Download - Praktikal 4 Mikroskop Dan Teleskop
SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Praktikal 4: Mikroskop dan teleskop
Objektif: Menentukan keadaan yang sesuai untuk meningkatkan kuasa
pembesaran mikroskop dan teleskop.
Bahan-bahan:
Rod pemasangan, plastisin, pemegang kanta, kanta cembung (+2.5 D, +7 D, +14 D,
+ 20 D)
Aktiviti 1: Membina teleskop ringkas
Prosedur:
1. Anda dibagi kanta cembung dengan panjang fokus yang berbeza. Jelaskan
dengan menggunakan bantuan gambar rajah bagaimana anda membina teleskop
ringkas.
Antara fungsi kanta objek yang terdapat dalam teleskop astronomi adalah
untuk mengumpul cahaya dalam jumlah yang banyak bagi memastikan imej yang
terbentuk adalah terang meskipun objek berada pada kedudukan yang jauh. Kanta
objek merupakan kanta yang kedudukannya berada paling hampir dengan
objek.Antara ciri yang terdapat kanta optik ini adalah panjang fokus yang lebih
panjang serta bukaan yang besar bagi membolehkan cahaya memasuki kanta
semaksimumnya. Imej yang terbentuk adalah nyata , terbalik dan berkurang. Fungsi
kanta mata pula adalah untuk memastikan agar keseluruhan cahaya yang terkumpul
di dalam tabung teleskop dapat masuk ke dalam mata untuk imej yang lebih terang
serta turut membantu dalam proses pembesaran imej.Kanta mata mempunyai ciri
seperti memiki panjang fokus yang pendek serta bukaan yang kecil bagi
membolehkan cahaya dapat dipantulkan dengan lebih cepat ke dalam mata.
KOH ING TAI Page-1-
SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN
2. Bina teleskop anda dan uji dengan fokus pada objek jauh. Tentukan
pembesaran teleskop anda.
3. Bagaimana anda boleh meningkatkan kuasa pembesaran teleskop anda?
Buktikan.
Aktiviti 2: Membina mikroskop kompaun
Prosedur:
1. Anda dibagi kanta cembung dengan panjang fokus yang berbeza. Jelaskan
dengan menggunakan bantuan gambar rajah bagaimana anda membina mikroskop.
KOH ING TAI Page-2-
SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN
2. Bina mikroskop anda dan uji dengan fokus pada objek yang kecil. Tentukan
pembesaran mikroskop anda.
3. Bagaimana anda boleh meningkatkan kuasa pembesaran mikroskop anda?
Buktikan..
Setelah saya menjalankan aktiviti ini saya lebih memahami konsep sebenar bagi
melakukan pembesaran bagi sesebuah teleskop astronomi.Untuk teleskop
astronomi bagi meningkatkan pembesaran imej yang terhasil adalah dengan
meningkatkan panjang fokus bagi kanta objek serta mengurangkan panjang fokus
kanta mata.Apabila kita memanjangkan fokus kanta objek diameter kanta objek turut
meningkat dan ini menyebabkan lebih banyak cahaya dapat memasuki teleskop.Hal
ini berbeza bagi fokus kanta mata.Jika panjang fokus kanta mata adalah rendah
maka kuasa pembesaran imej akan meningkat.
Kuasa pembesaran mikroskop majmuk pula boleh ditingkatkan jika kita
mengurangkan panjang fokus kanta objek.Dalam mikroskop majmuk kanta objek
berperanan menghasil pembesaran imej objek kali pertama sebelum imej ditukarkan
semula menjadi objek bagi kanta mata.Panjang minimum fokus bagi kanta objek
adalah 5 cm kerana jika panjang fokus kanta objek terlalu pendek imej yang
dihasilkan akan pecah dan tidak sempurna.Manakala bagi kanta mata pula, panjang
fokus kanta mata yang terdapat pada mikroskop haruslah ditigkatkan jika kita ingin
meninggikan kuasa pembesaran mikroskop
KOH ING TAI Page-3-
SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Soalan:
1. Senaraikan fungsi kedua-dua kanta objektif dan kanta mata pada teleskop.
KOH ING TAI Page-4-
SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Antara fungsi kanta objek yang terdapat dalam teleskop astronomi adalah untuk
mengumpul cahaya dalam jumlah yang banyak bagi memastikan imej yang
terbentuk adalah terang meskipun objek berada pada kedudukan yang jauh. Kanta
objek merupakan kanta yang kedudukannya berada paling hampir dengan
objek.Antara cirri yang terdapat kanta optik ini adalah panjang fokus yang lebih
panjang serta bukaan yang besar bagi membolehkan cahaya memasuki kanta
semaksimumnya.Imej yang terbentuk adalah nyata , terbalik dan berkurang.Fungsi
kanta mata pula adalah untuk memastikan agar keseluruhan cahaya yang terkumpul
di dalam tabung teleskop dapat masuk ke dalam mata untuk imej yang lebih terang
serta turut membantu dalam proses pembesaran imej.Kanta mata mempunyai ciri
seperti memiki panjang fokus yang pendek serta bukaan yang kecil bagi
membolehkan cahaya dapat dipantulkan dengan lebih cepat ke dalam mata.
2. Bagaimana anda boleh meningkatkan kuasa pembesaran mikroskop dan
teleskop anda?
Setelah saya menjalankan aktiviti ini saya lebih memahami konsep sebenar bagi
melakukan pembesaran bagi sesebuah teleskop astronomi.Untuk teleskop
astronomi bagi meningkatkan pembesaran imej yang terhasil adalah dengan
meningkatkan panjang fokus bagi kanta objek serta mengurangkan panjang fokus
kanta mata.Apabila kita memanjangkan fokus kanta objek diameter kanta objek turut
meningkat dan ini menyebabkan lebih banyak cahaya dapat memasuki teleskop.Hal
ini berbeza bagi fokus kanta mata.Jika panjang fokus kanta mata adalah rendah
maka kuasa pembesaran imej akan meningkat.
KOH ING TAI Page-5-
SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Kuasa pembesaran mikroskop majmuk pula boleh ditingkatkan jika kita
mengurangkan panjang fokus kanta objek.Dalam mikroskop majmuk kanta objek
berperanan menghasil pembesaran imej objek kali pertama sebelum imej ditukarkan
semula menjadi objek bagi kanta mata.Panjang minimum fokus bagi kanta objek
adalah 5 cm kerana jika panjang fokus kanta objek terlalu pendek imej yang
dihasilkan akan pecah dan tidak sempurna.Manakala bagi kanta mata pula, panjang
fokus kanta mata yang terdapat pada mikroskop haruslah ditigkatkan jika kita ingin
meninggikan kuasa pembesaran mikroskop
3. Apakah langkah penjagaan yang perlu diambil dalam menyempurnakan
projek ini? Kenapa?
Sewaktu saya menjalankan eksperimen ini saya dapati terdapat beberapa langkah
berjaga-jaga yang perlu saya perhati serta lakukan bagi mengelakkan terdapat
sebarang kesilapan sewaktu menjalankan aktiviti ini.Antaranya sebelum saya
menjalankan aktiviti ini saya dan rakan sekumpulan telah memastikan kanta
cembung berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.Selain itu,saya juga
memastikan agar saya mengetahui panjang fokus kanta diketahui.Ini adalah kerana
jika kanta cembung yang digunakan rosak ia akan memberi kesan terhadap kualiti
imej yang yang terhasil.Selain itu,saya juga akan turut memastikan agar panjang di
antara kanta objek dan kanta mata adalah berbeza.Ini adalah kerana jika kedua-dua
kanta ini mempunyai panjang fokus yang sama imej objek yang diinginkan tidak
akan terhasil.Sumber cahaya juga merupakan salah satu faktor penting yang
menyebabkan penghasilan imej boleh terhasil.Oleh itu, saya perlu memastikan agar
sumber cahaya boleh melalui setiap bahagian kanta yang terdapat pada mikroskop
dan juga teleskop.Jika cahaya tidak mengenai bahagian kanta tiada imej yang akan
terhasil.Salah satu cara untuk memastikan agar sumber cahaya memasuku semua
bahagian kanta tinggi pemegang kanta perlulah dibetulkan terlebih dahulu sebelum
membina set mikroskop dan teleskop supaya kedudukan dan ketinggian kanta sama
dengan kedudukan objek dan sumber.
KOH ING TAI Page-6-