@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Ulang Kaji I
SR2A
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
A. Pemahaman
Pemahaman 1 :
Pada hujung minggu yang lalu, Aimi dan keluarga bergotong-
royong membersihkan halaman rumah. Hal ini kerana kami inginkan
halaman rumah yang bersih dan cantik.
Setelah selesai bergotong-royong membersihkan halaman
rumah, Aimi membantu ayahnya mengecat tembok pagar dan pintu
pagar rumah kami. Ayah telah memilih cat yang berwarna kuning
untuk mengecat tembok pagar dan pintu pagar itu.
Kakak pula membantu ibu membersihkan kolam ikan buatan yang
terdapat di sudut penjuru halaman rumah. Ibu dan kakak memberus
lumut-lumut yang terdapat pada kolam ikan buatan menggunakan
berus dan menggantikan air yang baharu untuk ikan-ikannya.
Menjelang tengah hari, Aimi sekeluarga menikmati hidangan
tengah hari bersama-sama setelah penat bergotong-royong. Mereka
makan dengan berselera sekali.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Aimi dan keluarganya berasa gembira kerana halaman rumah
mereka lebih cantik dan indah. Mereka dapat bersantai sambil
berbual-bual di halaman rumah dengan selesa.
Soalan :
1. Apakah yang dilakukan oleh Aimi sekeluarga pada hujung minggu
lalu?
A. Bersenam
B. Bermain badminton
C. Menonton televisyen
D. Bergotong-royong membersihkan halaman rumah
2. Apakah yang dilakukan oleh Aimi untuk membantu ayahnya?
A. Mengecat tembok pagar dan pintu pagar rumah
B. Membersihkan halaman rumah
C. Menyapu sampah
D. Mengalihkan pasu bunga
3. Cat warna apakah yang dipilih oleh ayah Aimi untuk mengecat
tembok dan pintu pagar?
A. Merah jambu
B. Putih
C. Biru
D. Kuning
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Di manakah terletaknya kolam ikan buatan rumah Aimi? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
5. Apakah yang dilakukan oleh kakak dan ibu pada kolam ikan
buatan itu? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
6. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bergotong-royong
membersihkan halaman rumah? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pemahaman 2 :
Musim kemarau telah melanda. Akibatnya, sungai menjadi
kering-kontang dan pokok-pokok di hutan menjadi layu. Haiwan yang
mendiami hutan juga banyak yang mati kerana cuaca panas yang
berpanjangan. Kesan musim kemarau ini turut dirasai oleh Sang Pipit
dan Sang Bangau.
Sang Pipit dan Sang Bangau sangat haus. Mereka merayau-rayau
di sekitar hutan untuk mencari air. Namun demikian, air yang dicari
masih belum ditemui. Sang Pipit dan Sang Bangau tidak berputus asa.
Mereka berjalan dan terus berjalan sehinggalah tiba di sebuah
kawasan yang lapang.
“Sang Bangau, cuba lihat di sana. Ada sebuah balang kaca yang
berisi air,” kata Sang Pipit dengan gembira.
“Kamu benar. Marilah kita ke sana sekarang,” ajak Sang Bangau.
Tanpa berlengah, Sang Pipit dan Sang Bangau berjalan beriringan
menuju ke arah balang itu.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sebaik sahaja mendekati balang itu, wajah mereka bertukar
muram. Mereka tidak dapat minum air di dalamnya kerana terlalu
sedikit. Akhirnya, mereka berdua mendapat satu akal. Mereka
memasukkan batu-batu kecil ke dalam balang itu. Lama-kelamaan, air
di dalam balang itu semakin naik. Dengan demikian, Sang Pipit dan
Sang Bangau dapat minum air di dalam balang itu sepuas-puasnya.
Soalan :
1. Apakah akibatnya pada haiwan di hutan apabila musim kemarau
melanda?
A. Mati
B. Tidur
C. Berlari
D. Tidak makan
2. Mengapa Sang Pipit dan Sang Bangau merayau-rayau di sekitar
hutan?
A. Bermain dengan haiwan lain
B. Bergotong-royong
C. Mencari air
D. Mencari makanan
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Apakah yang dijumpai oleh Sang Pipit dan Sang Bangau di
kawasan lapang itu?
A. Makanan
B. Haiwan
C. Pokok-pokok
D. Balang kaca
4. Mengapakah wajah mereka muram setelah mendekati balang
itu? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
5. Apakah yang dilakukan oleh mereka supaya air di dalam balang
itu semakin naik? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
6. Berikan dua nilai murni yang patut dicontohi dari kisah Sang
Pipit dan Sang Bangau. (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pemahaman 3 :
Kini, pencemaran alam semakin berleluasa. Pokok-pokok di hutan
ditebang sewenang-wenangnya oleh para pembalak haram. Akibatnya,
hutan menjadi semakin gondola dan musnah. Ekosistem alam juga
turut terjejas.
Selain penerokaan hutan oleh pembalak-pembalak haram,
pembebasan asap tebal dari kilang-kilang juga menjadi penyebab
kepada pencemaran alam. Pembebasan asap tebal yang mengandungi
pelbagai jenis bahan berbahaya akan menjejaskan kesihatan manusia.
Bukan itu sahaja, pembuangan sampah-sarap dan sisa toksik ke
dalam sungai juga merupakan faktor lain yang mencemarkan alam
sekitar. Sungai menjadi kotor dan berkeladak. Hidupan akuatik juga
akan mati.
Oleh itu, kita haruslah menjaga alam sekitar agar sentiasa
indah dan bebas daripada pencemaran. Dengan demikian, keindahan
alam pada hari ini dapatlah dinikmati oleh generasi akan datang.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan :
1. Siapakah yang menebang pokok-pokok di hutan?
A. Petani
B. Pemborong
C. Pembalak haram
D. Peniaga ikan
2. Apakah akibat pada hutan apabila pokok-pokok ditebang?
A. Hutan menjadi semakin gondol dan musnah
B. Hutan menjadi sunyi
C. Hutan menjadi gelap
D. Hutan menjadi tempat haiwan liar
3. Dari manakah asap tebal telah dibebaskan?
A. Dari rumah
B. Dari hutan
C. Dari sungai
D. Dari kilang-kilang
4. Apakah kesan daripada pembebasan asap tebal yang
mengandungi pelbagai jenis bahan yang berbahaya? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Apakah faktor lain yang menyebabkan pencemaran alam
sekitar? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
6. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk kita
mengelakkan daripada pencemaran alam berlaku? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
( %)
Pemahaman 4:
Kehidupan manusia semakin hari semakin maju. Maka tidak
hairanlah pelbagai peralatan canggih dicipta setiap hari. Peralatan
canggih telah memberi kemudahan dan keselesaan kepada manusia
terutama pada golongan bekerja.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Dalam bidang komunikasi, peralatan seperti telefon bimbit dan
komputer telah dicipta. Kecanggihan peralatan ini memudahkan kita
berhubung dengan saudara-mara dan rakan-rakan tanpa batasan.
Dalam bidang pengangkutan pula, terdapat kapal terbang, kereta,
bas, kapal selam dan banyak lagi. Alat pengangkutan ini dapat
menjimatkan masa kita ke destinasi yang dituju.
Selain itu, terdapat beberapa peralatan canggih yang dicipta
dalam bidang perubatan. Antaranya seperti stetoskop yang
memudahkan doktor mengesan degupan jantung pesakit. Picagari pula
dicipta untuk menyukat kuantiti ubat. Dalam bidang pertanian, mesin
menuai padi telah dicipta untuk memudahkan para petani menuai padi
dengan lebih cepat. Mesin ini dapat mengurangkan tenaga buruh dan
meningkatkan hasil tuaian.
Oleh itu, kita patut bersyukur dengan kemajuan yang dikecapi
sekarang. Kita harus menggunakan peralatan canggih yang dicipta ke
arah kebaikan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan :
1. Apakah kegunaan peralatan canggih kepada manusia?
A. Memberi kemudahan dan keselesaan
B. Memberi pengajaran
C. Memberi ilmu
D. Memberi masa yang banyak
2. Apakah contoh peralatan canggih dalam bidang komunikasi?
A. Buku
B. Telefon bimbit dan komputer
C. Kertas
D. Kereta
3. Mengapakah alat pengangkutan penting untuk manusia kini?
A. kerana dapat menjimatkan masa
B. kerana dapat memberi duit
C. kerana boleh melihat jalan
D. kerana dapat melakukan kebaikan
4. Apakah kegunaan stetoskop dalam bidang perubatan? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Mengapakah mesin menuai padi telah dicipta untuk para petani?
(KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
6. Pada pendapat anda, apakah akan berlaku pada manusia jika
tiada peralatan canggih dicipta? (KBAT)
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Tatabahasa
1. Kata Nama Am & Khas
A. Bulatkan kata nama am atau kata nama khas yang betul
berdasarkan ayat.
1. _____ suka makan ikan kembung.
A. Si Tompok C. Sang Kerbau
B. Sang Nyamuk D. Sang Kancil
2. _____ ialah haiwan yang pintar.
A. Si Orkid C. Sang Kancil
B. Si Anggerik D. Si Tompok
3. Kebanyakan penduduk di Kampung Selasih bersawah _____ .
A. padi C. bunga
B. getah D. kelapa
4. _____ berterbangan di taman untuk menghisap madu.
A. Ikan C. Anai-anai
B. Kumbang D. Rama-rama
5. _____ kayu yang direbus sehingga empuk sangat enak dimakan
bersama kelapa parut.
A. Roti C. Timun
B. Ubi D. Air
6. _____ merupakan bunga kebangsaan Malaysia.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. Bunga raya C. Bunga matahari
B. Bunga mawar D. Bunga orkid
7. Jiran saya memelihara seekor arnab yang bernama _____
kerana bulunya berwarna putih.
A. Si Merah C. Si Hijau
B. Si Hitam D. Si Putih
8. Sang Kuda dan _____ sedang meragut rumput di padang.
A. Si Jalak C. Sang Buaya
B. Sang Kambing D. Si Putih
9. Mak Lijah sedang mengait _____ pisang di kebunnya.
A. jantung C. paru-paru
B. hati D. badan
10. Bangunan yang tertinggi di Malaysia ialah _____ .
A. Menara Teluk Intan C. Menara Tabung Haji
B. Menara Maxis D. Menara Berkembar Petronas
11. Pelajar dari Korea itu telah belajar bahasa _____ sebelum
datang ke Malaysia.
A. Melayu C. India
B. Arab D. Korea
12. Kakak Amni bekerja sebagai _____ di Hospital Kota
Bharu.
A. jurujual C. jururawat
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. juruterbang D. jurucakap
( %)
B. Gariskan kata nama am yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.
1. Seekor ( gajah / kucing ) telah memusnahkan ladang tebu di
Kampung Pinang Sebatang malam tadi.
2. Pak Cik Hasnan sedang menebas ( daun / lalang ) di belakang
rumahnya.
3. Lili membela tiga ekor ( ikan / arnab ) emas di dalam
akuariumnya.
4. Aman, Sam, Merry dan Kumar menaiki ( bas / kapal ) untuk ke
sekolah.
5. Pak Mat membakar sabut untuk menghalau ( nyamuk / lebah )
sebelum mengambil madu di dalam sarang itu.
6. Halaman rumah Mastura dihiasi pokok ( sayur / bunga ) yang
cantik dan beraneka jenis.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1. Kami akan menyertai lawatan sambil belajar ke Gunung Kinabalu
pada hujung bulan September nanti.
2. Sang Kancil dilantik sebagai hakim dalam perlumbaan antara
Sang Kura-kura dengan Sang Arnab.
3. Kereta Proton Perdana yang besar itu telah dibeli oleh Encik
Vijayan pada hari Selasa yang lepas.
4. Penjenayah yang memecah masuk ke dalam rumah Datuk Azam
telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Kepong.
5. Murid-murid Tahun Tiga Teratai bergotong-royong
membersihkan kelas mereka bersama-sama Cikgu Lim.
6. Sepupu Sharmila tinggal di Taman Seri Manja bersama dengan
keluarganya sejak setahun yang lalu.
( %)
D. Lengkapkan petikan di bawah dengan kata nama yang betul.
Sekolah saya terletak di tepi (1) __________ . Pada minggu
lepas, saya telah ternampak satu kemalangan. Sebuah kereta (2)
__________ dilanggar oleh sebuah lori. Pemandu kereta itu cedera
parah manakala pemandu (3) __________ cedera ringan.
guru ambulans Hospital Kota Bharu jiran
lori jalan raya Inspektor Kamal Proton Wira
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Tidak lama kemudian, sebuah (4) __________ tiba di tempat
kejadian. Seorang anggota polis mengawal lalu lintas. Saya mengenali
anggota polis itu kerana dia (5) __________ saya. Nama beliau ialah
(6) __________ .
Mangsa-mangsa kemalangan diangkat masuk ke dalam ambulans.
Mereka dihantar ke (7) __________ dengan segera. Saya berasa
takut melihat kemalangan itu. Saya akan sentiasa mengingati pesan
ibu bapa dan (8) __________ supaya berhati-hati di jalan raya.
( %)
E. Betulkan penggunaan kata nama yang salah di bawah kemudian salin
semula ayat.
1. semasa tahun baharu cina, encik wong mengadakan majlis rumah
terbuka.
2. datuk lee chong wei berjaya memenangi pingat dalam sukan
olimpik 2012.
3. istana negara di jalan istana dibina pada tahun 1928.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. proton preve dan proton persona merupakan kereta keluaran
syarikat proton.
5. ayah daren menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital besar
selayang.
6. ahli-ahli kelab pencinta alam sekolah akan mengadakan “kempen
cintai taman”.
( %)
F. Kelaskan kata nama di bawah mengikut kategori yang diberikan. (i-
Think)
Pahang pasar raya jus betik Zoo Mini Kemaman
ikan emas juruterbang Mak Esah Si Tupai
Pulau Sipadan Cikgu Bala basikal Muzium Negara
Sang Monyet pemain bola Pusat Tuisyen Inovatif
komuter Mak Cik Zana pisang udang ayah
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
( %)
2. Kata Ganti Nama Diri & Kata Kerja
A. Bulatkan jawapan yang sesuai dengan ayat yang diberikan.
1. _____ berasa sedih kerana ibu sedang dirawat di hospital.
A. Beta C. Patik
B. Saya D. Kamu
2. “Nah, terimalah penumbuk daripada _____ !” jerit lelaki itu.
A. aku C. patik
B. dia D. awak
3. “_____ mahu beradu di dalam kamar,” kata Puteri Ratna Melati.
A. Aku C. Beta
B. Saya D. Patik
4. “Saya dan keluarga ingin menjemput _____ ke majlis hari jadi
saya,” kata Sarah kepada rakan-rakannya.
A. kita C. kalian
Kata Nama Khas Hidup Bukan
Manusia
Kata Nama Am Hidup Bukan
Manusia
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. awak D. engkau
5. Fahmi seorang pemain bola yang handal. _____ dan pasukannya
telah memenangi banyak perlawanan.
A. Kamu C. Baginda
B. Kalian D. Beliau
6. Lelaki itu seorang pencuri. _____ telah ditangkap oleh polis
semalam.
A. Beliau C. Mereka
B. Dia D. Baginda
7. Kakak _____ kain di ampaian selepas mengemas rumah.
A. meletak C. membasuh
B. menjemur D. melipat
8. Jun Pyo _____ gelas itu dengan air soya yang sejuk.
A. mencurah C. merenjis
B. mengisi D. menyiram
9. Beberapa ekor monyet sedang _____ di dahan pokok.
A. bermain C. bergayut
B. berbual D. berlari
10. kucing itu _____ dengan nyenyak di atas kerusi.
A. tidur C. duduk
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. mandi D. makan
11. Amri _____ daripada tidur lalu menggeliat.
A. baca C. tidur
B. minum D. bangun
12. Puan Asiah Bee _____ sebentar selepas memasak dan
mengemas dapur.
A. berehat C. bercuti
B. bekerja D. bersukan
13. Pelajar Tahun Tiga Dinamik belajar cara _____ bola
semasa subjek Pendidikan Jasmani di sekolah.
A. menendang C. menarik
B. melukis D. mengheret
( %)
B. Tandakan (√) pada ayat yang menggunakan kata ganti nama diri
yang betul dan
(×) pada ayat yang salah.
1. Saya dan Damien sudah berjanji. Kami hendak bermain bola
bersama-sama. ( )
2. Rosnah kawan saya. Kita seorang yang rajin. ( )
3. Ai Ling dan adiknya tidak ada di rumah. Dia pergi ke Johor.
( )
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. “Saya akan membantu kamu,” kata Atan kepada Lina. ( )
5. “Silakan masuk ke rumah beliau,” pelawa Siti kepada jirannya.
( )
6. “Mengapakah kita tidak datang semalam?” tanya Cikgu Viknes
kepada Reza. ( )
7. Baginda sultan sedang bersemayam di atas singgahsana.
( )
8. Encik Ahmad seorang wakil rakyat. Beliau banyak membantu
penduduk di situ. ( )
( %)
C. Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.
1. “Dari manakah __________ memperoleh bunga orkid hutan ini?
tanya Qian Yan kepada Natalia.
2. __________ mestilah menjaga keselamatan di taman
permainan.
3. Penari-penari itu sedang menarikan tarian magunatip.
__________ menari dengan hebat.
beta dia saya beliau
patik kita mereka kamu
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. “__________ akan menyertai lawatan ke ladang ternakan
lembu pada Isnin hadapan,” kata Haikal.
5. Guru besar sedang berucap selepas __________ merasmikan
Kempen Menghijaukan Sekolah.
6. Adila ke Perpustakaan Awam Taman Aman. __________
hendak meminjam buku cerita.
7. “__________ mahu semua rakyat jelata bersatu demi
kesejahteraan hidup,” titah Sultan Kedah.
8. “Tuanku, izinkan __________ sembah menghadap,” kata
Bendahara.
( %)
D. Gariskan kata kerja transitif dalam ayat-ayat di bawah.
1. Ayah Jerry sentiasa memandu kereta dengan cermat.
2. Cik Anis menyanyikan lagu yang merdu sambil menari di atas
pentas.
3. Sang Kancil mengetuk kepala buaya sambil mengira bilangannya
satu persatu.
4. Maria mengambil seterika lalu menggosok baju sekolahnya.
5. Kucing itu melarikan diri apabila dikejar oleh adik saya.
6. Ali menendang bola itu dengan kuat sehingga terpelanting ke
arah tingkap bilik darjah.
7. Mereka memakai pakaian yang baharu untuk menyambut Hari
Raya.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 23
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
8. Murid-murid berkumpul untuk membersihkan kawasan Taman
Sains.
9. Ayah Mojintan mencantas ranting-ranting pokok mangga itu
dengan menggunakan parang.
10. Shariza menolong Cikgu Jayanti menyusun buku-buku di
perpustakaan sekolah.
( %)
E. Kelaskan kata ganti nama diri berikut mengikut kategori yang
diberikan. (i-Think)
Kata Ganti Nama Diri
Pihak Pertama Pihak Kedua Pihak Ketiga
( %)
aku tuanku kamu kalian beliau awak
baginda saya dia engkau kita hamba
beta -nya anda patik kami mereka
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 24
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
F. Kelaskan kata kerja di bawah mengikut kategori yang diberikan. (i-
Think)
Kata Kerja Transitif (KKT) Kata Kerja Tidak Transitif
(KKTT)
( %)
3. Kata Adjektif, Kata Seru & Kata Tanya
A. Bulatkan jawapan yang sesuai dengan ayat yang diberikan.
1. Rumah yang dibina di atas bukit itu sangat _____ .
A. keras C. cantik
B. layu D. baik
2. Bunga mawar itu _____ baunya.
A. harum C. masam
berehat menjerang mengikat memulangkan
berbuah termenung menunggang mengunci
bergayut menggosok terlantar berbual
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 25
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. tengik D. hapak
3. Fahmi ialah seorang pemain bola yang _____ .
A. garang C. berani
B. handal D. comel
4. Kereta yang dipandu dengan _____ itu telah hilang kawalan lalu
terbabas.
A. besar C. laju
B. kencang D. ganas
5. Pokok itu tumbang apabila ditiup angin yang _____ .
A. laju C. gagah
B. deras D. kencang
6. _____ , sudah lama kita tidak berjumpa!
A. Cis C. Nah
B. Hai D. Aduh
7. _____ , tidak sangka kita akan bertemu di sini!
A. Eh C. Aduh
B. Wah D. Aduhai
8. _____ , cantiknya baju ceongsam yang kamu pakai!
A. Oh C. Cis
B. Eh D. Amboi
9. _____ , kalian sungguh hebat dalam perlawanan tadi!
A. Nah C. Syabas
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 26
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Hai D. Wahai
10. _____ , malang betul nasib burung yang patah sayap itu!
A. Aduhai C. Amboi
B. Syabas D. Aduh
11. _____kah harga sepasang selipar ini?
A. Apa C. Siapa
B. Berapa D. Mana
12. _____kah yang telah mengambil buku latihan itu?
A. Apa C. Mengapa
B. Siapa D. Bila
13. _____kah keadaan nenek Xu Peng selepas dimasukkan ke
hospital?
A. Mana C. Berapa
B. Siapa D. Bagaimana
14. Ke _____kah Hazani akan menyambung pelajaran apabila
tamat darjah enam nanti?
A. mana C. siapa
B. mengapa D. berapa
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 27
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1. Mata pelajaran Matematik tidak susah jika kita selalu membuat
latihan.
2. Gadis itu kelihatan sangat cantik apabila memakai baju kebaya.
3. Amalin sangat sedih apabila mendapat tahu rakannya menghidap
penyakit jantung.
4. Murid-murid itu bekerjasama menjaga kelas mereka supaya
kelihatan bersih.
5. Kucing Anne sangat cantik kerana bulunya putih dan gebu.
6. Rumah yang baru dibeli oleh Encik Wong itu sangat besar.
7. Cuaca pada hari ini panas kerana sudah lama hujan tidak turun.
8. Ibu menasihati Aiman supaya bersikap sopan dan sabar.
( %)
C. Isi tempat kosong dengan kata seru yang betul.
1. __________ , ini wang saku untuk kamu berbelanja!
2. __________ , besar sungguh rumah jutawan itu!
3. __________ anak-anakku, berusahalah demi masa depanmu!
4. “__________ , pedihnya jariku!” kata Ariani apabila jarinya
terluka ketika mengupas bawang.
Wahai Nah Tahniah Wah
Amboi Aduhai Aduh
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 28
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. “__________ , malang sungguh nasibku!” keluh Sen Choi apabila
keretanya dicuri orang.
6. __________ , indahnya pemandangan di puncak Gunung
Kinabalu!
7. __________ , kamu berjaya memperoleh keputusan yang
cemerlang!
( %)
D. Betulkan penggunaan kata tanya di bawah dan memasukkan tanda
tanya di tempat yang betul. Kemudian, salin semula ayat.
1. Apakah yang akan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali
ini
_______________________________________________
2. Mengapakah yang sedang dibualkan oleh Mak Cik Bedah dan
suaminya
_______________________________________________
3. Siapa kalikah kamu makan aiskrim sepanjang hari ini
_______________________________________________
4. Ke bilakah Fang Ying menghilangkan diri sejak beberapa hari ini
_______________________________________________
5. Berapakah kita mesti belajar dengan bersungguh-sungguh
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 29
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
6. Manakah kakak kamu akan bertolak ke Kota Kinabalu
_______________________________________________
( %)
E. Tandakan (√) pada ayat yang menggunakan kata seru yang betul.
1. Amboi, malang sungguh nasibku hari ini! ( )
Aduhai, malang sungguh nasibku hari ini! ( )
2. Cis, sakit sungguh jariku ini! ( )
Aduh, sakit sungguh jariku ini! ( )
3. Nah, ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku! ( )
Wahai, ambillah buku ini sebagai hadiah daripadaku! ( )
4. Ah, nama saya tidak ada di dalam senarai kelas itu! ( )
Eh, nama saya tidak ada di dalam senarai kelas itu! ( )
( %)
F. Kelaskan kata adjektif di bawah mengikut jenisnya. (i-Think)
bising perlahan lewat merah jambu
dekat gembira panjang lambat
licin coklat lebar jauh
bengkok bahagia leper awal
merdu jahat
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 30
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
( %)
Jenis Kata
Adjektif
Jarak
-
- Warna
-
-
Pancaindera
-
-
Ukuran
-
-
Bentuk
-
-
Waktu
-
-
Cara
-
-
Perasaan
-
-
Sifat
-
-
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 31
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Penulisan
1. Bina Ayat :
Latihan 1 : Ayat Lengkap
Latihan 2 : Ayat Lengkap
kosa kata
dalam perjalanan pulang
mendapati
dompet ....tercicir
mengutip
memulangkan
pemilik/tuan punya
menyerahkan
memuji kejujuran
kosa kata
bermesyuarat
mengadakan
gotong-royong
bekerjasama
mengikut tugas yang
diagihkan
mengecat
membuangkan
membersihkan
memesin rumput
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 32
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 3 : Ayat Lengkap
Latihan 4 : Ayat Lengkap
kosa kata
mengunjungi perpustakaan
disusun rapi
mengambil buku
membaca buku
bertugas di kaunter
dikehendaki
kosa kata
gagak
kehausan
mencari air
menjumpai....takar
paras air.....rendah
memasukkan
menaikkan paras air
berjaya minum
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 33
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Karangan
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Soalan 1 : Karangan Bergambar
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 34
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 2 : Karangan Bergambar
Soalan 3 : Autobiografi
Saya Sebatang Pensel
Soalan 4 : Fakta
Kegunaan Air
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR2A 35
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my