Download - peraturan dam aji
Lampiran A
PERATURAN PERTANDINGAN DAM AJI
PENGANJUR :
Kejohanan ini dianjurkan oleh Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Reka Bentuk Dan Teknologi 1 / Semester 5 Ambilan Januari 2009
TARIKH / TEMPAT/ MASA :
Kejohanan diadakan pada 26 Mac 2011(sabtu) bertempat di Dewan Bendahara IPG Kampus Sultan Mizan. Bermula pada pukul 8.00 pagi – 12.00 tengahari.
SYARAT – SYARAT PENYERTAAN :
Pertandingan ini terbuka kepada individu yang berminat, berbakat dan berpotensi dalam
permainan dam aji.
Peserta terdiri daripada pelajar lelaki atau wanita.
Setiap unit wajib menghantar 3 orang peserta yang terdiri daripada pemain utama, pemain
simpanan, dan pengurus.
Unit yang terlibat ialah:
PPISMP SEM2 : TESL1, TESL2, PJ, MATH, SN, PEM
PISMP SEM1 : RBT1, RBT2, PJ, KS, SN, PAI1, PAI2, BM, PRA1, PRA2
PISMP SEM3 : RBT1, RBT2, RBT3, RBT4, SN, KS1, KS2, PEM
PISMP SEM5 : RBT1, RBT2, KS1, KS2, SN1, SN2, PEM
PISMP SEM7 : PSV, KS1, KS2, SN, MATH, PJ
Jumlah : 37 unit
FORMAT PERTANDINGAN :
Kalah mati
Undian akan dilakukan
Lampiran B
PERATURAN PERMAINAN :
Pemain hanya dibenarkan menggunakan sebelah tangan sahaja semasa pertandingan, tangan kiri atau tangan kanan
Buah dan yang disentuh hendaklah digerakkan
Permainan tangkap ‘PLUS’ dibenarkan
Makan buah dam sama banyak, buah aji atau buah anak adalah terbuka pilihan pemain
Masa berfikir setiap pergerakan buah dam dihadkan selama 10saat sahaja
Pemain tidak dibenarkan mengganggu pihak lawan dengan kata-kata ataupun tingkahlaku
Pemain juga tidak dibenarkan merokok semasa bertanding
PERATURAN PERTANDINGAN :
Pertandingan format kalah mati
Pemain hanya diberi masa 30 minit sahaja
Setiap perlawanan akan bermain 1 papan sahaja
Kiraan buah dam akan dikira berdasarkan ‘Buah anak’ -1 mata ‘Buah aji’ – 2 mata
Pemain yang mempunyai buah dam lebih akan dikira pemenang setelah masa yang diberikan tamat
Jika kiraan buah dam sama banyak maka undian / lambungan syiling akan dilakukan bagi menentukan pemenang.
Sekiranya pemain / peserta gagal hadirkan diri dalam masa 5 minit setelah namanya dipanggil, maka kemengan percuma akn diberikan pada pihak lawan
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan diri serta harta benda peserta / pemain semasa pertandingan ini dijalankan
Pihak penganjur berhak menukar mana-mana peraturan jika difikirkan perlu dan semua keputusan penganjur adalah muktamad
BORANG PENYERTAAN :
Borang penyertaan boleh didapati di pintu masuk Dewan Bendahara IPG Kampus Sultan Mizan dan di meja urusetia pada hari pertandingan sebelum pukul 9.00 pagi.
Keterangan lanjut sila hubungi: Muhammad Faizal B. Mohamed (013-3157265)
Lampiran CBorang Penyertaan
PERTANDINGAN SUKAN TRADISIONAL –DAM AJIINTER UNIT PERINGKAT IPG KAMPUS SULTAN MIZAN KALI-1 TAHUN 2011
A. MAKLUMAT PESERTA
1. Nama : a)_____________________________________________________
b)______________________________________________________
2. No. Kad Pengenalan : a)_________________________________________
b)_________________________________________
3. Unit: ____________ 4. Semester: ________
B. PENGAKUAN PESERTA
Saya bersetuju untuk menyertai pertandingan ini dan berjanji akan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini disertakan bayaran yuran sebanyak RM15.00 bagi tujuan tersebut. Saya juga faham bahawa yuran tidak akan dikembalikan sekiranya saya gagal menghadirkan diri ATAU menarik diri. Saya faham bahawa urusetia dan pihak penganjur tigak bertanggungjawab di atas kemalangan, keceraan atau kehilangan harta benda di sepanjang pertandingan ini berlangsung.
…………………….... ……………….. (Tandatangan peserta) (Tarikh)
------------------------------------------------------Potong disini--------------------------------------------------------------
No.siri: C. PENGESAHAN BAYARAN RM15.00 BAGI PENYERTAAN PERTANDINGAN DAM AJI, PERTANDINGAN SUKAN TRADISIONAL –DAM AJI INTER UNIT PERINGKAT IPG KAMPUS SULTAN MIZAN KALI-1 TAHUN 2011
1. Nama :_____________________________________________________
2. No. Kad Pengenalan :_________________________________________
3. Tarikh :___________
……………………………
( Tandatangan Penerima)