Transcript

1

PROGRAM MID-TERM REVIEW “@KSi MYKOMUNITI: FIT & COOL, CABARAN 24 MINGGU”

Pada 16 Januari 2016 (Sabtu), Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

(MySihat) telah mengadakan “Program Mid-Term Review @Ksi

Mykomuniti: Fit & Cool Cabaran 24 Minggu” di Dataran Teluk Kemang, Port

Dickson. Program penurunan berat badan yang telah bermula pada

September 2015 melibatkan seramai 400 peserta dari 10 lokasi sekitar

Lembah Klang dan Seremban ini bertujuan untuk mengekalkan momentum

dan komitmen peserta sebelum program berakhir pada Mac 2016.

Program ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj. Mohd Nasir

Bin Mohd Ashraf (Pengerusi MySihat), diiringi Dr. Manimaran A/L Krishnan

(CE0 MySihat), Pengarah-Pengarah Bahagian dan tetamu jemputan daripada

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Antara tumpuan menarik sepanjang program ini adalah perkongsian data,

kisah kejayaan dan pertunjukan oleh peserta yang berjaya menurunkan

berat badan dengan sokongan instruktor daripada Persatuan Pemakanan

Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Fisioterapi Malaysia

yang telah memasuki fasa pertengahan program.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan termasuk pameran dan

permainan kesihatan. Diharapkan program ini mampu menjadi satu titik

permulaan yang baik dan terus berjaya pada masa-masa akan datang dengan

sokongan padu antara MySihat, KKM, Persatuan-Persatuan Kesihatan dan

NGO.

2

Perasmian Program oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj. Mohd Nasir Bin Mohd Ashraf

(Pengerusi MySihat)

Y. Bhg. Tan Sri Pengerusi dan CEO MySihat bersama para peserta

3

Antara Acara Menarik Sepanjang Program Berlangsung

4

5

6

7

8


Top Related