Download - Pengangkutan Lestari Mesra Alam
-
7/29/2019 Pengangkutan Lestari Mesra Alam
1/4
Pengangkutan Lestari Mesra Alam
Kerajaan sedar pengangkutan awam bukan merupakan
suatu perniagaan, tetapi utiliti dan bukan mudah bagipengangkutan awam untuk mengecapi keuntungan. Terdapat
cara untuk mengurangkan kos dan menaikkan perolehan, tetapi
biasanya pengendali mempunyai masalah dalam menampung
kos dan menjalankan operasi dengan mendapat untung.
Begitu juga keadaannya di London dan Hong Kong. Di
negara ini, terdapat seorang pengurus yang memastikan
pengendali diberikan laluan tertentu, menggunakan warna
standard dan memenuhi KPI ditetapkan. Mereka kemudian
diberikan yuran. Dengan cara ini, penglibatan pengendali
terjamin dan kawasan yang diliputi sistem pengangkutan awam
adalah lebih lengkap berbanding kawasan yang tidak
mempunyai sebarang bentuk pengangkutan awam.
Dalam kes di Lembah Klang, sebagai contoh, Prasaranasepatutnya menjadi pengurus tunggal, menguruskan beberapa
pengendali rel bersama SPAD dengan syarat Prasarana
melaksanakan tugasnya dengan baik. SPAD hanya perlu
berurusan dengan sebuah entiti sahaja, iaitu Prasarana dan
bukannya beberapa entiti. SPAD kemudian boleh memberi
tumpuan kepada masalah keseluruhan seperti dasar
pengangkutan awam, tambang standard dan lain-lain lagi.
Pengalaman lampau di Lembah Klang, apabila beberapa
pengendali dibenarkan menjalankan rangkaian rel dan bas demi
keuntungan, mengakibatkan pengendali tidak mampu mendapat
pulangan daripada pelaburan dan penumpang di laluan yang
kurang penumpang sepatutnya tidak berulang.
Mana-mana sistem pengangkutan awam di kawasan
bandar hendaklah memenuhi keperluan semua penduduk dan
bukan hanya kumpulan berpendapatan rendah atau hanya
-
7/29/2019 Pengangkutan Lestari Mesra Alam
2/4
kumpulan berpendapatan sederhana atau hanya pelancong.
Perancangan yang sedemikian hanya akan mengakibatkan
sistem pengangkutan awam itu tidak digunakan sepenuhnya.
Ini bermaksud tahap perkhidmatan tersebut hendaklah
sama-sama memenuhi keperluan eksekutif tahap tinggi atau
buruh, iaitu keselesaan berhawa dingin, tandas bersih, laluan
pejalan kaki yang berbumbung dan berlampu, papan tanda yang
betul dan jadual tepat pada harga tambang yang berpatutan.
Ini akan memastikan kadar penggunaan yang lebih tinggi
di kalangan penduduk dan mereka akan melihat pengangkutanawam dengan lebih positif. Hari ini, ramai pemilik kenderaan di
Lembah Klang tidak menyukai pengangkutan awam hanya
kerana pengangkutan awam tidak mencapai tahap tertentu
berbanding mereka yang tidak mempunyai pilihan lain.
Prasarana berasaskan rel di Lembah Klang agak meluas
dengan jumlah kepanjangan 224.6km seperti berikut:
Laluan Ampang 27km (25 stesen)
Laluan Kelana Jaya 29km (24 stesen)
Monorel 8.6km (11 stesen)
KTM Komuter Sentul Port Klang 43 km (13 stesen)
KTM Komuter Batu Caves Sentul 7 km (4 stesen)
KTM Komuter Sungai Buloh Kajang 53 km (14 stesen)
ERL 57km (5 stesen)
Walaupun angka ini agak membanggakan, kita masih
memerlukan integrasi yang lebih baik antara rangkaian rel
dengan pengangkutan awam lain.
Seorang penumpang hendaklah boleh bergerak dalam
rangkaian dengan mudah tanpa perlu risau untuk membeli tiket
di laluan lain atau boleh bertukar tren dengan mudah. Merekajuga mudah untuk ke stesen tren dari rumah mereka atau menuju
ke destinasi apabila turun dari tren. Memandangkan rangkaian
-
7/29/2019 Pengangkutan Lestari Mesra Alam
3/4
rel mempunyai tahap kesampaian yang terhad dan tidak boleh
sampai ke setiap destinasi, adalah penting rangkaian rel ini
disokong dengan rangkaian bas suapan yang baik. Rangkaian
bas suapan ini hendaklah dirancang dengan sebegitu cara agar
mereka yang tinggal pada jarak anggaran 3 kilometer dari mana-
mana stesen boleh sampai ke stesen dalam masa 15 minit.
Jarak rangkaian rel ditambah 35 kilometer lagi dengan
penambahan laluan Ampang dan Kelana Jaya, manakala laluan
MRT pula akan menambah 141 kilometer rel lagi dalam
memenuhi pertambahan penduduk kepada 10 juta menjelang
2020.
Integrasi strategik perlu ditekankan seperti menggunakan
kaedah pengangkutan lain untuk meningkatkan keberkesanan
dan kecekapan, jika tidak, pertambahan kilometer tersebut tidak
mampu menarik mereka yang menggunakan pengangkutan
sendiri untuk menukar kepada pengangkutan awam.
Pengangkutan awam, terutama rangkaian rel yang lebihmesra alam boleh menjadi sebahagian daripada dasar hijau, isu
lebih meluas dalam mengurangkan pengeluaran karbon dioksida
dan melindungi alam sekitar.
Ia bagi mempromosi dan menggunakan rangkaian rel
untuk menggantikan kenderaan yang mencemarkan terutamanya
yang hanya mempunyai seorang penumpang. Dianggarkan, satu
tren MRT dengan empat gerabak boleh membawa 1,200 orang,
iaitu bilangan purata penumpang untuk 700 kereta.
Lembah Klang semestinya memerlukan sistem MRT.
Tetapi lebih penting, ia memerlukan pelaksanaan dasar
pengangkutan awam yang lestari. Pelan Induk Pengangkutan
Awam Lembah Klang hendaklah menyepadukan elemen utiliti,
perangkuman, integrasi dan kelestarian bagi memastikanpengangkutan awam tersebut mendapat sambutan daripada
orang awam yang disasarkan. MRT saja bukan penyelesaian
-
7/29/2019 Pengangkutan Lestari Mesra Alam
4/4
muktamad, tetapi kita memerlukan dasar pengangkutan awam
yang baik.