PENGURUSAN PEMBELAJARAN
5.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH5.3 Strategi mengurus bilik darjah
KUMPULAN SATU
ELEKTIF SAINS
SEKSYEN 3
DEFINISISatu proses yang melibatkan penyusunan
fizikal sesebuah bilik darjah serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid.
Melibatkan penyediaan persekitaran sosio emosi yang sihat
KONSEP BILIK DARJAHTempat di mana proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku secara rasmiBilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik
di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru
KONSEP PELAJAR ATAU MURID Mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) pelajar atau murid merupakan seseorang
yang menerima pendidikan atau latihan“murid” ertinya seseorang tanpa mengira
umurnya yang memperolehi pendidikan atau latihan yang diberi oleh sekolah atau sesuatu institusi pendidikan
KONSEP GURUseorang yang mengajar murid-murid di
sekolah atau institusi pendidikan,ataumenyediakan bahan pelajaran atau menanda
skrip jawapan di sesebuah sekolah atau institusi pendidikan
Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dlam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum , kelonggaran prosedur dan sumber pengajaran.
Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan pemantauan perkembangan murid serta tanggung jawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah yang mungkin timbul
Lemlech ( 1988 )
Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan .
Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar , menyediakan arahan dan maklumat yang sesuai serta menggunakan kerja murid
Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif , responsif dan disokong .
Hall ( 2000 )
Strategi mengurus bilik darjah
Terdapat 8 pendekatan pengurusan bilik darjah
1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.
2.Pendekatan AutoritarianGuru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
3.Pendekatan Cookbook ManagementGuru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
4.Pendekatan SosioemosiSuasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.
6.Pendekatan Pengubahan TingkahlakuKata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.
7.Pendekatan PengajaranProses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
8.Pendekatan Proses KumpulanKumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.
KESIMPULANGuru memainkan peranan yang penting
sebagai ‘ role model ‘ dalam pengurusan bilik darjah
Berjaya atau tidak murid menerima pembelajaran adalah bergantung kepada kekreatifan guru menyampaikan pengajaran
Minat murid terhadap sesuatu pembelajaran berasaskan strategi mengurus bilik darjah yang terancang dan menarik
RUJUKANwww.klikduniaku.com/notawww.scribd.comwww.kdcpm06.briefhost.com/classroommanagement.htmPeperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim
Perkhidmatan Guru.(1st Ed) Percetakan Season Sdn.Bhd.Mok Soon Sang(2003) Tengku Zawawi b Tengku Zainal (1997a).
Tahap Kefahaman Konsep Pecahan Di kalangan Pelatih KPLI. Tesis Sarjana
Haris Md. Jadi (1991). "Reformasi Kurikulum Di Malaysia". Jurnal Pendidik dan Pendidikan. USM. Jilid 11(1): 1 - 15.
Senarai Ahli kumpulanFauziyah bt AbdullahHardiah bt Abu Bakar
Noor Faizaton Aslina bt IdrisLizawati bt Ahmad
Salwana bt MahmudTeh Hong Yip
Kong Woon SiewLetchumi A/p Devantheran
Cheng Fee ShinSuriakumari A/p Appanna