Download - pengajaran rekoder
FAKULTI
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER/TAHUN
SEMESTER JANUARI / 2013
KOD KURSUS
HDPS 4603
TAJUK KURSUS
EARLY MUSIC FOR CHILDREN
NO. MATRIKULASI : 870622235728001
NO. KAD PENGANALAN : 870622-23-5728
NO. TELEFON : 017-6388106
EMAIL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : WILAYAH JOHOR (PPWJ)
ISI KANDUNGAN M/S
1.0 LATAR BELAKANG 3
2.0 SEJARAH REKODER 3
2.1 Jenis-jenis Rekoder 4
2.2 Teknik Bermain Rekoder 4
2.2.1 Postur 4
2.2.2 Cara Memegang Rekoder 5
2.2.3 Pernafasan 5
2.3 Teknik Meniup Rekoder 6
2.3.1 Embounchure 6
2.3.2 Penglidahan 6
2.3.3 Pernafasan 6
3.0 MASALAH PENGAJARAN REKODER DI DALAM BILIK DARJAH 7
4.0 PENYELESAIAN MASALAH 7
5.0 KAEDAH DAN PENDEKATAN KODALY 8
5.1 Teknik Solfa 8
5.2 Isyarat Tangan 8
5.3 Simbol, Notasi Lidi da Sebutan Irama 9
6.0 KONSEP PENDEKATAN CARL ORFF 10
6.1 Penjelajahan 10
6.2 Peniruan 10
6.3 Improvisasi 10
6.4 Penciptaan 10
7.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALCROZE
7.1 Euritmik 11
7.2 Solfa 12
7.3 Improvisasi 12
8.0 RANCANGAN PENGAJARAN 13
9.0 REFLEKSI 15
10.0 KESIMPULAN 16
11.0 RUJUKAN 17
~ 2 ~
1.0 LATAR BELAKANG REKODER
Rekoder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind). Alat muzik ini
mengandungi bahagian peniup atau pemipit (mouthpiece) yang dipasangkan ke laras silinder
yang mengandungi tujuh lubang, enam di hadapan dan satu di belakang. Silinder yang
terakhir mengandungi dua lubang berkembar di hadapan. Kadang kala silinder ketiga ini
bercantum bersama silinder kedua.
Rekoder adalah alat muzik yang ringkas yang telah wujud sejak 1000 tahun dahulu. Ia
berbentuk seperti ‘duck flute’ dengan lubang-lubang yang dibuka dan ditutup muncul pada
abad ke 11 ketika zaman ‘French Miniature’. Besar kemungkinan orang-orang Normans telah
membawa dan memperkenalkan alat ini ke England, di mana merupakan satu-satunya negara
yang menamakan alat ini pada ketika itu sebagai Rekoder. Manakala orang-orang Eropah
memanggilnya pula dengan istilah ‘Flute ‘a bec’ atau Schnabelflote’. Di England nama
rekoder telah digunakan semenjak tahun 1388 lagi dan merupakan barang-barang berharga
milik ‘Earl Of Derby’ dan akhirnya dikenali sebagai ‘Henry IV’.
2.0 SEJARAH REKODER
Rekoder merupakan antara alat tiup kayu yang tertua. Ia mula dimainkan semenjak Zaman
Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat. Pada zaman pertengahan di Eropah, rekoder
adalah alat muzik yang popular. Namun demikian, populariti alat muzik ini mula menurun di
abad ke 18 disebabkan terciptanya alat tiupan orkestra seperti klarinet, flut dan oboe yang
boleh memainkan renj yang lebih luas berbanding rekoder.
Pada zaman kegemilangannya, rekoder sering diguna pakai dalam persembahan
orkestra bagi menggambarkan babak-babak bunyian burung, penggembala kambing,
pengebumian dan perkahwinan. Banyak karya komposer terkenal seperti Purcell, Bach dan
Vivaldi sebagai contoh, menggunakan rekoder sebagai alat utama.
Pada abad ke 20, rekoder digunakan dalam sistem pengajaran muzik di sekolah kerana
ia adalah alat yang mudah untuk dimainkan dan murah harganya berbanding alat muzik tiupan
yang lain. Oleh sebab itu, sekarang ramai yang beranggapan bahawa rekoder hanyalah
sekadar alat permainan kanak-kanak. Anggapan ini kurang tepat kerana rekoder adalah alat
muzik yang dipersembahkan dalam konsert berprestij oleh pemuzik profesional, sama ada
secara solo atau ensemble, khususnya di negara-negara barat.
~ 3 ~
2.1 Jenis-jenis Rekoder
Sehingga tahun 1470, rekoder sebenarnya mempunyai enam lubang yang terbahagi
kepada dua dengan sebuah lubang untuk ibu jari. Pada tahun yang sama, di Itali pembuat-
pembuat rekoder telah menambah lubang rekoder kepada tujuh. Di Itali juga telah
menyaksikan rekoder dibuat dalam jenis yang berbeza. Biasanya tukang-tukang pembuat
rekoder membuat rekoder dengan lubang-lubang penjarian yang luas tetapi di utara Itali,
rekoder dibuat dengan lubang-lubang yang kecil. Terdapat beberapa jenis rekoder, lima jenis
yang biasa dilihat dalam sesebuah ensembel rekoder ialah rekoder Sopranino, Soprano, Alto,
Tenor dan Bass.
Rajah 1 : Jenis-jenis rekoder
Rekoder yang digunakan dalam persembahan solo ialah descant yang juga dikenali
sebagai rekoder soprano. Kebanyakan sekolah menggunakan rekoder jenis ini memandangkan
ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Di samping itu, dari segi saiz,
rekoder soprano amat sesuai dengan keadaan fizikal murid sekolah rendah yang mungkin
menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kedudukan jari untuk menutupi lubang
penjarian pada rekoder yang bersaiz besar.
2.2 Teknik Bermain Rekoder
2.2.1 Postur
i) Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
ii) Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. ( Elak daripada
menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan kepala)
~ 4 ~
iii) Tangan patut terbuka supaya tidak mengganggu pernafasan.
2.2.2 Cara Memegang Rekoder
i) Pegang dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian atau badan rekoder
dan jari tangan kanan pada bahagian bawah badan rekoder.
ii) Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanak.
iii) Cara memegang yang selesa memudahkan pergerakan jari semasa bermain
rekoder.
Rajah 2 : Cara memegang Rekoder
2.2.3 Penjarian
i) Tangan Kiri
Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari telunjuk bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
ii) Tangan Kanan
Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam. Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh. Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-
lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi shap dan flet.
~ 5 ~
2.3 Teknik Meniup Rekoder
2.3.1 ‘Embounchure’
i. Imbangan rekoder terletak pada bibir dan ibu jari tangan kanak.ii. Masukkan bahagian pemipit di atas dan rapatkan kedua-dua bibir.
iii. Perhatian : Elakkan menggigit rekoder.
Rajah 4: Teknik meniup Rekoder
2.3.2 Penglidahan
i. Menggunakan lidah untuk meniup not atau rangkap-rangkap not
ii. Kemahiran lidah dapat dilatih melalui latihan-latihan yang tersusun
iii. Bunyikan ‘du’ dengan lidah untuk not, ‘lu’ untuk not rendah, ‘tu’ untuk not
tinggi.
iv. Untuk ‘double tongueing’, bunyinya ‘du-ku’ atau ‘tu-ku’
v. Untuk memainkan not kaitan (slur), penglidahan berlaku pada not pertama
sahaja.
vi. Untuk bermain not ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk menjadikan not itu pendek.
2.3.3 Pernafasan
i. Menggunakan diafragma untuk mengawal pernafasan. Bahagian dada tidak
bergerak ketika bernafas.
ii. Semasa meniup not rendah, hembuskan udara secara perlahan dan semasa
meniup not tinggi, hembuskan udara secara laju. Biasanya hembusan udara
perlahan dirasai panas dan hembusan udara laju dirasai sejuk.
iii. Gunakan satu nafas untuk meniup satu frasa. Kemudian mengambil nafas
selepas meniup setiap frasa.
~ 6 ~
3.0 MASALAH PENGAJARAN REKODER DALAM BILIK DARJAH
Terdapat beberapa permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran rekoder di dalam bilik
darjah. Antara masalah yang dapat dilihat adalah seperti kanak-kanak tidak menggunakan
teknik penglidahan yang betul semasa pembelajaran. Selain itu, kanak-kanak tidak tahu atau
tidak pandai membaca notasi skor. Untuk memahami notasi skor agar sukar sekiranya kanak-
kanak tidak memberi tumpuan atau perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam masa yang sama juga kanak-kanak tidak meniup rekoder mengikut frasa yang betul
dan mereka juga sering lupa mengenai penjarian rekoder yang sebenar. Walaupun guru telah
memberi pelbagai cara mahupun kaedah yang betul dalam mempelajari rekoder, masalah
yang paling mencabar adalah untuk memupuk minat kanak-kanak dalam pembelajaran
rekoder di dalam kelas. Ada di antara kanak-kanak tidak mempunyai minat dalam rekoder
mahupun muzik, ini akan menyebabkan penyampaian guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tidak sampai kepada kanak-kanak. Apabila keadaan ini berlaku, kanak-kanak
akan menghasilkan bunyi rekoder yang tidak baik dan akan mengganggu kanak-kanak yang
lain untuk memahami tiupan sesuatu not.
4.0 PENYELESAIAN MASALAH
Dalam menyelesaikan permasalahan tersebut, guru perlu mengkaji aktiviti yang ingin
dijalankan secara mendalam, menguasai sepenuhnya segala konsep dan kemahiran yang perlu
disampaikan kepada kanak-kanak. Guru juga perlu menganalisis bahan pengajaran tersebut
dan kemudian memilih, memeringkat serta menyusun contoh-contoh yang sesuai untuk
mencapai objektif pelajaran. Alat-alat bantu mengajar dapat memudahkan lagi pencapaian
objektif pelajaran jika alat-alat tersebut berfungsi dan digunakan dengan berkesan. Selain itu,
peruntukan masa untuk sesuatu pelajaran itu perlu dibahagikan secara berpatutan agar setiap
langkah penyampaian pembelajaran boleh menjamin penglibatan kanak-kanak secara aktif,
menyeronokkan dan bermakna. Untuk memastikan masalah-masalah di atas boleh diatasi,
terdapat tiga aplikasi pendekatan dalam pembelajaran rekoder di dalam kelas.
Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga
orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff
dariJerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui
dinegara mereka masing-masing, ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia.
Disebabkan idea-idea yang mereka perolehi mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks
negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori
mereka berbeza.
~ 7 ~
5.0 KAEDAH DAN PENDEKATAN KODALY
Pendekatan Kodaly merupakan salah satu pendekatan yang digunakan di dalam pengajaran
dan pembelajaran muzik di sekolah. Kodaly adalah tokoh muzik dari Hungary yang tidak
mahu muzik rakyat lupus di telan zaman. Di samping muzik rakyat, nyanyian sebagai
kemahiran asas menjadi falsafah yang utama di mana kanak-kanak boleh menyanyikan lagu-
lagu rakyat dengan menggunakan suara mereka sendiri. Teknik yang di ketengahkan ialah
nyanyian solfa, menggunakan isyarat tangan dan menyebut serta menotasikan irama dengan
menggunakan notasi lidi.
5.1 Tonik Solfa
Kodaly menggunakan sistem “do” bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Italy) pada Abad
ke 11. Dalam sistem ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah “do” dalam
nada major dan ia dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta.
Nada Major : d r m f s l t d’
Nada minor : l t d r m f s l’
Tonik solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sistem tonal. Apabila
kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan
menulis skor mereka bolehlah diperkenalkan dengan not nama abjad.
Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so-mi) merupakan pengajaran pembelajaran
asas. Dengan penggunaan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh
membacakan not ini pada baluk di mana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentaton (5
ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary
yang berciri mod minor.
5.2 Isyarat Tangan
Isyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang didengar dan dilakukan tanpa
menyanyi kerana ia berlaku di dalam kepala. Contohnya kelas akan menyanyi dan dengan
serentak seorang pelajar akan menggunakan isyarat tangan tanpa menyanyi. Penggunaan
isyarat tangan membuat pembelajaran solfa mudah dan merupakan satu persediaan untuk
mendengar pertukaran ‘do’. Contohnya guru menunjukkan beberapa siri isyarat tangan
kepada pelajar dan pelajar menyanyi kepada solfa apabila guru berhenti ‘mi’ dengan
serentaknya ia akan menggunakan tangan kiri untuk menunjukkan isyarat ‘so’. Pelajar
kemudian akan menyanyi pada ‘so’ dalam pic sama seperti ‘mi’. Latihan seperti ini diteruskan
sehingga pelajar dapat kemahiran dalam perubahan nada dan solfa.
~ 8 ~
Rajah 5: Isyarat tangan Kodaly
5.3 Simbol, Notasi Lidi dan Sebutan Irama
Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu
tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat, lagu-lagu
dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatih menyanyi
dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, Do-Re-Mi dan sebagainya.
Bermula di peringkat ini juga, mereka diajar menyebut irama menggunakan perkataan
sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik.
Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.
Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki
(step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama
daripada suku kata, dan berfikir (membayangkan) suku kata semasa menepuk irama.
Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkan bar
tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan bahasa
ibunda sebagai asas mempelajari muzik
Rajah 6 : Simbol Kodaly
~ 9 ~
6.0 KONSEP PENDEKATAN CARL ORFF
Menurut Orff, muzik tidak harus berdiri sendiri dalam elemen irama, melodi, harmoni,
dinamik, format atau ton sebaliknya ia hendaklah dikaitkan dengan elemen pergerakan, tarian
dan pertuturan. Untuk menjadikan muzik sesuatu yang bermakna, kanak-kanak perlu terlibat
secara langsung dengan aktiviti muzik itu sendiri. Antara unsur muzik yang boleh diterapkan
awal ialah penggunaan ostinato dan konsep format rondo yang mudah. Proses pengajaran
pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang digunakan dalam pelbagai
cara iaitu penjelajahan, peniruan, improvisasi dan penciptaan.
6.1 Penjelajahan
Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrument termasuk
suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga dicuba. Contohnya
bergerak seperti binatang.
6.2 Peniruan
Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar. Shulwerk
menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik kanak-kanak.
6.3 Improvisasi
Setelah kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak akan
berupaya membuat improvisasi terhadap melodi.
6.4 Penciptaan
Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas
penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik, pengetahuan tentang melodi,
pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan lagu yang lengkap.
Pendekatan ini merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan
pelajar dan pembelajaran adalah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Pendekatan
ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami sendiri situasi pembelajaran di
samping mendapat bimbingan yang sepenuhnya daripada guru. Selain itu, latihan yang
banyak berasaskan kepada lagu-lagu atau puisi mudah dan lebih dikenali pelajar membuka
ruang kepada mereka untuk meneroka dan cuba jaya menggunakan alat muzik Orff.
~ 10 ~
7.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALCROZE
Dalcroze mencadangkan kaedah improvisasi secara kreatif dalam semua peringkat pengajaran
dan pembelajaran. Konsep ‘berirama’ juga dilakukan dalam semua perkara. Mengikut
Dalcroze, pendidik mestilah mengurangkan percakapan dan menggantikan dengan arahan-
arahan dalam bentuk irama dan melodi. Hal ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan
peringkat pengajaran yang sistematik. Sebagai contoh, pola irama dan melodi boleh
digunakan oleh pendidik bagi mengarahkan murid-murid melakukan sesuatu.
Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam
pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melalui
proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi
serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan
kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti
dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan
jasmani dan seumpamanya.
Kaedah Dalcroze merupakan suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira
keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenal pasti 9 keinginan
kanak-kanak:
Untuk bergerak
Berjaya dan diperkenalkan
Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat
Untuk bersaing
Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik
Untuk mengembara
Memperoleh kepuasan kreativiti
Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama
Untuk mengetahui
7.1 Euritmik
Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa
muzik. Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah
emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan
manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan
perasaan halus, kepekaan serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan. Idea
~ 11 ~
muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber
muzik.
Euritmik memerlukan keupayaan mempamerkan interpretasi individu yang melibatkan
imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak
isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vokal seperti nyanyian atau muzik instrumental
(muzik tanpa nyanyian). Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.
Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total di mana individu perlu:
Mendengar
Merasai
Berimaginasi
Mengintrepetasi bunyi
Bertindak/respon/bergerak
Membayangkan maksudnya secara luaran
7.2 Solfa
Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran
pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat
mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan
sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang
tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.
7.3 Improvisasi
Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak
isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen
yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan
yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan
orang dewasa tanpa memerlukan latihan.
~ 12 ~
8.0 RANCANGAN MENGAJAR
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Tahun : 3
Masa : 30 minit
Aspek : Permainan Rekoder
Item : Pengenalan Rekoder
Kemahiran : - Mempraktikkan teknik yang betul bermain rekoder secara bersepadu.
- Mengenal penjarian rekoder
Hasil Pembelajaran : Mengetahui teknik bermain rekoder secara bersepadu
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:
a) Mengenal bahagian rekoder dan fungsinyab) Memegang rekoder mengikut postur dan penjarian
yang betul
Pengetahuan Sedia Ada :
a) Murid pernah melihat rekoder
Nilai Murni : Kerjasama dan keyakinan
Alat Bantu Mengajar : Laptop
Langkah Isi PelajaranAktiviti Pengajaran
PembelajaranCatatan
Set Induksi(5 minit) Meneka bunyi alat
muzik
Pelajar dipertontonkan
video muzik
Guru bertanyakan kepada
pelajar mengenai bunyi
tersebut dan bagaimana
ia dibunyikan
Guru merumuskan
penjelasan yang
diberikan oleh pelajar
1. Pelajar
mendengar dan
meneka bunyi
alat muzik yang
didengar
2. Pelajar mendapat
jawapan melalui
tayangan video
~ 13 ~
melalui pemerhatian
mereka
ABM
-Laptop
-
Langkah 2(5 minit)
Guru
memperkenalkan
bahagian rekoder
dan sistem
penomboran pada
jari
Guru menerangkan
bahagian rekoder iaitu
kepala, badan dan
bahagian kaki
Guru menerangkan
sistem penomboran pada
rekoder
Guru menunjukkan cara
bagaimana menutup
lubang rekoder
menggunakan jari
dengan menggunakan
sistem penomboran
1. Pelajar
memerhati dan
mendengar
dengan teliti
ABM
-Rekoder
Langkah 3(10 minit) -Guru membimbing
pelajar memegang
dan menutup lubang
rekoder
-Pengenalan not
rekoder
Guru memberikan
rekoder kepada pelajar
Guru membimbing
pelajar memegang dan
menunjukkan postur
badan yang betul
sewaktu memegang
rekoder
Guru membimbing
pelajar menutup lubang
rekoder dengan penjarian
yang betul
Guru menerangkan not
rekoder yang mudah
dengan penjarian yang
betul untuk ‘not B’, ‘not
1. Guru tunjuk cara
bagaimana
meletakkan
penjarian yang
betul pada
rekoder
2. Guru memeriksa
dan memantau
penjarian pelajar
3. Pelajar dengan
penuh perhatian
untuk memahami
not yang diajar
~ 14 ~
A’ dan not G’
ABM
-Rekoder
Nilai;
Sabar dan yakin
Langkah 3(5 minit)
Penglidahan Guru menerangkan
kaedah tiupan pada
rekoder dengan
membunyikan ‘tu..tu..tu.’
Guru meminta pelajar
meniup rekoder dengan
penglidahan yang betul
(‘tu’)
1. Pelajar
membunyikan
‘tu’ tanpa
rekoder
2. Pelajar meniup
rekoder
mengikut arahan
dari guru
3. Guru
memastikan
pelajar dapat
mengikut arahan
ABM
-Rekoder
Nilai
-Disiplin
Penutup(5 minit)
Tayangan klip video
Guru menayangkan klip
video pertandingan
assemble rekoder
Pelajar melihat dengan penuh minat
9.0 REFLEKSI
Dalam aktiviti yang dijalankan, pelajar telah menunjukkan minat untuk mempelajari muzik
rekoder. Mereka juga telah memberi kerjasama sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
yang berjalan selama 30 minit. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, kaedah yang
digunakan adalah lebih kepada kedah yang diketengahkan oleh Carl Orff iaitu kaedah
~ 15 ~
peniruan guru. Pelajar lebih mudah memahami pergerakan yang ditunjukkan oleh guru
terlebih dahulu sebelum melakukan sendiri. Selain itu, guru menggunakan teknik Kodaly
dalam menyebut suku kata sambil menepuk tangan. Dalam erti kata lain, ekspresi muzik
dalam pergerakan. Dalam masa yang sama, kaedah Dalcroze juga diketengahkan apabila
pelajar diminta mendengar bunyi not yang berbeza yang ditiup oleh guru. Pendekatan ini
dikenali sebagai teknik Solfa iaitu pendengaran not atau pic yang berbeza.
10.0 KESIMPULAN
Strategi pengajaran adalah pendekatan, kaedah dan teknik yang dirancang dan diaplikasikan
oleh guru dalam bilik darjah untuk tujuan mencapai sesuatu objektif pelajaran yang telah
ditentukan. Tidak ada satu-satunya pendekatan, kaedah atau teknik khusus yang terbaik untuk
mengajar rekoder. Guru boleh memilih mana-mana pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran yang difikirkan paling sesuai untuk murid-muridnya berpandukan
pengetahuan guru tentang pedagogi umum dan pendekatan khas pendidikan muzik lebih-lebih
lagi dalam penggunaan rekoder.
Jelaslah di sini bahawa kaedah Kodaly dalam pengajaran muzik mempunyai nilai
estetik yang tinggi dan setarafnya dengan mana-mana seni yang dianggap berharga. Dalam
masa yang sama pendekatan Carl Orff banyak memberi peluang kepada pelajar untuk
mengalami sendiri situasi pembelajaran di samping mendapat bimbingan yang sepenuhnya
daripada guru. Manakala dalam pendekatan Dalcroze pula, ‘Learning by doing’ atau dikenali
sebagai ‘experiential learning’ sangat diperhalusi dewasa ini kerana gaya belajar sebeginilah
yang akan diberi penekanan kerana ia memberi satu pengalaman belajar yang cukup berharga
bagi pelajar.
(3011)
~ 16 ~
11.0 RUJUKAN
Bahan Rujukan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Beyer, B. K. (1991). Developing a thinking skill Program. Boston: Allyn and Bacon.
Caroline Ling. (1989). Pembelajaran Muzik. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.
Chapman, C. (1993). If the shoe fit...: How to Develop Multiple Intelligences in the classroom
USA: Skylight Publushing Inc.
C. H. Lee. (1996). Pendidikan muzik KBSR Tahun Empat. Butterworth: Rhythm Publishing
Co. Sdn. Bhd.
Choksy, L., Abramson, R. M. Gillespie, A.E., & Wood, D. (1986). Teaching music in the
twentieth century. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Choksy, L. (1981). The Kodaly Method. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Choksy, Lois. (1991). Teaching Music Effectively In the Elementary School. New Jersey:
Prentice Hall Inc
Edith E. Wax. (1979). Dalcroze Dimension. N. Y : Mostly Movement Ltd. Roslyn.
Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah Pendidikan Muzik, Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kokas, Klara. (1971). Kodaly’s Concept in Children’s Education. Music Journal Vol.29 (7)
Sept. 1971 pg. 50
Ribiere-Raverlat, Jacquotte. (1971). Muzik Education in Hungary. Paris: Alphonse Leduc. Et
Cie.
Saliba, K. K. (1991). Accent on Orff: An introductory approach. New Jersey: Prentice Hall.
Sukatan Pelajaran Muzik KBSR. (2000). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Szabo, H. (1969). The Kodaly Concept of Muzik Education. London: Boosey and Hawkes
~ 17 ~