandar-bandar yang jauh daripada ibu kota. Maka terbinalah di antara hati-hati tersebut
perasaan kasih sayang, perseimbangan, hormat-menghormati kerana Islam. Semua ini berlaku
ketika 'suasana pertanian' yang terdapat di Eropah dibina di atas asas hubungan tuan dengan
hamba: Tuan-tuan mempunyai kuasa dan milik sepenuhnya sedangkan hamba tidak mempunyai
apa-apa kuasa selain daripada memperhambakan diri secara mutlak dan kepapaan yang hina.
Pada ketika itu saki baki gambaran Rasulullah s.a.w masih lagi tidak terpencil di dalam perasaan
muslimin. Walaupun pada waktu yang sama mazhab-mazhab sufi giat bekerja di dalam
masyarakat Islam keseluruhannya. Golongan sufi adalah golongan yang cenderong kepada
mengasingkan diri daripada kehidupan dan tidak mencampurinya. Tetapi mazhab-mazhab ini
telah memainkan peranan yang bersejarah di dalam usaha mencegah masyarakat Islamdaripada berpecah belah dan mengekalkan 'persaudaraan sufi' di dalamnya. Mereka juga
kadang-kadang memasuki medan percaturan politik walaupun dari belakang tirai.
Pemencilan yang dahsyat dan menggerunkan terhadap gambaran Rasulullah s.a.w. telah berlaku
sepenuhnya ketika pemerintah dan masyarakat Islam jauh daripada Islam; nama dan ruhnya.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
6/189
Dan juga ketika barat bertindak sebagai pentadbir masyarakat dan politik; pada satu ketika
terang-terang menggunakan nama barat dan pada ketika lain melalui petugas-petugas yang
keluar daripada Islam. Hasilnya, masyarakat Islam berubah wajah menjadi masyarakat yang
berpecah dan rosak serta dihiasi dengan pemikiran-pemikiran barat terhadap kehidupan. Ia
tidak lagi Islam sebagaimana dahulu dan tidak lagi menjadi satu-satunya yang istimewa. Ia tidak
memiliki sesuatupun walaupun kekuatan kebendaan seperti yang dimiliki oleh barat. Tetapi ia
bertukar menjadi rupa yang hodoh, tidak mempunyai kesatuan dan juga keperibadian.
Pada saat itu Rasulullah s.a.w langsung tidak wujud dalam realiti kehidupan. Baginda tidak
wujud sebagai satu kewujudan yang hidup dan lahir daripada darah dagingnya, pemikiran,
perasaan, penyusunan, arahan, kebendaan dan ruhaninya... Kewujudannya hanya terbatas
dalam perasaan manusia yang negatif di dalam sanubarinya, dalam kesedihan... Rasulullah
s.a.w. telah menjadi satu model kosong, semata-mata satu model. Model yang tidak terhalang
daripada menjadi dongengan kosong di dalam khayalan melainkan oleh perasaan cinta yang
kuat.
* * *
Alangkah ruginya manusia!
Bagaimana mereka boleh melakukan perbuatan itu?. Bagaimana mereka boleh mengabaikan
kuasa terkuat yang dimiliki oleh manusia di alam ini dan mengasingkannya daripada kehidupan?.Adakah Muhammad Rasulullah s.a.w telah melakukan perbuatan ini?. Rasul yang merupakan
kuasa yang benar-benar hidup, bergerak, bekerja, menghancurkan jahiliah dan membina Islam
dan tidak berhenti walaupun sesaat dari melakukan kerja?. Lelaki yang mana semua
kehidupannya adalah kehidupan realiti di atas muka bumi menjadi terasing daripada realiti
kehidupan di bumi... Siapakah yang melakukan perkara tersebut? Para pengikut dan
pencintanya?
Sekiranya Rasulullah s.a.w hanya hidup di tempat ibadatnya...
Sekiranya baginda seorang ahli falsafah yang hanya pandai berteori tapi tidak mampu
melaksanakannya...
Sekiranya baginda seorang yang memperkatakan kepada manusia tentang mimpi-mimpi indah
dan idealisma yang tinggi tanpa menerangkan bagaimana jalan hidup di dalam realiti kehidupan
di bumi ini.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
7/189
Sekiranya dia seorang penyair atau tukang tilik...
Sekiranya baginda adalah salah seorang daripada mereka yang tersebut, maka bolehlah manusia
memencilkannya dari dalam perasaan mereka dan memberikan 'cinta teori' dan kekaguman
kosong kepadanya. Kemudian... mereka tidak menghiraukannya ketika menjalani kehidupan di
alam realiti dan beraktiviti di atas permukaan bumi.
Adapun orang yang menerangkan kepada mereka bagaimana cara menguruskan kehidupaan di
atas muka bumi... orang yang telah memegang sendiri cangkul lalu meruntuhkan kebatilan di
hadapan mata mereka dan sebagai gantinya beliau telah membina mahligai kebenaran... orang
yang telah berperang bersama mereka dan mewujudkan keamanan... membina negara mereka
sedikit demi sedikit sehingga binaannya tertegak gagah yang tidak dapat ditandingi oleh satu
binaanpun di atas muka bumi ini... makan dan minum bersama mereka, menemani mereka dan
mereka menemaninya, hidup di hadapan mereka di setiap saat kehidupan dan di dalam setiap
perasaan dan perlakuannya. Orang yang mereka lihat telah 'mengatur' semua urusan sama ada
yang besar atau kecil supaya perlakuannya menjadi sunnah yang diikut dan membentuk contoh
ikutan yang baik kepada manusia...
Adapun orang yang bersifat dengan semua sifat itu, maka dimanakah jenayah beliau sehingga
diabaikan kuasa manusia yang terbesar ini dan hanya membataskannya di dalam perasaan!.
Adakah Muhammad s.aw datang untuk dipencilkan di dalam perasaan sedangkan agama yang
dibawanya adalah agama yang tidak mengakui pemencilan di dalam perasaan?.
Di antara ciri-ciri agama ini yang paling jelas ialah ia adalah agama zahir dan batin. Ia tidak reda
zahirnya bersih sedangkan batinnya tidak bersih. Dengan itu lahirlah orang yang menunjuk-
nunjuk (riya') kepada manusia. Ia juga tidak reda batinnya bersih tetapi tidak mempunyai cahaya
di alam zahir. Maka dengan itu ia kehilangan peranan dan maknanya. Ia adalah agama yang
menjadikan semua amal sebagai ibadah. Rasulullah s.a.w adalah rasul yang menjadikan seluruh
kehidupannya ibadah dengan beramal... amal yang bermanfaat, menghasilkan buahnya dan
dapat dilihat.
Selepas semua itu, bagaimanakah ia boleh berubah menjadi model yang terpencil di dalam hati
muslimin walaupun ia merupakan model yang tertinggi dan terindah di atas muka bumi?.
* * *
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
8/189
Perasaanku terhadap Rasulullah s.a.w selama-lamanya merupakan perasaanku terhadap realiti
sebenar yang menjelma, bukan terhadap khayalan kosong di awang-awangan.
Perasaanku akan digoncang dengan kuat sekali oleh gambaran yang masyhur di dalam kitab
serah setiap kali aku membacanya: "Baginda berjalan seolah-olah baginda terangkat daripada
bumi..." Terbayang di khayalanku gambaran yang indah, hidup dan nyata yang penuh dengan
kekuatan dan kecergasan... Semuanya ini adalah keagungan yang tidak terbatas. Aku melihat
kepada gambaran yang menjelma di khayalanku, maka aku melihat cahaya yang terang dan
bersih yang terbit daripada ruh Rasulullah s.a.w dan masuk ke dalam jiwaku. Aku telah
ditewaskan oleh perasaan sedangkan aku melihat kepada ruh yang bersih, halus dan bersinar
ini. Walaupun begitu, gambarannya terus bergerak... dan aku melihat Rasulullah s.a.w berjalan
seolah-olah baginda terangkat daripada bumi. Aku melihatnya... dengan kadar yang dapat
dicapai oleh ruhku. Aku melihatnya dalam keadaan berjalan di atas muka bumi dan mengharung
jalannya dengan penuh kekuatan, sabat dan teguh. Baginda telah mendirikan binaan sedikit
demi sedikit... Aku melihat sikap dirinya yang mendalam dan teliti. Hampir-hampir aku dapat
menyentuh jiwa yang segar dan hidup itu. Aku melihatnya diketika dia melakukan ibadahnya,
cahaya bersinar memancar daripada ruh dan ketinggiannya. Lalu aku merasakan seolah-olah
cahaya ini bergerak... bergerak meluas sehingga memenuhi ruang angkasa raya.
Gerakan yang hidup di dalam jiwa aku itu adalah gambaran Rasulullah s.a.w.
Dari situ aku tidak merasakan ia terpencil di dalam sanubari.
Kemudian aku melihat pemencilan yang gambarannya terbentuk di dalam perasaan muslimin,
lalu aku hairan terhadap manusia, bagaimanakah mereka mencintai baginda dengan penuh
kecintaan kemudian mereka tidak meneliti kehidupannya untuk dijadikan ikutan dan tauladan
sebagaimana yang dijelaskan oleh Tuhan mereka di dalam Al-Quran.
* * *
Ini bukanlah buku yang membincangkan serah Rasulullah s.a.w.
Tetapi ia merupakan usaha yang kecil. Usaha untuk mengeluarkan gambaran Rasulullah s.a.w
daripada pemencilannya di dalam hati muslimin.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
9/189
Matlamatku ialah aku ingin mengatakan kepada manusia: "Telitilah beberapa kata-kata
Rasulullah s.a.w dan lihatlah bagaimana setiap kalimah yang diperkatakannya menjadi manhaj
tarbiah, manhaj perlakuan, manhaj hidup dan manhaj berfikir...
Ia adalah pilihan daripada hadis-hadis yang banyak atau "Sinaran Cahaya Daripada Rasulullah"
sebagaimana aku namakannya. Semuanya boleh menjadi konsep Islam. Konsep yang realiti yang
berlaku di atas muka bumi, yang berlaku di dalam kancah kehidupan.
Pilihan-pilihan ini bukanlah merupakan kajian bagi semua konsep. Bukan juga kajian bagi semua
yang diperkatakan orang. Tetapi ia adalah semata-mata pilihan yang aku tulis sebagaimana yang
terlintas di fikiranku. Harapanku daripadanya agar ia menjadi pembuka jalan.
Wahai Tuhanku! Berilah taufik kepadaku... dan jadikanlah aku di kalangan orang-orang yang
bersyukur di atas ni'mat-ni'mat yang engkau kurniakan kepadaku... Sesungguhnya aku amat
memerlukan kebaikkan yang engkau turunkan kepadaku!
MOHD QUTB.
MAKA TANAMLAH...
Maksudnya: "Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih
tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat. Maka hendaklah dia
menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala."
Boleh jadi perkara terakhir yang berlegar di fikiran para pendengar supaya Rasulullah s.a.w
memperkatakan hadis ini kepada mereka.
Boleh jadi mereka menyangka bahawa Rasulullah s.a.w yang datang untuk mengingatkan
manusia tentang hari akhirat, menggalakkan mereka beramal sebagai persediaan menuju
kepadanya, mengajak mereka membersihkan jiwa dan perlakuan (suluk) untuk menghadapi hari
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
10/189
kiamat; hari penghisaban, pada hari itu semua jiwa akan tunduk hina... boleh jadi mereka
menyangka bahawa baginda s.a.w. akan bersabda kepada mereka; "Maka bersegeralah kamu
semua meminta ampun terhadap dosa yang telah kamu lakukan. Bertawajjuhlah kepada Allah
dengan doa yang ikhlas agar Dia mematikan kamu dalam keadaan beriman dan menerima
taubat serta membangkitkan kamu di atas petunjuk." Boleh jadi mereka menyangka baginda
s.a.w. akan bersabda kepada mereka: "Bersegeralah, bersihkan tangan kamu daripada kotoran
tanah dan bersihkanlah jiwa kamu. Tinggalkan semua urusan dunia dan hadapkanlah hati kamu
kepada akhirat. Putuskan segala hubungan yang mengikat kamu dengan bumi. Berzikirlah
kepada Allah. Mengadaplah kepadaNya dalam keadaan bersih daripada segala keinginan dalam
kehidupan sehingga apabila kamu pergi menemui Tuhan, kamu pergi dalam keadaan dirimu
bersih. Dengan itu Dia menerima taubat dan melindungi kamu di bawah perlindunganNya di
mana tidak ada perlindungan melainkan perlindunganNya.
Sekiranya baginda berkata demikian kepada mereka, adakah ia merupakan suatu keajaiban?.
Bukankah perkara tabe'i apabila manusia telah yakin berlakunya kiamat, mereka segera
bersedia untuk menghadapi saat yang digeruni?.
Bukankah perkara tabe'i apabila sesuatu yang menakutkan berada di depan mata, manusia akan
mengungkaikan semua ikatan yang mengikat mereka dengan bumi lalu menunggu dengan
penuh ketakutan, hina dan melutut?. Mereka takut kepada berlakunya hari yang boleh
melucutkan anak daripada ibu yang menyusukannya dan menggugurkan kandungan ibu yang
mengandung serta kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka tidak mabuk
akan tetapi azab Allah tersangat pedih.
Apabila Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Jangan kamu takut, jangan kamu merasa hina
dan jangan kamu melutut, tetapi bersegeralah berdoa kepada Allah supaya Dia melepaskan
kamu daripada kesusahan yang amat besar ini. Tuluskan doa kepadaNya, Dia adalah hampir dan
memakbulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaNya. Jangan kamu
putus asa daripada rahmat Allah kerana tidak ada yang putus asa daripada rahmat Allahmelainkan orang-orang kafir. Marilah semua, bersihkan jiwa dan bersembahyanglah mengadap
Allah dengan penuh khusyuk.
Apabila Rasulullah s.a.w bersabda begitu kepada mereka, maka baginda telah melumurkan ubat
balsam yang menyembuhkan kepada ruh-ruh yang luka. Baginda telah meletakkan tangannya
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
11/189
yang lembut ke atas jiwa-jiwa yang gementar takut lalu menjadi tenang dan tenteram. Baginda
telah membuka lubang yang boleh menyampaikan cahaya kepada hati-hati yang gelap dengan
sinar harapan, tenteram dan pengharapan kepada Allah.
Tetapi Rasulullah s.a.w tidak bersabda kepada mereka dengan apa yang disangkakan.
Bahkan baginda s.a.w. telah bersabda dengan perkara yang menghairankan yang tidak terlintas
di hati manusia.
Baginda s.a.w. telah bersabda: "Sekiranya di tangan kamu ada benih tamar dan kamu berupaya
menanamnya sebelum berlakunya hari kiamat, maka kamu hendaklah menanamnya, dengan itu
kamu mendapat pahala.
Ya Allah! Dia hendaklah menanamnya?! Apa dia? Benih tamar yang tidak akan berbuah kecuali
setelah beberapa tahun! Sedangkan hari kiamat sudah hampir berlaku? Pasti berlaku?!.
Ya Allah! Ini tidak diperkatakan melainkan oleh seorang Nabi Islam penyudah segala Nabi!.
Hanya Islam satu-satunya yang mampu mengarahkan hati-hati dengan arahan ini. Hanya Nabi
Islam sahajalah yang mengambil petunjuk ini dan memberikannya kepada orang lain!.
Inilah sejarah dunia. Tidak ada sinaran di muka bumi ini yang sama dengan sinaran Rasul.
* * *
Ia adalah kalimah yang mudah dan ringkas, tidak ada kesulitan untuk memahaminya. Bukan
dibuat-buat dan bukan satu rekaan seni.
Satu kalimah walaupun pada mulanya ganjil tetapi menjadi mudah sebagaimana mudahnya
fitrah, menjadi dalam seperti dalamnya fitrah, lengkap, luas dan lapang. Seluruh kawasannya
dipenuhi oleh manhaj hidup... manhaj hidup Islam.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
12/189
Berapa banyak pengertian yang dapat diambil oleh jiwa daripada kalimah-kalimah yang mudah
dan mendalam ini dalam satu waktu.
Perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah perkara ajaib yang menjadi ciri keistimewaan
Islam: Jalan akhirat itulah juga jalan dunia tanpa ada pemisahan dan persimpangan.
Jalan dunia dan akhirat bukanlah dua jalan yang terpisah; Satu untuk dunia dan satu lagi untuk
akhirat. Tetapi ia adalah jalan yang satu, yang menggabungkan dunia dan akhirat dan
menghubungkan di antara kedua-duanya.
Tidak ada di sana jalan akhirat yang bernama ibadah dan jalan dunia yang namanya kerja.
Sesungguhnya ia adalah jalan yang satu bermula di dunia dan berakhir di akhirat. Jalan yang
tidak pernah memisahkan di antara kerja dan ibadah dan tidak juga di antara ibadah dengan
kerja. Kedua-duanya adalah satu, mengikut kaca mata Islam. Kedua-duanya berjalan
bergandingan di atas satu jalan, tidak ada jalan lain selain daripadanya.
Bekerja sehingga ke detik-detik terakhir kehidupan! Dia menanamnya sedangkan kiamat akan
berlaku pada saat itu, dengan pastinya!.
Menekankan kepentingan dan bernilainya kerja serta memberi galakan untuk bekerja adalah
fikrah yang sangat jelas di dalam konsep Islam. Tetapi, yang menarik perhatian di sini bukan
semata-mata menentukan nilai kerja sahaja, bahkan menekankan inilah jalan menuju akhirat,
tiada jalan lain selainnya.
Konsep pemisahan antara dua jalan ini telah menguasai manusia dalam jangka masa yang lama
sejak dari dulu sehingga sekarang. Mereka berkeyakinan bahawa beramal untuk akhirat
bermakna memutuskan hubungan dengan dunia dan bekerja untuk dunia memberi maksud
mengorbankan waktu untuk akhirat.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
13/189
Pemisahan antara dunia dan akhirat yang telah berakar umbi di dalam jiwa manusia dan tidak
terhenti kepada masalah ini sahaja, bahkan ia menjangkau kepada konsep-konsep lain yang
berhubung-rapat dengan kewujudan manusia keseluruhannya.
Dunia dan akhirat tidak mempunyai apa-apa hubungan.
Jisim dan ruh adalah dua benda yang terpisah.
Kebendaan adalah terpisah dengan kerohanian.
Alam nyata tiada kaitan dengan alam ghaib (metafizika).
Kehidupan sehari-harian tidak mempunyai kaitan dengan kehidupan mithali atau konsep-konsep
akhlak. Dan lain-lain lagi konsep-konsep lain yang lahir daripada noktoh yang satu; pemisahan di
antara dunia dan akhirat atau di antara langit dan bumi.
Ketika manusia menjalani kehidupan berdasar fikrah ini, mereka akan mengalami pertarungan
yang berterusan yang menyesat dan menghairankan. Mereka akan hidup dengan jiwa yang
bercelaru dan perasaan yang tertekan. Mereka tidak akan merasakan kesatuan yang dapat
menyatukan kewujudannya atau pengikat yang dapat mengikat bahagian-bahagiannya. Mereka
tidak akan merasai kerehatan dan ketenteraman.
Pemisahan antara matlamat yang bertentangan adalah satu penderitaan lama yang dialami olehmanusia dan ia masih berlaku.
Pada masa dahulu ia telah menyebabkan sebahagian manusia mengasingkan diri (uzlah) untuk
beribadat. Manakala yang lain pula bertungkus lumus mengejar kehidupan dunia. Mereka
menjadikannya sebagai matlamat kehidupan yang tertinggi dan mengutip segala ni'matnya
sebelum luputnya waktu. Mereka telah dikuasai oleh keinginan hawa nafsu yang tidak dapat
dikawal lagi. Akhirnya ia membunuhnya.
Pada hari ini, kesan yang dibawa oleh pemisahan ini tetap berlaku bahkan semakin bertambah
sehingga ke peringkat menggila, kes-kes histeria, tekanan darah, gangguan urat saraf, gila dan
bunuh diri... Pertambahan yang berlaku di bawah naungan tamadun moden ini telah sampai ke
peringkat bahaya yang membawa kepada kehilangan keupayaan manusia. Ia merupakan kesan
daripada pemisahan tersebut yang telah memecahkan jiwa yang satu ke pelbagai arah tanpa
ada sebarang ikatan yang mengikat di antara bahagian-bahagiannya.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
14/189
Kewujudan diri seseorang berdasarkan hukum fitrah yang telah dijadikan oleh Allah... adalah
satu.
Kesatuan yang merangkumi jasmani, akal dan ruh. Merangkumi kebendaan dan kerohanian.
Merangkumi syahwat jasad dan keinginan dalaman, ketelitian akal dan kesucian ruh.
Merangkumi dorongan badan yang kuat, ketelitian akal yang jelas dan kelembutan ruhani yang
tinggi.
Tidak diragukan lagi bahawa juzuk-juzuk ini saling bertentangan dan setiap satu daripadanya
condong kepada arah yang berlainan.
Apabila keadaan ini dibiarkan, maka masing-masing akan bertindak mengikut kehendaknya.
Tetapi, ajaib yang terdapat pada kewujudan diri manusia ini ialah keajaiban fitrah yang telah
dijadikan oleh Allah bahawa setiap benda yang berasingan ini boleh berhimpun, bersatu,
bertaut, kemudian -daripada keajaibannya- dengan pertautan tersebut dia boleh menjadi kuasa
terbesar di atas muka bumi!. Ini adalah apabila zarrah yang kerdil dan akan binasa ini mengambil
panduan daripada Hakikat Azali yang kekal abadi. Ia akan bercahaya, bersinar dan akan menjadi
terang seperti cahaya. Benda dan bukan benda bergabung di dalamnya dan kedua-duanya
adalah sama.
Sebaik-baik jalan untuk menyatukan semua yang berselerak dan menghubungkannya di bawah
satu ikatan ialah dengan menyatukan dunia dan akhirat di atas satu jalan.
Ketika itu, kerja dan ibadah tidak akan menjadi dua benda yang berasingan. Jasmani dan ruhani
akan bersatu. Matlamat yang berbentuk teori adalah sama dengan matlamat amali dan
matlamat yang waqie tidak akan berbeza dengan matlamat yang ideal.
Ketika mana jalan dunia bertemu dan bersatu dengan jalan akhirat maka kedua-duanya
hanyalah satu. Peristiwa ini juga berlaku di dalam jiwa. Ketika itu segala matlamat yang saling
bertentangan akan menjadi hampir dan benda yang berselerak akan berkumpul. Kemudian
semuanya akan bercantum dan menjadi benda yang satu. Ketikamana jiwa -yang telah
mengalami proses penyatuan- bertemu dengan kehidupan yang lebih besar di mana segala
matlamatnya telah bersatu dan yang berselerak telah dikumpulkan, maka jiwa akan selari
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
15/189
dengan kehidupan dan merasai ketenangan bersamanya, seiring sejalan dan berlegar-legar di
angkasa raya sebagaimana berlegarnya satu bintang di alam raya tanpa berlaga dengan yang
lain. Bahkan semuanya diikat dengan peraturan yang lengkap dan luas.
Islam melakukan keajaiban ini.
Ia melakukannya dengan mudah.
Melakukannya dengan menyatukan dunia dan akhirat di atas satu sistem.
Maksudnya: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepada
kamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia. (Al-Qasas: 77)
Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan
Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang
baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya itu adalah (ni'mat-ni'mat)
untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia, (ni'mat-
ni'mat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat" ( Al
Aaraf 32)
Rasulullah s.a.w adalah model yang sebenar serta terjemahan yang sempurna dan lengkap
kepada hakikat Islam. Tertanam di dalam jiwanya bahawa dunia dan akhirat hanya mempunyai
jalan dan manhaj yang satu.
Manakah amalan Rasulullah s.a.w yang tidak bermatlamatkan keredaan Allah dan akhirat?.
Di saat manakah Rasulullah s.a.w telah berhenti dari bekerja dan mengislahkan muka bumi?.
Sehinggakan sembahyang... bukankah Rasulullah s.a.w. meminta pertolongan kepada Allah di
dalam sembahyang supaya baginda mampu melaksanakan risalahnya memberi petunjuk kepada
manusia supaya mereka mengenali Allah dan hari akhirat dengan sesempurna mungkin?
Satu penggabungan yang tidak memisahkan di antara kerja dan ibadah, dunia dan akhirat dan
antara bumi dan langit.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
16/189
Rasulullah s.a.w adalah contoh tauladan yang baik. Baginda adalah perencana manhaj amali
untuk melaksanakan Islam di alam realiti. Rasulullah s.a.w tidak beruzlah untuk membersihkan
diri. Baginda menunaikan ibadah bersama-sama para sahabat dan mereka berkawan rapat
dengan baginda. Apabila baginda bersendirian di tengah malam beribadat kepada Tuhannya
menunjukkan bahawa semua jiwa manusia perlu kepada bersendirian pada masa-masa tertentu.
Begitu juga semua jiwa lebih mampu membersihkan dirinya ketika bersendirian berbanding
ketika bersama-sama dengan orang lain. Tetapi yang pentingnya, di dalam kekhusyukan
bersendirian dan membersihkan jiwa, baginda tidak lupa bahawa baginda adalah utusan Allah
yang ditaklifkan untuk menyampaikan risalahNya.
Rasulullah s.a.w berperang, berdamai dan menyeru manusia kepada jalan Allah. Baginda makan
dengan nama Allah dan berkahwin di atas sunnah Allah. Baginda meruntuhkan jahiliah dan
membina Islam, menghancurkan kebatilan dan menegakkan kebenaran, berhijrah dan tinggal
menetap. Semuanya itu adalah di jalan Allah dan hari akhirat; hari baginda menemui Allah.
Dengan itu, semua amalannya menjadi ibadah kepada Allah. Jalan di hadapannya adalah jalan
yang satu... iaitu jalan kepada Allah...
Baginda berjalan di atas jalan ini di mana tidak ada jalan lain selain daripadanya. Baginda terus
menerus berjalan maju ke depan tanpa berpatah balik atau menyimpang. Sehinggalah di akhir-
akhir kehidupannya, baginda terus menjalani kehidupannya melalui jalan ini.
Baginda bekerja di dunia untuk mengejar akhirat dan beramal untuk akhirat dengan bekerja di
dunia.
Sehingga tatkala turunnya ayat:
Maksudnya: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah aku
lengkapkan ke atas kamu ni'matKu dan telah Aku reda bagi kamu Islam sebagai agama." ( Al
Maidah 3)
Umar r.a merasakan bahawa itulah isyarat kewafatan lalu air matanya mengalir... sehingga
ketika baginda sakit hendak wafat... sehingga saat-saat terakhir kehidupannya, baginda masih
lagi disibukkan dengan urusan dunia, urusan manusia, pengislahan muka bumi, memberikan
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
17/189
petunjuk kepada manusia, menggariskan manhaj yang perlu mereka lalui dan meneguhkan
tiang-tiang agama...
Baginda bersabda sedangkan baginda mengalami sakit tenat:
Maksudnya: "Berikan kepada aku kitab supaya aku catatkan sesuatu yang mana kamu selama-
lamanya tidak sesat selepasnya..."
Di tangan baginda ada benih tamar dan baginda telah menanamnya.
Baginda tidak membiarkan tangannya begitu sahaja sehingga baginda pergi menemui Allah.
* * *
Semua itu mengandungi pengajaran yang perlu diteladani oleh muslimin dan dijadikan petunjuk
oleh manusia yang sesat untuk kembali ke jalan yang lurus.
Mereka mempelajari bagaimana menyatukan jalan dunia dengan jalan akhirat.
Mereka mempelajari bahawa ad-Deen bukanlah bererti uzlah tetapi ia merupakan intipatikehidupan itu sendiri.
Mereka mempelajari bahawa mereka tidak mendapat keredhaan Allah dan tidak berkhidmat
untuk agamanya apabila mereka menjauhkan diri daripada arus kehidupan yang mencabar dan
tidak menaiki bahtera kehidupan bersama-sama orang lain.
Mereka tidak mendapat keredhaan Tuhan dan tidak berkhidmat untuk agamanya apabila
mereka merasakan bahawa mereka perlu melupakan Allah dan agama apabila mereka
memasuki kancah kehidupan dan bekerja mengislahkan muka bumi.
Mereka tidak mendapat keredhaan Allah dan tidak berkhidmat untuk agamanya apabila merekamasuk ke sekolah, universiti, tempat kerja, kilang atau pusat perniagaan sedangkan menurut
perkiraan mereka bahawa sekarang ini mereka bekerja untuk dunia dan di ketika lain, apabila
mereka selesai daripada kerja-kerja dunia, mereka akan kembali -kalaulah mereka kembali-
kepada Allah dan mereka akan menyembah dan mengadapNya.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
18/189
Tidak! Itu bukan daripada Islam!
Tetapi Islam ialah mereka makan, berkahwin dan belajar dengan nama Allah dan di jalan Allah.
Mereka bekerja, berproduktiviti, mencari kekuatan, membuat persediaan... adalah di jalan Allah.
Dunia tidak menyibukkan mereka daripada mengingati akhirat dan mereka juga tidak disibukkan
oleh akhirat daripada mengingati dunia. Ini disebabkan kedua-duanya hanyalah satu jalan dan
tidak terpisah.
Ketika mana muslimin mempelajari semua ini iaitu ketika mereka mempelajari bahawa apabila
mereka membuat kajian tentang kuasa atom dan menggunakannya di waktu aman dan perang,
mereka boleh menjadi orang yang berhubung dengan Allah dan berada di jalanNya.
Ketika mereka mempelajari bahawa apabila mereka membuat kajian tentang sistem politik,
ekonomi dan pengislahan sosial atau ketika mereka melaksanakannya dan mentadbir urusan
manusia, mereka boleh menjadi orang yang berhubung dengan Allah dan berada di jalanNya.
Ketika mereka mempelajari bahawa apabila mereka bersendirian bersama isteri, mereka boleh
menyebut nama Allah dan dengan itu mereka berada di jalan Allah.
Ketika mereka mempelajari bahawa walaupun satu amalan sahaja dari pelbagai amalan tidak
mungkin terkeluar dari jalan akhirat apabila ia dilakukan oleh seorang muslim yang beriman
dengan Allah dan bermatlamatkan keredhaanNya.
Bahkan ketika mereka mempelajari bahawa mereka tidak dapat mencari akhirat melainkan
dengan mengislahkan dunia dan mereka tidak akan sampai ke akhirat melainkan dengan melalui
jalan dunia. Kewajiban mereka ialah terus bekerja membangunkan bumi serta menanam
benihnya sehingga ke akhir hayat. Sekiranya tidak, mereka tidak akan sampai ke akhirat.
Ketika mereka melakukan semua itu, mereka adalah muslimin yang sebenar.
Ketika itu mereka menjadi tauladan kepada semua umat di dunia ini sebagaimana Rasulullah
s.a.w telah menjadi tauladan mereka.
Maksudnya: "Supaya Rasul menjadi saksi kepada kamu dan kamu menjadi saksi kepada
manusia."
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
19/189
Ketika itu mereka mempunyai sesuatu yang boleh diajar kepada dunia seluruhnya khususnya
kepada barat; Barat yang ditimpa penyakit gila telah mencetuskan dua peperangan berturut-
turut di dalam tempoh suku abad dan sekarang ini bersedia untuk menghancurkan bumi.
Mereka mampu untuk berkata kepada dunia seluruhnya, "Kamu telah melupakan Allah dari
segala perhitungan kerana kamu menyangka bahawa Dia akan menghalang kamu daripada
membangunkan bumi ini, mempelajari ilmu, menggunakan kekayaan bumi dan meni'mati
keni'matan hidup!
Tetapi, realitinya tidak begitu!
Sesungguhnya Allah menyeru kepada semua perkara yang kamu laungkan itu. Allah berfirman;
Maksudnya: "Dan katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang berani mengharamkan
perhiasan Allah yang dikeluarkan bagi hamba-hambaNya serta rezki-rezki yang baik." ( Al Aaraf
32).
Tetapi, apa yang Dia mahu hanyalah supaya kamu menyatukan jalan kamu. Jangan kamu
jadikannya dua jalan yang terpisah; satu untuk dunia dan satu lagi untuk akhirat. Jadikanlah
hanya satu jalan sahaja untuk kedua-duanya iaitu jalan kepada Allah.
* * *
Ini bukanlah satu-satunya pengajaran yang dapat kita pelajari daripada hadis ini.
Jangan putus asa dalam kehidupan!
Bekerja di atas muka bumi ini tidak boleh diberhentikan walaupun sesaat disebabkan perasaan
putus asa daripada mendapat hasil.
Sehingga ketika hari kiamat akan berlaku beberapa detik sahaja lagi, ketika kehidupan dunia
terputus keseluruhannya, ketika tidak ada di sana hasil bagi kerja yang dilakukan... sehingga
walaupun di waktu seumpama ini, manusia tidak boleh berhenti daripada bekerja dan mencari
kemajuan untuk masa akan datang. Barang siapa yang di tangannya ada benih tamar maka
tanamlah.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
20/189
Ia merupakan dorongan yang mengkagumkan ke arah bekerja dan berterusan di dalam
melakukannya.
Tidak ada sesuatupun yang boleh memberhentikan manusia daripada terus bekerja.
Semua halangan, semua perkara yang membawa kepada putus asa dan semua "perkara
mustahil"... semuanya tidak mempunyai peranan dan tidak boleh menghalangnya daripada
terus bekerja.
Dengan kekuatan ruh yang sebegini, bumi akan dimakmurkan dengan cara yang sebenarnya dan
tamadun serta kemajuan akan dibina di atasnya.
Kesimpulannya, Islam yang menyeru ke arah membangunkan bumi dan bekerja di jalannya
adalah tidak terpesong dari segi pemikiran dan perasaan daripada jalan Allah dan jalan akhirat.
Ini adalah kerana ia tidak memisahkan di antara dunia dan akhirat, di antara kehidupan harian
dengan akhlak kerana ia tidak berkata -sebagaimana yang dikatakan oleh barat yang
menyeleweng-: "Aku akan membangunkan bumi tanpa mempedulikan sama ada akhlak manusia
meningkat atau menurun. Kerja mempunyai penilaiannya tersendiri, begitu juga dengan akhlak.
Akhlak seseorang bukan urusan aku selagimana hasil pengeluarannya tinggi dan
mengkagumkan." Pandangan yang buruk ini dalam masa yang singkat akan meruntuhkan
kemajuan yang telah dicapai dalam tempoh beberapa generasi. Ia akan menukarkan semua
pembangunan kepada kehancuran. Bahkan pandangan ini akan menganggu jiwa dan pemikiran
dalam menilai kebaikan dan kejahatan, antara realiti dan ideal. Natijah jangka pendek ialah
penyakit tekanan urat saraf, gila dan membunuh diri. Itu sahaja sudah cukup untuk merosakkan
jiwa dan melemahkan kekuatan sekalipun tidak berlaku kehancuran dan keruntuhan yangmenyeluruh dan mengerikan.
Muslimin dahulu yang mengimani agama mereka dan beramal dengannya telah membina
tamadun yang paling hebat dan melahirkan falsafah kehidupan yang terbaik... Dan mereka tidak
menyeleweng daripada jalan Allah.
Kuasa "kerja" telah mendorong mereka untuk berusaha membangun dan memakmurkan serta
melakukan pembukaan dan pengembaraan di atas muka bumi. Mereka telah mencapai
keagungan dalam masa yang singkat yang tidak pernah dicapai oleh orang lain sejak berkurun.
Mereka telah melaksanakan keadilan yang dirasakan pelik oleh manusia hari ini. Mereka melihat
apa yang dicapai itu seolah-olah mimpi-mimpi dan dongengan.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
21/189
Ketika Abu Ubaidah mengembalikan jizyah yang telah dikutip daripada penduduk Syam; iaitu
pada hari tentera Rom berkumpul untuk menyerangnya dan beliau khuatir tidak berupaya
melindungi mereka, beliau berkata: "Sesungguhnya kami mengembalikan harta kamu kerana
kami diberitahu bahawa satu bala tentera yang besar telah disiapkan untuk menyerang kamu.
Sesungguhnya kamu telah mensyaratkan supaya kami melindungi kamu sedangkan kami sudah
tidak berupaya lagi berbuat demikian. Oleh itu kami kembalikan kepada kamu harta yang telah
kami ambil daripada kamu. Kuasa kami ke atas kamu adalah berdasarkan syarat dan perjanjian
yang telah kita meterikan sekiranya Allah memberi kemenangan kepada kami."
Ketika beliau melakukan semua itu, beliau telah melaksanakan salah satu perkara luar biasa
yang dilahirkan oleh Islam. Beliau bekerja dan bersungguh-sungguh melaksanakannya semampu
mungkin. Beliau bekerja di dunia, berjihad dan berperang serta tidak melupai Allah di dalam
semua kerja yang dilakukan walaupun sedetik. Beliau tidak memisahkan di antara jalannya di
dunia dengan jalannya menuju ke akhirat kerana semua itu dilaksanakan di jalan Allah.
Ketika Salahuddin memenangi Peperangan Salib dan setelah Allah menundukkan musuh
agamanya yang mencabuli perjanjian, menyembelih muslimin di dalam Baitul Maqdis dan
mencabul kehormatan manusia dengan cara yang ganas dan menjijikkan, beliau tidak bertindak
mengikut kehendak hawa nafsunya, tidak berdendam dan tidak membunuh mereka (sedangkan
semua syariat langit dan bumi membenarkan beliau melakukan semua itu sebagai membalas
perbuatan yang mereka lakukan sebelum ini) bahkan beliau telah memberikan keampunan dan
kemaafan, beliau telah menewaskan nafsunya dan jiwa manusia seluruhnya.
Ketika itu beliau telah melakukan satu lagi perkara ajaib yang dilahirkan oleh Islam. Beliau
bekerja dan terus bekerja tanpa lupa kepada Allah dan tidak memisahkan di antara jalannya di
dunia dengan jalannya menuju ke akhirat.
Oleh kerana itu Islam adalah unggul di dalam sejarah.
Binaan yang dibina oleh Islam tetap unik walaupun berbagai pukulan dari dalam dan luar datang
menyerang.
Muslimin mencontohi Rasul mereka. Dialah yang menggalakkan mereka supaya bekerja
membangunkan muka bumi dan menanam benih tamar yang ada di tangan mereka yang hanya
akan berbuah ketika Allah menghendakinya. Tugas mereka hanyalah menanamnya dan mencari
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
22/189
tempat baru untuk terus menanamnya. Mereka mengambil tauladan daripada ar-Rasul dan
terus menanam pohon-pohon kebaikan di merata tempat. Mereka hanya mengharapkan
keredhaan Allah semata-mata dan mengharapkan akhirat. Kerja-kerja mereka tidak didorong
oleh ketamakan dunia dan keinginan syahwat yang menyeleweng dari jalan Allah dan takwa
kepadaNya.
Itulah sebabnya mereka mendapat keistimewaan dan mampu menerajui dunia. Mereka adalah
cahaya yang menyinari kegelapan bumi dan ikutan di dalam setiap perlakuan, amal, ilmu dan
sistem. Ketika itu Eropah masih berada di dalam kegelapan jahiliah yang telah dibinasakan oleh
perpecahan, peperangan, kemunduran dan keruntuhan sehinggalah mereka mempelajari
beberapa pengajaran daripada Islam dalam peperangan Salib. Dengan itu mereka mula sedar
dan memulakan kebangkitan... tetapi malangnya bukan di atas jalan Allah dan jalan akhirat.
Oleh itu mereka tidak bangkit melainkan seperti orang yang dirasuk oleh syaitan... Mereka
bangkit seperti orang gila dan jalannya diakhiri dengan jurang yang dalam.
Sesungguhnya muslimin yang pemalas pada hari ini masih mempunyai contoh ikutan pada diri
Rasulullah s.a.w. Contoh ikutan yang bermanfaat untuk mereka apabila mereka membuka mata
dan meneliti segala pengertian yang ada. Mereka hendaklah terus bekerja tanpa menghiraukan
kepenatan... bekerja sekadar keupayaan tenaga yang ada malah lebih daripada itu untuk
mengganti kerehatan yang telah lama mereka ni'mati. Mereka hendaklah bekerja di setiap
bidang; ilmu, perindustrian, perniagaan, ekonomi, seni dan pemikiran...
Mereka hendaklah bekerja dan jangan berkata: "Apalah nilainya kerja. Apa yang dapat kita capai
dengan kerja ini?"
Mereka hendaklah menanam benih kurma walaupun hari kiamat akan berlaku sebentar lagi.
Sesungguhnya tugas mereka ialah bekerja dan kejayaan adalah di tangan Allah.!!
* * *
Hadis ini sebenarnya memberi pengajaran yang khusus untuk para du'ah.
Mereka adalah orang yang paling banyak terdedah kepada penyakit putus asa dan amat perlu
kepada istiqamah dan teguh dalam dakwah.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
23/189
Kadang-kadang seorang peniaga putus asa daripada berusaha, tetapi keuntungan akan
mendorongnya sekali lagi untuk terus berusaha.
Kadang-kadang ahli politik putus asa daripada mendapat kemenangan, tetapi pergolokan politik
yang berlaku akan membuka jalan kepadanya untuk terus bekerja demi kepentingannya.
Kadang-kadang seorang saintis putus asa daripada menghasilkan natijah, tetapi dengan
meneruskan pengkajian dan mendalaminya sudah cukup untuk membolehkan beliau mencapai
tujuannya.
Setiap manusia yang melakukan sesuatu kerja akan terdedah kepada perasaan putus asa.
Mereka memerlukan galakan yang berterusan dan dorongan yang berpanjangan. Tetapi,
walaupun begitu mereka bukanlah seperti para du'ah. Matlamat para du'ah adalah jauh dan
halangan yang mereka hadapi tidak mudah ditundukkan.
Golongan pengislah bukanlah seperti mereka diatas.
Mereka tidak berinteraksi dengan alat dan jentera tetapi mereka berhadapan dengan jiwa. Jiwa
adalah lebih keras daripada alat dan jentera, dan ia lebih bertenaga untuk menentang serta
lebih mudah menyimpang dan menyeleweng.
Racun yang merosakkan hati para du'ah ialah manusia lari daripada dakwah yang dibawa dan
tidak beriman dengan kebenaran yang terkandung di dalamnya. Bahkan dikebanyakan ketika,
penentangan berlaku berdasarkan kadar kebenaran yang dibawa, dan keengganan mereka
menerimanya adalah berdasarkan kadar kebaikan yang terdapat di dalamnya.
Ketika itu, para duat akan putus asa... dan merasa lemah di jalan dakwah.
Kecuali orang-orang yang ruhnya mengambil sinaran dari ufuk yang tinggi bersinar dan
memancar.
Kecuali orang-orang yang ruhnya berupaya menanam benih tamar sekalipun kiamat pasti akan
berlaku beberapa detik lagi.
* * *
Para du'ah adalah orang yang paling memerlukan pengajaran ini. Merekalah orang yang paling
berhajat mempelajari daripada Rasulullah s.a.w arahan yang menghairankan ini yang hanya
mengandungi beberapa kalimah, mudah dan jauh daripada bunga-bunga bahasa.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
24/189
Mereka adalah orang yang paling perlu mengambil sinaran cahaya yang terang, jelas, memberi
dorongan dan semangat ini daripada Rasulullah s.a.w untuk menerangi kegelapan putus asa dan
menanam benih harapan ke dalam jiwa mereka sebagaimana benih tamar yang ditanam
mengeluarkan hasilnya selepas beberapa ketika.
Sesungguhnya baginda bersabda kepada mereka: "Kamu tidak dipertanggung jawabkan dengan
hasil sesuatu kerja tetapi kamu hanyalah disuruh bekerja. Curahkan segala tenagamu dan jangan
fikirkan hasilnya."
Curahkan tenagamu dengan penuh keimanan bahawa inilah kewajipan dan peranan kamu.
Kewajipan dan perananmu selesai di sana; ketika menanam benih di muka bumi, bukan ketika
memetik buahnya.
Ketika baginda menuturkan kalimah-kalimah ini kepada mereka, baginda tidak menipu dan tidak
memperolak-olakkan mereka, tetapi baginda memperkatakan sesuatu yang benar.
Ketika kamu bertanya kepada diri kamu sendiri: "Bilakah benih ini akan berbuah dan bagaimana
dia hendak berbuah sedangkan di sekelilingnya angin dan musuh menyerang dari segenap
sudut?"
Ketikamana silsilah pertanyaan ini sampai ke peringkat lahirnya buah fikiran untuk membuang
dan membiarkannya begitu sahaja...
Ketika itu, bagaimanakah ia akan mengeluarkan buahnya?
Dan bagaimana ia hendak hidup?
Bukankah kamu telah membunuhnya ketika kamu membuangnya?
Tetapi apabila kamu menanamnya di permukaan bumi dan kamu mengangkat tangan berdoa
kepada Allah, ketika itu kamu telah menyemainya di tempat yang sebenar dan menyerahkannya
kepada Allah yang memeliharanya dan memelihara dirimu.
Kamu tidak dibebankan dengan pertanyaan; "Bilakah ia akan berbuah?" Ini bukan kerja kamu.
Kamu bukan orang yang berkuasa kepada qada' dan qadar. Kamu tidak mempunyai ilmu tentang
perkara ghaib. Dan bukan dalam keupayaan kamu -sekiranya kamu mengetahuinya- untuk
menghalang dirimu daripada binasa!
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
25/189
Oleh itu kamu berada di dalam kekuasaan Allah yang luas tidak bertepi dan tidak ada
pengakhiran.
Kamu hanyalah makhluk yang hidup dan bergerak, mempunyai neraca kehidupan dan kekuatan
serta tempat di dalam sejarah ketika ruh kamu mengambil sinaran daripada Pencipta bumi dan
alam, Pencipta kamu di tengah-tengah alam yang luas terbentang ini.
Kenapa kamu tidak menyerahkan kesudahan kamu kepadaNya dengan penuh ketenangan,
mengharapkan kepadaNya?. Kenapa kamu tidak menyerahkan benih tamar yang telah kamu
tanam agar Dia memelihara dan mengeluarkan buahnya?. Apakah tidak memadai dengan
peranan yang dituntut daripada kamu di dalam kerajaan yang luas dan besar ini dan bersyukur
kepada Allah kerana tidak membebankan kamu dengan selain daripada peranan yang terbatas
dan mudah ini?.
Ketika kamu melakukan itu, buahnya akan keluar.
Tidak ada yang ajaib dan tidak berlaku sihir di dalam perkara itu.
Kamu hanya menunaikan perananmu kemudian kamu pergi. Selepas itu datang orang lain dan
merasa kagum dengan kamu dan apa yang telah kamu lakukan, lalu dia mengasihi kamu dan
menjaga benih yang telah kamu tanam. Ia pun membesar dan mengeluarkan buahnya.
Kadang-kadang kamu 'seorang yang bertuah' menurut neraca timbangan bumi disebabkan kamu
dapat melihat hasilnya di masa kamu masih hidup dalam umur yang terbatas.
Kadang-kadang kamu pergi (meninggalkan dunia) sebelum kamu dapat melihat hasilnya.
Tetapi, ke mana kamu pergi? Adakah kamu pergi kepada selain daripada Allah?
Kalau begitu, apakah menjadi satu kemestian apabila kamu berada di sana, kamu telah melihat
hasilnya di sini atau kamu melihatnya ketika kamu berada di sana? Tidak! Sesungguhnya kedua-
duanya pada akhirnya adalah sama.
Apa yang dituntut ialah ketika kamu berada di sisi Tuhan, kamu telah menanam benih tamar di
atas bumi dan tidak mencampakkannya disebabkan perasaan putus asa dan lalai.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
26/189
* * *
Bukanlah satu seruan di alam khayalan tatkala Rasulullah s.a.w berkata kepada manusia:
"Sekiranya biji tamar ada di tangan kamu maka hendaklah kamu menanamnya."
Ia merupakan isi kandungan dakwah kepada kebenaran. Kebenaran yang berlaku di atas muka
bumi dan yang disaksikan sepanjang sejarah.
Para du'ah di setiap tempat adalah manusia yang paling berhajat kepadanya ketika mereka
menghadapi kesempitan atau racun putus asa yang membunuh dan menyerang hati mereka.
Mereka adalah orang yang paling perlu meneliti serah Rasulullah s.a.w.
Baginda telah menanam benih tamar sedangkan baginda tidak mengetahui apa yang akan
berlaku sesudah itu.
Boleh jadi orang-orang Quraisy membuat pakatan jahat bertujuan membunuhnya.
Boleh jadi baginda mati kelaparan di ceruk kampung bersama-sama pengikutnya yang beriman.
Boleh jadi orang-orang kafir terserempak dengan baginda di tengah-tengah perjalannya ke Gua
Hira', maka tidak ada gunanya lagi hari esok... Atau boleh jadi kiamat akan berlaku selepas
seketika. Walaupun begitu, baginda tetap menanam benih dan menjaganya dengan baik
sehingga Allah menginzinkan buahnya keluar. Baginda selama-lamanya merasa tenang dan
berharap kepada Allah selagimana baginda telah menunaikan kewajipan yang dituntut.
Itulah tauladan yang perlu diikuti oleh para du'at ketika mereka menyeru kepada pengislahan.
Sesiapa yang ada ditangannya benih tamar maka hendaklah dia menanamnya.
Dan jangan dia menyoal dirinya: "Bagaimana ia hendak membesar sedangkan angin dan musuh
berada di segenap penjuru?"
Dia jangan menyoal dirinya tentang itu. Itu bukan peranannya.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
27/189
Serahkan saja kepada Allah.
Jiwanya tenang kerana dia telah meletakkannya pada tempat yang sebenar dan telah
menyerahkannya kepada Allah yang akan memeliharanya dan juga memelihara dirinya.
Buku ini dicetak pada tahun 1398H iaitu ketika kita berada di ambang kurun keempat belas
hijrah dan permulaan kurun kelima belas hijrah.
Alangkah perlunya kita -di saat kehidupan yang getir ini- merujuk kembali perjalanan kita
sepanjang kurun tersebut berdasarkan al-Quran dan as Sunnah. Al-Quran dan as-Sunnah inilah
yang telah berjaya melahirkan "Sebaik-baik Ummah Yang Dikeluarkan Untuk Manusia" dan juga
merupakan neraca ukuran buat ummah ini. Kebaikan ummah ini akan lahir berdasarkan kadar
istiqamah mereka dengan kedua-duanya. Begitu juga ummah ini akan menjadi 'buih'
sepertimana yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w yang melihat keadaan tersebut dengan
suluhan wahyu adalah berdasarkan sejauhmana mereka menyeleweng daripada kedua-duanya.
Rasulullah s.a.w bersabda;
Maksudnya: Hampir-hampir musuh-musuh kamu menyerbu kepada kamu seperti pelahap
menyerbu hidangan makanan. Sahabat bertanya; Adakah disebabkan kami sedikit ketika itu
wahai Rasulullah?. Jawab Baginda; Tidak! Sesungguhnya kamu ketika itu ramai tetapi seperti
buih; buih banjir...
Pada hari ini gerakan kebangkitan Islam sedang bangkit -berdasarkan petunjuk dari al-Quran dan
as-Sunnah- di seluruh pelusuk dunia Islam. Semuga 'buih' tersebut dapat diselamatkan dan
kembali menjadi "Sebaik-baik Ummah
Yang Dikeluarkan Untuk Manusia".
Alangkah perlunya kita memahami kitab Allah dan begitu juga perlunya kita mengambil sinaran
dari "Sinaran Cahaya Daripada Rasulullah s.a.w" supaya dengannya kita dapat memperbetulkan
langkah-langkah kita yang tersilap di dalam kehidupan ini.
Aku masih mengharapkan semuga diterbitkan berbagai kitab dan hasil kajian mengenai Serah
ar-Rasul s.a.w dan hadis-hadisnya yang memberi manfaat kepada generasi ini dan mendekatkan
mereka kepada Islam.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
28/189
Allah jualah sebagai Penunjuk kepada kebaikan.
KEWAJIBAN MENUNTUT ILMU...!
Maksudnya: Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim. (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)
Ilmu... merupakan cahaya yang Allah berikan kepada manusia sebagai petunjuk dalam menjalani
liku-liku kehidupan serta menerangi jalan mereka.
Maksudnya: "Sesungguhnya perumpamaan ulama di atas muka bumi adalah seperti bintang-
bintang yang dijadikan petunjuk oleh manusia di daratan dan di lautan. Apabila bintang-bintang
padam maka hampir-hampir orang yang mengambil petunjuk itu menjadi sesat."
Ilmu... merupakan satu tingkap besar yang terbuka ke arah perkara-perkara yang tidak diketahui
dan merupakan cahaya yang menyuluh kegelapan.
Ilmu... merupakan kuasa besar yang digunakan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan dan
meluaskan penguasaannya. Ilmu yang tidak hanya terbatas pada dirinya, tidak terbatas pada
lingkungan kehidupannya yang sempit, juga tidak hanya terhad pada generasinya, ia tidak hanya
terbatas pada ruang lingkup bumi... Tetapi ia merangkumi semuanya dan lebih daripada itu yang
membolehkan ia menjenguk dunia lalu, serta cuba memahami dunia akan datang dengansuluhan dunia masa kini. Dia meneliti alam berdasarkan keluasan ilmu yang diperolehi daripada
kajian dan teori yang ada padanya. Dengan itu dia maju setapak demi setapak... Ilmu merupakan
teman ketika keseorangan, jurucakap ketika khalwat, petunjuk ketika senang dan susah, senjata
ketika menghadapi musuh dan dengannya diketahui halal dan haram. Ilmu merupakan imam
kepada amal dan amal adalah pengikutnya.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
29/189
Ilmu... merupakan pemberian rabbaniah yang ajaib yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia
dan mereka dimuliakan dengannya. Ilmu merupakan sebahagian daripada mukjizat. Namun kita
melupainya lantaran telah biasa dengannya. Kita tidak terpegun dan tidak rasa gementar di jiwa
melainkan apabila ilmu dapat menyingkap satu rahsia alam yang besar atau ia mampu membuka
topik baru tentang perkara yang belum diketahui. Walau bagaimanapun, mukjizat tetap
mukjizat sama ada pada perkara kecil atau besar!
Semua ilmu ini... Sesungguhnya Islam lebih layak untuk memulia dan mengagungkannya. Dialah
yang telah memuliakan segala kemampuan manusia dan mengagungkannya. Dialah yang
mengarahkan hati supaya bersyukur kepada Allah di atas setiap pemberianNya dan meneliti
setiap tanda-tanda kebesaranNya.
Rasulullah s.a.w adalah lebih layak untuk menggalakkan manusia mencari ilmu dan meninggikankedudukannya. Kepada baginda diturunkan wahyu yang mengajarnya:
Maksudnya: "Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena
dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 3-4)
Lalu baginda merasai kemanisan ilmu dan dengannya dibukakan kepada baginda segala ufuknya
(horizon). Kemudian bagindalah yang membaca wahyu ini:
Maksudnya: Bahawasanya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya ialah para
ulama. (Faatir: 28)
Namun begitu, cara yang digunakan oleh Rasulullah untuk memberi galakkan supaya menuntut
ilmu tetap menakjubkan serta mempunyai petunjuk dan cara yang tersendiri. Arahan yang tidak
keluar melainkan daripada utusan yang berhubung terus dengan Allah.
Menuntut ilmu adalah 'fardu'.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
30/189
Kalimah ini dengan sendirinya telah menyebarkan beberapa sinaran cahaya dan dengan kalimah
ini sahaja telah mampu membuka beberapa ufuk kehidupan.
'Fardu'... mari kita lihat apakah makna fardu di dalam jiwa mukminin.
Pertama: Ia adalah kewajiban yang mesti ditunaikan oleh manusia. Tidak boleh ditinggalkan
disebabkan sibuk dengan perkara lain atau ada halangan yang menghalang.
Kedua: Ia adalah kewajiban yang dilakukan oleh manusia kerana Allah dan sebagai pengibadatan
kepadaNya. Dengan itu dia melaksanakannya dengan amanah, bersih dan ikhlas.
Ketiga: Ia adalah amalan yang mendekatkan hamba kepada Tuhannya. Setiap kali manusia
melaksanakan kefarduan atau ibadat ini, dia akan merasa hampir dengan Allah. Dengan itu
keimanan dan pergantungannya kepada Allah akan bertambah. Khusyuk dan rasa cintanya
terhadap Allah, perasaan reda serta kesyukurannya terhadap ni'matNya akan bertambah.
Itu adalah sebahagian daripada pengertian 'fardu' dalam jiwa mukmin. Itulah juga merupakan
pengertian ilmu dalam jiwa muslimin.
* * *
Perasaan muslimin langsung tidak merasakan bahawa dunia adalah terasing daripada akhirat,
atau agama terpisah daripada kehidupan.
Berbekalkan ruh yang sempurna ini -yang mana Allah telah memandu mereka kearahnya danmereka ditarbiah oleh RasulNya di atas landasan ruh ini-mereka menceburi lapangan hidup
keseluruhannya yang terdiri daripada amalan dan ibadat, pemikiran, perasaan serta syariat dan
sistem...
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
31/189
Berbekalkan ruh yang sempurna itu mereka mencari ilmu dengan menganggap bahawa ia
merupakan 'satu kefarduan' yang akan menghubungkan bumi dengan langit, menghubungkan
amal dengan ibadat dan yang akan menghubungkan 'pengetahuan'... dengan Allah.
Ilmu di dalam akal fikiran mereka mempunyai pengertian yang lengkap, ia bukan sekadar ilmu
bumi dan bukan semata-mata ilmu langit serta bukan setakat ilmu teori atau praktikal semata-
mata. Tetapi ia merangkumi semua itu, yang dilengkapkan dengan akidah dan dihubungkan
dengan Allah.
Dengan ini pengertian 'ilmu' adalah luas menurut pandangan mereka sehingga merangkumi
keseluruhan pengetahuan. Di antaranya ilmu agama yang terdiri daripada fikah, syariah, tauhid
dan ilmu kalam. Di antaranya juga ialah ilmu yang berhubung dengan bahasa, ilmu yang
berkaitan dengan falak, ilmu fizik, kimia dan metametik... serta ilmu-ilmu lain yang terkenalpada hari ini.
Sebelum Islam bangsa arab bukanlah merupakan umat ilmu. Turath mereka tidak meninggalkan
sebarang pengetahuan yang berharga. Perhatian mereka hanya pada syair dan keindahan
bahasa... Tetapi kesedaran yang mantap dan keupayaan yang ajaib yang dikumpulkan oleh Islam
ke dalam jiwa dan peribadi mereka dan kemudiannya dibiarkan bertebaran di serata dunia,
sesungguhnya telah merubah mereka menjadi kekuatan yang besar yang bekerja di setiap
medan; medan akidah, medan perang, medan politik dan begitu juga di medan pengetahuan.
Kemahuan yang kuat telah bergelora dalam jiwa mereka untuk mencari ilmu pengetahuan, ilmu
dalam semua bentuk dan di segenap bidang. Mereka telah pergi ke timur dan ke barat untuk
menuntut ilmu. Segala ilmu yang dijumpai diambilnya. Kemudian mereka melakukan kajian,
membuat penapisan dan mencorakkannya dengan Islam yang mengaitkan seluruh kehidupan
dengan akidah. Seterusnya mereka membuat penambahan baru yang bernilai di bidang ilmu
sebagaimana yang disaksikan oleh kerajinan dan kesungguhan mereka. Juga disaksikan oleh
kehebatan, kepandaian, kekuatan dan kemajuan mereka.
Pada waktu itu ilmu pengetahuan sedang berkembang di Yunan, India dan Parsi. Begitu juga
China ketika itu maju dengan ilmu pengetahuaan. Ada kata-kata hikmah yang menyatakan
"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China" yang menunjukkan kepada hakikat perkembangan ilmu
pengetahuan di negeri tersebut ketika itu. Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar muslimin
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
32/189
mempergunakan segala keupayaan yang ada untuk mencari ilmu. Dengan itu mereka
bersungguh-sungguh berusaha mencari ilmu tanpa mengenal kesusahan.
Di dalam tempoh yang singkat, orang-orang Islam telah mempelajari dan menguasai ilmu-ilmu
yang ada ketika itu. Kemudian mereka melakukan pembinaan dan penambahan terhadap ilmu
tersebut. Di kalangan mereka telah lahir segolongan besar bijak pandai di segenap bidang ilmu
pengetahuan. Bijak pandai di bidang fiqh -iaitu ilmu yang merangkumi asas-asas teori kehidupan
seluruhnya yang termasuk di dalamnya ekonomi, politik, peperangan, perdamaian dan
penyusunan masyarakat-. Bijak pandai di bidang ilmu teori dan ilmu praktikal yang termasuk di
dalamnya metametik, falak (astronomi), fizik, kimia dan perubatan. Sejarah telah mencatat
nama-nama di kalangan mereka. Dengan pengetahuan, manusia telah melangkah beberapa
langkah ke hadapan. Sebahagian daripada mereka seperti Hasan bin Haisam masih kekal
menjadi guru di dalam mata pelajarannya dan pendedahan ilmunya kekal sehingga kurun yang
kesembilan belas di mana orang-orang barat mempelajarinya daripadanya.
Yang penting di dalam semua itu ialah 'ruh' yang telah menyebarkan ilmu di dalam dunia Islam...
ruh 'fardu'.
Ajaran yang mereka ambil daripada Allah dan Rasul merupakan perkara yang menaungi
kehidupan dan menguasai fikiran mereka. Pengetahuan yang ada dalam sanubari mereka
merupakan kefarduan yang wajib dilaksanakan dengan dorongan fardu dan dalam bentuk fardu.
Ilmu yang ada dalam jiwa manusia mempunyai kesucian sepertimana sucinya akidah. Kesucian
yang dirasai oleh guru sebagaimana ia juga dirasai oleh anak murid. Kedua-duanya merasa takut
dan takwa, bersih serta merasakan kerehatan dan kegembiraan di bawah naungan Allah.
Sesungguhnya ia adalah kewajipan suci. Kewajipan yang perlaksanaannya datang dari dalam
jiwa... datang dari sanubari.
Guru menguasai ilmu kerana ia merupakan satu kefarduan dan ia mengajarkannya kepada
manusia kerana mengajar adalah satu kefarduan juga.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
33/189
Murid berusaha mencarinya kerana ia merupakan satu kefarduan sebagaimana mereka berjalan
menuju ke masjid untuk bersembahyang.
Kedua-duanya ikhlas dan kedua-duanya adalah bersih.
Hasil ilmiah yang bermutu yang ditinggalkan oleh muslimin itu -sama ada kita merasa kagum
dalam keadaan kita memandang kepadanya dengan akal pengetahuan moden ataupun tidak-
adalah hasil yang membuktikan usaha yang gigih dan ikhlas yang telah curahkan.
Tidak ada seorangpun yang mengarang kitab untuk mencari keuntungan, mencari kemasyhuran
atau mencari duit. Tetapi mereka mengarang disebabkan kajian yang dilakukan, kerajinan dan
natijah yang diperolehi. Apabila mencapai satu keputusan, mereka akan menyebarkannya
kepada manusia.
Memberikan masa sepenuhnya untuk ilmu adalah satu-satunya tanda kepada sifat ikhlas yang
tidak dirosakkan oleh tujuan yang lain.
Benar dan ikhlas bukan merupakan satu-satunya ciri 'ilmu' muslimin. Lantaran itu ia tidak
merangkumi semua pengertian fardu.
Di sana terdapat dua ciri keistimewaan yang lain yang telah meninggalkan kesan yang asli dan
mendalam dalam kehidupan muslim semenjak hampir seribu tahun.
Ciri pertama: Bahawa ilmu -yang merupakan satu kefarduan- akan mendekatkan hati kepada
Allah... dan tidak menjauhkannya daripada petunjukNya.
Ya, tidak berlaku di dalam Islam pemisahan antara ilmu dan agama.
Bagaimana pemisahan ini boleh berlaku sedangkan ilmu adalah satu kefarduan yang akan
mendekatkan diri manusia kepada Allah?. Bagaimana dia boleh mendekatkan diri kepadaNya
dengan menjauhkan diri dan lari daripada ilmu?.
Tidak! Ilmu adalah nur Allah, satu pemberian yang ajaib daripadaNya yang diberikan kepada
manusia. Amat layaklah manusia bersyukur bukannya kufur dan engkar.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
34/189
Begitulah muslimin merasainya. Mereka merasa berhutang dengan Allah yang mesti mereka
tunaikan. Allah telah memberikan kepada mereka 'hikmah' dan 'pengetahuan'. Dia telah
mengurniakan kepadanya akal yang digunakan untuk berfikir, menyelidik dan mensabitkan
hukum. Dia telah memberikan kepada mereka keupayaan untuk mengambil manfaat daripadapercubaan yang dilakukan. Dia telah memberikan kepada mereka sinaran yang terang yang tidak
mungkim didapati sekiranya Allah tidak meniupkannya kepada manusia. Oleh itu mereka
hendaklah menunaikan hutang tersebut dengan bersyukur. Bersyukur kepada Allah yang
memberi dan mengurniakan.
Dengan itu, ilmu akan menambahkan keimanan mereka dan menambahkan hubungan mereka
dengan Allah:
Maksudnya: "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang
yang berakal. Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka."
Itulah ruh orang-orang mukmin yang mempelajari dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi.Pemikiran yang membawa kepada pengetahuaan tentang undang-undang, teori-teori, hakikat
dan praktikal, yang menambah maklumat pengetahuan dan memberi faedah kepadanya untuk
memakmurkan bumi dalam keadaan dia berjalan di permukaannya serta memakan rezki kurnian
Allah.Semuanya itu akan membawanya mengenali Allah dan mengetahui matlamat kejadian
langit dan bumi. Matlamat yang benar seperti yang dinyatakan sendiri oleh Allah di dalam
firmanNya yang bermaksud; "Tidaklah Engkau (wahai Tuhanku) menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia". Lalu dia bertasbih kepada Allah dan menghampirkan diri kepadaNya serta
meminta perlindungan daripada api neraka dan meminta Allah menunaikan janjiNya iaitu
memasukkannya ke dalam syurga. Firman Allah;
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru (Rasul)
yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kepada Tuhan kamu, maka kamipun beriman.
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-
kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan kami!
Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu,
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
35/189
dan janganlah Engkau hina kami pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri
janji." (A-li Imraan: 193-194)
Tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam seorang pakar yang membuat kajian di bidang ilmu
perubatan, ilmu falak, ilmu fizik atau ilmu kimia, dia mendapati dirinya terpencil daripada akidah
atau dia mendapati bahawa akidah telah menghalangnya daripada melakukan kajian ilmiah yang
mendalam. Tidak pernah berlaku pertentangan dan permusuhan di antara ilmu dan akidah atau
di antara ilmu dan agama di dalam jiwanya. Tetapi ilmu telah hidup membangun dan
berkembang di bawah naungan akidah serta sampai kepada pendedahan ilmiah yang
mengagumkan. Semua ini telah diakui oleh bijak pandai Eropah.
Itu disebabkan ilmu merupakan 'satu kefarduan' terhadap Allah yang perlu ditunaikan
sepertimana sembahyang, puasa dan zakat.
* * *
Ciri kedua ilmu muslimin -juga lahir daripada keadaan ilmu sebagai satu kefarduan- ialah ia
selama-lamanya tidak digunakan untuk melakukan kejahatan atau penyeksaan.
Bagaimana ilmu tersebut digunakan untuk melakukan kejahatan dan penyeksaan sedangkan ia
adalah satu kefarduan dan ibadat?. Rasulullah s.a.w bersabda;
Maksudnya: Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah membawa kepada
takutkanNya, dan menuntutnya adalah ibadat, membincangkannya adalah tasbih, mengkajinya
adalah jihad, dan mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah, dan
memberikan perbelanjaan kepada ahlinya adalah qurbah (mendekatkan diri kepada Allah).
Dimanakah akan lahirnya kejahatan apabila ilmu membawa manusia kepada perasaan takutkan
Allah, ibadah kepadaNya, tasbih dan menghampirkan diri kepadaNya?.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
36/189
Mungkin terlintas di fikiran bahawa ilmu muslimin tidak digunakan untuk melakukan kejahatan
kerana ia masih di peringkat permulaan dan tidak sesuai digunakan untuk kejahatan jika
dibandingkan dengan kuasa atom dan 'ilmu yang menghancurkan' di kurun yang ke dua puluh
ini.
Realitinya bukan begitu. Sesungguhnya ilmu yang lebih rendah dan lebih sedikit daripada ilmu
muslimin -di Mesir di zaman Firaun dan Babylon-telah digunakan untuk kejahatan.
Tukang-tukang tenung di Mesir Purba -kebanyakannya adalah bijak pandai-telah menggunakan
ilmu kimia, kedoktoran dan ilmu bintang untuk melakukan sihir, merampas harta secara batil
dan mendapatkan penguasaan mutlak ke atas hati, ruh, tubuh badan dan akal pemikiran orang
ramai serta menguruskan urusan manusia dengan cara perhambaan dan kehinaan.
Mereka menyembunyikan ilmu ini dan tidak membenarkan orang ramai mempelajarinya kerana
mencari keuntungan diri sendiri dan mengampu penguasa kafir yang menggunakannya untuk
menindas para hamba;... hamba Firaun dan hamba tukang tilik. Mereka semua adalah rakyat.
Sekiranya muslimin ingin menggunakan ilmu mereka untuk tujuan kejahatan, maka sedikitnya
ilmu tidak akan menghalang mereka daripada melakukannya.
Kejahatan yang mudah ialah dengan memalingkan hati manusia daripada Allah.
Dengan memperbodohkan orang-orang awam dan golongan jahil. Dengan itu mereka akan
mendapat harta yang banyak dan kekuasaan.
Dengan menyembunyikannya daripada pengetahuan orang ramai.
Dengan menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada raja-raja dan penguasa-penguasa.
Ini dia sejarah... lembaran yang bersinar dan bercahaya... menyaksikan bahawa dunia Islam tidak
menyebarkan kejahatan dan tidak menggunakan ilmu untuk tujuan kejahatan. Bahkan mereka
sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan menuju kepada kebaikan. Mereka telah berkali-kali
berdiri di hadapan penguasa yang zalim menuntut supaya ditunaikan hak Allah dan hak orang-
orang yang memerlukan.
Ini disebabkan ia merupakan satu kefarduan kepada Allah yang digunakan oleh para ulama
untuk bertaqarrub kepadaNya.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
37/189
* * *
Sekarang kita tutup lembaran yang bercahaya dan bersinar itu untuk kita melihat lembaran yang
lain pula... lembaran barat.
Eropah adalah pewaris kerajaan Rom dan ilmu pengetahuan Greek. Tamadun kebendaan dan
arus pemikirannya masih lagi diceduk daripada dua sumber ini sama ada disedari oleh orang-
orang Eropah ataupun tidak.
Eropah telah mewarisi -warisan yang diwarisi daripada sejarah- jalan yang membawa merekamengenali Allah dan berpegang teguh kepada agama.
Satu hakikat yang perlu diketahui bahawa Eropah tidak pernah menjadi sebuah negara Kristian
yang tulen walaupun agama kristian tersebar luas di sana dan ekstrimnya mereka dalam siri
peperangan salib dan di mahkamah penyiasatan. Sekalipun ada lidah-lidah Eropah yang sentiasa
melaungkan 'Tamadun Kristian'.
Tidak, ia tidak pernah melaksanakan agama yang sebenar pada mana-mana masa. Tujuan
kristian di sisi mereka hanyalah untuk melembutkan hati-hati di gereja dan menyejukkan ruh-
ruh mereka dengan nyanyian yang lunak dan basuhan ruhnya yang nyaman. Tetapi ia tidak
menguasai kehidupan manusia dan urusan pentadbiran mereka di bumi ini. Apabila mereka
keluar dari gereja selepas selesai menunaikan sembahyang, ruh agama akan hilang dan mereka
kembali kepada fahaman menyembah berhala Greek dan Rom Purba. Mereka mencedok
pemikiran dan perasaan, perundangan, sistem dan semua tamadun kebendaan daripada kedua-
dua sumber tersebut.
Walau bagaimanapun tanpa disedari oleh orang-orang Eropah -di bawah siraman kristian yang
lembut- fahaman Greek itu tetap menuju kepada Allah, memberikan kesan dalam sanubari
mereka terhadap Allah dan membentuk perasaan agama dalam diri mereka.
Bagaimanakah dongengan Greek menggambarkan Allah atau Tuhan?.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
38/189
Kami tidak akan membentangkan semua dongengan Greek di sini dan tidak juga gambaran
buruk yang mereka bayangkan terhadap Tuhan. Gambaran mereka terhadap Tuhan -
berdasarkan yang terbaik- adalah gambaran manusia yang hebat kekuatannya tetapi jiwa
mereka penuh dengan penyelewengan dan keinginan yang keji yang tidak dimiliki oleh manusia
biasa... Di sini kita akan membentangkan satu dongengan sahaja yang mempunyai kaitan
dengan topik 'ilmu' iaitu Bromsious pencuri api suci.
Dongengan ini menggambarkan bahawa hubungan antara manusia dengan Tuhan ialah
hubungan pertarungan yang berterusan, dipenuhi dengan hasad dan dengki. Perhubungan yang
tidak mengandungi perasaan rahmah, belas kasihan atau kasih sayang... Hubungan yang tidak
akan sejuk melainkan ia akan kembali menyemarak.
Pertarungan berlaku untuk merebut api suci iaitu 'ilmu pengetahuan'. Manusia ingin memilikiapi suci ini untuk mengetahui rahsia alam keseluruhannya supaya mereka boleh menjadi Tuhan.
Tuhan pula menghalang mereka daripada mendapatkannya dengan cara yang kasar dan kejam
supaya hanya dia yang memiliki kekuatan dan kekuasaan.
Itulah tabiat hubungan antara manusia dengan Tuhan. Hubungan yang ada di dalam sangkaan
orang-orang Eropah dan terus mencorak pemikiran dan perasaan mereka tanpa disedari. Hanya
kelemahan sahaja yang menundukkan mereka kepada kehendak Allah. Mereka tidak redha
dengan kelemahan dan berusaha menghilangkannya. Mereka sentiasa mencuba untuk
mendapatkan kekuatan dan pengetahuan. Mereka sentiasa mencuba untuk mengatasi
kelemahan ini ataupun -dengan bahasa mereka- untuk menundukkan kekuatan semulajadi atau
-dengan bahasa mereka juga tanpa disedari- untuk merampas segala rahsia. Merampas segala
rahsia daripada Tuhan berhala purba dengan cara mereka cuba merampas api suci daripadanya.
Dengan dorongan yang tersembunyi di dalam hati sanubari Eropah -tanpa disedari- orang-orang
barat merasakan bahawa setiap langkah yang diterokai oleh 'ilmu pengetahuan' mengangkat
manusia ke beberapa darjat dan menurunkan ketinggian darjat Tuhan dengan kadar yang sama.
Pertarungan seperti ini terus berlaku: Setiap penyingkapan ilmiah terbaru yang dijumpai akan
merendahkan kedudukan Tuhan dan mengangkat darjat manusia, sehingga sampai suatu ketika
yang dinanti-nanti, diusaha dan dilaungkan oleh barat, iaitu ketika manusia mampu mencipta
kehidupan dan diapun menjadi Tuhan.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
39/189
Keterangan ini bukannya datang daripada kita untuk menggambarkan pemikiran sesuatu kaum.
Ia adalah nas daripada keterangan mereka. Ia telah diperkatakan oleh Julian Hexly di dalam
bukunya "Manusia Di Dunia Kini". Ia juga diperkatakan oleh ahli ilmu Eropah yang lain dalam
masa mereka melaungkan pemikiran Tuhan dan agama.
* * *
Tidak syak lagi, dorongan yang tersembunyi dalam jiwa orang-orang barat adalah muncul
disebabkan oleh tekanan kristian yang masih mencerna jiwa Eropah buat beberapa kurun.
Tekanan itu hampir-hampir hilang dengan sebab pertarungan sengit yang berlaku di antara
gereja dan Darwin dan di antara agama bersama konsepnya yang rasmi dengan ilmu
pengetahuan sehingga terserlahlah apa yang tersembunyi sebelum ini. Natijahnya, bijak pandai
melahirkan permusuhannya yang ketat secara terus-terang dan menjauhkan diri daripada
agama dan akidah. Mereka menyebarkan pemikiran kufur dengan mengatakan bahawa
manusialah yang menjadikan Allah! dan bukan Allah yang menjadikan manusia!!.
Disebabkan ruh menyembah berhala -walaupun pada zahirnya mereka beragama- dan
disebabkan ruh yang lari daripada akidah dan enggan melakukan pengabdian, kita dapati jurang
perbezaan yang besar di antara Hasan bin Haisam di dalam Islam dan Darwin di Eropah. Hasan
bin Haisam ketika menulis mengenai mata dan penglihatan (satu topik ilmiah yang tidak adakaitan dengan cahaya akidah dan seruan perasaan), dia telah memulakannya dengan nama
Allah, memujiNya dan memohon taufik daripadaNya. Manakala Darwin pula -ketika menulis
tentang kehidupan, manusia dan perubahan, tajuk yang membuktikan mukjizat kejadian dan
mendedahkan kekuasaan Penjadi di setiap peringkat kajian serta menjadikan hati sanubari
khusyuk melakukan ibadah- kita dapati dia jauh daripada mengingati Allah dan berselindung di
sebalik nature di mana mengikut pendapatnya, semua kejadian terjadi secara nature dan
kekuasaannya tidak terbatas. Maha suci Allah! Apakah ertinya Allah sekiranya ia adalah
"nature". Bagaimana hati boleh menjadi keras sehingga menghalangnya daripada menyebut dan
mengingati Allah dan sifatNya secara jelas pada ketika itu?. Tidak memadai dengan semua itu -
dalam keadaan bukti yang jelas- dia juga membutakan matanya daripada melihat kepadamatlamat dan pentadbiran Allah yang bersifat Mentadbir terhadap makhlukNya. Lalu beliau
menyifatkan Tuhan yang disembah (nature) sebagai pencipta segala-galanya. Semua ini berlaku
ekoran daripada sifatnya sebagai seorang manusia yang mempunyai keupayaan terbatas dan
tidak mampu mengetahui semua rahsia kehidupan.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
40/189
Kita tidak mahu menzalimi mereka... para saintis tersebut.
Boleh jadi zuruf setempat di Eropah yang menjadikan mereka kufur terhadap agama. Boleh jadi
keganasan dan kekejaman yang terlalu dahsyat yang dilakukan oleh gereja terhadap bijak
pandai seperti Korbaniceus dan Galileo... dimana mereka diseksa dan dibakar disebabkan oleh
teori mereka yang berlawanan dengan maklumat suci yang dipegang oleh gereja. Boleh jadikeganasan inilah yang mewujudkan permusuhan dan pertentangan di antara mereka dengan
agama.
Akan tetapi kita hanya mengikuti perkembangan sejarah.
Semenjak berlakunya pemisahan yang dahsyat di antara ilmu dan agama di Eropah... Semenjak
masing-masing mengambil jalannya yang tersendiri dan saling bermusuhan... Eropah
keseluruhannya dipenuhi oleh pemikiran kebendaan yang mulhid dan kufur, tidak beriman
dengan Allah dan tidak menjadikanNya sebagai Pentadbir dan Penguasa di segenap lapangankehidupan khususnya di bidang ilmu.
Teori-teori yang dikemukakan oleh Darwin terus menjalankan peranannya. Melalui jalan ilmu ini
beliau telah menggali dan membuang warisan peninggalan manusia yang kekal yang berupa
akidah, akhlak dan adat resam.
Selepas Darwin, muncul pula Frued dan Marks ke dunia dengan menyelewengkan akidah dan
menggambarkan jiwa manusia dengan gambaran yang keji dan dipenuhi dengan kotoran,
kotoran seks di sisi Frued dan pertarungan pembahagian darjat manusia di sisi Marks.
Lahir ramai bijak pandai... di dalam ilmu fizik, kimia, astronomi, metametik dan kedoktoran...
mereka merupakan bijak pandai yang hebat dan mampu menyingkap beberapa ufuk yang
mengagumkan dalam ilmu-ilmu tersebut. Tetapi -yang menyedihkan- mereka menolak dari
berjalan di atas jalan akidah dan lari -dengan sengaja- daripada hidayah Allah.
Eropah telah menberi perhatian yang serius kepada bidang pembelajaran ketika mereka
bercampur-gaul dengan muslimin di Sepanyol. Mereka telah mencedok ilmu pengetahuan dan
cara belajar daripada muslimin.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
41/189
Mereka mengambil kerajinan, kesungguhan dan keazaman daripada muslimin... Mengambil
sabar, bekerja keras dan tahan lasak.
Mereka telah mengambil daripada muslimin adab menghormati ilmu, memperbanyakkan
penyelidikan dan ikhlas di dalam pengajian.
Tetapi mereka tidak mahu mengambil Allah dan akidah.
Sinaran suci -sinaran pengetahuan- telah hilang daripada tangan muslimin ketika mereka
disibukkan oleh fitnah dan keni'matan duniawi daripada meneruskan perjalanan... maka sinaran
tersebut dirampas oleh Eropah dan dengannya mereka maju beberapa langkah ke depan... di
semua bidang sehingga mereka berjaya memecahkan atom dan melancarkan tenaganya ke
angkasa lepas.
Tetapi Eropah tidak berjalan di jalan Allah. Ia tidak mengambil ilmu sebagai satu kefarduan
sebagaimana yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. Kefarduan yang ditunaikan kerana Allah dan
digunakan untuk mendekatkan diri kepadaNya.
Apabila ilmu terpisah daripada Allah maka ia akan diambil oleh syaitan... syaitan akan
menggunakannya di jalan kejahatan dan membawanya jauh ke jalan kesesatan.
Kejahatan pertama ialah, ilmu -yang merupakan kurniaan Allah kepada manusia- telah menjadi
alat kepada kekufuran dan menjauhkan manusia daripada Allah.
Ilmu -cahaya yang menunjukkkan manusia kepada kebenaran- telah bertukar menjadi jalan
menuju kepada kebatilan di semua espek kehidupan; sosial, ekonomi, politik, sastera,
pemikiran, ruhani dan semua kajian yang dilakukan.
Ilmu -yang dengannya boleh mengetahui halal dan haram- bertukar menjadi alat untuk
melakukan kejahatan dan melepaskan diri daripada ikatan akhlak dengan berdalilkan teori
'ilmiah' yang menyokong kerosakan.
-
7/28/2019 Qabasat Min Ar Rasul
42/189
Ilmu -jalan untuk mencapai kebaikan manusia sejagat- telah bertukar menjadi alat pemusnah
manusia, mengancamnya dengan maut yang mengerikan sebagaimana yang disaksikan oleh
manusia. Pengalamannya yang 'kecil' di Hirosima dan Nagasaki tetap terbayang di kotak
pemikiran.
...Semua itu disebabkan ia tidak menjadi 'satu kefarduan' tetapi telah bertukar menjadi
tunggangan syahwat.
* * *
Muslimin hari ini amat memerlukan kepada hikmah Rasul mereka... meneliti, memerhati dan
meresapkannya k