Download - Permainan Kecil Kanak-kanak
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
1/27
1
1.0 PENDAHULUAN
Teaching Games for Understanding (TGfU) telah diperkenalkan oleh Bunker dan
Thorpe pada tahun 1982 dengan matlamat utamanya adalah untuk memperkembangkan
kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk
menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat
keputusan yang sesuai ketika permainan berlangsung.
Selain itu, TGfU menekankan bagaimana pelajar atau pemain bukan sahaja perlu
mengetahui bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting
untuk pemain itu belajar membuat keputusan dengan pantas dan tepat ketika bermain.
TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan pemahaman yang
menyeluruh pada setiap permainan yang dijalankan. TGfU juga menjadikan kelas
pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka
ria .Model TGfU digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani
sehingga masa kini
Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan
diperkembang dari semasa ke semasa.Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah
mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama iaitu sasaran, menjaring,
memadang dan menghalang.
Tujuan pengkategorian permainan adalah untuk menggalakkan palajar-pelajar
melibatkan diri dalam pelbagai permainan.Setelah mempelajari salah satu permainan
dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas mengenai peraturan,
kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut. Oleh itu, pelajar akan mampu untuk
menyertai permainan lain dalam kategori yang sama. Contohnya, pelajar yang telah belajar
bola keranjang atau bola sepak dapat bermain bola baling.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
2/27
2
2.0 MATLAMAT
2.1 Untuk melahirkan insan yang berkeupayaan serta berkebolehan dari segi aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
2.2 Membolehkan ahli kumpulan dapat melaksanakan satu permainan kanak-kanak
berpandukan kategori pukulan/pemadang yang terdapat di dalam Model Bunker and
Thorpe (1982).
2.3 Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan danintegrasisosial setiapindividu
mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada
masyarakat.
2.4 Memberi keyakinan diri kepada setiap guru untukmengajarPendidikan Jasmani
dengan menarik dan kreatif pada masa kelak.
2.5 Memperbaikisertamempertingkatkan mutupergerakanaktiviti harian dalam
permainan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran memukul
3.2 Mempelajari teknik memukul yang betul
3.3 Memupuk semangat kerjasama
3.4 Membina keyakinan diri
3.5 Melahirkan insan yang aktif, kreatif dan inovatif
4.0 TAJUK PERMAINAN
Pukulan Tenis
5.0 KATEGORI PERMAINAN
Jaring Dan Gelanggang
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
3/27
3
6.0 TARIKH DAN MASA
Amali permainan kanak-kanak ini akan diadakan pada bulan September
7.0 TEMPAT
Gelanggang Tenis IPG Kampus Darulaman
8.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar PISMP Semester 2 Minor Pendidikan Jasmani
9.0 BILANGAN PESERTA
3 orang pemain sepasukan
10.0 TEMPOH PERMAINAN
10.1 10 minit (4:2:4)
10.2 4 minit separuh masa pertama permainan, 2 minit waktu rehat dan 4 minit
separuh masa kedua permainan
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
4/27
4
11.0 ALATAN DAN KAWASAN PERMAINAN
Bil. Alatan Bahan / Rasional
1. Kayu Pemukul 1. Kotak
Ringan dan mudah didapati Keras dan sesuai untuk
memukul
Tidak memerlukan belanja yang
besar
2. Pita Pelekat
Kukuh dan tidak mudah terbuka
[STAR Cloth Tape (Binding
Tape)] Mengurangkan risiko kerosakan
kayu pemukul apabila basah
3. Ruang Pemegang
Memudahkan pemain untuk
memegang kayu pemukul
Pemilihan bentuk segi empat
merupakan variasi daripada
kayu pemukul sedia ada yangkebanyakannya hanya
menggunakan bentuk bulat
2. Bola Lantun 1. Pita Pelekat
Mengurangkan risiko kerosakan
kayu pemukul apabila basah
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
5/27
5
3. Gelanggang 1. Gelanggang Tenis
Luas dan mencukupi bagi 3
orang pemain. (Gelanggang
boleh diubah bergantung
kepada jumlah dan saiz
pemain)
4. Straw Minuman 1. Kawasan Larangan
Kekangan kepada pemain agar
lebih berhati-hati
2. Garisan Sepadan
Garisan-garisan yang
membolehkan pemain keluar
atau masuk
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
6/27
6
12.0 PELAKSANAAN PERMAINAN
12.1 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PERMAINAN KECIL
PENAUNG
Tuan Haji Mohd. Mustafa Bin Ahmad
(Pengarah IPG Kampus Darulaman)
PENASIHAT
Tuan Haji Salim Bin Awang Ngan
(Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
PENGERUSI
Siti Azira binti Jose
NAIB PENGERUSI
Nurul Anis Syuhada binti Adnan
SETIAUSAHA
Sonia Jeane anak Usup
AJK PERALATAN
Estefa Dumang anak Benjamin
AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN PENGADILAN
Nurul Alifah binti Talibali
AJK MEDIA DAN DOKUMENTASI
Nor Atirah binti Ahmad
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
7/27
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
8/27
8
Bil Nama Pelajar
1. Dyg. Ana Nadia Sofiana Binti Awg. Shamsawi
2. Ena a/p Zamffri
3. Koo Shi Lee
4. Michelle ak Terence Janting
5. Munirah Binti Marjoh
6. Noorazirah Binti Musfah
7. Nur Eizzati Ibrahim
8. Nur Hazierah Binti Azmi
9. Rita Tang Teck Xin
10. Sharryfevyana ak Selan
11. Sharyn Arasok
Bil Nama Pelajar
1. Mahaletchumy A/P Subramaniam
2. Nur Firdarena binti Firdaus
3. Nurmelda binti Patric
4. Nor Amirah binti Mohd Rupiah
5. Suziana binti Basri
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
9/27
9
12.3 SENARAI SEMAK GERAK KERJA
1. Sebelum
Mengadakan perbicangan dengan semua ahli kumpulan
Melantik ahli jawatankuasa pertandingan serta senarai tugas masing-masing.
Mengadakan mesyuarat perbicangan untuk merancang pertandinagan permainan
kanak-kanak.
Membuat kertas kerja.
Menghantar kertas kerja kepada pensyarah bembimbing dan diluluskan.
Membuat tempahan hadiah, makanan dan membeli peralatan.
2. Semasa
Memastikan keselamatan pemain semasa bermain.
Memberi taklimat ringkas kepada pemain.
Memastikan pemain berada di venue permainan sewaktu permainan hendak
dijalankan.
Memastikan keadaan gelanggang selamat.
Pengadil mestilah berada di kawasan sepanjang permainan berlangsung.
3. Selepas
Post mortem.
Mengemas kawasan gelanggang.
Menyimpan semula alatan yang digunakan.
Membuat refleksi terhadap pelaksanaan permainan.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
10/27
10
12.4 CARA BERMAIN
1. Pemainakan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan
B. Setiap kumpulan akan diwakili oleh 3 orang pemain.
2. Kumpulan A dan kumpulan B akan berada di kawasan gelanggang masing-
masing.
3. Pemain akan diberikan sebuah kayu pemukul setiap seorang.
4. Sekiranya kumpulan A mendapat giliran melontar bola, pemain kumpulan A yang
berada ditengah akan membuat hantaran bola tersebut kepada kumpulan B
dengan menggunakan hantaran back hand dan bola haruslah tidak melantun
lebih dari sekali di gelanggang pihak lawan.
5. Sekiranya bola tersebut melantun lebih daripada sekali, markah mata akan diberi
kepada pihak yang menghantar bola.
6. Pemain daripada kumpulan B yang mendapat bola tersebut akan melontar
kembali kepada pihak lawan atau menghantar bola tersebut kepada ahli
kumpulannya sendiri dengan menggunakan mana-mana teknik pukulan.
7. Sekiranya bola tersebut dapat disambut sebanyak tiga kali dalam kumpulan
tersebut dan melontar kembali kepada pihak lawan, maka, markah mata
tambahan akan diberikan kepada kumpulan tersebut.
8. Namun, jika pihak lawan gagal menyambut bola tersebut, peluang untuk
membuat lontaran bola akan diberi kepada pihak yang bertentangan dan markah
mata akan diberikan kepada kumpulan yang menang.
9. Markah mata juga akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang berjaya
melontar bola kepada pihak lawan tetapi tidak dapat disambut oleh pihak lawan.
10. Selain itu, bola tidak boleh jatuh dalam kawasan larangan atau terkeluar dari
kawasan gelanggang. Markah mata akan diberi kepada pihak lawan sekiranya
pihak yang membuat lontaran melakukan kesilapan.
11. Kemenangan kumpulan bergantung kepada jumlah mata yang terbanyak yang
dapat diperoleh.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
11/27
11
12.5 PERATURAN PERMAINAN
12.5.1 Penyertaan
12.5.1.1 Peserta terdiri daripada pelajar kumpulan PISMP
MT/PJ/BI/BM 1 dan 2.
12.5.1.2 Bilangan peserta dari setiap kumpulan adalah seramai 3
orang
12.5.2 Format Pertandingan
1. Pukulan servis hanya boleh dilakukan oleh pemain yang berada di
tengah.
2. Pemain yang melakukan pukulan servis hanya boleh
menggunakan kemahiran pukulan back hand.
3. Manakala, ahli kumpulan yang lain boleh menyambut bola
tersebut menggunakan mana-mana teknik pukulan yang
bersesuaian.
4. Pengiraan mata bergantung kepada jumlah bola yang tidak dapat
disambut oleh pihak lawan, jumlah bola yang masuk ke dalam
kawasan larangan dan jumlah bola yang dapat diberikan kepada
ahli kumpulan sendiri sebanyak 3 kali berturut-turut.
5. Sekiranya kumpulan A menghantar bola kepada B tetapi gagal
disambut, maka kumpulan A akan mendapat 1 mata dan
sebaliknya.
6. Jika bola yang dipukul oleh kumpulan yang melakukan servis
terjatuh atau masuk ke dalam kawasan larangan, maka pihak
lawan akan mendapat markah mata percuma.
7. Mata tambahan sebanyak 3 mata akan diberikan kepada mana-
mana kumpulan yang berjaya menghantar dan menyambut bola
tersebut sebanyak 3 kali berturut-turut kepada ahli kumpulan
mereka sendiri sebelum menghantar kepada pihak lawan.
8. Permainan akan berlangsung selama 4 minit bagi separuh masa
pertama, 2 minit bagi waktu rehat dan 4 minit bagi separuh masa
kedua.
9. Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dikira sebagai
pemenang.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
12/27
12
12.5.3 Pakaian
Setiap kumpulan dikehendaki memakai pakaian sukan yang
sesuai dan seragam.
12.5.4 Pakaian
12.5.4.1 Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kecuaian yang boleh
menyebabkan kemalangan, kecederaan ataupun kehilangan harta
benda sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
12.5.4.2 Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang
tertutup dan dapat membolehkan bola melantun apabila melantun
ke lantai.
12.5.4.3 Pastikan jarak pemain antara kumpulan yang lain sesuai
bagi mengelakkan kemalangan berlaku.
12.5.4.4 Bola yang digunakan mestilah lembut dan tidak terlalu
keras. Contohnya, fit ball.
12.5.4.5 Pakaian yang dipakai mestilah sesuai.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
13/27
13
Rajah 1.0: Simulasi Permainan Kecil Kanak-Kanak (Pukulan Tenis)
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
14/27
14
13.0 RUMUSAN
Melalui permainan kanak-kanak Pukulan Tenis ini, murid-murid dapat belajar beberapa
kemahiran asas bagi permainan badminton,tenis dan bola tampat. Antara kemahiran asas yang
dapat diterapkan kepada murid-murid ialah:
1. Kemahiran asas servis
2. Kemahiran asas memukul bola
3. Kemahiran asas menimbang bola
Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran asas yang dipelajari
dalam permainanbadmintan, tenis dan bola tampar.
Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan
menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid.Permainan ini juga memberi peluang
kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu
murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir
dalam kemahiran tersebut.
Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid.Hal ini kerana melalui
permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka
sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketikan bermain dan
sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar.
Disamping itu, melaui permainan ini juga dapat meningkatkan konsentrasi murid-murid.
Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain
untuk menyambut hantaran daripada pihak lawan. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-
murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas.
Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak ini bukan sahaja dapat menjadikan
belajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai
murni dalam diri murid-murid.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
15/27
15
14.0 REFLEKSI
Refleksi oleh Nor Atirah bin Ahmad
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Illahi dgn limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan jayanya. Melalui perlaksanaan kerja kursus pendek
ini yang bertajuk Permainan Kanak-kanak, saya telah memperoleh pelbagai ilmu yang
berkaitan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Saya juga dapat mengetahui secara lebih
terperinci mengenai kategori permainan yang diperkenalkan melalui model Bunker dan Thorpe.
Sebelum menjalankan kerja kursus, saya telah mencari bahan yang bersesuaian di
perpustakaan seperti buku-buku yang berkaitan dengan Permainan Kecil dan Permainan
Kanak-kanak. Di samping itu, saya mencari maklumat di internet sebagai sumber kedua bagi
memenuhi maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Perancangan yang sistematik dan rapi amat diperlukan agar mendapat hasil kerja yang
memuaskan diri sendiri dan juga pensyarah pembimbing.
Selain itu, kerja kursus ini memerlukan kami berfikir dengan kreatif dan kritis kerana
peralatan dan kawasan permainan berasaskan bahan-bahan terbuang. Oleh itu, kumpulan kami
memilih kotak sebagai bahan utama bagi mencipta permainan kanak-kanak ini. Kotak ini kami
jadikan sebagai raket. Di samping itu, kami juga perlu memikirkan aspek kekukuhan dan
selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Nama yang sesuai juga perlu diberikan kerana
nama permainan itu sebenarnya pandangan awal tentang permainan yang kami cipta.
Impak daripada kerja kursus ini ialah saya dapat mengetahui dan memahami dengan
lebih mendalam tentang pendekatan TGFU yang diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe
(1982). Kerjasama dalam kumpulan juga amat penting untuk mencipta sesuatu permainan baru.
Penyatuan idea sesame ahli kumpulan akan menghasilkan hasilan kerja yang baik. Di samping
itu, peraturan dan cara bermain juga harus kami sesuaikan dengan peringkat umur kanak-
kanak.
Akhir kata, saya berharap agar pensyarah pembimbing dapat menerima hasil kerja saya
serta memberi komen yang membina supaya saya dapat memperbaiki hasil kerja saya pada
masa akan datang. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing kerana memberikan tunjuk ajar yang secukupnya kepada saya.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
16/27
16
Refleksi oleh Siti Azira binti Jose
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya tidak mempunyai banyak masalah kerana
semua rakan sekumpulan sangat komited dengan tugas yang telah diagihkan. Cuma, kami
banyak kali memikirkan permainan apakah yang sesuai dengan kategori permainan kami. Pada
mulanya, kami memilih permainan yang berunsurkan bola jaring. Tapi, menurut salah seorang
pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani yang ditemui oleh kami mengatakan bahawa bola
jaring ialah permainan yang berunsurkan permainan kategori sasaran. Jadi kami terpaksa
mengubah permainan kami kepada permainan lain yang lebih sesuai.
Hasil daripada perbincangan dalam kumpulan, kami akhirnya setuju untuk
melaksanakan satu permainan yang mirip kepada tenis.Dalam melaksanakan permainan
tersebut, kami harus menggunakan bahan terbuang. Jadi, kami bercadang untuk menghasilkan
raket yang diperbuat daripada botol plastik. Namun begitu, kami dapati sangat sukar untuk
membuat raket daripada botol plastik. Akhirnya, kami menggunakan kotak terbuang untuk
dijadikan raket. Amat melucukan apabila sesudah siap, raket yang kami hasilkan serupa
dengan papan pemotong daging.
Implikasi tugasan ini kepada saya ialah saya sedar bahawa saya suka melewat-
lewatkan kerja. Oleh sebab itulah, saya berserabut di saat-saat akhir. Jadi, saya sedar bahawa
saya tidak sepatutnya mengulangi perkara tersebut pada masa akan datang. Selain itu,
terdapat juga implikasi positif tugasan ini terhadap saya iaitu melalui tugasan inilah saya
mengetahui apa itu TGFU. Tugasan ini juga menjadikan saya dapat berfikir dengan lebih kreatif
dan kritis contohnya dalam pembuatan alatan permainan kerana dalam menghasilkan alatan-
alatan tersebut, kami sekumpulan harus menyatakan rasional penggunaan alatan tersebut.
Saya berharap agar pada masa akan datang, saya dapat melakukan tugasan seperti ini
bersama ahli kumpulan yang sama iaitu Sonia Jeane, Nurul Anis Syuhada, Nor Atirah, Estefa
dan Nurul Alifah agar tugasan kami nanti dapat dilaksanakan lancar seperti ini.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
17/27
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
18/27
18
pelbagai permainan yang menyeronokkan dapat kami cipta dan kami menilai sesebuah
permainan tersebut dari pelbagai sudut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan
Selain itu, saya dapati bahawa saya dapat menambahkan kemahiran berkomunikasi
saya setelah menjalani kerja kursus pendek ini. Kemahiran berkomunikasi amat penting
terutamanya bagi seorang guru. Seorang guru harus mahir dalam berkomunikasi dengan orang
lain kerana mereka biasanya akan berurusan dengan pelbagai jenis dan ragam manusia
semasa menjalankan tugas mereka. Saya berasa tugasan ini telah membantu saya membaiki
kemahiran komunikasi saya kerana tugasan ini memerlukan saya untuk membuat simulasi
mengenai permainan kecil kami di hadapan kelas. Tambahan pula apabila melakukan sesuatu
perkara secara berkumpulan, memang tidak dapat dinafikan akan berlakunya percanggahan
dari segi fahaman dan cara kerja. Oleh itu, kemahiran berkomunikasi perlu ada bagi menangani
masalah tersebut.
Kesimpulannya, tugasan yang telah diamanahkan kepada kumpulan kami pada kali ini
banyak memberi implikasi kepada saya baik dari sudut ilmu pengetahuan mahupun dari sudut
nilainilai murni sepanjang melaksanakan tugasan ini. Saya telah belajar mengenai cara
merancang sesuatu aktiviti, kepentingan pendekatan bermain sambil belajar, betapa pentingnya
semangat bekerjasama, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan mematangkan pemikiran
agar dapat berfikir secara kritis serta kreatif melalui tugasan ini. Selain itu, saya juga dapat
mengetahui dimana kekuatan dan kelemahan diri saya. Saya akan cuba untuk membaiki
kelemahan diri saya dengan sentiasa membuat refleksi dan muhasabah diri. Saya berharap
dengan mengambil inisiatif tersebut, saya dapat menjadi lebih bijak dalam menangani sesuatu
masalah kelak. Sesungguhnya, segala pengalaman dan ilmu yang telah diperoleh sepanjang
melaksanakan tugasan ini telah banyak membantu saya mempersiapkan diri untuk menggalas
tugas dan tanggungjawab sebagai bakal pendidik pada masa hadapan.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
19/27
19
Refleksi oleh Estefa Dumang anak Benjamin
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana telah memberkati
perjalanan kerja kursus permainan kanak kanak ini sehingga ia telah berjaya
didokumentasikan dengan lancar. Sehubungan dengan itu, saya juga ingin mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya, iaitu Encik Yusry bin
Azizan yang sudi memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang kami
melaksanakan kerja kursus ini.
Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini banyak ilmu dan pengetahuan yang baru saya
perolehi terutamanya berkenaan dengan permainan kanak kanak. Kumpulan kami telah
memilih untuk melaksanakan permainan kanak kanak yang menggunakan konsep jaring dan
gelanggang. Melalui permainan kanak kanak yang kami cipta ini, kami menekankan
kemahiran asas melambung dan memukul bola untuk diterapkan dalam diri kanak kanak.
Secara tidak langsung, kerja kursus ini dapat memberi peluang kepada saya untuk berfikir
secara kreatif dan kritis dalam mencipta permainan kanak kanak dengan lebih menarik lagi.
Pengetahuan seumpama ini amat penting untuk diaplikasikan ke dalam diri untuk menjadi
seorang guru yang berkebolehan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kelak.
Selain itu, melalui perlaksanaan kerja kursus ini juga saya berpeluang membentangkan
hasil perbincangan ini bersama sama rakan rakan seperjuangan untuk dikongsi bersama
semua. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap keyakinan saya untuk
mengendalikan sesuatu pembentangan. Bahkan kami juga berpeluang untuk bertukar tukar
idea dan pendapat dalam memperbaiki kekurangan dalam permainan kanak kanak ini.
Sesungguhnya, idea idea yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam
melaksanakan kerja kursus ini.
Di samping itu, saya juga mendapati bahawa melalui permainan kanak kanak ini
penghayatan nilai murni dapat dipupuk. Antara nilai murni yang dapat diterapkan dalam
permainan kanak kanak ini ialah dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan kanak
kanak, memupuk semangat setiakawan ketika bermain dan memantapkan semangat
kesukanan dalam diri kanak kanak. Penghayatan nilai nilai murni seumpama ini amat
penting diamalkan sejak kecil lagi supaya pembentukan jati kanak kanak boleh dibentuk
dengan baik dan sekaligus dapat melahirkan modal insan yang bersahsiah mulia. Bukan itu
sahaja, kanak kanak juga berpeluang untuk menguasai kemahiran asas yang terdapat dalam
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
20/27
20
sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan seperti kemahiran asas memukul bola,
kemahiran asas membaling bola, kemahiran asas servis bola dan sebagainya dengan cara
yang betul.
Saya juga turut mendapati bahawa perlaksanaan kerja kursus kali ini memberi peluang
kepada saya sebagai seorang guru pelatih mencipta peralatan untuk kanak kanak bermain
permainan ini. Berdasarkan aspek tersebut, saya mula menyedari bahawa bukan senang untuk
mencipta peralatan untuk permainan ini kerana kami digalakkan untuk menggunakan bahan
bahan yang terbuang. Malahan, kami juga haruskan menitik beratkan unsur keselamatan
kanak kanak dan aspek ketahanan peralatan permainan tersebut dalam proses penciptaan
peralatan permainan ini. Antara peralatan permainan yang kami cipta ialah pemukul bola yang
dicipta menggunakan kotak dan bola yang dicipta daripada surat khabar.
Secara keseluruhannya, perlaksanaan kerja kursus ini memberi banyak manfaat kepada
saya dari aspek ilmu pengetahuan keguruan, jenis permainan kanak kanak yang sesuai
dilaksanakan di sekolah dan penerapan nilai murni. Saya berharap kerja kursus pada masa
akan datang dapat memberikan saya input yang maksimum seumpama ini sebelum saya
menginjakkan kaki ke alam pekerjaan kelak.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
21/27
21
Refleksi oleh Nurul Anis Syuhada binti Adnan
Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin dari-Nya dapatlah jua
kami menyiapkan tugasan projek bagi subjek PJM 3102 di bawah tajuk, Permainan
Kecil.Pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang telah diperoleh sepanjang saya
menyiapkan tugasan projek ini.
Segalanya bermula apabila pensyarah bagi subjek ini iaitu EncikYusainy bin Azizan
menyerahkan tugasan ini kepada kami. Perkara pertama yang dilakukan adalah membahagikan
ahli kelas kepada kumpulan di mana setiap kumpulan haruslah mempunyai antara 5 hingga 6
orang ahli. Setelah undian dilakukan, kumpulan saya dikehendaki untuk mencipta satu
permainan kecil yang berkaitan dengan jaring dan gelanggang. Tugasan ini bukanlah satu
tugasan yang mudah kerana pelbagai aspek perlu diambil kira namun kami yakin bahawa kami
mampu melakukannya dengan baik seperti kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada
jalan.
Sebaik mendapat penerangan tentang apa yang harus kami lakukan daripada
pensyarah, saya dan ahli kumpulan mengadakan perbincangan untuk tugasan kami. Merangka
isi untuk tugasan adalah perkara awal yang paling penting untuk dilakukan agar kami tidak
terlepas mana-mana bahagian yang sepatutnya disiapkan. Kemudiannya, kami membahagikan
tugas kepada setiap ahli kumpulan. Pembahagian tugasan ini adalah penting dalam usaha
untuk memastikan tugasan ini dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Namun
demikian, sebagai satu kumpulan, kami tetap saling membantu antara satu sama lain.
Sejurus itu, saya terus melakukan pencarian bahan di perpustakaan kampus. Saya
harus bijak mengatur waktu agar semua pekerjaan yang perlu saya lakukan dapat diselesaikan
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Di perpustakaan, sayamencari buku-buku yang
berkaitan dengan permainan kecil yang akan kami lakukan.
Bagi menambahkan lagi bahan untuk lebih mendapatkan idea, saya meneruskan pencarian
bahan dan idea di internet. Mujurlah pencarian saya banyak memberikan maklumat yang
diperlukan. Hampir setiap hari saya dan rakan berbincang mengenai perkembangan hasil kerja
kami. Alhamdulillah, kami merasakan bahawa kami mampu untuk menghasilkan yang terbaik
ditambah pula dengan bantuan daripada rakan-rakan sekelas serta pensyarah yang tidak lokek
berkongsi idea bagi menambahbaikkan hasil kerja kami.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
22/27
22
Tugasan permainan kecil ini sememangnya banyak memberikan pengetahuan baru kepada
saya. Melalui tugasan ini, sedikit sebanyak saya dapat mengetahui tentang keperluan jasmani
kanak-kanak yang akan menjadi anak didik saya kelak berdasarkan soalan tugasan ini yang
mahukan kami untuk mencipta sebuah permainan kecil berdasarkan kategori permainan yang
telah ditetapkan. Secara tidak langsung juga saya telah membaca tentang teori-teori yang
berkaitan dengan jasmani kanak-kanak semasa melakukan tugasan ini.
Dalam melaksanakan tugasan ini, pelbagai halangan dan kekangan terpaksa ditempuh.
Sebagai seorang yang masih bergelar pelajar dan belum mempunyai pendapatan sendiri,
kewangan merupakan masalah utama ketika melaksanakan tugasan ini. Namun demikian,
setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi mengurangkan kos perbelanjaan, kami telah
menggunakan barang-barang terpakai dengan semaksima mungkin bagi menghasilkan bahan-
bahan untuk tugasan ini.
Kemudiannya, saya terpaksa berperang dengan waktu. Hal ini kerana hamper kesemua subjek
menuntut perhatian saya pada masa yang sama. Ada ketika terasa diri mahu menyerah namun
demikian saya cuba menguatkan diri berbekal kata semangat yang diberikan oleh ahli
kumpulan serta rakan-rakan. Alhamdulillah, sayamampu menyiapkan tugasan dengan jayanya.
Sesungguhnya, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh amatlah berguna dalam
membantu saya untuk menjadi seorang pendidik Pendidikan Jasmani kelak. Jutaan terima
kasih buat semua di atas segala tunjuk ajar yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
23/27
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
24/27
24
bahan yang sahih melalui laman web. Hal ini kerana terdapat beberapa bahan di dalam internet
yang bercanggah antara satu sama lain.
Namun, syukur kerana kami telah Berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan
bijak dan rasional. Bagi masalah pengurusan masa, kami telah menyusun dan menetapkan
beberapa masa yang terluang untuk perbincangan kumpulan. Selain itu, masalah bahan
rujukan buku dapat kami atasi dengan meminjam sebahagian daripada senior dan rakan-rakan
yang lain. Disamping itu juga,kami telah menganalisis setiap bahan yang kami peroleh melalui
laman web dan membandingkannya dengan bahan buku. Pada masa akan datang, saya akan
memastikan masa saya lebih tersusun dan teratur. Malahan, saya akan cuba memperoleh
beberapa sumber rujukan lain dan tidak hanya terikat pada dua sumber sahaja iaitu internet dan
buku.
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
25/27
25
15.0 RUJUKAN
Teaching Games Centred Games Using Progressive Principles Of Play. Dipetik pada 12 Ogos
2012 daripada http://web.uvic.ca/~thopper/articles/Cahperd/principle.htm
TGFU. Dipetik pada 11 Ogos 2012 daripada
http://hanasyakira90.blogspot.com/2010/05/tgfu.html
TGFU (Teaching Games for Understanding). Dipetik pada 11 Ogos 2012 daripada
www.sportnz.org.nz/Documents/.../Coaching/ TGfU_Resource.doc
Kraf Bahan Terbuang. Dipetik pada 12 Ogos 2012 daripada
http://artventurekids.wordpress.com/tag/kraf-bahan-terbuang/
http://web.uvic.ca/~thopper/articles/Cahperd/principle.htmhttp://hanasyakira90.blogspot.com/2010/05/tgfu.htmlhttp://artventurekids.wordpress.com/tag/kraf-bahan-terbuang/http://artventurekids.wordpress.com/tag/kraf-bahan-terbuang/http://hanasyakira90.blogspot.com/2010/05/tgfu.htmlhttp://web.uvic.ca/~thopper/articles/Cahperd/principle.htm -
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
26/27
26
LAMPIRAN
-
7/31/2019 Permainan Kecil Kanak-kanak
27/27