Download - Pentadbiran Awam
1
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
1.0 PENGENALAN
Perancangan Bandar dan Desa di Malaysia terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan .Kerajaan Persekutuan , kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan sentiasa bekerja sama antara satu sama lain dalam Perancangan Bandar dan Desa Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Perancangan Bandar dan Desa di bawah Senarai bersama . Perlembagaan ini juga telah memperuntukkan had undang-undang persekutuan dan negeri iaitu :
Parlimen boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa di luar serta di dalam Persekutuan .
Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian negeri itu .
Perhubungan antara ketiga-tiga peringkat kerajaan Malaysia iaitu Kerajaan Persekutuan ,Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan termasuk struktur organisasi dan fungsi-fungsinya dalam perancangan bandar dan desa .
1 194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
2.0 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA
Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan yang mengandungi 3 peringkatkerajaan iaitu Persekutuan , Negeri , Tempatan .Peringkat tersebut mempunyai kuasa
seperti yang termaktub dalam perlembangan dan beberapa Akta Parlimen .
PERINGKAT DAN BIDANG KUASA KERAJAAN MALAYSIA
Kerajaan PersekutuanBertanggungjawab dalam hal-hal luar Negara keselamatan dalam negeri , pertahanan , pelajaran dan kewangan .
Kerajaan Negeri Bertanggungjawab dengan hal-hal agama dan tanah
Kerajaan TempatanBertanggungjawab untuk merancang ,menyelaras dan mengawal penggunaan serta pemajuan tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan bertindak untuk mengendali , membantu dan menggalakkan pengumpulan , pengemaskini serta penerbitan yang berkaitan dengan Perancangan Bandar dan Desa serta kaedahnya .
2 194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
2.1.1 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Kerajaan Persekutuan terdiri daripada DYMM Yang DiPertuan Agung , Majlis Raja-raja
,Kabinet dan beberapa Majlis sama ada yang di tubuhkan mengikut Perlembangan atau
mengikut peraturan pentadbiran Kerajaan Persekutuan .Selain itu , struktur Kerajaan Persekutuan juga merangkumi pelbagai suruhanjaya yang dibentuk untuk memenuhi
pelbagai keperluan dan fungsi .
DYMM YANG DIPERTUAN AGUNG
Yang DiPertuan Agung mengikut Perkara 32(1) Perlembangaan Persekutuan merupakan seorang ketua Negara .
Segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda tetapi mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau PM
Mempunyai kuasa budi bicara tetap dikehendaki mengikut kebiasaan peraturan Demokrasi Berparlimen
Melantik Jemaah Menteri atas nasihat PM
Mempersetujui atau tidak membubarkan Parlimen .
3 194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran AwamTIMBALAN YANG DIPERTUAN AGUNGTimbalan Yang DiPertuan Agung lazimnya dilantik daripada kalangan Raja yang kedua dalam senarai pemilihan Yang DiPertuan Agung . Banginda akan memegang jawatan tersebut selama lima tahun apabila jawatan Yang DiPertuan Agung dikosongkan .
MAJLIS RAJA-RAJA
Majlis Raja-raja terdiri daripada semua raja dan Yang DiPertuan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja . Majlis tersebut bertanggungjawab untuk memilih Yang Dipertuan Agung .
KABINET / JEMAAH MENTERI
Kabinet atau jemaah menteri adalah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang DiPertuan Agung
Kabinet bukan merupakan satu badan di dalam pentadbiran tetapi menjalankan pemerintahan Negara ia merupakan satu badan pemerintahan
4
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran AwamKabinet bertanggungjawab untuk melaksanakan pemerintahan Negara diketuai oleh Perdana Mentari dan menteri-menteri sebagai ahli dan sama-sama bertanggungjawab mengenai semua keputusannya .
Merupakan badan yang tertinggi di dalam Negara untuk membentuk dasar-dasar Negara
MAJLIS-MAJLISTerdapt 2 jenis majlis dalam Kerajaan Persekutuan iaitu:
Majlis Perundangan yang terdiri daripada Majlis Tanah Negara , Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan , Majlis Kewangan Negara ,Majlis Angkatan Tentera .
Majlis yang bertujuan untuk melicinkan perjalanan pentadbiran iaitu Majlis Tindakan Negara ,Majlis Ekonomi Negara dan Majlis Keselamatan Negara .
SURUHANJAYA-SURUHANJAYATujuan ditubuhka
Supaya terdapat agensi-agensi yang dapat bergerak dengan secara bebas untuk menjalanka tugas-tugas mereka dengan objektif , adil dan saksama
5
194511MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
Kebebasan suruhanjaya pilihanraya yang bertanggungjawab mengadakan pilihanraya adalah penting agar segala keputusan pilihanraya diterima dengan penuh keyakinan oleh semua parti politik dan pengundi-pengundi .
Perlembagaan Persekutuan telah membentuk 2 jenis suruhanjaya iaitu:
Suruhanjaya tetap suruhanjaya pilihanraya
Suruhanjaya sementara suruhanjaya perkhidmatan
Perlantikan suruhanjaya-suruhanjaya dilantik khas
Dalam ahli-ahli suruhanjaya pilihanraya Terdapat seorang Pengerusi dan tiga orang ahli dilantik oleh Yang di Pertuan Agung setelah berunding dengan Majlis Raja-raja . Ahli-ahli suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan pula dilantik oleh Yang di Pertuan Agong setelah menimbang nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja .
JURUAUDIT NEGARA
Juruaudit Negara dilantik berdasarkan Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan . Juruaudit
6
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran AwamNegara bertanggungjawab mengaudit semua akaun agensi Kerajaan Persekuan dan Negeri .
2.1.2 SISTEM PERANCANGAN DAN PELAKSAAN BAGI KERAJAAN PERSEKUTUAN
Menyatakan tujuan kerajaan untuk mencapai pembanguna seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu-padu dan adil
PERANCANGAN
Membentuk strategik perancangan dan pembangunan peringkat nasional wilayah , bandar dan luar bandar .
PELAKSANAAN
Pelaksanaan perlu menepati rancangan-rancangan pembangunan yang dibentuk untuk menyokong dan menterjemah dasar-dasar pembangunan Negara .
7
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
PENYELARASAN
Pelaksanaan sesuatu program atau projek pembangunan memerlukan penyelarasan pelbagai agensi yang terlibat .
PENILAIAN
Penilaian dilakukan dengan mengenal pasti kesan sesuatu projek bagi tujuan mengadakan perancangan yang lebih baik di masa akan datang .
Penggubalan Dasar
Sesuatu dasar awam akan digubal oleh kerajaan untuk menyatakan tujuan dan matlamatnya mengenai sesuatu perkara seperti Dasar Pembangunan Nasional dengan tergubalnya sesuatu dasar , usaha-usaha perancanganuntuk mencapai matlamatnya boleh dijalankan .
Perancangan
Perancangan menjurus kepada pembentukan strategic pembangunan
8
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awamdiperingkat Nasional ,Wilayah ,bandar dan luar bandar . Proses ini melibatkan pendekatan yang bersepadu iaitu dari atas ke bawah dari bawah ke atasdengan secara mendatar
.
Pelaksanaan
Pelaksanaan merupakan kegiatan untuk menjalankan dan menyiapkan program atau projek yang telah dikenalpasti dalam perancangan .Kegiatan pelaksanaa ini tertumpu di peringkat agensi negeri , daerah , mukim dan kampung .
Penyelarasan
Penyelarasan bertujuan untuk mengadakan perhubungan dan pertalian yang rapat di antara pelbagai agensi yang terlibat dalma pelaksanaan sesuatu program atau projek pembangunan .
Penilaian
Penilaian merupakan proses terakhir dalam sistem perancangan dan pelaksaan di
9
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
peringkat Persekutuan . Aspek ini perlu untuk mengetahui kesan pelaksaan sesuatu program atau projek pembangunan ke atas golongan masyarakat
Perlembagaan Persekutuan adalah sumber bagi segala undang-undang dan kuasa pemerintahan Negara .Perlembagaan Persekutuan telah membahagikan kuasa perundangan dan pentadbiran kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengikut bidang tertentu .Kerjasama yang erat di antara ketiga-tiga peringkat pentadbiran Negara akan membangunkan jentera pentadbiran yang cekap dan berkesan untuk menuju ke arah pembentukan sebuah Negara yang cemerlang .
2.1.3 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN
Setiap tiga belas buah negeri dalam Negara kita mempunyai struktur dan jentera pentadbiran masing-masing . Walaupun struktur dan jentera kerajaan kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia hampir sama , tetapi terdapat sedikit perbezaan pada struktur dan jentera Kerajaan Negeri di Sabah dan Sarawak .
1. STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI DI SEMENANJUNG Institusi Raja danYang DiPertua Negeri merupakan institusi penting dalan jentera
10
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
pentadbiran negeri . Sembilan buah negeri Melayu iaitu Johor , Kedah ,Kelantan
,Negeri Sembilan ,Pahang ,Perak ,Perlis,Selangor dan Terengganu masing-masing mempunyai seorang raja yang mewarisi institusi ini secara turun menurun
.Seseorang Raja atau Yang DiPertua Negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau seorang daripada ahlinya ,lazimnya Menteri Besar atau Ketua Menteri yang bertindak di bawah kuasa am majlis itu atau dengan kaedah lain seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri .Badan tersebut merupakan organisasi pembentukan dasar yang tertinggi bagi peringkat negeri .
3.0 STRUKTUR KERAJAAN NEGERI
Jabatan yang terdapat diperingkat negeri boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan jabatan Persekutuan .
Jabatan negeri yang bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri
Jabatan Negeri yang bertanggungjawab kepada kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan
11
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
Cawangan Jabatanjabatan Persekutuan pula bertanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan tetapi tertakluk kepada usaha penyelarasan yang dilakukan oleh
pentadbiran negeri . Bagi memenuhi keperluan negeri ketua-ketua jabatan tersebut boleh dipanggil untuk menghadiri mesyuarat .
3.1.1 MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
Kuasa eksekutif Negeri terletak di tangan Raja atau Yang diPertua Negeri . Di semenanjung Malaysia kuasa itu dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMS)
Badan ini menyerupai cabinet di peringkat Persekutuan ini bukan satu badan di dalam jentera pentadbiran
Majlis Mesyuarat Kerajaan di ketuai oleh
Menteri Besar atau Ketua Menteri sebagai Ketua Kerajaan .
Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri ,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri .
12
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
3.1.2 SISTEM PENTADBIRAN BERJAWATANKUASA
Di beberapa buah negeri seperti di Pahang dan Negeri Sembilan terdapat suatu sistem pentadbiran yang menyerupai sistem kabinet di peringkat Persekutua di kenali sebagai sistem pentadbiran berjawatankuasa . Dalam sistem ini Kabinet , ahli-ahli MMK yang bukan pegawai diberi tanggungjawab ke atas perkara-perkara tertentu. Berbeza dengan sistem Kabinet perkara-perkara ini di kendalikan oleh jawatankuasa-jawatankuasa MMK bukan kementerian kementerian .
Jawatankuasa-jawatankuasa di pengerusi oleh ahli-ahli MMK yang bukan pegawai kerajaan .
Setiausaha-setiausaha terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan iaitu penolong-penolong setiausaha di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Bilangan jawatankuasa-jawatankuasa bergantung kepada keperluan negeri dan keputusan MMK .
Peranan jawatankuasa-jawatankuasa MMK ialah untuk menolong MMK membuat keputusan dan mengawasi pelaksanaan keputusan keputusan MMK yang dilakukan oleh agensi-agensi awam yang terletak di bawah tanggungjawab masing-masing .
13
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
3.1.3 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SABAH DAN SARAWAK
Sabah dan Sarawak mengamalkan sistem cabinet di mana terdapat Menteri-menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian kementerian tertentu.Di Sabah kabinet di panggil Kabinet Negeri dan di Sarawak Majlis Tertinggi .
Struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak terdiri daripada Yang DiPertua Negeri , Majlis Tertinggi / Kabinet dan Dewan Undangan Negeri .
i . Yang Di pertua Negeri
Yang DiPertuan Negeri merupakan institusi penting dalam jentera pentadbiran negeri Sabah dan Sarawak .Baginda dilantik oleh Yang DiPertua Agung
Yang DiPertuan Negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau seorang daripada ahlinya . Lazimnya Ketua Menteri yang bertindak di bawah kuasa am majlis tersebut dengan kaedah lain seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri .Yang DiPertuan Negeri memainkan peranan
14
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
penting dalam proses pembangunan dan pentadbiran berdasarkan hierarki yang berada pada kedudukan tertinggi dalam struktur jentera KerajaanNegeri .
ii. Majlis Tertinggi / Kabinet
Kuasa eksekutif Kerajaan Negeri terletak pada Yang DiPertua Negeri mengikut perlembagaan masing-masing . Di Sarawak kuasa eksekutif di laksanakan oleh Majlis Tertinggi manakala di Sabah di kenali sebagai Kabinet yang menyerupai bentuk cabinet di peringkat Persekutuan .
JENIS JABATAN
Jabatan jabatan yang terdapat di peringkat negeri boleh dibahagikan 2 iaitu:
a) Jabatan Negeri
b) Cawangan Jabatan Persekutuan Jabatan jabatan Negeri pula boleh dibahagiakan 2 iaitu:
a) Jabatan Negeri yang bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri
b) Jabatan Negeri yang bertanggungjawab kepada kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan .
15
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran AwamJabatan Negeri di Semenanjung Malaysia
Jabatan-jabatan Negeri yang bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri ialah yang menjalankan pentadbiran negeri.Jabatan-jabatan penting yang termasuk di dalam golongan ini ialah :
a) Pejabat Stiausaha Kerajaan Negeri
c) Pejabat Kewangan Negeri
d) Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri
e) Unit Perancang Ekonomi Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan Jabatan Negeri yang utama . Ia menjalankan peranan yang lebih kurang sama dengan Jabatan Perdana Menteri .Di ketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pentadbir Utama Negeri
Pejabat Kewanagan Negeri menyerupai Perbendaharaan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri berperanan yang lebih kurang sama dengan Bahagian Perancang Ekonomi di peringkat Persekutuan .
16
194511MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
JABATAN NEGERI DI SABAH DAN SARAWAK Jabatan Negeri di Sabah dan Sarawak lebih banyak kerana Perjanjian Malaysia di dalam tahun1963 memberi kuasa yang lebih kepada kedua-dua negeri itu daripada yang dipegang oleh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
Jabatan negeri utama yang akan kekal bertanggungjawab kepada kerajaan Negeri adalah sama seperti di Semenanjung Malaysia dari segi peranan dan nama .
Perbezaannya hanya Jabatan di Sabah dikenali sebagai Jabatan Ketua Menteri
CAWANGAN JABATAN PERSEKUTUAN
Cawangan cawangan Jabatan Persekutuan di Negeri bertanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan .
Disebabkan itu ketua cawangan boleh dipanggil bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa MMK dan Majlis Tindakan NegeriPEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN Diketuai oleh Setiausaha Persekutuan Sabah dan Setiausaha Persekutuan Sarawak
Tugasan utama adalah:
17
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
Menjaga kepentingan Kerajaan Persekutuan termasuk kepentingan hartabenda
Memelihara perhubungan yang rapat diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri
Menyelaras dan mengawal pentadbiran aktiviti-aktiviti Jabatan-jabatan dan Perbadanan-perbadanan Awam Persekutuan di Negeri
Menjaga ketenteraman awam di negeri
Menguruskan soal kakitangan perkhidmatan-perkhidmatan awam Persekutuan di negeri .
PEJABAT KEWANGAN PERSEKUTUAN
Bertanggungjawab kepada Kementerian Kewangan Persekutuan dalam menjalankan tugas seperti memeriksa angaran belajawan
Penubuhan pejabat bertujuan supaya keputusan keputusan dapat diambil dengan cepat tanpa perlu dipanjangkan ke Kuala Lumpur .4.0 STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN TEMPATAN
Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga dalam hierarki pentadbiran Kerajaan
18
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
Malaysia .Kerajaan Tempatan yang berada di luar Wilayah Persekutuan terletak di bawah
kuasa Kerajaan Negeri .Hierarki pentadbiran setiap negeri di Semenanjung Malaysia di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu :
DAERAH - Pembahagian negeri mengikut daerah yang di mulakan oleh pihak Inggeris
Pejabat Daerah dan Tanah diketuai oleh Pegawai Daerah dan merupakan pejabat utama di peringkat ini .
MUKIM - Sesuatu daerah pula dipecahakn kepada mukim di mana terdapat Pejabat Penghulu yang di ketuai oleh seorang pejawat awam yang dikenali sebagai Penghulu .
KAMPUNG - Peringkat yang paling rendah ialah Kampung yang mempunyai Ketua Kampung yang dilantik oleh Kerajaan Negeri
Kerajaan Tempatan bertanggungjawab untuk merancang , menyelaras dan mengawal penggunaan serta pemajuan tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan . Ia juga bertindak untuk mengendali , membantu dan menggalakkan pengumpulan , pengemaskinian serta pernerbita stastik,bulletin ,monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan Perancangan Bandar dan Desa serta kaedahnya.Selain itu , Kerajaan Tempatan melaksanakan tugas-tugas yang di pertanggungjawab oleh pihak berkuasa
19
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
negeri dari semasa ke semasa .Perkara-perkara yang bersangkutan dengan Kerajaan
Tempatan dan perancangan bandar merupakan tanggungjawab bersama di antara Kerajjan Persekutuan dan Kerajaan Negeri .Dalam hal perancangan bandar ,Kerajaan Persekutuan boleh meluluskan peraturan-peraturan bagi memastikan keseragama dalam perancangan bandar bagi semua negeri .Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri berhak menerima atau menolak peraturan-peraturan yang telah diluluskan .Ini bermakna sesuatu peraturan tidak dapat beberapa undang-undang yang diguna pakai diperingkat Kerajaan Tempatan seperti Akta Kerajaan Tenmpatan 1976(Akta 171) ,Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan ,Parit dan Bangunan 1974( Akat 133) . Terdapat juga undang-undang kecil yang disediakan dibawah undang-undang induk di asta seperti Undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang di sediakan di bawah Akta 172 .Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan memperuntukan penubuhan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai badan penggubal dasar-dasar Negara untuk menggalak , memaju dan mengawal Kerajaan Tempatan . Akta Kerajaan Tempatan 1976( Akta 171) memperuntukan perlantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan oleh pihak berkuasa negeri .Ahli Majlis pihak berkuasa Tempatan terdiri daripada Datuk Bandar atan Yang Di Pertua dan tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada dua puluh empat ahli majlis .
20
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
4.1 PEMBAHAGIAN KUASA DAN PENYELARASAN PERHUBUNGAN ANTARA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
Pembahagian kuasa dan penyelarasan perhubungan antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan Senarai Persekutuan , Senarai Negeri dan Senarai Bersama
Perkara 73 Perelmbagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parliemn untuk membuat undang-undang bagi seluruh Persekutuan atau mana-man bahagiannya . Dewan Undangan Negeri pula boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau mana-mana bahagian negeri itu .Parlimen dan Dewan Undanagn Negeri mempunyai kuasa bersama semasa membuat undang-undang yang termasuk dalam senarai bersama iaitu Senarai iii Jadual Kesembilan , Perlembagaan Persekutuan .Bagi menentukan supaya undang-undang negeri tidk berlawanan dengan undang-undang persekutuan , undang-undang Persekutuan itu hendaklah diguna pakai dan undang-undang negeri tersebut terbatal yang berlawanan sahaja .Untuk mengelakkan timbulnya sebarang kerumitan dalam hal pentadbiran kuasa masing-masing , Perlembangan Persekutuan telah mewujudkan sistem Majlis dan Jawatankuasa .
21
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
4.2 KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI KE ATAS KERAJAAN TEMPATAN .
Secara praktikalnya Kerajaan Persekutuan mempunyai pengaruh dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan ,terutamanya melalui pemberian peruntukan kewangan . Kawalan oleh Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan adalah lebih jelas berbanding kawalan Kerajaan Persekutuan .Yang DiPertua serta ahli-ahli majlis Kerajaan Tempatan dilantik oleh Kerajaan Negeri . Oleh itu , pandangan dan tindakan Kerajaan Tempatan adalah lebih mirip kepada pandangan dan tindakan kerajaan Negeri . Kerajaan Tempatan juga dibentuk oleh kerajaan Negeri .Oleh itu , kawasan dan kuasa Kerajaan Tempatan telah digariskan oleh Kerajaan Negeri di antara kuasa yang diberikan kepada Kerajaan Tempatan ialah menyediakan pelan-pelan pembangunan dan melaksanakannya . Asas perundangan bagi Kerajaan Tempatan diperuntukan dalam Butiran IV Senarai 11 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri .Ini bermakna Kerajaan Negeri mempunyai hak ekseklusif ke atas Kerajaan Tempatan .
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan perkembangan kerajaan tempatan berteraskan struktur pentadbiran
22
194511
MGG 1113 Asas Pentadbiran Awam
kerajaan didMalaysia yang memberi kuasa peringkat kerajaan pusat Negeri dan Tempatan .Setiap kerajaan mempunyai bidang kuasa masing-masing dan had diberi oleh kerajaan persekutuan bagi menjalankan berkaitan dan mempunyai hubung kait ke arah matlamat dan pelaksanaan dasar untuk mencapai objektif dasar kerajaan yang diperuntukkan .Peranan dan fungsi yang diberikan kepada kerajaan tempatan berlandaskan kepada kuasa dan had kawasan yang telah ditetapkan .
23
19451