Download - Pjm 3110
TUGASAN 1
Berasaskan kemahiran ICT, sediakan satu klip video berkaitan Ujian
Kemahiran di peringkat sekolah rendah yang melibatkan spesifikasi ujian
tersebut.
SPESIFIKASI UJIAN KEMAHIRANImbangan batang titian
ISL MINGGU 18
Ujian Beam Balance Test
• Ujian Imbangan Batang Titian (Beam Balance Test)
• Ujian ini menguji keseimbangan seseorang individu semasa berjalan di sepanjang batang titian yang ditinggikan.
• Peralatan dan kemudahan :Jam randik, batang titian gimnastik, pencatat, juri (pemberi skor).
• Kelebihan :Keseimbangan aktif seseorang individu dapat diketahui.
• Kekurangan :Pemberian skor oleh juri yang kadang-kalanya kurang memuaskan hati individu yang diuji.
Prosedur :i) Peserta bersedia di satu hujung dengan berdiri
dalam keadaan yang seimbang dan mula berjalan sehingga ke hujung yang satu lagi tanpa jatuh.
ii) Peserta diberi tiga kali percubaan di mana peserta yang diuji akan diberikan skor oleh beberapa orang juri . Skor daripada beberapa orang juri akan diambil purata skornya dan skor tersebut adalah skor untuk satu kali percubaan. Skor keseluruhan adalah purata skor daripada ketiga-tiga percubaan.
Skor :• 5=Berjalan di atas batang titian dengan lancar
tanpa berhenti dan dilakukan dalam masa 6 saat atau kurang.
• 4=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil dan dilakukan dalam masa 6 saat atau kurang.
• 3=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil, berhenti sekali atau lebih dan dilakukan dalam masa lebih daripada 6 saat.
• 2=Berjalan di atas batang titian tetapi sangat tidak stabil sehingga hampir jatuh, berhenti sekali atau lebih dan/atu ambil masa lebihdaripada 6 saat.
• 1=Jatuh dari batang titian sebelum dapat selesai berjalan.
• 0=Jatuh dari batang titian serta-merta.
Ujian Imbangan Batang Titian (Beam Balance Test)
Sekian, Terima Kasih……..