TAHUN 5 (2012)
SETARA NEGERI JOHOR
BAHASA MELAYU O12
OLEH: CIKGU SITI AMINAH RAMLAN
SK BANDAR RENGAM KLUANG JOHOR
http://www.cikgusitiami.blogspot.com
Bahagian A- Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah.
Idea-idea utama:
1. Membuat garisan padang2. Memasang khemah/menolong3. Memanjat tangga4. Mengikat belon/menghias dengan belon5. Memasang langsir khemah6. Meniup wisel7. Berlari/berlumba lari8. Mengangkat bendera mula9. Memegang tali garisan penamat10. Bersorak/menyokong peserta
Peringatan!!!Pilih 5 idea utama sahaja daripada kedua-dua gambar (2:3
@ 3:2)
Bermaksud calon mesti bijak membina ayat dengan kadar sama banyak daripada tiap-tiap gambar yang diberi.
Jangan membina ayat daripada 1 gambar sahaja sedangkan anda diberi 2 gambar yang berkaitan.
Cadangan ayat guru:Gambar 1:
Aktiviti membuat garisan:1. Cikgu Nasir membuat garisan hitam untuk acara berlumba
lari.2. Cikgu Nasir membuat garisan hitam dengan berhati-hati
untuk acara berlumba lari sempena sukan tahunan sekolah.
Aktiviti memasang khemah:1. Cikgu Razali memanjat tangga untuk memasang khemah.2. Cikgu Razali memanjat tangga untuk memasang khemah
sementara dibantu oleh Cikgu Ali.
Gambar 2
Aktiviti meniup wisel:1. Cikgu Aizat meniup wisel di garisan permulaan larian.
2. Cikgu Aizat meniup wisel untuk memulakan acara larian 100 meter lelaki 10 tahun. Aktiviti berlari:1.Peserta-peserta lumba lari berlari dengan bersungguh-
sungguh.2.Peserta-peserta lumba lari 100 meter, lelaki 10 tahun
berlari dengan bersungguh-sungguh ke garisan penamat.
Gambar 2 lagi;
Aktiviti menonton/bersorak1. Orang ramai/para penonton memberi sorakan kepada peserta
lumba lari.2. Orang ramai/para penonton yang duduk di bawah khemah
bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta lumba lari 100 meter, lelaki 10 tahun.
Aktiviti memegang tali1. Dua orang guru bertugas memegang tali di garisan penamat.2. Dua orang guru bertugas memegang tali di garisan penamat
acara larian 100 meter.
Bahagian B
Soalan 1 Kata kunci: surat kepada rakan ceritakan tentang sambutan hari guru sekolah Format surat; 1. alamat pengirim 2. kata panggilan 3. tandatangan pengirim
Rangka /idea utama:
1. Kata-kata penghadap surat-bertanya
khabar
2. Tujuan tulis surat-cerita tentang hari guru-
acara ucapan/ikrar guru/nyanyian lagu
guru malaysia/deklamasi sajak bertajuk:Guru
Oh Guru/bersalaman dan menyampaikan
hadiah.
3. Acara padang/rehat-menjamu selera/acara dewan/penyampaian
hadiah pertangingan antara guru.
4. Penutup: harapan anda
Cadangan karangan soalan 1:
Sitiamiramlan
No1, Taman Titiwangsa,
86000 Kluang.
20 Oktober 2012.
Kehadapan saudari Zanariah yang berada di Jelbu, Negeri Sembilan,semoga sihat
dan riang di samping keluarga tercinta. Saya pun begitu juga.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk membalas surat saudari yang
diterima tiga hari lalu. Terima kasih kerana masih sudi merisik khabar saya
walaupun kita sudah tinggal berjauhan. Bagaimana dengan persekolahan saudari?
Tentu saudari seronok bersekolah di tempat baru.
Pada tiga hari lalu, sekolah saya telah membuat sambutan hari guru. Meriah
sungguh sambutan itu. Saya rasa sambutan kali ini hebat daripada tahun-tahun
lepas. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa dan perutusan hari guru.
Kemudian, guru-guru melafazkan ikrar guru dan menyanyi lagu tema hari
guru. Acara diserikan lagi dengan deklamasi sajak oleh pelajar tahun 6 bertajuk
Guru Oh Guru. Selepas itu, murid-murid berbaris dan bersalam dengan guru-
guru dan mengucapkan selamat hari guru. Saya tidak melepaskan peluang itu,
turut bersalaman dan memberi hadiah kepada guru-guru.
Seterusnya, acara disambung dengan sukaneka guru-guru yang berlangsung di
padang. Antara permainan yang dijalankan ialah lari dalam guni, buah dadu
gergasi dan memancing ikan. Aksi guru-guru menjayakan permainan itu sangat
melucukan. Untuk pengetahuan saudari saya merupakan salah seorang daripada
juri yang mengadili permainan guru-guru.
Saudari,
Acara yang paling menyeronokan berlangsung di dalam dewan. Acara ini
bermula selepas jamuan rehat. Guru-guru telah membuat persembahan yang
menarik . Antara persembahan itu seperti berlakon, menari, dan menyanyi .
Semua murid memberi tepukan gemuruh apabila guru-guru melakukan
persembahan. Saya kagum dengan kebolehan guru-guru di sekolah saya. Rupa-
rupanya mereka sangat berbakat dalam banyak perkara.
Sambutan hari guru diakhiri dengan penyampaian hadiah
pertandingan sukaneka. Majlis bersurai kira-kira pukul 1.00 petang.
Saudari,
Nampaknya saya telah menulis dengan panjang lebar. Setakat ini
sahaja coretan saya kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain lembaran.
Jangan lupa ceritakan kepada saya tentang sambutan hari guru di sekolah
saudari ya? . Sekian.
Sahabatmu,
Sitiamiramlan
Cadangan karangan:Rumah yang lengkap dan selesa merupakan tempat tinggal yang diidamkan oleh semua
orang. Rumah yang cantik dan bersih merupakan syurga di dunia. Oleh itu , kita perlu
sentiasa memelihara kebersihannya agar keceriaan dan keindahan berkekalan untuk hidup
sihat dan mendamaikan.
Ada berbagai cara untuk mengekalkan kebersihan kawasan rumah. Kerjasama yang baik
sesama ahli keluarga merupakan kaedah terpenting sekali. Setiap ahli keluarga perlu
menjalankan peranan masing-masing seperti bertanggungjawab mencuci pakaian, mengelap
lantai, membasuh pinggan, dan menyapu sampah. Sikap ini perlu disemai dengan Ikhlas. Kerja-
kerja ini boleh dijalankan secara rutin setiap hari mahupun secara bergotong-royong setiap
hujung minggu. Kebersihan kawasan rumah terpelihara dan hubungan kekeluarga akan lebih
mesra .
Selain itu, bahan-bahan buangan yang terkumpul perlu dilupuskan dengan cara yang betul.
Tin-tin kosong, botol-botol, bekas-bekas makanan dan lain lain bahan buangan bolehlah
ditanam . Dengan ini, haiwan pembawa penyakit seperti tikus, lalat dan nyamuk tidak dapat
mambiak dan penyakit dapat dielakkan.
Seterusnya, kebersihan kawasan rumah dapat dipertingkatkan dengan penanaman pokok-
pokok bunga hiasan Pokok-pokok hiasan mestilah ditanam secara teratur dan diselenggara.
Selain itu pokok-pokok buah-buahan juga boleh ditanam di bahagian belakang rumah.
Pemandangan yang menghijau dan berwarna-warni akan menambahkan seri kawasan rumah.
Sehubungan dengan itu, marilah kita amalkan cara-cara memelihara kebersihan kawasan
rumah. Sikap mementingkan kebersihan akan menjamin gaya hidup yang sihat.
BAHAGIAN C- ULASAN NILAI:
Hari ini ialah hari Ahad. Akilah bangun awal seperti hari-hari biasa
walaupun hari ini merupakan hari cuti sekolah. Selepas mandi dan mengemas bilik tidur, Akilah dan adiknya bersiap-siap untuk berjoging bersama-sama ibu dan bapa mereka. Aktiviti ini dilakukan oleh mereka sekeluarga pada setiap cuti hujung minggu.
Mereka berjoging mengelilingi tasik, mereka sempat bertegur sapa dengan pengunjung yang lain kerana mereka saling mengenali. Ada masanya, mereka berbual-bual dan bertanya khabar. Selepas berjoging, mereka membuat senaman ringan.
Apabila matahari semakin tinggi, Akilah dan keluarganya pulang ke rumah. Selepas membersihkan badan, Akilah bersarapan bersama-sarna ibu dan bapanya. Ibu bapa Akilah sentiasa mementingkan disiplin terutama ketika makan. Selesai bersaarapan, Akilah membantu ibunya membersihkan dapur dan membasuh pakaian. Akilah melakukan semua tugasan itu dengan hati yang ikhlas.
IDEA-IDEA UTAMA:Menghargai masa – bangun awalMenjaga kesihatan – berjoging hujung mingguBeramah mesra – bertegur sapa dengan pengunjung lainMematuhi peraturan – berdisiplin ketika makanRajin/Ringan tulang – membantu ibunya membersihkan
dapur
Cadangan Ulasan lengkap:
Antaranya , kita mesti menghargai masa dengan bangun awal setiap hari lalu mandi dan mengemas bilik. Selain itu, kita patut menjaga kesihatan diri dengan berjoging bersama keluarga terutama pada hujung minggu. Oleh itu, kita perlu bersikap ramah mesra dengan orang lain untuk memupuk hubungan baik. Di samping itu, kita wajar sentiasa mematuhi peraturan terutama semasa makan bersama keluarga. Akhirnya, kita hendaklah sentiasa rajin menolong ibu membuat kerja-kerja rumah.
SEKIAN, TERIMA KASIH..jika diizinkanNya
jumpa lagi di lain masa…