Download - ptv2
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
TAJUK 4 FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Sinopsis
Membincangkan mengenai fungsi PTV dari aspek peranan dan fungsi PTV dalam
konteks individu, sosial dan ekonomi; sorotan laporan kajian mengenai PTV dan
menilai keberkesanannya; kreativiti dalam penagajaran dan pembelajaran RBT; ciri-ciri
kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran; dan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam
RBT.
Hasil Pembelajaran:
1. Menerangkan peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan
ekonomi;
2. Mengenal pasti sorotan kajian mengenai PTV dan dapat menilai
keberkesanan kajian berkenaan;
3. Menjelaskan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT;
4. Mengenal pasti ciri-ciri kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan
5. Menjelaskan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBT
Kerangka konsep tajuk 4
3
FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi
Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT
Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya
Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Aplikasi literasi, 3M, dan ICT dalam RBT
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
4.1 Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi
Tahukah anda peranan dan fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam
sistem pendidikan di negara kita?
Pendidikan berperanan membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap,
berketrampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif
dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memiliki
ciri-ciri seorang keusahawanan. Dalam konteks negara kita, pendidikan diharapkan
dapat melahirkan seorang insan berketrampilan seperti yang dicitrakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Peningkatan bilangan murid dalam aliran pendidikan teknik dan vokasional berlaku
disebabkan oleh kesedaran masyarakat, ibu bapa dan murid sendiri mengenai
kepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta
kepentingannya terhadap permintaan pasaran kerja yang ada kaitannya terhadap
keperluan untuk pembangunan ekonomi negara.
Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari
pelbagai punca, negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memiliki
pengetahuan sahaja, tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran, baik dari segi
teknikal dan juga dari segi soft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif dan
berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing dengan negara lain.
Peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks individu:
Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-nilai spiritual,
nilai-nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara harmoni;
Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui pembangunan alat-
alat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran keusahawanan dan teknikal;
4
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja berpasukan
serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti; dan
Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi.
Manakala peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks sosial
dan ekonomi:
Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan ekonomi,
budaya, sosial dan pendemokrasian;
Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan
saintifik;
Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan pembangunan
alam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka;
Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang boleh
disesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi
yang meluas; dan
Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem pendidikan
dan antara sekolah ke dunia pekerjaan.
Maklumat lanjut, sila rujuk buku ini, Unesco and ILO Recommendation
(2006).
5
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
4.2 Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya
Tahukan anda apakah kepentingan kajian mengenai PTV dan keberkesannya
dijalankan?
Sila fahami petikan di bawah.
“A critical challenge that faces human society at the start of the twenty-first century is to
attain full employment and sustained economic growth in the global economy and social
inclusivity. The ILO’s framework of decent work addresses both the quality and quantity of
employment and provides a basis for new education and training policies and strategies.
Human resources development, education and training contribute significantly to
promoting the interests of individuals, enterprises, economy and society. By making
individuals employable and informed citizens, human resources development and training
contribute to economic development and to achieving full employment and promoting
social inclusion. They also help individuals to gain access to decent work and good jobs,
and escape poverty and marginalization. Education and skills formation could lead to less
unemployment and to more equity in employment.”
(UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53)
Seterusnya bincangkan beberapa kajian mengenai PTV dan keberkesanannya yang
telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Apakah perkaitannya dengan
pernyataan oleh UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53 di atas?
Maklumat lanjut, sila baca buku ini…..Unesco and ILO Recommendation (2002).
6
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Secara umumnya, PTV masih lagi di peringkat formatif. Sehubungan itu, program-
program di bawah PTV memperoleh kelebihan daripada penilaian semasa program
yang dijalankan. Jenis-jenis pengurusan, kualiti pelajar, kebolehsediaan, kecukupan,
dan penggunaan kemudahan, organisasi dan gaya pentadbiran, kaedah penilaian
prestasi, jenis program, jenis masalah program, program persediaan guru, masalah
permintaan dan penawaran, sumber manusia dan sebagainya merupakan pelbagai
pembolehubah yang menarik perhatian penyelidik dalam penilaian PTV. Kajian dan
penilaian yang dijalankan menjadi amat penting kepada perancang, pembuat dasar dan
pentadbir berkaitan PTV.
Isu-isu penyelidikan PTV yang dikaji oleh penyelidik-penyelidik adalah dari pelbagai
kerangka kerja berdasarkan pelbagai arah orientasi disiplin dalam pendidikan iaitu:
Falsafah Pendidikan
Sejarah Pendidikan
Pendidikan Perbandingan
Psikologi Pendidikan
Sosiologi Pendidikan
Ekonomi Pendidikan/Perancangan Pendidikan/Pengurusan Pendidikan
Pengajian Kurikulum
Pentadbiran dan Organisasi Sekolah
Pendidikan Tidak Formal
Penilaian
Kerangka kerja ini juga digunakan bagi mengklasifikasikan kajian yang telah dijalankan
dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Di Malaysia, kajian mengenai PTV dan
keberkesanannya membawa kepada perubahan beberapa dasar bagi mengukuhkan
lagi PTV. Antara perubahan dasar-dasar tersebut ialah
Penstrukturan 69 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada
Sekolah Menengah Teknik (SMT) secara berperingkat mulai sesi
persekolahan 1995/96.
7
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Pelan tindakan peningkatan pengeluaran tenaga manusia teknikal bagi
tempoh
1996 – 2020
Program latihan kemahiran dan pendidikan vokasional kepada pelajar-
pelajar yang berpencapaian rendah dan sederhana rendah.
4.3 Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT
Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran
teknologi dan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan
dengan menggunakan proses reka bentuk. Murid didedahkan kepada pengenalan
kreativiti serta melakukan kajian reka bentuk dan fungsi terhadap sesuatu produk. Murid
juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan
kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik dan
elektronik. Di samping itu, murid juga menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan
kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan
keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan.
Ringkasnya, terdapat peluang yang cukup bagi membangunkan kemahiran kreatif
murid melalui pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi
Pembelajaran secara sokongan (scaffold) diperlukan dalam pembelajaran reka bentuk
dan teknologi. Dalam mempertimbangkan kepentingan kreativiti, semua murid
mempunyai hak yang sama untuk menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh
terhadap peluang dalam bidang-bidang kreatif kurikulum. Namun, murid-murid tidak
bertindakbalas dengan cara yang sama terhadap kreativiti. Peluang untuk murid-murid
berkembang kreatif dalam bilik darjah bergantung kepada sokongan (Scaffold)
maksimum oleh guru-guru, rakan sebaya dan keluarga. Terdapat sedikit penyelidikan
dan kefahaman berkaitan sokongan (scaffold) dalam reka bentuk dan teknologi. Walau
bagaimanapun, scaffold telah didefinisikan dan dibincangkan secara umum oleh
8
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Vygotsky (1978), Gardner (1995), Rogoff (1990), dan secara spesifik dalam konteks
bilik darjah oleh Fryer (1996) dan Beetlestone (1998).
Masalah reka bentuk dan teknologi boleh ditangani melalui dua pendekatan utama iaitu:
penyelesaian masalah melalui proses kognitif iaitu untuk pembelajaran dan
berfikir; dan
penyelesaian masalah secara kreatif.
Penyelesaian masalah melalui proses kognitif tersebut merupakan jenis pemikiran aras
tinggi. Manakala penyelesaian masalah secara kreatif merupakan manifestasi
personaliti dan penampilan bagi sosial dan motivasi seseorang murid.
Strategi bagi mencapai kemahiran berfikir dalam konteks reka bentuk dan teknologi
merangkumi:
Refleksi guru, pemodelan dan kemahiran berfikir;
Penyelesaian masalah
Pembelajaran koperatif; dan
Perbincangan kumpulan.
Secara ringkasnya, fasa-fasa tugasan bagi mengembangkan kemahiran berfikir pelajar
dalam konteks reka bentuk dan teknologi adalah sepertimana ditunjukkan dalam jadual
4.1
9
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Jadual 4.1 Fasa-Fasa Dalam Tugasan Reka Bentuk dan Teknologi
Membangunkan Kemahiran Berfikir Di Kalangan Pelajar
Merangka
tugas
Menarik perhatian
murid
Melaksanakan taklimat ringkas bagi tugasan
membuat keputusan.
Menyatakan kepentingan tugasan
Menunjukkan bagaimana pengalaman sedia
ada dan tugasan praktikal berfokus dapat
membantu mereka.
Mengenalpasti peringkat-peringkat dalam
melaksanakan tugasan membuat keputusan.
Menentukan
tujuan
Memberikan
keyakinan
Menjelaskan
prosedur
Menjalankan
Tugasan
Mencabar
Meningkatkan
cabaran
(Sebahagian dan
bukannya semua)
Memberikan taklimat ringkas secara terbuka
atau tertutup. Menyediakan pelbagai
maklumat yang berbeza. Mengurangkan
arahan dan meminta murid menangani
kesukaran mereka sendiri. Menggunakan
tugasan tambahan.
Perbincangan Mengimbas
kembali
Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk
dan pembuatan. Menggunakan produk yang
dihasilkan oleh murid bagi melihat
kelemahan dalam reka bentuk dan proses
pembuatan. Melihat alternatif-alternatif yang
ada. Menyediakan mereka bagi tugasan
membuat keputusan pada masa akan
datang.
10
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Maklumat lanjut, sila rujuk Owen-Jackson (2002) muka surat 230.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu menjadi andasan dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran "Reka Bentuk dan Teknologi". Daya
imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan. Antara contoh
kemahiran berfikir yang perlu diberi tumpuan ialah :
Membezakan bentuk-bentuk asas dalam pesekitaran
Menghubung kait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk
Menjana idea kreatif dan inovatif
Mentafsir lukisan kerja
Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan
projek
Membuat keputusan, memilih projek,alatan tangan dan bahan yang
diperlukan
Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.
Aktiviti refleksi boleh diaplikasikan pada peringkat perbincangan dan mengimbas
kembali dalam melaksanakan tugasan reka bentuk dan teknologi. Antara aktiviti yang
boleh dilaksanakan ialah:
menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan;
menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan
dalam reka bentuk dan proses pembuatan;
melihat alternatif-alternatif yang ada; dan
menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan
datang.
11
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Bincangkan fungsi RBT dari segi melatih murid dalam penyelesaian masalah
dan reka bentuk, pemikiran kreatif dan kritis, pemikiran aras tinggi,
pembelajaran scaffold dan aktiviti refleksi.
4.4 Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Perkembangan dan proses pembinaan kemahiran murid dalam pengajaran dan
pembelajaran reka bentuk dan teknologi boleh dilaksanakan melalui penyertaan dan
penghayatan secara aktif dalam satu proses yang berdaya cipta kreatif dan inventif.
Idea-idea baru boleh dibangunkan dan diubahsuai atau diperbaiki daripada sesuatu
bahan atau produk yang telah sedia ada. Dalam setiap proses ini murid juga mendapat
pengalaman dalam membuat keputusan, bertanggungjawab terhadap idea-idea yang
digunakan, serta bertanggungjawab terhadap kesan penggunaan idea tersebut untuk
kehidupan yang akan datang.
Pengetahuan dan kefahaman dalam reka bentuk dan teknologi boleh dilakukan melalui
kaedah pengajaran yang berkesan. Sehubungan itu, kaedah pengajaran yang berkesan
saling mempengaruhi pengetahuan dan pemahaman, bagaimana sesuatu kerja
merupakan satu pelengkap dan pertambahan kepada sesuatu yang lain, dan
bagaimana beberapa masalah boleh diselesaikan dengan bersubjekkan orientasi.
Banyak idea, pelbagai sumber, dan bahan diperlukan dalam penyelesaian hampir
semua masalah manusia. Murid dapat melihat perkaitan antara pengetahuan dan
kefahaman, banyak idea dan sumber diperlukan dalam menyelesaikan masalah.
Ia juga memberi kesedaran kepada murid tentang konteks sosial perilaku manusia.
Contohnya hampir semua manifestasi reka bentuk dan proses teknologi, menyatakan
dengan jelas bahawa membuat keputusan tidak boleh dijalankan dalam pengasingan.
Melalui sumber-sumber yang ada mereka cuba mencapai matlamat untuk
menyelesaikan sesuatu masalah dan memberi kepuasan maksimum kepada keperluan
pelanggan-pelanggan dan seluruh masyarakat.
12
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Sikap dan kualiti peribadi murid boleh dipupuk melalui pendidikan reka bentuk dan
teknologi. Ini dapat dilakukan melalui penumpuan terhadap prestasi kemahiran, integriti
dan kejujuran dalam menjayakan sesuatu projek. Kerja mahir adalah penting jika
peralatan dibina bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan, dan
memastikan keselamatan pengguna-penggunanya. Contohnya seperti kerja bahan-
bahan konkrit yang memerlukan pengendalian yang jelas dan tepat serta kemahiran
yang tinggi. Paling utama, reka bentuk dan proses teknologi menyediakan satu alat
inkuiri di mana murid dapat merasai pengalaman sebenar sama seperti kehidupan
dewasa. Pengalaman berikut mungkin akan memberi satu kebolehgunaan umum yang
luas kepada murid dalam pemupukan sikap positif dan kualiti peribadi unggul bagi
menjalani kehidupan semasa dewasa.
Kurikulum Nasional Britain pula mendefinisikan Reka Bentuk dan Teknologi kepada
empat sasaran yang terdiri daripada mengenalpasti keperluan dan peluang, menjana
rekabentuk, merancang dan melaksanakan dan akhirnya menilai. Murid seharusnya
boleh mengenal pasti dan menyatakan dengan jelas tentang keperluan dan peluang
untuk mereka bentuk dan aktiviti teknologi melalui penyiasatan terhadap konteks rumah
tangga, sekolah, rekreasi, perniagaan dan industri. Kemudian melalui maklumat-
maklumat yang diperolehi murid akan menjana spesifikasi reka bentuk, meneroka idea
bagi menghasilkan cadangan reka bentuk dan membangunkan sehingga menjadi
kenyataan, sesuai dan boleh dilaksanakan.
Murid juga seharusnya mampu membuat artifak, sistem dan persekitaran, menyediakan
dan melakukan perancangan, mengenalpasti, mengurus, dan menggunakan sumber
yang sesuai termasuk pengetahuan dan proses. Akhirnya murid boleh membangunkan,
berkomunikasi dan bertindakbalas atas penilaian terhadap proses, keluaran, dan kesan
terhadap reka bentuk dan aktiviti teknologi dan sebagainya termasuk dari segi masa
dan budaya.
Nilai-nilai dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh membentuk personaliti
murid. Sehubungan itu, nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan
13
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
perlu merentasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi.
Langkah ini akan dapat memupuk nilai murni dan sikap positif seperti berusaha
mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor
dan berhati-hati menggunakan sumber supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian
dan urusan hidup di kalangan murid.
Pembinaan kemahiran kolaboratif dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh
direalisasikan melalui projek kumpulan. Secara umumnya, murid memerhati dan meniru
apa saja perkara yang mempesonakan dalam dunia sosial mereka (Hope, 2004). Murid
membincangkan secara terbuka, memuji dan menyesuaikan idea orang lain untuk
digunakan dalam kerja mereka. Sehubungan itu, projek kumpulan dapat menyediakan
peluang secara spesifik bagi mengembangkan kemahiran kolaboratif. Selain itu, aktiviti
kolaborasi boleh dilakukan dengan cara menghubungkan reka bentuk dan teknologi
dengan bidang lain seperti sains dan matematik, ICT dan sebagainya (Sage, 2002).
Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and
Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain:
Antony Rowe Ltd.
4.5 Aplikasi Literasi, 3M dan ICT dalam RBT
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan literasi ?
Definisi literasi ...
”able to recognize when information is needed and have the ability to locate,
evaluate and use effectively the needed information” (Ron, R., 1995)
• LITERASI – Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan.
14
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Literasi, 3M, dan ICT memberikan impak yang besar kepada pembangunan pendidikan
di sekolah rendah. Terdapat usaha mengembangkan literasi, 3M dan ICT melalui reka
bentuk dan teknologi. Sebagai contoh, reka bentuk dan teknologi boleh digunakan bagi
mengembangkan kemahiran lisan dan mendengar. Penggunaan fiksyen, teks atau
cerita tentang reka bentuk dan teknologi dengan diikuti sesi latihan amali boleh
dilakukan bagi memperkembangkan literasi, 3M dan ICT.
Kerja-kerja literasi yang berfokus kepada perkataan, ayat yang berasaskan tema reka
bentuk dan teknologi dapat menyediakan murid kepada pembelajaran istilah dan
perkataan secara spesifik. Perkataan dalam permainan yang berfokuskan tema seperti
alat-alat dan kegunaannya, bahan dan sifat bahan, mekanisme dan jenis-jenis
pergerakan boleh digunakan. Manakala teks bukan fiksyen dengan isi kandungan reka
bentuk dan teknologi boleh digunakan dalam pelbagai cara. Teks boleh digunakan
untuk meneroka, memperkenal atau mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman
berkaitan kerja reka bentuk dan teknologi sedia ada atau bagi merancang untuk masa
depan.
ICT pula menyediakan peluang tambahan bagi memperkembangkan literasi, 3M dan
merapatkannya dengan reka bentuk dan teknologi. Sehubungan itu, ICT boleh
digunakan dalam reka bentuk dan teknologi sebagai bahan sumber, alat atau
komponen. Antara contoh-contoh peranan ICT ialah:
Sebagai sumber maklumat atau rangsangan bagi projek dan aktiviti (ini meliputi
internet, CD-ROM, dan pangkalan data berasaskan komputer);
Menjana dan membangunkan idea reka bentuk, menggunakan lukisan,
berasaskan perisian.;
Mengumpul, menyimpan, menganalisis dan mengesan maklumat menggunakan
pangkalan data atau lembaran kerja;
Berkomunikasi dengan menggunakan e-mail dan perisian penerbitan atas meja;
Memodel dan merangsang situasi menggunakan perisian khusus;
15
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Merancang dan membuat jujukan peristiwa menggunakan perisian bagi
menghasilkan carta alir;
Merekod proses terlibat dan menilai menggunakan perisian pemprosesan
perkataan, kamera digital, rakaman audio dan video;
Menghasilkan wallpaper, imej, dan clip art menggunakan perisian khusus; dan
lain-lain lagi.
Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Ritchie, R. (2001). Primary design and
technology: A process for learning (2nd ed). London: David Fulton
Publishers (m.s 60 – 62).
Tahukah anda, dalam tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha
untuk kembali semula kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada
penguasaan kemahiran 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. Melalui
pengajaran pemulihan pada Tahap I (Tahun 1-3) ini, keperluan murid yang mempunyai
masalah pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah memastikan mereka menguasai
kemahiran 3M ini.
Manakala penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.
Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan
dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk
pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan
Information Communication Technology (ICT).
Ringkasnya, murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Ini boleh dilakukan melalui
pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan maklumat. Kemahiran ICT murid juga boleh
diperkembangkan seperti melayari laman web, menggunakan perisian, CD-ROM dan
pengkalan data serta berkomunikasi secara elektronik.
16
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Bagaimanakah mengaplikasikan literasi, 3M dan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran RBT di sekolah rendah?
Latihan
Bagi menguji tahap kefahaman anda, sila jawab soalan di bawah.
1. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memainkan peranan dan fungsi
penting dalam melahirkan modal insan untuk pembangunan negara.
Sehubungan itu, jelaskan peranan dan fungsi PTV dari segi berikut:
a) konteks individu
b) konteks sosial dan ekonomi
2. Isu-isu penyelidikan PTV yang pelbagai telah menarik perhatian ramai penyelidik
daripada pelbagai orientasi disiplin pendidikan. Di Malaysia, dapatan
penyelidikan PTV telah membawa kepada beberapa perubahan dasar
pendidikan PTV. Sehubungan itu, bincangkan kepentingan penyelidikan PTV.
3. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada
kemahiran teknologi dan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan
murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan
produk yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk.
Bincangkan bagaimana anda mengembangkan kreativiti pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi.
17
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
TAJUK 5SISTEM PTV: PERINGKAT SEKOLAH RENDAH,
INSTITUT FARMAL DAN TIDAK FORMAL
Sinopsis
Tajuk ini menjelaskan tentang Sistem PTV di peringkat Sekolah Rendah, Institusi
Formal dan Tidak Formal. Juga menjelaskan serba sedikit mengenai latihan perantisan,
Sekolah Aneka Jurusan, Sekolah Vokasional dan Teknik, Institusi Awam serta Institusi
Swasta.
Hasil Pembelajaran:
Di akhir tajuk ini anda seharusnya dapat menguasai hasil pembelajaran berikut iaitu:
1. Menerangkan mengenai latihan perantisan ;
2. Menjelaskan program-program PTV yang terdapat di bawah institusi formal;
3. Membezakan program-program yang terdapat di bawah Institusi Pendidikan
Tinggi Awam dengan Institusi Swasta;
4. Membezakan antara aktiviti yang dijalankan semasa latihan di tempat kerja
dengan pendidikan tidak formal;
Kerangka konsep tajuk 5
18
SISTEM PTV
Latihan Perantisan.
Latihan Di Tempat Kerja
Institusi Formal
Pendidikan Tidak Formal
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
5.1 Latihan Perantisan
“ Apprenticeship is occupational training that combines on-the-job experience with
classroom instruction. Apprentices usually begin at half the salary of trained people
(journey workers) who have industry certification, and receive pay increases as they
learn to perform more complex tasks. When they become journey workers, they
increase their chances of finding a well-paying job in the industry and can become
supervisors or go into business for themselves. “
Skim-skim latihan perantisan ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang
mempunyai pelbagai kemahiran teknikal (multi-skills) di dalam sektor perindustrian dan
perkhidmatan serta mewujudkan lebih banyak peluang-peluang latihan kepada lepasan
sekolah/belia-belia.
Di bawah skim-skim latihan perantisan ini, pelajar-pelajar ditaja oleh majikan sektor
perindustrian dan perkhidmatan untuk mengikuti latihan teori dan praktikal selama 2 1/2
bulan - 6 bulan bagi modul pilihan dan 18 bulan bagi modul penuh. Para perantis akan
dilatih di institusi-institusi latihan tempatan (off-the-job) serta menjalani latihan sambil
kerja (on-the-job)di tempat/premis majikan penaja.
Mereka yang dipilih dikehendaki menandatangani satu Kontrak Perantisan dengan
majikan penaja dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Perantis
dikehendaki berkhidmat dengan majikan penaja selama 1 hingga 3 tahun setelah tamat
latihan (jika ditawarkan pekerjaan oleh majikan penaja).
Tahukah anda apakah bentuk latihan perantisan yang ada di Malaysia pada
masa kini? Cuba bandingkan bentuk latihan perantisan di Malaysia dengan
negara maju yang lain.
19
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Dapatkan maklumat lanjut di internet. Kumpulkan maklumat dan buatkan peta
minda untuk menunjukkan kefahaman anda mengenainya.
5.2 Institusi Formal
5.2.1 Sekolah Aneka Jurusan (Komprehensif)
Tahukah anda bahawa Bahagian Teknik dan Vokasional telah mengubahsuai
Sistem Pelajaran Teknik dan Vokasional di peringkat Sekolah Menengah
Rendah pada tahun 1965?
Dilaksanakan pada tahun 1965. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Komprehensif. Di
mana empat mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan daripada Tingakatan 1
hingga Tingkatan 3 yang dianggap sebagai mata pelajaran elektif iaitu Seni
Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. Peralihan ini
telah memansuhkan Sekolah Lanjutan Kampung.
Dalam mata pelajaran elektif, diadakan latihan amali dan teori mengikut kehendak
kursus. Corak mata pelajaran teknik dan vokasional diterapkan kepada murid-murid
dalam mata pelajaran elektif di bawah sistem aneka jurusan.
Fikirkan sejenak! Apakah ciri-ciri sistem pendidikan aneka jurusan ini?
20
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
5.2.2 Sekolah Vokasional dan Teknik
Tahukah anda bahawa Sekolah Menengah Vokasional telah ditubuhkan pada
tahun 1968. Pada tahun berapakah ia telah di naik taraf ke Sekolah
Menengah Teknik?
Tujuan penubuhan Sekolah Menengah Vokasional adalah untuk memberi latihan dan
kemahiran kepada pelajar bersesuaian dengan pekerjaan di sektor perindustrian,
perusahaan, pertanian dan sektor-sektor lain yang berkaitan. Sekolah ini menawarkan
empat bidang kursus vokasional iaitu Pertukangan, Perdagangan, Pertanian dan Sains
Rumah Tangga.
Di samping mempelajari mata pelajaran vokasional, murid-murid juga diberi peluang
untuk mempelajari mata pelajaran am. Satu pertiga daripada seluruh masa
persekolahan ditumpukan kepada mata pelajaran am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa
Melayu, Ilmu Hisab, Ilmu Kemasyarakatan dan Pelajaran Agama Islam bagi pelajar
Islam.
Setelah dua tahun mengikuti kursus di Sekolah Menengah Vokasional, murid-murid
akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia ( SPVM ) yang diakui
setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Selain menceburi bidang pekerjaan,
pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang akademik boleh
melanjutkan pelajaran sehingga ke Politeknik dan Universiti.
Manakala Sekolah Menengah Teknik mempunyai pertalian dengan Treacher Technical
Institute (1906) yang ditubuhkan oleh pihak Inggeris. Tujuan Sekolah Menengah Teknik
adalah untuk memberi pelajaran am yang lebih cenderung kepada pelajar untuk
melanjutkan pelajaran tinggi di bidang teknikal. Terdapat tiga kursus utama yang
21
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
ditawarkan iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. Kemudian
Perdagangan diperkenalkan untuk memberi peluang kepada pelajar perempuan bagi
memenuhi cadangan Rancangan Malaysia Kedua.
Fikirkan, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan
Sistem Pendidikan Vokasional dan Teknik di Malaysia?
Dapatkan maklumat lanjut dari internet.
5.2.3 Institusi Pendidikan Tinggi Awam
Tahukah anda bahawa dalam tahun 1990-an, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengkaji semula kurikulum PTV supaya ia memenuhi kehendak industri. Kajian telah
dibuat untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir selaras dengan matlamat Wawasan
2020.
Sehubungan dengan itu Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwujudkan lebih awal
berbanding institut lain di bawah MARA. UiTM memberi peluang kepada lepasan
SPM/MCE untuk menyambung pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah dalam
bidang pembangunan industri. Graduan lepasan UiTM dapat menarik minat sektor
perbankan, perdagangan, perindustrian, sektor awam dan sektor swasta. Selain itu
graduan ini juga boleh melanjutkan pelajarannya di dalam dan di luar negara yang
dibiayai oleh pihak JPA dan sebagainya.
5.2.4 Institusi Swasta
22
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan konsep penswastaan institut
teknikal dan sekolah teknik kepada industri. Tahukah anda apakah tujuan penswastaan
ini? Mari kita bincangkan matlamat di bawah;
a. Memberikan latihan kepada pelajar vokasional menjalani latihan di industri-
industri pengeluaran;
b. Mendapatkan pengalaman yang lebih dalam bidang kursus yang dijalani; dan
c. Mengurangkan kos kerajaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesa sektor swasta menawarkan kursus
teknikal kepada pelajar lepasan sekolah. Pada tahun 1993, sektor kerajaan dan sektor
swasta iaitu Pertubuhan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) bergabung tenaga untuk
memainkan peranan yang sama bagi meningkatkan tahap kemahiran.
Dapatkan maklumat berkaitan apakah tindakan yang telah dilaksanakan oleh
pihak swasta ini dalam memperkembangkan sistem Pendidikan Teknik
dan Vokasional di Malaysia.
5.3.1 Sekolah Ke Kerjaya (SKK)
Kenapa agaknya Sekolah ke Kerjaya di berhentikan sedangkan ia mempunyai
banyak faedah kepada pelajar?
Konsep Program SKK
SKK ialah satu program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan
potensi pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan kemahiran boleh guna
melalui pengalaman tempat kerja. Program SKK mengandungi dua komponen iaitu:
23
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
i) Pengajaran dan pembelajaran menggunakan sukatan pelajaran yang
minimum, dan
ii) Latihan di tempat kerja untuk mendapat kemahiran boleh guna melalui
pengalaman tempat kerja.
Objektif program SKK adalah seperti berikut:
i) Untuk membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan
pembelajaran setaraf dengan kebolehan dan keupayaan mereka dari segi
akademik
ii) Untuk mengembangkan potensi dan kemahiran boleh guna pelajar dengan
melalui pengalaman tempat kerja, dan
iii) Untuk memanfaatkan masa di peringkat sekolah menengah terutama bagi
mereka yang berpencapaian rendah dari segi akademik.
Sukatan Pelajaran Minimum
Tahukah anda bahawa sukatan pelajaran untuk SKK ini hanyalah sukatan minimum. Ia
mengandungi beberapa topik terpilih mata pelajaran teras dan elektif Tingkatan 4 dan 5.
Objektif sukatan pelajaran minimum ialah:
i) membantu pelajar yang berpencapaian rendah menguasai topik yang dipilih,
dan
ii) membantu guru bagi membimbing pelajar untuk mencapai kelulusan dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagi mencapai objektif-objektif tersebut di atas, sukatan pelajaran yang minimum bagi
mata-mata pelajaran berikut telah disediakan untuk kegunaan sekolah. Sukatan
24
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
pelajaran minimum ini mengandungi topik-topik terpilih yang dijangka dapat membantu
pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM.
- Mata Pelajaran Teras
- Mata Pelajaran Elektif
- Bahasa Melayu Ekonomi Asas
- Bahasa Inggeris Kesusasteraan Melayu
- Sains Geografi
- Matematik
- Sejarah
5.3.2 Latihan Tempat Kerja (LTK)
Latihan di tempat kerja bertujuan memberi peluang kepada pelajar menimba
pengalaman latihan di tempat kerja. Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan
kemahiran yang dipelajari di sekolah semasa berada di tempat latihan.
Objektif latihan di tempat kerja adalah untuk:
i) memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran tertentu di tempat
latihan,
ii) membolehkan pelajar memilih kerjaya yang sesuai mengikut minat dan
kebolehan, dan
iii) mengembangkan potensi pelajar dan meningkatkan keyakinan diri.
Model-Model Latihan Di Tempat Kerja (LTK)
Terdapat 3 model LTK yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Mari kita teliti model-
model ini.
Model A: Latihan di Agensi Kerajaan dan Swasta
Dalam model A, pelajar dikehendaki menjalani latihan di pusat latihan agensi kerajaan
25
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
atau pun di tempat kerja swasta dalam tempoh masa tertentu. Proses pengajaran dan
pembelajaran dan LTK dilaksanakan secara berselang-seli atau berterusan untuk
beberapa minggu.
Model B: Latihan Berasaskan Sekolah
Di bawah model ini, pelajar diberi pendedahan kemahiran bekerja di sekolah dengan
ditempatkan seperti di koperasi sekolah, kantin atau pun menjalani latihan kemahiran di
bengkel sekolah. Latihan kemahiran diberikan dengan menggunakan kemudahan dan
tenaga yang ada di sekolah. Tunjuk ajar diberikan oleh guru, staf sokongan dan
komuniti yang berkemahiran tertentu seperti jahitan, pendawaian, memasak, gunting
rambut, semaian anak pokok dan lain-lain. Pengajaran dan pembelajaran serta latihan
kemahiran berjalan semasa waktu persekolahan.
Model C: Gabungan Latihan Berasaskan Sekolah dan Di Agensi
Dalam model C, sebahagian pelajar menjalani latihan kemahiran di sekolah dan pada
masa yang sama sebahagian pelajar yang lain menjalani latihan kemahiran di agensi
luar. Proses pengajaran dan pembelajaran serta latihan kemahiran di laksanakan
secara berselang-seli atau berterusan untuk beberapa minggu.
Fikir sejenak! Adakah anda bersetuju sekiranya program ini dibatalkan? Berikan
pandangan anda.
5.4 Pendidikan Tidak Formal
Pendidikan tidak formal telah lama wujud di Tanah Melayu, sebelum kedatangan
penjajah lagi. Ketika itu, kemahiran-kemahiran berkaitan sesuatu bidang
dipelajari daripada tukang-tukang yang mahir. Tiada kelas formal perlu dihadiri,
biasanya kemahiran diperolehi melalui penerangan dan penglibatan secara terus
terhadap pekerjaan tersebut.
26
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Fikirkan, apaka maksud pendidikan tidak formal dan
bagaimanakah pendidikan tidak formal dapat membantu
perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia?
TAJUK 6 KURIKULUM DAN PENGAJARAN PTV DAN KHSR
DI MALAYSIA
Sinopsis:
Tajuk ini akan membincangkan mengenai kurikulum dan pengajaran PTV dan KHSR di
Malaysia dari aspek model kurikulum dan pengajaran, model-model semasa dan
berpotensi serta perbandingan kurikulum PTV di dalam dan luar negara.
Hasil Pembelajaran:
Diakhir pembelajaran, pelajar pelatih dapat:
1. Membezakan antara model dan teori.
2. Menghuraikan berkaitan di antara kurikulum dengan
pengajaran.
3. Menjelaskan model-model kurikulum yang digunakan dalam
membentuk kurikulum PTV.
4. Membina model kurikulum berdasarkan model-model
kurikulum yang telah dipelajari.
Kerangka Konsep Tajuk 6:
27
Kurikulum Dan Pengajaran PTV
Model Kurikulum dan Pengajaran
Model Semasa dan Yang Berpotensi
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
6.1 Model Kurikulum dan Pengajaran
Cuba fikirkan apakah yang dimaksudkan dengan model? Apakah perbezaan
antara model dan teori ?
Definisi Kurikulum:
“The sum of the learning activities and experiences that a student has
under the auspices or direction of the School”
(Finch & Crunkilton, 1999)
“Kurikulum adalah perancangan untuk pembelajaran. Semua kurikulum
mengandungi elemen pernyataan tujuan dan objektif spesifik, pemilihan
dan organisasi kandungan pelajaran, pola pengajaran dan pembelajaran
dan penilaian hasil pembelajaran.”
(Taba, 1962)
“Satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis
28
Perbandingan Kurikulum Dalam dan Luar Negara
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati”
(Ornstein & Hunkins, 1998)
Perkaitan antara Kurikulum dan Pengajaran:
Cuba anda teliti Rajah 1 di bawah. Ia menunjukkan perkaitan antara kurikulum dan
pengajaran yang diutarakan oleh Finch dan Crunkilton (1999). Apakah yang boleh
anda kupas dari rajah 1 berkenaan?
Rajah 1: Perkaitan antara kurikulum dan pengajaran
Bincangkan apakah perbezaan dan perkaitan antara kurikulum dan
pengajaran?
Maklumat lanjut, sila baca buku ini…Hope, G. (2004). Teaching Design
and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great
29
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Britain: Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology:
Initial In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan
Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum Development In Vocational
And Technical: Planning, Content And Implementation (5th ed), Boston: Allyn
and Bacon.
6.2 Model Semasa dan Yang Berpotensi
Terdapat beberapa model kurikulum dalam literasi. Model yang terserlah adalah Model
Hunkins (1980), Model Tyler yang dikemukakan oleh Ralph Tyler (1949) dan Model
Johnson yang dipelopori oleh Mauritz Johnson (1967). Model-model ini masih dominan
kerana elemem-elemennya konsisten dengan teori mengenai sekolah dan perancangan
pendidikan. Selain dari model-model di atas terdapat beberapa model yang boleh
dijadikan sebagai rujukan iaitu Model Gay, Model Glasier, Model Sim dan Model Taba.
6.2.1 Model Hunkins (1980)
Rajah 2: Model Kurikulum Hunkins
30
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
6.2.2 Model Tyler (1949)
Tyler mengemukakan empat persoalan sebelum sesebuah kurikulum boleh dibentuk.
Pertama, apakah matlamat yang hendak dicapai? Matlamat dan objektif kurikulum
biasanya diperoleh dari kajian mengenai pelajar, kehendak masyarakat dan industri
serta subjek atau kursus yang akan ditawarkan. Kesemua elemen-elemen ini
disesuaikan dengan falsafah, visi dan misi institut yang berkenaan. Objektif-objektif ini
perlulah ditulis dengan tepat dan mestilah boleh diukur dan dicapai. Kedua , pembuat
kurikulum mestilah mengenal pasti apakah bentuk pengalaman yang hendak
disediakan untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut. Ketiga, bagaimana
pengalaman tersebut dapat disusun secara sistematik supaya dapat dilaksanakan
secara berkesan? Dan akhir sekali bagaimana kita menentukan matlamat dan objektif
kurikulum tersebut tercapai?
Rajah 3 : Empat Persoalan Tyler
31
4 persoalan Tyler
Bagaimana pengalaman ini hendak disusun supaya lebih berkesan?
Apakah bentuk pengalaman yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut?
Apakah matlamat yang hendak dicapai?
Bagaimana menentukan sama ada matlamat ini tercapai atau tidak?
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
6.2.3 Model Johnson
Mauritzs Johnson (1967) pula mendefinisikan, kurikulum sebagai satu siri berstruktur
hasil pembelajaran yang dikehendaki (a structured series of intended learning
outcomes). Model beliau atau lebih dikenali sebagai Model Johnson mengandungi
empat komponen utama iaitu menentukan matlamat, memilih kurikulum, merancang
kurikulum dan menilai kurikulum.
Rajah 4 : Empat Elemen Model Johnson
Rajah 4 : Carta Alir Empat Komponen Utama Pembentukan Kurikulum. Jika
diperhatikan secara teliti, terdapat persamaan antara Model Tyler dan Model Johnson.
Rajah 5 di bawah menunjukkan carta aliran tentang Mosel Johnson. Johnson cuba
membezakan antara elemen proses dan produk dalam membina kurikulum. Bentuk
bujur menunjukkan proses manakala bentuk segi empat menggambarkan produk.
32
Empat Elemen Model Johnson
Merancang kurikulumMerancang kurikulum
Memilih kurikulumMemilih kurikulum
Menilai kurikulumMenilai kurikulum
Menentukan matlamat kurikulumMenentukan matlamat kurikulum
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Rajah 5 : Carta Alir Elemen Proses dan Produk Dalam Membina Kurikulum
Bujur – Proses
33
Matlamat pendidikan
Kurikulum
Tentukan matlamat
Merancang kurikulum
Merancang pengajaran
Pengajaran
Pembelajaran
Hasil pembelajaran
Rancangan pengajaran
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Segi empat - Produk
6.2.4 Model Gay
Gay mengutarakan empat model yang boleh digunakan dalam proses penghasilan
kurikulum; seperti berikut:
(a) Model Akademik.
Model ini menggunakan pemikiran secara ilmiah sebagai asas apabila membuat
keputusan mengenai kurikulum. Penekanan diberikan kepada penggunaan
struktur sedia ada sesuatu disiplin atau bidang untuk membentuk kandungan
kurikulum.
(b) Model Experimental
Model ini lebih menumpu kepada pembelajaran memusatkan pelajar di mana
aktiviti pelajar lebih diutamakan. Objektif pembelajaran lebih memfokus kepada
individu dan proses; dengan tujuan akan dapat dimanafaatkan oleh pelajar
sebagai anggota masyarakat.
(c) Model Pragmatic
Model ini memberi fokus kepada pembelajaran bersesuaian dengan keadaan
persekitaran setempat atau sekolah. Ini bermakna, kurikulum dirancang supaya
memenuhi setting sekolah, bukannya setting daripada luar sekolah.
(d) Model teknikal
Model ini menganggap pembelajaran sebagai satu sistem yang boleh
dibahagikan kepada komponen-komponen kecil dan dilaksanakan secara teratur
dan terancang. Antara komponen yang terdapat dalam model ini ialah:
34
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Melaksanakan analisis keperluan.
Menyatakan objektif.
Memilih kandungan yang sesuai dengan objektif.
Menetapkan kaedah penilaian yang kukuh.
6.2.5 Model Glasier
Merujuk Rajah 6, model ini dibina berlandaskan kepada konsep pengajaran sebagai
suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
Rajah 6: Model Glasier
Sumber : Ang Huat Bin (1999)
6.2.6 Model Sim
Merujuk Rajah 7, model ini dibina berdasarkan konsep pengajaran pelbagai bidang
komunikasi iaitu interaksi diantara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran
dalam sesuatu perselitaran tertentu.
35
ObjektifPengajaran
PengetahuanSedia Ada
KaedaahMengajaran
Penilaian
Maklumat Balas
Objektif
Isi
MuridGuru
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Rajah 7: Model Sim
Sumber : Ang Huat Bin (1999)
6.2.7 Model Taba (1962)
Taba telah mengusulkan beberapa peringkat dalam pemilihan sesuatu konsep yang
melibatkan penyusunan bahan-bahan pengajaran iaitu peringkat:
Penyusunan data
Membentuk konsep
Membentuk hukuman
Aplikasi
6.2.8 Pembangunan Kurikulum PTV (Finch & Crunkilton, 1999);
Rajah 8 : Pembangunan Kurikulum PTV (Finch & Crunkilton, 1999)
Bincangkan Model Kurikulum yang sesuai untuk RBT di negara kita
Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and
Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain:
36
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial
In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan Finch,
C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum Development In Vocational And
Technical: Planning, Content And Implementation (5th ed), Boston: Allyn and
Bacon.
6.3 Perbandingan Kurikulum Dalam dan Luar Negara
“Kurikulum adalah segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah
atau sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan”
(Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979)
Bandingkan kurikulum RBT yang dilaksanakan di dalam dan luar negara
kita (di antara Malaysia dan beberapa negara di Asia, Eropah
dan Amerika Syarikat)
Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design
and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain:
Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003).
Technology: Initial In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies
Authority, dan Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum
Development In Vocational And Technical: Planning, Content And
Implementation (5th ed), Boston: Allyn and Bacon.
37
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Aktiviti 6
Bagi menguji tahap kefahaman anda, sila jawab soalan di bawah.
1. Model Tyler boleh digunakan dalam pembentukan model kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional kerana terdapat empat objektif iaitu melibatkan matlamat, bentuk dan penyusunan pengalaman dan penilaian.
Matlamat kurikulum yang hendak dicapai merujuk kepada
A) keperluan Kementerian Pendidikan B) keperluan pelajar, masyarakat dan industri C) keperluan mengikut aliran perkembangan teknikal semasaD) keperluan pelajar semata-mata yang mana selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
2. Pernyataan di bawah adalah persamaan model kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional negara dengan negara Amerika kecuali
A) memberi peluang pekerjaan yang luas mengikut minat pelajar B) memberi kemahiran asas yang cukup dalam bidang perniagaan dan
pertukanganC) memenuhi keperluan dan kecenderungan pelajar dalam bidang kemahiran
yang diminatiD) memper luaskan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di sekolah
menengah akademik ke seluruh negara
3. Berdasarkan kepada pengetahuan anda huraikan beberapa model kurikulum yang telah pelajari :A) Model TylerB) Model Johnson
38
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
C) Model TabaD) Model Gay
TAJUK 7 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PTV
Sinopsis:
Tajuk ini akan membincangkan mengenai pentadbiran dan penguruan PTV dari aspeks
organisasi pendadbiran, pengambilan pelajar, penyeliaan dan pemantauan program,
artikulasi dan koordinasi serta perbandingan sistem pentadbiran dan pengurusan PTV
dalam dan luar negara.
Hasil Pembelajaran:
Diakhir pembelajaran tajuk ini pelajar dapat:
1. Membezakan maksud pengurusan dan pentadbiran.
2. Menghuraikan organisasi pentadbiran PTV di sekolah
rendah dan organisasi PTV formal yang terdapat di Malaysia.
3. Mengetahui mengenai penyeliaan dan pemantauan
PTV di Malaysia.
4. Menjelaskan perbandingan sistem pentadbiran dan
pengurusan PTV di dalam dan luar negara.
Kerangka Konsep Tajuk 7
39
Organisasi Pentadbiran
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
7.1 Organisasi Pentadbiran
Pentadbiran dan pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)
memerlukan organisasi yang jelas dan mantap bagi membolehkan
pelaksanaannya berjalan lancar dan berkesan. Sehubungan itu, cuba fikirkan
apakah yang dimaksudkan dengan organisasi pentadbiran?
Di sekolah rendah, struktur organisasi secara umumnya terdiri daripada Guru Besar,
Penolong Kanan, Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran. Setiap bahagian mempunyai
fungsi dan tanggung jawab tertentu. Sebagai contoh, Ketua Panitia bertanggung jawab
mengurus, merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah berjalan lancar.
Berdasarkan kepada pengalaman anda semasa di sekolah, bincangkan
organisasi pentadbiran KHSR/RBT di sekolah rendah.
Sebelum seseorang itu meninjau dengan lebih mendalam tentang konsep pengurusan
secara menyeluruh, eloklah sekiranya anda memahami dengan lebih jelas tentang
organisasi dan ciri-cirinya.
Kefahaman yang mendalam tentang konsep organisasi itu penting kerana pengurusan
dan organisasi merupakan satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Wujudnya
sesebuah organisasi itu sama ada organisasi kecil atau besar, swasta atau awam
memerlukan pengurusan atau pengendalian aktiviti-aktiviti organisasi.
40
Pentadbiran dan Pengurusan PTV
Penyeliaan dan Pemantauan Program
Pengambilan Pelajar
Artikulasi dan Koordinasi
Perbandingan Sistem Pentadbiran dan Pengurusan Dalam dan Luar Negara.
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Definisi Organisasi
Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia
yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai
matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Definisi ini menjelaskan unsur-unsur yang
perlu ada di dalam sesebuah organisasi merupakan satu unit sosial, penyatuan usaha
dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.
Organisasi sebagai Unit Sosial
Apabila organisasi itu dianggap sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai
beberapa orang pekerja yang telah diberi peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu
tugas. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain bagi
menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka ini menjalankan tugas tanpa
memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak lain, sudah tentu tugas yang
dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki sama ada dari segi masa,
kualiti, kuantiti, dan penentuan-penentuan lainnya.
Penyatuan Usaha dan Hubungan Di Kalangan Pekerja
Sesebuah organisasi memerlukan pekerja yang menyatupadukan usaha mereka
supaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Sekiranya tidak ada perpaduan di
kalangan pekerja, sudah tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan
berkesan dan sempurna. Keadaan organisasi akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang
haluan yang tertentu. Penyatuan usaha hendaklah wujud di dalam sesebuah organisasi
bagi menjamin pencapaian yang telah disenaraikan. Hubungan di kalangan kakitangan
dapat menjamin organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan.
41
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang dibuat dapat meningkatkan
hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan antara individu dengan
individu yang lain.
Ciri-Ciri Organisasi
Sesebuah organisasi yang telah dibentuk menghasilkan satu identitinya yang
tersendiri. Misalnya, sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) dimana ia
melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebuah pusat penyelidikan dan juga
sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada
masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan
pengajaran dan pembelajaran lain.
Terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang
diwujudkan contohnya di IPG. Pada dasarnya organisasi pengurusan dan
pentadbiran dimana bahagian ini terdapat beberapa unit lain seperti personel,
pemasaran, dan kewangan. Manakala organisasi pengurusan kurikulum akan
melibatkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dan beroperasi
secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.
Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur ia
memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas
perjalanan aktiviti. Di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur,
dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan
nyata kerana ia merupakan kelengkapan pelaksanaandalam sesebuah
organisasi.
Pengurusan
1. Pengurusan merupakan pelaksanaan sesuatu proses melalui manusia.
2. Merupakan satu proses sosial dibentuk, disusun untuk mengujudkan kerjasama,
42
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
penyertaan dan penglibatan ahli- ahli dalam sesebuah organisasi untuk
mencapai sesuatu objektif atau matlamat.
3. Pengurusan melibatkan proses kemanusiaan
Pentadbiran
Merupkan satu proses yang memusatkan kepada identifikasi, penyelenggaraan,
pengawalan dan penyertaan penggunaan sumber-sumber sama ada berupa tenaga
manusia mahupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
Kesimpulan yang boleh dibuat tentang pentadbiran dan pengurusan:
1. Tiada garis pemisah yang nyata diantara pengurusan dan pentadbiran, Boles
dan Davenport (1976) menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu
fungsi yang sama meliputi aktiviti-aktiviti merancang, menghimpun dan
menganalisis, mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha
mencapai objektif yang telah ditetapkan.
2. Wilfird Brown juga bersetuju bahawa pentadbir dan mengurus adalah satu
peranan di mana kerja-kerja diagihkan kepada pembantu-pembantu dan
pengurus dan pentadbir mengambil kira hasilnya.
Eleman Pengurusan
1. Membuat Keputusan Amat penting kerana seseorang pengurus itu membuat
keputusan atau untuk membuat tindakan alternatif selanjutnya. Elemen ini timbul
di dalam semua peringkat proses pengurusan.
43
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
2. Menyelesai Masalah - Membuat keputusan yang lebih rumit ketika memilih
alternatif bagi mengatasi halangan atau masalah yang akan membantu
pencapaian matlamat organisasi.
3. Hubungan Manusia - Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan
pekerja, menggunakan motivasi dan daya kepimpinan yang baik.
4. Komunikasi - Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang
dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok ke arah
pencapaian matlamat organisasi.
Proses Pengurusan
1. Planning (merancang)
Terdiri daripada:
i. menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat.
ii. mengenalpasti objektif dan menetapkan kaedah pencapaian keberkesanan
yang paling maksimum melalui proses penetapan matlamat.
iii. mengumpul serta menganalisis maklumat.
iv. mencari alternatif atau pilihan.
v. menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan.
2. Organising (mengelola)
i. mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf untuk mengwujudkan rangka
dasar yang baik untuk menjalankan segala aktiviti perancangan yang telah
dirancangkan.
ii. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang
baik.
iii. membentuk struktur kuasa atau wibawa (authority) dan menyelaraskan
jentera pelaksanaan.
iv. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur.
v. memilih, melatih dan memberitahu staf serta mendapatkan sumber-sumber
lain yang perlu.
44
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
3. Directing (mengarah)
i. terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan.
ii. memperkenalkan dan memberi kepimpinan dalam pelaksanaan perancangan
dengan cara membuat keputusan.
iii. mengeluarkan arahan-arahan tertentu.
iv. memimpin, mengelola dan memberi motivasi.
4. Controlling (mengawal)
i. Menilai segala kerja yang dijalankan di peringkat perancangan.
ii. Melaporkan segala penyelewengan, kelemahan dengan segera supaya dapat
dibetulkan.
iii. Menunjukkan jalan mengikut langkah-langkah yang betul dengan cara
membentuk matlamat dan taraf.
iv. Menetapkan pencapaian dan memperbaiki penyelewengan dan kelemahan.
7.2 Pengambilan Pelajar
Di negara kita, pengambilan pelajar ke aliran PTV adalah berdasarkan
kepada keputusan peperiksaan awam. Sehubungan itu, cuba fikirkan
apakah langkah terbaik bagi menentukan pengambilan pelajar ke dalam
aliran PTV ?
Mata pelajaran KHSR diperkenalkan kepada pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.
Manakala mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah diperkenalkan kepada
pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3 sebagai mata pelajaran elektif.
45
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Bincangkan bagaimana pengambilan pelajar Institut Pendidikan Guru dilakukan bagi
mengikuti program RBT dalam sistem pendidikan di negara ini.
Sebelum anda melihat nota di bawah mengenai proses pengambilan pelajar, anda perlu
menyenaraikan semua maklumat berdasarkan kepada penghasilan penta minda yang
telah dibincangkan terlebih dahulu berasaskan program RBT (latih tubi).
7.2.1 Proses Pengambilan Pelajar (sumber BPG)
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau
SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti
program seperti di bawah :
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
Warganegara Malaysia.
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau
selepas 20 Jun 1991.
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu
serta lulus Bahasa Inggeris.
SYARAT TAMBAHAN
Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
46
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki
sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Level
(UEC-SML).
Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama
(SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat
SMA atau SMU.
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Bahasa Cina Pendidikan Rendah
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan
Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
keperluan di sekolah rendah.
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan
selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas
dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu Komunikasi;
ii. Sejarah; dan
iii. Pendidikan Moral.
47
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan
Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
keperluan di sekolah rendah.
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan
selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas
dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;
ii. Sejarah; dan
iii. Pendidikan Syariah Islamiah.
CARA MEMOHON
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan
melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat :
http://www.moe.gov.my mulai 04 April 2011.
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor
Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional
di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam
sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan
Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN
melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem
Maklumat Ringkat (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai
akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
48
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang :
http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang
pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum
membuat permohonan.
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat
pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran
permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum
tarikh tutup permohonan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan
permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 APRIL 2011
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan
dengan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No. Telefon : 03-88841260/1254/1253/1371/1235
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
49
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045
***Tarikh penting
Permohonan Ditutup : 13 April 2011
Semakan Temuduga : 25 April 2011
Temuduga : 02 – 05 Mei 2011
Semakan Tawaran : 21 Mei 2011
Pendaftaran : 20 Jun 2011
Admin: Maklumat disini hanya ringkas sahaja,sila rujuk lamanweb rasmi
KPLSPM disini untuk maklumat lebih terperinci.
7.3 Penyeliaan dan Pemantauan Program
Cuba fikirkan apakah yang dimaksudkan dengan penyelian dan pemantauan
program?
Kenyataan Dasar dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001 – 2010),
ialah;
50
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Memberi penekanan kepada Sains dan Teknologi (S&T) serta membangunkan
kemahiran dalam teknologi berasaskan maklumat supaya pengetahuan dapat
diperoleh, disebar, ditafsir dan digunapakai;
Menambah jumlah tenaga manusia yang lebih ramai dalam bidang S&T bagi
mengambil peluang daripada kepesatan pengetahuan dan teknologi baru untuk
mencapai pertumbuhan mapan;
Mempercepatkan pencapaian nisbah 60:40 antara pelajar sains dan sastera.
Malaysia sedang melaksanakan proses reformasi kepada PTV untuk menjadikannya
lebih fleksibel, berkualiti tinggi, berupaya menyahut dan bertindak balas terhadap
keperluan pasaran kerja yang dinamik dan mengurangkan kos terutama kepada pihak
kerajaan. Sehubungan itu, banyak program PTV diperkenalkan bagi menjayakan dasar
di atas. Namun, keberkesanan dan kejayaan program-program ini memerlukan
penyeliaan dan pemantauan yang berterusan.
Bincangkan bagaimana penyeliaan dan pemantauan program PTV
dilaksanakan di negara ini.
7.4 Artikulasi dan Koordinasi
Artikulasi
Boleh dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu artikulasi mengufuk dan artikulasi menegak.
Artikulasi mengufuk merujuk kepada pemindahan kredit dari satu program kepada
program yang lain pada satu tahap sama ada dalam institusi yang sama atau institusi
yang lain. Manakala artikulasi menegak merujuk kepada pemindahan kredit dari satu
institusi kepada institusi yang lain pada tahap yang lebih tinggi
Koordinasi
51
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Merupakan suatu usaha kerja sama antara jabatan, institusi, unit dalam pelaksanaan
tugas-tugas tertentu, sehingga terdapat saling mengisi, saling membantu dan saling
melengkapi.
Orang yang menggerakkan / mengkoordinasi terdapat unsur-unsur mengurus untuk
mencapai tujuan disebut koordinator
Bincangkan bagaimana artikulasi dan koordinasi PTV dilaksanakan di negara
ini.
Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999).
Curriculum Development In Vocational And Technical: Planning,
Content And Implementation (5th ed), Boston: Allyn and Bacon.
7.5 Perbandingan Sistem Pentadbiran
Cuba fikirkan bagaimanakah Sistem Pentadbiran PTV di Malaysia ?
PTV di peringkat sekolah ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala PTV
pada peringkat lepas sekolah menengah, ditadbir oleh agensi-agensi seperti
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian
Belia dan Sukan, dan Kementerian Sumber Manusia. Selain itu, terdapat juga PTV
yang dilaksanakan oleh pihak-pihak swasta.
Bandingkan Sistem Pentadbiran PTV yang dilaksanakan di negara ini dan luar
negara.
52
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and
Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain:
Antony Rowe Ltd., Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial
In-Service Materials, Queensland: Queensland Studies Authority, dan Owen-
Jackson, G. (2002)., ICT in design & technology, in Gwyneth Owen-Jackson
(ed.), Aspects of Teaching Secondary Design and Technology: Perspectives On
Practice, New York: Routledge Falmer.
Aktiviti 7
Soalan Esei
Pengenalan
Bagi melonjakkan institusi pendidikan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006 – 2010 pada Fokus 9.02 : Memberikan lebih autonomi kepada sekolah. Ia telah
dirangka satu strategi pelaksanaannya bagi meningkatkan keupayaan dengan memberi
autonomi kepada sekolah menerusi perolehan bahan pengajaran dan pembelajaran
serta pengurusan kewangan di sekolah.
Pengurusan kewangan perlu memanfaatkan sumber kewangan dengan kaedah
pengurusan yang berkesan berdasarkan perancangan, penyelenggaraan dan analisis
yang cekap, amanah serta berhemah.
Masalah
Pihak guru sentiasa menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan pesanan
perolehan barangan mahupun peralatan KHSR di sekolah kerana kekurangan atau
ketiadaan peruntukan. Setujukah anda bahawa masalah ini berpunca daripada
53
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
kelemahan sistem pengurusan kewangan sekolah di semua peringkat termasuklah
kelemahan merancang belanjawan panitia KHSR itu sendiri?
Tugas
Anda perlu jalankan satu tinjauan mengenai pengurusan kewangan berkesan di
sekolah anda. Tinjauan anda perlulah meliputi beberapa aspek berikut iaitu:
a. Enrolmen tahunan semasa
b. Peruntukan PCG bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
c. Pengagihan peruntukan kewangan mengikut rangka belanjawan tahunan
semasa
d. Perancangan Belanjawan Tahunan Semasa Panitia Kemahiran Hidup
TAJUK 8 KEPIMPINAN DALAM PTV
Sinopsis:
Membincangkan mengenai kepimpinan PTV dari aspek perkembangan profesional,
penambahbaikan kualiti pengajaran PTV, peranan dan tanggung jawab panitia,
perancangan pembelajaran dan strategi dan teknik pengurusan.
Hasil Pembelajaran:
1. mensintesis maklumat daripada pelabagai sumber tentang kepimpinan dalam
PTV
2. menunjukkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan
3. mengamalkan pengetahuan dan kemahiran tentang strategi dan teknik
pengurusan.
4. meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan melalui perkembangan
profesional.
5. menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan tanggungjawab yang
diberikan
54
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Kerangka Konsep Tajuk 8
8.1 Perkembangan Profesional
Cuba fikirkan bagaimanakah aktiviti perkembangan professional di sekolah anda
membantu anda meningkatkan kualiti kepimpinan anda dalam pengurusan KHSR
di sekolah?
Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk sektor pendidikan
bagi tahun 2009 hingga 2011. Kesanggupan kerajaan membuat pelaburan yang
banyak membuktikan bahawa bidang pendidikan merupakan bidang yang amat penting
bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu ingin menjadikan Malaysia sebagai Pusat
Kecemerlangan Pendidikan Serantau di samping melahirkan insan yang seimbang
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Justeru itu, tanggungjawab yang amat berat ini terletak di bahu semua guru di sekolah,
kerana sekolah merupakan asas kepada bermulanya pendidikan formal seseorang
individu itu. Oleh itu, untuk memastikan pendidikan berjalan di atas landasan yang
betul, sekolah memerlukan pemimpin yang mampu menjana kecemerlangan
pendidikan. Berdasarkan laporan A Nation At Risk, 1983, Action For Excellence, 1983,
Bettter Edcuation for Michigan Citizen : A Blue Print For Action, 1984 di Amerika
55
KEPIMPINAN DALAM PTV
Perkembangan Profesional
Peranan dan Tanggungjawab
Penambahbaikan Kualiti
Perancangan Pembelajaran
Strategi dan Teknik Pengurusan
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Syarikat dan kajian-kajian (Edmonds, 1979; Hussien Mahmood, 1993) didapati bahawa
kepemimpinan pengetua atau guru besar merupakan penggerak utama bagi kejayaan
sesebuah sekolah.
Sebelum mempelajari dengan lebih lanjut, kita perlu tahu tentang definisi dan maksud
kepimpinan. Menurut Koontz And O’Donnei (1972) kepimpinan adalah kemahiran untuk
mempengaruhi kakitangan menyelesaikan tugas masing-masing dengan penuh minat
dan berkeyakinan serta proses mempengaruhi orang lain. Hodgets (1975) kepimpinan
sebagai satu proses untuk mengarah daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai
matlamat organisasi, memimpin bermaksud membimbing daya tenaga kakitangan
kearah penyempurnaan matlamat organisasi manakala pimpinan bermaksud orang
yang bertanggungjawab untuk memberitahu kakitangan tentang rancangan yang akan
dilaksanakan dan strategi untuk mencapainya.
Kepimpinan membantu pekerja melalui beberapa peranan seperti:
a. Kepuasan kerja
b. Menyelesaikan masalah
c. Memuji dan mengkritik
d. Memberi bimbingan dan tunjukajar
e. Menentukan kriteria dan piawai prestasi
f. Memberi sokongan moral
g. Mendorong kearah pencapaian matlamat
Ciri-Ciri Pemimpinan
a. Kecerdasan
b. Bermotivasi – motivasi dalaman dan dorongan pencapaian
c. Sikap – sikap dan hubungan yang baik
d. Matang – matang dalam bersosial
Cuba anda bincangkan diantara rakan sekerja secara ringkas mengenai jenis
kepimpinan yang ada sekarang.
56
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Rajah 9 : Jenis Kepimpinan
Jenis-Jenis Tingkahlaku Pengetua
Demokrat
a. Mengambil kira pandangan kumpulan
b. Perlaksanaan perancangan selaras dengan polisi yang ditentukan secar
perbincangan
c. Mempertingkatkan daya kreatif, daya pengeluaran dan kepuasan
d. Menghormati individu & Kumpulan pengikut
e. Menunjukan minat untuk diterima ahli
f. Komunikasi terbuka
Birokrat
a. Mengambil keputusan secara sendirian / berpusat sebagai ketua
b. Perlaksanaan perancangan tidak selaras dengan polisi yang ditetapkan
atau diperbincangkan
c. Bertindak tanpa mengambil kira individu
d. Objektif dicapai secara paksaan
e. Tidak mahu mencampuri atau melibatkan diri
f. Tidak menggalakkan komunikasi secara terbuka
57
Laiissez Faire- banyak Autonomi- Keputusan sendiri- Tidak ada penyeliaan
Autokratik- Membuat semua keputusan
Demokratik- Secara perbincangan- Keputusan secara bersama
JENIS KEPIMPINAN
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Gaya kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin (Smith, 1989) atau cara pengetua
mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi. Kita
boleh menggunakan teori Laluan-Matlamat yang diperkenalkan oleh House dan Mitchell
(1974). Dalam teori ini House dan Mitchell memperkenalkan empat gaya
kepemimpinan yang diamalkan oleh pengetua/guru besar. Gaya-gaya tersebut adalah
seperti berikut:
a. Gaya kepemimpinan mengarah (Directive Leadership) iaitu merujuk kepada
tingkah laku pemimpin yang menjelaskan kehendak, memberikan arahan,
tepat dan mengarah orang bawahan mengikut peraturan dan prosedur.
b. Gaya kepemimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement Oriented
Leadership) iaitu merujuk kepada tingkah laku pemimpin yang menyediakan
matlamat yang mencari kemajuan pencapaian, mengutamakan
kecemerlangan dan menunjukkan keyakinan bahawa orang bawahan akan
mencapai tahap yang tinggi dalam tugas.
c. Gaya kepemimpinan menyokong (Supportive Leadership) iaitu merujuk
kepada tingkah laku pemimpin yang bertimbang rasa, menunjukkan prihatin
terhadap kesejahteraan orang bawahan dan mewujudkan iklim kemesraan
dalam kumpulan kerja.
d. Gaya kepemimpinan penyertaan (Participative leadership) iaitu merujuk
kepada tingkah laku pemimpin yang meminta pandangan orang bawahan
dan menggunakan pandangan mereka sebelum membuat sesuatu
keputusan.
Fikirkan sejenak! Bagaimanakah pihak pengurusan anda membuat
penambahbaikan terhadap perkembangan profesionalisme anda di sekolah?
8.2 Penambahbaikan Kualiti Pengajaran PTV
58
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Sebagai seorang guru kita perlu memikirkan bagaimana caranya untuk
membuat penambahbaikan kualiti pengajaran PTV di sekolah.
Di sini terdapat beberapa faktor yang perlu anda ketahui dalam penambahbaikan kualiti
pengajaran PTV iaitu:
a. Faktor Kurikulum
- Perubahan dari silibus
- Silibus berkaitan dengan industri dan kehendak semasa
b. Faktor Infrastruktur
- Bangunan
- Peralatan dan kemudahan
c. Faktor Latihan Perguruan
- Berasaskan kopentensi
- Kurikulum yang releven
- Pendedahan kepada kemahiran ICT
d. Faktor Kaedah Pengajaran
- kaedah secara konteksual, kolabrotif
- penggunaan ICT
- Simulasi
e. Faktor Perkembangan Staf bagi pengajar
- peningkatan kemahiran kepada guru (Kursus peningkatan diluar negara
Dan dalam)
f. Faktor Penilaian
- secara formatif dan summatif
59
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
- berasaskan ketrampilan
Untuk menambahkan pengetahuan dan maklumat mengenai kualiti pengajaran anda
boleh melayari laman web www.pkukmweb.ukm.my dan www.eprints.uum.edu.my
8.3 Peranan dan Tanggungjawab Panitia
Cuba fikirkan bagaimanakah Panitia KHSR di sekolah anda membantu anda
dalam pengurusan bilik darjah di sekolah?
Sebagaimana yang anda ketahui, anda pasti akan terlibat dengan satu atau lebih
panitia mata pelajaran di sekolah anda. Panitia merupakan sekumpulan guru yang
mengajar mata pelajaran yang sama khususnya Panitia KHSR. Ketua panitia
memainkan peranan yang penting di samping bertanggungjawab mengurus,
merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah berjalan lancar.
Antara peranan dan tanggungjawab ketua panitia KHSR ialah;
a. Menyelaras sukatan dan rancangan pelajaran tahunan, semester dan
bulanan;
b. Membuat anggaran belanjawan tahunan;
c. Membuat pesanan bahan dan alatan;
d. Mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan,
60
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KHSR;
e. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang
kemaskini;
f. Menjalankan mesyuarat panitia;
g. Menguruskan sesi perkembangan professional staf.
h. Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai
oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah
sekolah. (Sekolah kecil boleh digabungkan panitia mata pelajaran.)
i. Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan
yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua
Sekolah
j. Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata
pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi
penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua
Sekolah.
k. Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam
perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-
masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia
kepada Guru Besar atau Pengetua
atau Penolong Kanannya, sama ada untuk untuk mendapat
penyelesaian atau untuk makluman
l. Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum
ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk
berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan
masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan
segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan
keperluan pengajaran dan pembelajaran.
61
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Fikirkan sejenak! Adakah ketua panitia KHSR anda menjalankan tugas di atas?
Antara peranan dan tanggungjawab panitia KHSR yang dianggap perlu dilaksanakan
oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.
a. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk
kegunaan ahli-ahli panitia;
b. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam
sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada
kaitan;
c. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi
kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
d. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan
yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan
guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;
e. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan
sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah.
f. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap
peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir
tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-
kelemahan pengajaran dan pembelajaran;
g. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya
sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan
jika perlu
h. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara
formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-
masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang
berhubung denga kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada
masalah atau isu tersebut;
62
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
i. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
j. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah
dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran;
k. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran
dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan
l. Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke
arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran
tertentu;
m. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
n. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan.
Sumber : SPI Bil: 4/1986
8.4 Perancangan Pembelajaran
Perancangan pembelajaran adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan
penbelajaran mengikut keperluan kurikulum KHSR. Rancangan pengajaran dan
pembelajaran perlu disediakan lebih awal supaya ia dapat digabungkan unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai selaras dengan perkembangan jasmani, emosi,
rohani dan intelektual pelajar. Perancangan pembelajaran ini boleh dibahagikan
kepada dua aspek iaitu rancangan tahunan/ rancangan semester dan rancangan
pengajaran harian (RPH).
63
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Apakah yang akan anda titikberatkan semasa menyediakan rancangan
tahunan/rancangan semester dan rancangan pengajaran harian?
8.5 Strategi dan Teknik Pengurusan
Strategi merupakan kaedah dan teknik yang dirancang dan digunakan dalam satu-satu
pengurusan pengajaran. Manakala teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang
terkandung dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan
kemahiran guru. Selaku guru, anda biasanya sering mengamalkan pelbagai strategi
dan teknik pengurusan yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak sekolah
seterusnya pelajar. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa kepimpinan merupakan
satu proses mempengaruhi dan mengarahkan ahli-ahli dalam panitia supaya mereka
turut menyumbang ke arah pencapaian matlamat panitia dan seterusnya sekolah.
Terutamanya kepada ketua panitia, mereka boleh memilih samada menggunakan
strategi pengurusan saintifik, pengurusan pentadbiran ataupun pengurusan birokrasi.
Di mana ketiga-tiga strategi ini saling berkaitan antara satu sama lain dan ia boleh
digunakan mengikut keperluan dan kesesuaian persekitaran budaya kerja di sekolah.
Kenalpasti ketiga-tiga jenis strategi berkenaan dan sila buat rujukan dari mana-
mana bahan bercetak mahupun media elektronik.
64
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Aktiviti 8
Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda
dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas
PEMBELAJARAN KENDIRI 3:
1. Antara pernyataan di bawah yang manakah bukan matlamat perkembangan
profesional dalam pendidikan teknik dan profesional?
(A) Mencungkil potensi guru
(B) Meningkatkan keyakinan diri guru
(C) Menyambut seruan pendidikan sepanjang hayat
(D) Mengemaskini kemahiran seiring perkembangan terkini
2. Antara yang berikut , pernyataan manakah menjelaskan konsep pengelolaan
dalam proses pengurusan
I. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur.
II. membentuk struktur kuasa dan menyelaraskan jentera
pelaksanaan.
65
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
III. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu
struktur yang mantap
IV. memimpin dalam proses perancangan dengan cara
membuat keputusan yang tegas.
V mengenal pasti matlamat dan objek serta menetapkan
kaedah pencapaian yang paling berkesan.
(A) I , II, dan III sahaja
(B) I , II dan IV sahaja
(C) II , IV dan V sahaja
(D) III , IV dan V sahaja
3. Soalan Esei
Memimpin sebuah organisasi bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan
gabungan ilmu, pengetahuan, personaliti dan visi, kepimpinan bukanlah satu misi
yang mustahil bagi setiap orang yang mahu menjadi seorang pemimpin yang
berjaya. Seorang pemimpin berkesan sentiasa melihat kejayaan organisasinya
sebagai satu usaha yang berterusan antara dirinya dengan semua anggota
dalam organisasi itu.
Sungguhpun begitu, keberkesanan, keunggulan dan kecemerlangan bergantung
kepada kepimpinan sebuah organisasi. Hal ini jelas seperti apa yang dikatakan
oleh Oliver Wendell Holmes, “Apa yang berada di belakang kita dan apa yang
berada di hadapan kita adalah perkara yang kecil berbanding dengan apa yang
ada di dalam diri kita.” Jadi, diri pemimpin dan apa yang tersirat di dalam
dirinya adalah penting dalam manifestasikannya menjadi sebuah realiti.
Terdapat juga dikalangan pemimpin yang memerlukan suntikan semangat dan
wawasan bagi menterjemahkan bentuk kepimpinannya yang tidak terlalu
autokratik atau terlalu lembut kepada satu bentuk kepimpinan yang berkualiti dan
berkesan.
66
RBT3101 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VAKASIONAL
Dalam hubungan ini, pepatah Arab berikut adalah relevan dan dapat dijadikan
panduan dalam kepimpinan,
“Jika engkau terlalu keras, nanti engkau dipatahkan. Jika engkau terlalu
lembut, nanti engkau diramaskan. Justeru, bertindaklah secara sederhana
kerana sederhana itu adalah bijaksana.”
Masalah
Adakah anda mengetahui serta dapat mengenalpasti gaya kepimpinan jenis
manakah yang menjadi amalan pihak pengurusan di sekolah anda?
Tugasan
Jalankan pemerhatian terhadap guru besar/penolong kanan dan ketua panitia
KHSR dengan menggunakan senarai semak di Lampiran 3. Kenalpasti gaya
kepimpinan manakah yang menjadi amalan mereka. Edarkan senarai semak
seperti di Lampiran 3 kepada responden yang telah anda pilih. Kumpulkan
semula senarai semak berkenaan dan buatkan analisis dengan menggunakan
borang skor yang disediakan seperti di Lampiran 4. Panduan analisis skor pada
Lampiran 5 telah dilampirkan sebagai rujukan anda.
67