Download - Pengecualian Kuliah Pelajar t3mt1
PELAJAR T3MT1
PENGARAH
IPG KAMPUS PULAU PINANG,
11700 GELUGOR
PULAU PINANG 3 OKTOBER 2013
Tuan,
PERMOHONAN PENGECUALIAN KULIAH PADA 19 OKTOBER 2013
Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Saffuan Bin Jaffar wakil pelajar dari kelas T3MT1 ingin meminta
pengecualian kuliah 19 Oktober 2013 sempena hari perkahwinan rakan sekelas kami Nurul Hidayah Binti
Rashid.
2. Untuk makluman tuan, perancangan telah dilakukan awal tahun 2013 dan pada tarikh tersebut pada asalnya
tidak ada sebarang sesi kuliah. Namun pada 19 Oktober 2013 telah dipilih sebagai hari untuk menggantikan
cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidil Adha (14 Oktober 2013).
3. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik daripada pihak tuan, untuk memberi kelulusan
pengecualian kuliah untuk semua pelajar kelas T3MT1.
4. Bersama surat ini, lampirkan borang pengecualian kuliah bersama senarai nama pelajar yang terlibat untuk
rujukan pihak tuan.
Segala jasa baik dari pihak tuan, amat saya hargai
Sekian.
Yang Benar,
____________________
(MUHAMMAD SAFFUAN BIN JAFFAR)