-
8/22/2019 Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri Seseorang Warganegara
1/10
Peranan mata pelajaran sejarah dalam membina semangat patriotisme di dalam
diri seseorang warganegara .
Dari segi konsepnya, semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai semangat cinta
akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara
tercinta. Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan
negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa
bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan
negara. Patriotisme ialah "the more or less concious convictionof the person that his
own welfare and of that signifikant group he belongs to are depended uponthe
preservationn of the power and culture of his society." (Doob, 1964). Secara ringkasnya
semangat patriotisme berkait rapat dengan emosi mempertahankan kedaulatan negara,
institusi politik dan undang-undang negara daripada dicerobohi oleh kuasa asing.
Semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan
harmoni.yang dibina , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah
negara. Setiap warganegara perlu dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta
sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah
negara, seluruh rakyat dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara.
Tidak dinafikan sistem pendidikan di negara kita mendukung semangat
patriotisme. Buktinya Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah
(Kementerian Pelajaran:1994) telah menetapkan garis panduan agar nilai-nilai
patriotime perlu diterapkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu, subjek-subjek
seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Kajian
Tempatan dan lain-lain subjek sekolah rendah perlu menerapkan nilai-nilai patriotisme
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah penggabungjalinan. Begitujuga semasa aktiviti ko kurikulum. Di peringkat sekolah menengah pula, penerapan
nilai-nilai patriotisme dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi
,Pendidikan Islam dan lain-lain. Walaupun demikian, didapati bahawa tahap
penghayatan generasi muda akan semangat patriotisme agak rendah malah amat
mendukacitakan.
-
8/22/2019 Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri Seseorang Warganegara
2/10
Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan
peradaban bangsa sekaligus kecintaan yang mendalam kepada negara semakin
dilupakan. Negara pernah menyaksikan detik pahit apabila golongan tertentu di negara
kita yang pernah menjual maruah Malaysia di persada antarabangsa dengan insiden
seperti membakar Jalur Gemilang dan pengubahsuaian lirik lagu Negaraku suatu
ketika dahulu.Malahan pernah terpapar di dada- dada akhbar tentang perilaku anak-
anak Malaysia yang berada di luar negara tergamak melempar kata-kata berupa nista
yang memburukkan nama negara. Alpanya mereka bertutur sesuatu yang menjejaskan
imej dan nama negara ibarat mengumpat ibunda mereka sendiri, tanah tumpah darah
mereka yang banyak berjasa pada mereka. Generasi muda ini tidak mengenang jasa
ibu pertiwi, seumpama kacang lupakan kulit. Ini membuktikan tipisnya semangat
patriotisme di kalangan generasi muda kini. Generasi muda hari ini seolah telah lupa
untuk memelihara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai etnik
dan kaum seperti yang diwarisi di Malaysia.
Biasanya, golongan remaja yang tidak menyedari kepentingan sejarah silam
tidak memiliki semangat patriotik. Maka kerajaan telah memutuskan untuk menekankan
betapa pentingnya metodologi subjek sejarah melalui satu transformasi besar supaya
pengajaran dan pembelajarannya menjadi lebih relevan lagi menarik sekali gus berjaya
mendorong pelajar menghayati ilmu yang begitu penting dalam kehidupan manusia ini.
Kita juga lupa tentang kesengsaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana
kita tidak pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang
tidak mengetahui nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato'
Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana saban hari
mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan seperti Spiderman atau
Superman yang lebih menyeronokkan dan mengkhayalkan.
Peranan Sejarah Dalam Pendidikan
Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan awal di
peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting. Membina bangsa dengan
semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran
-
8/22/2019 Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri Seseorang Warganegara
3/10
Sejarah serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan
memberikan ilmu ke arah semangat cinta negara. Usaha sebegini dapat melahirkan
warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling
penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini
mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif. Pada masa yang
sama sejarah memberi kita peluang menghayati dan memahami kerelevenan sejarah
dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan. Cara memupuk semangat
patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu sejarah.
Justeru itu, Sejarah yang akan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014 akan menerapkan unsur
kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan murid memahami
serta menghayati sejarah negara secara mendalam. Matlamat umum pelaksanaan,
KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, elemen sejarah
yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini kurang
menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit. Jadi, kita mahu menekankan perkara ini supaya
mata pelajaran Sejarah dapat dihayati dan difahami oleh semua golongan masyarakat,
terutama generasi muda.
Ketiga-tiga unsur terbabit akan diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek sejarah yang menggunakan konsep pendidikan itu menyeronokkan
membabitkan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah, forum,
perbahasan, lakonan dan drama bagi mengelakkan murid sekolah rendah bosan ketika
menghadapi pelajaran serta dapat meningkatkan tahap pembelajaran di sekolah.
Menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah murid-murid
sekolah rendah berpeluang untuk meningkatkan semangat patriotisme. Sejarah dapat
menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar. Ini
sekaligus bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula
dari peringkat umur rendah.
-
8/22/2019 Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri Seseorang Warganegara
4/10
Pelbagai unsur patriotisme beleh diselitkan dalam sukatan Sejarah agar melalui
proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh memupuk semangat patriotisme
yang tinggi dalam diri pelajar.
Antara peranan yang dimainkan oleh subjek sejarah ialah sebagai pemangkin
kepada perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi
negara berbilang kaum. Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas
pembentukan sebuah negara yang progresif dan maju. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa bulat air kerana pembentung, bulan manusia kerana muafakat.
Remaja, sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk
terus memupuk semangat perpaduan. Negara pernah menyaksikan detik apabila
perpaduan antara kaum telah dicemari oleh insiden 13 Mei 1969. Oleh yang demikian,
sebagai generasi yang akan meneruskan legasi agenda perpaduan untuk generasi
akan datang maka wajarlah generasi muda hari ini menghargai dan teruskan
mengekalkan bibit perpaduan yang telah terbina sekian lama.
Pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar
mengenai asal-usul negara. Sukatan Sejarah yang cukup komprehensif izharnya dapat
memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu
ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sinergi antara
kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng
Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan.
Perkara ini sepatutnya perlu diketahui oleh setiap warganegara kerana sesiapa yang
melupakan akar bangsanya ibarat si Tenggang menderhakai ibunya. Sehubungan
dengan itu, mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh
untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.
Generasi muda hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah
negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air
dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan. Sebagai contoh.
tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat
semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli
falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan
kesilapan yang sama. Oleh itu remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan
-
8/22/2019 Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri Seseorang Warganegara
5/10
pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami,
menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi
warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam
kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Jadi, remaja mestilah
mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.
Penghayatan mata pelajaran Sejarah membolehkan kita membaca tentang
masalah perkauman dan perebutan kuasa yang berlaku antara pembesar-pembesar
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah membuka pintu kepada penjejahan
imperialis-imperialis Barat selama 446 tahun. Nasib rakyat peribumi tidak terbela dan
mereka hidup merana. Oleh itu,sudah tentu masyarakat pada zaman ini tidak
menginginkan peristiwa pahit tersebut berulang . Mereka akan berdiri, berfikir dan
bertindak sebagai bangsa Malaysia dan bukannya mengikut etnik masing-masing.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Begitu besar harapan bangsa
pada generasi muda hari ini. Maka adalah penting bagi mereka mempelajari nilai-nilai
patriotisme kerana mereka masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme mengajar
remaja mendisiplinkan diri. Generasi berdisiplin dan prodiktif adalah kemudi
pembangunan kepimpinan negra pada masa akan datang (Mahathir dan Belia; dalam
Saifuddin:2002). Jadi apabila nilai-nilai patriotisme disemai dalam jiwa setiap rakyat
Malaysia maka kita tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur asing yang
mempamerkan budaya dan acuan lain luar dari ciri-ciri Malaysia.
Rata-rata generasi muda hari ini memiliki kehidupan yang serba senang dan
mudah di kalangan generasi muda masa kini adalah satu faktor yang dikhuatiri
mengurangkan semangat patriotisme di kalangan mereka. Pelbagai kemudahan sosial,
kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran,
aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melekakan dan mengalpakan generasi muda
daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan bangsanya
atau peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara. Era globalisasi
dan liberasi melihatkan ledakan maklumat melalui kemajuan teknologi yang semakin
hari semakin canggih. Apabila remaja selesa menikmati kehidupan sebegini semangat
patriotisme jelas akan menipis.
-
8/22/2019 Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri Seseorang Warganegara
6/10
Seterusnya Sejarah juga mengajar kita agar mengelakkan diri daripada
mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme. Sikap etnosentrisme ialah sikap yang
mementingkan kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan
dengan kaum-kaum lagi di negara ini. Remaja perlu menghayati dan mengamalkan
Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah
pembentukan sebuah negara yang progresif. Remaja perlu menerima segala
perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.
Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu
kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Natijahnya, negara akan menjadi
mundur, masa depan negara kabur jika generasi pelapis luntur semangat
patriotiknya. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah
langit dijunjung. Jika semangat ini dapat diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara
kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.
Subjek Sejarah adalah satu-satunya saluran untuk menyampaikan warisan
negara dan legasi kebudayaan kepada generasi masa kini.. Melalui subjek Sejarah,
para pelajar akan didedahkan kepada kesusahan dan kepayahan masyarakat lalu
berjuang mempertahankan negara. Contohnya, melalui sejarah, penentangan yang
berlaku di Bukit Kepong. Para anggota polis telah bersusah payah untuk menentang
pihak komunis sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan keluarga mereka. Hal ini
sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan cinta yang mendalam para pelajar
kepada tanah air sehingga menyebabkan mereka bersemangat tinggi untuk
mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi.
Pembelajaran Sejarah bukan setakat kita memperoleh ilmu tentang sejarah
negara kita, malah berupaya memberi ikhtibar dan pengajaran kepada kita agar
menjadikan sejarah lampau yang melanda negara tidak berulang kembali. Saya masih
ingat kata-kata dari guru Sejarah saya yang menyatakan Sejarah ini ibarat roda, ia
sentiasa berputar. Peristiwa yang lampau boleh berulang kembali. Jika kita mempunyai
ilmu dan pengetahuan tentang sejarah yang telah berlaku, setentunya kita berupaya
mengubah sejarah yang bakal berlaku. Pengertian ini bertunjangkan hasrat untuk
mencapai status negara maju. Syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang
kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.
-
8/22/2019 Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri Seseorang Warganegara
7/10
Negara yang bersatu padu hanya dapat dicapai dengan mempunyai rakyat yang
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Mata pelajaran Sejarah juga membolehkan kita mengetahui kebudayaan dan
falsafah hidup rakyat majmuk. Kita mengetahui asal usul pelbagai kaum di Malaysia.
Kita juga sedar bahawa pembangunan Malaysia hasil daripada pengorbanan tiga kaum
utama. Dengan itu persefahaman yang lebih erat dapat dipupuk. Sikap toleransi antara
kaum dapat diwujudkan. Semangat kekitaan dapat dilahirkan. Prasangka antara kaum
dapat dielakkan. Semua sikap positif ini haruslah dimiliki oleh setiap rakyat sekiranya
gagasan Satu Malaysia mencapai matlamatnya.
Umum mengetahui bahawa subjek sejarah membolehkan kita membuat
penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa, memahami
sejarah tamadun awal bangsa kita, melahirkan perasaan jati diri yang tinggi,
membentuk keperibadian bangsa, menghargai jasa pemimpin negara yang telah
berkhidmat dan berbakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara serta
memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial.
Namun tidak dinafikan juga subjek sejarah juga mengingatkan kita agar tidak
mengulangi kesilapan masa lalu, merangka wawasan masa depan dengan penuh
keyakinan, berusaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara
dalam semua bidang malah menjadi panduan dan iktibar dalam hidup kita pada masa
kini dan masa hadapan.
Ini seterusnya mengundang pelbagai soalan tentang kerelevanan pengajaran
dan pembelajaran matapelajaran sejarah khususnya di peringkat sekolah terutama
sekolah rendah.
Antara tujuan subjek sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah adalah sebagai
usaha menyemai kefahaman Sejarah di peringkat awal bertujuan melahirkan generasi
baharu yang mampu menilai dan menghayati sejarah. Kandungan kurikulum yang
dirangka bagi sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas seharusnya
memupuk perasaan taat setia kepada bangsa dan negara. Fokus juga diberikan kepada
pemahaman menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima
ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Dasar
mewajibkan pelajar sekolah memepelajari subjek sejarah adalah menepati kehendak
-
8/22/2019 Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri Seseorang Warganegara
8/10
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani, emosi,
rohani dan intelek pelajar secara seimbang.
Walaupun demikian perlu diingat generasi muda bukan hanya mempelajari
semangat nilai-nilai patriotisme daripada subjek sejarah yang di ajar secara fomal
mengggunakan kurikulum sahaja. Kita tidak mahu mereka hanya membaca dan
menghafal untuk lulus peperiksaan semata-mata yang akhirnya lupa dengan segera
apa yang dihafal. Selain mewajibkan kelulusan subjek Sejarah di peringkat peperiksaan
sekolah, ia juga perlu dipastikan agar dipelajari dan dihayati sepenuhnya oleh anak-
anak kita. Pembacaan sahaja tidak membuktikan individu tersebut kenal sejarah.
Pendidikan secara tidak formal perlu dijalankansepanjang masa tanpa henti.
Antaranya peranan ibu bapa .Ibu bapa boleh mengajak anak-anak ke tempat
bersejarah.Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota 'A' Famosa di
Melaka.Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang kejatuhan kerajaan Melaka dan
Portugis membina 'A' Famosa.Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang
kisah bagaimana tokoh zaman dahulu membangunkan negara. Ibu bapa boleh
membelikan anak-anak buku,DVD dan sebagainya yang mengandungi isu-isu berkaitan
patriotisme. Perkara ini sesuai dilakukan kepada anak-anak sejak kecil kerana
"melentur buluh biarlah dari rebungnya".Jelaslah ibu bapa merupakan orang yang kuat
mempengaruhi anak-anak dengan semangat patriotisme.
Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai seperti
ucapan,pidato,bahas dan sebagainya.Pada bulan kemerdekaan,guru boleh mengajak
pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan.Antara acara yang boleh dijalankan
termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan semangat patriotik dan
sebagainya.Jelaslah,pihak sekolah turut sama berperanan untuk menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan pelajar sepanjang tahun mereka berada di sekolah.
Media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat.Dengan perkataan lain,televisyen dan radio hendaklah menyiarkan
rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti
menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.Selain itu,media
elektronik itu juga hendaklah menyiarkan filem seperti "Bukit Kepong","Paloh"dan
-
8/22/2019 Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri Seseorang Warganegara
9/10
drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.Jelaslah bahawa
media massa juga seharusnya memainkan peranan dalam menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita. Stesen televisyen juga perlu
mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh
akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan
semangat kemerdekaan suatu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat
memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di
negara kita.
Begitu juga menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
membolehkan remaja Malaysia berusia 18 tahun ditanam dengan semangat patriotik
Sementara Biro Tata Negara yang ditubuhkan pada tahun 1974,
dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan pendidikan kenegaraan bagi memupuk
semangat patriotisme secara berterusan kepada semua lapisan masyarakat termasuk
anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota
pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah negara
penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah, yang tidak
mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi yang menghafal fakta sejarah
sematamata untuk lulus peperiksaan peringkat sekolah tetapi gagal menghayati,
mengambil pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku.
Kita perlu melahirkan generasi yang memahami sejarah tempatan berpaksikan inisiatif
untuk meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya
dapat memupuk perpaduan dan sinergi kesinambungan semangat patriotisme generasi
muda akan datang. Kita bimbang tanpa pengetahuan sejarah, generasi muda tidak
dapat menghayati apatah lagi mendukung semangat gagasan 1Malaysia dan
pentingnya perpaduan antara kaum yang hanya dapat dibina berlandaskan keunggulan
jati diri yang dipelajari melalui ilmu sejarah.
-
8/22/2019 Peranan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Semangat Patriotisme Di Dalam Diri Seseorang Warganegara
10/10
Rujukan:
Carr E.H., What Is History. Pelicon Book. London. 1965.
Collingwood R.G. The Ideo Of History. Oxford University Press. 1966.
Dr. Abdul Murat Mat Jan. Nota Kuliah. Pengantar Sejarah.
Dr. Tengku Iskandar. Kamus Dewan Edisi Kedua. 1984. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Drs. Sidi Gazalba. 1966. Pengantar Sejarah Sebagai Ilmu. Jakarta.
Dunia Sukan. Utusan Melayu (Malaysia). Sdn. Bhd. 1987.
Herbert Butter Field. 1981. The Rise of Classical Historiography.
Muhd. Yusof Ibrahim. Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Dewan Bahasa
dan Pustaka. 1997.
Muhd.Yusof Ibrahim. Pengertian Sejarah: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
1986.
Shafer R.G Jones. A Guide To Historical Method. IllineisR. Suntharalingam.
Pengenalan Kepada Sejarah. Merican &Sons. Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1985.