242
Pre15-25 – International Drug Prevention And Rehabilitation Cenference (Prevent 2015)
PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK PSIKOPENDIDIKAN DADAH
DALAM MENINGKATKAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN
REMAJA BERISIKO
Noor Azian binti Abd. Hani [email protected]
Fakulti Kepimpinan & Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia
ABSTRACT
This is a quasi-experimental study designed to identify drug psycho-educational group
counseling approach to help improve self-concept among high school students at risk.
Respondent consists of 30 at-risk students and were Form 2 students. 15 persons were
chosen as samples of the treatment group and another 15 were in the control group. This
group session using a module called “Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-
PETRONAS”. Data obtained from Tennese Inventory Self Concept Scale (TSCS) was
analyzed using SPSS. The results showed that there were significant changes between
pre and post test scores for the treatment group after undergoing drug psycho-educational
group sessions including Behavioral Self-Concept, Self Moral & Ethical, Personal Self
and Family Self. The findings also showed that there are no significant changes between
pre and post test scores for the control group. In line with the findings of the study, some
implications and recommendations are presented.
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian kuasi-eksperimental yang bertujuan untuk mengenal
pasti pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dadah dalam membantu
meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan pelajar berisiko sekolah menengah.
Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar berisiko dan merupakan pelajar
tingkatan 2. 15 orang telah dipilih sebagai sampel kumpulan rawatan dan 15 orang lagi
sebagai kumpulan kawalan. Sesi kelompok ini menggunakan modul yang dikenali
sebagai “Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS”. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat perubahan signifikan antara skor ujian pra dan pasca bagi
kumpulan rawatan selepas menjaani sesi kelompok psikopendidikan dadah yang
merangkumi Konsep Kendiri Tingkahlaku, Kendiri Moral & Etika, Kendiri Peribadi dan
juga Kendiri Keluarga. Dapatan juga menunjukkan bahawa tiada perubahan yang
signifikan antara skor ujian pra dan pasca bagi kumpulan kawalan.
243
Pengenalan
Dadah bukanlah satu perkara baru dalam konteks kehidupan pada hari ini, malah
ia merupakan satu-satunya masalah sosial paling kritikal yang sedang dihadapi oleh
negara seawal tahun 70-an lagi. Pelbagai label ditujukan kepada dadah seperti najis,
menjijikkan, haram dan sebagainya namun tidak memberikan sebarang impak. Apa yang
lebih membimbangkan adalah peningkatan penglibatan golongan remaja terutamanya
pelajar sekolah dalam gejala ini. Laporan Dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) menyatakan bahawa golongan belia merupakan golongan yang mudah terdedah
dengan risiko penagihan.
Walaupun pelbagai usaha pembanterasan dadah di negara telah diwujudkan
melalui Dasar Dadah Negara yang bertunjangkan kepada empat prinsip utama iaitu
pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan serta kerjasama antarabangsa namun ianya
masih belum cukup utuh untuk membanteras masalah ini hingga ke akar umbi. Apa yang
paling penting adalah tugas pembasmian dadah bukan hanya terletak kepada satu pihak
sahaja tetapi ia merupakan tanggungjawab semua pihak termasuklah kerajaan dan bukan
kerajaan.
Justeru, program pencegahan berbentuk psikopendidikan perlulah melalui
penambahbaikan dan pembaharuan dalam setiap pendekatannya dan ini juga merupakan
tujuan utama mengapa kajian ini perlu dilaksanakan. Selain itu, pengkaji juga mahu
melihat sejauhmana pendekatan kaunseling kelompok psikopendidikan dapat membantu
meningkatkan pencegahan dan seterusnya membina konsep kendiri dalam kalangan
remaja berisiko.
Sebenarnya, pencegahan awalan ini telah pun dilaksanakan berdasarkan empat
strategi utama iaitu melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum, pembentukan sahsiah serta
pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Sebagai contoh melalui Modul Pendidikan &
Pencegahan Dadah (PPDa) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah salah satu
langkah pencegahan yang sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan kepada semua pihak
dalam usaha menangani masalah dadah seawal mungkin. Situasi ini sejajar dengan
matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah itu sendiri iaitu memastikan semua pelajar
memahami akan bahaya dadah dan berupaya untuk membina ketahanan diri yang tinggi
bagi menolak dadah dan seterusnya mensasarkan tahun 2012 sebagai tahun “SEKOLAH
BEBAS DADAH”.
Dalam konteks di sekolah rendah mahupun menengah, Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan telah pun melaksanakan pelbagai program
pencegahan melalui Buku Garis Panduan Pendidikan Pencegahan Dadah Dan Publisiti
yang bermatlamat untuk memberikan pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada
murid sekolah, pelajar IPT, remaja, ibu bapa, masyarakat dan komuniti akan bahaya
dadah dan menjadikan “Negara Bebas Dadah Tahun 2015”. Namun keberkesanan
program tersebut masih belum lagi mampu untuk menurunkan kadar peningkatan
bilangan remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Mahmood Nazar et. Al (tahun) menekankan bahawa polisi dan dasar kerajaan
mengenai dadah lebih mudah disampaikan melalui sistem pendidikan kerana hampir
semua orang dalam kehidupan mereka akan pergi ke sekolah. Tambahan pula, sekolah
244
merupakan satu sistem mikro masyarakat yang terdapat di seluruh pelusuk tanah air dan
murid-murid sekolah seharusnya dibekalkan dengan kemahiran tertentu seperti
pembinaan kendiri, pengurusan diri dan latihan komunikasi berkesan yang boleh menjadi
‘perisai’ bagi melindungi mereka daripada terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah
(Tay, 2001).
Oleh yang demikian, teknik penyampaian berkaitan pendidikan dadah perlulah
dilakukan dalam pelbagai bentuk dan mesej serta disampaikan secara mudah dan
berkesan. Ini adalah kerana remaja perlu diberitahu agar tidak mengambil dadah walau
dengan cara apa sekalipun kerana najis dadah amat merbahaya kepada kesihatan dan
kesan penagihan terhadap golongan ini boleh mengancam keselamatan negara. Melalui
pemerhatian pengkaji, antara punca utama yang sering dikaitkan dengan penagih dadah
adalah faktor rakan sebaya selain daripada keseronokan, perasaan ingin tahu dan lain-
lain lagi.
Faktor-faktor ini sangat sinonim dengan zaman remaja yang inginkan kebebasan
berbanding dengan zaman dewasa yang didorong oleh tekanan perasaan, desakan hidup
dan bermacam lagi. Ini jelas membuktikan bahawa sejarah penagihan sememangnya
bermula dari zaman awal remaja dan bukannya dari zaman dewasa. Jika kita tinjau kadar
peningkatan penglibatan remaja dalam gejala dadah sejak akhir-akhir ini merupakan
fenomena yang amat membimbangkan semua pihak. Peningkatan yang ketara ini
membayangkan bahawa sebahagian pelajar remaja kini mengalami masalah gejala sosial
yang melambangkan keruntuhan akhlak mereka. Melihat kepada masalah ini, tindakan
dan pengawalan aktiviti pelajar remaja sudah dirasakan amat perlu bagi membendung
fenomena ini dari terus meningkat dari masa ke semasa.
Berdasarkan laporan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan 2010, peratusan penagih
dadah dalam kalangan remaja telah mencapai 75% sedangkan mereka ini merupakan aset
negara yang sangat bernilai dan sebagai harapan untuk meneruskan perjuangan membela
bangsa dan negara di masa akan datang. Keseriusan penglibatan remaja ini juga dapat
dibuktikan melalui perangkaan majoriti penagih yang dikesan sepanjang Januari-
Disember 2009. Jika dibandingkan penagih mengikut umur bagi bulan Jan-Dis 2009 dan
2008, berlakunya peningkatan mendadak bagi golongan belia dan remaja. Peningkatan
paling besar berlaku pada golongan belia yang berumur 19-24 tahun dan 25-29 tahun
iaitu sebanyak 46.60% dan 44.45%.
Peningkatan penagih belia berumur antara 19-24 tahun adalah dari 2,060 kes
tahun lepas kepada 3,020 orang tahun ini. Bagi penagih remaja yang dikesan,
peningkatan tertinggi berlaku pada umur 13-15 tahun. Peningkatan sebanyak 327.27%
iaitu kepada 47 orang untuk tahun ini. Apa yang menyedihkan lagi, Penagih belia
daripada Kelantan adalah penagih paling tinggi dikesan iaitu sebanyak 1,645 orang,
diikuti Kedah seramai 1,628 orang serta Selangor 1,445 orang. Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa penglibatan golongan remaja dalam penyalahgunaan dadah amat
kritikal dan menggerunkan semua pihak dan jika tidak dibendung sedari awal akan
mengancam keselamatan dan kemakmuran negara kelak. Justeru pendekatan kaunseling
kelompok ‘psikopendidikan’ adalah penting dalam meningkatkan konsep kendiri
golongan remaja ini. Psikopendidikan merupakan salah satu kaunseling kelompok yang
digunakan untuk membuat sesi berbentuk berorientasikan pengajaran kepada ahli.
245
Menurut Waack (2006). Psikopendidikan adalah satu kelompok yang berkembang untuk
menyelesaikan masalah.
Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat adalah penting pendekatan kaunseling
kelompok psikopendidikan dalam aspek pencegahan terhadap golongan remaja. Ini
adalah kerana proses kaunseling kelompok dibina atas teori mengenai manusia dan
perhubungan antara mereka. Melalui kaunseling kelompok, ahli dapat meluahkan
tanggapan, kepercayaan dan masalah mereka. Kelompok juga menyediakan penggerak,
sokongan dan pemantauan di kalangan ahli dalam proses pengambilan keputusan serta
tindakan perubahan tingkahlaku yang dirancang. Selain itu, suasana dinamik kelompok
juga banyak mempengaruhi proses dan keberkesanan kaunseling.
Seterusnya ia mampu mengubah matlamat individu dengan adanya pengaruh
pemimpin kelompok. Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006), suasana yang menyokong di
dalam ahli kelompok akan menjadikan ahli lebih yakin mempelajari dan berlatih
tingkahlaku baru yang dipelajari melalui kelompok itu. Kekurangan diri menunjukkan
korelasi yang negatif terhadap konsep kendiri, pembelajaran yang mendalam dan
pengetahuan dalam pembelajaran (Cathy & Shannon 2007 ; Azizi Yahaya, Fawziah
Yahya, Zurihanni Zakariya & Noordin Yahaya, 2005). Keadaan ini bukan sahaja akan
mempengaruhi perkembangan konsep kendiri remaja tersebut malah boleh
menjerumuskan golongan ini dengan penyalahgunaan dadah. Oleh yang demikian
masalah ini perlu dibendung dengan segera agar permasalahan ini tidak berlanjutan.
Jelas, peranan kaunseling kelompok psikopendidikan bukan sahaja dapat
memberi impak dalam meningkatkan konsep kendiri malah dapat mengembalikan
kekuatan modal insan dalam diri kalangan remaja itu sendiri . Dengan berbuat demikian
diharapkan gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dapat dibanteras
dengan lebih efisyen. Adalah menjadi hasrat kepada semua pihak agar remaja yang
mempunyai konsep kendiri yang positif dan tinggi dapat menamatkan alam
persekolahannya dengan menjadi insan yang kamil, berminda kelas pertama serta
berketrampilan dalam pelbagai aspek. Sebaliknya, sekiranya pelajar kita mempunyai
konsep kendiri yang rendah dan negatif, kemungkinannya mereka akan menjadi devian,
tiada keyakinan diri dan tersisih (Azizi, Fawziah, Zurihanmi dan Noordin, 2005). Malah
sekiranya dibiarkan akan menyebabkan remaja ini mudah terjebak dengan isu
penyalahgunaan dadah.
Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana
pendekatan kaunseling kelompok psychoeducational dadah dapat membantu
meningkatkan pencegahan dan konsep kendiri dalam kalangan remaja berisiko. Selain
itu, pengkaji juga mahu melihat samada konsep kendiri seseorang individu itu dapat
berubah dalam jangkamasa yang singkat dan seterusnya membina ketahanan diri remaja
tersebut daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Sesungguhnya, ‘Mencegah
adalah lebih baik dari mengubat’.
246
Metadologi
Kaedah eksperimen kuasi diaplikasikan dalam kajian ini dan terdapat dua kelompok
sampel iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing dengan 15 orang
ahli, jadi keseluruhan sampel adalah 30 orang. Terdapat tiga peringkat kajian
dilaksanakan bagi kedua-dua kumpulan ini iaitu pada peringkat pertama, pengkaji akan
mengedarkan instrumen kajian iaitu Skala Konsep Kendiri Tennesse (SKKT) iaitu untuk
menguji tahap awal konsep kendiri sampel. Pada masa yang sama pengkaji juga memilih
aktiviti-aktiviti yang sesuai digunakan dalam sesi kelompok kelak. Walaupun pada
dasarnya, Modul Kursus Sahabat PPDa-Petronas ini bermatlamat untuk meningkatkan
konsep kendiri dalam kalangan pemimpin pelajar. Namun pengkaji percaya modul ini
mampu meningkatkan konsep kendiri dalam kalangan pelajar berisikodan atas dasar
inilah pengkaji mahu melaksanakan kajian tersebut terhadap golongan ini.
Pengkaji telah menjalankan sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah
selama tujuh sesi iaitu lima sesi memfokuskan kepada komponen meningkatkan konsep
kendiri dan dua lagi adalah sesi berkenalan dan sesi penamatan. Seterusnya sesi
kaunseling kelompok psikopendidikan dadah yang menggunakan modul Kursus Sahabat
PPDa-Petronas dijalankan bersama kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Pengkaji
juga membincangkan komponen konsep kendiri pada minggu yang sama. Tujuannya
ialah agar ahli lebih memahami tentang konsep kendiri. Peringkat terakhir, pengkaji akan
mengedarkan semula instrumen Skala Konsep Kendiri Tennesse (SKKT) kepada kedua-
dua kumpulan setelah tamat sesi kaunseling.
Instrumen ini mengandungi 100 item yang terdiri daripada item positif dan
negatif, skala jawapan adalah berbentuk skala likert lima mata. Skala likert ini terdiri
daripada sangat benar, benar, tidak pasti, tidak benar dan tidak benar sama sekali. Pada
waktu kajian, hanya kumpulan rawatan sahaja yang akan menjalani Kaunseling
Kelompok Psikopendidikan Dadah.
Lapan komponen yang terdapat dalam konsep kendiri dalam Skala Konsep
Kendiri Tennessee (SKKT) ialah identiti kendiri, kepuasan kendiri, tingkahlaku kendiri,
kendiri fizikal, kendiri moral & etika, kendiri peribadi, kendiri keluarga dan kendiri
sosial. Bagi mengetahui nilai kritik diri, ia mempunyai skala yang khusus yang
digunakan untuk mengukur kritik diri. Soalan adalah berbeza berdasarkan item yang
diperuntukkan bagi setiap komponen yang terkandung dalam Skala Konsep Kendiri
Tennessee (SKKT). Berikut adalah komponen yang terkandung dalam Skala Konsep
Kendiri Tennessee.
247
Komponen Konsep Kendiri Soalan
_______________________________________________________________________
____
Kendiri Tingkah Laku Soalan 13 hingga 18,31 hingga 36, 49 hingga 54, 67
hingga 72
dan 85 hingga 90.
Kepuasan Kendiri Soalan 7 hingga 12, 25 hingga 30, 43 hingga 48, 61
hingga
66,79 hingga 84
_______________________________________________________________________
____
Identiti Kendiri Soalan 1 hingga 6, 19 hingga 24, 37 hingga 42, 55
hingga 60,
73 hingga 78
_______________________________________________________________________
____
Kendiri Fizikal Soalan 1 hingga 18
_______________________________________________________________________
____
Kendiri Moral & Etika Soalan 19 hingga 36
_______________________________________________________________________
____
Kendiri Peribadi Soalan 37 hingga 54
_______________________________________________________________________
____
Kendiri Keluarga Soalan 55 hingga 72
_______________________________________________________________________
____
Kendiri Sosial Soalan 73 hingga 90
Dalam analisis data ini, perisian SPSS akan diguanakan untuk membuat
penganalisaan dan tafsiran terhadap semua data. Subjek akan diukur dengan
menggunakan SKKT dan ujian pra retrieved at. Variable bebas kemudiannya
dimanipulasi dan subjek yang sama diukur sekali lagi untuk memperoleh skor pasca.
Ujian-t ini digunakan untuk pengukuran berulangan kemudian digunakan untuk
menentukan samada terdapat perbezaan antara min-min dua set data yang diperolehi
daripada ujian pra dan pasca tersebut Ujian–t untuk pengukuran berulangan (Paired
Sample t-Test) dan min akan dikira. Ujian-t untuk pengukuran berulangan (Paired
Sample t-Test) digunakan apabila setiap individu dalam sampel diukur dua kali dan
kedua-dua data pengukuran digunakan untuk dibuat perbandingan. Selain itu, ujian
korelasi untuk menentukan perhubungan antara satu variable dengan variable yang lain.
Pengkaji ingin melihat perhubungan antara satu komponen dengan satu komponen yang
lain dalam konsep kendiri.
248
Dapatan Kajian
Terdapat perubahan yang signifikan terhadap perubahan konsep kendiri bagi kumpulan
rawatan bagi ujian pra dan pasca selepas kaunseling kelompok psikopendidikan dadah
dijalankan. Ia merangkumi peningkatan terhadap Kendiri Tingkahlaku, Kendiri Moral
dan Etika, Kendiri Peribadi dan Kendiri Keluarga. Manakala bagi kumpulan kawalan
pula, tiada perubahan yang signifikan bagi ujian pra dan pasca bagi Skala Konsep
Kendiri Tennesse.
Keputusan Analisis Ujian-t Jenis Pengukuran Berulangan
Perbezaan Sisihan Piawai Nilai t- Darjah
Signifikan
Min Kiraan (t) Kebebasan 2-
hujung
Kendiri Sosial .53333 5.70547 .362 14 .723
(Kelompok Rawatan)
_______________________________________________________________________
____
Kendiri Sosial -.14286 5.77604 -.093 13 .928
(Kelompok kawalan)
Keputusan analisis ujian-t jenis pengukuran berulangan. Jadual menunjukkan
perbezaan skor min ujian pra dan pasca diuji dengan ujian-t, dua sampel bersandar untuk
menentukan kesignifikan, keputusan yang diperolehi adalah [t=.362, df=14, p>.05) dan
nilai signifikan kebarangkalian 2 hujung bagi pembolehubah Kendiri Sosial untuk
kelompok rawatan adalah .723, iaitu di atas aras keyakinan .05.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa hipotesis nul diterima dan pengkaji
membuat keputusan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor ujian
pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan selepas pendekatan kaunseling kelompok
psikopendidikan dadah untuk pembolehubah Kendiri Sosial dalam kalangan pelajar
berisiko. Keputusan yang diperolehi bagi kumpulan kawalan pula ialah [t=-.093, df=13.
P>.05] dan nilai signifikan kebarangkalian 2 hujung bagi pembolehubah Kendiri Sosial
untuk kelompok kawalan adalah .928, iaitu di atas aras keyakinan .05. Maka keputusan
kajian menunjukkan bahawa hipotesis nul yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara skor ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan untuk
pembolehubah Kendiri Sosial dalam kalangan pelajar berisiko diterima.
Perbincangan
Secara keseluruhannya terdapat perubahan yang signifikan terhadap perubahan konsep
kendiri bagi kumpulan rawatan bagi ujian pra dan pasca selepas kaunseling kelompok
psikopendidikan dadah dijalankan. Ia merangkumi peningkatan terhadap Kendiri
Tingkahlaku, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi dan Kendiri Keluarga.
Manakala bagi kumpulan kawalan pula, tiada perubahan yang signifikan bagi ujian pra
dan pasca bagi Skala Konsep Kendiri Tennesse. Ini jelas menunjukkan bahawa konsep
kendiri seseorang itu boleh berubah dalam jangkamasa yang singkat namun tidak
melibatkan semua komponen. Hal ini berlaku kemungkinan disebabkan sampel
249
kumpulan rawatan juga menerima pendedahan berkaitan dengan isu dadah melalui
Minggu Pendidikan & Pencegahan Dadah yang diadakan serentak dengan sesi ini
dijalankan. Situasi ini juga jelas membuktikan bahawa, aktiviti sebegini banyak
membantu dalam meningkatkan kefahaman berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah dan
secara tidak langsung sampel ini lebih berkeyakinan dalam membentuk kendiri masing-
masing.
Dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan konsep kendiri tingkahlaku dalam
kalangan pelajar berisiko bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling
kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 95.0667. Ini
menunjukkan bahawa konsep kendiri pelajar berisiko dapat ditingkatkan yakni ia
berkaitan dengan tindakan seseorang berdasarkan apa yang dilaluinya melalui
pengalaman, emosi dan apa yang berlaku disekelliling mereka. Pengkaji percaya,
kumpulan rawatan ini mampu membentuk diri yang positif dan secara tidak langsung
dapat mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan gejala dadah.
Seterusnya menunjukkan ada peningkatan konsep kendiri moral dan etika bagi
kumpulan rawatan setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah
iaitu dengan skor minnya adalah 60.0000. Ini menunjukkan bahawa konsep kendiri
moral dan etika pelajar berisiko dapat ditingkatkan iaitu melalui amalan nilai-nilai
kerohanian. Pengkaji berpendapat bahawa sekiranya nilai keagamaan diterapkan dalam
diri setiap pelajar berisiko, pasti golongan pelajar ini dapat menentukan hala tuju yang
positif dan seterusnya dapat mengatakan “tidak” pada dadah.
Selain itu, ada peningkatan konsep kendiri peribadi bagi kumpulan rawatan
setelah menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor
minnya adalah 60.6000. Ini menunjukkan bahawa persepsi golongan ini terhadap diri
sendiri dan orang disekelilingnya semakin positif dan ia telah merangsang mereka untuk
terus membuat perubahan terhadap diri sendiri. Sekiranya mereka diterima dan diberi
peluang, sesungguhnya golongan ini mampu meninggalkan tingkahlaku negatif dan
seterusnya dapat mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Situasi ini akan memberi
dorongan baru kepada mereka untuk terus berubah.
Peningkatan konsep kendiri keluarga bagi kumpulan rawatan setelah menjalani sesi
kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah 67.2000.
Ini menunjukkan bahawa persepsi golongan ini terhadap keluarga bertambah baik dan
sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak dan pelajar.
Kemungkinan sebelum ini, kata-kata mereka tidak didengari oleh keluarga namun
setelah rasional akhirnya mereka tahu akan tanggungjawab hakiki dan dapat melakukan
perubahan sedikit demi sedikit. Pengkaji berpendapat keluargalah yang
bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah anak-anak dan juga yakin pelajar ini
mampu membentuk sahsiah yang lebih baik pada masa akan datang. Sahsiah yang baik
bukan sahaja mampu membentuk keterampilan yang baik malah dapat menghindarkan
diri mereka daripada terus terjebak dengan dadah.
Tiada perubahan dalam kepuasan kendiri bagi kumpulan rawatan setelah
menjalani sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya
adalah 95.9333. Keputusan ini tidak bermakna kumpulan ini tidak berpuas hati dengan
apa yang mereka miliki atau lalui dalam kehidupan seharian tetapi pengkaji berpendapat,
mereka perlu diberi masa untuk melakukan sesuatu yang baru dalam kahidupan. Oleh
250
kerana tempoh sesi agak singkat maka perubahan tahap kepuasan kendiri tidak dapat
dilihat. Pengkaji juga percaya bahawa sekiranya mereka diberi kepercayaan dan harapan
yang positif oleh orang yang signifikan maka tahap kepuasan kendiri golongan ini dapat
ditingkatkan. Justeru, mereka akan lebih jelas dan memahami akan diri sendiri dan
seterusnya dapat membezakan perkara yang baik atau buruk termasuk dalam isu
penyalahgunaan dadah.
Tiada perubahan dalam identiti kendiri bagi kumpulan rawatan setelah menjalani
sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah
109.8667. Keputusan ini tidak bermakna kumpulan ini tidak dapat membentuk identiti
mereka sendiri tetapi pada peringkat umur sebegini sememangnya berlaku “kecelaruan
identiti”. Pada awal remaja inilah, berlakunya cabaran dalam mencari identiti samada
positif mahupun negatif. Dalam hal ini, pengkaji berpendapat bahawa orang yang
signifikan, rakan-rakan dan persekitaran banyak mempengaruhi bagaimana untuk
mereka membentuk diri sendiri yang lebih baik dan baik. Pengkaji percaya sekiranya
sesi kelompok psikopendidikan dadah ini diteruskan untuk satu jangkamasa yang
panjang, maka perubahan identiti kendiri golongan ini dapat dilihat dengan jelas malah
akan dapat membentuk jatidiri yang kental dalam kalangan pelajar berisiko. Justeru,
tiada lagi istilah “pelajar berisiko” di sekolah malah peratus penglibatan remaja dalam
penyalahgunaan dadah juga dapat dikurangkan.
Tiada perubahan dalam kendiri fizikal bagi kumpulan rawatan setelah menjalani
sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah
62.5333. Keputusan ini tidak bermakna pelajar bagi kumpulan ini tidak dapat menerima
keadaan fizikal diri mereka sendiri tetapi sebenarnya mereka masih lagi tidak dapat
membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.
Pengkaji berpendapat, pada tahap umur awal remaja ini, mereka banyak
menerima kritikan dan penilaian orang lain terhadap diri mereka daripada
memuhasabahkan diri sendiri disamping “redha” dengan apa yang dikurniakan oleh
tuhan masing-masing. Ini yang menyebabkan penilaian terhadap diri sendiri tidak dapat
diinterpretasikan dengan jelas. Pengkaji juga percaya jika pelajar ini diberi sokongan,
dorongan, motivasi disamping kepercayaan daripada keluarga, rakan-rakan dan
persekitaran, maka pembentukan kendiri fizikal dapat ditingkatkan dengan baik
seterusnya mereka dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan dadah.
Tiada perubahan dalam kendiri sosial bagi kumpulan rawatan setelah menjalani
sesi kaunseling kelompok psikopendidikan dadah iaitu dengan skor minnya adalah
57.6667. Keputusan ini tidak bermakna pelajar bagi kumpulan ini tidak mampu
berinteraksi dengan persekitaran. Pergaulan antara pelajar berisiko juga sering
disalahfaham dan mereka dikatakan sering bergerak dalam kumpulan yang sama. Pada
pandangan pengkaji, jika golongan ini tidak diberi kepercayaan oleh orang yang
signifikan mahupun persekitaran maka suasana sebegini akan berterusan dan akan
menggalakkan mereka untuk terlibat dengan kes-kes disiplin berat mahupun jenayah.
Oleh yang demikian, semua pihak samada keluarga, masyarakat, sekolah
mahupun persekitaran harus melupuskan persepsi negatif terhadap golongan ini ekoran
daripada pengalaman pahit yang telah mereka lalui sebelum ini. Pengkaji percaya
sekiranya golongan ini dilabelkan dengan sesuatu yang positif dan mereka diterima
251
dalam persekitaran maka kendiri sosial mereka dapat ditingkatkan. Seterusnya dapat
mewujudkan sikap muhibbah masyarakat dalam menangani isu penyalahgunaan dadah
sejajar dengan pernyataan.
Kesimpulan
Hasil daripada dapatan kajian membuktikan bahawa kaedah kaunseling kelompok
psikopendidikan dadah sesuai digunakan untuk meningkatkan konsep kendiri dalam
kalangan pelajar berisiko walaupun hanya terdapat empat komponen konsep kendiri
sahaja yang meningkat. Hasil ujian-t bagi keempat-empat konsep kendiri menunjukkan
peningkatan yang signifikan. Sebelum ini telah banyak kajian yang dijalankan dengan
menggunakan kaedah kaunseling kelompok turut menunjukkan kesan yang positif.
Pihak Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan kokurikulum baru di sekolah yang
menjurus kepada program-program pencegahan dan motivasi secara konsisten kepada
pelajar. Ini adalah kerana program-program pencegahan dan motivasi akan dapat
membantu pelajar lebih mengenali diri mereka, lebih mengenali individu di sekeliling
dan secara tidak langsung membantu kepada peningkatan konsep kendiri. Pengkaji
berharap agar pihak Kementerian Pelajaran dapat mengkaji dan memperhalusi lagi
modul ini agar ia dapat diaplikasi kepada pelajar berisiko kelak. Sekiranya kekuatan
modal insan pelajar risiko ini digilap, pengkaji percaya ia mampu menurunkan isu sosial
dalam kalangan remaja malah secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah
di Malaysia.
Rujukan
Abdul Halim b. Mohd. Hussin et. Al, (2009/2010). Projek Penyelidikan Agensi
Antidadah Kebangsaan & Universiti Sains Islam Malaysia.
Agensi Antidadah Kebangsaan, 2007 Jurnal Antidadah Malaysia, Kementerian Dalam
Negeri.
Agensi Antidadah Kebangsaan, (2007). Dadah Musuh No. 1 Negara, Kementerian
Dalam Negeri.
Ali dan rakan-rakan (1991) Sejauhmanakah Keberkesanan Program Pencegahan Dadah
Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Telah Dilaksanakan Oleh Sekolah-sekolah
Negeri Melaka, Universiti Pertanian Malaysia.
Amin Johari Ghazali (1995). Kesan Latihan Kemahiran Sosial Terhadap Konsep Kendiri
Pelajar, Universiti Utara Malaysia, Diambil pada 28 Mac 2009 daripada
HTTP://WWW.PDF SEARCH-ENGINE.COM/KONSEP KENDIRI-PDF.HTML
Buku Garis Panduan Pendidikan Pencegahan Dadah Dan Publisiti (2009). Agensi
Antidadah Kebangsaan. Kementerian Dalam Negeri.
Campbell, Donald T. & Stanley, Julian C. (1996). Experimental and quasiexperimental
design for research. Johns Hopkins Universit : Houghton Mifflin Company Boston
252
Choong Lean Keow. (2007). Kaunseling : Teori dan Praktis : Pengetahuan &
pengalaman pengamal. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow (1996). Psikopendidikan Sebagai Satu Strategi Tambahan Model
SERENTI , Satu Kajian Perintis Di Pusat Serenti Sungai Besi, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Chuah Moi Kim dan Aminah Hj. Hashim (1998). Kaunseling Berkelompok : Kesan ke
atas konsep kendiri dan pencapaian akademik pelajar yang rendah pencapaian akademik.
Jurnal PERKAMA,7,55-65.
Chua Yan Piaw (2006). Asas statistik penyelidikan. Kuala Lumpur:McGraw-Hill
(Malaysia) sdn. Bhd.
Chuah Moi Kim dan Aminah Hj. Hashim (1998). Kaunseling Berkelompok : Kesan Ke
Atas Konsep Kendiri Dan Pencapaian Akademik Pelajar Yang Rendah Pencapaian
Akademik. Jurnal PERKAMA,7,55-65
Corey, G. (2004). Theory And Practice Of Group Counseling (6th ed). Belmont, CA :
Brooks/Cole-Thomson Learning.
Corey, G. (2005). Theory And Practice Of Counseling And Psychotherapy (7th ed.).CA
: Thomson Brooks/Cole
Ee Ah Meng. (1995). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak (asas pendidikan 4).
Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Fitts, W.H (1996). Tennessee self concept scale TSCS : 2 (2nd ed). WPS Publisher
Distributor
Gladding, S.T (2003). Group work : A Counselling speacialty (4th ed). Upper Saddle
River, NJ: Merrill
Hartina Ahmed Tharbe (2005). Scriptotherapy: Penggunaan Jurnal Reflektif Dalam
Kaunseling Kelompok. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan Kaunseling
Universiti Malaysia 2005.
Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur :
PTS Profesional Publishing
Ishak Mad Shah (2004). Konsep Kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja :
melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal Teknologi, 40
(E) Jun, 2004 : 33-34 Universiti Teknologi Malaysia. Di ambil pada 28 Mac, 2011
daripada http://www.pdf-search-engine.com/konsep-kendiripdf.html
Jamaludin Ahmad (2002), Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dan Keberkesanan Modul
Program Maju Diri Ke Atas Motivasi Pencapaian Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Negeri Selangor. Serdang, UPM.
253
Jamaludin Ahmad, Sidek Mohd. Noah, Rusnani Abd Kadir & Hishamuddin Ahmad
(2002) Keberkesanan Modul Program Maju Diri Ke Atas Motivasi Pencapaian Di
Kalangan Pelajar.
Jamaludin Ahmad. (2007). Modul & Kaunseling Penyalahgunaan Dadah ;Universiti
Putra Malaysia.
Jaz Laile Suzana Jaafar. (1996). Psikologi Kanak-kanak Dan Remaja. Selangor : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Jacobs, E.E., Masson, R.L. & Harvill. R.L (2002). Group counseling : Strategies and
skill (7th ed). Belmont, CA : Thomson Brooks/Cole
Jenau Anak Pawan. (2007). Pendekatan Kaunseling Kelompok Berstruktur Dalam
Membantu Meningkatkan Konsep Kendiri. Projek ilmiah tahun akhir bagi Ijazah Sarjana
Muda (Kaunseling) yang tidak diterbitkan. Kota Samarahan : Universiti Malaysia
Sarawak
Kamarudin Ahmed Junaidi (2004). Pendekatan kaunseling kelompok berstruktur dalam
peningkatan konsep kendiri. Kajian yang tidak diterbitkan, Kota Samarahan.
Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. (Jun 2008). HBEF
2103 Psikologi Pendidikan. Selangor : Open University Malaysia (OUM).
Khatijah Othman, Marina Munira Abdul Mutalib, (2008). Manual Peribadi Remaja
Muslim; Mencari Identiti Unggul Generasi Warisan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2005). Akta Kaunselor 1998 (akta 580) dan
peraturan-peraturan. Petaling Jaya : International Law Book Services.
Mahmood Nazar Mohamed et. Al , 2006 ; Mencegah, Merawat & Memulihkan
Penagihan ; Dadah, Beberapa Pendekatan Dan Amalan Di Malaysia.Utusan Publications
7 Distributors Sdn. Bhd.
Modul Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS (2008), Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Panduan Pengurusan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (2009). Sekolah Bebas
Dadah 2012, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, sector Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Sidek Mohd. Noah (1998). Pengujian dalam psikologi dan kaunseling .Selangor : Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd. Noah (2005). Pengujian & penilaian dalam kaunseling : Teori & aplikasi.
Serdang : Univerisiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd. Noah & Jamaludin Ahmad (2005). Pembinaan modul : Bagaimana
membina modul latihan dan modl akademik. Serdang :Univerisiti Putra Malaysia.
254
Siti Rohani Binti Ahmad, Pendekatan Kaunseling Kelompok Psychoeducational Dalam
Membantu Meningkatkan Konsep Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Yang Lemah
Akademik, 2009, Universiti Malaysia Sarawak.
Wan Abdul Kader Wan Ahmad (1994). Kaunseling kelompok berstruktur : Pengurangan
kebimbangan sosial. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Zainol Madon & Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Panduan mengurus remaja moden.
Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Zuraidah Abdul Rahman (2001). Pembimbing rakan sebaya : Langkah seterusnya.
Petaling Jaya :IBS Buku Sdn. Bhd.
Zuraidah Abdul Rahman (2004). Pengenalan kaunseling kelompok. Selangor : IBS Buku
Sdn. Bhd.
255