Download - Penulisan Ilmiah PISA
1.0 PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ada menyatakan bahawa pendidikan
memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk
utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah negara. Dalam
menghadapi persaingan ekonomi global pada masa ini, kejayaan sesebuah negara amat
bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh
itu, negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan menikmati kemajuan ekonomi
yang lebih tinggi.
Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan
perpaduan. Melalui pendidikan, individu dapat meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli
masyarakat yang berjaya dan penyumbang aktif kepada pembangunan negara. Menerusi
interaksi, individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan kaum dapat belajar
untuk memahami, menerima dan menghargai perbezaan, seterusnya membina perkongsian
pengalaman dan aspirasi untuk masa depan Malaysia. Melalui perkongsian pengalaman dan
aspirasi inilah identiti nasional dan perpaduan negara dapat dipupuk. Sejak kebelakangan ini,
sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu bapa meletakkan harapan
tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk
menyediakan generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Berdasarkan
hakikat sesuatu sistem pendidikan yang kompleks dan rencam, setiap negara memerlukan
tempoh yang panjang untuk melihat impak perubahan yang dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian
perlu mengambil tindakan yang beranidan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah
penting dan mesti dilaksanakan dengan segera.
Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap
murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sejarah sistem
pendidikan Malaysia, seperti negara lain di dunia, memberi penekanan terhadap pembangunan
kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa.
Walau bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di peringkat global, kemahiran murid adalah tidak
mencukupi sekadar menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja apabila mereka
meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan hanya kepada kepentingan pemerolehan ilmu
1
pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi. Prestasi murid Malaysia
telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun pencapaian yang membanggakan itu
menghendapi risiko, dari segi relatif dan mutlak. Hal ini disebabkan sistem pendidikan negara
lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan lebih cepat dan mampu mengekalkan momentum
tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian antara sistem pendidikan Malaysia dan negara lain
semakin melebar. Keduanya, pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia
semakin merosot dari segi mutlak.
Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme for
International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science
Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti
keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira
pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.
2.0 ORGANISATION FOR ECONOMIC CO-OPERATION AND DEVELOPMENT
(OECD)
Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) atau dalam bahasa
Melayunya ialah Organisasi untuk Kerjasama dan Pengembangan Ekonomi merupakan sebuah
organisasi international dengan tiga puluh negara yang menerima prinsip demokrasi perwakilan.
OECD mula ditubuhkan pada tahun 1948 dengan nama Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi
Eropah ataupun Organisation for European Economic Co-operation (OECC) dan dipimpin oleh
Robert Manjolin dari Perancis.
Negara anggota OECD pada tahun 2010.
2
Rajah berikut merupakan negara anggota OECD pada tahun 2010. Anggota asli OECD
adalah yang berwarna biru gelap. Terdapat 30 negara anggota OECD dan 25 buah negara
daripadanya dianggap sebagai negara berpendapatan tinggi oleh bank dunia pada tahun 2006.
3.0 PROGRAMME INTERNATIONAL STUDENT ASSESSMENT (PISA)
Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment
yang diperkenalkan oleh Organisation For Economic Co-operation and Development (OECD).
PISA adalah sebuah Program Penarafan Mutu Pendidikan bagi pelajar-pelajar 15 Tahun di
sekolah-sekolah yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. PISA telah menjadi Piawaian
Antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah
di dunia.
PISA merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dikendalikan
setiap tiga tahun. Objektif PISA adalah untuk menilai kecekapan dalam Literasi Bacaan, Literasi
Matematik dan Literasi Sains dalam kalangan murid berumur 15 tahun. Literasi bacaan ialah
keupayaan indiviidu memahami, menggunakan, membuat refleksi dan berinteraksi dengan teks
bertulis bagi tujuan mencapai matlamat diri, mengembangkan pengetahuan dan potensi serta
mengambil bahagian dalam masyarakat (PISA Framewor, 2015).Tumpuan pentaksiran bukan
pada kandungan kurikulum tetapi keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan
sebenar. PISA dijalankan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000 dan penyertaannya juga
meliputi negara di luar keanggotaan OECD dengan penglibatan 74 buah negara pada tahun 2009.
Kali pertama Malaysia menyertai PISA ialah pada tahun 2010 sebagai kitaran pentaksiran untuk
tahun 2009.
3.1 SAMPEL KAJIAN PISA
Populasi kajian PISA adalah dalam kalangan murid yang berumur 15 tahun di semua jenis
sekolah di Malaysia dan kerangka persampelan ialah semua jenis sekolah di Malaysia yang
mempunyai murid berumur 15 tahun. Pemilihan sampel sekolah dilakukan dan dipilih secara
rawak dengan menggunakan kaedah Stratified Multi Stage Cluster Sampling manakala pemilihan
sampel murid dijalankan dengan memilih 35 orang murid berumur 15 tahun secara rawak dengan
menggunakan aplikasi KeyQuest.
3
3.2 INSTRUMEN KAJIAN PISA
Instrument kajian PISA adalah melalui empat instrument iaitu ujian bertulis, soal selidik murid,
ujian berkomputer dan juga soal selidik pengetua. Ujian bertulis merupakan soalan yang
mempunyai gabungan item-item aneka pilihan dan soalan terbuka dan item-item ini disusun
dalam kumpulan berdasarkan teks yang menggambarkan situasi dalam kehidupan sebenar.
Instrument kedua iaitu soal selidik murid dilakukan dengan mengambil kira latar belakang
murid, persepsi dan sikap murid terhadap Sains, Matematik dan kemahiran membaca. Selain itu,
soal selidik ini juga mementingkan tahap motivasi dan amalan strategi pembelajaran murid.
Instrument yang ketiga iaitu ujian berkomputer mempunyai antara 18 hingga 20 soalan yang
berkaitan dengan penyelesaian masalah dan murid perlu menggunakan komputer untuk membuat
simulasi sebelum menjawab soalan tersebut. Akhir sekali, soala selidik pengetua adalah
bertujuan untuk mengumpul maklumat yang berkenaan dengan sekolah tersebut.
3.3 CONTOH SOALAN PISA
3.3.1 Soalan Bacaan
4
3.3.2 Soalan Matematik
3.3.3 Soalan Sains
5
3.4 KEDUDUKAN MALAYSIA DALAM PISA
Keputusan PISA pada tahun 2009 iaitu penyertaan kali pertama Malaysia dalam PISA
juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga
terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia bawah
pencapaian purata antarabangsa dan OECD). Jika dilihat, Malaysia mendapat tempat yang ke-55
dalam bacaan, tempat ke-57 dalam Matematik dan tempat yang ke-52 dalam Sains. Hampir 60%
murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam
Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran
minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengan satu tahun
persekolahan. Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, di Korea
Selatan, di Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun
persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di Malaysia. Berikut merupakan rajah
yang menunjukkan perbandingan kedudukan PISA pada tahun 2009 bagi Malaysia dengan
negara lain:
Purata skor dalam PISA pada tahun 2009 adalah seperti berikut:
6
Dalam edisi terkini, Malaysia mendapat tempat ke-55 secara keseluruhan, lantas
meletakkan Malaysia dalam kelompok 20 peratus tercorot daripada 65 buah negara yang dikaji.
Lebih teruk lagi, prestasi murid kita adalah lebih rendah berbanding dengan negara jiran seperti
Singapura (ke-2), Vietnam (ke-17) dan juga Thailand (ke-53).
Kedudukan Malaysia dalam program Penarafan Pendidikan Dunia, PISA untuk tahun
2012 baharu sahaja dikeluarkan dan menunjukkan Malaysia berada dikedudukan 52 daripada
sebanyak 65 buah negara. Ini berbanding dengan kedudukan pada paras 55 daripada sejumlah
74 buah negeri pada tahun 2009. Secara terperinci, kedudukan Malaysia dalam PISA dari literasi
Matematik ialah pada tangga ke-52 dengan 421 mata, literasi Sains pada kedudukan ke-53
dengan 420 mata manakala literasi Membaca pada kedudukan yang ke-59 dengan 389 mata.
Perbandingan kedudukan PISA pada tahun 2009 dan 2012 adalah seperti berikut:
Mata Pelajaran PISA 2009 PISA 2012
Matematik 404 421
7
Sains 422 420
Bacaam 414 398
Dalam angka di atas, bidang matematik menunjukkan peningkatan yang ketara daripada
404 mata pada 2009 kepada 421 pada tahun 2012, tetapi bidang sains dan bacaan menunjukkan
penurunan.
Angka perbandingan dengan negara- negara lain adalah seperti dibawah bagi PISA 2012:
Mata Pelajaran Malaysia Singapura OECD
Matematik 421 573 494
Sains 420 551 501
Bacaam 398 542 496
Data di atas menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan dibelakang Singapura yang berada
di ranking ke tiga dunia. Data untuk negara-negara maju (OECD) juga jauh mendahului
Malaysia. Negara kini mensasarkan untuk mencapai ranking dalam kumpulan sepertiga teratas
seperti dalam objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara.
3.5 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PRESTASI MALAYSIA
Dalam kajian Kementerian Pendidikan, kedudukan yang tersorot berbanding negara-negara lain,
disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu:
3.5.1 Sikap Murid
Dalam hal ini, ramai murid yang menyertai PISA tidak bersungguh-sungguh menjawab soalan
PISA kerana mereka menganggap penilaian ini tidak penting. Oleh yang demikian, semasa
pelaksanaan ujian PISA dijalankan, banyak soalan yang tidak dijawab oleh murid.
3.5.2 Format Soalan PISA
8
Jika dilihat dan diteliti, soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman,
terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam adalah lebih
ringkas dan berdasarkan rajah serta jadual. Oleh sebab itu, pelajar lebih menunpukan perhatian
kepada perperiksaan awam dan kurang serius ketika menjawab soalan-soalan ujian PISA. Juga
bentuk jawapan dalam Perpereksaan Awam tertumpu kepada jawapan pilihan dan tidak banyak
berbentuk penulisan seperti dalam ujian PISA.
3.5.3 Keutamaan Guru
Faktor penyumbang yang seterusnya adalah keutamaan guru yang mana kebanyakan guru lebih
mengutamakan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan mereka tidak
mengambil masa untuk memahamkan murid dengan konsep. Guru juga menggunakan banyak
jalan pintas iaitu menyuruh murid supaya menghafal terutamnya melalui latihan latih tubi. Oleh
sebab itu, murid hanya menghafal tetapi tidak memahami konsep.
3.6 STRATEGI BAGI MENGATASI MASALAH KEMEROSOTAN PISA
3.6.1 Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Sejak beberapa tahun yang lepas Kementerian Pendidikan berusaha menangani masalah
kemerosotan ini, salah satunya dengan mengenalkan Sistem Pentaksiran Berasaskan
Sekolah(PBS). Sistem PBS ini telah agak lama diperkenalkan di peringkat antarabangsa dan
banyak dikaji dan dibincang di Bangsa-bangsa bersatu. Ianya telah dilaksanakan di banyak
negara di dunia termasuk negara-negaru maju seperti Australia, Britain, Hong Kong dan juga
mulai diperkenalkan di Singapura. Pada masa kini pentadbiran sistem PBS dipermudahkan lagi
dengan adanya sistem telekomunikasi dan ICT yang canggih di sesebuah negara. Tujuan utama
sistem PBS ialah untuk menambah-baik hasil daripada institusi pendidikan negara. Ianya
bertujuan mengeluarkan graduan-graduan yang lebih baik bukan sahaja dari segi akademik,
tetapi juga di segi akitiviti ko-kurrikulum disamping mengumpul data tentang kelebihan dan
kelemahan seseorng pelajar. Ia bertujuan mengubah sistem sekarang yang berorientasikan
peperiksaan kepada yang lebih berorientasikan prestasi seseorang pelajar berasaskan pentaksiran
dibuat diperingkat sekolah.
3.6.2 KSSR/KSSM
9
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan
Kurikulum Standarrd Sekolah Menengah (KSSM) pula diperkenalkan pada tahun 2017. KSSR
dan KSSM ini merupakan elemen baru iaitu inovasi dan kreativiti dengan subek keusahawanan
dan teknologi maklumat komunikasi (ICT).
3.6.3 i-Think
i-Think bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah
menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah
dirintis di 10 buah sekolah iaitu 6 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA)
mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik.
Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi
pengenalan Program i-Think ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan
yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Kaedah pembelajaran i-Think ialah dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran. Peta
Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual
yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid
seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan iaitu peta bulatan, peta
buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan akhir sekali
ialah peta titi.
3.6.4 Kajian Susulan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat
keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut
akan dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran.
3.6.5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
10
Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penanda aras kepada
pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca.
Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan
soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa
kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat
mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.
3.6.6 Task Force PISA dan TIMSS
Task Force PISA dan TIMSS telah ditubuhkan selepas mendapat arahan YAB Menteri Pelajaran
dalam mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP) dan diketuai oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK). Task Force ini memberi tumpuan untuk meningkatkan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) dalam kalangan murid dan guru.
11
4.0 RUMUSAN
Secara kesimpulannya, apa yang dapat dilihat ialah prestasi murid Malaysia adalah lemah,
khususnya dalam Matematik, yang mana keadaan ini amat membimbangkan memandangkan
penguasaan dalam mata pelajaran ini dianggap oleh OECD sebagai kunci kepada masa depan
yang positif, kerana ia mempengaruhi keupayaan remaja untuk mengambil bahagian dalam
pengajian tinggi di samping mencapai pendapatan yang diingini. Tambahan pula, Kajian
Kemahiran Dewasa oleh OECD juga menunjukkan bahawa “kemahiran matematik yang lemah
akan menghalang ketercapaian masyarakat kepada gaji yang lebih tinggi serta pekerjaan yang
lebih memuaskan.”
Hal ini bermaksud Malaysia sedang menghadapi krisis yang membimbangkan dalam
pendidikan dan sekiranya tidak ditangani, maka ia akan membawa kepada kesan jangka panjang
yang negatif ke atas pembangunan ekonomi.
12