Download - PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
1/33
PROFILEProgram Pendidikan Khas IntergrasiSK Seri Sentosa
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
2/33
1
PENGENALANDalam sistem pendidikan di Negara kita terdapat segolongan kanak-
kanak yang tidak mampu mengikuti sistem KBSR sepenuhnya. Mereka ini dike-
nali sebagai murid-murid dengan keeperluan khas atau insan istimewa. Merekamemerlukan kepada suatu program Pendidikan Khas.
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang mengalami :_
a. Kerencatan Akal (Lembab) . Contohnya Sindrom Down
b. Masalah Pendengaran
c. Masalah Penglihatan
d. Masalah Fizikal. Contohnya kerencatan otak (CP)
e. Lain-lain termasuklah
i. Terlalu aktif (Hiperaktif)
ii. Autisma
iii. Epilepsi (sawan)
Program Pendidikan Khas ertinya:-a. Suatu program yang disediakan disekolah khas bagi
murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan dan
kecacatan pendengaran.
b. Suatu program percantuman disekolah biasa bagi murid-
murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, kecacatan
pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran.
c. Suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan
ber keperluan khas yang boleh mereka belajar di dalam ke-
las biasa bersama-sama dengan murid- murid baisa.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
3/33
2
Mereka yang layak mengikuti program pendidikan khas adalah:-
1. Murid-murid berkeperluan khas yang boleh dididik kecuali
- Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebo-
lehan mental untuk belajar seperti murid biasa.
- Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan
atau sangat cacat anggotanya atau terencat akal
yang berat.
2. Seseorang murid berkeperluan khas yang mampu untuk mengurus
diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh
suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai
dari Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti Program Pendidikan Ke-
bangsaan.
Pendidikan merupakan hak asasi bagi setiap individu dan me-
nepati tuntutan agama serta kemanusiaan. Justeru golongan insan istimewa ini
bukan sahaja berhak mendapat peluang pendidikan yang sama, sesuai
relevan dan berkualiti, sama seperti kanak-kanak normal bahkan mereka
berhak menikmati kejayaan dan masa depan yang cerah serta terjamin setidak
-tidaknya mereka berjaya menguasai kemahiran untuk mengurus diri mereka
sendiri tanpa bantuan orang lain.
Sebagai Pengurus atau Pendidik yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsungdengan golongan insan istimewa ini, para guru perlu
mempunyai pengetahuan yang lengkap dan tepat agar dapat membantu
membina sikap yang positif terhadap diri dan keperluan mereka. Situasi perseki-
taran kelas yang sesuai dan iklim yang memberangsangkan mungkin boleh
merangsang perubahan mental dan tingkahlaku setiap individu berkeperluan
khas ini.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
4/33
3
Justeru untuk menjayakan hasrat murni bagi memartabatkan in-
san istimewa dalam kehidupan bermasyarakat, berekonomi dan bernegara,
semua pihak perlu menjadikannya sebagai agenda terpenting, agenda utama
dan agenda bersama. Semoga dengan niat yang luhur, tekad yang kental
dan usaha yang padu serta jitu mudah-mudahan kita dapat membina insan
istimewa diseluruh pelosok negara kita. Insyallah.
Sekian.
GURU INOVATIF MENJANA PEMIKIRAN KREATIF.
(NOR SHAHIDA BINTI AHMAD)
PenPenyelaras Pendidikan Khas,Program Pendidikan Khas Integrasi
Masalah Pembelajaran,SK. Seri Sentosa.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
5/33
4
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN
UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERKEUPAYA,
BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN
SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI SENDIRI SEBAGAI SEORANG INDIVIDU DAN
AHLI MASYARAKAT YANG SEIMBANG DAN PRODUKTIF SELARAS DENGAN
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
6/33
5
VISIMENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID-
MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS KE ARAH KECEMERLANGAN HIDUP
SEJAJAR DENGAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKANNEGARA
.
MISIMENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI KEPADA MURID-MURID
DENGAN KEPERLUAN KHAS UNTUK MENJADIKAN MEREKA INSAN YANG
DAPAT BERDIKARI, BERJAYA DALAM HIDUP DAN
MEMBERIKAN SUMBANGAN BAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN
NEGARA.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
7/33
6
MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS
BERTUJUAN UNTUK MELENGKAPKAN KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS
DENGAN KEMAHIRANKEMAHIRAN TERTENTU BAGI MEMBANTU MEREKA
MENCAPAI PERKEMBANGAN MENYELURUH. PERKEMBANGAN INI MELIPUTI
ASPEK-ASPEK INTELEK, ROHANI, JASMANI, EMOSI, BAKAT, NILAI-NILAI ESTITIKA
DAN SOSIAL AGAR MEREKA BOLEH MENJADI AHLI MASYARAKAT YANG
BERGUNA DAN BERDIKARI.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
8/33
7
OBJEKTIF1. MENYEDIAKAN PELUANG DAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN UNTUK MURID-
MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS.
2. MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG SESUAI DAN RELEVEN KEPADA SETIAPMURID DENGAN KEPERLUAN KHAS.
3. MENYEDIAKAN PELUANG UNTUK MENGEMBANGKAN BAKAT DAN POTENSI
MURID DENGAN KEPERLUAN KHAS.
4. MENYEDIAKAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
MENCUKUPI DAN TERKINI.
5. MEMASTIKAN TENAGA PENGAJAR YANG MENCUKUPI DAN TERLATIH DALAM
PENDIDIKAN KHAS.
OBJEKTIF KHAS
1. Menguasai kemahiran berkomunikasi.
2. Menguasai kemahiran bergaul.
3. Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai
hal diri dan alam sekeliling.
4. Menjaga keselamatan dan kesihatan diri.
5. Mengurus hal-hal kehidupan seharian.
6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.
7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi.
8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta kemahiran motor.
9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.
10. Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif serta intelek.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
9/33
8
GURU BESAR
Pn. Hjh. Che Jamaliah Bt. Hj. Musa
PK PENTADBIRAN
Pn. Norin Bt.
Abdul Rahman
PK H.E.M
Pn. Habsah Bt.
Hamid
PK PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
INTERGRASI
Pn. Nor Shahida Bt.
Ahmad
PK KOKO
En. Mohd Shukri B.
Mohd Radzi
BENDAHARI
Cik Hefadatul
Husna Bt. Zakaria
(Inklusif & Jadual
Waktu)
SETIAUSAHA
Pn. Noorsiah Bt.
Ishak
(PBS,Disleksia &
Peperiksaan)
Pn. Norliyanis
Bt. Ismail
(Kemaskini
fail, tarian &
Buku Teks)
PPM PEND. KHAS
Pn. Rahimah Bt.
Md Nordin
PPM PEND. KHAS
Cik Norasfizah Bt.
Jaafar
En. Mohd
Hizam B.
Hussain
( Data, EMIS,
TKRS )
Pn. Siti Hajar
Bt. Mohd Zaki
(KSSR &
Tarian)
En. Mohamad
Saity B. Asab
(Disiplin &
Keceriaan)
En. Ismail B.
Ahmad
(KOKU, Aktiviti
Luar, TKRS &
Kertas Kerja)
Cik Amalina
Bt. Ahmad
(Kemaskini
fail, tarian &
Buku Teks)
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
10/33
9
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
11/33
10
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
12/33
11
STRATEGI PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN PENDIDIKAN
KHAS1. Kemudahan Menyediakan persekolahan bagi setiap murid yang memerlukan
Program Pendidikan Khas.
2. Mengubahsuai Kurikulum dan Kokurikulum yang releven dengan murid-murid
berkeperluan khas.
3. Memasukkan elemen-elemen pendidikan yang khusus, sesuai dan diperlukan oleh-
murid-murid berkeperluan khas dalam Kurikulum Pendidikan Khas.
4. Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
5. Menyediakan alatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid-murid
berkeperluan khas.6. Mengumpul dan menganalisa data murid-murid berkeperluan khas.
7. Memberi peluang kepada murid-murid untuk memilih bidang khusus yang diminati,
sesuai dengan keperluan mereka.
8. Menempatkan guru-guru Pendidikan Khas yang terlatih di sekolah-sekolah yang
sesuai dengan keperluan murid-murid dengan keperluan khas.
9. Mengalakkan Program Inklusif bagi murid-murid yang telah dikenalpasti mampu
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid normal di
kelas biasa.
10. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam Program
Pendidikan murid-murid dengan Keperluan Khas.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
13/33
12
KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan
Kurikulum Khas untuk kanak-kanak dengan Keperluan Khas ini. Kurikulum tersebut
merangkumi :-
1. Bidang komunikasi (Bahasa Melayu dan Matematik)
2. Bidang Kemahiran Amali untuk Berdikari
(Kemahiran Urus Diri, Kemahiran Hidup dan Pra Vokasional)
3. Bidang Sosial dan Alam Sekeliling
4. Bidang Rekreasi dan Daya Kreatif
5. Bidang Nilai dan Kerohanian
Dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas, guru-guru boleh men-
gubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan
dan matlamat pendidikan khas.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
14/33
13
PROSEDUR MASUK KE PROGRAMPERCANTUMAN PENIDIKAN KHAS
INSAN ISTIMEWA
Kanak-kanak dengan keperluan Khas
PEMERIKSAAN KESIHATAN PAKAR PROFESIONAL KLINIKAL
Mengenal pasti masalah
Perakuan dan pengesyoran
Surat pengesahan
RUJUK
JABATAN PELAJARAN NEGERI
(Unit Pendidikan Khas)
PENEMPATAN
SEKOLAH
Program Percantuman
Masalah pendengaran
Masalah penglihatan Ma-
salah Pembelajaran
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
15/33
14
CARTA ALIRPROGRAM PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(Jabatan Pendidikan Khas)
JABATAN PELAJARAN NEGERI
(Unit Pendidikan Khas)
PEJABAT PELAJARAN DAERAH(PPD)
SEKOLAH
(Guru Besar)
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
KETUA PANITIA
GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
16/33
15
LAPORAN PROGRAM INKLUSIFPENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SENTOSAPENGENALAN
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa
mula ditubuhkan pada tahun 2010 dengan jumlah murid seramai 6 orang dan
seorang guru sebagai tenaga pengajar berserta seorang pembantu penguru-
san murid. Kini setelah 2 tahun beroperasi seramai 32 orang murid telah men-
gikuti program ini bersama-sama dengan 9 orang guru dan 2 orang pem-
bantu pengurusan murid. Pada tahun ini, pencapaian memberansangkan
dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum yang ditunjukkan oleh murid-
murid PPKI pada tahun sebelumnya, telah berjaya mengwujudkan Program
Inklusif Pendidikan Khas. Program Inklusif ini melibatkan seorang murid dari ke-
las Khas Bestari.
KONSEP DAN MATLAMAT
Pendidikan insklusif adalah satu program yang menyediakan peluang bagi
murid-murid yang mempunyai masalah seperti Slow Learner, Down Sindrom,
Autisme,Epilepsy ringan dan sebagainya untuk belajar serta berkongsi segala
kemudahan di dalam kelas aliran perdana bersama-sama dengan murid-
murid yang lain. Murid-murid yang mengikuti program ini akan dibimbing se-
penuhnya oleh guru-guru yang mengajar dengan kerjasama guru Pendidikan
Khas.
Matlamat program ini adalah bertujuan bagi memberi peluang kepada
murid-murid berkeperluan khas yang menguasai kemahiran membaca,
menulis, mengira dan menaakul serta tiada masalah tingkah laku untuk
memperluaskan lagi ilmu pengetahuan mereka di samping menyesuai-
kan diri dalam kehidupan bermasyarakat kelak. Selain itu, program ini
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
17/33
16
juga dapat membantu mereka untuk menguasai kemahiran berkomunikasi
dan sekali gus melatih mereka untuk lebih yakin dan mampu untuk berdikari.
Program Inklusif Pendidikan Khas terbahagi kepada dua iaitu inklusif penuh
dan separa penuh.
Inklusif Penuh
Mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid-murid
aliran perdana.
Maklumat murid kekal dalam program pendidikan khas.
Guru aliran perdana boleh rujuk atau meminta bantuan daripada guru
Pendidikan Khas sekiranya mempunyai masalah dari segi pengajaran
dan pembelajaran atau pengurusan tingkah laku.
Boleh menduduki peperiksaan seperti murid-murid lain.
Inklusif Separa Penuh
Mengikuti kelas aliran perdana untuk beberapa subjek tertentu sahaja.
Maklumat murid kekal dalam program pendidikan khas.
Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai guru pembimbing atau guru
pendamping.
Murid-murid mengambil ujian mengikut subjek yang terlibat.
Murid Khas Bestari yang terlibat dengan Program Inklusif ini akan mengikuti
Program Inklusif Separuh iaitu akan mengikuti kelas aliran perdana untuk sub-
jek yang tertentu sahaja. Melalui perbincangan yang dijalankan, murid ini
akan mengikuti subjek Bahasa Inggeris bersama-sama dengan kelas tahun 4
Bestari. Guru Pendidikan Khas yang telah dipertanggungjawabkan akan ber-
sama-sama dengan guru subjek berkenaan untuk membimbing murid terse-
but sepanjang berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
18/33
17
PENUTUP
Penilaian terhadap keberkesanan program ini akan dilakukan secara ber-
peringkat-peringkat. Diharapkan program inklusif yang baru dimulakan di se-
kolah ini mampu untuk membantu murid-murid berkeperluan khas untuk mem-
perkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seterusnya dapat
berjaya dan memperoleh peluang kerjaya seperti murid-murid yang lain. Se-
hubungan dengan itu, program ini diharapkan dapat membuka mata ibu
bapa dan masyarakat mengenai perkembangan Pendidikan Khas di negara
kita. Sokongan daripada mereka amatlah diperlukan bagi membantu murid-
murid berkeperluan khas ini berjaya serta tidak bergantung kepada orang lain
apabila dewasa kelak.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
19/33
18
PROGRAM DISLEKSIA
PPKI SK SERI SENTOSA
PENGENALAN
Program Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia telah dimulakan di SK Seri
Sentosa pada tahun 2013. Kelas ini dibuka atas kesedaran dan permintaan
daripada waris sekolah ini. Waris menyedari bahawa masalah pembelajaran
spesifik disleksia ini menyebabkan anak-anak mereka tidak dapat menguasai
3M iaitu mengeja, membaca dan menulis dengan baik. Oleh yang demikian
atas kesedaran ini maka wujudlah kelas khas masalah pembelajaran spesifik
disleksia di SK Seri Sentosa. Satu kelasa khas telah disediakan bagi murid-murid
mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah ini. Guru yang
dipertanggungjawabkan ke atas kelas khas ini ialah Pn. Noorsiah binti Ishak.
Pemilihan murid ke program khas ini mesti mendapat kebenaran dan penge-
sahan daripada pengawai perubatan kerajaan. Selain itu juga, bagi murid
yang terus daripada sekolah boleh dikenalpasti dengan menjalani ujian ISDuntuk mengenalpasti samaada murid berkenaan mengalami keberangkalian
disleksia atau pun tidak. Setelah menjalani ujian ISD ini, murid tersebut perlu
mendapat pengesahan daripada doktor atau pegawai perubatan bertauliah
dan berkhidmat di hospital kerajaan.
Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud di kalangan pelajar
-pelajar sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, disleksia hanya diperke-nalkan kepada khalayak ramai buat pertama kalinya pada tahun 1993 me-
lalui Seminar Kebangsaan Pengenalan kepada Disleksia yang dianjurkan oleh
Rotary Club Gombak. Disleksia adalah masalah pembelajaran yang semakin
dikenali oleh masyarakat Malaysia melalui Dasar Langit Terbuka dan
capaian maklumat melalui rangkaian elektronik yang semakin canggih
hingga ke pelusuk negara. Media cetak dan elektronik semakin kerap
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
20/33
19
menguar-uarkan simptom ini dan dapat diikuti oleh semua lapisan masyarakat
di mana sahaja berada. Peranan sekolah semakin berat dalam memastikan
arahan Pendidikan Rendah Wajib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
bermula Disember 2002. Kehadiran kanak-kanak ke sekolah seawal praseko-
lah melalui agenda besar Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan pro-
gram perluasan Prasekolah ke seluruh Negara menjelang 2005 memperlihat-
kan keperluan pengisian pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan.
Kajian mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia diharap menjadi
penyumbang ke arah kualiti perancangan pendidikan yang dimaksudkan.
Dalam era masyarakat dapat menilai dan mampu membayar harga sese-
buah pendidikan melalui pemilihan terbuka institusi bagi anak-anak mereka
mengikuti pendidikan, maruah institusi pendidikan di bawah kendalian kera-
jaan akan dipertahankan dan mampu terus bersaing, menjadi kebanggaan
dengan kualiti pendidikan yang mengambil kira keunikan potensi kanak-
kanak yang bernaung di bawahnya. Adalah menjadi harapan agar peluang
Pendidikan Untuk Semua yang sekian lama dimeteri melalui Pernyataan
Salamanca (UNESCO 1994) akan menjadi lebih bermakna dengan perhatian
dan penglibatan semua pihak bangun untuk membantu kanak-kanak dislek-
sia mencapai aspirasi masa depannya melalui pendidikan berkualiti. Ramai
kalangan selebriti terkenal dunia mencipta nama dalam bidang masing-
masing yang pada asalnya adalah penghidap disleksia seperti Albert Einstein,
Richard Branson, Walt Disney, Tom Cruise dan ramai lagi.
DEFINISI DAN KONSEP
Masalah Pembelajaran
Masalah pembelajaran merupakan suatu kecelaruan dalam satu atau lebih
daripada proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau peng-
gunaan bahasa samada berbentuk lisan atau bertulis. Kecelaruan ini
boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, menulis,
mengeja mahupun mengira. Samuel Klirk (1963) mendefinisikan ma-
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
21/33
20
salah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau le-
bih daripada proses pertuturan, pembacaan, pengiraan atau mata pelajaran
sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan
sensori (buta atau pekak), faktor budaya mahupun persekitaran. Pencapaian
kemahiran membaca, menulis dan mengira individu bermasalah pembela-
jaran adalah tahap di bawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang
nyata antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembe-
lajaran. Masalah pembelajaran turut diandaikan sebagai masalah neurologi.
Ia berkaiatan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisa dan
menyimpan maklumat.
Disleksia
Seorang pakar perubatan dan ophalomotologist memperkenalkan disleksia
sebagai satu disorder dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan
biasa, tetapi tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan
ejaan yang setaraf intelek. Masalah ini boleh berlanjutan sehinggalah kanak-
kanak itu dewasa dan biasanya ia dialami oleh kanak-kanak. Sebenarnya
masalah ini bukanlah satu kecacatan atau penyakit dan ia tidak memerlukan
ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang se-
suai masalah ini dapat dikurangkan. Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan
Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia
ialahketurunan atau genetik, faktorbiologi sepertikelahiran yang tidak cukup
bulan dan juga faktor kelewatan kematangan (Anida Abu Bakar, 2008).
MODEL MENGATASI MASALAH DISLEKSIA
Model inklusif
Model ini dilaksanakan bagi murid yang mengalami masalah disleksia
yang ringan. Bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas seperti ini, mata
pelajaran Bahasa Melayu akan dilaksanakan di kelas khas manakala
mata pelajaran lain diinklusifkan di kelas normal. Di sini, guru khas dislek-
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
22/33
21
sia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja bertulis. Kurikulum
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam atau
Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan
pengajaran. Huraian sukatan pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika
perlu, akan diubahsuai pendekatannya bagi keperluan murid-murid disleksia.
Model kelas khas
Model kelas khas dilaksanakan bagi pelajar bermasalah disleksia yang teruk.
Huraian sukatan pelajaran bagi model kelas khas ini diubahsuai pendeka-
tannnya. Guru-guru perlu menggunakan strategi yang khusus dan mengguna-
kan pelbagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembela-
jaran. Sebagai guru, seseorang perlu mengenalpasti kekuatan dan kele-
mahan kanak-kanak itu melalui beberapa ujian yang dijalankan. Melalui pen-
gujian tersebut, secara automatiknya kita dapat mengenalpasti bakat, kebo-
lehan atau kemahiran khusus yang dimiliki oleh mereka.
Kita juga boleh mengenalpasti pola kesilapan atau masalah secara spesifik
dalam bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan bagi subjek matematik.
Oleh itu, kita dapat mencari strategi penyelesaian bagi membantu mereka
mengatasi kekurangan pada diri mereka. Hubungan antara guru dan murid
adalah sangat penting. Justeru, kita boleh mengenalpasti samada terdapat
sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan mereka. Sebagai contoh, mungkin
berlakunya masalah emosi semasa di rumah ataupun dari sikap diri yang
negatif. Seseorang guru perlu lebih kreatif dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan terhadap murid mereka. Pelbagai cara un-
tuk menarik minat dan menambah motivasi mereka terhadap pelajaran perlu
dilaksanakan.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
23/33
22
Gambar 1: Penggunaan animasi interaktif menerusi komputer untuk merangsang
minat pelajar disleksia
Sumber: Alif Abu Bakar, Pendekatan berbeza didik anak disleksia
Selain alat bantuan belajar seperti komputer, barangan permainan seperti permainan
blok dan tanah liat juga penting bagi golongan disleksia menjana kreativiti mereka.
Guru-guru perlu memberikan masa selama 30 minit kepada pelajar-pelajar ini untuk
bermain kedua-dua permainan tersebut sebelum kelas bermula. Kebiasaannya, pelajar
bermasalah disleksia serius mengalami masalah menggerakkan tangan ketika menu-
lis (Alif Abu Bakar, 2011). Penggunaan tangan dengan cara menekan dan membentuk
ketika bermain permainan tersebut dikatakan dapat membantu meningkatkan kemahi-ran motor halus yang dialami mereka.
Pendekatan Multi-Sensory
Proses pembelajaran golongan disleksia perlu melengkapi penggunaan deria-deria
utama seperti sentuhan, bunyi serta penglihatan kerana ia akan menjawab semua per-
soalan yang bersarang dalam fikiran mereka. Kajian menunjukkan pendekatan Multi-
Sensory merupakan kaedah yang paling sesuai bagi mengajar pelajar-pelajar dislek-
sia. Pendekatan ini menggabungkan beberapa deria iaitu auditori, visual, orali dan kin-
estetik.
Bagi mengatasi kekeliruan tersebut, blok-blok huruf tersebut akan diletakkan di
hadapan mereka dan mereka akan diberi penjelasan tentang perbezaan huruf
tersebut. Sebagai contoh, huruf d akan dikenali mereka sebagai huruf a yang
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
24/33
23
mempunyai tangkai di atas sementara huruf g pula mempunyai ekor di bawah. Walau
bagaimanapun, penjelasan tersebut perlu didatangkan secara visual dan sentuhan
agar mereka benar-benar memahami perbezaan huruf-huruf tersebut. Proses penga-
jaran kanak-kanak disleksia perlu dilakukan secara berperingkat dan tidak terlalu men-
dadak. Sepertinya, perkataan-perkataan yang diajar perlu dieja mengikut bunyi per-
kataan itu disebut dan susunan perkataan dalam ayat juga perlu senada agar mereka
tidak mengalami kekeliruan.
Gambar 2: Seorang guru mengajar pelajar yang bermasalah disleksia mengenal huruf
Sumber: Alif Abu Bakar, Pendekatan berbeza didik anak disleksia
Pendekatan mengeja dengan melakar.
Antara salah satu cara belajar mereka yang mengalami gangguan disleksia dapat dili-
hat melalui cara mereka belajar dengan mengeja perkataan-perkataan menggunakan
lakaran atau lukisan. Melalui kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah di Kuala
Lumpur mendapati bahawa murid-murid disleksia sering mencari kaedah belajar cara
mereka sendiri. Malah, kadangkala daya kreativiti mereka yang tinggi membolehkan
mereka membuat pilihan cara mana mereka harus gunakan untuk memudahkan
mereka belajar.
Pelajar seperti ini mengalami kesukaran untuk membina sukukata, apatah lagi
mengeja perkataan. Kekuatan dalam kebolehannya ialah mendengar bunyi hu-
ruf. Mereka cekap memilih perkataan bagi huruf awal yang ditentukan. Per-
kataan-perkataan yang dipilih selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah
untuk dilukis atau dilakar olehnya. Daripada lakaran gambar-gambar, mereka
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
25/33
24
bijak menafsirkan kepada huruf-huruf awal. Huruf-huruf tersebut dicantumkan, maka
terbinalah perkataan yang ingin dieja. Penjelasan di atas mungkin dirasakan begitu ru-
mit atau mengelirukan bagi kita, tapi hakikatnya, itulah cara yang digunakan oleh murid
ini di peringkat permulaan beliau belajar mengeja, setelah gagal mengeja dengan cara
biasa yang digunakan oleh murid-murid lain.
Sebagai contoh, cara yang mereka gunakan untuk mengeja matahari. Murid ini akan
melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang
perlu dieja;
Mata api tangga api hujan api rambutan ikan
(m) (a) (t) (a) (h) (a) (r) (i)
Dicantumkan huruf-huruf awal bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah
perkataannya, m a t a h a r i.
Murid yang mengalami disleksia menggunakan kaedah ini untuk mengeja selama be-berapa bulan. Setelah mahir, dengan sendirinya mereka tidak perlu lagi melukis, tetapi
telah mampu menulis huruf yang dibunyikan. Akhirnya, mereka menunjukkan prestasi
yang boleh dibanggakan. Kunci kejayaan di sini ialah memberi fokus kepada kemajuan
jangka pendek dalam sesi latihan dan ini mengekalkan motivasi dan membolehkan
murid ini membina cara pembelajarannya sendiri. Akhirnya, mereka boleh mengeja
dan membaca seperti mana murid-murid lain, dengan penuh rasa yakin pada diri
sendiri.
Pendekatan objek pembelajaran (learning object, LO)
Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh
Wayne Hodgins pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini
serta teknologi masa akan datang dalam penghasilan bahan pengajaran dan
pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd (2001), LO adalah
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
26/33
25
pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia pendidikan. LO
adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan sehingga pering-
kat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran berfikir.
Dengan menggunakan internet, LO boleh diaksess pada bila-bila masa sahaja. Re-
positori objek pembelajaran direkabentuk untuk pelbagai mode aksesibiliti (dimuat-
turun, dipindah ke media elektronik yg lain untuk capaian yg lebih mudah , pengguna
boleh mencari objek pembelajaran dengan mudah) boleh menyediakan ke arah pem-
belajaran era baru (Ally, 2006)
KESIMPULAN
Jelaslah bahawa, pengesanan dan intervensi awal amat penting bagi tujuan mem-
bantu kanak-kanak kini berjaya dalam kehidupan mereka.kerjasama dalam memberi
fahaman, galakan dan sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu bagi mem-
bangkitkan motivasi diri dan semangat dalam menempuh pengajaran dan pembela-
jaran. Akhir kata, sebagai guru, kita perlulah mengakui bahawa kaedah mengajar pel-
bagai deria dan pelbagai kecerdasan memang berkesan untuk kanak-kanak disleksia
ini.
Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah
topik pembelajaran secara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran sepertiyang telah dicadangkan. Pada masa yang akan datang, pengkaji juga harus melihat
banyak lagi kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur-unsur yang memo-
tivasikan pembelajaran mereka.
Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM), Pn. Sariah Amin menyatakan bahawa
kurangnya pendedahan dan kesedaran dalam kalangan guru serta ibu bapa terhadap
disleksia menyebabkan kekeliruan terhadap masalah yang dihadapi golongan dislek-
sia. Secara kasar ia mungkin dilihat sebagai individu buta huruf yang perlu dimasukkan
ke dalam kelas pemulihan khas tetapi, sebenarnya mereka memerlukan pendekatan
pembelajaran berbeza. (Kosmo Online, 2011).
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
27/33
26
Kertas CadanganProgram Kebudayaan Pendidikan Khas
1. Pengenalan
Program kebudayaan bagi murid pendidikan khas (PPKI) ini diwujudkan bagi mem-
beri ruang dan peluang kepada murid berkeperluan khas untuk bergiat aktif dalam
aktiviti kebudayaan yang lebih menjurus kepada mempromosikan murid melalui kon-
sep memperkasakan keupayaan murid agar lebih berdikari dalam setiap program
dan aktiviti yang bakal dilaksanakan.
Program kebudayaan ini yang merangkumi bidang tarian berlandaskan kepada
konsep dan strategi pergerakan badan yang sihat dan amat sesuai untuk murid pen-
didikan khas adalah sejajar dengan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang
telah dilaksanakan. Sehubungan itu program ini amat sesuai dan bertepatan sekali
sebagai salah satu pakej untuk meningkatkan potensi dan keupayaan murid
berkeperluan khas melalui gabung jalin antara aktiviti kebudayaan dan pendidikan
kesihatan. Aktiviti kebudayaan ini juga sesuai diaplikasikan di dalam pengajaran dan
pembelajaran murid pendidikan khas kerana murid-murid ini perlu melakukan per-
gerakan yang dapat meransang perkembangan minda mereka ke tahap yang op-
tima.
Program kebudayaan yang akan dilaksanakan adalah seperti tarian melayu dan se-
bagainya yang bersesuaian dengan tahap dan keupayaan murid pendidikan khas.
Semua program ini disusun mengikut keperluan dan keupayaan murid dan diken-
dalikan oleh guru pendidikan khas pada setiap sesi latihan dilaksanakan.
Program ini merupakan satu pendekatan yang proaktif yang perlu dilaksanakan bagi
mencapai hasrat untuk memenuhi keperluan murid berkeperluan khas selaras den-
gan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan .
guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pem-
belajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
28/33
27
Matlamat
Program kebudayaan pendidikan khas ini bermatlamat untuk merangsang, memulih
dan menyediakan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran yang lebih ber-
motivasi tinggi dan yakin pada keupayaan diri dalam semua aspek yang diceburi
khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif
Murid diharap dapat meningkatkan motivasi dan membina kekuatan dalaman su-
paya gigih berusaha untuk menguasai ilmu pengetahuan.
Murid diharap dapat memperkembangkan potensi diri dengan menguasai kemahi-
ran psikomotor untuk lebih aktif dan berkeyakinan.
Memupuk keyakinan diri, menerap nilai-nilai murni, mencungkil bakat kepimpinan,
menyemai sikap positif dan bekerjasama.
Harapan:
Dengan adanya program kebudayaan ini diharapkan dapat mewujudkan rasa saling
bekerjasama dan bertanggungjawab antara semua pihak yang terlibat untuk memberi
ruang dan peluang kepada murid berkeperluan khas bagi meningkatkan potensi dankeyakinan diri.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
29/33
28
Perjumpaan Waris
Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Seri Sentosa telah mengadakan majlis per-
jumpaan bersama dengan waris yang telah diadakan di bilik mesyuarat yang
dirasmikan oleh En. Fadhil Bin Abdullah selaku Ketua Sektor Unit Pendidikan Khas
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Majlis ini juga telah dihadiri oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah
memberi penerangan berkaitan keistimewaan orang kelainan upaya serta pe-
luang mereka pada masa akan datang.
Setelah selesai aturcara di bilik mesyuarat, para ibu bapa diberi peluang untuk
mendapatkan keputusan ujian prestasi 1 dan bertanyakan perihal pendidikan
anak-anak mereka.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
30/33
29
Mesyuarat PenubuhanMulti-Disciplinary Team
Bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, satu mesyuarat
dan majlis perasmian penubuhan "Multi-Disiplinary Team" yang bertujuan untuk
memperkasakan Program Pendidikan Khas Intergrasi.
Ia merupakan satu projek rintis untuk membina satu model kerjasama antara PPKI
dan bidang keparan yang berkaitan. Ia telah dihadiri oleh lebih 30 wakil dari-
pada pelbagai jabatan dan institusi kerajaan. Kepelbagaian kepakaran ini di-
harap dapat membuka peluang yang lebih luas kepada ibu bapa mendapat-
kan pengetahuan dalam memberi pendidikan yang bermakna kepada anak-
anak mereka.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
31/33
30
Hadiah Karnival Sukan
Bahagian Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan te-
lah mngedakan Karnival Sukan PPKI Zon Selatan yang melibatkan 5 buah sekolah
rendah dan 2 buah sekolah menengah zon selatan.
Pelbagai permainan sukaneka dan acara balapan diadakan. PPKI SKSSn turut
berjaya membawa pulang kemengan dalam beberapa acara. Maka pada hari
ini, PPKI SKSSn telah menyampaikan hadiah kepada pemenang semasa perhim-
punan pagi SKSSn.
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
32/33
31
JOHAN AZANPeringkat Negeri Pulau Pinang
-
7/29/2019 PROFIL PPKI SK Seri Sentosa 2013
33/33