Download - POSTER MENULIS 2016.indd
TARIKH TUTUP : 31 OKTOBER 2016
• Menggalakkan pelajar menjalankan kajian penyelidikan dan menulis sejarah
Malaysia
• Menggalakkan Guru Sejarah membimbing pelajar menyelidik sejarah Malaysia
• Menimbulkan kesedaran, minat dan penghayatan dalam kalangan pelajar
terhadap sejarah Malaysia
• Menggalakkan Persatuan Sejarah di sekolah untuk membantu pelajar membuat
kajian dan penyelidikan sejarah tanah air
• Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar
• Mendapatkan karya yang bermutu untuk diterbitkan, sebagai usaha
memperkayakan sumber sejarah tanah air
• Memperbanyakkan bahan rujukan sejarah tempatan di PSM
PERINGKAT MENENGAH RENDAH
Anda dipelawa menulis sebuah karangan tentang :
a. seorang tokoh tempatan di kawasan anda yang belum diterbitkan sebuah buku s e j a r a h h i d u p n y a . K a r y a t e r s e b u t hendaklah mempamerkan kepentingan, sumbangan dan jasa setempat,
b. satu peristiwa penting/bersejarah yang pernah berlaku di tempat anda,
c. Sebuah bangunan/binaan, tinggalan atau satu tempat bersejarah di tempat anda,
d. sebuah institusi/pertubuhan tempatan (selain sejarah sesebuah sekolah) yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti hal keagamaan, kebajikan, pendidikan, sukan, kesenian, pertubuhan belia dan lain-lain yang terdapat di tempat anda,
e. sebuah organisasi atau sesuatu aktiviti yang berkaitan perkembangan ekonomi di tempat anda seperti sebuah ladang atau satu usaha pertanian/penternakan, kilang perusahaan, bank, syarikat kerjasama, syarikat pengangkutan, syarikat perniagaan dan lain-lain kegiatan berkaitan, yang memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat dan atau pembangunan tempat anda.
Karangan tidak perlu terlalu panjang – sekitar 1500 – 3000 perkataan adalah memadai.
KATEGORI MENENGAH ATAS DAN TINGKATAN VI / MATRIKULASI
Anda diminta menulis sebuah karangan berkenaan salah satu aspek daripada mana-mana satu bidang berikut :-
a. Pelajaran (selain sejarah sesebuah sekolah)b. Pentadbiran awamc. Keselamatan dan ketenteraman awamd. Ekonomie. Politikf. Kesihatan dan perubatang. Hal ehwal kemasyarakatan
PERINGKAT UNIVERSITI, INSTITUT PENDIDIKAN GURU DAN ORANG AWAM
Anda dipelawa menulis secara ilmiah tentang mana-mana tajuk yang dapat secara kualitatif dan kuantitatif memaparkan sesuatu aspek perkembangan sejarah negara. Anda bebas memilih tajuk dan bidang untuk tujuan penulisan anda.
Selain hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga. Sebanyak 12 hadiah saguhati bernilai RM 200 bagi setiap satu akan disediakan bagi penyertaan yang tidak mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga tetapi mempamerkan mutu karangan yang layak mengikut pandangan panel hakim pertandingan.
Untuk mendapat maklumat lanjut dan Borang Penyertaan sila rujuk laman web PSM :www.psm.org.my
Karya berserta borang boleh dihantar kepada:
SetiausahaPertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia 2016Persatuan Sejarah MalaysiaAras 3, Anjung Wisma Sejarah230 Jalan Tun Razak50400 Kuala Lumpur
Penyertaan dibahagikan kepada 4 kategori:-
i. Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Orang Awam - Perseorangan sahajaii. Tingkatan 6 / Matrikulasi - Perseorangan sahajaiii. Tingkatan 4 - 5 - Perseorangan atau Kumpulan* iv. Tingkatan 1 - 3 - Perseorangan atau Kumpulan*
* Setiap kumpulan TIDAK BOLEH melebihi 3 orang
Kategori Kategori Kategori Kategori Menengah Menengah Tingkatan 6/ Universiti/IPG Rendah Atas Matrikulasi Orang Awam
Pertama RM1500 RM2000 RM2250 RM3000 Kedua RM1250 RM1750 RM2000 RM2500 Ketiga RM1000 RM1500 RM1750 RM2000
Anjuran : PERSATUAN SEJARAH MALAYSIADengan kerjasama : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERTANDINGAN MENULIS ESEI
SEJARAH MALAYSIA 2016
PENYERTAAN
OBJEKTIF
ASPEK ESEI
HADIAH
HADIAH SAGUHATI