Download - Profitability Ratio and Liquidity Ratio
BBPW3103
1
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan ……………………………………………………….. 2 - 5
- Syarikat Ibraco Berhad
- Syarikat LBS Bina Group Berhad
2.0 Nisbah Kecairan dan Nisbah Keberuntungan …………………… 6 - 10
2.1 Nisbah Kecairan
- Modal kerja bersih
- Nisbah semasa
- Nisbah cepat
2.2 Nisbah Keberuntungan
- Margin untung kasar
- Margin untng bersih
- Margin untung kendalian
- Pulangan atas asset
- Pulangan atas ekuiti
- Perolehan sesaham
3.0 Pengiraan dan penjelasan Syarikat 1 = Ibraco Berhad ……………. 11 - 19
3.1 Pengiraan dan penjelasan nisbah kecairan
3.2 Pengiraan dan penjelasan nisbah keberuntungan
4.0 Pengiraan dan penjelasan Syarikat 2 = LBS Bina Group Berhad….. 20 - 27
4.1 Pengiraan dan penjelasan nisbah kecairan
4.2 Pengiraan dan penjelasan nisbah keberuntungan
5.0 Perbandingan nisbah antara kedua syarikat ……………………….. 28 - 32
5.1 Perbandingan nisbah kecairan
5.2 Perbandingan nisbah keberuntungan
5.3 Faktor yang mempengaruhi
6.0 Kesimpulan ………………………………………………………... 33
7.0 Lampiran …………………………………………………………… 34 - 47
8.0 Rujukan …………………………………………………………….. 48
BBPW3103
2
1.0 PENGENALAN KEDUA-DUA SYARIKAT
1.1 NAMA SYARIKAT 1 = Ibraco Berhad
Profil Syarikat
Pada 30 Ogos 1971, Ibraco Berhad telah ditubuhkan di Sarawak, Malaysia di
bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan
nama Ibraco Realty Development Sdn Bhd. Pada 28 Julai 2003, ia telah
ditukar menjadi sebuah syarikat awam berhad untuk penyeneraian di Papan
Utama Bursa Sekuriti Malaysia Berhad (Bursa Sekuriti) dan telah menukar
nama kepada Ibraco Berhad pada 1 Ogos 2003. Akhirnya pada 16 Jun 2004, ia
telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Sekuriti Malaysia Berhad dan
berjaya mempunyai 12 anak syarikat yang mahir dalam pembangunan estet
perindustrian, skim perumahan serta perumahan sosial.
Aktiviti Perniagaan
Ibraco merupakan sebuah syarikat hartanah dan pembangunan hartanah,
pemasaran kediaman inovatif dan hartanah komersil. Ibraco telah
mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju harta premier di Sarawak
berdasarkan rekod yang cemerlang sepanjang lebih 30 tahun pengalamannya
dalam industri pembangunan hartanah serta merupakan ahli Persatuan
Perumahan dan Pemaju Hartanah Sarawak,( SHEDA).
Visi
Kumpulan Ibraco berusaha untuk menjadi conglomerate terkemuka dalam
industri pembinaan iaitu:
Untuk menjadi peneraju pasaran dalam pembangunan perumahan di
Sarawak dan seterusnya;
Untuk menjadi kontraktor utama
Misi
Untuk menyediakan rumah yang berkualiti, mengoptimumkan pulangan
pemegang saham dan menjaga pekeka kami.
BBPW3103
3
Struktur Korporat
Struktur korporat Kumpulan Ibraco adalah seperti berikut:
Rajah 1: Struktur Korporat Kumpulan Ibraco
BBPW3103
4
1.2 NAMA SYARIKAT 2 = LBS Bina Group Berhad
Profil Syarikat
LBS diasaskan pada tahun 1960 oleh Dato’ Seri Lim Bong Seng di Petaling
Jaya, Selangor dalam bidang pembinaan. Berikutan pertumbuhannya yang
pesat selepas satu dekad, pada tahun 1992 LBS telah menetapkan tempat yang
lebih tinggi dengan menceburi diri dalam sektor pembangunan hartanah di
mana projek pertamanya Jelapang Maju Light Industrial Park di Jelapang,
Ipoh. Dalam hanya beberapa tahun LBS mampu mengekalkan kestabilan
projeknya dan terkenal sebagai pemaju yang berwibawa. Tarikh penubuhan
LBS pada 29 Jun 2000 dan disenaraikan di Bursa Malaysia dalam pasaran
utama iaitu hartanah pada 30 Jan 2002.
Aktiviti Perniagaan
Trend pertumbuhan telah menunjukan bahawa LBS telah menjadi domain
dalam sektor hartanah di Malaysia yang melebarkan sayapnya di seberang laut
china dan menjalankan aktiviti seperti pegangan pelaburan, pengurusan
hartanah, lanskap, agensi insurans dan bahan-bahan bangunan. LBS membina
rumah-rumah yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Ketelitian LBS
selama 20 tahun dalam menyampaikan ciri-ciri dan kualiti yang sukar
ditandingi telah memberi inspirasi dan memberi keuntungan kepada LBS.
Visi
Untuk menjadi pemaju yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, bangunan dan
inspirasi kawasan menarik yang meningkakan kehidupan masyarakat.
Misi
Untuk menyampaikan prestasi yang luar biasa melalui ciptaan progresif,
menyedari nilai kepada semua pemegang kepentingan dan menguasai
masyarakat keseluruhannya.
BBPW3103
5
Struktur Korporat
Struktur korporat LBS ditunjukan dalam rajah di bawah.
Rajah 2 : Struktur Korporat LBS Bina Group Berhad
BBPW3103
6
Modal kerja bersih = Aset semasa - Liabiliti semasa
2.0 NISBAH KECAIRAN DAN NISBAH KEBERUNTUNGAN
2.1 Nisbah Kecairan
Kecairan adalah merupakan keupayaan sesuatu aset yang boleh ditukar dengan
mudah menjadi tunai tanpa menjejaskan nilai aset tersebut. Keupayaan sesuatu
perniagaan menjelaskan tuntutan atau obligasi dalam satu jangka masa yang
pendek dengan melalui tunai dan aset yang boleh ditukarkan kepada tunai
dalam waktu yang singkat merupakan nisbah kecairan, Ramagopal, C. (2008).
Nisbah kecairan terbahagi kepada tiga iaitu modal kerja bersih, nisbah semasa
dan nisbah cepat.
a) Modal Kerja Bersih
Modal kerja besih ini merupakan tunai yang dimiliki oleh syarikat dan dapat
mengukur tunai dan juga aset yang boleh menjana tunai dalam menjalankan
aktiviti perniagaannya, ( Paramasivan, C., 2009). Jumlah liabiliti semasa
mestilah kurang nilainya daripada aset semasa supaya syarikat mempunyai
lebihan dana. Jika nilai modal kerja semakin besar maka kedudukan syarikat
semakin baik dan berupaya menjelaskan hutang dalam jangka masa pendek
serta dapat mengendalikan operasi hariannya dengan baik kerana adanya
lebihan dana. Modal kerja ini penting kerana dapat mengukur kecairan
keseluruhan syarikat dan berguna untuk kawalan dalaman syarikat serta dapat
menjalinkan perhubungan yang baik dengan pemiutang. Formula bagi mengira
modal kerja bersih adalah seperti berikut di mana jumalah aset semasa tolak
dengan jumlah liabiliti semasa:
Formula :
BBPW3103
7
b) Nisbah Semasa
Nisbah semasa digunakan untuk menilai tahap kecairan dan kebolehan
syarikat untuk menjelaskan hutang dalam jangka masa yang pendek dengan
menggunakan aset semasa. Jika nilai nisbah semasa yang diperolehi tinggi
menandakan bahawa syarikat tersebut mampu menjelaskan hutang jangka
pendeknya. Nisbah ini dapat diukur dan dicapai dengan membahagikan aset
semasa dengan liabiliti semasa (Arora, M.N, 2009). Formula yang digunakan
untuk mengukur nisbah tersebut adalah seperti berikut:
Formula :
c) Nisbah cepat
Keupayaan syarikat untuk membayar hutang dengan kadar yang segera
merupakan nisbah cepat dan merupakan kecairan yang paling kompleks
kerana ianya melibatkan tunai juga aset-aset yang mudah dan boleh ditunaikan
dengan kadar yang segera seperti tunai, sekuriti boleh pasar dan akaun boleh
terima. Inventori tidak terlibat kerana tempoh untuk ditukarkan kepada tunai
adalah agak lama, juga belanja bayar dahulu kerana ia tidak boleh ditukarkan
kepada tunai dan tidak dapat digunakan untuk menjelaskan liabiliti semasa,
(Sherman, E.H., 2011). Nisbah ini dapat diperoleh apabila aset semasa paling
cair dibahagikan dengan liabiliti semasa. Formula pengiraan nisbah cepat
adalah seperti berikut:
Formula:
Nisbah semasa = Aset semasa
Liabiliti semasa
Nisbah cepat = Aset semasa – ( Inventori + Aset bayar dahulu )
Liabiliti semasa
BBPW3103
8
2.2 Nisbah Keberuntungan
Nisbah keberuntungan adalah untuk mengukur keberkesanan syarikat untuk
menghasilkan keuntungan dan pulangan daripada aktiviti pelaburan dan jualan
dan digunakan untuk menilai kecekapan sesebuah perniagaan dalam mencapai
objektif dan keuntungan yang ditetapkan, Khalidah Khalid Ali (2008). Nisbah
keberuntungan terbahagi kepada enam iaitu :
a) Margin untung kasar
Margin untung kasar digunakan untuk mengukur untung kasar bagi setiap
ringgit jualan yang boleh digunakan untuk membayar belanja jualan juga
pentadbiran, (Assoc Prof Dr Yusnidah Ibrahim, 2011). Margin untung kasar
ini dapat menilai keuntungan yang diperoleh syarikat tanpa mengira lain-lain
perbelanjaan dan merupakan untung kasar kepada jualan bersih syarikat serta
dinyatakan dalam bentuk peratus. Jika nilai peratus yang diperoleh syarikat
tinggi maka kedudukan syarikat lebih baik kerana ia menunjukan pengurangan
perbelanjaan dan kos dalam aktiviti jualan syarikat. Margin untung kasar boleh
diperoleh dengan membahagikan untung kasar dengan jualan. Formula bagi
pengiraan margin untung kasar adalah seperti berikut:
Formula:
b) Margin untung bersih
Margin untung bersih digunakan untuk mengukur keupayaan syarikat untuk
menghasilkan untung bersih daripada setiap ringgit jualan. Untung bersih
merupakan keuntungan yang diperoleh keseluruhan perniagaan setelah ditolak
dengan semua perbelanjaan termasuk kos barang dijual, belanja jualan, belanja
am dan pentadbiran, belanja susut nilai serta belanja faedah dan cukai.
Syarikat mempunyai kedudukan yang lebih baik apabila mempunyai margin
untung bersih yang tinggi kerana ia menunjukan pengurusan belian yang cekap
tanpa menggunkan lebihan kos serta kos belian yang rendah. Margin untung
Margin untung kasar = Untung kasar
X 100
Jualan
BBPW3103
9
Margin untung bersih = Untung bersih
X 100
Jualan
bersih boleh diperoleh dengan membahagikan untung bersih dengan jualan
seperti formula berikut:
Formula:
c) Margin untung kendalian
Margin untung kendalian digunakan untuk mengukur kecekapan operasi dalam
meningkatkan perolehan sebelum faedah dan cukai serta mengurangkan kos
yang digunakan. Syarikat yang memperoleh hasil margin yang tinggi
menunjukan kecekapannya mengendalikan operasi dan menandakan
kedudukan syarikatnya yang baik. Hasil margin boleh diperoleh dengan
membahagikan untung kendalian dengan jualan seperti formula berikut:
Formula:
d) Pulangan atas asset
Pulangan aset atau dikenali pulangan pelaburan adalah untuk mengukur
keberkesanan dan kecekapan syarikat dalam menghasilkan keuntungan dengan
menggunakan aset. Penting dalam sebuah syarikat untuk mendapat
keuntungan melalui aset yang ada dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan
sekaligus menandakan syarikat dalam kedudukan yang baik. Pulangan atas
aset boleh diperoleh dengan membahagi untung selepas cukai dengan jumlah
aset yang ada seperti dalam formula berikut:
Formula:
Margin untung kendalian = Untung kendalian
X 100
Jualan
Pulangan atas aset = Untung selepas cukai
X 100
Jumlah aset
BBPW3103
10
Pulangan atas ekuiti = Untung selepas cukai
X 100
Ekuiti pemegang saham
e) Pulangan atas ekuiti
Semua pemegang-pemegang saham biasa mengharapkan keuntungan daripada
hasil pelaburan mereka dalam syarikat. Ia dikenali sebagai pulangan atas ekuiti
di mana ia digunakan untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan syarikat
untuk menghasilkan keuntungan daripada aktiviti jualan kepada pemegang-
pemegang saham biasa. Syarikat yang mempunyai hasil pulangan yang tinggi
menunjukan bahawa syarikat mampu memberikan pulangan kepada pemilik.
Pulangan atas ekuiti boleh diperoleh dengan membahagi untung selepas cukai
dengan ekuiti pemegang saham seperti dalam formula di bawah:
Formula:
f) Perolehan sesaham
Perolehan sesaham adalah untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan
syarikat dalam menghasilkan keuntungan daripada setiap saham biasa yang
dilaburkan oleh pelabur-pelabur. Ia sangat penting dalam menunjukkan
kejayaan syarikat di mata pihak pengurusan dan juga pelabur. mempengaruhi
kedudukan syarikat serta mempengaruhi pelabur-pelabur yang baru yang
bercadang untuk melabur dalam syarikat. Oleh itu, lebih tinggi perolehan
sesaham lebih baik kedudukan pemegang saham. Ia boleh diperoleh dengan
membahagikan untung bersih dengan bilangan saham terbit seperti formula
berikut:
Formula:
Untung tersedia kepada
Perolehan sesaham = pemegang saham biasa
X 100
Bilangan saham biasa telah terbit
BBPW3103
11
3.0 Pengiraan dan penjelasan nisbah kecairan dan nisbah keberuntungan, Syarikat 1 = Ibraco Berhad
3.1 Nisbah kecairan
3.1.1 Maklumat kewangan yang diperlukan untuk pengiraan nisbah kecairan bagi syarikat Ibraco Berhad seperti dalam laporan
tahunan dari tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah seperti berikut:
3.1.2 Pengiraan dan penjelasan nisbah kecairan syarikat Ibraco Berhad bagi tahun 2009, 2010 dan 2011
Ibraco Berhad
Maklumat Kewangan (RM) / Tahun 2009 2010 2011
Inventori 446,648 163,133 1,074,065
Aset bayar dahulu (prepayments) 3,465 3,465 3,465
Jumlah Aset Semasa 71,370,587 163,837,067 173,198,430
Jumlah Liabiliti Semasa 16,071,039 49,300,704 74,444,650
Ibraco Berhad
Nisbah Kecairan dan Formula / Tahun 2009 2010 2011
Modal keja besih (RM) =
Aset semasa - Liabiliti semasa
71,370,587 - 16,071,039
= 55,299,548
163,837,067 - 49,300,704
= 114,536,363
173,198,430 - 74,444,650
= 98,753,780
BBPW3103
12
Nisbah semasa = Aset semasa
Liabiliti semasa
71,370,587
16,071,039
= 4.44
163,837,067
49,300,704
= 3.323
173,198,430
74,444,650
= 2.33
Nisbah cepat =
Aset semasa - ( Inventori + Aset bayar dahulu)
Liabiliti semasa
71,370,586 – ( 446,648 +
3,465)
16,071,039
= 4.412
163,837,067 – (163,133 +
3,465)
49,300,704
= 3.319
173,198,430 – (1,074,065 +
3,465)
74,444,650
= 2.312
Penerangan modal kerja bersih Ibraco Berhad
Bagi modal kerja bersih yang diperolehi menunjukan peningkataan. Pada tahun 2009 hasilnya ialah RM 55,299,548 meningkat pada tahun
2010 iaitu sebanyak RM 114,536,363 dan pada tahun 2011 iaitu RM 98,753,780. Peningkatan tersebut menunjukan bahawa syarikat
berupaya untuk membayar hutang jangka pendek serta mempunyai lebihan dana dalam menjalankan aktiviti perniagaannya. Peningkatan
tersebut menunjukan peningkatan jumlah aset semasa bagi tahun 2010 dan 2011 yang disebabkan oleh peningkatan bagi kos pembangunan
hartanah, penerimaan dagangan serta disebabkan oleh peningkatan jumlah modal saham akibat peningkatan jumlah pemegang saham yang
melabur dalam syarikat tersebut.
BBPW3103
13
Penerangan nisbah semasa Ibraco Berhad
Nisbah semasa bagi syarikat ini menunjukkan penurunan iaitu dari 4.44 ke 3.323 dan 2.33 tetapi masih lagi mampu memenuhi tuntutan
pinjaman jangka pendek dengan menggunakan aset semasa. Penurunan ini disebabkan oleh peningkatan jumah aset semasa dan liabiliti
semasa pada tahun 2010 dan 2011 kerana pada tahun tersebut syarikat mula meningkat maju dengan pembangunan dan projek-projek yang
dijalankan serta penerimaan dagangan yang diperoleh.
Penerangan nisbah cepat Ibrico Berhad
Nisbah cepat yang diperoleh juga menunjukkan penurunan iaitu dari 4.412 ke 3.319 dan 2.312 tetapi syarikat masih lagi berkemampuan
untuk menjelaskan segala hutang jangka pendeknya dengan kadar yang segera kerana mempunyai kedudukan kecairan yang memuaskan.
Penurunan ini juga disebabkan peningkatan aset semasa juga liabiliti semasa pada tahun 2010 dan 2011. Pada tahun 2011 mencatatkan
nisbah cepat yang rendah kerana disebabkan oleh peningkatan jumlah inventori kerana syarikat meningkat maju dengan projek-projek yang
dijalankan pada tahun tersebut dan semestinya menggunakan inventori yang banyak.
BBPW3103
14
3.2 Nisbah keberuntungan
3.2.1 Maklumat kewangan yang diperlukan untuk pengiraan nisbah keberuntungan bagi syarikat Ibraco Berhad seperti dalam laporan
tahunan dari tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah seperti berikut:
Ibraco Berhad
Maklumat Kewangan (RM) / Tahun 2009 2010 2011
Untung kasar 2,100,898 13,452,907 24,196,100
Untung selepas cukai (7,508,287) 7,749,671 12,571,877
Untung kendalian (2,584,975) 9,051,290 17,505,716
Jualan 3,505,814 28,243,968 113,587,793
Jumlah asset 152,953,830 209,466,615 281,591,882
Ekuiti pemegang saham 136,792,280 160,022,985 177,623,550
Untung tersedia kepada pemegang
saham biasa
(7,508,287) 7,749,671 12,578,464
Bilangan saham biasa telah terbit 99,494,095 99,888,616 117,886,806
BBPW3103
15
3.2.2 Pengiraan dan penjelasan nisbah keberuntungan syarikat Ibraco Berhad bagi tahun 2009, 2010 dan 2011
Ibraco Berhad
Nisbah Keberuntungan dan Formula / Tahun 2009 2010 2011
Margin untung kasar = Untung kasar
X 100
Jualan
2,100,898
X 100
3,505,814
= 60 %
13,452,907
X 100
28,243,968
= 48 %
24,196,100
X 100
113,587,793
= 21 %
Margin untung bersih = Untung selepas cukai
X 100
Jualan
(7,508,287)
X 100
3,505,814
= (214 %)
7,749,671
X 100
28,243,968
= 27.4 %
12,571,877
X 100
113,587,793
= 11 %
Margin untung kendalian = Untung kendalian
X 100
Jualan
(2,584,975)
X 100
3,505,814
= (74 %)
9,051,290
X 100
28,243,968
= 32 %
17,505,716
X 100
113,587,793
= 15.4 %
BBPW3103
16
Pulangan atas aset = Untung selepas cukai
X 100
Jumlah aset
(7,508,287)
X 100
152,953,830
= (5 %)
7,749,671
X 100
209,466,615
= 3.7 %
12,571,877
X 100
281,591,882
= 4.5 %
Pulangan atas ekuiti = Untung selepas cukai
X 100
Ekuiti pemegang saham
(7,508,287)
X 100
136,792,280
= (5.5 %)
7,749,671
X 100
160,022,985
= 4.8 %
12,571,877
X 100
177,623,550
= 7.1 %
Perolehan sesaham = Untung tersedia kepada
Pemegang saham biasa
Bilangan saham biasa
telah terbit
(7,508,287)
99,494,095
= (0.08 sen)
7,749,671
99,888,616
= 0.08 sen
12,578,464
117,886,806
= 0.11 sen
BBPW3103
17
Penerangan margin untung kasar Ibraco Berhad
Margin untung kasar yang diperoleh menunjukkan penurunan iaitu dari 60% pada tahun 2009, 48% tahun 2010 dan 21% pada tahun 2011.
Penurunan tersebut menunjukkan bahawa syarikat terlibat dengan peningkatan kos jualan yang tinggi disebabkan oleh peningkatan jualan iaitu
jualan hartanah, jualan inventori, jualan tanah, kontrak pembinaan dan yuran landskap dan penyelenggaraan ekoran peningkatan syarikat yang
menjalankan pelbagai projek pembangunan.
Penerangan margin untung bersih Ibraco Berhad
Bagi margin untung bersih bagi tahun 2009 menunjukan penurunan yang sangat teruk iaitu sebanyak (214%) kerana pada tahun tersebut syarikat
telah meningkatkan penggunaan kos kewangan dan kos perbelanjaan yang tinggi iaitu kos pentadbiran, kos perbelanjaan dan pemasaran juga lain-
lain perbelanjaan serta perbelanjaan cukai pendapatan yang tinggi iaitu sebanyak (4,159,714) dan telah menyebabkan kerugian yang teruk. Pada
tahun 2010 dan 2011, jumlah margin menunjukan peningkatan iaitu 27.4% bagi tahun 2010 dan 11% bagi tahun 2011 kerana syarikat mula cekap
dalam meningkatkan jumlah jualan kerana banyak terlibat dengan projek pembangunan serta mengawal dan mengurangkan segala kos-kos
perbelanjaan.
Penerangan margin untung kendalian Ibraco Berhad
Margin untung kendalian pula menunjukan penurunan pada tahun 2009 iaitu sebanyak (74%) kerana syarikat tidak mengendalikan operasi dengan
cekap sehingga telah meningkatkan kos operasi. Pada tahun 2010 peratusnya meningkat iaitu 32% dan pada tahun 2011 iaitu 15.4% dan telah
menunjukkan bahawa syarikat mula mengendalikan operasinya dengan cekap serta dapat mengurangkan kos operasi yang digunakan.
BBPW3103
18
Penerangan pulangan atas aset Ibraco Behad
Pulangan atas aset juga menunjukan peningkatan iaitu pada tahun 2009 iaitu sebanyak (5%), meningkat pada tahun 2010 iaitu sebanyak 3.7 % dan
meningkat lagi pada tahun 2011 iaitu 4.5%. Pada tahun 2009 menunjukkan syarikat tidak mampu menjana keuntungan daripada aset yang dimiliki
kerana pada tahun tersebut syarikat mengalami kerugiaan. Peningkatan tahun 2010 dan 2011 pula menunjukkan bahawa syarikat berjaya
memperoleh keuntungan dari tahun ke tahun hasil dari projek pembangunan yang dijalankan. Syarikat juga menunjukkan peningkatan dalam
jumlah aset di mana ia diperlukan bagi menjalankan projek pembangunan tersebut dalam menjana aset tersebut untuk menghasilkan keuntungan.
Penerangan pulangan atas ekuiti
Pulangan atas ekuiti menunjukkan peningkatan dari tahun 2009 adalah (5.5%), meningkat iaitu 4.8% pada tahun 2010 dan 7.1% pada tahun 2011.
Pada tahun 2009 menunjukkan bahawa syarikat gagal memberikan pulangan dan keuntungan kepada pemegang saham kerana disebabkan kerugian
yang ditanggung. Peningkatan pada tahun 2010 telah menunjukkan bahawa syarikat telah meningkatkan perolehan tertahan dan juga modal saham
biasa yang diterbitkan dan berbayar iaitu dari RM 99,494,095 kepada RM 115,494,095. Pada tahun 2011 peningkatan modal saham biasa dari RM
115,494,095 kepada RM 118,904,095 serta juga disebabkan peningkatan saham premium dan perolehan tertahan. Kesemua peningkatan tersebut
adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan pemegang saham yang melabur dalam syarikat ini kerana mereka yakin bahawa syarikat mampu
memberi pulangan keuntungan kepada mereka berdasarkan prestasi syarikat yang terlibat dengan pelbagai projek pembangunan.
Penerangan perolehan sesahan Ibraco Berhad
Perolehan sesaham pada tahun 2009 menunjukkan bahawa syarikat gagal dalam perolehan sesaham iaitu hanya (0.08 sen) kerana syarikat gagal
dan mengalami kerugian dalam untung tersedia kepada pemegang saham biasa iaitu sebanyak (7,508,287) kerana pada tahun tersebut syarikat
BBPW3103
19
gagal menjalankan aktiviti yang mampu memberi keuntungan kerana telah menggunakan kewangan dan kos perbelanjaan yang tinggi. Peningkatan
perolehan sesaham berlaku pada tahun 2010 dan 2011 iaitu 0.08 sen dan 0.11 sen. Peningkatan tersebut disebabkan oleh untung tersedia kepada
pemegang saham biasa meningkat ekoran syarikat banyak mengendalikan projek pembangunan yang membawa keuntungan serta bilanagan saham
biasa telah terbit juga meningkat kerana peningkatan bilangan pemegang saham yang meningkat.
BBPW3103
20
4.0 Pengiraan dan penjelasan nisbah kecairan dan nisbah keberuntungan, Syarikat 1 = LBS Bina Group Berhad
4.1 Nisbah kecairan
4.1.1 Maklumat kewangan yang diperlukan untuk pengiraan nisbah kecairan bagi syarikat LBS Bina Group Berhad seperti dalam
laporan tahunan dari tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah seperti berikut:
4.1.2 Pengiraan dan penjelasan nisbah kecairan syarikat LBS Bina Group Berhad bagi tahun 2009, 2010 dan 2011
LBS Bina Group Berhad
Maklumat Kewangan (RM) / Tahun 2009 2010 2011
Inventori 27,170,693 21,819,717 17,850,045
Aset bayar dahulu (prepayments) 20,480 80,833 1,889,673
Jumlah Aset Semasa 480,333,548 404,257,909 588,681,084
Jumlah Liabiliti Semasa 445,457,221 368,687,882 410,335,668
LBS Bina Group Berhad
Nisbah Kecairan dan Formula / Tahun 2009 2010 2011
Modal keja besih (RM) =
Aset semasa - Liabiliti semasa
480,333,548 - 445,457,221
= 34,876,327
404,257,909 - 368,687,882
= 35,570,027
588,681,084 - 410,335,668
= 178,345,416
BBPW3103
21
Nisbah semasa = Aset semasa
Liabiliti semasa
480,333,548
445,457,221
= 1.078
404,257,909
368,687,882
= 1.096
588,681,084
410,335,668
= 1.434
Nisbah cepat =
Aset semasa - ( Inventori + Aset bayar dahulu)
Liabiliti semasa
480,333,548 - (27,170,693 +
20,480)
445,457,221
= 1.02
404,257,909 - (21,819,717+
80,833)
368,687,882
= 1.04
588,681,084 – (17,850,045+
1,889,673)
410,335,668
= 1.39
Penerangan modal kerja bersih LBS:
Modal kerja bersih yang diperoleh menunjukan peningkatan pada setiap tahun iaitu RM 34,876,327 pada tahun 2009, RM 35,570,027 pada
tahun 2010 dan pada tahun 2011 iaitu RM 178,345,416 dan menunjukan bahawa syarikat ini berkemampuan untuk membayar segala hutang
jangka pendeknya serta mempunyai lebihan dana yang bagi menjalankan aktiviti perniagaannya. Peningkatan tersebut disebabkan oleh
peningkatan jumlah aset semasa dan jumlah modal saham akibat kemasukan pelabur-pelabur yang menyumbangkan modal sebagai pelaburan
bagi menjalankan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini.
Penerangan nisbah semasa LBS
Nisbah semasa yang diperoleh menunjukkan peningkatan di mana pada tahun 2009 nisbahnya adalah 1.078, meningkat ke 1.096 bagi tahun
BBPW3103
22
2010 iaitu dan 1.434 pada tahun 2011. Peningkatan yang kurang ketara ini adalah disebabkan oleh peningkatan aset semasa dan juga
pengurangan liabiliti semasa syarikat berbanding pada tahun 2009. Peningkatan aset ini berlaku apabila mula mengendalikan projek
pembangunan sekaligus meningkatkan aset semasa serta masih lagi mampu untuk menjelaskan hutang jangka pendeknya menggunakan aset
semasa yang dimilikinya.
Penerangan nisbah cepat LBS
Nisbah cepat pula menunjukkan peningkatan iaitu pada tahun 2009 adalah 1.02, tahun 2010 adalah 1.04 dan tahun 2011 adalah 1.39.
Walaupun peningkatan yang berlaku tidak ketara tetapi syarikat masih mampu menjelaskan hutangnya dengan segera bagi tahun berikut
kerana nilai aset cairnya tinggi. Peningkatan tersebut disebabkan oleh peningkatan aset semasa yang dimiliki syarikat juga pengurangan kos
inventori di mana syarikat cekap dalam pengurusan inventori juga penurunan liabiliti semasa syarikat.
BBPW3103
23
4.2 Nisbah keberuntungan
4.2.1 Maklumat kewangan yang diperlukan untuk pengiraan nisbah keberuntungan bagi syarikat LBS Bina Group Berhad
seperti dalam laporan tahunan dari tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah seperti berikut:
LBS Bina Group Berhad
Maklumat Kewangan (RM) / Tahun 2009 2010 2011
Untung kasar 53,993,285 97,816,971 152,959,641
Untung selepas cukai (10,908,500) 26,087,921 38,053,067
Untung kendalian 9,756,926 42,861,292 80,184,002
Jualan 198,476,345 340,911,832 449,564,911
Jumlah asset 1,270,580,372 1,284,428,514 1,469,486,441
Ekuiti pemegang saham 526,419,636 532,312,072 506,549,830
Untung tersedia kepada pemegang
saham biasa
(17,181,624) 16,511,583 34,299,755
Bilangan saham biasa telah terbit 386,212,491 386,552,557 386,552,557
BBPW3103
24
4.2.2 Pengiraan dan penjelasan nisbah keberuntungan syarikat LBS Bina Group Berhad bagi tahun 2009, 2010 dan 2011
LBS Bina Group Berhad
Nisbah Keberuntungan dan Formula / Tahun 2009 2010 2011
Margin untung kasar = Untung kasar
X 100
Jualan
53,993,285
X 100
198,476,345
= 27%
97,816,971
X 100
340,911,832
= 29%
152,959,641
X 100
449,564,911
= 34%
Margin untung bersih = Untung selepas cukai
X 100
Jualan
(10,908,500)
X 100
198,476,345
= (5.5%)
26,087,921
X 100
340,911,832
= 7.7 %
38,053,067
X 100
449,564,911
= 8.5 %
Margin untung kendalian = Untung kendalian
X 100
Jualan
9,756,926
X 100
198,476,345
= 5 %
42,861,292
X 100
340,911,832
= 13 %
80,184,002
X 100
449,564,911
= 18 %
BBPW3103
25
Pulangan atas aset = Untung selepas cukai
X 100
Jumlah aset
(10,908,500)
X 100
1,270,580,372
= (1 %)
26,087,921
X 100
1,284,428,514
= 2.03 %
38,053,067
X 100
1,469,486,441
= 2.6 %
Pulangan atas ekuiti = Untung selepas cukai
X 100
Ekuiti pemegang saham
(10,908,500)
X 100
526,419,636
= (2.1 %)
26,087,921
X 100
532,312,072
= 5%
38,053,067
X 100
506,549,830
= 8%
Perolehan sesaham = Untung tersedia kepada
Pemegang saham biasa
Bilangan saham biasa
telah terbit
(17,181,624)
386,212,491
= (0.045 sen)
16,511,583
386,552,557
= 0.0427sen
34,299,755
386,552,557
= 0.0887 sen
BBPW3103
26
Penerangan margin untung kasar LBS:
Margin untung kasar menunjukkan peningkatan dari setiap tahun iaitu tahun 2009 adalah 27%, tahun 2010 adalah 29% dan 34% pada tahun 2011.
Hasil yang diperoleh menunjukan bahawa syarikat memperoleh peningkatan jualan pada setiap tahun dan cekap dalam penggunaan kos untuk jualan.
Hal tersebut menyebabkan peningkatan kepada untung kasar yang diperolehi syarikat pada setiap tahun berikut.
Penerangan margin untung bersih LBS
Margin untung bersih juga menunjukan peningkatan setelah berlakunya kerugian pada tahun 2009 iaitu (5.5%). Peratusan ini menunjukan bahawa
syarikat tidak cekap dalam pengurusan kerana jumlah jualan yang rendah dan penggunaan kos perbelanjaan yang tinggi. Tetapi pada tahun 2010 dan
2011 peratusannya meningkat iaitu 7.7% dan 8.5% serta menunjukan bahawa syarikat telah memperbaiki segala kelemahan yang dilakukan pada
tahun sebelumnya dengan mempertingkatkan jumlah jualan dengan penglibatan lebih projek pembangunan dan mengurangkan segala kos
perbelanjaan.
Penerangan margin untung kendalian LBS
Margin untung kendalian menunjukan peningkatan iaitu dari tahun 2009 iaitu 5% meningkat ke 13% pada tahun 2010 dan 18% pada tahun 2011.
Hasil tersebut menunjukan bahawa syarikat lebih cekap mengendalikan operasi serta mengurus dan mengawal belanja operasi dengan lebih cekap
tanpa melibatkan kos belanja yang tinggi.
BBPW3103
27
Penerangan pulangan atas aset LBS
Pada tahun 2009, syarikat tidak mampu menghasilkan keuntungan melalui asetnya kerana pulangan aset yang diperoleh adalah sebanyak (1%). Hal
tersebut disebabkan syarikat mengalami kerugian pada tahun tersebut iaitu sebanyak (10,908,500) . Tetapi pada tahun 2010 dan 2011 menunjukan
peningkatan pulangan iaitu 2.03% dan 2.6% juga telah menunjukan bahawa syarikat lebih cekap dalam menggunakan aset bagi menghasilkan
keuntungan kerana syarikat terlibat dengan projek pembangunan .
Penerangan pulangan atas ekuiti LBS
Pulangan atas ekuiti yang diperoleh pada tahun 2009 iaitu (2.1%) dan menunjukkan bahawa syarikat tidak berupaya menghasilkan keuntungan
kepada pemiliknya kerana syarikat mengalami kerugian kerana kerugian terkumpul sebanyak (14,623,409). Tetapi pada tahun 2010 dan 2011
menunjukan peningkatan iaitu 5% dan 8% serta menunjukan bahawa syarikat mula cekap dalam menghasilkan keuntungan kepada pemiliknya
walaupun modal saham biasa kekal pada tahun-tahun berikut. Kuntungan terkumpul juga menunjukan peningkatan iaitu pada tahun 2010 sebanyak
2,171,126 kepada 36,598,771 pada tahun 2011 dan menunjukan bahawa syarikat bertambah maju dengan adanya projek-projek pembangunan.
Penerangan perolehan sesaham LBS
Pada tahun 2009, perolehan sesaham yang diperoleh oleh syarikat ini adalah (0.045 sen) dengan bilangan saham biasa ynag terbit iaitu 386,212,491
dan menandakan bahawa syarikat tidak berjaya menghasilkan keuntungan kepada pemegang saham kerana pada tahun kewangan tersebut syarikat
mengalami kerugiaan. Peningkatan perolehan berlaku pada tahun 2010 iaitu 0.0427 sen dan pada tahun 2011 iaitu 0.0887sen dengan peningkatan
bilangan saham biasa yang terbit iaitu 386,552,557 bagi kedua-dua tahun tersebut. Peningkatan tersebut menunjukkan bahawa syarikat berjaya
mendapat keuntungan daripada ativiti perniagaan yang dijalankan dan penambahan bilangan pemegang saham.
BBPW3103
28
5.0 Perbandingan kedudukan kecairan dan prestasi kedua-dua syarikat
5.1 Perbandingan nisbah kecairan antara Ibraco Berhad dan LBS Bina Group
Berhad pada tahun 2009, 2010 dan 2011
Ibraco Berhad
Nisbah kecairan / Tahun 2009 2010 2011
Modal kerja bersih (RM) 55,299,548 114,536,363 98,753,780
Nisbah semasa 4.44 3.323 2.33
Nisbah cepat 4.412 3.319 2.312
LBS Bina Group Berhad
Nisbah kecairan / Tahun 2009 2010 2011
Modal kerja bersih (RM) 34,876,327 35,570,027 178,345,416
Nisbah semasa 1.078 1.096 1.434
Nisbah cepat 1.02 1.04 1.39
Perbandingan modal kerja bersih
Rajah menunjukkan modal kerja bersih Ibraco lebih tinggi daripada LBS pada tiga
tahun berikut dan Ibraco mempunyai kedudukan yang baik dalam menyelesaikan
hutang jangka pendeknya dan dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan
pemiutang berbanding LBS. Ini disebabkan oleh peningkatan aset semasa yang
dimiliki syarikat yang disebabkan oleh peningkatan pembangunan hartanah,
penerimaan dagangan serta cekap mengurus dan mengawal jumlah peningkatan
liabiliti semasa. Berbeza pula dengan LBS di mana aset semasa yang dimiliki
meningkat tetapi syarikat gagal mengurus dan mengawal liabiliti semasa kerana
menghasilkan jumlah peningkatan yang tinggi. Ibraco juga mendapat modal kerja
yang lebih disebabkan oleh pelabur-pelabur yang melabur kedalam syarikat
berbanding LBS kerana Ibraco lebih mempunyai kedudukan yang baik berbanding
LBS.
Perbandingan Nisbah semasa
Nisbah semasa yang diperolehi oleh Ibraco juga tinggi berbanding LBS kerana
disebabkan oleh peningkatan prestasi syarikat dengan mengendalikan pelbagai projek
dan meningkatkan aset semasa juga dengan pengurangan peningkatan liabiliti semasa.
BBPW3103
29
Tidak bagi LBS di mana nisbah semasa yang diperoleh adalah kurang baik kerana
sukar untuk menjelaskan hutang jangka pendeknya dengan jumlah liabiliti semasanya
tinggi serta pelabur juga tidak berani untuk melaburkan modal.
Perbandingan nisbah cepat
Nisbah cepat yang diperoleh menunjukkan Ibrico lebih tinggi berbanding LBS. Ibrico
menunjukkan peningkatan inventori bagi mengendalikan projek-projek pembangunan
yang besar namun langsung tidak menjejaskan keuntungan syarikat. Berbeza pula
dengan LBS di mana jumlah inventori berkurang tetapi jumlah aset bayar dahulu
(prepayment) meningkat dan jelas telah menjejaskan keuntungan syarikat kerana
ketidakcekapan syarikat dalam pengurusan aktiviti syarikat. Hasil tersebut jelas
menunjukan bahawa Ibraco mampu menjelaskan hutangnya dengan kadar segera
kerana mereka mempunyai aset-aset yang paling cair yang mudah ditukarkan kepada
tunai serta mudah dipercayai oleh pemiutang berbanding LBS.
5.2 Perbandingan nisbah keberuntungan antara Ibraco Berhad dan LBS Bina
Group Berhad pada tahun 2009, 2010 dan 2011
Ibraco Berhad
Nisbah keberuntungan / Tahun 2009 2010 2011
Margin untung kasar 60% 48% 21%
Margin untung bersih (214%) 27.4% 11%
Margin untung kendalian (74%) 32% 15.4%
Pulangan atas aset (5%) 3.7% 4.5%
Pulangan atas ekuiti (5.5%) 4.8% 7.1%
Perolehan sesaham (RM) (0.08) 0.08 0.11
LBS Bina Group Berhad
Nisbah kecairan / Tahun 2009 2010 2011
Margin untung kasar 27% 29% 34%
Margin untung bersih (5.5%) 7.7% 8.5%
Margin untung kendalian 5% 13% 18%
Pulangan atas aset (1%) 2.03% 2.6%
BBPW3103
30
Pulangan atas ekuiti (2.1%) 5% 8%
Perolehan sesaham (RM) 0.045 0.0427 0.0887
Perbandingan margin untung kasar
Margin untung kasar syarikat Ibraco lebih tinggi berbanding LBS. Bagi Ibraco,
walaupun pada setiap tahun jumlahnya menurun kerana peningkatan kos jualan,
namun ia tidak menjejaskan keuntungan yang diperoleh kerana mengendalikan
projek-projek pembangunan yang besar dan banyak seperti pembangunan kediaman
dan pusat membeli belah . Berbeza pula dengan LBS di mana jumlahnya meningkat
pada setiap tahun tetapi tidak dapat menandingi Ibraco kerana projek pembangunan
yang dikendalikan tidak sebanyak dan sebesar Ibraco dan jumlah jualan yang
diperoleh lebih rendah dari Ibraco.
Perbandingan margin untung bersih
Pada tahun 2009, kedua-dua syarikat mengalami kedudukan syarikat yang kurang
baik kerana masing-masing memperolehi penurunan margin untung bersih iaitu
(214%) bagi Ibraco dan (5.5.%) bagi LBS. Hal demikian kerana pada tahun tersebut
ekonomi dunia terganggu akibat dari bencana alam yang berlaku seperti tsunami di
Jepun, krisis hutang di Eropah dan banjir besar di Thailand. Namun pada tahun
berikutnya, syarikat Ibraco meningkat dan mempunyai margin untung bersih yang
lebih tinggi berbanding LBS sekaligus dapat menunjukan bahawa syarikat tersebut
mampu menjana keuntungan daripada setiap jualan yang dilakukan setelah ditolak
dengan segala perbelanjaan. Ini juga menunjukan bahawa LBS tidak cekap dalam kos
dan pengurusan belian berbanding Ibraco kerana Ibraco mampu mengurus dan
mengurangkan kos yang berkaitan dengan belian dengan cekap.
Perbandingan margin untung kendalian
Pada tahun 2009, margin untung kendalian syarikat LBS adalah tinggi iaitu 5%
sekaligus membuktikan kecekapannya dalam meningkatkan perolehan sebelum cukai
dan faedah dengan mengurangkan kos operasi yang dilakukan berbanding syarikat
Ibraco yang mencatatkan penurunan margin iaitu (74%) kerana ketidakcekapan
mereka dalan pengurusan operasi. Tetapi pada dua tahun berikutnya Ibraco mengatasi
LBS dengan mencatatkan margin yang tinggi berbanding LBS kerana Ibraco telah
BBPW3103
31
mengurangkan perbelanjaan kos operasi dan mengendalikan operasinya dengan
cekap.
Perbandingan pulangan atas aset
Syarikat Ibraco menunjukan pulangan atas aset yang lebih tinggi berbanding LBS
kerana peningkatan jumlah aset yang diperoleh dan kecekapannya dalam
menggunakan aset untuk mendapat keuntungan. Jumlah aset yang dimiliki
membolehkan Ibraco menggunakannya bagi menjana keuntungan dalam
mengembangkan lagi perniagaannya juga dapat merebut dan menguasai pasaran yang
ada berbanding LBS.
Perbandingan Pulangan atas ekuiti
Pulangan atas ekuiti bagi tahun 2009 menunjukan kedua-dua syarikat memperolehi
penurunan pulangan ekuit kerana kegagalan kedua-dua syarikat untuk menghasilkan
keuntungan kepada pemegang saham pada tahun tersebut. Namun pada dua tahun
berikutnya menunjukan peningkatan dan LBS mempunyai pulangan atas ekuiti yang
tinggi berbanding Ibraco kerana mempunyai jumlah ekuiti yang tinggi serta
kecekapan LBS dalam memberikan keuntungan yang tinggi kepada pemegang saham
berbanding Ibraco.
Perbandingan perolehan sesaham
Perolehan sesaham menunjukkan Ibraco lebih tinggi daripada LBS walaupun pada
tahun 2009 masing-masing memperoleh kerugian. Ibraco meningkatkan kejayaan
syarikat dengan menghasilkan perolehan sesaham yang tinggi bagi setiap unit saham
yang dihasilkan daripada setiap saham biasa berbanding dengan LBS hasil dari
keuntungan yang diperoleh. Ini menunjukan bahawa Ibraco mampu menstabilkan
kedudukan pelabur dan pemegang saham yang sedia ada juga telah menarik perhatian
pelabur-pelabur lain untuk melabur berbanding LBS kerana keuntungan yang
diperoleh kurang dari Ibraco.
BBPW3103
32
5.2 Faktor yang mempengaruhi kedudukandan prestasi syarikat
Berdasarkan perbandingan yang dibuat, secara keseluruhan menunjukan bahawa
kedua-dua syarikat mempunyai peningkatan dan penurunan dalam meningkatkan
prestasi syarikat masing-masing. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi iaitu:
Faktor peningkatan :
a) Pengeluaran produk yang berkualiti tinggi serta berciri menyebabkan
peningkatan jualan dan keuntungan serta dapat menarik minat pelabur luar
untuk melabur
b) Penetapan harga yang berpatutan untuk memikat hati pembeli
c) Perancangan dan pengurusan yang teliti dan cekap dalam penggunaan kos
yang minimum dalam apa juga aktiviti syarikat
d) Cekap dalam penggunaan aset dalam menjana keuntungan seperti memberi
sewa alatan kepada peniaga lain.
e) Mempunyai pelbagai projek pembangunan yang besar
Faktor penurunan:
a) Tidak cekap dalam pengurusan kewangan dan penggunaan kos yang
melibatkan aktiviti perniagaan.
b) Meletakan harga yang tinggi yang menyebabkan kurangnya hasil jualan
c) Tidak menitikberatkan kualiti produk
d) Tidak cekap dalam penggunaan aset untuk menjana keuntungan
e) Tidak mempunyai projek pembangunan yang besar
BBPW3103
33
6.0 Kesimpulan
Pengiraan nisbah kecairan adalah untuk mengukur keupayaan aset yang boleh
ditukar kepada tunai untuk menjelaskan hutang jangka pendek dan terbahagi
kepada tiga iaitu modal kerja bersih, nisbah semasa juga nisbah cepat.
Modal kerja besih ini merupakan tunai yang dimiliki oleh syarikat
menjelaskan hutang jangka pendek serta menjalankan aktiviti perniagaannya.
Nisbah semasa pula digunakan untuk menilai tahap kecairan dan kebolehan
syarikat untuk menjelaskan hutang dalam jangka masa yang pendek dengan
menggunakan aset semasa serta nisbah cepat adalah keupayaan syarikat untuk
membayar hutang dengan kadar yang segera dengan menggunakan asset yang
paling cair. Berdasarkan pengiraan, kedudukan kecairan syarikat Ibraco lebih
baik dari LBS kerana jumlah liabiliti semasanya lebih rendah daripada aset
semasa yang dimiliki dan lebih mampu menjelaskan hutang jangka pendeknya
berbanding LBS.
Bagi nisbah keberuntungan adalah untuk mengukur kecekapan dalam
menggunakan aset dan pengurusan kos untuk menjana keuntungan daripada
aktiviti jualan dan belian yang terbahagi kepada enam iaitu margin untung
kasar, margin untung bersih, margin untung kendalian, pulangan atas aset,
pulangan atas ekuiti dan juga perolehan sesaham. Pengiraan menunjukkan
bahawa syarikat Ibraco mempunyai keuntungan yang tinggi daripada LBS
kerana kecekapan mereka dalam menjalankan projek-projek pembangunan,
pengurusan kos perbelanjaan yang rendah dalam melaksanakan aktiviti belian
dan jualan, mempunyai pengurusan kos pembelian yang baik serta memberi
keuntungan kepada syarikat dan menarik minat pelabur-pelabur lain untuk
melabur serta menyumbangkan modal dalam syarikat tersebut.
( 5076 patah perkataan termasuk pengiraan)
BBPW3103
34
LAMPIRAN
Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira Ibraco tahun 2009
BBPW3103
35
BBPW3103
36
Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira Ibraco tahun 2010
BBPW3103
37
BBPW3103
38
Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira Ibraco tahun 2011
BBPW3103
39
BBPW3103
40
Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira LBS tahun 2009
BBPW3103
41
BBPW3103
42
BBPW3103
43
Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira LBS tahun 2010
BBPW3103
44
BBPW3103
45
Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira LBS tahun 2011
BBPW3103
46
BBPW3103
47
BBPW3103
48
RUJUKAN
Arora, M.N. (2009). Management Accounting : Theory, Problems and
Solutions. Mumbai : Global Media. In Ebrary (OUM Digital Collection).
Assoc Prof Dr Yusnidah Ibrahim et al. (2011). Financial Management I. Open
University Malaysia : Faculty of Business and Management.
Khalidah Khalid Ali et al. (2008). Business Management: A Malaysian
Perspective. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Paramasivan, C. & Subramanian, T. (2009). Financial Management.
Delhi: New Age International. In Ebrary (OUM Digital Collection).
Ramagopal, C. (2008). Financial Management. Delhi: New Age
International. In Ebrary (OUM Digital Collection).
Sherman, E.H. (2011). Finance and Accounting for Non Financial Manages
(3rd Edition). New York : AMA Self-Study. In Ebrary (OUM Digital
Collection).
http://www.lbs.com.my/
http://www.ibraco.com/
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-
announcements/#/?category=AR&company=5789
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-
announcements/#/?category=AR&company=5084
BBPW3103
49