Download - Principles Management
ISI KANDUNGAN
BAB MUKASURAT
1.0 PENDAHULUAN 4
1.1 Apa itu organisasi 4
1.2 Objektif Kertas Kerja 5
1.3 Latarbelakang Pejabat MARA Negeri Terengganu 5
1.3.1 Nama Organisasi 5
1.3.2 Nama Peneraju / Pengarah 6
1.3.3 Visi Korporat Organisasi 6
1.3.4 Misi Korporat 6
1.4 Objektif Korporat /Pelan Strategik MARA (2006-2015) 6
1.5 Objektif Operasi 6
1.6 Strategik Fokus 7
2.0 CARTA ORGANISASI PEJABAT MARA TERENGGANU 8
3.0 STRUKTUR ORGANISASI PEJABAT MARA TERENGGANU 8
3.1 Urusan Pembangunan Usahawan 10
3.2 Urusan Pembiayaan Perniagaan 10
3.3 Urusan Pembangunan Infrsstruktur Perniagaan 10
3.4 Urusan Latihan Dan Kerjaya 10
3.5 Urusan Kutipan Dan Pendakwaan 10
3.6 Urusan Teknikal 10
3.7 Urusan Pentadbiran & Kewangan 10
3.8 Pejabat-Pejabat MARA Daerah 11
Page 1
4.0 ULASAN PENEMUAN 13
4.1 Apa Itu Organisasi Perjabatanan Fungsian 14
4.2 Kelebihan Perjabatanan Fungsian 14
4.2.1 Ada Pembahagian Tugas 14
4.2.2 Lahirnya Kecekapan Dan Kemahiran 15
4.2.3 Wujudnya Inovasi & Kreativiti 15
4.2.4 Kerjasama Dan Kordinasi 16
4.3 Kelemahan Organisasi Perjabatanan Fungsian 16
4.3.1 Masalah Membuat Keputusan 16
4.3.2 Timbulnya Kebosanan 16
4.3.3 Wujudnya Persiangan Yang Tidak Sihat 16
4.3.4 Pengurus Mementingkan Bidang Tugasnya Sahaja 17
4.4 Hieraki Pengurusan / Tingkatan Autoriti / Kuasa 17
4.4.1 Pengurusan Atasan (Top Level Management) 17
4.4.2 Pengurusan Pertengahan (Middle Level Management) 18
4.4.3 Pengurusan Bawahan (Down Level Management) 20
4.5 Rangkaian Perintah / Arahan (Chain Of Command) 20
5.0 KELEBIHAN PENGURUSAN 21
6.0 KELEMAHAN PENGURUSAN 22
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 22
8.0 RUMUSAN 25
9.0 RUJUKAN 27
10. LAMPIRAN TRANSKRIP PERBUALAN 28
Page 2
1.0 PENDAHULUAN
Di era yang serba moden, canggih dan mencabar ini manusia,organisasi dan pengurusan adalah seseuatu yang tidak dapat dipisahkan dan masing-masing memainkan peranan yang amat penting. Dengan adanya organisasi, pengurusan yang ada di dalam organisasi tersebut dapat mengendalikan tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti dengan lebih kemas dan bersistematik. Apabila membincangkan tentang organisasi sesebuah syarikat kita tidak dapat lari dari membincangkan tentang pengurusan kerana pengurusan dan organisasi adalah saling berkait dan tidak boleh dipisahkan dan peranan pengurusan di dalam satu-satu organisasi telah menjadi amat penting dan menjadi lebih kompleks dan rumit.
1.1. Apa Itu Organisasi
Menurut Stoner (1995) “Organisasi adalah suatu pola hubungan-hubungan yang melalui mana-
mana orang di bawah pengarahan pengurus/manager bagi mengejar tujuan bersama”.
”Organisasi merupakan suatu sistem aktiviti kerjasama yang dilakukan oleh dua orang atau
lebih” didefinasikan oleh Chester I. Bernard (1968). Beliau mencirikan beberapa perkara yang
perlu ada di dalam mendefinasikan organisasi iaitu koordinasi individu dan kegiatan-kegiatan
yang saling berhubungan. Pada pandangan saya, organiasasi membawa maksub satu sistem unik
dan bersistematik yang merangkumi manusia atau tenaga kerja , bekerjasama, disatukan bagi
mencapai matlamat atau tujuan yang telah ditetapkan. Dengan itu adalah jelas bahawa organisasi
adalah amat penting di dalam menggerakkan sesuatu perancangan menjadi satu tindakan dan
menjadi kenyataan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Sesebuah organisasi yang dibentuk pasti akan melambangkan identitinya atau peranannya yang
tersendiri. Organisasi yang dibentuk hendaklah mengikut atau berlandaskan fokus strategi yang
telah ditetapkan di dalam membantu Pengurusan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Contohnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian
Luar Bandar Dan Wilayah. Ia sebagai sebuah institusi kerajaan yang memberi perkhidmatan dan
sumbangan kepada masyarakat dan rakyat terutama kepada Masyarakat Bumiputera. Bagi
menentukan aktiviti sesuatu organisasi berjalan dengan lancar dan bergerak dengan bersistematik
seperti dirancang maka sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan adalah diperlukan.
Dengan itu, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, autoriti, prosedur dan sistem yang
ada hendaklah difahamkan kepada semua kakitangan di dalam sesebuah organisasi.
Page 3
1.2 OBJEKTIF KERTAS KERJA
Objektif kertas kerja ini adalah bagi membincangkan tentang Organisasi dan Struktur Organisasi
yang mana ianya adalah untuk mengenalpasti dan memberi gambaran dan kefahaman yang
meluas mengenai Organisasi, Struktur dan Fungsinya. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci maka penerangan dari individu di dalam sebuah organisasi amatlah diperlukan. Kertas
kerja ini akan menumpukan kepada struktur organisasi Pajabat MARA Negeri Terengganu.
1.3 LATARBELAKANG PEJABAT MARA NEGERI TERENGGANU
Pejabat MARA Negeri Terengganu adalah sebuah badan berkanun yang berada di bawah
Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang sebelum ini berada di bawah
Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) yang telah dibubarkan pada tahun 2009. Namun
begitu urusan harian Pejabat MARA Negeri Terengganu dilaksanakan bebas dan berkecuali oleh
pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Pengarah dan Ketua Pengarah (Ibu Pejabat).
Kalau kita menoleh ke belakang, MARA yang lahir pada 1 Mac 1966 adalah rentetan daripada
perjuangan Rural Industrial Development Authority (RIDA) yang sememangnya
bertanggungjawab untuk membangunkan kawasan luar bandar pada zaman sebelum
kemerdekaan sehinggalah dekad awal kemerdekaan.
Kewujudan MARA menggantikan RIDA masih tetap membawa aspirasi dan perjuangan yang
sama iaitu untuk membangunkan komuniti kaum Bumiputera yang sebahagian besarnya berada
di luar bandar. Pejabat MARA Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada tahun “1972” dan
beroperasi sehingga sekarang terus menyambung perjuangan tersebut di dalam membantu
Masyarakat Bumiputera. Pejabat MARA Negeri Terengganu diterajui oleh Pengarah dan
Timbalan Pengarah MARA Negeri Terengganu yang dilantik oleh Ketua Pengarah MARA
sepertimana tertulis di dalam Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 dengan dibantu oleh Ketua
Penolong Pengarah. Di sini dinyatakan maklumat ringkas mengenai Pejabat MARA Negeri
Terengganu :-
1.3.1 Nama Organisasi :
Pejabat MARA Negeri Terengganu
Page 4
1.3.2 Nama Peneraju / Pengarah
Encik Abdullah Bin Mohamad
1.3.3 Visi Korporat Organisasi :
Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi &
Berwibawa :
● Penggerak dan pemangkin yang aktif
● Pusat jaringan dan rangkain perusahaan & Perdagangan
● Pusat maklumat, latihan, penyelidikan & Pembangunan
● Sebagai organisasi pemikir
1.3.4 Misi Korporat :
Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat
dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan
dan kemasyarakatan.
1.4. OBJEKTIF KORPORAT / PELAN STRATEGIK MARA (2006-2015)
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar ,
supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan kearah
membentuk Masyarakat Usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, professional dan
kukuh.
1.5. OBJEKTIF OPERASI
● Menambah bilangan bumipuetera yang sedia ada
● Memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan bantuan alatan kepada usahawan dan
bakal usahawan
Page 5
● Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan
usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing-
masing.
● Membantu usahawan dalam bentuk modal pusingan dan harta tetap bagi mewujudkan
dan memperkembangkan perniagaan mereka.
● Membina dan menyediakan kemudahan ruang niaga dan ruang perusahaan serta
mempertingkatkan tahap usaha niaga penyewa-penyewa.
● Mengawalselia pinjaman/pembiayaan dan sewa ruang niaga yang masih tidak
mempunyai masalah bayaran balik dan bayaran sewaan untuk memenuhi sasaran
kutipan yang telah ditetapkan.
● Melaksanakan tindakan sivil ke atas peminjam-peminjam / penyewa ruang niaga
yang bertunggakan
● Membantu di dalam program pendidikan dan latihan.
1.6. STRATEGIK FOKUS
Page 6
Apabila melihat kepada Rajah 1 di atas , dapatlah dinyatakan bahawa strategi utama Pejabat
MARA Negeri Terengganu ialah membantu dan memberi perkhidmatan kepada Masyarakat
Bumiputera di dalam bentuk Keusahawanan, Pembiayaan, Kemudahan sewaan Premis dan
Pendidikan. Maka faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi struktur organisasi itu sendiri.
2. CARTA ORGANISASI PEJABAT MARA NEGERI TERENGGANU
Carta organisasi menggambarkan struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hirarkidi dalam sesebuah jabatan atau pejabat. Ia menjelaskan perkara-perkara seperti aktiviti-aktiviti yang diuruskan oleh jabatan dan rangkaian perintah (Chain Of Command) yang terdapat di Jabatan atau pejabat berkenaan.
3. STRUKTUR ORGANISASI
Page 7
Berdasarkan temuduga yang dibuat dengan En Abdullah Bin Mohamad, Pengarah MARA
Negeri Terengganu pada 23 Januari 2010, Jam 10.00 a.m, struktur organisasi Pejabat MARA
Negeri Terengganu dibuat/dianalisa berdasarkan tiga (3) strategik fokus yang telah ditetapkan
(Rujuk Rajah 1).
Ianya adalah saling berkaitan kerana struktur organisasi dianalisis dan didraf berpandukan
kepada “Strategik Fokus” yang telah ditetapkan. Menurut Quinn (1980) ”strategi didefinisikan
sebagai corak atau perancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan
perbuatan bagi organisasi keseluruhannya”.
Rujuk kepada Ahmad S.A. et al (2008) ada menyatakan ”Sekiranya berlaku perubahan kepada
“Strategik Fokus” maka secara tidak langsung pasti akan memberi kesan atau perubahan kepada
struktur organisasi” yang sediada. En Abdullah juga menyatakan bahawa Y.B. Dato’ Seri Idris
Bin Jusoh, Pengerusi MARA ada menyatakan “Strategi dan perancangan sentiasa direncana
demi memastikan usaha untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera dapat terus dijana. Tahun 2009 telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila
MARA diletakkan di bawah Kementerian Kamajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ia
membawa satu anjakan paradigma yang amat signifikan kepada MARA dan juga segala
perancangan sama ada di peringkat makro mahupun mikro”. Saya bersetuju dengan
pendapat Y.B Dato’ Seri Pengerusi kerana strategi dan perancangan adalah amat penting bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu terbahagi kepada beberapa bahagian utama iaitu
berdasarkan Rajah 3 di bawah :-
Page 8
3.1 Urusan Pembangunan Usahawan
Berfungsi di dalam menyediakan latihan, bimbingan, khidmat nasihat, kaunseling dan
rundingcara dalam perniagaan dan keusahawanan kepada usahawan dan bakal usahawan bagi
merealisasikan matlamat utamanya iaitu mewujudkan usahawan kelas menengah dan top
intrepreneur supaya dapat meningkatkan pegangan asset dan ekuiti Bumiputera.
3.2. Urusan Pembiayaan Perniagaan
Berfungsi di dalam menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan berlandaskan
Syariat Islam bagi membantu usahawan memulakan dan meningkatkan perniagaan atau
perusahaan mereka dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang bersaiz kecil dan
sederhana. Sasaran kemudahan pembiayaan meliputi Bumiputera (IKS) dalam sector pembuatan,
perkhidmatan, perdagangan, pengangkutan, kontrak binaan, perkhidmatan dan bekalan.
3.3. Urusan Pembangunan Infrastruktur Perniagaan
Berfungsi di dalam menyediakan kemudahan ruang niaga/ruang kilang untuk disewa bagi
mewujud dan menambah bilangan usahawan Bumiputera serta mempertingkatkan lagi tahap
usaha niaga mereka.
3.4. Urusan Latihan dan KerjayaBerfungsi di dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program pendidikan untuk
memastikan matlamat pendidikan MARA akan tercapai.
3.5 Urusan Kutipan dan Penguatkuasaan (Pendakwaan)
Berfungsi di dalam mengendali dan menguruskan kutipan bayaran balik pembiayaan dan
menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap peminjam yang melanggar syarat perjanjian.
3.6. Urusan TeknikalBerfungsi di dalam menyediakan perkhidmatan teknikal bagi member keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan-pelanggan.
Page 9
3.7. Urusan Pentadbiran & Kewangan
Berfungsi di dalam mengendali dan menguruskan pentadbiran harian dan hal-hal berkaitan
dengan kewangan pejabat.
3.8. Pejabat MARA DaerahBerfungsi di setiap daerah di dalam Negeri Terengganu iaitu di Daerah Kuala Terengganu,
Besut, Marang, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman dan Setiu. Bertanggungjawab di dalam
membantu Pejabat MARA Negeri Terengganu di dalam semua urusan yang berkaitan.
Menurut En Abdullah, fokus Pejabat MARA Negeri Terengganu kini meletakkan orientasi
pembangunan Bumiputera luar bandar dan komuniti desa selaras dengan halatuju Kementerian
Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Ianya melibatkan 3 sektor sepertimana “Pelan
Strategik” yang telah ditetapkan iaitu :-
i) Aspek Pembangunan UsahawanUsaha membangunkan usahawan desa telah dijadikan agenda penting selain selain daripada
pembangunan usahawan Bumiputera secara keseluruhan. Program-program akan difokuskan
untuk memajukan usahawan luar bandar. Kluster dan bidang perniagaan di bawah program ini
juga sentiasa dinilai semula untuk memastikan ia bersesuaian dengan pelanggan MARA.
Pengalaman MARA membawa usahawan-usahawan Bumiputera sehingga ke peringkat
antarabangsa akan dijadikan panduan untuk mewujudkan “road map” yang jelas bagi membantu
usahawan-usahawan luar bandar.
Pejabat MARA Negeri Terengganu akan berusaha memastikan program pembangunan usahawan
disesuaikan dengan keperluan uasahawan masa kini. Lanskap perniagaan yang semakin rencam
dan mencabar pada hari ini memerlukan kepada sistem pembangunan usahawan yang lebih
dinamik.
ii) Aspek Pendidikan dan Latihan
Pengalaman MARA dalam bidang pendidikan banyak mencipta kejayaan sehingga ke peringkat
antarabangsa akan dijadikan kelebihan untuk membawa masyarakat luar bandar setaraf dengan
masyarakat bandar. Keupayaan menggerakkan komuniti usahawan Bumiputera sehingga mampu
Page 10
berada di pasaran dunia akan dijadikan bekalan membawa usahawan desa bersaing di pasaran
terbuka. Pendidikan juga beperanan di dalam melahirkan modal insan yang unggul sepertimana
“Program Ulul Albab” di Maktab Rendah Sains MARA. Usaha dilakukan untuk mencanai modal
insan unggul supaya mempunyai pengetahuan merentasi bidang serta memasuki bidang
kemahiran yang boleh menjana kekayaan di masa hadapan.
iii) Aspek Kemudahan Pembiayaan & Premis Perniagaan
Kemudahan Pembiayaan :
Didalam usaha memastikan usahawan-usahawan Bumiputera dapat bersaing dengan bangsa-
bangsa lain beberapa penambahbaikan telah dibuat iaitu dengan meluaskan lagi had pembiayaan
maksimum RM500,000.00 bagi pembiayaan kontrak dan RM250,000.00 bagi pembiayaan am
kepada semua sektor dan jenis perniagaan, kemudahan pembiayaan perniagaan kepada
kakitangan awam, peluang kedua usahawan bagi mendapatkan pembiayaan dan juga penurunan
kuasa melulus kepada pegawai-pegawai yang berkuasa sepertimana pekeliling yang dikeluarkan.
Kemudahan Premis Perniagaan :
Bagi membantu usahawan-usahawan Bumiputera usaha pembinaan / pembelian dan
pembangunan premis dipergiatkan. Promosi dipergiatkan bagi memastikan maklumat-maklumat
berkaitan kemudahan yang disediakan sampai kepada usahawan-usahawan.
Disamping itu, En Abdullah juga menyatakan bahawa demi memastikan ketiga-tiga aspek utama
itu tercapai dan terlaksana , Pejabat MARA Negeri Terengganu juga akan memastikan warga
kerja MARA Terengganu benar-benar kompeten untuk menjunjung amamah murni rakyat.
Beliau melihat aset terpenting MARA adalah warga kerja yang mempunyai inovasi, kreativiti
dan daya pemikiran strategik untuk merangka agenda membangunkan Bumiputera. Diakhir
temuduga En Abdullah menyatakan harapan semoga Pejabat MARA Negeri Terengganu
khususnya dan MARA amnya, akan dapat terus memacu perjuangan dan perubahan di dalam
mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan.
Page 11
4. ULASAN PENEMUAN
Berdasarkan maklumat dan carta Rajah 2 yang diberikan, struktur organisasi Pejabat MARA
Negeri Terengganu menunjukkan adanya pembahagian kerja-kerja utama “Functional
Departmentalisation” dan urusan-urusan utama berfungsi mengikut kegiatan yang berbeza dan
dikordinasikan dengan kemas dan bersistematik. Namun begitu , apabila dilihat kepada Rajah 4
ia juga turut dibantu oleh pejabat-pejabat MARA Daerah dan dipecahkan kepada tujuh (7)
daerah yang ada di dalam negeri Terengganu. Ini menunjukkan bahawa “Geographic
Departmentalisation” juga turut digunakan di dalam pembahagian kerja organisasi .
Pejabat-pejabat MARA Daerah berperanan di dalam membantu Pejabat MARA Negeri
Terengganu, khususnya di dalam membantu urusan-urusan utama iaitu urusan pembangunan
usahawan, pembiayaan perniagaan, pembangunan infrastruktur perniagaan, pendidikan dan
latihan, kutipan dan penguatkuasaan.
Dari Rajah 2 di atas boleh difahamkan bahawa struktur organisasi Pejabat MARA Negeri
Terengganu mempunyai saiz yang agak besar yang dipecahkan kepada berdasarkan fungsi-fungsi
yang berlainan dan ini yang memerlukan kepada kepakaran dan kemahiran untuk diuruskan.
Pembahagian adalah berdasarkan kepada jenis atau skop tugas atau pekerjaan yang mewujudkan
dua (2) struktur utama. Struktur utama dipecahkan kepada dua (2) iaitu Cawangan Pembangunan
Page 12
dan Cawangan Khidmat Pengurusan. Dari pemerhatian berdasarkan skop carta diatas, Pengarah
MARA Negeri Terengganu dan Timbalan Pengarah berfungsi sebagai “Top Management” dan
Ketua Penolong Pengarah di setiap Urusan Utama berfungsi sebagai “Middle Management”.
Namun begitu ,berdasarkan maklumat yang diberikan semasa temuduga , En Abdullah
menyatakan bahawa jikalau dilihat Organisasi MARA keseluruhannya, Ibu Pejabat MARA
berfungsi sebagai “Top Mangement” yang sebenar dan Pengarah di Pejabat MARA Negeri
Terengganu sebagai “Middle Management”. Namun begitu di dalam kertas kerja ini kita akan
memfokuskan khusus kepada fungsi-fungsi di Pejabat MARA Negeri Terengganu dan Pengarah
MARA Negeri sebagai “Top Management” sebagaimana Rajah 2.
Struktur Organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu dikategorikan di dalam kategori Struktur
Organisasi Perjabatan Fungsian “Functional Departmentalisation” di mana fungsi-fungsi atau
aktiviti-aktiviti utama di pecahkan kepada Urusan-Urusan / Bahagian yang tertentu. Setiap
urusan akan menjalankan tugas / aktiviti mengikut skop yang ditetapkan. Pemikir teori
pengurusan moden, Henry Fayol (1916) ada menyatakan dalam karya terkenalnya
”Administration Industrielle et Generale ” bahawa fungsi organisasi ini haruslah mantap dan
berkemampuan untuk menggerakkan organisasi untuk mencapai objektif yang diletakkan.
4.1 APA ITU ORGANISASI PERJABATANAN FUNGSIAN
Rujuk Ahmad S.A. et al (2008) menyatakan bahawa ”organisasi fungsi berfungsi di dalam
mengkordinat kerja dan pekerja melalui unit-unit yang berbeza dan setiap unit adalah
bertanggungjawab ke atas fungsi perniagaan yang khusus atau daerah keahlian”. Contoh : Rujuk
sepertimana rajah 2 di atas.
4.2 KELEBIHAN PENJABATANAN FUNGSIAN
4.2.1. Adanya pembahagian tugas yang jelas.
Pengurus dan juga pekerja mengetahui tugas yang dipertanggungjawabkan dan dapat melakukan
tugas dengan lebih efisen dan berkesan. Contohnya seperti Urusan Pembangunan Usahawan
MARA Terengganu, mereka hanya menjalankan tugas-tugas di dalam tanggungjawab mereka
sahaja seperti merancang kursus-kursus keusahawanan, program promosi, menyediakan
Page 13
kemudahan pakar runding, seminar dan sebagainya. Mereka tidak akan menggangu urusan-
urusan lain dan begitu juga sebaliknya.
4.2.2. Lahirnya kecekapan dan kemahiran.
Urusan menjalankan bidang atau tugas yang berlainan dan ini akan melahirkan pengurus dan
pekerja yang cekap dan mahir di dalam bidang masing-masing. Apabila kecekapan dan
kemahiran ada pada setiap pekerja sudah pastinya mereka akan mengeluarkan output atau
perkhidmatan yang berkualiti. Contohnya seperti Urusan Latihan dan Kerjaya MARA
Terengganu yang bertanggungjawab di dalam memberi ceramah-ceramah pendidikan,
mengadakan kursus-kursus pendidikan, seminar dan sebagainya yang berkaitan dengan
pendidikan. Pegawai Latihan di unit ini dahulunya tidak mempunyai pengalaman di dalam
memberi ceramah tetapi lama kelamaan beliau menjadi semakin mahir dan pada tahun 2010
beliau dan urusannya dianugerahkan sijil kecemerlangan daripada pihak Ibu Pejabat Kuala
Lumpur.
4.2.3. Wujudnya inovasi dan kreativiti.
Apabila pekerja semakin mahir dan cekap dalam bidangnya, maka akan wujud atau timbulnya
idea-idea perubahan dan juga penambahbaikan terhadap tugas atau aktiviti yang
dipertanggungjawabkan. Maka akan lahirlah inovasi dan kreativti di dalam urusan oleh pekerja-
pekerja terbabit. Contoh : Urusan Pembiayaan Perniagaan MARA Terengganu yang telah
banyak melakukan inovasi-inovasi dan juga kreativti bagi memastikan tugas dapat dijalankan
dengan lebih efisyen dan berkesan. Diantara inovasi dan kreativiti yang dibuat ialah penciptaan:-
1. SISTEM i-Tebus
Sistem ini dicipta bagi mendapatkan keuntungan sebenar, pulangan dan Ibra’ bagi pembiayaan
kontrak.
2. SISTEM e-Lejer
Page 14
Sistem ini bertujuan untuk memberi maklumat baki semasa dan baki pengiraan Ibra’
Kedua-dua inovasi dan kreativiti ini diilhamkan oleh Ketua Penolong Pengarah
pembiayaan Perniagaan dan dibantu oleh pekerja-pekerja bawahannya.
4.2.4. Kerjasama dan kordinasi
Setiap pekerja di dalam bidang yang sama , pengalaman yang sama akan dapat bekerjsasama dan
kordinasi akan dapat dilaksanakan dengan jelas dan segala aktiviti-aktiviti akan berjalan dengan
berkesan dan lancar. Contoh: Urusan Kutipan dan Pendakwaan. Program turun padang adalah
salah satu contoh konsep kerjasama yang dilakukan di mana semua anggota di dalam urusan ini
akan turun ke kawasan-kawasan yang dipilih bagi bertemu dengan peminjam-peminjam yang
bermasalah.
4.3 KELEMAHAN ORGANISASI PERJABATANAN FUNGSIAN
4.3.1. Masalah membuat keputusan
Proses membuat keputusan kadangkalanya ada halangan dan terbatas. Contoh : Ketua Penolong
Pengarah Pembangunan Usahawan ”Middle Management” tidak boleh membuat keputusan
sendiri jika ianya melibatkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran pejabat, polisi dan
sebagainya.
4.3.2. Timbulnya kebosanan
Kadangkala ianya memberikan kebosanan kepada pekerja di dalam menjalankan aktivti-aktiviti
yang dipertanggungjawabkan kerana sentiasa melakukan perkara ataupun tugas yang sama.
Contoh : Urusan Kutipan dan Pendakwaan di mana tugasnya adalah rutin iaitu membuat
kutipan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam atau pun penyewa. Setiap
hari akan mengadap dokumen saman dan meneliti fail yang bermasalah dan ini akan
menimbulkan perasaan bosan dan pasti akan menganggu hasil kerja dan kualiti kerja akan
Page 15
menurun.
4.3.3. Wujudnya persaingan yang tidak sihat
Kadangkala wujudnya persaingan negatif sesama pekerja di dalam urusan yang sama. Contoh:
Si A merasakan bahawa beliau adalah orang lama di dalam urusan tersebut dan merasakan
kehadiran si B yang banyak membantu urusan tersebut dan sentiasa mendapat pujian dari
pengurus urusan sebagai menggugat kedudukannya.
4.3.4. Pengurus mementingkan bidang tugasnya sahaja.
Apabila berlakunya situasi ini maka matlamat atau objektif sebenar organisasi sukar untuk
dicapai kerana kurangnya kerjsama antara urusan-urusan. Contoh : Ketua Penolong Pengarah A
hanya akan menumpukan Kpi urusannya tercapai tetapi tidak mengambil tahu Kpi urusan-urusan
yang lain samada tercapai atau tidak. Persaingan tidak sihat ini akan menjadi penghalang di
dalam mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan.
4.4. HIERARKI PENGURUSAN/ TINGKATAN AUTHORITI/KUASA
Berdasarkan temuduga yang dibuat adalah difahamkan bahawa:-
4.4.1 Pengurusan Atasan
Pengarah MARA Negeri Terengganu“top management” terlibat di dalam tugas atau aktiviti-
aktiviti menentukan hala tuju, matlamat dan visi, mengadakan objektif setiap operasi, merangka
strategik focus, membuat dasar (mengikut kuasa yang telah ditetapkan), memperkemaskan
senarai tugas semua pegawai di bawahnya mengikut focus, fungsi-fungsi dan bidang tugas serta
menstrukturkan semula susun atur dalaman berdasarkan fungsi tugas.
Ini adalah sebahagian daripada contoh tugas-tugas yang dijalankan oleh En Abdullah selaku
Pengarah MARA Negeri Terengganu. Selain daripada itu beliau juga berperanan di dalam
meneliti perubahan dan transformasi yang berlaku di persekitaran luaran bagi memastikan
Page 16
organisasi tidak ketinggalan dan dapat menyesuaikan diri di dalam memberi perkhidmatan dan
kemudahan kepada rakyat mengikut kehendak semasa rakyat.
Maklumat di atas menunjukkan bahawa Pengarah MARA Negeri Terengganu berfungsi sebagai
“Top Management” (Pengurusan Atasan) dan mempunyai tanggungjawab dan peranan yang
berbeza dengan fungsi atau peranan “Middle Management (Pengurusan Pertengahan) ataupun
“Lower-level Management” (Pengurus Bawahan).
4.4.2. Pengurusan Pertengahan
A: Cawangan Pembangunan
Dipecahkan kepada empat (4) fungsi utama iaitu:-
Page 17
B: Cawangan Khidmat Pengurusan
Dipecahkan kepada tiga (3) fungsi utama iaitu:-
Pegawai-pegawai di Rajah 4 dan Rajah 5 bertanggungjawab ke atas Urusan/bahagian yang
dijaga / dipertanggungjawabkan. Ini menunjukkan bahawa setiap pegawai yang mengetuai
fungsi-fungsi atau bahagian diatas bertanggungjawab di dalam menyelaras dan mengawal setiap
kerja atau tugas agar berjalan dengan lancar dan berkesan bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Namun begitu selain daripada tugas-tugas hakiki yang telah ditetapkan, Pengurusan
Pertengahan “Middle –Level Management” organisasi ini juga terlibat di dalam perhubungan
Page 18
awam berpandukan kepada kuasa yang diberi oleh Pengarah MARA Negeri Terengganu selaku
“Top Management”
4.4.3 Pengurusan Bawahan
Di cawangan Pembangunan dan Cawangan Khidmat Pengurusan “Middle Management” dibantu
oleh Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi dan Penolong Pegawai Tadbir dan bertanggungjawab di
dalam mengawasi kerja-kerja harian mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Pihak
Penguran Atasan “Top-Level Management” dan Pihak Pengurusan Pertengahan “Middle-Level
Management”.
4.5. RANGKAIAN PERINTAH/ ARAHAN “CHAIN OF COMMAND”
Berpandukan kepada rajah 6 di atas, dapatlah difahamkan pembantu tadbir sebagai peringkat
bawahan akan melaporkan segala tugas atau aktiviti kepada Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi dan
Page 19
Ketua Penolong Pengarah akan mengawal dan menerima laporan tugas dari Pegawai di
bawahnya.
Rujuk Ahmad S.A. et al (2008) menyatakan bahawa “Individu di atas mempunyai hak untuk
memberikan arahan, mengambil tindakan dan membuat keputusan pada aktiviti individu yang
terletak di bawah mereka. Individu di tahap yang lebih rendah harus melaporkan semua aspek
dari pekerjaan mereka kepada orang-orang di tingkat atas mereka”. Kenyataan ini adalah sama
sepertimana yang diamalkan di Pejabat MARA Negeri Terengganu. Setiap jawatan mempunyai
kuasa yang telah ditetapkan dan had kuasa di Pejabat MARA Negeri Terengganu adalah
mengikut jenis jawatan yang dijawat oleh kakitangan. Kuasa diperolehi dari proses penurunan
kuasa yang ditetapkan oleh “Top Management” dan setiap kakitangan akan maklum tahap-tahap
kuasa yang ada pada jawatan mereka agar tidak berlaku sebarang aktiviti atau tugas yang
melebihi bidang kuasa yang telah ditetapkan. Lebih tinggi jawatan yang dipegang maka akan
lebih besar kuasa yang diberi atau dipertanggungjawabkan. Steward (1985) menyatakan “lebih
besar saiz organisasi itu maka akan lebih kuatlah sokongan pada mengadakan desentralisasi.
5.0 KELEBIHAN PENGURUSAN DI MARA TERENGGANU
1. Hanya Pengarah dengan dibantu oleh Timbalan Pengarah sahaja sebagai “Pengurusan
Atasan” dan ini tidak akan berlaku konflik di dalam membuat sesuatu perancangan
ataupun keputusan.
2. Mempunyai autoriti di dalam memberi arahan dan setiap arahan yang dibuat
hendaklah diakur oleh semua kakitangan. Namun begitu sebelum sesuatu arahan
dibuat perbincangan diadakan bersama pengurusan pertengahan dan bawahan.
3. Pengurusan atasan dianggap sebagai role model oleh semua kakitangan
4. Minat, disiplin dan keupayaan kakitangan sentiasa diambil kira di dalam menentukan
pengagihan tugas.
Page 20
5. Sentiasa memberi galakan dan memberi peluang kepada kakitangan mencuba dengan
teknik dan kaedah baru (kreativiti) bagi melicinkan dan memudahkan kerja yang
dipertanggungjawabkan.
6. Sentiasa mengadakan mesyuarat dan perbincangan di peringkat semua level.
6.0 KELEMAHAN PENGURUSAN DI MARA TERENGGANU
1. Kadangkala keputusan segera tidak dapat dibuat kerana tiada autoriti dan memerlukan
keputusan atau jawapan dari peringkat tertinggi Ibu Pejabat.
2. Pertukaran kumpulan pengurusan yang sedikit sebanyak akan menganggu perjalanan
tugas atau aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan.
3. Pengarah mempunyai beban tugas yang amat berat . Walaupun dibantu oleh Timbalan
Pengarah namun ianya masih lagi tidak mencukupi bagi pengagihan bebanan
tersebut.
4. Kadangkala adanya campurtangan politik di dalam membuat sesuatu keputusan atau
tugas.
5. Kekurangan tenaga pekerja boleh dikatakan faktor yang agak penting kerana beban
tugas atau aktiviti semakin bertambah.
6. Peralatan-peralatan di dalam menjalankan tugas agak lama dan ketinggalan jika
dibandingkan dengan organisasi yang lain.
7. Adanya krisis birokrasi di dalam menjalankan sesuatu aktivti atau tugas.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kurangkan masalah birokrasi
Krisis birokrasi adalah perkara biasa dan normal di dalam sesebuah organisasi kerajaan.
Namun begitu setiap organisasi hendaklah mencari jalan atau cara bagi mengurangkan
krisis ini. Krisis ini kebiasaanya menimbulkan masalah seperti tekanan dalaman, masalah
Page 21
komunikasi ataupun kelewatan melakukan sesuatu proses kerja atau aktiviti yang pasti
akan memberi impak yang besar kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada
pelanggan. Pejabat MARA Negeri Terengganu hendaklah mengambil langkah dengan
mengurangkan prosedur-prosedur formal, contohnya seperti perjanjian-perjanjian
pembiayaan yang terlalu rumit untuk dibaca dan difahami oleh pihak pelanggan,
memperbaiki komunikasi dan mengkaji kembali tatacara kerja yang sediada.
Penambahan anggota kerja
Organisasi yang penting dan besar seperti Pejabat MARA Negeri Terengganu sudah pasti
memerlukan jumlah anggota yang mencukupi sesuai dengan bebanan tugas yang semakin
berat dan rumit. Langkah yang perlu dimabil ialah dengan menambah jumlah anggota
kerja berpandukan bebanan tugas di dalam setiap fungsi yang ada. Berdasarkan kepada
Rajah 2 di atas Pengarah MARA Negeri Terengganu hanya dibantu oleh Timbalan
Pengarah MARA Negeri Terengganu yang bertanggungjawab di Cawangan Khidmat
Pengurusan dan ini adalah tidak mencukupi kerana terpaksa memikul bebenan berat
menjaga urusan-urusan di bawahnya yang sentiasa berlaku penambahan tugas.
Langkah yang perlu diambil ialah dengan menambah seorang lagi Timbalan Pengarah II
dan diletakkan di bawah Cawangan Pembangunan yang sebelum ini melaporkan terus
segala aktiviti kepada Pengarah. Dengan adanya Timbalan Pengarah II yang
bertanggungjawab khusus kepada Cawangan Pembangunan maka bebanan tugas
pengarah akan menjadi lebih ringan dan pasti segala urusan atau aktiviti yang dijalankan
akan berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Melakukan pusingan kerja / Job rotation
Setiap anggota memang berkemahiran dan cekap dengan tugas atau aktiviti di dalam
urusan masing-masing. Namun begitu skop kemahiran dan pengetahun adalah tidak
meluas dan terkongkong. Anggota kerja hanya mengetahui bidang tugasnya sahaja dan
langsung tidak mengetahui perjalanan mahupun cara kerja urusan-urusan lain walaupun
setiap urusan mempunyai halatuju yang sama iaitu bagi mencapai objektif organisasi.
Langkah yang perlu dilakukan ialah dengan membuat pusingan kerja kepada semua
anggota kerja di setiap urusan yang ada. Contoh : Anggota kerja yang bertugas di Urusan
Page 22
Pembangunan Usahawan ditukar ke Urusan Pembiayaan Perniagaan dan begitu juga
sebaliknya. Pusingan boleh dibuat dalam 4 atau 5 tahun sekali dan yang pasti selepas itu
semua anggota di dalam organisasi akan faham peranan dan tugas setiap urusan-urusan
yang ada di dalam organisasi. Mereka bukan sahaja mahir dalam satu bidang malahan
meraka akan mahir di dalam semua bidang yang ada di dalam organisasi. Ini sudah
pastinya akan meningkatkan lagi kualiti kerja anggota-anggota terbabit.
Memerlukan Transformasi Menyeluruh
Bagi memastikan MARA Terengganu sebagai sebuah agensi pembangunan sosioekonomi
Bumiputera sentiasa mantap, relevan dan berupaya memikul elemen tambahan yang
makin mencabar. Sekiranya MARA Terengganu sentiasa di tampuk lama, tidak berubah
dan mudah dimamah globalisasi maka yang akan menjadi mangsanya adalah Bumiputera
itu sendiri. Dengan itu langkah yang perlu diambil ialah dengan memperbaiki dan
membuat penambahbaikan terhadap empat (4) urusan utama yang ada bagi memastikan
MARA Terengganu terus relevan dan berupaya di dalam membangunkan Bumiputera
dan generasi yang akan datang.
Perkuatkan pentadbiran organisasi
MARA Terengganu sentiasa berhadapan dengan jumlah pelanggan yang begitu besar
merangkumi urusan usahawan dan pendidikan. Pelbagai karenah dan permintaan
disuarakan oleh kumpulan sasar. Oleh yang demikian, langkah yang perlu diambil ialah
MARA Terengganu hendaklah sentiasa bersedia dengan persekitaran dan meningkatkan
sistem penyampaian dengan lebih cekap, melalui pengamalan “best practices” dalam
organisasi dan dapat memberi kepuasan kepada pelanggan atau kumpulan sasar.
Cadangan penambahbaikan sistem penyampaian ialah dengan :-
i. Menyediakan kemudahan bayaran pembiayaan melalui “Cash
Deposit” dan “Cek Deposit” ataupun melalui “kad kredit” melalui
bank-bank terpilih. Ini belum lagi dilaksanakan oleh pejabat
MARA Negeri Terengganu khususnya dan MARA amnya.
Page 23
ii. Kemudahan permohonan pembiayaan melalui online. Pelanggan
boleh memohon permohonan pembiayaan melalui internet dan
tidak perlu ke Pejabat yang berkaitan. Ini belum lagi dilaksanakan
di Pejabat MARA Negeri Terengganu khususnya dan MARA
amnya
iii. Tawaran sebutharga melalui online. Segala maklumat sebutharga
ada di dalam internet dan pelanggan boleh memasuki sebutharga
melalui online yang ada. Belum lagi dilaksanakan oleh Pejabat
MARA Negeri Terengganu
iv. Bayaran pembiayaan perniagaan melalui online dan bukannya
seperti sekarang yang menggunakan cek. Cara ini sudah lama
digunakan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.
Perkuatkan aset terpenting
Dalam memastikan aktiviti-aktiviti utama MARA terlaksana, Pejabat MARA Negeri
Terengganu hendaklah memastikan warga kerja benar-benar kompeten untuk menjunjung
amanah murni rakyat. Saya melihat aset terpenting MARA Terengganu adalah warga
kerja itu sendiri yang mempunyai inovasi, kreativiti dan daya pemikiran strategik untuk
merangka agenda di dalam membangunkan Bumiputera. Langkah yang perlu diambil
ialah dengan menyediakan kursus-kursus serta latihan samada yang khusus ataupun
umum.
Penerapan budaya kerja berprestasi tinggi
Pejabat MARA Negeri Terengganu hendaklah menerapkan budaya kerja berprestasi
tinggi. Langkah yang perlu diambil ialah dengan menggunakan asas tiga kompenen
utama iaitu global , cemerlang dan kempetitif. Ini memerlukan kepada perubahan budaya
Page 24
kerja, budaya berfikir dan cara bertindak supaya ianya dapat merangsang Pejabat MARA
Negeri Terengganu menjadi sebuah organisasi berasaskan pengetahun (k-organization).
8.0 RUMUSAN
Setelah mengkaji dan meneliti segala fakta-fakta yang telah dibentangkan di dalam perbincangan
ini maka ternyata bahawa organisasi adalah satu kumpulan manusia yang agak kompleks. Setiap
anggota di dalam organisasi hendaklah memahami halatuju organisasinya, peranan, tugas yang
dipertanggungjawabkan mengikut bidang kuasa yang telah ditetapkan. Objektif sesebuah
organisasi hendaklah jelas dan terang bagi memastikan semua anggota kerja mudah
memahaminya. Faktor strategi dan perancangan juga adalah penting dan hendaklah terus
direncana demi memastikan objektif organisasi tercapai. Kesimpulannya organisasi yang
distruktur dengan baik dan bersistematik , sesuai dengan kekuatan, persekitaran dan mengikut
perubahan zaman dan teknologi akan menjadi satu organisasi yang kuat dan akan berjaya menuju
kepada matlamat yang telah ditetapkan.
Page 25
9.0 RUJUKAN
Ahmad, S.A et al.(2008) Principles of Management (6th ed.). Selangor : Open University Malaysia
Stoner, J.A.F. et al. (1995). Management (6th ed.). New Jersey : Prentice Hall, Inc
Rue, L.W,. & Byars, L.L (2004). Management : Skills and application, (11th ed.). Boston : Irwin-Mc Graw-Hill
Dessler, G. (2001). Management : Leading People and Organizations in the 21th Century. New Jersey : Practice Hall
Bernard, C. I. (1968) The Functions of the executive. Cambridge,MA: Harvard University Press
Quinn J.B (1998). Strategies For Change : The Strategy Process : Revised European Edition
Page 26
4715 Perkataan
TRANSKRIPSI RAKAMAN TEMUBUAL
PENGARAH MARA NEGERI TERENGGANU
Pada hari khamis 20hb Januari 2011, saya telah bertemu dengan Pembantu Peribadi Pengarah
dan memaklumkan kepada beliau tentang hajat dan tujuan untuk menemuramah pengarah bagi
projek kertas kerja Prinsip Pengurusan. Dimaklukan bahawa pengarah agak sibuk pada hari itu
dan hanya dapat meluangkan masa pada 23hb Januari 2011 iaitu pada hari Ahad. Persetujuan
telah dibuat dan temuramah akan dibuat pada hari yang berkenaan.
1. Nama Pengarah : Encik Abdullah Bin Mohamad
2. Tempat Bertugas : Pejabat MARA Negeri Terengganu
3. No untuk dihubungi : 09-6222070/6222077
4. Tarikh Temubual : 23hb Januari 2011, Jam 10.00 am
5. Penemubual : Assalamualaikum Boss, untuk makluman Boss.. saya sekarang ini
dalam proses untuk buat assignment bagi subjek Prinsip Pengurusan. Jadi tugasan itu
hendakkan saya menemuduga seorang pengurus dan bertanyakan tentang perkara-perkara
mengenai organisasi, struktur organisasi, peranan organisasi dan banyak lagilah….
6. Pengarah : Saya nak bercakap tentang apa?...dan kalau nak bercakap tentang
organisasi…ia akan mengambil masa…satu hari pun tak cukup…Bila start study?..
Page 27
7. Penemubual : Memang doh boss…bukan satu hari….seminggu pun belum tentu
habis…(sambil ketawa kecil)…buleh kita mula sekarang Boss?...bimbang kekgi Boss ada
kerja lain pulok..
8. Pengarah : Boleh…tidak ada masalah…kalau saya boleh jawab …saya akan
jawab…jangan Tanya soalan yang saya tak dapat jawap sudah… (sambil tersenyum)…
ok..teruskan…
9. Penemubual : Bereh Boss…soalan saya yang pertama : boleh boss ceritakan
tentang latabelakang MARA Secara umumnya …
10. Pengarah : Seperti kita semua sedia maklum..apabila sebut sahaja “MARA”
pasti kita maklum ianya untuk menolong kaum Bumiputera…ok…sebenarnya
dahulu..sebelum dikenali sebagai ‘MARA’ …ia dikenali sebagai RIDA..Rural Industrial
Development Authority…mempunyai matlamat dan dasar yang agak sama iaitu
membantu kaum Bumiputera terutamanya yang berada di luar Bandar.. Pada tahun 1966
RIDA telah digantikan dengan nama keramat yang baru iaitu MARA…sampailah
sekarang…nak sambung lagi ke?..(sambil tersenyum)…
11. Penemubual : Bab MARA cukup doh…bereh…maklumat latarbelakang yang
lebih ‘detail’ saya cari sendirilah…ok Boss…soalan kedua…boleh boss tolong
maklumkan tentang misi, visi dan sebagainya yang berkaitan dengan Pejabat MARA
Negeri Terengganu…
12. Pengarah : (sambil batuk –batuk kecil)…kalau nak bercakap secara ‘detail’
saya pun kena ‘study’..kena ada nota….(sambil ketawa kecil)…tidak ada masalah…tapi
sebelum itu biarlah saya terangkan dahulu tentang penubuhan MARA dahulu untuk
dimasukkan dalam assignment ‘you’ nanti…
Page 28
13. Penemubual : Bereh Boss…no problem…thanks…
14. Pengarah : Ok…dari zaman sebelum merdeka hinggalah kita merdeka
‘MARA’ adalah satu-satunya Badan Kerajaan yang memainkan peranan penting di dalam
menjaga dan membantu kaum Bumiputera….(terdiam sebentar)….kerana kita sedar
kaum Bumiputera pada ketika itu amat ketinggalan dari segala aspek terutamanya aspek
ekonomi …memang kita jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa yang lain….(beliau
terdiam)…saya kalau bercakap tentang sejarah MARA ….pasti saya akan bercakap
dengan penuh emosi….(sambil tersenyum)….oh ya…kat mana kita tadi?...
15. Penemubual : Sejarah MARA…tapi saya rasa cukup doh tu…cuba boss
ceritakan serba sedikit tentang Misi, visi MARA ..objektif…(sambil tersenyum)….
16. Pengarah : Ok…Visi MARA …yang paling penting kita mahu menjadikan
MARA sebagai organisasi yang cemerlang…kalau boleh seperti organisasi korporat,
berdikari…disegani ..ada autonomi serta ada kewibawaan..dengan kata lain…secara
ringkasnya…(diam sejenak)…dengan kata lain kita mahu menjadi pengerak
kegemilangan di dalam segala aspek samada perusahaan , perdagangan, pembangunan
dan menjadi organisasi pemikir…itulah secara ringkasnya…Manakala misi Pejabat
MARA Negeri Terengganu ialah menjadi organisasi yang unggul di dalam usaha
mengangkat mertabat dan maruah bangsa…samada ekonomi, pendidikan dan
sebagainya…ok…itu sajalah rasanya…next question…(sambil ketawa kecil)….
17. Penemubual : (Sambil ketawa kecil)…saya tengok…boss macam ‘semangat’
je….oklah boss…soalan seterusnya…tapi bukan dalam bentuk soalanlah…Cuma saya
perlukan pengesahan dari Boss…saya doh buat ‘research’ tentang perkara ning….ok…
Page 29
Pertama : Betul atau tidak kalau saya katakana bahawa boss sebagai pengarah MARA
Negeri Terengganu bertindak sebagai “Top Management” di MARA Terengganu…
18. Pengarah : Ya…kalau difokuskan kepada Pejabat MARA Negeri Terengganu…
tetapi jikalau dilihat kepada MARA keseluruhannya…termasuk Ibu Pejabat… mungkin
Pengarah MARA Negeri Terengganu berada di level lain dan bukannya “Top
Management” seperti dikatakan tadi….
19. Penemubual : Tapi kalau kita lihat pada Pejabat MARA Terengganu sahaja…boss
adalah “Top Management”..
20. Pengarah : Ya…betulah tu…
21. Penemubual : Cuba boss ceritakan sedikit tentang struktur organisasi Pejabat MARA
Negeri Terengganu…
22. Pengarah : Keseluruhannya ke?...atau secara umum?....
23. Penemubual : Ikut boss blake….kalu boss nok cerita lebih ‘detail’ lagi bagus…(sambil
tersenyum)..ini saya ada ‘print’ carta organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu…
boss boleh rujuk kat situ…(sambil tersenyum)…
24. Pengarah : Maklumat dah ada…tak payahlah saya cerita lagi….(sambil ketawa
kecil)….
25. Penemubual : Boss ceritalah sikit…nok dengor dari mulut Pengarah sendiri…penting
untuk assignment ning….
Page 30
26. Pengarah : Oklah….saya bergurau saja tadi tu….(sambil tersenyum)…oklah..kalau
dilihat pada organisasi PMN (Pejabat MARA Negeri) Terengganu..saya sebagai
pengarah bertindak sebagai Penguruslah…seperti yang ‘you’ belajar tu…saya pun dulu
ada ‘study’ management jugak dulu…tapi dah lama…(ketawa kuat)….ok…sebagai
pengarah saya dibantu oleh Timbalan Pengarah …kalau diikutkan saya dibantu oleh
semua peringkat…tapi apa yang saya terangkan ini berdasarkan carta organisasi yang ada
di tangan saya ini…Pengarah bertanggungjawab terhadap semua urusan-urusan atau
fungsi-fungsi yang ada..manakala Timabalan Pengarah bertanggungjawab terhadap
beberapa urusan atau fungsi yang ada di sini. Struktur utama organisasi dipecahkan
kepada 2 fungsi utama iaitu Cawangan Pembangunan dan Cawangan Khidmat
Pengurusan…..(terhenti kerana ada bunyi deringan telefon dan pengarah terus
menjawabnya)….(3 minit kemudian)…sorry…oh ya..kat mana kita tadi?...
27. Penemubual : (Menyemak nota) …last sekali…boss beritahu tentang Cawangan
Pembangunan dan Cawangan Khidmat Pengurusan…
28. Pengarah : Ok,…saya ceritakan serba ringkas tentang Cawangan Pembangunan
dahulu…(sambil melihat jam tangannya)…
29. Penemubual : Boss ada janji dengan orang ke?...atau ada kerja kat luar…
30. Pengarah : Tidak ada…kenapa ‘you’ tanya?...
Page 31
31. Penemubual : Tak doklah…saya tengok boss tengok jam tadi…sebab tu saya Tanya…
(sambil tersenyum)…
32. Pengarah : (Sambil ketawa)…saya tengok jam bukannya apa…Cuma nak tahu dah
berapa lama temubual ni….
33. Penemubual : Oooooo…gitu rupanya….(sambil ketawa)….
34. Pengarah : Ok…mmmm…kat mane kita tadi…saya cepat lupa sikit…(sambil
tersenyum)
35. Penemubual : (Melihat nota)…..Bos nok cerita tentang Cawangan Pembangunan….
36. Pengarah : Cawangan Pembangunan….seperti yang kita maklum…dan juga seperti
di carta juga….Cawangan Pembangunan mempunyai empat (4) urusan atau fungsi
uatama yang amat penting …Pertama : Urusan Pembangunan Usahawan yang bertindak
di dalam segala aktiviti-aktiviti bimbingan, latihan, member khidmat nasihat,
menyediakan kursus-kursus keusahawanan dan sebagainya..Kedua : Urusan Pembiayaan
Perniagaan …bertanggungjawab dalam member kemudahan pembiayaan perniagaan bagi
membantu usahawan untuk memulakan atau meningkatkan perniagaan..Yang ketiga :
Urusan Pembangunan Infrastruktur Perniagaan : urusan ini lebih kepada kemudahan
infrastruktur kepada usahawan seperti kemudahan premis penyewaan dan yang keempat:
urusan Latihan dan pendidikan: ..(Terdiam sebentar)…urusan ini lebih kepada anak-anak
kita yang akan belajar dan yang sedang belajar…lebih kepada program pendidikan…
rasanya itu sajalah setakat ini…atau nak ‘detail’ lagi….(sambil tersenyum sinis)…
37. Penemubual : Ok doh tu…’detail’ doh….buleh saya teruskan lagi boss?...
Page 32
38. Pengarah : Pukul berapa dah sekarang?...
39. Penemubual : Pukul 11 lebih doh boss….rasa macam baru 2…3…minit…(sambil
ketawa kecil)
40. Pengarah : Yang bertanya oklah….yang menjawab ninglah yang letihnya….(sambil
ketawa kecil)….
41. Penemubual : Habis tu…boss nok berhenti dulu ke?...tak dok masaloh…kita buleh
sambung balik….
42. Pengarah : Baik kita habiskan hari ini…sebab saya tidak tahu ada masa atau tidak
selepas ini…besok saya akan ke Kuala Lumpur…ada meeting…mungkin dalam tiga (3)
hari…balik Terengganu..ada pulak perjumpaan dengan Dato’ MB..mungkin dalam 2 atau
3 minggu ning saya akan sibuk…..baik kita habiskan…
43. Penemubual : Kalu gitu…saya bereh je…tak dok masaloh…
44. Pengarah : oklah…tentang cawangan pembangunan dah habis ke belum?…keempat
fungsi utama ...
45. Penemubual : Tentang tu…boss doh terangkan semua…boss ‘explain’ tentang
Cawangan Khidmat Pengurusan pulok…serba sedikit….
46. Pengarah : Cawangan Khidmat Pengurusan tidak kurang pentingnya pada
organisasi…boleh dikatakan semua urusan adalah penting dan ada peranannya masing-
masing…..ok….Cawangan ini dipecahkan kepada beberapa fungsi iaitu…oh ya…
Page 33
sebelum itu…Timbalan Pengarah adalah bertanggungjawab ke atas Cawangan ini…apa-
apa masalah berkaitan…
Pengurus-pengurus atau ketua-ketua unit di bawahnya akan merujuk kepada beliau
terlebih dahulu…sebelum dibawa kepada sayalah…cawangan ini dipecahkan kepada
beberapa fungsi iaitu urusan pentadbiran, urusan teknikal dan urusan penguatkuasaan dan
pendakwaan…nak saya terangkan secara ‘detail’ ke setiap-setiap unit ke?....
47. Penemubual : (Sambil tersenyum)….dok payohlah boss…nanti saya cari sendirilah…
boleh saya teruskan boss?...
48. Pengarah : Teruskan….tapi sebelum itu…saya ada beberapa catatan yang saya ada
kaitan dengan assignment ‘you’ tu….sekejap (sambil membuka laci mejanya dan
mengeluarkan buku nota berwarna biru )….ok….di sini ada beberapa nota ucapan yang
dari Dato’ Seri Idris …Pengerusi kita…(sambil membelek-belek) nota tersebut…
nah..’you’ ambillah nota ini sebagai rujukan…
49. Penemubual : Berkaitan apa boss?....
50. Pengarah : Pasal MARAlah…oklah..biar saya baca salah satu dari apa yang saya
catatkan…Dato’ Pengerusi ada menyatakan “Strategi dan perancangan akan sentiasa
direncana demi memastikan usaha mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera dapat dijana. Tahun 2009 telah mencatat sejarah tersendiri
apabila MARA diletakkan di bawah kementerian Kamajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
Ianya membawa satu anjakan paradigm yang amat signifikan kepada MARA dan juga
segala perancangan samada di peringkat makro mahupun mikro”…..ini adalah salah satu
Page 34
daripada ucapan Dato’ Pengerusi yang saya sempat catatkan….mungkin ianya boleh
digunakan untuk assignment ‘you’ tu….
51. Penemubual : Bereh Boss….rasanya boleh dimasukkan dalam assignment….TQ
Boss…
52. Pengarah : So…kat mana kita tadi?.....
53. Penemubual : Maklumat tentang pecahan cawangan tu…Boss doh royat…jadi sekarang
ning saya nok Tanya boss pasal…halatuju MARA Terengganu sekarang ning?....
54. Pengarah : Halatuju……halatuju MARA sekarang ini adalah selaras dengan halatuju
KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah) iaitu memfokuskan kepada
tiga (3) fokus utama…..(terdiam sejenak)….fokus yang pertama ialah pada aspek
pembangunan usahawan, kedua..aspek pendidikan dan latihan dan yang ketiga adalah
aspek kemudahan pembiayaan & premis perniagaan…..
55. Penemubual : Boleh boss terangkan serba sedikit tentang tiga (3) aspek ning…
56. Pengarah : Panjang cerita kalau saya nak ceritakan satu persatu…tapi semua
maklumat ini ada dalam buku nota yang saya bagi kat ‘you’ tu….bagi pinjam…bukan
bagi terus…kena pulang balik…(sambil tersenyum)…..
57. Penemubual : Kalu begitu…saya akan rujuk nota boss sajelah….oklah boss…rasanya
setakat itu sahajalah temuduga saya. Terima kasih di atas masa dan kerjasama Boss.
58. Pengarah : Sama-sama…
Page 35
“TEMUBUAL TAMAT”
Page 36