PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR
PROSEDUR PENGENDALIAN SERAGAM (SOP)
LENCANA EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA
LEMBAGA PENTARAF PENGAKAP RAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
LENCANA EKSPEDISI
Lencana ini diberi kepada ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan
pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program
dan rancangan ekspidisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki gunung, berjalan
kaki dan melengkapkan log ekspidisi seperti disyaratkan.
1. Latihan Ekspedisi
Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah
membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak
lebih daripada 15 kg. termasuk 10 kg. barang makanan. Pengakap hendaklah bersedia
menyediakan dan menyusun keperluan peribadi dalam beg sandang (haverseck).
2. Ekspedisi
2.1 Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol ( 4 hingga 7 orang )
dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 40 km ATAU 150 km berbasikal
dengan melaksanakan tugasan.
2.2 Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit-bukau.
2.3. Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan menyediakan makan malam dan
sarapan secara 'backwood's atau seumpamanya.
2.4. Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang dari 3 jam.
ATAU
2.5. Berjalan kaki bersama patrol ( 4 hingga 7 orang ) tidak kurang dari 80 km dalam masa
24 jam terus-menerus dengan melaksanakan tugasan.
2.6. Perjalanan hendaklah meliputi pinggiran bandar, desa atau luar bandar.
2.7. Masa rehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan makanan yang disediakan secara
'backwood's atau seumpamanya.
2.8. Ekspedisi ini diakhiri dengan pengembaraan malam selama 10 jam.
ATAU
2.9. Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50 km selama 4 hari 3 malam di sungai atau
persisiran pantai.
ATAU
2.10. Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam (mengikut keadaan tempatan) tidak kurang
4,500 kaki dari aras laut.
3. Tugasan:
3.1. Menyediakan laporan bertulis 'Log Ekspidisi" mengikut format yang disediakan oleh PPM
Negeri.
3.2. Tugasan-tugasan tertentu yang berkaitan dengan perjalanan ekspidisi.
3.3. Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman atau
video dan sebagainya.
3.4. Log Ekspidisi hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pemimpin Kumpulan kepada
Pesuruhjaya Daerah / Penguji tidak lewat dari 10 hari selepas ekspidisi untuk lulus
ujian.
INGATAN:
Pengakap Remaja berkenaan perlu tahu dan boleh menyediakan langkah-langkah
keselamatan bagi jenis pengembaraan yang dipilih.
Penguji mestilah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja berkenaan sihat tubuh badan
dan fikiran untuk melakukan ekspidisi itu dan semua syarat keselamatan telah diambil.
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan: Lot 1407, KM 27 Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor
BORANG PENYERTAAN PERKHEMAHAN LENCANA EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA
(Serahkan kepada Urusetia Pendaftaran di tempat melapor) Saya/kami (nama ibu/bapa/penjaga)
................................................................................................. Dengan ini memberi
kebenaran kepada (nama anak) ..........................................................................
.......................................................................................Tingkatan/Tahun ...........................
No. Kad Pengenalan.......................................... dari Sekolah
................................................................................................................................ PPM
Daerah ............................................, Negeri Selangor Darul Ehsan untuk menyertai SEMUA
AKTIVITI dalam Perkhemahan Lencana Ekspedisi mulai ................ hingga ...........................
Dengan ini mengaku dan sanggup dengan tidak berubah-ubah bagi pihak saya/kami dan pihak
anak saya/kami mengikut peraturan SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA KP(BS) 8591/JLD.XIV/(24) BERTARIKH 10 OKTOBER 1998,
PARA 3(C).
Sesungguhnya saya/kami faham bahawa segala langkah keselamatan sepenuhnya akan diambil
oleh pihak penganjur/pengelola bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini
dan akan melakukan tindakan segera bagi pihak ibu bapa/penjaga di atas apa-apa juga insiden
dalam tempoh tarikh dan tempat yang dinyatakan di atas.
Saya mengaku anak saya/jagaan saya telah mempunyai INSURANS TAKAFUL YANG SAH
yang diuruskan oleh pihak sekolah tempat di mana anak saya bersekolah.
Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : ........................... (R) ................................
Sekian, terima kasih.
Saya yang benar;
.................................... Tarikh : ..............................
(Nama : ................................................................)
(No. KP : ...................................................)
Disemak oleh, ................................ (Pemimpin Kumpulan)
Disahkan oleh, .............................. (Pengetua/Guru Besar)
Diluluskan oleh, ............................ (Pesuruhjaya Daerah)
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Alamat perhubungan: Lot 1407, KM 27 Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor
BORANG PERAKUAN KESIHATAN AHLI PENGAKAP SEBELUM MENYERTAI PERKHEMAHAN LENCANA EKSPEDISI PENGAKAP REMAJA
(Serahkan kepada Urusetia Pendaftaran di tempat melapor)
NAMA PENUH MURID (HURUF BESAR)
ALAMAT RUMAH
JANTINA KETURUNAN AGAMA
NO. KP/ NO. SIJIL LAHIR
NO. INSURANS TAKAFUL (dapatkan dari pihak sekolah)
NO. TELEFON RUMAH
NO. TELEFON BIMBIT IBU/BAPA/PENJAGA
REKOD PERUBATAN:
SILA TANDAKAN JUKA “YA” DAN JIKA “TIDAK” DI PETAK YANG BERKENAAN:
Pernah pening atau sakit kepala yang teruk Pernah mempunyai sakit sawan (epilepsy)
Menghadapi masalah bernafas atau asma Mengalami diabetes
Alahan pada bisa, ubatan atau air tasik Mengalami tekanan darah tinggi
Pernah mengalami kecederaan pada tulang Pernah dilakukan pembedahan pada tubuh
Pernah mengalami sakit jantung Mengalami masalah buah pinggang
Pernahkah anda dalam tempoh satu bulan mengalami sebarang penyakit berjangkit atau cirit-birit?
SILA BERIKAN MAKLUMAT TERPERINCI JIKA MASALAH KESIHATAN DI ATAS
BERKAITAN DENGAN ANDA
sila maklumkan masalah kesihatan anda kepada jurulatih mana-mana aktiviti yang anda sertai.
Perakuan Ibu/Bapa/Penjaga, Perakuan Peserta,
.................................... .................................
(Nama: .............................................) (Nama: .............................................)
(No. KP : ...........................................) (No. KP : ...........................................)
Disemak oleh, ................................ (Pemimpin Kumpulan)
Disahkan oleh, .............................. (Pengetua/Guru Besar)
Diluluskan oleh, ............................ (Pesuruhjaya Daerah)
SYARAT & PERINTAH TETAP KEM
PERKHEMAHAN LENCANA EKSPEDISI
PENGAKAP REMAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR
SYARAT PENYERTAAN BARANGAN INDIVIDU
1. Ahli Pengakap yang berdaftar untuk tahun 2014 & 2015 sahaja;
2. Memperolehi kebenaran ibubapa/penjaga;
Bawa Borang ‘A’, Borang Kebenaran Ibubapa yang telah sempurna;
Bawa Borang ‘B’, Borang Perakuan Kesihatan yang telah lengkap.
3. Tiada paksaan untuk menyertai sesebuah perkhemahan;
4. Semua peserta diwajibkan tidur di dalam khemah;
5. Bawa buku-buku log yang diperlukan Lencana Ekspedisi;
6. Bawa baju hujan/payung/lampu suluh/khemah/peti pertolongan cemas;
7. Bawa alat tulis yang lengkap termasuk pensil warna;
8. Bawa tali Pengakap (1½ - 2 meter) untuk aktiviti Simpulan dan Ikatan;
9. Berumur melebihi 15 ½ tahun;
10. Bawa pakaian yang mencukupi;
Pakaian seragam Pengakap yang lengkap sekurang-kurangnya 2 helai;
(Forage Cap/Selangor/Nama Daerah/No. Kump/tali pinggang Pengakap berkepala
gangsa/seluar biru/stokin hitam atau biru & berkasut hitam);
Pakaian untuk mandi/aktiviti lasak/riadah/ibadah solat perlu dibawa;
Tongkat berukuran 5 kaki 2 inci.
11. Skaf Pengakap hendaklah bersaiz besar yang juga boleh dijadikan kain anduh.
12. Bayaran penyertaan _________ seorang;
13. Setiap peserta wajib melengkapkan Borang A dan Borang B. serta menyerahkan kepada
urusetia perkhemahan di tempat program mengikut Daerah. Peserta yang tidak
membawa salah satu borang berkenaan atau tidak langsung membawa mana-mana
borang tidak akan didaftarkan sebagai peserta;
14. Peralatan memasak yang difikirkan perlu;
15. Taklimat Peserta bermula jam 4.00 petang.
PERATURAN & PERINTAH TETAP PERKHEMHAN
UNTUK SEMUA PESERTA PERKHEMAHAN
PROSEDUR/KESELAMATAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN DALAM PENGURUSAN PERKHEMAHAN
PENGAKAP NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian, menjadi peringatan dan difahami
oleh semua peserta sepanjang program perkhemahan ini berlangsung.
1. Semua peserta yang menghadiri/menyertai perkhemahan ini mestilah telah berdaftar
keahlian, telah memperoleh kebenaran ibubapa/penjaga, Pemimpin Kumpulan,
Pengetua/Guru Besar dan Pesuruhjaya Daerah;
2. Semua peserta mesti mematuhi arahan yang diberikan oleh Kem Komandan/Timbalan
Kem Komandan/Pemimpin Bertugas;
3. Semua peserta mesti menyertai semua aktiviti yang dijalankan;
4. Semua peserta mesti berunifom pengakap lengkap mulai pukul 7.00 pagi hingga 6.30
petang (semasa menghadiri aktiviti). Berbaju T-Shirt hanya dibenarkan selepas pukul
6.30 petang;
5. Semua peserta tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kem tanpa kebenaran Kem
Komandan/Timbalan Kem Komandan;
6. Peserta hendaklah mendahului masa iaitu berada di tapak aktiviti 10 minit lebih awal;
7. Semua peserta beragama Islam WAJIB menunaikan solat berjemaah di surau yang telah
ditetapkan;
8. Semua barangan peribadi yang berharga hendaklah disimpan di tempat yang selamat.
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan/kehilangan
barangan/peralatan atau perkakasan milik anda;
9. Kebersihan tempat penginapan anda adalah menjadi tanggungjawab anda dan
kumpulan untuk membersihkannya pada setiap masa;
10. Peserta lelaki dilarang berada dalam kawasan peserta perempuan dan sebaliknya.
Pergaulan bebas antara peserta lelaki dan perempuan adalah dilarang;
11. Peserta mesti menjaga tingkahlaku, budi pekerti dan berbudi bahasa sesama peserta
dan pegawai kem;
12. Tingkahlaku ‘vandalism’ - iaitu merosakkan harta benda dan kemudahan awam adalah
dilarang;
13. Setiap peserta dinasihatkan supaya tidak berlari dalam kawasan penempatan khemah;
14. Setiap peserta mesti berjalan dalam barisan yang teratur apabila menuju ke mana-
mana lokasi yang diarahkan;
15. Peserta yang mengalami masalah kesihatan, kecederaan atau kemalangan mestilah
melaporkan segera kepada mana-mana Pegawai Kem/Pemimpin Bertugas/Kem
Komandan/Timbalan Kem Komandan;
16. Peserta yang bermasalah disiplin boleh dikenakan dendaan termasuk digagalkan dan
dihantar pulang;
17. Jangan bergurau secara berbahaya dengan rakan-rakan;
18. Setiap peserta dilarang membasuh pinggan atau membuang sisa makanan ke merata
tempat sebaliknya menggunakan tempat basuhan yang telah disediakan;
19. Jangan membuang sebarang kertas/tisu/kain/baju/seluar dalam atau tuala wanita ke
dalam lubang tandas;
20. Kawasan larangan bagi peserta kem ialah kawasan dewan, dapur urusetia, kawasan
penginapan pemimpin/pegawai, bilik urusetia dan kecuali hal mustahak dan diberi
kebenaran;
21. Peserta tidak boleh meninggalkan tempat aktiviti selagi aktiviti belum selesai kecuali
ke tandas sahaja;
22. Sebarang masalah, hendaklah merujuk kepada mana-mana Pemimpin Bertugas/ Kem
Komandan/Timbalan Kem Komandan sahaja.
FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG
Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan
berkulit tebal. (200 Foolscap Book)
Kulit Luar (Cover)
Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya
kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa
akibat basah.
Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta
pemeriksa embezakan buku-buku log yang ada halaman pertama
BUKU LOG LENCANA EKSPEDISI
NAMA:……………………………………………………………………
KUMPULAN:……………………………………………………………
DAERAH:…………………………………………………………………
Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para
pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam
menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).
Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh
maklumat adalah seperti berikut :
HALAMAN PERTAMA
Maklumat Asas:……………………………………………………….
Nama Penuh:……………………………………………………………
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan:……………………………….
Tarikh dan Tempat Lahir:…………………………………………..
No. telefon / Telefon bimbit:…………………………………….
e-mail:………………………………………………………………………..
Alamat surat menyurat:………………………………………………
Maklumat Kepengakapan : ………………………………………….
Tarikh Mula Berpengakap: …………………………………………….
Nama Patrol (terkini) : …………………………………………….
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini) : …………………………………………….
Nama dan alamat Sekolah (terkini) : …………………………………………….
Daerah (terkini) : …………………………………………….
Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan: …………………………………………….
Alamat tetap: …………………………………………….
Nama Bapa dan pekerjaannya: …………………………………………….
No. telefon / Telefon bimbit: …………………………………………….
Nama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit: …………………………………………….
ikut isi kandungannya.
Biadota Patrol (Ahli Patrol)
HALAMAN KEDUA
Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian
lencana (bagi buku log Lencana Ekspedisi). Ruangan untuk tandatangan pengesahan
pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang
disenaraikan.
Nota :
Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan)
mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan
pada buku log.
FOTO, LAKARAN LAPORAN, RINGKASAN LAPORAN DAN SAMPEL DI DALAM BUKU LOG
Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi
untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah
tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman
ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.
Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam
Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan
untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti
tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku
log haruslah mempelajari teknik mengawet
(sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di
dalam buku log mereka.
Dalam masa yang sama setiap tugasan yang
diberikan perlu diselesaikan dan laporan perlu
ditulis dalam buku log ekspedisi. Penulis perlu
mendapatkan pengesahan (jika perlu) seperti cop
atau tanda tangan di tempat atau lokasi tugasan
dilaksanakan (sekiranya ada).
Lakaran ataupun lukisan perlu
dilukis sendiri oleh penulis.
Pemeriksa buku log tidak menilai
atas cantik atau tidaknya
sesebuah lukisan yang dibuat di
dalam buku log, Apa yang lebih
penting ialah penulis berupaya
menyampaikan laporan serta
nota dengan jelas hasil dari kerja
tangan mereka sendiri.
Contoh penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam Buku Log haruslah
benar, asli dan jelas. Penulis haruslah
menggunakan ayat yang ringkas tetapi
padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan
ayat yang panjang berjela-jela.
Peta, Peta perjalan perlu dilukiskan dengan
jelas dan menyatakan arah perjalan setiap
lokasi.
Perlu menyiapankan tugas-tugas yang
diberikan disertakan bukti-bukti dalam
bentuk benda, gambar, temubual dan cop
pengesahan sebagai bukti didalam buku log
mereka
Contoh Penulisan Ringkasan Laporan di dalam buku Log
Contoh Sijil Lencana Ekspedisi