Download - Pentadbiran Ips
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
1/117
1
INVENTORI PERSONALITI SIDEK
Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-
tret personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan Ya
atau Tidak. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat
menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS
misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu.
Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau
mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi,
Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal,
Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan
untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.
Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek
Bagi menjawab Inventori Personaliti Sidek ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 20
hingga 30 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling dan berkesan meskipun jangka masa yang
sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam
bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan
meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian
supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.
Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil IPS
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau
mengutamakan program komputer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan profil
ujian personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan teliti dan
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
2/117
2
hati-hati. Umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris
menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala penipuan.
Sementara, 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan
pengiraan skor mentah, fokus hanya diberikan kepada jawapan Ya yang perlu dibuat baris demi
baris. Oleh kerana setiap tret diwakili oleh 10 item, maka kadar skor maksimum yang boleh
diperolehi individu ialah 10. kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus
dengan didarabkannya dengan 10. Untuk 0/10 tukar markah kepada 1% dan 10/10 tukar kepada
99%. Hal ini kerana, tiada manusia yang tiada tret personaliti tersebut dan tiada manusia yang
sempurna personalitinya.
Andaian Asas Pentafsiran Profil IPS
Menurut Profesor Madya Dr. Sidek Mohd Noah, dalam erti kata sebenar, personaliti sesorang itu
tiada yang gagal. Selain itu, tiada individu yang sempurna personalitinya ata yang kosong/sifar
pada personalitinya. Tambahnya lagi, personaliti dalah kualiti intrisik manusia yang boleh
berubah.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
3/117
3
Pentafsiran Profil IPS
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran skor
yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut;
Agresif Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah seorang individu yang
agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam
kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah
merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan
matlamat anda tercapai. Menunjukkan anda adalah
seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri.
Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak
anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan
orang lain anda jaga.
Menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam
kebanyakan hal, anda membenarkan orang lain
memanipulasi diri dan perasaan anda.
Analitikal Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif
kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri
sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat
pemerhatian, penyelidikan dan analisis.
Menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah
sederhana. Minat anda untuk menganalisis adalah di
tahap sederhana.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
4/117
4
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau
tidak berminat dengan perkara-perkara yang
memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah
individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan
orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat.
Autonomi Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya
dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan
menentukan aktiviti-aktiviti seharian.
Menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap
sederhana
Menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang
lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran.
Bersandar Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain.
Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya
mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang
lain terutama yang individu mempunyai autoriti. Anda
selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang
harus anda tuju.
Menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap
sederhana.
Menunjukkan yang anda adalah individu yang suka
berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
5/117
5
melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak
bergantung kepada orang lain.
Ekstrovert Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang sosial. Anda
suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di
samping merasa tidak selesa duduk bersendirian.
Menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri
sosial dan tidak sosial. Umumnya, tahap sosial anda
adalah sederhana.
Menunjukkan anda adalah individu yang kurang atau
tidak sosial. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi
dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam
kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada situasi kerja
bersendirian atau satu sama satu.
Intelektual Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi
cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas
dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas
dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.
Menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada di
tahap sederhana.
Menunjukkan anda tidak merasa selesa denga perkara-
perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih berminat
dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur,
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
6/117
6
praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya
adalah kerja-kerja berkemahiran.
Introvert Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial
dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda
berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja
bersendirian atau satu sama satu.
Menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap
sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu
rendah.
Menunjukkan anda adalah individu yang suka
melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan
suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah
seorang yang sosial.
Kepelbagaian Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi
yang dapat memberikan peluang-peluang untuk
pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada
perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang
baru. Anda adalah seorang yang adventures.
Menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah di
tahap sederhana.
Menunjukkan anda lebih sukakan situasi-situasi
pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
7/117
7
dengan situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman
baru.
Ketahanan Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai
ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda
akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah
dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda
sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
Menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah di tahap
sederhana.
Menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari
fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan
sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan
lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau
yang berkaitan dengan orang ramai.
Kritik Diri Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang
tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu
merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap
apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia
telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang
mendapat skor antara 60% hingga 70% dikatakan
mendapat faedah daripada kaunseling individu.
Sementara, individu yang mendapat skor lebih
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
8/117
8
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
daripada 70% dikatakan sangat memerlukan
kaunseling individu.
Dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi
dan psikologinya
Biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan
yang bersalah adalah orang lain.
Mengawal Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka
mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka
memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih
kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan seperti
Pengurus, Pentadbir awam, Peguam, Pegawai tentera,
Ahli politik dan lain-lain.
Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan
anda adalah di tahap sederhana.
Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada
memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah
setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan
lain-lain.
Menolong Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada
memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah
setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan
lain-lain.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
9/117
9
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan ciri-ciri menolong anda adalah di tahap
sederhana
Menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi
dengan orang lain. Individu lebih memfokuskan
kepada diri sendiri.
Sokongan Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai
keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat
simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait
personaliti menolong menunjukkan anda adalah
individu yang sangat mementingkan diri.
Menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap
sederhana.
Menunjukkan anda tidak suka bergantung secara
emosi kepada orang lain
Struktur Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada
perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci.
Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang
memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan
berulang-ulang.
Menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda
beradadi tahap sederhana.
Menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti
yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
10/117
10
Pencapaian Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang sangat
bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu
matlamat.
Menunjukkan motivasi anda berada di tahap
sederhana.
Menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan
tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa
dalam kerjayanya.
Kejujuran Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam
menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk
tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang diperolehi adalah
tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan ke
dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
11/117
11
INVENTORI PERSONALITI WARNA
Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori mengandungi 100 item yang mempunyai
format jawapan Ya atau Tidak. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat
ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna
atau singkatannya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Alat ukuran
ini telah dibina oleh Sidek et. al (1997), semasa pengendalian kursus Penilaian Dalam Kaunseling
untuk pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia,
Terengganu.
Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur
atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan
Jingga.
Pentadbiran Inventori Personaliti Warna IPW
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian
ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam
bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu,
segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang
mengambil ujian.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
12/117
12
Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil Personaliti Warna IPW
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati..
Pentafsiran Profil Inventori Personaliti Warna IPW
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien
anda. Umumnya, setiap individu mempunyai keempat-empat jenis personaliti, namun jenis
personaliti yang memperolehi skor tertinggi adalah mewakili personaliti dominant individu.
Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
13/117
13
PENTAFSIRAN KHUSUS
INVENTORI PERSONALITI WARNA - IPW
Boleh Dipercayai Berdasarkan Teori
Keibubapaan Ingin Tahu
Bertanggungjawab Kompleks
Ikut Peraturan Falsafah
Adat resam Panjang Akal
Tradisional Tenang
Konservatif Sabar
Sistematik Berpengetahuan
Romantis Tidak Suka Peraturan
Harmoni Adventures
Tulin Spontan
Kerjasama Gopoh Gapah
Unik Berani
Berseni Suka Pertandingan
Empati Bahaya Tetapi Seronok
Setia Berkemahiran
PERATURAN FIKIRAN
PERASAAN KEBEBASAN
EMAS
JINGGABIRU
HIJAU
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
14/117
14
Personaliti Emas
Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, pratikal, waras fikiran, boleh
dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh
perhatian.
Kata kunci utama: Peraturan dan Bertanggungjawab
Ciri-ciri Diri
Mengikut peraturan dan menghormati
pihak berkuasa
Sangat bertanggungjawab
Taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia
Tahu apa yang baik dan buruk dalam
kehidupan
Bersifat teliti dan wajar
Menepati masa
Mahu dianggap sebagai orang yang
berguna
Setia, stabil, ada peraturan dan
sistematik
Menghargai hidup berkeluarga, tradisi
dan rumah tangga
Mengekalkan adat resam
Bersifat konkrit
Ciri-ciri di Tempat Kerja
Menjaga kestabilan, menyusun atur
atau mengorganisasikan tempat kerja
Berkebolehan untuk mengendalikan
urusan yang perlu perincian.
Sanggup nekerja keras
Prinsip bekerja dulu baru bermain
Kerja mengikut peraturan,
bekerjasama dan mengikut kebiasaan.
Dapat menyesuaikan diri dengan
mudah
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
15/117
15
Personaliti Hijau
Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam
menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep,
berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan
sabar, berfalsafah, berprinsip, dan berasaskan logik.
Kata kunci utama: Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi.
Ciri-ciri Diri
Cekap dan berkebolehan menjalankan
tugas dengan sempurna.
Bersifat ingin mengetahui, berminat
tentang konsep, gagasan, tanggapan dan
idea.
analitikal, investigatif dan hipotetikal
Mempunyai pengetahuan yang luas
berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir
dan panjang akal
Mempunyai sikap yang tenang dan
sabar, berprinsip dan jujur.
Mempunyai falsafah dan memerlukan
penjelasan dan jawapan.
Pemikiran yang lebih matang daripada
umur sebenar
Ciri-ciri di Tempat Kerja
pemikir konsep yang bebas.
kerja itu adalah suatu permainan.
Sering menghadapi cabaran tugas
dengan tenang.
suka mereka cipta model, meneroka
idea, atau membina sistem bagi
memenuhi keinginan untuk
menonjolkan pembaharuan.
setelah menyempurnakan sesuatu
idea, saya suka beralih ke projek lain
dan membiarkan orang lain menjaga
dan mengendali projek yang lama.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
16/117
16
Personaliti Biru
Bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami
perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi
inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.
Kata kunci utama: Romantis serta Sukakan Keharmonian.
Ciri-ciri Diri
mudah bersimpati, berperibadi, dan
selalu mencari makna dalam kehidupan.
Inginkan perhubungan yang mesra dan
mengasihani
berkebolehan untuk menyelami
perasaan dan pemikiran orang lain.
Bersedia dan sanggup memberi
penjelasan untuk memberikan
penerangan.
Mesra, taat, menyayangi dan baik hati.
Mudah terasa dan lemah lembut.
suka berkarya dan memberi ilham dan
puitis
romantis, bersemangat, gembira dan
imaginative
suka membelai dan membantu orang
lain.
Ciri-ciri di Tempat Kerja
mempunyai dorongan yang kuat
untuk mempengaruhi orang lain
supaya mereka menikmati hidup yang
lebih bermakna.
bekerja dalam bidang seni,
komnikasi, pendidikan, dan profesion
menolong orang lain.
mahir dalam memberi motivasi dan
berinteraksi dengan orang lain.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
17/117
17
Personaliti Jingga
Saya seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada
pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment,
berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani,
tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut dan
berkemahiran.
Kata kunci utama: Suka Mengembara atauAdventurous.
Ciri-ciri Diri
Bertindak secara spontan, suka
berjenaka, pandai dan menawan
Menganggap hidup sebagai satu
permainan.
Cergas, giat dan pandai menggunakan
kesempatan yang ada.
Sukakan keseronokan dan sesuatu yang
memberangsangkan.
Sukakan aktiviti yang bercorak
persaingan.
Tabah menghadapi sesuatu dan tidak
gentar.
Kadang kala mengambil tindakan yang
tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan
Ciri-ciri di Tempat Kerja
Sering bosan dan gelisah jika dapat
kerja yang berstruktur, rigid dan
mengikut rutin.
Berpuas hati dalam kerja yang
memberikan kebebasan, dapat
menggunakan koordinasi fizikal, dan
alatan.
seorang perfomer yang semula jadi.
sifat suka bersaing dan inginkan
kegembiraan atau keseronokan.
Suka bekerja yang melibatkan fizikal
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
18/117
18
boleh menimbulkan kesan yang
mendalam.
Seorang yang realistik, tidak
dipengaruhi sentiment dan berfikiran
terbuka.
Gemar kepada pengalaman yang luar
biasa iaitu berbahaya tetapi
menyeronokkan.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
19/117
19
INVENTORI PERSONALITI EYSENCK JUNIOR (JEPI)
Inventori Personaliti Eysenck Junior atau JEPI telah diperkenalkan Hans Jurgan Eysenck.
Dalam usaha pembinaan alat ukuran ini, analisis faktor telah mula dijalankan pada tahun 1947
melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pembolehubah ke atas 700 orang askar yang
neurotik. Dua faktor yang diberi fokus utama ialah faktor Neurostima (N) dan faktor Ekstrovert
(E).
Neurostisme / Stabiliti terdiri daripada kontinum bipolar yang mana skor melebihi 12
mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor kurang daripada 12 mewakili keadaan
yang stabil. Begitu juga keadaannya dengan kontinum bipolar untuk Ekstroversi / Introversi yang
mana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan yang ekstrovert dan skor kurang daripada 12
termasuk dalam keadaan yang introvert.
Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor yang dikenalpasti
bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai Maudsley Medical Questionnaire
(MMQ) dibentuk untuk mengukur faktor neurotisme sebagai satu dimensi personaliti (Eysenck,
1952). MMQ telah dikaji semula dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan
analisis faktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai Maudsley
Personality Inventory (MPI) telah dihasilkan. MPI mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme
dan Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dan diubah menjadi Eysenck Personality
Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat
dan akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
20/117
20
Pentadbiran Inventori Personaliti JEPI
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian
ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam
bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu,
segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang
mengambil ujian.
Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil JEPI
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-
hati. Untuk itu, anda memerlukan borang jawapan dan stensil pemarkatan.
Pentafsiran Profil JEPI
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu.
Penafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti dalam Rajah
berikut;
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
21/117
21
Panduan Pentafsiran Inventori Personaliti Eysenck Junior JEPI
Nota : Istilah-Istilah Melankolik, Kolerik, Phlegmatik, dan Sanquine telah dikemukakan oleh
Hippocrates.
Sanquine - Blood (darah)
Phlegmatik - Phlegm (Kahak)
Kolerik - Bile (Hempedu)
Muram Mudah Tersinggung
Cemas Gelisah
Bimbang AgresifTidak Fleksibel atau Rigid Ghairah
Pendiam Mudah Berubah
Tidak Peramah Impulsif
Pesimis Optimistik
Tenang Aktif
Kuadran I Kuadran II
Kuadran III Kuadran IV
Pasif Peramah
Berhati-hati Gemar Bercakap
Bertimbang Rasa Responsif
Tenang Bebas
Terkawal Kepimpinan
Jujur Bersemangat
Boleh Dihara kan Selesa
MELANKOLIK KOLERIK
PHLEGMATIK SANGUINE
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
22/117
22
Melankolik - Black Bile (Hempedu Hitam)
** Kuadran terbaik ialah SANQUINE.
Personaliti Melankolik
Kuadran I
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-neurosis. Antara ciri-ciri utama
termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti muram, cemas, bimbang, kaku, pendiam, tidak
peramah, pesimis dan nampak tenang.
Personaliti KolerikKuadran II
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-neurosis. Antara ciri-ciri utama
termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti mudah tersinggung, gelisah, agresif, ghairah, mudah
berubah, impulsif, optimistik dan aktif.
Personaliti PhlegmatikKuadran III
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-stabil. Antara ciri-ciri utama
termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, tenang, terkawal,
jujur, boleh diharapkan dan tenteram.
Personaliti SanguineKuadran IV
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-stabil. Antara ciri-ciri utama
termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti peramah, gemar bercakap, responsif, bebas,
kepimpinan, bersemangat, dan selesa.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
23/117
23
SKALA KONSEP KENDIRI TENNESSEE (TSCS)
Skala Konsep Kendiri Tennessee atau singkatannya TSCS adalah alat yang boleh digunakan untuk
mengukur konsep kendiri iaitu perincian kepada personaliti individu. Alat ukuran ini telah dibina
oleh William H. Fitts pada tahun 1965. alat ukuran TSCS mempunyai 100 item yang terdiri
daripada item positif dan negatif yang memberikan respons jawapan berbentuk skala likert lima
mata. Alat ukuran yang sama boleh digunakan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis. Perbezaan
antara keduanya adalah daripada segi permarkatan. Stensil pemarkatan untuk tujuan kaunseling
dan diagnosis adalah berbeza antara satu sama lain.
Alat ukuran TSCS untuk tujuan kaunseling dapat mengenal pasti 8 komponen yang
membentuk konsep kendiri iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah Laku Kendiri,
Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial.
Ia juga mempunyai segala khusus yang digunakan untuk mengukur Kritikan-Diri.
Pentadbiran Skala Konsep Kendiri Tennessee TSCS
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini
perlu diselesaikan dalam 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang
selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala
arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang
mengambil ujian.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
24/117
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
25/117
25
min bererti konsep kendiri individu secara keseluruhannya adalah
positif atau tinggi. Skor di bawah min pula bererti konsep kendiri
individu secara keseluruhannya adalah negatif atau rendah.
3)
Identiti
Kendiri
Skor min untuk subskala ini ialah 127. Skor di atas min bererti identiti
individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti identiti
kendiri individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah berkaitan
dengan pernyataan-pernyataan yang menerangkan tentang Siapa
DiriKu. Di sini, individu akan memberikan gambaran tentang identiti
dirinya atau bagaimana ia melihat dirinya.
4)
Kepuasan
Kendiri
Skor min untuk subskala ini ialah 104. Skor di atas min bererti
kepuasan kendiri individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah
min bererti kepuasan kendiri individu adalah negatif atau rendah.
Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang
menerangkan bagaimana perasaan individu terhadap dirinya sendiri.
Secara umum, bahagian ini akan mencerminkan tahap penerimaan
individu terhadap dirinya dan setakat mana individu berpuas hati
tentang dirinya.
5)
Kendiri
Tingkah Laku
Skor min untuk subskala ini ialah 115. Skor di atas min bererti tingkah
laku kendiri individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min
menunjukkan kendiri tingkah laku individu adalah negatif atau rendah.
Subskala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang
menerangkan tentang Inilah kelakuan saya atau cara saya bertindak.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
26/117
26
Ia memberi gambaran tentang persepsi individu terhadap perlakuannya
dan bagaimana dirinya berfungsi.
6) Kendiri Fizikal Skor min untuk subskala ini ialah 73. Skor di atas min bererti kendiri
fizikal individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti
kendiri fizikal individu adalah negatif atau rendah. Dalam bahagian
ini, individu memberikan pandangannya tentang keadaan tubuh
badannya, keadaan kesihatan, wajah, perawakan fizikal, seksualiti dan
kemahiran-kemahiran yang dimilikinya.
7)
Kendiri Moral
dan Etika
Skor min untuk subskala ini ialah 71. Skor di atas min menunjukkan
kendiri moral dan etika individu adalah positif atau tinggi. Skor di
bawah min pula bererti kendiri moral dan etika individu adalah negatif
atau rendah. Bahagian ini memberi gambaran kendiri individu
daripada sudut moral dan susila. Ia menyentuh soal harga diri,
perhubungan dengan tuhan, perasaan sebagai orang baik atau orang
jahat dan rasa puas hati atau sebaliknya terhadap penglibatannya
dalam agama yang dianutinya.
8) Kendiri
Peribadi
Skor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min memberi
gambaran bahawa kendiri peribadi individu adalah positif atau tinggi.
Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah negatif atau
rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang
dapat mencerminkan nilai yang dirasai oleh individu iaitu perasaan dan
penilaiannya terhadap personaliti diri yang tidak berkait dengan tubuh
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
27/117
27
badan atau perhubungannya dengan orang lain. Misalnya, Saya
sangat berpuas hati dengan apa yang saya telah miliki sekarang ini.
9) Kendiri
Keluarga
Skor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min memberi
gambaran bahawa kendiri peribadi individu adalah positif atau tinggi.
Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah negatif atau
rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang
dapat mencerminkan nilai yang dirasai oleh individu iaitu perasaan dan
penilaiannya terhadap personaliti diri yang tidak berkait dengan tubuh
badan atau perhubungannya dengan orang lain. Misalnya, Saya
sangat berpuas hati dengan apa yang saya telah miliki sekarang ini.
10)Kendiri Sosial Skor min untuk subskala ini ialah 68. Skor di atas min menunjukkan
kendiri sosial individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min
menggambarkan bahawa kendiri sosial individu adalah negatif atau
rendah.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
28/117
28
VARIABILITY
Jumlah V / Total V Jumlah V menggambarkan keseimbangan konsep kendiri antara satu
bahagian dengan bahagian yang lain.
Skor min ialah 48. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna 8
komponen yang membentuk keseluruhan konsep kendiri individu adalah
pelbagai daripada satu bahagian konsep kendiri ke satu bahagian konsep
kendiri yang lain. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti konsep
kendiri individu adalah seimbang daripada satu bahagian konsep kendiri
ke satu bahagian konsep kendiri yang lain.
Jumlah Lajur V
atau Column Total
V
Variasi antara lajur atau column. Skor tinggi menunjukkan wujudnya
kepelbagaian skor yang berkaitan Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan
Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial.
Skor min ialah 29. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna wujud
kepelbagaian berkaitan dengan Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika,
Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Skor rendah iaitu
skor di bawah min bererti konsep-konsep kendiri ini berada dalam
keadaan seimbang.
Jumlah Baris V
atau Row Total V
Variasi merentas baris atau row. Skor tinggi menunjukkan wujudnya
kepelbagaian skor yang berkaitan dengan Identiti Kendiri, Kepuasan
Kendiri dan Tingkah Laku Kendiri.
Skor min ialah 19. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna wujud
kepelbagaian berkaitan dengan Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri dan
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
29/117
29
Tingkah Laku Kendiri. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti
konsep-konsep kendiri ini berada dalam keadaan seimbang.
Sebaran D Skor min ialah 120. Skor tinggi iaitu skor di atas min menerangkan
individu sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri atau
kenyataan-kenyataan mengenai dirinya. Skor ini mempunyai kaitan
dengan kesahan jawapan individu yang menjawab ujian. Skor rendah
iaitu skor di bawah min pula menerangkan bahawa individu kurang atau
tidak sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri atau
kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan dirinya.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
30/117
30
INVENTORI PERSONALITI PLUS
Personaliti Plus diperkenalkan oleh Florence Littaeur. Inventori ini diambil daripada
Florence Littauers Personality Plus: How to Understand Others by Understanding Yourself.
Inventori ini boleh didapati dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Inventori
Personaliti Plus ini terdiri daripada 160 item atau sifat diri. 80 item adalah untuk profil keupayaan
strengths profile dan 80 item yang lain adalah untuk profil kelemahan weaknesses profil.
Inventori ini juga dibentuk berdasarkan 4 konstruk utama mengenai jenis personality iaitu choleric,
melancholy, sanguine dan phlegmatic.
Pentadbiran InventoriPersonaliti Plus
Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 10
hingga 15 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang
sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam
bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan
meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian
supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Individu perlu
menjawab ujian ini dengan jujur dan ikhlas iaitu menjawab berdasarkan apa yang sebenarnya dan
bukan berdasarkan kepada apa yang anda fikirkan baik atau orang kata baik. Jawapan spontan
adalah jawapan yang terbaik.
Bagi menjawab ujian ini, calon dikehendaki menanda X pada satu perkataan yang
menggambarkan diri calon daripada 4 pilihan perkataan pada setiap lajur. Jika calon tidak pasti
perkataan yang paling tepat, calon boleh bertanya kepada ahli keluarga atau rakan atau fikirkan
diri sendiri semasa zaman kanak-kanak. Calon juga diingatkan supaya mengelak dari menjawab
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
31/117
31
dari sudut kerja dan kerluarga kerana banyak protokol dan prosedur yang perlu diikut. Kemudian,
calon dikehendaki memindahkan semua sifat/perkataan yang telah ditanda X dari Profil Personaliti
kedalam kotak didalam Kertas Skor Personaliti. Calon mestilah diingatkan bahawa susunan
perkataan dalam kedua-dua kertas adalah tidak sama.
Bagi mengira markah ujian ini, calon dikehendaki menambah keseluruhan markah jawapan
bagi setiap empat baris dalam Kertas Skor Personaliti dan jumlahkan kedua-dua kekuatan dan
kelemahan. Calon akan mengetahui dominan personaliti dengan melihat markah yang paling
tinggi. Selain itu calon juga dapat mengetahui kombinasi personaliti diri dengan melihat markah
kedua tertinggi.
Interpretasi Inventori Personaliti Plus
1. Popular Sanguine
Popular Sanguine (Burung
Merak)
Unsur alam: tanah
Maksud :bermuka merah
Sifat: ekstrovert, peramah,
optimis
Kata Kunci: Fun, Excitement
Motto Fun, Fun, Fun
Kerjaya Jurujual, hiburan, public speaking
Suara Kuat dan laju; banyak idea, inginkan
perhatian
Kekuatan Promoters, enthusiastic, creative, high
energy, sentiasa bersedia
Kekurangan Pelupa, tidak suka peraturan, emosi tidak
menentu, mudah ubah fikiran
Pakaian Stylish, flamboyant, coloutrful
Perkara yang
tidak disukai
Tidak dapat bergembira, facts and figures,
bersendirian
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
32/117
32
Realiti
Pergi kursus sorang-sorang, balik
kursus 5 orang;
Suka hadiah walaupun kecil tetapi
sangat gembira, sebulan tak habis
cerita;
Spontan boleh gantikan pengacara
majlis walaupun short notice;
Pelupalupa park kereta, lupa letak
pen-drive ; banyak buang masa
mencari;
Mudah ubah fikiran- pagi lain, petang
lain.
2. Perfect Melancholic
Perfect Melancholic (Burung
Hantu)
Unsur alam: angin
Maksud :sayu, murung, hiba,
sugul yang sempurna
Sifat: introvert, pemikir,
pesimis
Motto Lets get the facts and figures
Kerjaya Accountant, engineer, research
Suara Soft & polite
Kekuatan Organized, planners, accurate, persistent,
follow through, romantic, loyalty
Kekurangan Over analytical, hard to please, lonely, suka
merajuk
Pakaian Formal, conservative
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
33/117
33
Kata Kunci: why, graphs,
charts, research
Perkara yang
tidak disukai
Pushy people, no facts, being late
Realiti Sidai bajuteratur, ikut sistem; mula
yang besar dahulu baru , baru sidai
yang kecil-kecil;
Lipat bajupun sama, lipat kain dulu,
kemudian baju, seluar, seluar dalam,
akhirnya nasi lemak kat atas sekali;
jadi piramid.
Cara picit ubat gigi kena picit di
bawah dulu, mesti ikut peraturan.
Menonton filem - beremosi, nangis
dulu sebelum pelakonnya menangis.
3. Powerful Choleric
Pwerful Choleric (Burung
Helang)
Unsur alam: api
Motto Gets out of my way
Kerjaya CEO, attorney, airline pilot
Suara Forceful with volume
Kekuatan Focused, goal oriented, intense, berdikari,
bakat kepimpinan
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
34/117
34
Maksud :cepat marah, lekas
meradang, sangat kuat,
berkuasa
Sifat: ekstrovert, pelaksana,
optimis
Kata Kunci: money, power,
control, to the point, gila kerja
Kekurangan Ego, domineering, unteachable, impatient,
short tempered, tiada tolernsi, kurang
fleksibel
Pakaian Dress for success
Perkara yang
tidak disukai
Indecision, chit-chat, losing control
4.
Peaceful Phlegmatic
Peaceful phlegmatic (Burung
Merpati)
Unsur alam: air
Maksud :air yang tenang dan
dingin, dingin kepala,
berdarah dingin
Sifat: introvert, pemerhati,
pesimis
Kata Kunci: team, together,
relationship, family
Motto Lets be friends
Kerjaya Teacher, nurse, counselor
Suara Soft and gentle
Kekuatan Dependable, team player, patient, supportive,
nurturing, calm, good listener
Kekurangan Over sensitive, followers, not goal oriented
Pakaian Casual and comfortable
Perkara yang
tidak disukai
Pushy people, bullies, conflict
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
35/117
35
PROFIL PERSONALITI TAJMA (PPT-R)
Profil Personaliti TAJMA (PPT-R) merupakan satu set alat ukur psikologi yang dibina
untuk mengukurdimensi personaliti seseorang individu. Profil ini mempamerkan 11 tret personaliti
diri yang diukur menerusi 83 item. Profil personaliti ini telah diperkenalkan oleh Mohd. Tajudin
Ninggal. Skala pemarkahan profil ini adalah berdasarkan Likert-scale yang didatangkan dengan 3
pilihan jawapan iaitu A. Sangat benar; B.Benar dan C. Tidak Benar.
Pentadbiran Profil Personaliti TAJMA (PPT-R)
Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 15
hingga 20 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang
sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam
bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan
meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian
supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.
Berdasarkan tiga pilihan jawapan iaitu A. Sangat benar; B.Benar dan C. Tidak Benar, calon
dikehendaki menanda hanya satu jawapan yang pertama sekali terlintas di fikiran selepas membaca
pernyataan tersebut. Bagi pemarkahan, calon dikehendaki mengisi markah/nilai bagi setiap item
di borang jawapan yang telah disediakan. Nilai bagi setiap jawapan adalah seperti berikut;
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
36/117
36
Skala Nilai
A Sangat Benar 2
B Benar 1
C Tidak Benar 0
Kemudian, calon dikehendaki mencampur semua nilai yang diberikan mengikut kategori
seperti yang telah disediakan didalam borang jawapan.
Interpretasi Profil Personaliti TAJMA (PPT-R)
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
37/117
37
INSTRUMENT FIRO-B
Firo-B, diasaakan oleh William Schutz merupakan instrumen personaliti yang berupaya sebagai
alat mengukur bagaimana seseorang selalunya bertingkahlaku (jalinan hubungan interpersonel)
dengan orang lain dan bagaimana sesorang itu selalu inginkan orang lain bertingkahlaku (jalin
hubungan interpersonel) terhadap dirinya. FIRO adalah berdasarkan instrument yang
mengandungi Element B: Behavior (asalnya FIRO-B), Element F: Feeling (asalnya FIRO-F) dan
Element S: Self-concept. Prinsip utama dalam hubungan interpersonal adalah orientasi-tingkahlaku
(FIRO-B).
Instrumen FIRO-B ini digunakan untuk membantu individu memahami keperluan interpersonal
dirinya sendiri. Selain itu, ia juga digunakan untuk mempengaruhi cara berkomunikasi dan cara
berpelakuan dengan orang lain. Disamping itu, FIRO-B juga dapat meningkatkan hubungan
personal dan membantu persembahan profesional seseorang individu.
Pentadbiran Instrument FIRO-B
ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20-30 minit.
Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan
asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu
diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.
Instrumen ini mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian 1 (16 item), Bahagian 2 (11 item),
Bahagian 3 (13 item), dan Bahagian 3 (14 item). Wajaran Instrumen ini adalah sebanyak 6
skala.calon dikehendaki menulis nomborskala pilihan yang dipilih didalam borang jawapan yang
disediakan. Semua jawapan yang dipilih hendaklah melambangkan diri sendiri.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
38/117
38
Interpretasi Instrumen FIRO-B
INCLUSION CONTROL AFFECTION
Expressed (E) Expressed (E) Expressed (E)
EI EC EA
Wanted (W) Wanted (W) Wanted (W)
WI WC WA
SKALA INTERPRETASI
9
8
7
6
5
4
3
2
1
TINGGI
RENDAH
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
39/117
39
SOSIAL DAPATAN
SKOR
INTERPRETASI
EI Tinggi Anda seorang yang Social Oriented.Mudah meluahkan idea,
pendapat dan perasaan. Anda mudah menjangkakan orang lain
juga seperti anda.
Anda sangat berharap individu lain boleh bekerjasama dengan
anda dalam semua hal. Mungkin anda berangapan anda betul
dan jika harapan tidak dihargai dan tercapai anda mudah
sensitif dan kecewa
WI Tinggi
EI Tinggi Anda suka bergaul dan cepat mesra. Bagi anda komunikasi
adalah aset utama untuk menyatakan kehendak anda.
Anda tidak berharap apa yang anda katakan perlu diterima oleh
orang lain. Mungkin menyebabkan orang lain manganggap
anda tidak serius dan sukar difahami kehendak anda. Anda
menggunakan defense mechanism untuk membela diri
WI Rendah
EI Rendah nda seorang yang pendiam dan berhati-hati dalam pergaulan.
Memilih kawan yang boleh diajak berkomunikasi dan
kongruen serta boleh menerima anda seadanya
Mudah mengambil kata-kata orang lain sebagai janji dan
harapan. Anda kuat berpegang kepada peraturan. Orang lain
mungkin sukar memahami apa sebenarnya yang tersirat dalam
hati anda(banyak kerenah). Pendengar yang baik dan boleh
diharap untuk menyimpan rahsia diri dan orang lain.
WI Tinggi
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
40/117
40
EI Rendah Tahap penerimaan anda kepada orang lain sangat rigid. Terlalu
berhati-hati dan menyebabkan anda sukar bergaul dengan
orang lain.
Keistimewaan anda adalah anda tidak bergantung kepada orang
lain. Tidak kisah dengan apa yang berlaku yang penting anda
boleh menerima diri anda seadanya.
WI Rendah
KAWALAN DAPATAN
SKOR
INTERPRETASI
EC Tinggi Karismatik dalam berhujah. Pemimpin berwawasan. Bijak
mengawal situasi dan keadaan. Bijak mengarah dan membina
peraturan baru. Walaubagaimana pun anda terlalu bergantung
kepada orang bawahan untuk bertindak . Jika tidak terkawal
anda menjadi pemimpin yang autokratik. Perlu menjadi
pendengar yang baik untuk mengawal diri dan situasi
WC Tinggi
EC Tinggi Menepati pemimpin yang jujur dan berhemah jika
menggunakan potensi yang positif.Berupaya memberi idea dan
pendapat kepada orang lain. Komunikasi secara mengarah dan
berfokus. Anda tidak mengharap kepada orang lain. Oleh itu
anda mudah tidak mempercayai orang bawahan anda. Jika anda
bijak berkomunikasi anda menjadi orang yang mudah
disenangi dan tempat untuk orang lain bergantung harap
WC Rendah
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
41/117
41
EC Rendah Kepimpinan anda lebih berfokus kepada tingkahlaku yang
menjurus kepada pencapaian matlamat yang diinginkan.
Komunikasi hanya terbatas kepada keperluan. Kehendak anda
sukar dijangka. Anda lebih banyak mengikut dan akur dengan
peraturan serta rutin. Memerlukan idola untuk dijadikan
panduan untuk menjadi pemimpin yang baik
WC Tinggi
EC Rendah Sifat anda gemar kepada kepimpinanlow-profile. Komunikasi
juga kurang terserlah . Jangkaan dan harapan kepada orang lain
juga tidak menentu dan sukar diramal. Memerlukan sifat asertif
terutama dalam membuat keputusan. Anda selesa dengan
situasi sedia ada dan tidak perlu dikongsi oleh orang lain.
WI Rendah
KASIH
SAYANG
DAPATAN
SKOR
INTERPRETASI
EA Tinggi Seorang yang romantik dan bijak menuturkan kata-kata
semangat pujian dan pujukan. Berupaya mempengaruhi orang
lain dan bersifat enterprising. Motivasi dan pengharapan diri
yang tinggi. Jika tuntutan dan harapan tidak kesampaian,
mudah kecewa dan berputus harap. Akan tetapi cepat
mengseimbangkan diri kerana mudah berkongsi masalah dan
luahan kepada orang lain
WA Tinggi
EA Tinggi Anda mempunyai sifat menolong yang tinggi. Berupaya
meyakinkan orang lain dan bersifat empati. Kebolehan anda
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
42/117
42
WA Rendah mempengaruhi orang lain tanpa meminta balasan
menyebabkan anda dihargai. Kemungkinan anda kurang asertif
kerana kurang bergantung kepada orang lain.
EA Rendah anda mudah menjaga imej kendiri tetapi sukar untuk dikongsi
bersama orang lain. Kasih sayang yang diberikan bukan melalui tutur
kata tetapi lebih kepada tindakan. Kemahuan anda sukar diramal
menyebabkan anda terlalu demand
Anda setia yang tidak berbelah bahagi kepada sesaorang jika
anda yakin dan mempercayainya.
WA Tinggi
EA Rendah Anda serba ringkas dan tidak terlalu dominan dalam pergaulan.
Mudah mengubah situasi jika berlaku konflik. Ada kalanya
anda mempunyai sikap berdikari yang positif tanpa
mengharapkan orang lain. Kehidupan anda serba ringkas dan
melambangkan keceriaan tanpa menyusahkan orang lain. Anda
perlu asertif terutama dalam membuat keputusan yang penting
dalam hidup anda.
WA Rendah
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
43/117
43
THE KEIRSEY TEMPERAMENT SORTER (KTS)
The Keirsey Temperament Sorter ini diasaskan oleh Dr. David Keirsey pada tahun 1978. Ia
diasakan berdasarkan satu inventori personali yang dibina oleh Isabel Myers dan katherine Briggs
iaitu The Myers-Briggs Type Indicator (1962).
KTS digunakan secara meluas oleh perniagaan, agensi kerajaan,pertubuhan agama, kolej dan
universiti untuk menentukan jenis tingkah laku indivdu terutamanya bagi tujuan team building.
KTS juga digunakan untiuk memahami diri dan tingkah laku bagi menghargai dan mendapat
manfaat daripada kekuatan individu untuk melihat perbezaan perspektif dan pendekatan kepada
masalah komunikasi dengan lebih berkesan. KTS juga dapat mebantu dalam memilih bidang
profesional untuk meningkatkan kerjasama dalam menyelasaikan masalah organisasi dan peribadi.
KTS dibina berdasarkan 4 kombinasi daripada 2 ciri-ciri untuk setiap kombinasi iaitu 1) ekstrovert
vs Introvert; 2) Sensing vs intuitive; 3) Thinking vs Feeling; dan 4) Judging vs Perceiving. KTS
terdiri daripada binaan 70 item. Pilihan jawapan bagi KTS ialah A atau B.
Pentadbiran The Keirsey Temperament Sorter (KTS)
Bagi menjawab KTS ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 20 hingga 30 minit. Tempoh
masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang sebenar untuk menyelesaikan
ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising
dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir
ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan
yang telah disediakan di dalam borang soalan. Calon juga diingatkan bahawa jawapan yang
diberikan mestilah berkaitan dengan diri calon untuk masa sekarang dan bukan untuk masa lalu
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
44/117
44
atau masa depan. Calon dikehendaki menanda (X) untuk pilihan jwapan di borang jwapan yang
telah disediakan.
Calon dikehendaki untuk menjumlahkan semua skor yang diperoleh pada setiap bahagian.
Kemudian calon dikehendaki memindahkan jumlah skor mengikut anak panah seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah. Keudian calon dikehendaki menjumlahkan kesemuanya dan
akhir sekali calon dikehendaki memilih markah yang tertinggi pada setiap bahagian dan tuliskan
abjad tersebut diruangan yang telah disediakan.
Borang Jawapan The Keirsey Temperament Sorter
a b a b a b a b a b a b a b
1 x 2 x 3 x 4 x 5 x 6 7 x
8 x 9 x 10 x 11 x 12 x 13 14 x
15 x 16 x 17 x 18 x 19 x 20 21 x
22 x 23 x 24 x 25 x 26 x 27 28 x
29 x 30 x 31 x 32 x 33 x 34 35 x
36 x 37 x 38 x 39 x 40 x 41 42 x
43 x 44 x 45 x 46 x 47 x 48 49 x
50 x 51 x 52 x 53 x 54 x 55 56 x
57 x 58 x 59 x 60 x 61 x 62 63 x
64 x 65 x 66 x 67 x 68 x 69 70 x
1 2 3 4 3 4 5 6 5 6 7 8 7
E I S N T F J P
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
45/117
45
Interpretasi The Keirsey Temperament Sorter (KTS)
Personaliti Huraian
Ekstrovert (E) 1. Lebih tertarik kepada faktor luaran
2. Tidak sabar dengan pekerjaan perlahan dan berpanjangan
3. Suka menyapa orang lain
4. Berminat ketahui org lain buat kerja
5. Suka bercakap di telefon, perlu kepada perhubungan dan mudah meluahkan
perasaan
6. Suka bekerja dgn orang lain
7. Cepat bertindak tanpa berfikir
8. Cenderung berkomunikasi
9. Memerlukan introversi untuk keseimbangan
Introvert (I) 1. Suka ketenangan utk penumpuan
2. Menghadapi masalah mengingat nama dan rupa. Pendiam dan susah dikenali.
3. Ambil masa panjang utk laksana tugasan
4. Tidak suka gangguan telefon, suka menyendiri & simpan perasaan
5. Suka kerja sendirian
6. Berfikir sblm bertindak.
7. Cenderung komunikasi secara btulis
8. Cenderung belajar melalui bacaan
9. Memerlukan extroversi untuk keseimbangan
Sensing (S) 1. Suka ketenangan utk penumpuan
2. Menghadapi masalah mengingat nama dan rupa. Pendiam dan susah dikenali.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
46/117
46
3. Ambil masa panjang utk laksana tugasan
4. Tidak suka gangguan telefon, suka menyendiri & simpan perasaan
5. Suka kerja sendirian
6. Berfikir sblm bertindak.
7. Cenderung komunikasi secara btulis
8. Cenderung belajar melalui bacaan
9. Memerlukan extroversi untuk keseimbangan
Intuitive (N) 1. Sedar cabaran dan kemungkinan baru
2. Tidak suka kerja berulang kali
3. Gemar guna kemahiran baru
4. Bekerja tekun dan bertenaga
5. Berkemungkinan membuat keputusan dengan cepat
6. Mengikut inspirasi dan gerak hati
7. Mempersoalkan mengapa sesuatu keadaan itu seperti seadanya
Thinking (T) 1.
berkebolehan menetukan sesuatu di dalam susunan yang logical
2. memberi galakan balas kepada pendapat
3.
perlu layanan adil
4. cenderung tegas dan berhentikan pekerja jika perlu
5. berkebolehan untuk menegur secara terus terang
6.
kemungkinan menyakitkan hati orang lain tanpa sedar
7. mempunyai bakat di dalam menganalisa sesuatu masalah
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
47/117
47
Feeling (F) 1. Suka kepada keharmonian dan tekun utk mencapainya
2. Memberi gerakbalas kpd nilai orang lain lebih drp perasaan & pemikiran
mereka
3. Perlu kepada pujian sekali sekala
4. Cenderung bersimpati
5. Tidak suka memberitahu sesuatu yg tidak menyenangkan kpd org lain
6. Gemar menyenangkan hati org lain
Judging (J) 1. Suka menetapkan dan menyelesaikan sesuatu tugas
2.
Tidak suka mengganggu sesuatu projek yang sedang mereka lakukan
untuk perkara yang lebih penting
3.
Puas setelah mencapai sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara,
situasi atau seseorang
4. Hanya perlu asas sahaja sebelum memulakan kerja
5. Jadualkan projek
6.
Gunakan senarai sebagai agenda untuk bertindak
Perception (P) 1. Tidak kisah & boleh biarkan sesuatu utk diubah saat akhir
2. Boleh sesuaikan diri dgn situasi yg berubah-ubah
3. Kesukaran utk buat keputusan krn rasa maklumat masih x cukup
4. Tangguhkan kerja yg tidak menyenangkan
5. Ingin mengetahui sesuatu kerjasecara menyeluruh
6. Dpt selesaikan byk tugasan di saat akhir walau di dalam tekanan
7. Gunakan senarai sbg peringatan utk tugasan yg perlu selesai.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
48/117
48
INVENTORI GAYA BERCINTA
Pentafsiran Umum IGB
Setiap individu akan memperolehi skor dalam keenam-enam skala IGB. Skor tertinggi yang
diperolehi dari keenam-enam skala IGB ini menunjukkan gaya percintaan yang dominant untuk
diri anda. Berikut adalah makna gaya percintaan yang anda miliki;
Cinta PersahabatanStorage
Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara
mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang kala orang yang bercinta tidak
menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini
akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan
untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangka masa yang panjang.
Sebaliknya, mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.
Cinta Romantis Eros
Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat
kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahuan penyatuan dan
perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan
pasangannya. Contohnya, dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama.
Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk
hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi
nilainya.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
49/117
49
Cinta Permainan - Ludus
Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan
tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam
sesuatu sama. Ini adalah kerana adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya
melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya
ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya
mereka suka memainkan perasaan ataupun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah
perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya
ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat
hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini, hubungan mereka jarang sekali mesra
terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan
tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.
Cinta LogikalPragma
Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba mencari
pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan
yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah
ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan ditangguh hubungan cintanya
sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang
dikehendakinya.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
50/117
50
Cinta PengorbananAgape
Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf.
Gaya bercinta ini terlalu ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang
dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal gaya bercinta ini
juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza
personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela
hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup
melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka
rela mengenepikan cita-cita ataupun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya
mendapatkan apa yang dikehendakinya.
Cinta KepunyaanMania
Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin
bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan bersama.
Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat mementingkan diri sendiri. Mereka
juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa
yang sama juga mahu merasa dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu, mereka ini sentiasa mencurigai
kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
51/117
51
SELF- DIRECTED SEARCH (SDS)
Alat ukuran Self-Directed Search (SDS) telah dibina oleh John L. Holland. Alat ukuran ini
mengandungi 192 item yang mempunyai pilihan jawapan Ya atau Tidak untuk mengukurminat
kerjaya atau jenis personaliti seseorang. Alat ukuran SDS yang mengandungi 192 item mewakili
116 sub-skala pengukuran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising
(E), dan conventional (C).
Alat ukuran SDS mempunyai tiga bahagian utama iaitu Bahagan I (Kesukaan), Bahagian II
(kecekapan) dan Bahagian III (Senarai Nama Pekerjaan). Selain itu, alat ukuran SDS adalah lebih
sesuai digunakan untuk remaja atau pelajar sekolah menengah kerana SDS mempunyai ketiga-tiga
aspek kesukaan, kecekapan dan senarai nama pekerjaan yang lebih mudah untuk difahami.
PENTADBIRAN UJIAN SDS
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu
diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa,
lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan
yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil
ujian.
PENGIRAAN SKOR UJIAN SDS
Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.
PENTAFISRAN UJIAN PROFIL SELF DIRECT SEARCH [SDS]
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
52/117
52
REALISTIK [R]
TEMA: Pertanian / Perhutanan / PerkhidmatanPerlindungan / Pekerjaan Berkemahiran /
Kejuruteraan
PENERANGAN -
Individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal.
- Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan
binatang.
- Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan,
lukisan mekanikal, mesin atau haiwan.
-
Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh.
- Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan.
-
Individu ini menghadapi persekitaran secara konkrit dan fizikal.
- Digambarkan sebagai materialistik, stabil dari segi emosi, tidak
bersifat sosial
CONTOH
KERJAYA
Jurutera Awam, Jurutera Automobil, Jurutera Keretapi, Jurutera
Mekanikal, Operator Mesin, Mekanik Kapal terbang, Mekanik Kereta,
Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan, Tukang Besi dan Tukang
Kayu. Mekanik, jurugegas jentera, juruelektrik, jurufoto, jurutaip,jurutera,
juruukur am, pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik,ahli penternak ikan,
juru kamera wayang gambar, juru teknik makmal
CIRI-CIRI Suka Menyendiri - Akur - Natural - Tidak Fleksibel- Jujur Normal-
Berhemat - Tulen - Keras Hati - Tiada/Kurang Celik Akal - Keras Kepala
- Praktikal
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
53/117
53
INVESTIGATIF [I]
TEMA: Matematik & Sains / Kaitan dgn Perubatan /Perubatan
PENERANGAN -
individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu,
membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan
masalah melalui penyelidikan.
-
mempunyai kemahiran saintifik dan metamatik serta meminati
kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
-
mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan kecerdasan,
memanipulasikan idea-idea, perkataan-perkataan dan lambang-
lambang.
- Digambarkan sebagai individu yang mengelak daripada situasi
sosial dan bersifat introvert.
-
Kajian-kajian secara pemerhatian, perlembagaan, dan bersistem.
CONTOH
KERJAYA
Doktor Perubatan, Pakar Bedah, Doktor Gigi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi,
Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kajibintang, Ahli Kimia,
Ahli Kajibumi, Pegawai Sains, Penyelidik Sains, Ahli Psikologi dan Ahli
Antropologi.
CIRI-CIRI Analitikal - Autonomi - Rasional Berhati-hati - Intelektual - Menyisihkan
diri - Kritikal - IntrospektifPendiam - Kompleks - Pesimistik - Rendah
hati - Ingin tahu - Jitu - Tidak Popular
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
54/117
54
ARTISTIK [A]
TEMA: Seni & Hiburan / Persuratan & Perundangan
PENERANGAN -
individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.
-
mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang
tidak atau kurang berstruktur.
-
tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin atau
berulang-ulang.
-
menggunakan imaginasi dan kreativiti
-
mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai seni kreatif
- Melepaskan perasaan atau menyelesaikan masalahnya dengan
cara melahirkan menerusi ciptaan ataupun karyanya.
- Tingkahlaku cenderung kepada kebolehan dalam bahasa, seni,
muzik, drama dan penulisan.
-
Sangat benci kepada pekerjaan perkeranian dan perniagaan.
- Sensitif kepada persekitaran.
CONTOH
KERJAYA
Penyair, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert, Pengubah Lagu, Pelakon,
Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis Kartun
dan Juruhias Dalaman, penerbit drama TV dan Radio
CIRI-CIRI Rumit - Imaginatif - Intuitif - Tunggang-terbalik - Tidak Praktikal - Tidak
Akur - Emosional - Impulsif - Tulin - Ekspresif - Bebas - Sensitif -
IdealistikIntrospektif - Terbuka
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
55/117
55
SOSIAL [S]
TEMA: Sukan / Perkhidmatan Persendirian / Perkhidmatan Sosial
PENERANGAN -
individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
-
mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir
berkomunikasi dengan orang lain.
-
Matlamat utama - adalah membuat kebajikan.
- Mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengaruhi orang lain seperti
memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan
-
Suka dirinya dilantik sebagai ketua dan mendapat perhatian
- Pandai mewujudkan hubungan antara individu tetapi kurang dalam
bidang teknikal dan kerja tangan.
- Mengelak diri daripada aktiviti yang sistematik yang melibatkan
benda, pekakas, atau mesin.
-
Mahir berkomunikasi
CONTOH
KERJAYA
Ahli Sosiologi, Guru, Pengetua Sekolah, Jururawat, Pegawai Perhubungan
Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor
Kerjaya dan Kaunselor Peribadi
CIRI-CIRI Berpengaruh - Suka Menolong- Bertanggungjawab - Bekerjasama -
Idealistik- Sabar - Empati - Bijaksana - Peramah - Baik Hati - Memahami
- Pemurah - Pemujuk - Mesra
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
56/117
56
ENTERPRISING [E]
TEMA: Pentadbiran Perniagaan / AnalisisPerniagaan / Urus Niaga
PENERANGAN -
individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
-
minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus
individu lain, pandai dan mahir memanipulasi orang lain.
-
Matlamat akhir adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan
keuntungan ekonomi.
-
Suka kepada aktiviti yang boleh mendapat keuntungan.
-
Mempunyai kebolehan memimpin, interpersonal, dan memujuk
tetapi kurang dalam perkara-perkara saintifik
-
Menerima dirinya sebagai agresif, popular, mempunyai keyakinan
diri, sosial, dan ada kecekapan bercakap.
-
Ambil berat dalam soal-soal kekuasaan.
-
Mempunyai kemahiran dalam bidang penjualan.
- Sukakan status dan kepimpinan.
CONTOH
KERJAYA
Spekulator, Aktuaris, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan,
Pengarah Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus
Hotel, Pengurus Bank dan Jurujual Insuran
CIRI-CIRI Sukakan Pencapaian - Bertenaga - Suka Menggoda - Suka Mengembara -
Suka Menunjuk - Optimistik - Mudah Bersetuju - MengembirakanYakin
diri - Bercita-cita Tinggi - Berusaha - Sosial - Angkuh - Ekstrovert - Suka
Bercakap
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
57/117
57
CONVENTIONAL [C]
TEMA: Perkeranian
PENERANGAN -
individu yang suka bekerja dengan data dan nombor.
-
Menghadapi persekitaran dengan memilih matlamat dan kegiatan
yang direstui oleh masyarakat.
-
Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut
arahan.
-
mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian,perniagaan,
komputer serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam
mengguna nombor.
-
Digambarkan sebagai individu yang stereotaip dan tidak asli,
sentiasa kemas,dan konservatif
-
suka kepada aktiviti yang melibatkan usaha mempengaruhi data-
data dengan sistematik.
- Mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor, memberatkan
kepada aspek-aspek perbualan ataupun topik-topik yang dirancang.
CONTOH
KERJAYA
Akauntan, Guru Perdagangan, Guru Perakaunan, Penyimpan Kira-Kira,
Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer,
Penilai Harta, Jurujual Insuran dan Kerani Insuran.
CIRI-CIRI Berhati-hati - Sukar Dilentur - tabah Hati - Akur - Memendam Rasa -
Praktikal - Teliti - Mengikut Aturan - Bersopan Santun - Defensif - Menurut
Perintah - Cermat - Cekap - Berstruktur - Tidak Imaginatif
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
58/117
58
VOCATIONAL PREFERENCE INVENTORY (VPI)
Alat ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) yang dibina oleh John L.Holland
mengandungi 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dan jenis personaliti
seseorang. VPI mengenduni 160 itrm dengan pilihan jawapan Suka atau Tidak Suka. Alat ini
dibina berasaskan teori Holland yang mengandaikan bahawa individu boleh dikumpulkan kepada
enam jenis personality yang memperlihatkan minat dan kecekapan dalam pekerjaan.
Alat VPI ini mengandungi dua skala ukuran iaitu skala primer dan skala skunder. Enam personality
yang terdapat dalam skala primer adalah sama seperti yang terdapat dalam Self-Directed Search
(SDS) iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional. Manakala,
skala skunder mewakili Kawalan Diri atau Self-Control (SC), Maskuliniti-Feminiti (MF), Status
(ST), Infrequency (INF) dan Acqueiscene (AC). Kesemua sebelas subskala dalam skala primer dan
skunder merupakan subskala bagi VPI.
Walaupun alat ukuran SDS mempunyai 192 item berbanding VPI 160 item, ia hanya mengandungi
6 sub-skala pengukuran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising
(E), dan conventional (C). Ini menjelaskan bahawa alat ukuran VPI lebih ekstensif berbanding
dengan alat ukuran SDS. Alat ukuran minat kerjaya VPI adalah sesuai digunakan untuk orang
dewasa.
PENTADBIRAN UJIAN VPI
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu
diselesaikan dalam masa 20-30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa,
lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala arahan
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
59/117
59
yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil
ujian.
PENGIRAAN SKOR UJIAN VPI
Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.
PENTAFSIRAN PROFIL UJIAN VPI
Skala Primer
Personaliti Ciri-Ciri Pekerjaan
Realistik
Mempunyai kemahiran atletik atau
mekanikal.
Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan,
tumbuhan, dan binatang.
Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di
dalam bangunan
Jurutera Awam
Jurutera Kereta Api
Operator Mesin
Mekanik Kapal Terbang
Mekanik Kereta
Juruteknik Elektronik
Ahli Ilmu Perkebunan
Tukang Kayu
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
60/117
60
Investigatif
Suka membuat pemerhatian, mempelejari,
menyelidik, menganalisis, menilai dan
menyelesaikan masalah melalui penyelidikan.
Mempunyai kemahiran saintifik dan
matematik serta meminati kerja-kerjaya
saintifik dan beberapa kerjaya bercorak
teknikal.
Ahli Kaji Cuaca
Ahli Biologi
Ahli Botani
Ahli Agronomi
Ahli Fizik
Ahli Kaji Bintang
Ahli Kimia
Ahli Kaji Bumi
Penyelidik Sains
Antropologis
Artistik
Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.
Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja
dalam situasi yang tidak atau kurang
berstruktur.
Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau
berulang-ulang dan selalu menggunakan
imaginasi dan kreativiti.
Penyair
Pemimpin Orkestra
Penyanyi Konsert
Penggubah Lagu
Pengarang
Pelukis Perdagangan
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
61/117
61
Pelukis Potret
Wartawan
Pelukis Kartun
Penghias Rmuah
Arkite
Sosial
Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
Berminat dalam memberitahu, menolong,
melatih, memperkembang, mengubati dan
membuat kebajikan pada orang lain.
Mempunyai kemahiran menggunakan kata-
kata serta mahir berkomunikasi dengan orang
lain.
Matlamat utama adalah membuat kebajikan.
Ahli Sosiologi
Guru
Pengetua Sekolah
Pegawai Perhubungan
Awam
Pengarah Kem Belia
Pengarah Agensi Kebajikan
Kaunselor Kerjaya
Kaunselor Peribadi
Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Spekulator
Aktuaris
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
62/117
62
Enterprising
Mempunyai minat dalam mempengaruhi,
mengarah, memimpin, dan mengurus
individu lain.
Pandai dan mahir memanipulasi orang lain.
Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai
keuntungan organisasi dan keuntungan
ekonomi.
Eksekutif Pengiklanan
Eksekutif Perniagaan
Pengarah Syarikat
Pengarah Publisiti
Peguam
Ahli Politik
Pengurus Hotel
Pengurus Bank
Jurujual Insurans
Conventional
Suka bekerja denga data dan nombor.
Mempunyai kemahiran dalam bidang
perkeranian serta mempunyai kebolehan dan
kemahiran dalam menggunakan nombor.
Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat
akur, dan mengikut arahan.
Penyimpan Kira-Kira
Guru Perdagangan
Akauntan
Jurutrengkas
Kerani Bank
Pakar Cukai
Kerani Gaji
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
63/117
63
Operator Komputer
Penilai Harta
Jurujual Insurans
Kerani Insurans
Skala Skunder
STATUS
(ST)
Skor Tinggi (8-14) Menunjukkan individ memberikan nilaian dan persepsi
yang tinggi pada kerjaya-kerjaya yang pada
anggapannya mempunyai status yang tinggi.
Skor Rendah (0-7) Menunjukkan individu tidak begitu mementingkan
status dalam pekerjaanya.
Maskuliniti-
Feminiti
(MF)
Skor Tinggi (8-14) Dikaitkan dengan individu yang memiliki ciri-ciri
kelakian yang selalu dikaitkan dengan kerjaya seperti
polis, tentera, mekanik dan juruteknik.
Skor Rendah (0-7) Menunjukkan individu mempunyai ciri-ciri kewanitaan
yang selalunya dikaitkan dengan kerjaya perempuan
seperti guru, pragawati, jururawat dan setiausaha
Skor Tinggi (8-14) Menunjukkan individu mempunyai kawalan diri yang
baik yang selalu dikaitkan dengan mempunyai lokus
kawalan dalaman yang tinggi atau proaktif.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
64/117
64
Kawalan Diri
(SC)
Skor Rendah (0-7) Menunjukkan individu kurang mampu mengawal diri
sendiri yang selalu dikatakan mempunyai lokus luaran
yang tinggi atau reaktif dan sangat mudah dipengaruhi
oleh factor persekitaran
Infrequency
(IF)
-skala
kebolehpercayaan
VPI
Skor Tinggi (11-20) Menunjukkan jawapan klien tidak konsisten dan
dengan itu profil minat kerjaya yang diperoleh tidak
boleh dipercayai.
Skor Rendah (0-10) Menunjukkan jawapan klien adalah konsisten dan
jawapan tersebut boleh dipercayai.
Acquiescence
(AC)
-skala keesahan
VPI
Skor Tinggi (16-30) Menunjukkan jawapan klien mungkin dipengaruhi
factor-faktor lain seperti pandangan masyarakat dan
sebagainya. Sekaligus menyebakan profil minat
kerjaya yang diperoleh adalah tidak sah.
Skor Rendah (0-15) Menunjukkan klien menjawab berdasarkan kepada apa
sebenarnya tentang minatnya tanpa dipengaruhi factor
lain dan menunjukkan jawapan yang diberi klien adalah
sah.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
65/117
65
BORANG MINAT ROTHWELLMILLERBMRM
Alat ukuran BMRM ini telah dibentuk oleh Miller dan telah diperbaiki dan dikemaskini oleh
Rothwell. Alat ukuran ini dibina dalam 2 borang yang berlainan iaitu borang lelaki dan borang
wanita serta mengandungi 108 item yang terdiri daripada nama pekerjaan. Alat ukuran BMRM ini
mengandungi 12 sub-skala iaitu Kerja Luar, Mekanikal, Pengiraan, Saintifik, Bujukan, Estetik,
Sastera, Muzik, Perkhidmatan Sosial, Keranian, Praktikal dan Perubatan.
PENTAFSIRAN ALAT UKURAN BMRM
Umumnya, ujian ini mestilah ditadbirkan dalam bilik yang mempunyai kemudahan asas seperti
meja, kerusi dan kipas angin. Keadaan bilik darjah mestilah selesa dan jauh daripada gangguan
dan kebisingan. Masa untuk menyelesaikan ujian ini adalah tidak dihadkan, namun kebiasannya
ujian ini dapat diselesaikan dalam masa 30 minit.
KAEDAH PEMARKAHAN BMRM
Untuk membuat permarkahan secara manual, kita memerlukan borang soalan yang telah lengkap
dijawab dan borang panduan mengira skor seperti dalam jadual 1.
PENTAFSIRAN PROFIL BMRM
Jumlah skor terkecil adalah menunjukkan bidang minat yang utama, sementara jumlah skor
terbesar menunjukkan bidang minat tersebut paling tidak penting pada individu berkenaan.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
66/117
66
PANDUAN MEMBUAT ANALISIS
Miller (1969), individu setiap kategori tersebut mempunyai minat-minat yang tersendiri seperti
berikut:
KATEGORI MINAT JANTINA CONTOH PEKERJAAN
Luar Rumah Tidak suka kerja rutin
dan teratur.
Lelaki Petani, Pengawas Hutan, Juru Ukur
Tanah, Peneroka, Penjaga Binatang,
Nelayan, Pemandu, Pekebun Sayur.
Perempuan Petani, Guru Pendidikan Jasmani,
Jurulatih Suka, Penternak Haiwan,
Penternak Ayam, Pekebun Bunga.
Mekanikal Suka bekerja dengan
mesin, alat-alat
perkakas mekanikal.
Lelaki Jurutera, Juru Elektrik, Mekanik,
Tukang Jam, Pengikat.
Perempuan Pemasang Alat-alat, Operator Mesin,
Pelayan Pam Minyak, Juru Permata.
Pengiraan Suka dengan angka-
angka.
Lelaki Akaun Kos, Statistik, Juru Audit, Penilai
Cukai Pendapatan, Guru Matematik,
Juruwang.
Perempuan Operator Mesin Akaun, Penyimpan
Kira-kira, Kerani Akaun.
Saintifik Aktiviti analisis dan
penyiasatan dalam
aktiviti sains.
Lelaki Ahli Kimia Industri, Ahli Kaji Cuaca,
Botani, Kaji Bintang, Geologi,
Pembantu Makmal.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
67/117
67
Perempuan Ahli Sains Pertanian.
Bujukan Minat bercakap,
membujuk, bincang,
bahas dan bergaul
dengan orang lain,
interpersonal baik.
Lelaki Juru Hebah Radio, Jurujual, Pengiklan,
Jurulelong, PRO, Wakil Insuran.
Perempuan Pengurus Jualan Fesyen, Penemuduga,
Demonstrator, Jurusolek.
Estatik Aktiviti seni warna,
rekaan kecantikan dan
yang mempunyai nilai
seni.
Lelaki Pelukis, Arkitek, Pengukir Permata,
Pereka Pentas.
Perempuan Juru Hias Dalaman, Pereka Tekstil, Guru
Lukisan, Pereka Fesyen, Juru Hias
Tingkap.
Sastera Minat buku, membaca,
mengarang karya-karya
Lelaki Wartawan, Novelis, Sejarawan,
Pustakawan, Penulis.
Perempuan Penulis, Pelakon, Penulis Majalah,
Pengulas, Penyair.
Muzik Minat bermain atau
mendengar alat muzik,
menghayati muzik.
Lelaki Pemain Piano Konsert, Pemimpin
Orkestra, Penggubah Lagu.
Perempuan Pengkritik Muzik, Guru Muzik,
Pustakawan, Rakaman (Muzik).
Perkhidmatan
Sosial
Suka menolong dan
membimbing orang
menghadapi masalah.
Lelaki Ahli Psikologi, Guru Besar, Pekerja
Sosial, Kaunselor, Pengakap, Pekerja
Kelab Belia.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
68/117
68
Perempuan Guru Sekolah, Pendakwah, Pekerja
Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri.
Perkeranian Kerja pejabat yang
bersifat rutin dan perlu
ketelitian dan ketetapan.
Lelaki Pengurus Bank, Kerani Insuran, Kerani
Pos.
Perempuan Setiausaha, Jurutaip, Penyambut
Tetamu, Pekerja Pejabat.
Pratikal Kerja-kerja mengguna
tangan, membina,
membuat dan membaiki
alat (tenaga fizikal).
Lelaki Tukang Kayu, Batu, Cat Rumah, Tukang
Paip.
Perempuan Tukang Jahit, Pembuat Tembikar,
Pendandan Rambut, Pembalut Coklat,
Penjaga Rumah, Tukang Dobi, Tukang
Masak.
Perubatan Suka mengubati orang,
meringan pesakit dan
penyakit.
Lelaki Doktor Bedah, Ahli Farmasi, Juru X-
Ray, Jurupulih Anggota.
Perempuan Doktor Sakit Puan, Doktor Haiwan,
Jururawat.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
69/117
69
INVENTORI NILAI PEKERJAAN SIDEK
Inventori Nilai Pekerjaan Sidek atau singkatan INPS adalah satu inventori yang digunakan untuk
mengenalpasti nilai-nilai yang dianggap penting oleh seseorang individu. Inventori nilai pekerjaan
ini adalah inventori yang mempunyai format jawapan skala likert iaitu Sangat Suka (SS), Suka (S),
Tidak Pasti (TP), Tidak Suka (TS) dan Sangat Tidak Suka (STS). Gerak balas individu kepada
item-item yang terkandung dalam ujian ini dikatakan dapat menerangkan nilai-nilai pekerjaan
individu. Ujian Nilai Pekerjaan Sidek misalnya, dapat mengukur 6 kategori nilai pekerjaan iaitu
konteks, hubungan, fungsi, ganjaran, citarasa dan monotoni yang terdiri daripada 21 nilai
pekerjaan. Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian I: Deskripsi Pekerjaan dan
Bahagian II: Perbandingan Nilai Pekerjaan. Pentafsiran skor yang diperolehi dari ujian nilai
pekerjaan adalah seperti berikut;
PENTADBIRAN UJIAN INPS
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini
perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik
yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu,
segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang
mengambil ujian.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
70/117
70
PENGIRAAN SKOR DAN PEMBENTUKAN PROFIL INPS
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian nilai pekerjaan perlu dibuat dengan teliti dan hati-
hati.
PENTAFSIRAN PROFIL INPS
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Umumnya,
pentafsiran profil adalah berasaskan kategori nilai pekerjaan dan fokus adalah kepada skor
tertinggi dan skor terendah. Skor 16 hingga 21 dianggap tinggi, skor 7 hingga 15 dianggap
sederhana dan 1 hingga 6 dianggap rendah. Skor tinggi menunjukkan nilai tersebut sangat penting
kepada individu, sementara skor rendah menunjukkan nilai bahawa nilai tersebut adalah tidak
penting kepada individu. Pentafsiran profil INPS yang diperolehi berhubung dengan nilai-nilai
tersebut adalah seperti berikut;
BAHAGIAN A: DESKRIPSI PEKERJAAN
1. Manusia
Keperluan utama pekerjaan jenis ini ialah anda mesti suka kepada aktiviti-aktiviti yang
berorientasikan manusia. Banyak masa anda akan digunakan untuk berhubung dan berinteraksi
dengan orang lain. Peranan anda termasuklah menyelia, memujuk dan menolong, mengajar,
memberi khidmat kaunseling dan menasihat merupakan aktiviti-aktiviti lain yang mungkin
akan anda lakukan.
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
71/117
71
2. Data
Ciri-ciri utama pekerjaan jenis ini ialah anda dikehendaki bekerja dengan idea-idea maklumat-
maklumat, dan rekod-rekod. Anda mungkin dikehendaki mengumpul maklumat-maklumat,
membanding, menyalin di samping berkemungkinan melakukan kerja-kerja menyelaras dan
menganalisis data. Kebolehan membuat kesimpulan dan rumusan dari data-data yang ada
mungkin juga diperlukan di dalam pekerjaan jenis ini. Minat anda yang mendalam untuk
bermain-main dengan data memungkinkan anda berjaya di dalam kerjaya ini.
3. Benda
Pekerjaan ini memerlukan anda bekerja dengan objek samaada objek kecil atau objek besar.
Anda adalah dikehendaki mengendalikan dan menyelenggara objek dari kerja yang sehalus-
halusnya hinggalah kepada operasi jentera-jentera yang besar. Perhubungan sesama manusia
adalah minima. Anda mungkin terlibat dalam merekabentuk, merekacipta, membina dan
memperbaiki benda-benda.
4.
Pembantu
Pekerjaan ini memerlukan anda supaya bertanggungjawab ke atas orang lain, mengikut
undang-undang dan peraturan-peraturan. Anda adalah dikehendaki supaya sentiasa mengikut
arahan ketua dan memberi perhatian penuh kepada tugas yang diberikan kepada anda. Anda
juga dikehendaki membuat sesuatu mengikut apa yang telah dipersetujui. Kesediaan anda
untuk diarah dari melakukan sesuatu mengikut kehendak sendiri memungkinkan anda berjaya
dalam kerjaya jenis ini.
5. Altruisme
Ciri-ciri seperti suka menolong dan mengasihi orang lain adalah ciri-ciri yang penting untuk
pekerjaan jenis ini. Banyak masa kerja anda dihabiskan dengan kerja-kerja kebajikan. Anda
-
8/10/2019 Pentadbiran Ips
72/117
72
mungkin dikehendaki membina perhubungan dengan orang yang tidak mempunyai kawan,
menolong mereka yang tidak bernasib baik serta orang lain yang memerlukan perto