Download - Pendekatan Kepimpinan Situasi
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
1/30
Pdet 4101
KEPIMPINAN DIRI
&ORGANISASI
TAJUK:
PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASIDAN KEBERKESANANNYA DALAM
KEPIMPINAN PENDIDIKAN
PENSYARAH:
PROF. MADYA RAHMAD SUKOR
BIN AB. SAMAD
PELAJAR:
FAIRULNIZA BINTI MOHAMMAD
SALLEH
IEB0700298 APRIL 2010
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
2/30
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 1
2. ABSTRAK 2
3. PENDAHULUAN 2-3
4. KEPIMPINAN 3-5
5. KEPIMPINAN SITUASI 5-7
6. GAYA KEPIMPINAN DALAM
PENDEKATAN SECARA SITUASI
8-11
7. TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN
PENDEKATAN KEPIMPINAN
SITUASI
12-13
8. PERKAITAN ANTARA GAYA
KEPIMPINAN DAN TAHAP
PERKEMBANGAN
14-15
9. LANGKAH-LANGKAH YANGSESUAI DALAM
MENGENDALIKAN KEPIMPINAN
SECARA SITUASI
16-17
10. KEKUATAN PENDEKATAN
KEPIMPINAN SITUASI
18-19
11. KELEMAHAN PENDEKATAN
KEPIMPINAN SITUASI
19-20
12. PERBINCANGAN 21-23
13. CADANGAN 24
14. KESIMPULAN 25-26
15. PENUTUP 27
16. RUJUKAN 28
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
3/30
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirahim
Alhamdulillah selaut kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan
limpah rahmat dan inayah-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan di bawah tajuk
Pendekatan Kepimpinan Situasi Dan Keberkesanannya Dalam Kepimpinan
Pendidikan ini dengan jayanya.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Rahmad Sukor Bin Ab. Samad merangkap
pensyarah dan pembimbing bagi kursus bagi subjek PDET 4101 Kepimpinan Diri dan
Organisasi yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua kepada sahabat-sahabat
seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan dorongan dalam
menyiapkan dan menyempurnakan lagi tugasan ini.
Bagi tugasan ini saya telah membincangkan mengenai pendekatan kepimpinan
situasi yang digunakan secara meluas dalam kepimpinan pendidikan. Ia meliputi
pelbagai aspek antaranya, aspek pemimpin, pengikut dan situasi kepemimpinan.
Harapan saya, semoga tugasan seperti ini dapat memberi manfaat yang amat
berguna kepada saya dan moga diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Akhir
sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini. Semoga apa yang
diusahakan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t. Sekian
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
4/30
PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI DAN
KEBERKESANANNYA DALAM KEPIMPINAN
PENDIDIKAN
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan hubungan perkaitan di antara gaya kepimpinan
situasi dengan tahap perkembangan pengikut dan keberkesanannya. Gaya kepimpinan
situasi ialah perilaku seorang pemimpin berdasarkan tiga keadaan iaitu kekuatan
dalam diri pemimpin, kekuatan dalam diri oramg yang dipimpin atau pengikut dan
juga kekuatan dalam situasi. Pendekatan kepimpinan situasi bertujuan bagi
menyesuaikan gaya atau cara pemimpin dengan kompeten dan komitmen
pengikutnya. Pemimpin yang efektif adalah mereka yang peka serta dapat mengenali
keperluan pengikutnya seterusnya mengadaptasi gaya dan cara kepimpinannya bagi
memenuhi setiap keperluan pengikutnya.
PENDAHULUAN
Peranan guru adalah amat penting dalam mendidik anak didiknya. Di dalam
kelas atau bilik darjah guru berperanan sebagai pendidik, moderator atau fasilitator.
Guru yang pandai mendidik akan memudahkan pelajar memahami konsep atau
sesuatu kemahiran dan sebaliknya. Kepimpinan kerap dianggap sebagai faktor penting
dalam menentukan kejayaan sesebuah institusi. Apabila disebut kepimpinan ia akan
melibatkan dua pihak iaitu orang yang memimpin atau sentiasa disebut pemimpin danorang yang dipimpin. Kedua-dua pihak mempunyai perasaan bimbang dengan posisi
masing-masing. Pemimpin takutkan kepimpinannya tidak berkesan, manakala orang
yang dipimpin takutkan pemimpin yang gagal membawa halatuju kepimpinan yang
mereka harapkan. Pendekatan kepimpinan yang berkesan merupakan kebolehan
pemimpin itu sendiri untuk memepengaruhi pengikutnya dengan baik dan berkesan,
dan sekaligus dapat memotivasikan pengikutnya untuk terus mencapai
kecemerlangan. Persoalannya apakah yang dikatakan kepimpinan berkesanberdasarkan pendekatan kepimpinan situasi terutama bagi kepimpinan bilik darjah?
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
5/30
Model awal tentang amalan pangajaran guru yang berkesan telah dikemukan
oleh Caroll (1963). Mengikutnya, pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh lima
faktor iaitu sikap (attitude), kebolehan untuk memahami pengajaran (ability to
understand), ketekunan (perseverance), peluang (opportunity) dan pengajaran yang
berkualiti (quality of instruction). Namun Slavin (1994) telah membina model
pengajaran berkesan yang baru iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction),
kesesuaian tahap pengajaran (appropriate level of instruction), insentif (incentive) dan
masa (time).
KEPIMPINAN
DEFINISI KEPIMPINAN
Secara mudah kepimpinan bolehlah diertikan sebagai kebolehan seseorang
merancang dan mengurus orang yang dipimpin untuk mencapai matlamat untuk
kepentingan bersama. Mengurus di sini adalalah berbentuk humanitarian dan
bukannya pengurusan benda (yang boleh membezakan antara tugas pengurus dan
pemimpin). Dalam konteks ini seorang pemimpin hendaklah bijak mempengaruhi
tingkah laku orang yang dipimpin untuk menerima kepimpinannya dalam mencapai
matlamat (House dan Baetz,1979). Disinilah bermulanya kewibawaan pemimpin.
Persoalannya apakah pendekatan yang harus dibawa dalam usaha mempengaruhi
orang yang dipimpin? Justeru itu, timbul pelbagai stail atau gaya kepimpinan bermula
daripada selembut-lembut pendekatan seakan-akan pujukan seperti yang didefinisikan
oleh Gardner (1990) sehingga kepada pendekatan yang terlalu directive seperti stail
autokratis. Cendekiawan barat seperti Yulk (1994) menghuraikan kepimpinan
melibatkan proses pengaruh sosial yang mana pengaruhnya adalah daripada seorang
individu ke atas individu-individu yang lain dalam menstrukturkan aktiviti dan
perhubungan dalam kumpulan atau organisasi mahupun dalam bilik darjah. Kotter
(1988), menyatakan kepimpinan menumpukan kepada isu dan proses perubahan dan
pembaharuan, seperti pembinaan hubungan, pembinaan visi dan pembinaan jalinan.
Apakah penentuan penilaian atau kayu ukur kepada pemimpin pendidikan
yang berkesan? Ia boleh dilihat melalui dua perspektif iairu dari sudut kanta globalatau dari perspektif Islam. Kedua-duanya tidak jauh berbeza kerana pemimpin
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
6/30
berkesan dilihat melalui dua aspek utama iaitu peribadi dan pola tingkah laku. Inilah
yang akan membentukversatility seseorang individu yang bakal menjadi pemimpin
yang berkesan kerana pemimpin yang berjaya harus pandai menyesuaikan diri dengan
situasi atau keadaan yang sering berubah-ubah. Namun begitu, faktor situasi kritikal
dalam kepimpinan pendidikan seperti persekitaran, peranan pemimpin, warna
kakitangan dan sifat-sifat organisasi perlu juga diambil kira. Ini kerana kajian masih
meragui hubungan antara tingkah laku pemimpin dengan keberkesanan kepimpinan
yakni yang mana mempengaruhi yang mana. Oleh itu, timbul telahan bahawa situasi
memainkan peranan kerana kepemimpinan bukanlah apakah gaya yang terbaik, tetapi
gaya manakah yang paling berkesan untuk situasi itu (Jain, 1976). Teori Kepimpinan
Situasi seterusnya menekankan bahawa pemimpin yang berjaya ialah yang boleh
menyesuaikan tingkah laku pemimpin (guru) mengikut kehendak pengikut (pelajar)
dan situasi (dalam bilik darjah).
Pendekatan kepimpinan selain mempunyai ciri-ciri peribaik yang baik, tingkah
laku memainkan peranan penting kerana ia mampu mempengaruhi prestasi dan
kepuasan bekerja contohnya mengajar atau orang yang dipimpin contohnya pelajar.
Pemimpin seharusnya pandai memilih pemusatan, sama ada berpusatkan hubungan
dengan pengikut atau berpusatkan tugasan iaitu dengan mengarahkan pengikut(pelajar) menyiapkan tugasan dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan
masalah mereka.
Dari perspektif Islam pula, mercu kepada kepimpinan ialah niat. Selagi ia
berniat kepada Allah maka seluruh kepimpinannya adalah ibadah selama mana ia
tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Islam tidak menentukan secara spesifik
model atau corak organisasi. Ia boleh dibentuk untuk mematuhi keperluan, masa dan
tempat. Oleh itu sama ada teori atau model organisasi moden boleh diterima atau
ditolak oleh Islam bergantung kepada keperluan komuniti dan boleh disesuaikan
denagn prinsip Islam.
Antara isu-isu yang perlu difikirkan untuk menilai kepimpinan pendidikan
termasuklah:
1. Adakah kepimpinan pendidikan dilaksanankan selaras dengan objektif sistem
pendidikan Negara/ Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
7/30
2. Adakah kepimpinan dilaksanakan mengikut kesesuaian semasa?
3. Adakah kepimpinan dilaksanakan secara adil, khasnya mengenai tumpuan
kepada pelajar atau pembahagian tugas antara pelajar?
4. Adakah kepimpinan membawa kepada kebaikan pengajaran dan pembelajaran
atau kepada pelajar dari segi pembangunan diri dan motivasi?
5. Adakah gaya kepimpinan pendidikan mendorong pelajar bersikap positif?
6. Adakah stail kepimpinan mendorong peningkatan prestasi pelajar sama ada
akademik, tingkah laku atau emosi?
7. Adakah pemimpin (guru) mampu menyesuaikan pengikut (pelajar) kepada
sebarang perubahan?
8. Adakah kepimpinan menggunakan tenaga pemimpi (guru) dan pengikut
(pelajar) secara optimum?
KEPIMPINAN SITUASI
Pendekatan Kepimpinan Secara Situasi telah diperkenalkan oleh Hersey dan
Blanchard (1969). Objektif utama teori ini adalah situasi yang berbeza memerlukan
gaya kepimpinan yang berlainan dan berbeza. Dengan kata lain, bagi menjadi seorang
pemimpin yang efektif, individu perlu mengadaptasi gaya atau cara bagi menghadapi
situasi yang berbeza seterusnya boleh menyelesaikan masalah secara bersistematik
tanpa salah faham pengikutnya.
Kepimpinan situasi menyarankan, kepimpinan terdiri daripada dua dimensi
iaitu mengarah dan menyokong secara diplomatik serta bersistematik mengikut
keadaan atau situasi. Bagi mengetahui keperluan pada sesuatu situasi, seorang
pemimpin perlu menilai pengikut serta tahap kemampuan kepimpinan seoarng
pengikut dan komitmen individu itu dalam melaksanakan tugas atau tanggungjawab
yang diberikan.
Memandangkan kemahiran individu berbeza dan motivasi berbeza mengikut
keadaan dan masa, kepimpinan situasi menyarankan, pemimpin harus mengubah
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
8/30
tahap bagi mengarah dan menyokong untuk memenuhi dan mengadaptasi situasi
dengan perubahan keperluan pengikutnya.
Blanchard (1985) memperkenalkan model Kepimpinan Situasi yang dikenali
sebagai Model SL II atau Kepimpinan Situasi II (Situasional Leadership II) seperti
yang ditunjukkan pada rajah di bawah.
RAJAH 1.1: Model Kepimpinan Situasi (SL II)
Model kepimpinan situasi ini adalah hasil kajian yang mendalam mengenai
model kepimpinan situasi yang diperkenalkan oleh Hersey dan Blanchard (1969).
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
9/30
Dinamik kepimpinan situasi dapat difahami dengan mengasingkan Model SL II
kepada dua bahagian iaitu kepada gaya atau cara kepimpinan seorang pemimpin dan
tahap perkembangan pengikut.
Hersey dan Blanchard kategorikan gaya kepimpinan dan dimensi mengarah
dan sokongan yang diberi oleh pemimpin kepada pengikutnaya dan menghasilkan
satu interaksi yang positif dan sihat dalam organisasi. Gaya kepimpinan situasi ini
bergantung kepada kemajuan pemimpin dalam satu tugas dan komiten, dan gaya
kepimpinan situasi ini berbeza dan pelbagai. Seorang pemimpin mungkin berurusan
dengan pengikut yang sama dalam situasi yang berbeza tetapi gaya kepimpinan situasi
berbeza.
Kepimpinan situasi adalah satu jenis teori kepimpinan, gaya kepimpinan dan
model kepimpinan yang menggunakan pelbagai jenis gaya kepimpinan yang efektif
dalam menghadapi situasi yang berbeza. Dengan itu, seorang pemimpin juga harus
fleksibel bagi mengadaptasi gaya kepimpinannya dengan situasi yang dihadapi.
Interaksi antara kombinasi ini biasanya diterangkan dalam formula [SL = f (L,
F, S]. SL ialah Kepimpinan Berkesan dan Cemerlang (Successful Leadership), F
ialah Fungsi ( Function of) dan L ialah Pemimpin (Leader). Dalam erti kata lain,formula ini menerangkan kepemimpinan yang cemerlang dan berkesan adalah
bergantung kepada fungsi pemimpin, pengikut dan situasi kepemimpinan.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
10/30
GAYA KEPIMPINAN DALAM PENDEKATAN SECARA SITUASI
RAJAH 1.2: Tingkah Laku Kepimpinan Situasi
Gaya kepimpinan yang tergolong dalam teori kepimpinan ini adalah tingkah
laku direktif(directive) yang membimbing ahli kumpulan dalam mencapai matlamat
dengan memberi arahan dengan jelas, dan memajukan matlamat dan kaedah penilaian,
menetapkan garis masa yang efisyen, mendefinisi peranan setiap ahli dan seterusnya
menunjukkan cara matlamat itu dapat dicapai . Secara amnya, ia menjelaskan tingkah
laku ini berbentuk komunikasi satu hala dan dan memperlihatkan apakah yang harus
dilaksanakan? Bagaimana melaksanakannya? Siapakah yang bertanggungjawab
melaksanakannya?.
Tingkah laku sokongan (supportif) pula merujuk kepada keupayaan bagi
menolong atau membantu ahli kumpulan supaya lebih merasa keselesaan pada diri
sendiri, rakan sekeliling dan situasi individu itu berada. Tingkah laku sokongan
berbeza dengan tingkah laku direktif. Ini kerana tingkah laku ini lebih berbentuk
komunikasi dua hala dan tindak balas yang diperoleh lebih menunjukkanperhubungan sosial dan sokongan emosi orang lain.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
11/30
Gaya kepimpinan situasi pula boleh dibahagikan kepada empat kategori
dalam tingkah laku directive dan supportive. Gaya yang pertama adalah mengarah,
yang juga dikenal pasti sebagai gaya tinggi arahan-rendah sokongan. Gaya ini lebih
memfokuskan mengenai tanggungjawab pada tugasan namun kurang menjurus ke
arah meningkatkan hubungan sesama individu. Dalam pendekatan situasi, pemimpin
selalunya gemar memfokus aspek komunikasi sebagai pencapaian matlamat dan
hanya menggunakan peratusan yang sedikit dalam aspek tingkah laku sokongan.
Pemimpin situasi juga menentukan tugasan dan tanggungjawab kepada
pengikut, iaitu apa dan bagaimanakah matlamat dapat dicapai? Serta mengawasi cara
pelaksanaan tugasan dengan teliti. Kesannya komunikasi dua hala tidak boleh
dibentuk kerana ia melibatkan segala keputusan dan arahan dibuat oleh pemimpin.
Gaya ini sesuai bagi individu yang kurang kemampuan berdikari semasa menjalankan
satu tugasan namun mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi dalam satu
tugasan yang diterima.
Gaya kepimpinan kedua pula adalah gaya bimbingan iaitu ia juga adalah
tinggi arahan-tinggi sokongan. Gaya kepimpinan ini menunjukkan sokongan yang
tinggi dalam hubungan antara pengikut dengan pemimpin serta mempunyai sikap
yang tinggi bagi memfokuskan satu tugasan yang diberi. Jelasnya, segala peranan dan
tugasan yang ditentukan oleh pemimpin, namun segala idea dan cadangan
disumbangkan oleh pengikut-pengikutnya. Keistimewaan dalam membuat keputusan
masih di tangan pemimpin dan komunikasi yang wujud adalah komunikasi dua hala
yakni seimbang.
Gaya kepimpinan ini menerangkan, seorang pemimpin menerangkan, seorang
pemimpin memfokuskan aspek komunikasi dalam mencapai matlamat dan
keseimbangan keperluan pengikut. Oleh yang demikian, pemimpin boleh mendengar
dan menerima segala idea dan cadangan daripada semua pihak demi mengkaji
keberkesanan tugasan yang diberi dari segi aspek kelemahan dan kebaikan.
Pemimpin melibatkan diri bersama-sama pengikutnya dalam pelaksanaan
tugasan serta membri sepenuhnya kerjasama demi mencapai matlamat yang
dirancang. Apabila diteliti secara halus, gaya kepimpinan ini sesuai bagi individu
yang berkemampuan melaksanakan tugasan yang diberi atau berdikari tetapi kurang
komitmen kerana masih lagi memerlukan arahan dan sokongan disebabkan kurang
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
12/30
berpengalaman dalam bidang yang diberi. Pelbagai bentuk penghargaan dan pujian
harus diberi bagi membentuk keyakinan dalam diri pengikut dan penglibatan daripada
pemimpin dalam setiap keputusan yang dibuat perlu bagi menerapkan komitmen yang
tinggi.
Gaya kepimpinan ketuga adalah gaya sokongan Gaya kepimpinan ini juga
dikenali sebagai gaya tinggi sokongan-rendah arahan. Gaya ini merujuk kepada
keupayaan seorang pemimppin untuk tidak memfokuskan pada matlamat sahaja tetapi
lebih menjurus kepada menggunakan tingkah laku sokongan yang dapat melahirkan
kemahiran dalam kalangan pengikut bagi mencapai matlamat sesuatu tugasan yang
diberi.
Gaya pemimpin ini lebih mendengar masalah atau idea, member penghargaan,
mendapat maklumat daripada pengikutnya dan seterusnya memberikan maklumat
balas kesan satu tugasan demi matlamat yang dirancang bolh dicapai. Pemimpin
selalunya membimbing dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan tetapi
kuasa membuat keputusan tetap pada pihak pengikutnya. Mereka sentiasa diawasi dan
dibimbing dalam permasalahan yang timbul.
Gaya ini juga sesuai bagi individu yang mempunyai kemampuan yang tinggidalam menjalankan tanggungjwab pada tugasan tetapi kurang mempunyai keyakinan
dan motivasi dalam meningkatkan diri supaya lebih maju dalam bidang yang diceburi.
Mereka ini tidak mmerlukan banyak arahan kerana sudah mempunyai kemahiran yang
sedia ada atau terlatih, namun hanya memerlukan sokongan yang sesuai bagi
meningkatkan keyakinan dan motivasi dalam diri.
Gaya kepimpinan yang terakhir sekali adalah gayadelegasi atau lebih dikenali
sebagai gaya rendah sokongan-rendah arahan. Gaya kepimpinan ini merujuk
kepada keupayaan seorang pemimpin yang kurang dalam memberi sokongan sosial
dan tanggungjawab pada tugasan dan kurang memberi sokongan, motivasi dan
keyakinan dalam diri setiap pengikutnya. Namun begitu, pemimpin boleh melibatkan
diri dalam setiap perancangan, keputusan dan tugasan yang diberi disebabkan kuasa
mutlak diberikan kepada pengikutnya. Pengikutnya boleh menetapkan apa dan
bagaimana tugasan itu dilaksanakan dan peranan pemimpin itu sendiri. Dengan kata
lain, mereka mengambil alih tanggungjawab bagi memastikan tugasan itu dapat
disiapkan mengikut kesesuaian situasi dan keperluan mereka. Gaya kepimpinan ini
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
13/30
lebih sesuai bagi individu yang mempunyai kemampuan dan komitmen yang tinggi
kerana mereka berupaya melakukan segala tugasan atau tanggungjawab dalam projek
dan menerima sedikit kawalan dan sokongan daripada pemimpin.
Kajian Mageswary (2000) menyentuh tentang tingkah laku kepimpinan.
Mengikut urutan kepentingan seperti berikut:
1. Integrasi
2. Pertimbangan
3. Tolenrasi kebebasan
4. Strukutur usaha
5. Tolenrasi terhadap perkara yang tidak dijangka
6. Peranan yang diandaikan
7. Penekanan terhadap kerja
8. Persuasiveness
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
14/30
TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN PENDEKATAN
KEPIMPINAN SITUASI
Tahap perkembangan yang dimaksudkan adalah tahap perkembangan dalam
diri pengikut. Ia lebih fokus mengenai kemampuan dan komitmen pengikut selaras
dengan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Tahap perkembangan
ini juga bertujuan bagi mengenalpasti tahap keberkesanan dalam diri individu sama
ada mereka sudah menguasai kemahiran dalam menyelesaikan tugasan khusus dan
membangunkan sifat kendiri yang positif.
Pengikut yang mempunyai tahap perkembangan yang tinggi berupaya
melaksanakan tugasan yang diberi dengan sistematik dan berkesan serta bermotivasi
bagi meningkatkan perkembangan kepimpinan dalam diri mereka. Sebaliknya, apabila
pengikut tidak mempunyai tahap perkembangan yang tinggi, mereka berasa diri
mereka kurang berkemahiran dan kurang upaya melaksanakan tugasan yang diberi
kecuali mereka mempunyai motivasi dan semangat yang tinggi berbuat demikian.
Jika dilihat dengan teliti, tahap perkembangan pendekatan kepimpinan situasi
boleh dikategorikan kepada empat iaitu D1, D2, D3 dan D4. Tahap D1 adalah situasi
berdasarkan kemampuan dan komitmen pengikut yang rendah. Tahap ini merujuk
kepada pengikut yang kurang berupaya menguasai kemahiran khusus yang
dipertanggungjawabkan pada tugasan yang diberi serta kurang berkeyakinan dan
motivasi diri bagi meningkatknnya.
Tahap D2 pula adalah situasi mengenai pengikut yang mempunyai
kemampuan bagi menguasai kemahiran dan melaksanakan tugasan yang diberi, tetapi
kurang komitmen dalam melaksanakan tanggungjawabnya kerana sentiasa
memerlukan sokongan dan dorongan daripada pihak lain. Kadangkala, mereka
menganggap tugasan yang dipertanggungjawabkan itu adalah baru bagi mereka dan
kurang berpengetahuan tanpa tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman.
Tahap yang seterusnya adalah tahap D3, suatu tahap pengikut mempunyai
kemampuan yang tinggi dan kepelbagaian komitmen pada tugasan yang diberi.
Pengikut yang berada pada tahap ini mempunyai pengalaman yang luas dan
berkeupayaan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan kepadanya tanpamengira masalah. Namun ia masih kurang keyakinan dan motivasi bagi
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
15/30
melaksanakannya seorang diri dan masih memerlukan bantuan dan sokongan daripada
pemimpin atau pihak lain.
Tahap yang terakhir sekali adalah D4. Tahap ini juga merupakan tahap yang
paling cemerlang berbanding tahap-tahap lain. Tahap ini merujuk kepada pengikut
yang mempunyai kemampuan dan kebolehan yang tinggi dalam diri mereka. Individu
ini berpengalaman dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi dan selesa
dengan kebolehan yang ada pada diri mereka untuk melaksanakan tugasan dengan
lebih cmerlang. Kadangkala, pengikut yang berada pada tahap ini berkemungkinan
lebih berkemahiran daripada pemimpin mereka sendiri.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
16/30
PERKAITAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN DAN
TAHAP PERKEMBANGAN
RAJAH 1.3: Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Dengan
Tahap Perkembangan Pengikut
Gaya kepimpinan (S1-S4) yang dikhususkan kepada pemimpin haruslah selari
dengan tahap perkembangan (D1-D4) pengikutnya. Kedua-duanya saling berkait rapat
antara satu sama lain kerana tanpa mengetahui satu tahap perkembangan pengikutnya,
16
S4DELEGASI- Mengga lak tang gung jawa b
mem bua t keput usan d an
- implem an tasin ya
S1
ARAHANM enyediak an pan dua n sp esif ik
D an m eman tau p resta si
secara d ekat
S2
BIMBINGAN- Meneran gkan kep ut usan dan
M em beri pelua ng untuk
mem beri penj elasa n
S3
SOKONGANBerkongsi idea dan terlib at da lam
mem bu at ke putu san
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
17/30
seorang pemimpin sukar menyerahkan tugasan atau tanggungjawab bagi mencapai
objektif dan matlamat sebenar organisasi.
Tambahana pula, pemimpin yang berjaya perlu menyesuaikan situasi dengan
bijak dan bukannya pengikut yang menyesuaikannnya. Bagi memperoleh gaya
kepimpinan secara situasi yang efektif, pemimpin haruslah dilatih memimpin dengan
bijak dan berkesan dalam melaksanakan pelbagai gaya kepimpinan serta menentukan
tahap perkembangan dalam diri setiap pengikutnya.
Sebagai contoh, guru memberi satu tugasan berbentuk projek kepada pelajar
yang kurang berpengalaman untuk melaksanakannya. Sebagai guru, kita sudah
menyenaraikan semua arahan dan peraturan tugasan tersebut yang perlu dibuat dan
diselesaikan oleh pelajar tersebut. Apabila diperhatikan secara teliti, kita sebagai
pemimpin sedang menyesuaikan diri dalam gaya kepimpinan S1.
Manakala, pelajar kurang berpengalamn itu pula berada dalam tahap
perkembangan D2. Di mana pelajar tersebut menganggap tugasan yang
dipertanggungjawabkan itu baru pada mereka serta kurang pengetahuan dan
pengalaman dan juga memerlukan kepada tunjuk ajar daripada orang yang
berpengalaman contohnya seperti guru. Walau bagaimanapun, pemimpin yakni gurujuga haruslah meluangkan sedikit masa untuk bersama mendengar segala pandangan
dan idea sebelum meninggalkan tugasan.
Dengan kaedah atau penyelesaian yang dilakukan ini, gaya kepimpinan yang
betul boleh dibentuk selari dengan tahap perkembangan pengikut supaya hasil tugasan
yang lebih efektif dan efisyen diperoleh. Malahan hubungan komunikasi dua hala
juga boleh dieratkan lagi serta keutamaan tahap perkembangan pengikut boleh
dibangunkan bagi kepentingan individu, kumpulan, kelas dan sekolah.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
18/30
LANGKAH-LANGKAH YANG SESUAI DALAM MENGENDALIKAN
KEPIMPINAN SECARA SITUASI
Bagi memastikan kepimpinan situasi ini boleh dikendalikan dengan berkesan,
pemimpin yang berjaya dan efektif haruslah mengikuti langkah-langkah yang
digariskan ini demi memastikan supaya matlamat dan objektif dapat dicapai.
Langkah pertama, pemimpin perlu membuat gambaran yang menyeluruh
mengenai tugasan yang diberi kepada pengikut dari segi arahan, prosedur dan cara
pelaksanaanya. Komunikasi yang berkesan iaitu komunikasi dua hala haruslah
dipraktikkan supaya boleh mengetahui tahap perkembangan pengikut yang selari
dengan gaya kepimpinan yang hendak dilaksanakan. Pemimpin juga perlu mendengar
segala idea dan pandangan daripada pengikutnya supaya boleh mengatasi segala
kelemahan dan meningkatkan lagi segala kebaikan yang sedia ada.
Langkah kedua, pemimpin perlu menilai setiap pengikutnya dengan tugasan
yang diberi berdasarkan tahap perkembangan (D1-D4). Hasil pernilaian inilah yang
membantu pemimpin menentukan pengikut di bawah arahannya berada pada tahap
perkembangan yang bersesuaian dengan mereka. Cara penilaian pula haruslah lebih
positif dengan banyak memberi motivasi, sokongan dan penghargaan. Denganpendekatan ini, secara langsung pengikut (pelajar) berasa sungguh selesa belajar dan
cuba membangunkan tahap perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
Langkah ketiga, menentukan gaya kepimpinan dalam setiap tugasan yang
diberi. Pemimpin boleh menentukan sama ada memilih gaya arahan, yang juga
dikenali sebagai tinggi arahan-rendah sokongan, gaya bimbingan, juga adalah gaya
tinggi arahan-tinggi sokongan, gaya sokongan atau dikenali sebagai gaya tinggi
sokongan-rendah arahan dan gaya delegasi atau lebih dikenali sebagai gaya low
supportive-low directive. Dengan penetapan dan penentuan gaya kepimpinan ini,
pemimpin boleh menyesuaikan kepimpinannya selari denagan tahap perkembangan
pengikut.
Langkah yang keempat, membincangkan situasi atau keadaan bersama
pengikut. Langkah ini seiring dengan kepimpinan situasi iaitu pemimpin berupaya
bagi aplikasi situasi dengan tugasan supaya pengikut boleh memahami tugasan yang
dipertanggungjawabkan. Apabila pengikut memahami pendekatan situasi yang
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
19/30
dilaksanakan oleh pemimpin, ia mampu membantu dalam mencapai matlamat yang
dirancang.
Langkah yang kelima pula, membuat penyambungan rancangan atau pelan
tindakan. Penyambungan ini merujuk kepada penyambungan rancangan antara
pemimpin dan pengikut dalam menjadikan satu rancangan yang berkesan dalam
melaksanankan tugasan.
Langkah yang terakhir, melakukan tindakan selanjutnya, pemantauan dan
pemurniaan tugasan yang diberikan kepada pengikut demi mencapai matlamat yang
dirancang. Tindakan selanjutnya penting bagi pemimpin kerana ia mampu
memperlihatkan keberkesanan tugasan di samping pemimpin boleh mengetahui
kelancarannya secara terperinci.
Pemantauan juga penting supaya pemimpin boleh melihat sama ada tugasan
yang dipertanggungjawabkan itu disiapkan sepenuhnya ataupun tidak. Pemantauan
pula bukannya bertujuan melemahkan semangat dan motivasi pengikut. Namun, bagi
memastikan supaya tugasan itu dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Pemimpin yang gemar membuat pembetulan adalah pemimpin yang prihatin pada
tanggungjawab yang diberi demi memastikan supaya tiada kelemahan berulang danboleh menambahbaik lagi peningkatan tugasan.
KEKUATAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI
Pendekatan kepimpinan situasi mempunyai beberapa kekuatan, terutamanya
kepada para pengamal. Kekuatan yang pertama, ia sudah diuji di pasaran global.
Situasi ke arah pembinaan semangat kepimpinan adalah salah satu daripada yang
paling dikenali dan digunakan secara meluas bagi melatih menjadi pemimpin yang
efektif dan berinovasi.
Kekuatan yang kedua, ia sangat praktikal. Situasi daya kepimpinan ini
mudah difahami, munasabah dan mudah diaplikasikan dalam pelbagai keadaan.
Sedangkan ada setengah gaya kepimpinan yang menyediakan pendekatan yang rumit
dan cara yang susah bagi menilai daya kepimpinan dalam diri kita. Situasi gaya
kepimpinan menyediakan pendekatan secara terus terang serta mudah digunakan.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
20/30
Tambahan pula, prinsip yang dicadangkan oleh situasi gaya kepimpinan ini mudah
diguanakan dalam berbagai persekitaran termasuklah di tempat kerja, sekolah dan
dalam institusi kekeluargaan.
Kekuatan gaya kepimpinan situasi yang ketiga ialah nilai preskriptif.
Walaupun banyak teori kepimpinan yang dihuraikan mengikut tabiat yang
pembawaan, namun kepimpinan situasi pula menggunakan kaedah preskriptif. Di
mana gaya kepimpinan situasi ini memberitahu kita apa yang perlu dan tidak perlu
dilakukan dalam konteks yang pelbagai. Sebagai contoh, apabila taraf kemampuan
kita rendah, situasi gaya pimpinan menentukan secara terus untuk kita sebagai ketua
atau pemimpin.
Dalam situasi yang lain pula, bila guru adalah seorang yang cekap tetapi
kurang keyakinan, pendekatan situasi yang dicadangkan adalah kita harus memimpin
secara menyokong.. Situasi ini menyediakan atau melengkapkan pemimpin dengan
panduan yang berharga supaya boleh mempermudah dan menambah daya pimpinan.
Kekuatan terakhir pendekatan kepimpinan situasi, ia menitikberatkan
konsep ketua yang fleksibel. Situasi gaya pimpinan menekankan, pemimpin perlu
mencari keperluan orang bawahan atau pengikut dan selepas itu menyesuaikan caramereka melakukan tugasan mengikut kewajarannya. Pemimpin tidak sewajarnya
memimpin menggunakan satu cara sahaja, mereka mesti bersedia mempelbagaikan
cara mereka berhadapan dengan keperluan situasi.
Kepimpinan situasi juga mengakui bahawa pengikut bertindak secara berbeza
apabila melakukan tugasan yang berbeza dan mereka juga boleh bertindak secara
berbeza mengikut peringkat yang berbeza tetapi dalam tugas yang sama. Pemimpin
yang efektif adalah mereka yang boleh menukar gaya kepimpinan mereka sendiri
berdasarkan keperluan tugasan dan keperluan pengikutnya, malahan dipertengahan
satu projek.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
21/30
KELEMAHAN PENDEKATAN KEPIMPINAN SITUASI
Walaupun kepimpinan situasi ini digunakan secara meluas dalam latihan dan
pembangunan gaya kepimpinan, ia masih mempunyai beberapa batasan. Berikut
adalah beberapa kelemahan dalam gaya kepimpinan situasi dan bantuan bagi
menyediakan lebih banyak gambaran keseimbangan keperluan am pendekatan ini
dalam mengkaji dan melatih gaya kepimpinan ini.
Kelemahan pertama kepimpinan situasi ada beberapa kajian yang dijalankan
bagi membuktikan andaian pendekatan ini. Walaupun ramai cerdik pandai berhujah
mengenai situasi dalam pendekatan ini, tetapi kebanyakan kajian yang pernah
dilakukan ini tidak banyak diedar bagi pengetahuan umum. Kekurangan asas
yang kuat dalam kepimpinan situasi ini meningkatkan keraguan teori asas
pendekatan kepimpinan teori ini.
Antara persoalan yang ditimbulkan adalah seperti, bolehkah kita memastikan
ia adalah pendekatan yang sah? Adakah pasti pendekatan ini sememangnya dapat
meningkatkan prestasi? Bolehkah pendekatan ini dibandingkan secara yang baik di
dalam kesan pada orang bawahan atau pengikut bagi pendekatan kepimpinan yang
lain? Susah memberi jawapan yang kukuh bagi soalan ini bila percubaan pendekatankepimpinan situasi ini tidak menghasilkan sesuatu yang penting.
Kelemahan kedua kepimpinan situasi adalah ketidakjelasan konsep dalam
perkembangan pekerja bawahan atau pengikut. Pelopor teori ini tidak menjelaskan
secara terperinci cara penglibatan digabungkan dengan kemampuan bagi
membentuk empat tahap nyata perkembangan . Dalam versi model yang terawal,
Hersey dan Blanchard (1969) menjelaskan, empat tahap kemampuan (kematangan)
seperti enggan dan tidak mampu (tahap 1), bersedia dan tidak mampu (tahap 2), engan
dan mampu (tahap 3) dan bersedia dan mampu (tahap 4). Dalam versi yang baru
pula (model SL11), tahap perkembangan diterangkan seperti penglibatan yang tinggi
dan kemampuan yang rendah dalam D1, penglibatan yang rendah dan sedikit
kemampuan dalam D2, pelbagai penglibatan dan kemampuan yang tinggi dalam D3
serta penglibatan yang tinggi dan kemampuan yang tinggi dalam D4.
Pelopor kepimpinan situasi juga tidak menjelaskan asas teori bagi perubahan
pada setiap tahap perkembangan. Tambahan pula, mereka tidak menyediakan
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
22/30
penerangan bagaimana penglibatan dan kemampuan mempengaruhi menerusi tahap
perkembangan yang berbeza. Seperti yang dinyatakan oleh Blanchard (1993), kajian
lanjutan perlu bagi menentukan bagaimana kemampuan dan penglibatan pemimpin
dan pengikut pada setip tahap.
Hubung kait yang terdekat dengan kelemahan tahap perkembangan pengikut
adalah mengenai bagaimana penglibatan itu sendiri adalah konsep dalam model ini .
Blanchard mencadangkan, penglibatan pengikut dikawal oleh keyakinan dan
motivasi. Berdasarkan kepada model SL11, penglibatan meningkat dalam D1,
menurun dalam D2, berubah dalam D3 dan meningkat kembali dalam D4. Mungkin,
ia hadir lebih logik bagi menerangkan penglibatan pengikut seperti ada perkara yang
berterusan bergerak dari rendah kepada sederhana dan seterusnya tinggi.
Ketidak setujuan yang dikemukakan oleh Blanchard, bagaimana pelbagai
penglibatan dalam model SL11, adakah pengikut biasanya bermotivasi dan ingin
sekali untuk belajar? Kemudian mereka boleh berputus asa dan berangan-angan.
Seterusnya, mereka mungkin mula hilang keyakinan diri dan motivasi. Tetapi
mengapa begini? Mengapa pengikut menjadi semakin kurang komited? Mengapa ada
kelemahan dalam penglibatan pada perkembangan?
Kelemahan ketiga pula adalah mengenai bagaimana model dapat serasi
dengan cara pemimpin dengan tahap perkembangan pengikut? Bagi menentukan
kesahihan teori ini Blachard dan rakannya menjalankan kajian pada guru sekolah
tinggi dan pengetua. Walaupun beliau menemui cara kepimpinan yang dicadangkan
oleh model berpadanan untuk hubungan antara pengetua dengan guru baru dan guru
yang kurang berpengalaman. Dia tidak menjumpai sokongan bagi model bila ia
diaplikasi kepada guru yang sederhana pengalaman tetapi matang oleh pengetua
masing-masing.
Kelemahan yang terakhir kepimpinan situasi adalah dari segi praktikal kerana
ia tidak sepenuhnya menyebut isu mengenai orang perseorangan melawan gaya
kepimpinan berkumpulan dalam sesuatu organisasi.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
23/30
PERBINCANGAN
Seorang guru seharusnya memimpin pelajar dengan berkesan yakni berupaya
membantu pelajar memperkembangkan segala potensi diri agar produktivitinya
menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik dan tingkah laku pelajar
keseluruhannya. Sesunggunhnya terdapat pemimpin yang sangat popular tetapi
prestasi pengajarannya tidak memuaskan dan terdapat juga sesetengah guru yang
sangat berjaya dan produktif tetapi tidak popular di kalangan guru mahupun pelajar di
sekolah. Seseorang pemimpin pelajar atau guru yang cemerlang dalam erti kata
sebenarnya hendaklah popular dan produktif.
Sebelum membincangkan tentang pembaharuan diri dalam kepemimpinan,guru perlulah mencermin diri dari dua aspek tersebut. Di mana populariti ini adalah
dari segi keselesaan dan keterbukaan guru dalam berinteraksi dengan pelajar.
Produktiviti pula adalah dari segi pencapaian, prestasi, perkembangan dan
pembangunan yang bersifat kuantitatif dan kualitatif. Terdapat beberapa cara untuk
mencerminkan diri, salah satu daripadanya adalah melalui Managerial Grid. Di mana
kaedah ini dapat membantu guru sebagai pemimpin dalam memahami pendekatan
yang mereka amalkan atau lakukan ke atas pelajar. Berikut adalah penerangan ringkas
mengenai beberapa kategori pemimpin menurut Managerial Grid:
Guru yang digelar Slave-driver. Dia tidak membenarkan hal-hal peribadi
serta perasaan pelajarnya menjejaskan kecekapan atau kelancaran P&P. Hasil dan
keputusan mestilah dicapai dengan cara apa sekalipun. Dia sangat mementingkan
hasildan hamper tiada belas ihsan mengerahkan pelajarnya.
Guru yang digelar The Country Club or Nice Guy Manager. Dia ingin
disukai dan berkepercayaan jika dia berbaik-baik dengan pelajarnya, mereka akan
menjalankan tugas yang diberi. Dia sangat menjaga hati dan perasaan pelajarnya dan
hampir tidak kisah tentang hasil, prestasi dan keputusan.
Guru yang digelar The Zombie. Dia seolah-olah tidak kisah tentang hati dan
perasaan pelajarnya. Begitu juga tentang hasil dan keputusan bilik darjahnya. Dia
kelihatan terlibat dalam banyak urusan tetapi tidak memberikan apa-apa sumbangan.
Dia berpaut pada jawatannya pada hal secara mental dia sudah lama menarik diri danmenjauhi organisasi.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
24/30
Guru yang digelar The Excellent Manager. Dia berusaha bersungguh-
sungguh untuk mementingkan kesejahteraan pelajar dan prestasi pelajarannya. Dia
percaya pelajarnya paling gembira jika pelajaran mereka berjaya. Dia berjaya
mewujudkan semangat berpasukan di kalangan pelajarnya.
Skop pengurusan bilik darjah adalah terlalu luas dan mencakupi bidang seperti
penyusunan perabot, personaliti sikap, ekspektasi guru dan sebagainya. Guru bukan
hanya setakat memfokus kepada bidang akademik tetapi juga dengan pembinaan
karakter pelajar.
Di bawah ini disenaraikan beberapa strategi pengurusan bilik darjah yang
dapat diaplikasikan dalam pendekatan kepimpinan situasi dalam bilik darjah.
1. Mempamerkan minat yang mendalam (Utilizing Interest Boosting)
Guru harus sentiasa memupuk minat pelajar di dalam bilik darjah. Di
mana guru mempamerkan minat yang mendalam, ia merupakan satu usaha
guru untuk menunjukkan minat yang mendalam dalam aktiviti pelajar apabila
pelajar mula menunjukkan tanda-tanda jemu atau kurang tumpuan. Guru
mungkin bergerak ke arah pelajar yang terbabit dengan memerhatikan
aktivitinya, memberi penghargaan kepada usahanya dan membuat cadangan-cadangan untuk kemajuan seterusnya. Srategi ini dapat memastikan pelajar
senantiasa menumpukan perhatian ke atas kerja-kerja yang diberikan dan
menghalang daripada perkara-perkara yang tiada kaitan dengan pelajaran.
Cara ini digunakan untuk mengekalkan tingkah laku pelajar yang diingini.
2. Menghulurkan bantuan apabila wujud masalah (Offering Hurdle Help).
Kesediaan guru untuk membantu pelajar mengatasi masalah dalam
pembelajaran yakni supaya pelajar tidak cepat berasa kecewa mengalah,
terganggu dengan suasana bising atau gangguan rakan sekelas dan
sebagainya.. Keberkesanan strategi ini disahkan melalui kajian-kajian yang
dibuat oleh Charles (1992) dan Gnagey (1982).
3. Merancang perubahan persekitaran ( Planning for environmental
changes).
Dalam usaha untuk meminimunkan masalah-masalah kepimpinan dan pengurusan bilik darjah, guru sepatutnya bersifat proaktif kepada
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
25/30
kemungkinan perubahan persekitaran pembelajaran dan menyediakan pelajar
untuk menghadapinya.
4. Merancang dan mengubahsuai persekitaran bilik darjah (Planning and
modifying the classroom environment).
Suasana bilik darjah yang ceria dan tersusun dapat meningkatkan
produktiviti pelajar dan guru. Strategi ini melibatkan penyusunan perabot,
susunan tempat duduk pelajar yang sesuai, menyediakan sudut bacaan, papan
kenyataan yang menarik dan keadaan bilik darjah yang bersih. Keberkesanan
strategi ini disokong melalui hasil hasil kajian Schmuck dan Schmuk (1979)
serta Axelrod (1977).
5. Menstrukturkan semula situasi (Restructuring the situasion).
Guru yang ingin menggunakan strategi ini perlu memilih kiu (cue)
yang mudah untuk memulakan satu aktiviti baru atau menyebabkan aktiviti
lama (yang lepas) dilakukan dalam bentuk baru. Sebagai contoh, apabila
seorang guru menyedari bahawa para pelajarnya menunjukkan tanda-tanda
keraguan atau kebosanan terhadap pelajaran yang disampaikan, guru boleh
meminta pelajar berdiri dan merenggangkan otot-otot badan sebelum
meneruskan pengajarannya. Menukar corak pelaksanaan sesuatu aktiviti,
menukar fokus tumpuan atau mencari jalan penyelesaian yang baru amat
berkesan dalam menghalang perlakuan yang tidak diigini guru apabila pelajar
mula berasa jemu (Charles, 1981 dan Gnagey, 1981).
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
26/30
CADANGAN
Untuk ini kepemimpinan memerlukan:
1. Optimisme. Iaitu optimis dan mempunyai ekspektasi tinggi terhadap
keupayaan orang lain.
2. Penghormatan, iaitu penghormatan terhadap keindividu orang laindan dengan
itu tindakan adalah dengan sopan dan tertib dalam semua interaksi.
3. Mempunyai kepercayaan terhadap integeriti orang lain, iaitu mempercayai
orang lain akan bertindak mengikut lunas yang diharapkan.
4. Secara teranag dan ikhlas menjemput, menerima dan menggalakkan
penyertaan orang lain dalam prosesnya, menyokong dan membina iklim yang
menggalakkan perkembangan maksimum.
Penting bagi pemimpin terutamanya bagi guru untuk memahami dirinya
sendiri, memahami orang lain di sekelilingnya dan bersikap terbuka. Perubahan dan
daya sosial yang sentiasa berubah memerlukan guru memimpin dengan stail
kepimpinan yang berkesan.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
27/30
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, boleh dikatakan pemimpin dan pengikut berkait rapat
dan saling memerlukan antara suatu sama lain. Gaya kepimpinan dalam diri
pemimpin dan tahap perkembangan pengikut perlu selari dan seimbang supaya boleh
mencapai matlamat dan objektif yang dirancang. Namun pemimpin yang bijak
haruslah pandai menilai pengikutnya supaya segala tanggungjawab pada tugasan yang
diberi dapat dilengkapkan dan dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Pendekatan kepimpinan situasi yang begitu meluas digunakan ialah
pendekatan preskriptif. Pendekatan ini sentiasa memaklumkan kepada pengikut pada
tindakan yang perlu dibuat semasa melakukan kerja atau tugasan. Pendekatan ini juga
menyarankan model yang mencadangkan bagaimana pemimpin perlu berkelakuan
berdasarkan situasi yang khusus.
Keberkesanan kepimpinan terjadi apabila pemimpin boleh mengkaji dengan
lebih teliti tahap perkembangan orang bawah atau pengikut dalam situasi tugasan dan
kemudian mempamerkan gaya kepimpinan yang bersangkutan dengan situasi itu.
Kepimpinan boleh diukur dalam pendekatan ini melalui penggunaan soalan-
soalan yang bertujuan bagi memperoleh pandangan individu menilaikan siri situasi
yang berkaitan dengan kerja dan tugasan. Soalan-soalan yang dibekalkan memberi
maklumat mengenai kebolehan pemimpin, kelenturan dan keberkesananya. Soalan-
soalan itu boleh membantu pemimpin mngetahui bagaimana mereka boleh merubah
gaya kepimpinan supaya menjadi lebih berkesan walaupun menerima pelbagai situasi.
Terdapat major yang kuat kepada pendekatan kepimpinan situasi. Yang utama
sekali ia merupakan pendekatan kepada kepimpinan yang dikenali keseluruhan negeri
sebagai piawaian bakal pemimpin. Perkara kedua, pendekatan latihan yang mudah
difahami dan diaplikasikan. Ketiga, pendekatan ini tersusun bagi mengenalpasti
bagaimana pemimpin patut bertindak sekiranya mereka mahu meninggikan lagi
keberkesanan kepimpinan. Keempat, kepimpinan secara situasi dapat mengenal dan
memberi penekanan bahawa tidak ada yang mempunyai gaya yang terbaik dalam
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
28/30
kepimpinan. Di samping itu, pemimpin perlukan kelembutan dan mengadaptasi gaya
kepimpinan mengikut kehendak dalam situasi.
Secara keseluruhannya, saya mendapati pendekatan kepimpinan situasi
penting diaplikasikan bagi mengetahui sejauh mana pemimpin itu boleh mengawal
keadaan dan situasi sesebuah organisasi serta mengawal emosi pengikutnya dengan
lebih efektif. Pemimpin yang efisyen mampu menarik lebih ramai pengikut bila
mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan produktif selari dengan tahap
perkembangan setiap pengikutnya. Sikap bekerjasama, toleransi dan komunikasi dua
hala yang baik menghasil suasana kerja atau suasana bilik darjah yang harmoni dan
boleh meningkatkan lagi kualiti tugasan dan prestasi serta semangat dan motivasi
pengikut dari masa ke semasa. Secara tidak langsung, kualiti kerja yang cemerlang,
gemilang dan terbilang dapat dicapai seiring dengan tahap kepimpinan yang efektif
dan berinovasi.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
29/30
PENUTUP
Kepintaran juga menjeniskan pemimpin kepada dua iaitu kuasa peribadi dan
kuasa sosial. Pemimpin dari jenis kuasa peribadi ingin menguasai individu lain dan
mementingkan status. Manakala pemimpin dari jenis kuasa social ingin berkuasa
untuk mencapai matlamat bersama dan tidak mempunyai kepentingan diri.
Ringkasnya, pemimpin yang berkesan harus mempunyai ciri-ciri tertentu seperti
integriti, dorongan kepimpinan, keyakinan diri, semangat, pengetahuan dalam bidang
yang diajar, kreatif dan fleksibel.
Memimpin adalah satu tanggungjawab dan sikap orang-orang yang dipimpini
mencerminkan keberkesanan kepemimpinan seseorang melalui pemerkasaan.Menurut Bennis dan Nanus (1985) terdapat empat dimensi penting sikap para pelajar
yang mencerminkan keberkesanan kepemimpinan guru. Empat dimensi itu adalah
perubahan diri ke arah positif secara signifikan, kecekapan diri semakin meningkat,
kejelekitan seolah-olah satu keluarga dan keseronokan.
Hasrat untuk melahirkan komuniti pemimpin yang unggul untuk menerajui
sistem pembelajaran Negara kini dan masa hadapan yang lebih mencabar.
-
8/8/2019 Pendekatan Kepimpinan Situasi
30/30
RUJUKAN
1. Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir (2008).
Gaya-gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
2. Abdullah Ibrahim. (2004). Kepimpinan Pendidikan Berkesan.,Jurnal
AkademikMaktab Perguruan Kuala Terengganu,14, 92-95.
3. Abdul Shukor Abdullah. (2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan
Pendidikan Cemerlang.Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan
Pendidikan, 14 (1), 20.
4. Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Memimpin Diri Sendiri (Edisi Kemas
Kini). Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.
5. Azman Che Omar (2003).Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Azmi Bin Zakaria (2004). Isu dan Trend Kepimpinan Pendidikan. Jurnal
Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 14 (2), 36.
7. Haslee Sharil Lim Abdullah & Sidek Mohd. Noh (2004). Penggunaan
Kemahiran Kaunseling ke Arah Kecemerlangan Kepemimpinan
Sekolah.Masalah Pendidikan, 27, 144-145.
8. Ishak Bin Sin (2004). Amalan-amalan dalam pengurusan dan pendidikan
Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 14 (2), 7.
9.Jit Eng, James Ang (2005). Pengurusan Disiplin Sekolah: Pendekatan
Alternatif Menangani Gejala Disiplin Sekolah.Jurnal Pengurusan
Dan Kepimpinan Pendidikan, 15 (1), 13-15.
10.Rahimah Haji Ahmad (2001). Kepemimpinan Sekolah Dalam Menghadapi
Millenium Baru.Jurnal Institusi Pengetua,1 (1), 5.
11.Shahril @ Charil (2004).Amalan Pengajaran Yang Berkesan: Kajian Di
Beberapa Sekolah Menengah Di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Jurnal Pendidikan, 24, 29-30.