Transcript

Peraturan Baru Kod Etika Pakaian Tingkatan 6 Mulai Tahun 2015Pelajar lelaki dan perempuan boleh berpakaian kasual seperti pelajar IPTA/ IPTS/ Matrikulasi untuk ke Pra Universiti Tingkatan 6 di Sekolah namun harus mengikut syarat yang tertera dibawah:

Pelajar Lelaki Dibenarkan pakai Baju dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain. Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat. Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan. Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter. Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim. Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan. Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.Pelajar Perempuan Baju kurung atau pakaian tradisional. Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut. Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan. Pakaian ketat juga tidak dibenarkan. Perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.


Top Related