1
[ SMEH2314
Penetapan Bulan Hijriah antara Hadith Nabawi dan
Ilmu Kontemporari
Oleh : Dr Sharaf Al-Qodah
Kuliah Syariah, Universiti Urdaniah
Ringkasan
Perbahasan ini mengenai masalah penetapan bulan Hijriah berdasarkan hisab dan taqdir. Jesteru
itu, perbahasan ini mengemukakan dalil-dalil dari dua pendapat serta perbincangannya yang
mana menerangkan kepada kita bahawa penetapan bulan Hijriah berdasarkan hisab pada
awalnya sesuatu yang sukar dan tidak sesuai pada zaman awal Islam. Sesungguhnya wasilah
yang mudah pada masa itu adalah Rukyah ketika cuaca elok dan jika tidak, maka akan
digenapkan tiga puluh hari. Adapun begitu, pada zaman sekarang hisab itu menjadi suatu yang
mudah dan tepat dalam penafian dan penetapan dengan sama rata. Hal ini kerana tidak ada
perbezaan diantara keduanya (penafian/penetapan) sama ada dari segi syarak mahupun sudut
ilmiah.
Perbahasan ini memfokuskan tentang perhubungan maklumat-maklumat astronomi ,
hal-hal yang mustahil dalam penyaksian hilal secara ilmiah, penerangan masalah-masalah yang
berkaitan dengan penyaksian dan penyempurnaan, dan juga kelebihan berpegang/menggunakan
hisab.
Perbahasan ini disimpulkan kepada kemestian (dhorurah) berpegang kepada hisab dan
pengisyhtiharaan terdapatnya perbezaan matlak. Jika hilal telah ditetapkan di suatu negara,maka
begitu juga bagi setiap negara yang berada pada satu meridian/longitud yang sama terutamanya
negara yang berada di sebelah Barat. Demikian itu, masuknya bulan baru bagi seluruh dunia
yang dimaksudkan oleh syar’i adalah jatuh pada satu hari yang sama .
2
[ SMEH2314
Abstrak
Penyelidikan ini membahaskan tentang masalah penetapan bulan Hijriah dari sudut pandangan
syariat. Adakah hanya bergantung kepada hisab atau terbatas pada rukyah semata-mata?
Terdapat dua pembuktian dalam hadith yang menerangkan tentang perbahasan ini. Pertama,kita
diminta untuk membuat perhitungan. Manakala yang keduanya pula kita diperintahkah supaya
menggenapkan tiga puluh hari bagi sesuatu bulan jika hilal tidak kelihatan. Pada zaman
permulaan Islam cara yang kedua digunakan iaitu rukyah kerana perhitungan yang dibuat tidak
tepat dan umat Islam pada ketika itu kebanyakkannya masih buta huruf.
Pada masa sekarang, penentuan awal bulan bagi bulan Hijriah berdasarkan perhitungan
ahli falak bukan sahaja sangat tepat bahkan bebas daripada kesalahan. Jadi, kami berpendapat
dengan apa yang dapat disimpulkan daripada hadith Nabi S.A.W, penetapan Bulan Hijriah
adalah berdasarkan perhitungan. Akhirnya, kami menyatakan bahawa jika Bulan Hijriah ini
terbukti di sesuatu tempat yang tertentu, ia kemudiannya terbukti di semua tempat pada masa
yang sama atau pada kawasan ke arah Barat iaitu kawasan yang seterusnya yang bakal di
laluinya (anak bulan akan muncul).
3
[ SMEH2314
الرحيم الرحمن الله بسم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani
Selawat serta salam ke atas penghulu kita junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, serta
seluruh keluarga serta sahabat-sahabat dan pengikutnya, mereka itu dengan kebaikan hingga ke
akhirat.
Penelitian ini membahaskan tentang permasalahan yang realiti iaitu perbezaan
kawasan/tempat yang terjadi dalam fakta penetapan awal bulan Hijriah ,terutamanya pada bulan
Ramadhan dan Syawal. Tidak syak lagi bahawa terdapat kesilapan terhadap penyebab perbezaan
ini,maka di manakah kesilapan tersebut? Bagaimanakah hendak menyingkirkan kesilapan
tersebut?
Masalah ini berkaitan dengan dua aspek iaitu aspek syar’i berasal daripada hadith-hadith
Nabi Muhammad S.A.W dan keduanya aspek yang didukung oleh hukum-hukum astronomi
tentang pergerakan dan kedudukan bumi dan bulan daripada matahari.
Ilmu falak pada beberapa abad yang lalu merupakan satu ilmu Islam di mana umat islam
berpegang kepada kaedah-kaedah dan hukum-hukumnya. Tidak ada di sana pemisahan antara
ilmu-ilmu syar’i dengan ilmu-ilmu fizikal dan ilmu falak merupakan salah satu
daripadanya.Timbulnya tokoh perubatan seperti Ibnu Rusy al-Khafid yang telah menghasilkan
dua buah kitab iaitu salah satunya berkaitan dengan Fiqh (Permulaan Mujtahid) dan keduanya
tentang Perubatan (al-Kulliyat). Seorang lagi tokoh ialah Ibn Nafis al-Damsyiqi yang mengajar
tentang Fiqh dan Perubatan dan ramai lagi.
Kemudian datang zaman yang memisahkan perhubungan ini(ilmu fiqh dan ilmu fizikal)
dengan mengkhususkan sesuatu kepada sesuatu bidangnya sahaja sehinggakan dalam bidang-
bidang syari’yah itu sendiri. Pemahaman tentang disiplin-disiplin Syari’ah dan fizikal menjadi
susah. Ianya juga menimbulkan permasalahan di antara Islam dan Ilmu Fizikal sepertimama
yang berlaku di Eropah. Perkara ini merupakan masalah budaya yang utama yang melanda umat
Islam pada era kejatuhannya.
Jika kita ingin bangsa ini iaitu umat Islam bangkit semula,semestinya jambatan yang
telah dirobohkan oleh ciri-ciri tadi dibangunkan semula. Sehubungan itu, perbahasan ini hadir
4
[ SMEH2314
dalam konteks ini yang mana saya(penulis) berharap dapat memulihkan sesuatu daripada
pegangan budaya umat Islam bagi menghadapi apa jua pertembungan daripada serangan yang
dahsyat dalam semua bidang kehidupan.
Saya akan membahaskan berdasarkan Hadith Nabi dan hukum-hukum Astronomi tanpa
mendalami dari sudut Fiqh yang memerlukan satu perbahasan yang khusus. Sesungguhnya saya
telah menetapkan pada perbahasan ini satu perkara iaitu dengan perbahasan yang pelbagai sama
ada lama mahupun yang baru.
Bagaimanakah penetapan sesuatu bulan??
Penentuan awal bulan adalah dengan kenampakan anak bulan dan jika anak bulan tidak kelihatan
pada ketika itu maka, bulan tersebut digenapkan 30 hari. Keadah ini merupakan kaedah yang
berterusan sejak zaman Nabi Muhammada S.A.W dan zaman selepas baginda sehinggalah
zaman kita sekarang. Walaubagaimanapun adakah penetapan awal bulan ini dengan kaedah
hisab dan taqdir? Pada permasalahan ini terdapat dua pendapat yang terkenal:
Pendapat Pertama : Jumhur Ulamak : Penentuan awal bulan tidak ditentukan berdasarkan
kaedah hisab dan juga taqdir sama ada pada masa dahulu mahupun sekarang.
Pendapat Kedua : Penentuan awal bulan adalah dengan kaedah hisab dan taqdir. Pada awal
kurun dahulu, pandangan ini digunakan oleh segelintir orang sahaja tetapi lama-kelamaan
semakin ramai.
5
[ SMEH2314
Dalil-dalil bagi pendapat yang pertama serta perbahasannya
1- قال وسلم عليه الله صلى النبي عن يحدث عنهما الله رضي عمر ابن بحديث
في( اإلبهام وعقد وهكذا وهكذا هكذا الشهر نحسب وال نكتب ال أمية أمة إنما
ثالثين ) تمام يعني وهكذا وهكذا هكذا والشهر الثالثة
Ibnu Hajar Al-A’sqalani : Hadith ini sebagai dalil berkaitan dengan puasa melalui cara
rukyah bagi menangkis kesulitan para sahabat dalam membuat perkiraan dengan
menggunakan cara hisab.
Berdasarkan hadith ini, Al-Qartabi telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak sesekali
membebani kita dalam mengetahui waktu-waktu yang dituntut berpuasa sehinggakan
perlunya kita mendalami ilmu hisab mahupun penulisan. Akan tetapi tanpa kita sedari,
pada masa yang sama ibadat kita merangkumi pengetahuan yang luas dan segala benda
yang nyata sehinggakan ianya terkandung padanya maklumat/pengetahuan ilmu hisab
dan ilmu-ilmu yang lain.
Maka hadith ini berbentuk penafian dan membuang kesulitan dan bukannya
bermakna tegahan. Apa yang perlu kita faham,sesungguhnya hadith ini menafikan
bahawasanya terdapat umat Islam pada ketika itu umat yang maju dalam ilmu sains pada
amnya dan ilmu astronomi pada khasnya. Tiada dalil pada hadith ini menegah dari
mendalami ilmu hisab dan jika kita faham sebaliknya terbuktilah hadith ini membawa
kepada makna larangan penggunaan ilmu hisab secara umum iaitu ilmu matematik dan
larangan kajian berbentuk tindak balas, suhu, tekanan pergerakan cakerawala (ilmu falak)
secara khasnya. Sebaliknya fahaman seperti ini tidak pernah pun dinyatakan oleh seorang
cendiakawan.
Bahkan jika kita faham seperti ini berkaitan pembelajaran ilmu hisab secara tidak
langsung ia juga membawa kepada larangan kedua iaitu tegahan belajar menulis. Hal ini
6
[ SMEH2314
kerana hadith ini juga mengaitkan “ نكتب Kenyataan ini juga tidak pernah dikeluarkan .”ال
oleh ulama’ dan ianya bercanggah dengan semua ayat-ayat Al-Quran dan hadith yang
mana menyeru umatnya ke arah ilmu pengetahuan tanpa ada pengecualian.
2- ) صوموا قال وسلم عليه الله صلى النبي أن عنه الله رضي هريرة أبي وبحديث
( لرؤيته وأفطروا .لرؤيته
Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari
Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
“..berpuasalah kamu kerana melihat anak bulan dan berbukalah kamu sesudah melihat anak
bulan..”, kerana pada hadith ini telah dinyatakan perintah berpuasa hendaklah berdasarkan
rukyah (kenampakan anak bulan) dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kita berbuat
demikian.
Para ahli pendapat ini menjadikan rukyah itu sebagai satu syarat bagi penetapan bulan dan
bukannya wasilah. Hal ini disangkal atau lemah dengan tiga perkara di bawah:
Pertama : Penetapan bulan dengan menggenapkan bulan sebelumnya apabila anak bulan
tidak kelihatan berdasarkan nas hadith-hadith yang diketahui, di mana ianya akan
dikemukakan pada dalil-dalil pendapat yang kedua. Oleh itu ulama’ telah bersepakat bagi
penentuan kemasukkan bulan baru,tidak disyaratkan kenampakan anak bulan selepas
terbenam matahari pada hari ke 30. Hal ini kerana kewujudan anak bulan pada saat itu
memang tidak dapat disangkal lagi. Maka ini merupakan intipati kepada kebenaran bagi
memastikan kewujudan anak bulan berdasarkan imkanur rukyah pada ketika mendung
(cuaca tidak mengizinkan ketika rukyah).
Kedua : Para ulamak(pendapat pertama) tidak melaksanakan rukyah bersandarkan hadith-
hadith yang lain seperti hadith ( apabila kamu melihat malam yang terbit,muncul dari
sini,maka berbukalah bagi orang yang berpuasa). Umat Islam sejak zaman dulu, mereka
berpuasa dan berbuka berdasarkan hisab dan taqdir tanpa ada
kesulitan/penafian/penyangkalan. Mereka juga tidak mengintip(memerhatikan dengan teliti)
terbitnya fajar dan terbenam matahari dengan mata sepertimana yang telah dilakukan pada
zaman Rasulullah S.A.W dan zaman selepas baginda yang terdiri daripada ahli cendiakawan
7
[ SMEH2314
pada abad yang pertama. Mengapakah mereka tidak menjadikan rukyah ini sebagai satu
SYARAT bagi penentuan waktu berbuka puasa? (rukyah itu sebagai wasilah bukannya
syarat)
Ketiga : Hadith ini (Abu Hurairah) terkeluar dari adat kebiasaan, sepertimana yang berlaku
(hadith ini) pada kebanyakkan nas-nas syarak.(Kenapa boleh berlaku begitu ataupun apa
sebab kita kakatan begitu) Jawapannya: Hal ini kerana hadith ini menunjukkan kepada
wasilah,cara(bukan syarat) iaitu rukyah yang menjadi satu jalan yang mudah pada zaman
Rasulullah S.A.W. Sedangkan pada ketika itu ilmu hisab falak (yang boleh diyakini) adalah
sesuatu yang tidak boleh diperoleh dan begitu juga ilmu-ilmu yang lain yang boleh
membawa kepada yakin susah untuk diperolehi.
3- Hisab adalah daripada ilmu bintang(ramalan) dan Islam melarang kita menggunakannya.
Zaid bin Khalid R.A telah berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda
“ (Barangsiapa yang telah berkata , dilimpahkan akan kami sebab rahmat,rezeki dan
kelebihan Allah maka bagiku dia adalah seorang yang beriman dan jika sebab bintang-
bintang,bagiku dia seorang yang kafir. dan adapun barangsiapa berkata dilimpahi akan
kami disebabkan bintang itu maka dia adalah beriman dengan bintang-bintang iaitu
bagiku dia seorang yang kafir).”
Ibnu Bazizah : Syariat melarang menceburi ilmu bintang(ramalan) kerana ilmu tanjim
merupakan tekaan, dugaan dan bukanlan ilmu yang diyakini ataupun hampir kepada
yakin serta jika kita kaitkan sesuatu perkara dengannya(tenungan) ianya akan membawa
kepada terhimpit(menjadi sempit)
Dalil ini juga tidak merujuk kepada larangan pengkajian terhadap cekerawala (objek-
objek samawi) dan penggunaanya terhadap penetapan bulan. Sedangkan larangan ini
terhadap ilmu astrologi iaitu ilmu yang meramal masa akan datang berdasarkan
perjalanan/perubahan kedudukan objek-objek samawi yang mana ianya memberi kesan
8
[ SMEH2314
terhadap kehidupan manusia. Penentuan nasib seseorang diramalkan berdasarkan zodiac
(buruj) kelahirannya.
4- Hisab adalah sesuatu yang diragui dan tiada hujah yang mendirikannya sepertimana
dalam kata-kata Ibn Bazizah yang disebutkan tadi, bukti/dalil yang menunjukkan bahawa
hisab itu suatu yang diragui kerana terdapat perbezaan dalam penentuan awal bulan oleh
ahli hisab itu sendiri.
Dalil ini adalah benar pada abad pertama Islam, setelah itu ilmu falak ini telah
maju dengan pesat sekali selama berabad-abadnya sehingga ianya menjadi suatu yang
diyakini sebelum ratusan dahulu. Kemudian hisab itu menjadi suatu ilmu yang pasti
dalam masalah penentuan awal bulan yang akan diterangkan selepas ini.
5- Sesungguhnya hisab ini suatu yang membebankan bagi manusia dan mereka tidak dapat
menanggungnya.
Al-Nawawi telah berkata; “mereka telah berkata(ahli pendapat pertama)…dan tidak
haruslah memahami hadith “فاقدروا" –yang membawa maksud hisab ahli nujum. Jika di
bebankan ke atas manusia, ianya akan menyempitkan mereka ( dengan kesusahan
membuat hisab) sepertimana kata-kata Ibn Hajar dan Ibn Bazizah yang telah disebutkan
sebelum ini. Maka dari manakah kita boleh temui(jumpa untuk balajar) manusia yang
pakar dalam ilmu falak dalam tiap-tiap kampung atau negeri ? Sedangkan ilmu hisab itu
hanya diketahui beberapa orang yang tinggal di negara-negara besar sahaja.
Kata-kata ini benar pada apa yang telah berlaku pada masa lalu di mana pada
ketika itu alat komunikasi ( teknologi) tidak canggih. Sesuatu pengkhabaran/berita
tentang permulaan bulan (masuknya bulan baru) tidak mungkin akan sampai ke suatu
tempat yang jauh dalam masa yang singkat. Namun begitu, pada masa sekarang ini
terdapat radio, televisyen, telefon,dan internet. Maka ianya tidak lagi menjadi satu
kesukaran bahkan hisab pada zaman sekarang lebih mudah dijalankan daripada
menggunakan mata kasar(rukyah) di setiap tempat. Memadailah adanya sebilangan kecil
9
[ SMEH2314
golongan yang pakar tetang ilmu falak dalam seluruh dunia Islam ini yang menentukan
awal bulan (dengan membuat cerapan) dan umat Islam yang lain dapat menerima berita
tersebut dalam masa yang singkat(beberapa minit).
Jesteru selepas perbincangan dalil ini, maka dalil bagi pendapat ini sebahagiannya secara
asalnya tidak sah, sebahagiannya juga hanya sesuai untuk keadaan tertentu sebelum beberapa
kurun yang lepas dan tidak sesuai untuk kita praktikkan pada masa sekarang.
Dalil-dalil bagi pendapat kedua serta perbincanganya
Golongan pendapat kedua berkemungkinan menyandarkan pada dalil-dalil berikut:
تعالى (-1 الله يقول
) اآلية ...
Maksudnya-:
.)beberapa hari yang ditentukan itu ialah )bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya
diturunkan )permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-
penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembezaan )antara yang hak dan yang bathil). Oleh
itu, barangsiapa di antara kamu hadir )di negeri tempat tinggalnya) iaitu bulan ,Maka
hendaklah ia berpuasa pada bulan itu…,
;ه: ) -2 ع>لي =ه الل ص>ل=ى =ه: الل ول س< ر> ق>ال ق>ال ;هم>ا ع>ن =ه الل ض:ي ر> ع<م>ر> ;ن: اب ع>ن:
:س;الم< ( ;إل ا :ي> <ن ب =م> ل و>س>
ة: الص=ال> : :ق>ام و>إ =ه: الل س<ول ر> م<ح>م=د@ا و>أن= =ه< الل :ال= إ :له> إ ال أن ه>اد>ة: ش> Cخ>م;س ع>لى
Fلح>ج; و>ا كاة: الز= >اء: :يت م�ض�ان و>إ ر� و�م� (و�ص�
10
[ SMEH2314
Gambaran kesimpulan bagi dua dalil di atas ialah sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas
kita berpuasa pada setiap hari di bulan Ramadhan setelah penetapan bulan itu. Iaitu berdasarkan
rukyah sesudah itu sempurnakannya(bulan puasa) merupakan wasilah yang terbaik pada masa
itu. Sungguhpun begitu, pada masa sekarang hisab merupakan wasilah yang lebih baik kerana
terhindar daripada kesalahan dan menguatkan dalil yang berikutnya.
ق>ا -3 =م> ل و>س> ;ه: ع>لي =ه الل ص>ل=ى Fي: =ب الن ع>ن: <ح>دFث ي ;هم>ا ع>ن =ه الل ض:ي ر> عمر ابن عن
ب� ل ( س� ن�ح� و�ال ن�ك�ت�ب� ال ي"ة أم# ة أم" �ن"ا و>ع>قد> إ و>ه>كذا و>ه>كذا ه>كذا ه;ر< الش=
:ين> ث ثال> >م>ام> ت :ي >ع;ن ي و>ه>كذا و>ه>كذا ه>كذا ه;ر< و>الش= :ثة: =ال الث ف:ي ;ه>ام> :ب ;إل )ا
Para ahli pendapat kedua telah berpendapat,sesungguhnya hadith ini menunjukkan
hukum asal dalam penentapan bulan bersandarkan atau dengan cara hisab.
Walaubagaimanapun hukum asal ini amat sukar dipraktikkan pada zaman Nabi S.A.W
maka dengan sebab itulah disempurnakan dengan altenatif lain iaitu rukyah bagi
menyelamatkannya kerana tidak mampu menggunakan hukum asal pada ketika itu. Jika
tidak (hadith ini tidak membawa kepada maksud yang di sebutkan tadi), maka apa
faedahnya disebutkan “ نحسب وال نكتت ال أمية أمة Hal demikian itu, penentapan ? ”إنا
bulan dengan berdasarkan rukyah disebabkan pada ketika itu umat Islam tiada
pengetahuan tentang ilmu falak dan yang menerima kesan itu adalah kerana berlegar
bersama sebab selama sebab itu ada ataupun tiada. (maksudnya pada ketika itu digunakan
rukyah kerana meraka jahil tentang ilmu falak tapi jika kejahilan itu hilang adakah perlu
lagi kepada rukyah?) Adapun begitu pada masa sekarang ini hukum asal iaitu hisab
adalah menjadi mudah, mengapa kita mahu menggunakan altenatif lain iaitu rukyah?
11
[ SMEH2314
الل=ه -4 ص>ل=ى الل=ه س<ول ر> م:ع;ت< س> ق>ال ;هم>ا ع>ن =ه الل ض:ي ر> ع<م>ر> ابن وبحديث
وا ف>أف;ط:ر< <م<وه< ;ت أي ر> :ذا و>إ فص<وم<وا <م<وه< ;ت أي ر> :ذا إ >ق<ول ي =م> ل و>س> ;ه: غ�م" ع>لي فإ�ن�
واله� د�ر� اق� ف� ع�لي�كم�
Sesungguhnya para ulamak bebeza pendapat dalam memberi makna “taqdir” yang
tedapat dalam hadith ini. Pendapat-pendapat tersebut adalah seperti berikut:
Pertama: Pendapat Ahmad dan lain-lain : Anggaran yang di dapati di bawah awan iaitu
menjadikan bulan sebelumnya itu 29 hari.
Kedua : Ibn Suraij dan lain-lain : Anggaran yang diperolehi daripada pengkiraan
perjalanan/pergerakan bulan, iaitu mereka berpegang kepada hisab.
Ketiga: Al-Jumhur : Mereka menganggarkan bulan itu dengan menggenapkan 30 hari.
Pada pandangan saya (penulis) pendapat yang paling tepat adalah pendapat yang kedua
adalah seperti berikut:
Pertama; Hadith ini membawa maksud sepertimana makna hadith yang disebutkan tentang
tempoh menetap(tinggal sementara), dia tinggal selama 40 hari yang mana satu hari bersamaan 1
tahun .Kami (para sahabat) telah berkata Ya Rasulullah, pada ketika satu hari bersamaan 1 tahun
itu, adakah memadai bagi kami mengerjakan solat sehari? Rasulullah berkata : JANGAN
tentukan oleh kamu baginya(satu hari)akan kadarnya(satu tahun). Tidak syak lagi bahawasanya
maknanya di sini ialah hisab bagi setiap solat yang mereka kerjakan pada hari tersebut (solat
sunat/solat ialah selama setahun).Maksudnya di sini, walaupun satu hari bersamaan setahun
tetapi kita kena solat berdasarkan setahun. Oleh sebab itulah di sini kita tak menggunakan
rukyah,jika tidak sudah tentu kita hanya solat untuk sehari,.tetapi kita gunakan hisab(cukup
beberapa jam kita solat).
12
[ SMEH2314
Kedua : Ternyata setelah melihat pengumpulan perawi-perawi dan dirasah
asanid ,saya(penulis) mendapati dua perbezaan yang dapat dijelaskan seperti berikut:
Pertamanya, riwayat yang menyebutkan له iaitu setiap perawi telah ثالثين tanpa فقدروا
bersepakat iaitu yang mengikut طريق (cara) Salim Ibn Umar dan طريق Abdullah bin Dinar
daripada Ibn Umar pada riwayat ( له ,dan sepertimana juga dalam al-Buqhari, Muslim (فاقدروا
Mauthoi,al-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad dan sebahagian daripada sanad-sanad mereka .
Manakala yang kedua ialah Riwayat yang menyebutkan ثالثين له di mana terdapat فقدروا
perbezaan pendapat. Riwayat daripada Nafi' dari Ibn Umar(maksudnya Nafi'mengambil riwayat
itu dari Ibn Umar),maka diriwayatkan kebanyakkan daripada mereka >وا له tanpa menyebut ف>اق;د<ر<
lafaz ثالثين ,sepertimana dalam Bukhari,Muslim,Muwatta', ad-Darami dan Ahmad,bilangan
riwayat ini kesemuanya 11 riwayat,tidak menolak riwayat >وا له ف>اق;د<ر< kecuali dalam 3 ثالثين
riwayat dari طريق Nafi' sepertimana dalam Muslim dan Abi Daud. Jika diteliti melalui
perawinya adalah riwayat pertama yang lebih sahih. Maka kenapa perlu kita berpegang dengan
riwayat yang ke-2.
5-Sesungguhnya hisab ini suatu masa dulu adalah suatu yang mengandungi sangkaan (dzan) akan
tetapi sekarang ini hisab menjadi lebih tepat (qat’i) kerana pergerakkan objek-objek samawi
seperti matahari, bulan dan lain-lain merupakan satu peredaran yang seragam (bergerak atas
orbitnya) iaitu satu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah melalui firmanNya :{ الشمس
بحسبان bermaksud satu perhitungan dan ketetapan Allah melalui kaedah”بحسبان“ . {والقمر
المبالغة :Allah berfirman .صغة
Sesungguhnya percubaan manusia untuk mengetahui hukum pergerakan sistem suria ini
telah bermula sejak zaman dahulu kala lagi. Para ilmuan telah mula menghasilkan beberapa
kemajuan( tentang ilmu falak )sejak ribuan tahun lagi akan tetapi perhitungan mereka
mengandungi sangkaan (dzan). Para ilmuan ini berterusan dalam memperbaiki/membuat
pemindaan tentang perhitungan mereka sehinggalah zaman sekarang ini hisab menjadi suatu
13
[ SMEH2314
perhitungan yang sangat tepat dan mereka menjadikan kiraan bulan dengan cara lain/dengan
cara kedua . Perkara ini dah maklum di kalangan para ilmuan semua tanpa ada perbezaan
tentang purata tempoh kitaran bulan yang merupakan 29 hari 12 jam 44 minit dan 2 saat dan
89% dengan cara kedua. Setelah apa yang dicapai oleh para ilmuan ini, adakah perhitungan
falak mereka perlu lagi dikatakan sebagai satu hisab yang mengandungi sangkaan (dzan)!
Oleh itu, hari bulan, jam, minit dan saat kelahiran bulan dapat diketahui selama ratusan
tahun yang akan datang . Pada masa kini, kelahiran bulan ini diumumkan/diisytiharkan dan
di cetak untuk beberapa dekat yang akan datang melalui pengprograman komputer dan
jaringan internet dan bukanlah dari pengetahuan mengenai perkara yang ghaib pada sesuatu.
Hal ini menunjukkan bahawa alam semesta dan fenomena-fenomena yang berlaku ini suatu
yang tetap dan tidak berubah atau diubah.
Berkenaan apa yang dikatakan tentang perbezaan kalendar antara satu sama lain itu
bukan disebabkan oleh pakar yang berbeza. Hal ini kerana kalendar itu tidak dihasilkan oleh
orang-orang yang pakar atau bukan dari pusat-pusat sains. Sedangkan ianya diterbitkan oleh
beberapa penilai/penyelaras yang telah meneliti atau menilai daripada buku-buku dan jadual-
jadual lama ratusan tahun yang lalu, di mana terdapat kesalahan atau kesilapan pada data-data
tersebut. Para penyelaras ini juga tidak belajar tentang ilmu astronomi moden di mana pada
ketika itu sebahagian media massa sudah berkembang sepertimana sekarang. Mereka ni dianggap
oleh saintis astronomi sebagai orang yang keliru di antara perubatan tradisional dan perubatan
moden terutamanya bidang diagnosis selepas kewujudan semua kemajuan dalam ilmu
pengkajian dan yang berkaitan dengannya.
Berdasarkan penerangan di atas tentang ketepatan hisab zaman sekarang, jelaslah bahawa
pengiraan tentang gerhana matahari dan juga bulan suatu pengiraan yang sangat tepat walaupun
ianya sepuluh kali sukar daripada perhitungan awal bulan lunar. Rentetan daripada itu, para
ilmuan(saintis) telah menentukan/menentapkan dari puluhan bahkan ratusan tahun kejadian
gerhana matahari dan bulan iaitu dengan penentapan hari, jam, minit , tempat-tempat yang
mungkin akan berlakunya/kelihatan gerahana tersebut, tempoh berlakunya gerhana dan jenis-
jennis gerhana samada gerhana penuh ataupun separa. Semua ini ditentukan dengan tepat
berdsarkan apa yang telah diketahui oleh pemerhati tentang gerhana. Tidak mungkin bagi
14
[ SMEH2314
pemerhati mengabaikan maklumat-maklumat tersebut dan atas dasar apa ianya perlu diabaikan.
Mengapakah sebahagian ahli falak hendak meletakkan Islam ini sebagai suatu pihak yang
menolak (tidak menerima) fakta-fakta sains moden ini?
Mengapakah sebahagian ulama’ ini ingin meletakkan Islam seumpama apa yang telah
dilakukan oleh pihak Gereja di Eropah terhadap agama mereka sehingga menyebabkan
terpisahnya agama dari kehidupan? Apakah motif atau kepentingannya pemisahan ini di
lakukan? Walaubagaimanapun Islam merupakan satu agama ilmu yang tidak melarang
penggunaan hisab dan taqdir terutamanya ia merupakan suatu perhitungan yang tepat. Bahkan
ianya diperintahkan sepertimana dalil yang telah dikemukan oleh pendapat kedua.
Oleh yang demikian itu, kemungkinan dua hadith yang berkaitan dengan(tertutup awan)
awan mendung ( فأكملوا عليكم غم ) dan (فإن فاقدروا عليكم غم dapat difahami dengan (فإن
cara penyempurnaan. Maka tidak ada percanggahan antara kedua-dua hadith ini. Walhal kedua-
dua hadith ini menguatkan bagi sesuatu keadaan yang lain. Keadaan itu dimana hisab adalah
sesuatu yang mengandungi sangkaan atau umat manusia masih lagi buta huruf tentang bidang
falak, maka hukum syari’ pada masa itu ialah dengan penyempurnaan 30hari. Namun begitu,jika
hisab itu suatu yang tepat ataupun yang hampir dengannya maka pada keadaan ini, dituntut
supaya penetapan bulan itu berdasarkan “taqdir”. Orang pertama yang telah berkata tentang
pendapat ini ialah Ibn Suraij merupakan salah seorang fuqaha’ yang terdahulu pada kurun ke-3
hijrah , bahkan Ibnu Arabi menukilkan pendapat Ibn Suraij sebagai berikut : Sabda Nabi S.A.W
له “ itu, diperuntukkan bagi orang-orang yang dianugerahi ilmu falak oleh Allah ”فاقدروا
sedangkan “ عدة .ditujukan kepada orang-orang awan (perihal ilmu falak) ”"فأكملوا
Jesteru itu, segala penjelasan di atas ini dapat menerangkan perbahasan tentang dua
pendapat mengenai penentuan awal bulan/bulan Hijri. Sesungguhnya pendapat yang kedua iaitu
yang menggunakan hisab dan taqdir bagi menentukan awal bulan Hijri adalah lebih tepat
digunakan pada zaman sekarang. Hal ini menghindari kita daripada berterusan menjadi umat
yang buta huruf dalam ilmu astronomi . Selain itu juga ianya dapat menjadikan ilmu falak dalam
bidang perhitungan pergerakan bulan dan bumi sebagai satu ilmu yang tepat.
15
[ SMEH2314
Adakah “taqdir” untuk penetapan dan penafian ataupun penafian sahaja?
Sebahagian ulama’ berbeza pendapat dalam penggunaan hisab berdasarkan dua keadaan iaitu
penafian dan penetapan. Mereka berkata: kami tidak menetapkan sesuatu bulan itu melainkan
dengan rukyah ataupun menyempurnakan 3o hari pada ketika keadaan hilal tertutup awan. Hal
ini merujuk kepada hadith-hadith yang telah dikemukakan oleh golongan pendapat yang
pertama. Kami(ulama’) tidak menggunakan hisab melainkan untuk menafikan penyaksian orang
yang melihat hilal jika mereka(penyaksi) membuat penyaksian dengan merukyah hilal. Pada
ketika itu hisab digunakan bagi menghitung kesaksian mereka untuk membuktikan kesahihan
rukyah tersebut.
Sesungguhnya pandangan ini muncul pada zaman yang terkemudian, di mana umat pada
masa itu sudah keluar dari ‘ummiyah’(tidak tahu menulis dan membaca) tentang ilmu falak.
Bermulah kaedah hisab untuk membuktikan kesahihan sebahagian kesaksian hilal. Adapun orang
pertama yang berkata :- jika hisab itu tepat pada penafian bukan pada penetapan-ialah
Taqiyuuddin al-Subki pada setengah abad ketiga hijrah. Dia telah berkata: Maka di sini terdapat
gambaran lain yang menunjukkan hisab pada meniadakan imkanur rukyah (kebolehnampakan).
Jikalau kita telah di khabarkan dengannya satu penyaksian (kenampakan hilal) sama ada satu
pengkhabaran atau lebih ,berkemungkinan khabar yang dibawa itu suatu yang khabar yang
bohong atau qhalat(keliru)…kesaksian tersebut ditolak kerana hisab adalah suatu yang qati’
(tepat) adapun kesaksian dan pengkhabaran itu suatu yang mengandungi sangkaan(dzan). Dzan
tidak bertentangan dengan qati', lebih-lebih lagi apabila Dzan itu terdahulu(lebih awal) dari qati'.
Nyata merupakan satu syarat bagi penyaksian yang telah dibuat ADALAH BERLAKU
berdasarkan perasaan, akal sihat dan syara’ …. Tidak mungkin syara’ itu merujuk pada hal-hal
yang mustahil.
Al-Subkhi tidak menetapkan bulan dengan cara hisab atas sebab yang telah disebutkan di
atas. Dia telah berkata bahawasanya perhitungan(hisab) bagi masuknya bulan baru itu
sesungguhnya membawa kepada imkan(kemugkinan). Imkan(mungkin/kebarangkalian)semata-
mata tidak boleh membawa kepada penetapan hukum. Perbezaan di antara ketepatan hisab (iaitu
imkanu mengikut pandanganya) dan waktu-waktu solat ialah bahawasanya (qhalat) kesilapan
16
[ SMEH2314
berlaku pada hisab,berbeza dengan waktu-waktu solat di mana selalunya waktu solat adalah tepat
ataupun hampir tepat. Maka sebab beliau (al-Subkhi) mengambil hisab ini pada penafian kerana
ilmu falak pada zaman beliau iaitu sebelum kurun ke-7 adalah suatu yang qati’(tepat)pada
penafian ke atas penyaksian dan bukan pada penetapan kemasukan bulan baru. Ini hanyalah
sangkaan beliau sahaja pada ilmu hisab kerana pada zaman itu ilmu hisab tidak selalunya tepat
dan jika beliau hidup pada zaman kita semestinya beliau akan berpegang bahawa ilmu hisab
adalah tepat dalam menentukan masuknya bulan baru.
Antara orang yang telah berkata demikian(yang sependapat dengan beliau) ialah
golongan dari ulama’ yang terkemudian seperti Muhammad Mustaffa al-Muraghi Syeikh Al-
Azhar. Syeikh Ali Al-Thothowi berkata: Hisab ini qati’ (pada penfian) sedangkan kesaksian atas
rukyah itu tidak qati’ lebih-lebih lagi penyaksi itu seorang yang diragui ataupun pendusta.
Kesimpulan daripada pandangan Al-Subkhi yang mana menghimpunkan antara
perbuatan(mengikut) bagi hadith ( لرؤيته dan juga maklumat(fakta/data) ilmu falak iaitu (صوموا
dengan kita menyoal para ilmuan falak adakah berkemungkinan hilal dapat dilihat malam ini?
Sekiranya mereka berkata : “Ya”, maka kami melakukan rukyah. Jika mereka berkata:”tidak
mungkin hilal kelihatan” , maka kami menolak segala penyaksian yang dibuat oleh orang yg
melihat.
Saya(Imam Tontowi) berharap, sesiapa yang membaca fatwa ini supaya berfikir tentang
pandangan Al-Subkhi kerana pendapatnya adalah berdasarkan sunnah dan juga mengikut fatwa-
fatwa ilmu. Saya berharap ahli-ahli cendiakawan dan penulis-penulis juga bercakap
menggunakan pendapat Al-Subkhi.
Mereka bertiga(Imam Subkhi,Syeikh Azhar Mustofa dan Syeikh Tontowi,adalah
daripada golongan yang berkecimpung dalam mempraktikkan hukum(badan kehakiman) ,orang
yang mengendalikannya sebaik mungkin dan juga mengkaji keanehan(keajaiban) pada
keterangan pesaksian.. Sesungguhnya beberapa mahkamah syariah di negara-negara Islam
seperti Mesir dan Jordan telah menggunakan pendapat Al-Subkhi. Pendapat yang serupa juga
dinyatakan oleh beberapa ilmuan pada hari ini. Hal ini kerana(pendapat ini) merupakan satu
usaha untuk menghubungkan jurang antara pandangan yang menggunakan hisab secara mutlak
dan pandangan yang menolak hisab secara mutlak(bagi selarikan kedua-duanya).
17
[ SMEH2314
Tidak syak lagi bahawasanya pandangan ini menghampiri kepada betul daripada
pandangan yang hanya menolak hisab secara mutlak ataupun pandangan yang hanya menerima
penyaksian orang yang bersaksi dengan kenampakan hilal walaupun sebelum lahirnya dengan
sempurna.(maksudnya penulis berada pada kedua-dua pandangan ini)
Kelebihan pandangan ini adalah seperti berikut:
1) Dapat mendamaikan dua pandangan yang telah dibahaskan di atas.
2) pendapat ini,pada intipatinya adalah satu titik mula atau anak tangga bagi
menghubungkan kadar penerimaan penggunaan hisab pada penetapan bulan dan juga
penafian.
3) Dapat menyelesaikan kemusykilan sepertimana yang ada dalam dunia Islam sekarang ini.
Adapun permasalahan yang utama pada zaman kita sekrang ini bukanlah pada
meniadakan rukyah hilal ketika awan mendung ataupun dengan kata lain hisab digunakan
untuk penetapan kewujudan hilal ketika mendung akan tetapi pada permasalahan yang
timbul berulang kali beberapa tahun ini iaitu penyaksian dengan melihat hilal sebelum
kelahirannya.
Akan tetapi, jika kita meneliti apa yang terkandung dalam pandangan ini, kita tidak
menemui sesuatu yang menyokong dari segi syarak dan juga ilmiah. Hal ini kerana pendapat ni
salah dari segi syarak dan ilmiah dan kesalahan tersebut ialah :
1. Adapun nas-nas syarak juga tidak membezakan antara penafian dan penetapan(sama
sahaja kedua-duanya) dalam penggunaan hisab dan taqdir. Khususnya bagi hadith
له فاقدروا عليكم غم yang menyuruh mentaqdirkan bagi penetapan sesuatu ((فإن
bulan dan bukannya untuk penafian penyaksian
2. Dari sudut ilmiah pula tidak ada perbezaan pada ketetapan hisab,(samaada nafi atau
isbat). Ketetapan itu ialah diantara hisab penetapan kemasukkan bulan dan hisab
penafian kemasukkannya sama saja dari segi ilmiah. Jadi kenapa kita harus
damaikan kedua-dua pendapat yang mana )1,wajib ruyah 2.wajib hisab) menjadi
satu sepertimana yg telah di suarakan oleh Imam Subhki sedangkan pendamaian ini
tidak bertepatan dengan dalil syarak dan kaedah ilmiah.
18
[ SMEH2314
Dengan demikian itu, apa yang paling tepat pada zaman kita adalah dengan berpegang
pada “mengtaqdirkan” dan juga hisab dalam penafian dan penetapan sesuatu dengan sesuatu
yang lain.(dengan sama rata)(tanpa ada pangasingan seperti pendapat Al-Subki) Hal ini
sepertimana di bawah ini:
1- Kerana hisab asalnya bukanlah suatu yang mudah pada zaman Nabi, di mana
datangnya perintah berpuasa apabila hilal kelihatan sebagai pengganti hisab.
Sepertimana di tunjukkan pada hadith ( نحسب وال نكتت ال أمية أمة . (إنا
2- Kerana penyaksian dengan merukyah ini kebiasaannya adalah suatu yang
“dzan”(mempunyai sangkaan) begitu juga penyempurnaan. Sedangkan hisab pada
zaman kita sekarang adalah suatu yang qati’. Kesemua ini merupakan wasilah maka
pada setiap satu zaman itu kami menggunakan wasilah yang paling kuat.
3- Bertepatan bagi hadith ( له فاقدروا عليكم غم .(فإن
Oleh yang demikian itu, kami telah mengambil nas-nas syarak serta memahaminya
dengan sepenuhnya. Pada masa yang sama kami juga mengambil fakta-fakta ilmu
kontemporari(moden) malah kami tidak pernah mengabaikannya. Diantara orang
terkenal/masyhur yang menyuarakan PENDAPAT ini sejak dari dahulu ialah Muthrif bin
Abdullah daripada kalangan tabiin, Abu Abas bin Suraij daripada fuqaha’ pada kurun ke-3
hijrah, Ibn Qutaibah Al-Dainuri, dan Al-Subkhi, (mereka ini mengatakan) Bahawasanya HISAB
ITU SUATU YANG QATI’ sekiranya ianya dikaitkan dengan hadith ( شعبان عدة فأكملوا
.(ثالثين
Maka dia berkata(Al-Subki): sesungguhnya dia dikatakan(orang lain kata kepadanya)
bahawa menolak pendapat-pendapat yang mengharuskan berpuasa ataupun mewajibkannya jika
hisab merujuk kepada kenampakkan hilal(rukyah) dan gambaran bagi alasan belum tiba waktu
berpuasa iaitu dengan menggenapkan 30hari bulan sebelumnya tanpa perlu ada rukyah. Di sini
dapat kita fahami bahawa terbitnya hilal dan sangkaan kenampakan hilal ini membuktikan
adanya hilal pada malam ketiga puluh pada sesetengah waktu(bukan pada waktunya).
Selain itu juga ,Al-Subkhi berkata:”Apabila hilal itu dilindung awan (tertutup awan)
sebagaimana contoh yang telah diberikan, maka hisab ini lebih kuat dipegang , jesteru itu
19
[ SMEH2314
penetapan dibuat bahawa “hilal itu wujud” sepertimana apa telah dikatakan oleh kebanyakkan
para sahabat. “
Syeikh Ahmad Syakir iaitu diantara orang yang tekenal pada zaman kita yang
menyuarakan pendapat tentang hisab ini, di mana dia telah berkata:”Apabila umat telah keluar
dari keadaan ‘umiyah(buta huruf tentang ilmu falak) dan menjadi pandai menulis dan
menghitung maka mereka ini telah pun kembali kepada satu keyakinan yang pasti bahawasanya
mereka perlu menggunakan hisab sahaja pada penetapan hilal.Adapun Syeikh Mustafa Al-
Zargha mengadaptasi pandangan ini dalam kalangan ahli fiqh di Mekah al-Mukarramah, akan
tetapi majoritinya tidak menerima pandangan ini.
Dr. Yusuf Al-Qardhowi juga telah berkata : Sesungguhnya penggunaan hisab adalah
suatu yang tepat pada hari ini sebagai wasilah bagi penetapan bulan-bulan hijriah yang mana
harus diterima dalam permasalahan yang pertama(hisab pada rukyah ketika bulan tertutup awan).
Ini bererti, sesungguhnya sunnah telah mensyariatkan kepada kita supaya menggunakan wasilah
yang rendah(tidak kuat) sekiranya berada dalam keraguan dan ketidakpastian pada rukyah
bukanlah menolak wasilah yang lebih tinggi. Hal ini adalah untuk melengkapkan ataupun
menguatkan penelitian pada rukyah tersebut.
Keadaan objek-objek samawi
Bulan berputar mengelilingi Bumi pada orbit yang berbentuk elips, jadi kadang-kadang
ianya akan berdekatan dengan Bumi dikenali sebagai “perigi” dan akan berada jauh dari Bumi
pada waktu lain pula yang dikenali sebagai “apogi”. Semakin ia dekat dengan Bumi kelajuannya
semakin meningkat agar tidak tertarik dan berlanggar dengan Bumi. Semakin jauh dari Bumi,
dapat aku(penulis) katakan kelajuannya itu tidak membuatkan Bulan itu terkeluar dari tarikan
graviti dan tidak menyimpang dari orbitnya. Semua ini adalah ketetapan Allah S.W.T.
Kebijaksaan Allah ini dapat dibuktikan berdasarkan hukum yang telah dikemukakan oleh Kepler
yang dikenali sebagai Hukum Kepler.
Bumi juga berputar mengelilingi matahari pada orbit berbentuk elips bertepatan dengan
hukum alam itu sendiri. Bumi berada jauh dari Matahari pada kelajuan minimunnya iaitu 6/12
20
[ SMEH2314
dan 12/21 pada setiap tahun dan berada dekat dengan matahari pada kelajuan maksimumnya
iaitu 3/21 dan 9/23.
Apabila matahari , Bumi dan Bulan berpusat pada satu satah dimana pada kedudukan satu
garisan yang selari, dinamakan” االقتران” @ ijtimak . Pada keadaan ini bahagian
bulan yang bercahaya menghadap ke arah Matahari manakala bahagian yang gelap menghadap
Bumi. maka pencerap di Bumi tidak mungkin dapat melihat apa pun dari Bulan. Keadaan ini
juga dikenali sebagai المحاق. Oleh itu bagi setiap المحاق : maka setiap apa yang ada
di bulan tidak dapat dilihat. Ijtimak ini terjadi pada setiap: 29 hari 12jam 44minit 2saat dan 87%
bagi pendapat kedua. Ini merupakan bilangan hari bagi satu bulan Lunar secara di mana secara
puratanya 1 bulan bersamaan 29.53 hari.
Tidak mungkin kebanyakkan bulan bagi satu tahun itu mempunyai 29 hari atau
kebiasannya/selalunya bulan Ramadhan itu mahupun bulan yang lain bagi setiap tahun untuk
bertahun-tahun lamanya adalah 29 hari. Hal ini kerana rata-rata bulan Lunar itu mempunyai 29
hari setengah maka berkemungkinan bahawa 3o hari bagi satu bulan adalah 53% sedangakan
kemungkinan untuk 29 hari bagi satu bulan adalah 47%. Oleh sebab itulah, Nabi menyuruh
melengkapkan bulan jika pada keadaan awan tertutup kerana kerana pada kebisaannya satu bulan
adalah 30 hari.
Oleh kerana itu, para ulama’(ilmuan) bahkan para pendapat kedua mengetahui
sepenuhnya tentang hari, jam dan minit yang mana bersepadan/memenuhi kriateria terjadinya
ijtimak. Semua ini telah diketahui selama beberapa dekat yang lalu yang kemudiannya
dihebahkan dan diterbitkan sehingga dapat diketahui oleh golongan yang telah dikhususkan dan
orang yang berminat dalam bidang ini.
Ijtimak ini berlaku pada masa yang sama(satu masa sahaja) diseluruh tempat di muka
Bumi ini. Iaitu tidak ada perbezaan bagi setiap tempat-tempat yang dilakukan
cerapan(pengamatan bulan diaksanakan) kejadian ijtimak tersebut. Maka pada keadaan
ini(ijtimak ini berlaku pada sutu masa sahaja) sepertimana yang telah disebutkan, arahan tegas
diberikan kepada pakar-pakar yang telah dikhususkan dalam bidang ini supaya tidak adanya
percanghan/perbezaan dalam pengamatan mereka terhadap kejadian ijtimak.
21
[ SMEH2314
Sekiranya ijtimak itu berlaku sebelum tengah malam mengikut waktu Greenwich, secara
Astronominya bulan baru sudahpun bermula akan tetapi dari segi syarak tidak sedemikian kerana
kenampakkan hilal pada masa itu suatu yang mustahil. Semestinya bagi permulaan bulan
mengikut syarak iaitu dengan kenampakkan anak bulan baru selepas terbenamnya matahari
ataupun setidaknya ada kemungkinan kenampakan hilal itu.
Apabila berlakunya ijtimak pada ketika terbenam matahari dan bulan pada masa itu
terbenam bersama-sama terbenamnya matahari. Maka kenampakkan hilal itu suatu yang
mustahil kerana bahagian bulan yang bercahaya menghadap ke arah Matahari sepenuhnya dan
bumi hanya menerima bahagian bulan yang gelap.
Adapun jika ijtimak berlaku dengan kadar beberapa jam sebelum matahari terbenam dan
bulan tebenam selepas matahari terbenam pada waktu yang singkat maka ianya (umur hilal)
tidak cukup untuk sangkaan kenampakkan hilal. Hal ini kerana kelajuan matahari secara
zahirnya adalah lebih laju berbanding dengan kelajuan bulan sepertimana ianya dilihat oleh
pemerhati/pencerap dari muka bumi.
Purata masa bulan kelewatan dari matahari adalah kira-kira 48minit bagi setiap hari.
Bermakna dalam setiap jam, bulan akan lewat dari matahari selama 2 minit. Apabila ijtimak ini
berlaku dengan kadar 5 jam sebelum terbenam matahari dan bulan akan terbenam selepas
matahari terbenam dengan kadar 10minit dan ini merupakan hal keadaan
pertengahan(kemungkinan akan nampak hilal ataupun tidak nampak). Pada keadaan ini juga
kenampakkan anak bulan baru adalah suatu yang mustahil bagi dua keadaan:
Pertama : Bahagian yang menghadap ke arah matahari dan bumi adalah bahagian yang sama.
Iaitu bahagian bercahaya bulan dapat dilihat oleh pemerhati pada permukaan bumi dengan kadar
yang sangat kecil yang mana 70 kali bahagian tersebut bersamaan dengan satu bahagian bulan
purnama.
Kedua : Bulan sabit kecil ini sangat hampir dengan matahari. Oleh kerana bulan kecil itu
melalui cahaya matahari yang sangat terang sehinggakan setelah terbenam matahari pada kadar
beberapa minit cahaya tersebut masih lagi lebih terang dari cahaya anak bulan yang baru lahir.
(cahaya matahari yang terang menenggelamkan cahaya anak bulan yang baru di lahirkan)
22
[ SMEH2314
Oleh kerana itu, tidak mungkin hilal akan kelihatan melainkan sekiranya hilal terbenam
lewat sedikit selapas matahari terbenam dalam selang masa kurang 29 minit, ini bermakna
ijtimak telah berlaku kira-kira 15jam yang lalu merupakan pada hal keadaan pertengahan(tidak
nampak).
Akan tetapi jika bumi berada hampir dengan matahari iaitu dengan kelajuan maksimum
maka bulan juga akan berada pada kedudukan yang sama iaitu hampir dengan matahari (perigi)
dengan kalajuan maksimun juga. Maka sesungguhnya , hilal berkemungkinan akan kelihatan
kira-kira 12 jam selepas berlaku ijtimak.
Adapun begitu, sekiranya bumi berada jauh dari pusatnya iaitu matahari, bermakna ia
berada pada kelajuan yang minimum . begitu juga akan berlaku pada bulan yang mana ianya
dkenali sebagi apogi dan pada ketika itu kelajuannya adalah oada thap minimum. Maka hilal
(bulan sabit/anak bulan) tidak akan kelihatan sebelum kira-kira 18jam selepas berlakunya
ijtimak.
Perlu diingatkan bahawa segala maklumat dan nombor yang disebutkan ini, telah dibuat
setelah kajian yang konsistan dijalankan selama ratusan tahun. Hal ini dimana terdapatnya
banyak balai cerap dan juga ramai pencerap yang menyaksikan hilal di pelbagai pelusuk dunia
khususnya(yg menyedihkn/yg amat malang sekali) dr cendiakawan2 dunia yg bukan islam.(d
pelopori ulama' barat).Dan masa yg minima yg membolehkan penyaksian hilal selepas ijtimak
adalah diambil kira sbagai rekod tertinggi yang d catatkan,dan apabila terbukti ada orang yang
melihat hilal tersebut selepas berlakunya ijtimak dengan kadar masa kurang dari sebelum ini,
maka ianya merupakan satu rekod yang baru. Akan tetapi rekod baru tersebut mestilah tidak ada
perbezaan yang sangat ketara dari rekod yang lama.
Kenampakkan hilal selepas terbenam matahari adalah suatu yang mustahil. Adapun
kenampakkan hilal yang muktabar disisi syarak ialah apabila dilihat pada pagi hari ,sebelum
terbitnya matahari kerana kenampakkan ini bererti bahawa ijtimak belum berlaku dan bulan
masih lagi kelihatan berada di atas bumi menghadap matahari. Hal ini bermakna ia akan
mengambil masa kira-kira 12jam atau lebih sedikit untuk berlakunya ijtimak di mana kadar
kelajuan bumi dan matahari adalah sama iaitu pada kadar yang rendah. Apabila 12 jam
berikutnya, selepas berlakunya ijtimak maka kemungkinan kenampakkan hilal itu ada. Tempoh
23
[ SMEH2314
masa antara terbit dan terbenam matahari haruslah 24jam. Dengan itu, adalah mustahil tempoh
masa harian bagi setiap tahun adalah lebih panjang dari apa yag telah dikaji.
Sepertimana diketahui adalah mustahil akan kelihatan hilal sebelum 2 jam ijtimak terjadi.
Pada ketika ini bulan akan terbenam terlebih dahulu daripada matahari. Oleh itu mustahilah
cahaya hilal yang sedikit itu akan kelihatan pada ketika masih terdapat lagi cahaya matahari yang
terang. Bahkan jika ianya kelihatan ini merupakan satu kemungkinan atau taqdir maka
kenampakkan tersebut tidak diambil kira sebagai hilal iaitu bukan hilal bagi bulan baru tetapi
merupakan baki hilal bagi bulan yang lepas(dikenali juga masih lagi dalam peredaran bulan).
Demikian itu kenampakkan hilal tersebut tidak dikira sama ada dari segi syarak mahupun ilmu
astronomi.
Mustahil juga hilal akan dapat di lihat di setiap awal bulan lunar atau pada
kebanyakannya(bulan lunar) hanya di satu tempat/daerah tertentu atau mustahil juga dapat
dlihat oleh satu negara sahaja di dunia secara keseluruhannya..Maka perkara ini diberikan
perihatian.
Permasalahan yang terdapat dalam penyaksian dan penyempurnaan
Penyaksian yang mustahil
Masih lagi terdapat sebahagian orang menyangka rukyah ini berkemungkinan bercanggah
dengan perhitungan falak dan alasan bagi sangkaan ini tidak ada yang lain melainkan setelah
ilmu falak tentang bidang ini (penetapan bulan ) telah sampai kepada pakar-pakar astronomi.
Kebenaran yang tidak syak lagi pada sangkaan ini iaitu ketika setiap ilmu pengetahuan saintifik
tentang penetapan bulan tidak mungkin dengan apa kedaan sekalipun menjadikan rukyah itu
bercanggah dengan perhitungan falak. Adapun apa yang mungkin atau yang wujud adalah
percanggahan penyaksian dengan perhitungan. Ini merupakan perbezaan yang besar tentang dua
perkara (penyaksian dan perhitungan hisab atau percanggahan rukyah&hisab dan percanggahan
penyaksian&hisab). Penyaksian sama ada dari seorang, dua, tiga atau beberapa orang pesaksi
yang mana penyaksian itu adalah penyaksian yang dzan. Penyaksian tersebut dikatakan tidak
24
[ SMEH2314
qati’ melainkan adanya penyaksian yang berturut-turut yakni jumlah penyasksian hilal yang
membawa kepada pendustaan dan kesilapan adalah lebih banyak berbamding yang qati’.
Berdasarkan apa yang telah kita ketahui, bahawa penyaksian dengan suatu yang mustahil
adalah penyaksian yang tidak diterima. Pada zaman kita sekarang ini, sesuatu yang penyaksian
yang mustahil ini dilihat berdasarkan pandangan dari sebahagian para sahabat ataupun apa yang
telah datang ketika perang Badar yang mana memberikan hukum kepada kita untuk menolak
pengkhabaran atau penyaksian tersebut.
Jika telah terbukti matahari terbenam pada hari kelmarin adalah tepat pada pukul lima.
Kemudian ada sesorang yang mengkhabarkan bahawa matahari terbenam pada hari ini pada
pukul empat. Maka kita diminta menolak pernyataannya. Hal ini kerana telah diketahui secara
adatnya tidak mungkin bagi peristiwa matahari terbenam di antara dua hari berturut-turut ada
perbezaan yang melebihi dari satu minit mahupun 2 minit . Jadi, bagaimana mungkin perbezaan
ini menjadi satu jam? Bagaimana kita hendak menerima penyaksian dari orang yang bersaksi
akan kenampakan hilal sebelum kelahirannya selama beberapa jam??
Antara sebab-sebab berlakunya kesalahan pada rukyah adalah seperti berikut:
1- Keadaan atmosfera bumi yang kurang jelas. Sepertimana yang kita ketahui, bahawa
atmosfera bumi pada dua abad yang terkemudian ini terganggu dan tercemar dengan
banyak sekali. hal ini merupakan kesan daripada apa yang dikeluarkan oleh kilang-
kilang, mesin-mesin dan juga kenderaan bumi yang serba moden ini, sehingga
menyebabkan berlakunya pencemaran udara pada tahap yang mana manusia tidak pernah
ketahui sebelum ini. Oleh sebab itu bulan tidak akan kelihatan walaupun ianya telah
wujud dan masalah baru ini adalah bertepatan dengan apa yang berlaku sekarang.
2- Dari kaca mata seorang pemerhati di permukaan bumi Terdapat banyak pesawat di ruang
udara menjadikan sinaran matahari setelah terbenam matahari berkekalan dalam beberapa
tempoh disebabkan pertentangan pesawat-pesawat tersebut..
Hal demikian menjadikan suatu tarikan bagi sesiapa yang melihatnya dari Bumi dan
sebahagian daripada mereka ini menyangka bahawa ia merupakan hilal yang baru.
Sesungguhnya perkara ini terjadi kepada beberapa pelajar muslim yang belajar di
Amerika Syarikat pada tahun 1993 di mana mereka ini seramai 4 orang, memutuskan untuk
25
[ SMEH2314
melakukan pemerhatian tentang hilal ini sendiri . Makanya mereka telah menyewa sebuah
pesawat kecil dan mereka naik ke permukaan awan. Tidak lama setelah itu, mereka melihat
sesuatu yang mereka fikir ia adalah hilal. Kemudiannya mereka pun mendarat dan menghubungi
pihak yang berwajib,dan membuat penyaksian bahwa mereka melihat hilal. Selepas itu, mereka
diminta memberi perincian seorang demi seorang tentang apa yang mereka lihat. Tiga daripada
mereka mengatakan bahawa mereka tidak terlalu yakin. Orang yang keempat(seorang lagi
daripada mereka)melihatnya dengan baik. Ketika mana ditanya tentang bentuk hilal yang
dilihatnya, dari arah mana hilal itu dan juga kedudukan matahari pada ketika itu, dia telah
berkata : “bentuk hilal yang dilihatnya adalah sebuah garisan yang lurus!
3- Penggunaan teleskop untuk melihat objek-objek samawi di langit adalah menjadikan
kenampakan objek-objek tersebut suatu yang lebih jelas/besar kelihatannya. ( Barang kali
dapat melihat hilal sebahagian bintang-bintang maka hilal tersebut disangka sebagai hilal
bagi bulan kita القمر)
Perkara ini pernah berlaku kepada 9 orang pelajar muslim di Amerika- sepertimana salah
seorang daripada mereka telah menceritakan kepadaku ( penulis) – ketika mereka melihat
suatu hilal, di mana mereka melihatnya di hadapan satu kumpulan yang terdiri daripada
sebahagian ahli falak, mereka telah disoal tentang kedudukan hilal yang mereka nampak.
Akan tetapi dari segi bentuk, arah kemunculan dan tempat hilal yang mereka nampak itu
menunjukkan ia adalah sebuah bulan bagi planet Venus. Oleh itu, sebaiknya tidak
ditambah kekuatan pembesaran bagi teleskop iaitu hanya 5-10 kali pembesaran sahaja.
4- Kurangnya kepakaran dalam pencerapan hilal dikalangan manusia melainkan hanya
sedikit. Adapun begitu sebahagian orang berfikir bahawa pencerapan hilal ini suatu
perkara mudah yang tidak memerlukan kepakaran. Tersebarlah di kalangan mereka ini ,
banyak kesalahan-kesalahan umum yang mana mereka fikirkan tidak membawa kepada
suatu yang syak,
Sehiggakan sampai ke satu tahap dimana apabila ditanya tentang waktu/masa ketika hilal
kelihatan kepada sebahagian yang membuat penyaksian melihat hilal iai dia akan
menjawab dia melihat hilal selepas fajar. Dan yang lainnya menjawab melihatnya
sebelum terbenam matahari. Aku(penulis) telah melihat orang yang membuat
pemerhatian/pencerapan hilal setiap hari dan dia mengatakan hilal terbenam di ufuk
kemudian muncul selepas terbenam matahari dan terbenam semula. Ketika mana aku
26
[ SMEH2314
cuba menerangkan/membuat penjelasan tentang kesalahannya, dia tetap bekeras dan
menyakini pendiriannya.
Sebahagian orang berpendapat bahawa umur hilal dapat diketahui dengan tepat hanya
dengan membuat cerapan bulan pada mana-mana hari daripada hari-hari sesuatu bulan. Iaitu
tanpa mengetahui waktu kelahiran hilal tersebut. hal ini tidak mungkin, kerana membawa kpd
kesamaran samaada terletaknya hilal pada kedudukan atas mahupun bawah .Dan perkara ini
sebenarnya hanya dapat dipastikan melalui waktu terjadinya ijtima' , ini boleh di umpamakan
seperti mereka yang cuba mengetahui umur seorang bayi yang baru dilahirkan beberapa hari
dengan hanya semata-mata memandang ke wajahnya tampa mengetahui tarikh ia dilahirkan..
Sesungguhnya telah nyata bahawa kesalahan-kesalahan pada penyaksian ini adalah
banyak. Hal ini lebih yakin selepas pemerhatian berturut-turut dijalankan terhadap hilal bulan
Ramadhan dan Syawal selama lima belas tahun terkemudian ini, bahawa kesalahan lebih
daripada 30% kes .
Hal yang menunjukkan kesalahan atau penipuan pada penyaksian adalah seperti berikut:
1- Gerhana Matahari terjadi pada hari pertama bulan pada masa yang sama penyaksian hilal.
Maka ini menunjukkan bukti yang kukuh bahawa penyaksian ini tidak betul. Sepertimana
berlaku di Arab Saudi pada tahun 1403H dan diikuti oleh kebanyakkan negara-negara
Islam. Sesungguhnya sebahagian daripada mereka membuat penyaksian bahawa mereka
melihat hilal pada petang Jumaat iaitu pada pada malam Sabtu, dan adapun gerhana
matahari terjadi pada hari Sabtu. Seperti apa yang telah dijangka sebelum itu oleh para
ahli astronomi iaitu gerhana matahari ini akan kelihatan pada beberapa negara dan ini
menunjukkan tanpa ada syak lagi bahawa hari Sabtu itu bukanlah permulaan bagi bulan
Ramadhan. Sesungguhnya penyaksian tersebut adalah tidak benar.
Apa yang lebih aneh lagi dari perkara di atas, bahawasanya pada tahun yang sama ada
orang yang melihat hilal selepas terbenamnya matahari pada hari ke 29 Ramadhan bermula pada
hari Sabtu yang mana sebahagian mereka beranggapan telah nampak hilal Ramadhan pada
malamnya, iaitu pada hakikatnya pada 28 Ramadhan. Di sana terdapat orang yang membuat
27
[ SMEH2314
penyaksian akan kenampakan hilal Syawal dan penyaksiannya diterima. Kemudiannya
diisytiharkan Hari Raya. Kemudian hukum telah dikeluarkan supaya menggantikan puasa kerana
tidak mungkin Ramadhan hanya 28 hari.
2- Hilal tidak kelihatan pada hari kedua penyaksian dijalankan meskipun tidak ada awan
yang menghalang kenampakan hilal tersebut. Makanya kenampakan hilal selepas
terbenam matahari pada hari pertama penyaksian hilal, iaitu pada malam hari kedua
penyaksian, menjadi satu tujuan/matlamat yang mudah, yang mana kenampakkan hilal
tersebut tidak memerlukan perbahasan/penerangan pada ufuk atau kadar kepekaan
penglihatan.
Demikian itu, pengisyhtiharaan penentapan hilal bulan Zulhijjah ditangguhkan sekurang-
kurangnya satu hari penuh untuk mendapatkan kepastian bagi kenampakan hilal pada hari
pertama penyaksian hilal. Ini merupakan perkara yang baik kerana penangguhan ini
membawa kepada menyelamatkan dari berlakunya kesilapan pada penyaksian
kenampakan hilal bulan Zulhijjah dalam beberapa tahun..dan mempunyai waktu yg
cukup untuk mendapatkan kepastian.. Hal ini amat berbeza bagi bulan ramadan dan
syawal kerana tidak mempunyai ruang utk menangguhkan pengistiharan bermulanya
bulan kpd hari berikutnya..
Sungguh aneh apabila Akademi Fiqh Islam di Mekah menyangkal Presiden Mahkamah
Syariah di Qatar yang mengatakan: sesungguhnya telah datang kepada kamu
semua(orang di Mekah) satu penyaksian daripada seorang yang melihat hilal pada hari
Isnin, adapun kami di Qatar tidak nampak hilal tersebut pada hari Isnin dan juga hari
Selasa, sedangkan diketahui bahawa cuaca adalah baik.
Hujah yang dibawa bagi penolakkan tersebut iaitu tidak disyaratkan kenampakkan hilal
mereka (orang di mekah)sama ada pada hari penyaksian hilal dan juga pada hari
berikutnya. Bahkan ini adalah dalil yang menunjukkan rukyah tersebut tidak sah kerana
perkara ini telah dikhabarkan kepada kita oleh Rasulullah S.A.W.
3- Terdapat perbezaan pada penetapan bulan di antara daerah-daerah di dunia ini lebih
daripada satu hari. Perkara ini telah berlaku pada beberapa tahun seperti pada tahun
1409H. Di mana orang di Arab Saudi,Kuwait,Qatar, Bahrain, Turnisia, dan lain-lain lagi
28
[ SMEH2314
telah berpuasa pada hari Khamis berdasarkan rukyah Arab Saudi. Adapaun begitu orang
di Jordan, Mesir, Iraq, Algeria,Maghribi dan lain-lainnya telah berpuasa pada hari
Jumaat. Orang di Pakistan, India, Iran, dan Oman pada hari Sabtu pula telah berpuasa
pada hari Sabtu.
4- Bahawasanya orang yang membuat penyaksian bersaksi dengan sesuatu yang mustahil
sepertimana hal-hal yang telah disebutkan.
Syarat-syarat orang yang membuat penyaksian
Untuk mengatasi risiko kesalahan atau penipuan dalam penyaksian anak bulan, beberapa syarat-
syarat mesti dituruti:-
1. Seharusnya saksi hanya seorang yang soleh,muslim, dewasa, berakal, mempunyai
kemurahan hati dan semua ini adalah untuk memastikan bahawa tiada pendustaan.
2. Yakin tentang apa yang diperkatakan akan penyaksiannya, bertanya tentang waktu dan
tempat bulan sabit itu kelihatan, tentang bentuk hilal tersebut, tentang kedudukan
matahari, dan ini semua untuk memastikan tiada berlaku kesalahan.
Dan adapun hadith arab badwi yang menunjukkan tentang penerimaan penyaksian
saksi yang muslim dan bukan hanya adil, maka nasnya:
Daripada Ibnu Abbas ra katanya, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw
lalu berkata :"Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan Ramadhan. Sabda Baginda :
"Apakah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah?"
Katanya : "Ya". Tanya Baginda :"Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu
utusan Allah?" Jawabnya : "Ya". Sabda Baginda : "Wahai Bilal, isytiharkan kepada orang
ramai hendaklah mereka berpuasa pada esok hari". ( Disahihkan oleh Ibnu Hibban di
dalam Mawarid az-Zham'an (870) dan Al-Hakim (1/424)).
Berkata Abu ‘Isa (Tarmizi), hadith Ibnu Abbas pada nya ada perbalahan dan telah
meriwayatkan Sufian Thauri dan selainnya daripada Simak daripada Ikrimah daripada
29
[ SMEH2314
Nabi s.a.w dan kebanyakkan sahabat-sahabat Simak meriwayatkan daripada Simak
daripada Ikrimah daripada Nabi s.a.w.
Oleh kerana itu, hadis yang lemah adalah kerana beberapa alasan:
Pertama : Sesungguhnya pandangan yang benar bahawa Hadith Mursal, ia kembali ke
ramai para ilmuan, tidak ada penerimaan syarat-syarat ketika sesiapa menerima
penghantar istilah.
Kedua : Sesungguhnya ia bertentangan dengan nas-nas yang lain yang disyaratkan
kepada saksi dalam setiap aspek penyaksian tanpa pengecualian, keadilan dan sikap.
Ketiga : Sesungguhnya riwayat Simak daripada Ikrimah berselisihan.
Penyelesaian bagi permasalahan:
Terjadinya Penyempurnaan(استكمال) ketika mana hilal petang hari ke-29 tidak dapat
dilihat dengan cara rukyah. Ini merupakan satu wasilah yang lebih baik selepas rukyah bagi
penetapan suatu bulan. Bahkan rukyah itu satu-satunya wasilah yang ada pada zaman awal Islam
di mana pada masa itu mereka tidak tahu tentang hisab dan taqdir.
Adapun begitu penyempurnann pada zaman awal Islam mempunyai ketepatan yang
sedikit terhadap masalah kejelasan atmosfera disebabkan kepakaran manusia dan keperihatinan
mereka dalam pencerapan hilal sedikit.
Akan tetapi penyempurnann di kebanyakkan negara bagi masalah awan mendung/hilal
tertutup awan ini merupakan satu permasalahan yang besar,yang mana menimbulkan persoalan
di mana kebanyakkan negara di dunia ini cuaca mendung pada musim panas manakala pada
musim sejuk matahari hampir tidak kelihatan. Jadi, bagaimanakah boleh adanya kenampakkan
hilal pada ufuk??
Tiga perkara di bawah ini menunjukkan hal-hal(permasalahan) tadi:
1- Penyempurnaan bulan(30 hari) pada ketika hilal tidak kelihatan. Permasalahan di sini
ialah pekara ini berlaku berulang-ulang kali sehinggakan kadang-kadang perlu
30
[ SMEH2314
melengkapkan bilangan bulan-bulan ini secara berturut-turut. Hal ini akan menjadikan
kesalahan terkumpul bulan demi bulan sehingga mencapai beberapa hari.
2- Mereka ini mengambil/mengikut rukyah negara lain tanpa ambil kira pada perbezaan
matlak ,di mana matlak pada setiap tempat adalah berbeza-beza. Para mazhab tidak
bersetuju tentang hal ini yang mana mereka tidak menolak hal ini disebabkan ada satu
hadis iaitu hadis Kuraib yang menunjukkan bahawa adalah wajib untuk berpuasa bagi
setiap negara berdasarkan perhitungan matlak khas bagi negara masing-masing.
3- Bahawasanya mereka menggunakan hisab dan taqdir berdasarkan hadis yang sohih (( إذا
له فاقدروا عليكم غم فإن فأفطروا رأيتموه وإذا فصوموا .رأيتموه
Kelebihan “Taqdir”
Apabila kita menyelidik dengan teliti pada penggunaan taqdir dan hisab, maka kita dapati
ianya bebas daripada masalah-masalah yang kita temui pada yang lainnya iaitu rukyah. Bahkan
kami telah dapati banyak faedah pada taqdir yang menunjukkan akan kepentingannya. Antara
kepentingannya ialah:
1- Taqdir menamatkan pertikaian yang berulang-ulang kali berlaku di antara umat Islam dalam
permulaan setiap bulan Hijriah terutamanya bagi bulan Ramadhan dan Syawal.
2- Kita boleh membuat taqwin yang tepat untuk penggunaan masa akan datang. Tidak mungkin
hal-hal kehidupan dunia sekarang ini dijalankan dan ditetapkan berdasarkan taqwim yang
tidak tepat pada penetapan permulaan dan pengakhiran setiap bulan dan tahun bagi
kegunaan masa akan datang. Hal ini adalah untuk penetapan tarikh-tarikh dalam setiap
urusan manusia, sepertimana taqwim yang selalu digunakan bagi kerajan-kerajaan, agensi-
agensi dan juga bagi penetapan tarikh-tarikh penerbangan pesawat-pesawat, keretapi dan
sebagainya.
Sesungguhnya antara sebab tersebarnya/meluasnya Kalender Masihi dalam dunia Islam
yang menandingi kalender Hijriah kerana keselarasan kalender Masihi. Sedangkan kalendar
HIjriah ini tidak mungkin digunakan untuk masa akan datang kerana pada permulaan setiap
bulan itu kita perlu menunggu percubaan kenampakkan hilal.
31
[ SMEH2314
3- Hisab membolehkan Qadhi menilai perbincangan pesaksi yang membuat penyaksian
kenampakkan hilal dan boleh menetapkan hukum atas penyaksian mereka. Sekiranya ianya
sesuatu yang mungkin(tepat) pensaksian itu akan diterima dan jika sesuatu yang mustahil
( tidak tepat) pensaksian akan ditolak. Demikian itu, hisab ini dapat menghilangkan
kesilapan-kesilapan dan menghalang berlakunya penipuan yang mana kedua-dua pekara ini
adalah tujuan/motif penggunaan hisab.
4- Dapat penyelesaikan masalah perbezaan matlak yang mana permasalahan ini tidak dapat
diselesaikan suatu ketika dahulu.
5- Menyubang/membawa kepada penyingkiran jurang perbezaan yang dibuat antara Islam dan
ilmu-ilmu alam.
Perbezaan Matlak
Tidak syak lagi bahawa matlak Bulan adalah berbeza-beza bagi sayu tempat dengan satu
tempat yang lain sepertimana matlak Matahari. Hal ini kerana Bumi berbentuk sfera
sesungguhnya hilal akan kelihatan pada satu tempat dan tempat yang lain masih belum lagi
dapat melihatnya. Ini merupakan satu fakta ilmiah yang tidak perlu kepada perbincangan.
Akan tetapi, adakah perbezaan matlak ini memberi kesan kepada hukum syarak? Iaitu
adakah ianya diterima syarak dan setiap tempat itu melaksanakan puasa mengikut tempat
masing-masing atau semua manusia di seluruh dunia ini berpuasa pada satu hari yang sama?
Pada tajuk ini, terdapat 2 pendapat yang masyhur akan tetapi aku(penulis) tidak
mengupas kedua-dua pendapat ini berdasarkan sudut Fiqh, aku akan mengkaji keduanya dari 2
sudut iaitu Hadis dan juga Astronomi.
Dari sudut Hadis, perbezaan matlak ini tidak ada melainkan satu hadis :
ف>ق>د:م;ت< ق>ال> : ام :الش= ب >ة> م<ع>او:ي :ل>ى إ ;ه< >ت >ع>ث ب ;ح>ار:ث: ال >ة> ;ن اب ;ف>ض;ل: ال <م= أ >ن= أ Yب; ي <ر> ك
>ة> ;ل >ي ل ل> ;ه:ال> ال >ا ;ن ي< أ ف>ر> : ام :الش= ب >ا ن
< و>أ م>ض>ان< ر> >ه>ل= ت ف>اس; >ه>ا ت ح>اج> ;ت< ف>ق>ض>ي ، ام> الش=
>ر> ذ>ك <م= ث Cاس= ع>ب ;ن< اب :ي >ن ل< أ ف>س> ه;ر> الش= آخ:ر: ف:ي >ة> ;م>د:ين ال ق>د:م;ت< <م= ث ;ج<م<ع>ة:، ال
: >ه<؟ ;ت ي< أ ر> ;ت> >ن أ فق>ال> ;ج<م<ع>ة:، ال >ة> ;ل >ي ل <ه< ;ت ي
< أ ر> ق<ل;ت< ؟ ل> ;ه:ال> ال <م; ;ت ي< أ ر> >ى م>ت ف>ق>ال> ل> ;ه:ال> ال
32
[ SMEH2314
: ;ت:: ب الس= >ة> ;ل >ي ل >اه< ;ن ي< أ ر> =ا :ن >ك ل فق>ال> >ة<، م<ع>او:ي و>ص>ام> و>ص>ام<وا =اس< الن آه< و>ر> >ع>م; ن ق<ل;ت<
: >ة: ؤ;ي :ر< ب >ف:ي ;ت >ك ت ف>ال>< أ ف>ق<ل;ت< اه<، >ر> ن و;
< أ :ين> ث =ال> الث ;م:ل> <ك ن =ى ح>ت >ص<وم<ه< ن ال< >ز> ن ف>ال>
=م> : ل و>س> ;ه: >ي ع>ل =ه< الل ص>ل=ى =ه: الل ول< س< ر> >ا ن م>ر>< أ >ذ>ا ه>ك ال> فق>ال> >ام:ه:؟ و>ص:ي >ة> م<ع>او:ي
"Artinya : Dari Kuraib : Sesungguhnya Ummu Fadl binti Al-Haarits telah mengutusnya
menemui Mu'awiyahdi Syam. Berkata Kuraib : Lalu aku datang ke Syam, terus aku selesaikan
semua keperluannya. Dan aku telah melihat )bulan) Ramadhan, sedang aku masih di Syam, dan
aku melihat hilal )Ramadhan) pada malam Jumaat. Kemudian aku datang ke Madinah pada
akhir bulan )Ramadhan), lalu Abdullah bin Abbas bertanya ke padaku )tentang beberapa hal),
kemudian ia menyebutkan tentang hilal, lalu ia bertanya ;"Bila kamu melihat hilal
)Ramadhan) ?
Jawabku : "Kami melihatnya pada malam Jumaat".
Ia bertanya lagi : "Engkau melihatnya )sendiri) ?"
Jawabku : "Ya ! Dan ramai orang juga melihatnya, lalu mereka puasa dan Mu'awiyah Puasa".
Ia berkata : "Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu, maka kami berpuasa berterusan
sampai kami sempurnakannya tiga puluh hari, atau sampai kami melihat hilal )bulan Syawal) ".
Aku bertanya : "Apakah tidak cukup bagimu ru'yah )penglihatan) dan puasanya Mu'awiyah ?
Jawabnya : "Tidak ! Begitulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, telah memerintahkan
kepada kami".
Ibn Abbas telah berkata : “Begitulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, telah
memerintahkan kepada kami". Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan hadis marfu’ yang
mana ianya (hadis ini pada hukum marfu' itu) diktiraf/disepakati oleh ulama hadis malah tidak
ada hadis mengenai perkara ini melainkan hadis yang satu ini. sesungguhnya ulama’
membahagikannya kepada dua pendapat:
Pendapat Pertama: setiap peduduk di sesuatu kawasan berpuasa berdasarkan rukyah mereka
sendiri mengikut sepertimana hadis Kuraib tadi. Iaitu seumpama apa yang telah ditetapkan pada
solat yang mana setiap penduduk di suatu kawasan menunaikan solat mengikut pengiraan khas
masa/waktu bagi kawasan masing-masing.
33
[ SMEH2314
Akan tetapi, ahli-ahli bagi pendapat ini tidak bersepakat dalam meletakkan had keluasan
kawasan bagi sesuatu tempat yang mana laziminya penduduk menggunakan rukyah. Hal ini
kerana tidak ada nas syarak yang sohih menerangkan tetang permasalahan ini.
Maka sebahagiannya berpandangan : ianya menyamai jarak yang membolehkan solat qosar
ditunaikan iaitu meliputi kesemua pihak.Akan tetapi mereka berbeza pendapat pada
menghadkannya..
Manakala sebahagianya pula berpandangan : ianya merupakan negara yang berada pada
azimutnya iaitu keselariannya. Ungkapan ini pula boleh dianggap keselariannya itu hanya yang
berada pada garisan longitud ataupun pada garisan latitudnya.
Ketika mana nas syar’i tidak ditemui, perlulah dirujuk kepada maklumat-maklumat
astronomi yang menegaskan secara yakin(tanpa perlu ada kesangsian) bahawasanya
mentafsirkan "had keluasan kawasan" dengan maksud ” jarak yg membolehkan solat qosar
ditunaikan'' . Hal ini tiada asas yang sahih secara saintifk dan begitu juga menghuraikannya dgn
makna ''tertentu bagi negara yg berada pada azimutnya''.
Kebenaran ini secara saintifiknya menunjukkan bahawa, apabila kenampakan hilal
terjadi pada sesuatu kawasan, maka dikira sebagai kenampakan hilal bagi negara yang berada
pada longitud yang sama terutamanya bagi suatu negara yang berada sebelah Barat.
Permasalahan ini berbeza dengan hal berkaitan solat,iaitu di saat matahari terbenam di satu
negara menunjukkan terbenamnya matahari bagi negara-negara yang berada pada longitud yang
sama dan juga negara-negara yang berada di sebelah timurnya. Manakala bagi negara-negara
yang berada di sebelah Barat , matahari belum lagi terbenam.
Pendapat Kedua: Sekiranya suatu bulan Hijriah itu telah ditetapkan di satu tempat, maka
penetapan itu adalah bagi seluruh dunia, oleh itu tidak ada perbezaan matlak.
Tidak ada dalil syarak yang membuktikan pendapat ini. Sedangkan ramai di kalangan manusia
menyangka bahawa pendapat kedua ini lebih mudah untuk diikuti, di mana seluruh umat Islam
34
[ SMEH2314
berpuasa pada satu hari yang sama. Iaitu dengan kenampakan hilal di satu tempat pada malam
hari Jumaat maka hari Jumaat itu adalah permulaan bulan bagi seluruh dunia.
Sungguhpun begitu, jika dikaji/dilihat dengan sebetul-betulnya maka kita akan dapati:
1- Pendapat ini bertentangan dengan Hadis Kuraib dan tidak ada satu pun nas syari’ yang
buktikannya.
2- Sesungguhnya tempat yang mana permulaan bagi hari itu adalah suatu perkara iktibari
dan bukannya secara syari’ mahupun ilmu alam semesta.
Berdasarkan kenyataan di atas, menunjukkan Bumi berbentuk sfera. Hampir setiap saat
akan kelihatan matahari terbit di sebahagian Bumi dan akan terbenam di sebahagian yang lain
pula. Iaitu terdapat dua keadaan di mana sebahagian akan mengalami malam dan sebahagian
yang lain akan mengalami siang. Ini bererti Bumi tidak ada permulaan dan pengakhiran hari.
Jadi di manakah hari bermula?? Adakah bermula di Mekah al-Mukarramah? Ataupun bermula
di Greenwich yang mana dikatakan berada pada longitud sifar? Atau bermula daripada Garisan
Masa Antarabangsa? Atau Dimana?
Sesunguhnya ahli-ahli geologi telah berpendapat bahawa apa yang telah disebut sebagai
garisan masa antarabangsa ialah tempat bagi permulaan hari. Ia merupakan garisan berilusi
yang berbengkang-bengkok dan tidak lurus. Garisan ini dianggap garisan longitud 180°. Pada
ketika matahari kelihatan terbit pada garisan berilusi tersebut ,sebagai contoh ia dikatakan
matahari terbit bagi hari Jumaat di bahagian garisan sebelah Barat manakala matahari terbit
untuk hari Sabtu pada bahagian lain dari garisan ilusi tadi. Ini merupakan makna yang terbaru
dari kalangan ahli geologi dan makna ini tidak menukar hukum syari’ yang telah lalu.
3- Bagi ahli geologi, permulaan bagi hari adalah bermula pada pukul 12.00 malam. Hal ini
juga merupakan perkara yang menjadi kebiasaan. Perkara ini bertentangan dengan
permulaan hari bagi syarak. Bagi syarak permulaan hari adalah selepas terbenamnya
matahari dan bukannya pada pertengahan malam.
35
[ SMEH2314
Semua itu tidak dapat dielakkan dari menggunakan hadis Kuraib yang mana jika Bulan
telah ditetapkan pada satu tempat maka telah masuk bulan baru bagi setiap kawasan yang berada
pada longitud yang sama dan kawasan-kawasan yang berada di sebelah Baratnya. Manakala
bulan baru belum lagi masuk bagi kawasan-kawasan yang berada di sebelah Timur melainkan
pada hari berikutnya(esoknya).
Oleh kerana itu bermulanya hari,bulan dan tahun dari segi syarak adalah pada ketika
terbenamnya matahari dan bukanlah pada jam 12.00 malam. Kejadian terbenam matahari di
keseluruhan Bumi ini tidak berlaku pada satu masa sahaja malah ianya memerlukan masa
selama 24 jam( 1 hari =24 jam). Maka sebab itu masuknya Bulan baru di seluruh Bumi dalam
masa 24 jam. Demikian itu semua umat Islam di setiap tempat berpuasa dan berbuka pada hari
yang sama sepertimana apa yang ditetapkan syarak dan bukannaya berdasarkan geografi.
Kesimpulan Perbahasan
1. Hadis Nabawi tidak menegah berpegang pada taqdir dan hisab dalam penetapan bulan
Hijriah bahkan ianya menjadi sumber asal bagi sesuatu umat sekiranya terdapat ahli-ahli
cendiakawan astronomi dalam kalangan mereka.
2. Rukyah hilal merupakan satu wasilah daripada cara-cara bagi penetapan Bulan Hijriah dan
bukannya satu matlamat ataupun objektif.
3. Hisab bukan daripada ilmu berkenaan bintang yang mana ditegah dalam Islam.
4. Sesungguhnya suatu masa dahulu hisab ini suatu yang dzan namun ianya telah menjadi qati’
sejak suatu tempoh yang lama lagi.
5. Tidak ada dalil yang menunjukkan hisab dipegang hanya pada penafian sahaja tanpa
dipegang pada penentapan secara syari’ dan juga saintifik. Oleh itu, yang terbaik adalah
berpegang pada taqdir(hisab) dalam penetapan bulan Hijriah dan juga bagi menafikan
penyaksian yang bercanggah dengannya.
6. Rukyah tidak bercanggah dengan hisab. Akan tetapi sebahagian daripada penyaksian itu
bertentangan dengan perhitungan sainfik yang nyata.
7. Penyaksian dengan sesuatu yang mustahil tidak diterima. Seorang saksi itu perlulah seorang
yang adil .
36
[ SMEH2314
8. Terdapat pelbagai permasalahan yang timbul dalam melaksanakan penyaksian dan
penyempurnaan bulan(30 hari),hal ini berbeza dengan takdir(hisab) yang terkandung di
dalamnya pelbagai faedah.
9. Syarak mengiktiraf perbezaan matlak.
10. Permulaan hari dan bulan adalah berbeza disisi syara' dan geografi dari segi masa dan
tempat..Rukyah pada satu tempat akan diikuti bagi tempat-tempat yang berada pada satu
garisan longitud yang sama dan juga yang berada di sebelah Baratnya. Dengan itu, umat
Islam di seluruh Bumi memulakan bulan Hijriah pada satu hari sama apa yang dimaksudkan
oleh syarak.
11. Rukyah pada satu tempat akan diikuti oleh tempat-tempat yang berada pada satu garisan
longitud yang sama dan juga yang berada di sebelah Baratnya. Dengan itu, umat Islam di
seluruh Bumi memulakan bulan Hijriah pada satu hari sama apa yang dimaksudkan oleh
syarak.