Download - PERMAINAN TERHEBAT

Transcript
Page 1: PERMAINAN TERHEBAT

PERMAINAN TERHEBAT ABAD INI

Jika kita melihat kepada sebuah permainaan,pasti kita akan merasa kagum ,terpesona dan tertawan dengan cara ,strategi,kaedah, serta aksi yang wujud di dalam sesebuah permainan. Kepada peminat bola sepak terutamanya,gaya sepakan ,bagaimana gol dijaringkan ,cara through pass bola dan sebagainya,semuanya itu akan membuatkan anda tergamam dan membuatkan denyut jantung bertambah laju sehinggakan ada yang terkena stroke akibat terlalu tertekan dengan suasana permainan bola sepak.

Perhatian buat penduduk dunia,anda semua sedang berada di dalam permainan ciptaan Allah. Sebab itu terdapat ujian,cabaran,dugaan dan setiap kali datang ujian,anda akan diberi ganjaran dan balasan.

Jika dunia adalah permainan catur maka manusia adalah buahnya. Seluruh buah catur adalah manusia dan manusia hnayalah milik Allah semata. Namun permainan ini bukanlah permainan catur ,bola sepak,ragbi dan sebagainya tetapi ia adalah permainan PERINTAH VS LARANGAN.

Di sini kita boleh melihat bagaimana hebatnya Allah Azzawajalla merancang,menyusun atur strategi, gerakan dan perancangan. Jika diamati tentang hadith –hadith Nabi mengenai

yakjuj dan makjuj,Dajjal,Imam Mahdi,NAbi Isa dan sebagainya maka ianya adalah bersifat pemberitahuan semata dan tidak bersifat PASTI. Kerana Nabi Muhammmad hanyalah pernyampai semata-mata. “Penyampai khabar gembira dan pemberi peringatan. “

Page 2: PERMAINAN TERHEBAT

Justeru itulah siapakah ynag akan memastikan hadith ini benar. ALLAH YANG AKAN MENENTUKAN SEGALANYA. Jika diperhatikan hadith nabi berkenaan seolah-olah simbolik sahaja tetapi TIDAK MUSTAHIL SEANDAINYA IA BENAR-BENAR TERJADI.

Berbalik kepada permainan PERINTAH VS LARANGAN. Rujuk dalil “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”Surah Al-Insan ayat 2. “Tidaklah Kami jadikan Dunia ini hanyalah sebagai permainan dan senda gurau”. Setiap ayat Allah adalah perintah dan hukum Allah. Setiap hukum perlu ditegakkan. Bermakna 6666 atau 6000 lebih ayat Al-Quran adalah perintah Allah dan ia perlu dan wajib ditegakkan. Perintah ini adalah hak Allah. Perintah ini terbahagi kepada 2 iaitu Perintah atau suruhan dan Larangan atau Tegahan.

Jika setiap perintah ini dijaga maka in’syaallah Allah akan bersama dengan kita selamanya. Tetapi seandainya perintah ini ditentang,dicampur adukan,dipelekehkan maka secara tidak sedar kita akan dikawal oleh Tuhan yang satu lagi iaitu SYAITAN. Jika kita amati setiap perintah Allah ,kita akan faham bagaimana Allah berperanan di dalam hidup manusia. Contohnya Allah memerintahkan kita untuk tidak sombong,jangan buruk sangka, dirikan solat ,ingat Alah ketika berdiri,berbaring,duduk ,tegakkan makruf,cegah yang mungkar dan sebagainya maka setiap perintah itulah Allah akan berada dengan kita. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Surah Al-Hadid ayat 4.

Page 3: PERMAINAN TERHEBAT

Berbeza pula sebaliknya,jika larangan ini diceoboh maka secara mudahnya kita akan masuk ke dalam wilayah berkiblatkan Syaitan. Syaitan adalah Raja penderhaka, raja yang lalai,raja yang sombong,raja yang ingkar,raja yang keras kepala,raja yang suka melanggar perintah dan suruhan. Maka apabila 1 sahaja perintah Allah ini dilanggar maka kita akan termasuk ke dalam wilayah taklukan syaitan dan Syaitan akan menjadikan kita sebagai hamba sama ada secara kita sedar atau tidak. Bagi yang tidak sedar mereka hanya akan menganggap artikel ini sekadar pendapat semata-mata dan mereka akan menyerahkan nafsu,semangat,harta,jiwa,roh dan sebagainya untuk syaitan. Bagi yang sedar maka mereka akan mebuat perubahan pada diri insya’Allah. Secara mudahnya,lihat kembali sirah Nabi Adam dan Siti Hawa ketika berada di syurga. Syaitan telah memujuk Siti hawa untuk agar meyeru Nabi Adam supaya melanggar perintah Allah iaitu pada ketika itu Pokok Zaqqum. Perhatikan bagaimana bisikan itu dilaksanakan dan peranan Siti Hawa dalam kisah ini. Di dalam artikel ana Permata bernama Wanita,ana menceritakan tentang kedudukan wanita di sisi Allah. Tetapi kedudukan itu telah dipesongkan oleh syaitan dalam mencetuskan konflik dunia hari ini. Beberapa perintah lagi adalah jangan berpecah dan berbeza sama ada pengurusan,jemaah,kaedah,kasta,politik, bangsa dan sebagainya. Kerana apa perintah Allah sedemikian.?

Page 4: PERMAINAN TERHEBAT

Di setiap lapangan larangan,Syaitanlah Tuhan. Beerti lapangan perbezaan ini jangan diwujudkan sama sekali. Hanya 1 sahaja jurang yang tidak perlu dirapatkan iaitu jurang antara lelaki dan wanita. Itu sahaja. Apabila ia dirapatkan maka kesannya boleh dilihat disekeliling. Bagi setiap lapangan perbezaaan ini bila-bila masa sahaja akan dimanipulasikan oleh Syaitan.

Pada pendapat ana sila perhatikan semula gerak kerja antum dan gerakan Islam seluruhnya,satukan sistem yang terbaik,fokus pada masalah asal kita iaitu menyeru manusia kepada Allah semata-mata. Setiap seruan,langkah,jiwa,akal yang menyeru manusia kepada Allah adalah Islam. Pada sisi Allah,Islam adalah agama tetapi pada manusia ianya adalah

ruang,dimensi,tempat,alam atau suasana yang tenang dan damai di bawah tajaan Allah.

Permainan Perintah VS Larangan ini hanya terdapat 2 pemain iaitu Allah dan Syaitan sahaja. Tiada lagi watak lain insya’Allah. Manusia hanyalah pelakon tambahan dan watak sampingan sahaja. Dalam permainan bola sepak,manusia hanyalah bola yang akan dimasukkan ke dalam jaring. Dalam permainan catur manusia hanyalah buah.”Sesungguhnya Kami menciptakan manusia ini lemah”. Tolnglah sedar akan hakikat ini. Pilihlah unutuk menjadi pelakon sampingan Allah atau pelakon pembantu Syaitan.

Page 5: PERMAINAN TERHEBAT

Harapan ana kepada sesiapa yang membaca artikel ini ,senyum dan ketawalah sepuas-puasnya kerana antum semua telah diperdaya oleh permainan Dunia ini. Wah …ha..ha..afwan jika kelihatan kasar tetapi hakikatnya mudah dan ringkas. Segala-galanya berakar umbi pda Allah. Jiwa,nyawa,jasad,akal,nikmat dan kehidupan ini adalah milik Allah secara mutlak. Segala-galanya milik Allah. Ayuh katakan tidak kepada SYAITAN.

Ana sudahi artikel ini dengan surah An-Nas….JZK n SALAM

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.

Raja manusia.

Sembahan manusia.

dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi,

yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.

dari (golongan) jin dan manusia………..


Top Related