Download - Pengenalan

Transcript
Page 1: Pengenalan

Pengenalan

Dasar Belanjawan merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai kepentingan

tersendiri untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil dalam

rangka kewangan yang mantap (Ali, 2009). Berdasarkan pernyataan beliau, dapat kita kenal

pasti belanjawan merupakan satu dasar yang amat penting dalam menentukan pertumbuhan

dalam ekonomi Malaysia. Seperti mana yang kita ketahui, belanjawan Malaysia dibentangkan di

Parlimen pada bulan Oktober atau November oleh Menteri Kewangan. Pada pembentangan

tersebut, Menteri Kewangan akan memberitahu segala perancangan yang akan dilakukan untuk

meningkatkan ekonomi negara dan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi memenuhi keperluan

rakyat Malaysia. Bagi membincangkan mengenai belanjawan, kita seharusnya terlebih dahulu

mengetahui mengenai pentadbiran kewangan kerana melalui pentadbiran kewangan, kita boleh

mengetahui bagaimana belanjawan itu dirangka dan diimplemantasikan.

Definisi Pentadbiran Kewangan

Financial Management: A process of implementing and managing financial control systems,

collecting financial data, analyzing financial reports, and making sound financial decisions

based on the analyses. Financial management requires knowing how to read and interpret three

key documents: a cash flow projection worksheet, a balance sheet, and an income statement.

(The Manager’s Electronic Resource Center). Definisi di atas menerangkan kepada kita bahawa

pentadbiran kewangan merupakan satu proses pengurusan ekonomi dan kewangan. Oleh itu,

pengurusan kewangan yang baik adalah penting di dalam mencapai kecemerlangan di dalam

perkhidmatan dan organisasi. Ia melibatkan pengurusan belanjawan, pengurusan perolehan,

pengurusan pembayaran, pengurusan penerimaan hasil, pengurusan aset dan pengurusan akaun.

Pengurusan perbelanjaan yang berhemah dan efisien dalam sesebuah organisasi adalah penting

bagi membolehkan organisasi tersebut berjalan dengan sempurna.


Top Related