International Conference on Research in Islamic Law
1
Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan : Kajian
Implikasinya Ke Atas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996
Azizi Umar & Supyan Hussin
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengenalan
Pendidikan Islam secara formal di Malaysia telah bermula apabila sistem pengajian
pondok yang memakai sistem umumi bertukar menjadi sistem nizami dalam sistem persekolahan
anak-anak orang Islam yang dipanggil madrasah. Pada masa yang sama pengajaran agama Islam
yang diajar di sekolah Melayu turut dianggap sebagai pendidikan formal oleh ibu bapa yang
menganut agama Islam. Pendidikan formal ini lebih dikenali sebagai Sekolah Al-Quran yang
diajar pada waktu petang di sekolah yang sama. Ini bermakna terdapat dua aliran pendidikan
Islam formal telah berjalan serentak sejak sebelum kemerdekaan lagi. Perbezaan kedua-dua
aliran ini ialah Sekolah Al-Quran lahir daripada keperluan untuk anak-anak Melayu yang belajar
di sekolah-sekolah Melayu. Manakala madrasah pula lahir daripada sistem pengajian tradisional
yang berasaskan pengajian pondok sejak awal penjajahan lagi.
Sistem madrasah pada hari ini disebut Sekolah Agama Rakyat dalam sistem persekolahan
moden. Ini adalah kerana madrasah diusahakan oleh jawatankuasa lembaga masyarakat setempat
dan sesetengah pemilikan tanah bagi madrasah tersebut pula dimiliki oleh pengerusi lembaga
tersebut. Kewujudan sekolah tersebut tidak melalui mana-mana pendaftaran institusi atau
pertubuhan tetapi penubuhannya sama seperti penubuhan sebuah masjid, surau atau balai-balai
sah yang diusahakan oleh jawatankuasa penduduk di atas permintaan dan keperluan setempat.
Kini, SAR telah melalui zaman kemajuannya apabila institusi tersebut turut diusahakan
oleh pihak kerajaan negeri dan kemudiannya oleh kerajaan persekutuan. Terdapat SAR yang
telah maju menjadi Sekolah Agama Negeri (SAN) dan terdapat SAR yang menjadi Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan.
Bagaimanapun perkembangan bagi kedua-dua sekolah ini jauh berbeza kerana pengekalan
identiti asasnya yang turut berubah. Ini menjadikan SAN masih kekal dengan sistem
madrasahnya sebaliknya SMKA bukan lagi memakai sistem madrasah. Kehilangan identiti ini
International Conference on Research in Islamic Law
2
adalah disebabkan syarat-syarat untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sebuah sekolah milik
kerajaan persekutuan perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu.
Latarbelakang
Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan proses pendaftaran SAR dalam sistem pendidikan
kebangsaan setelah pelbagai usaha-usaha sebelum ini untuk menguasainya kurang berjaya dan
tidak dapat membantu perkembangan kemajuan SAR dalam pendidikan nasional. Proses
pendaftaran ini mempunyai banyak perbezaan dengan pengambilalihan Sekolah Agama Rakyat
oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1977 sebelum ini (Azizi Umar, 2007). Berdasarkan
kutipan dan data-data penyelidik semasa membuat penyelidikan ini, masalah pengambilalihan
SAR pada tahun 1977 telah memberikan kesan negatif kepada pengusaha SAR hari ini dan pihak
berkuasa agama negeri dalam memberikan sokongan padu kepada kerajaan Persekutuan dalam
mendaftar SAR.
Bagaimanapun, langkah yang dilaksanakan 30 tahun dahulu agak berbeza dengan hari ini
kerana perubahan polisi dan mekanisme yang digunakan. Penginstitusian dahulu lebih banyak
implikasi negatifnya kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pelajaran 1961 kerana ia
dilaksanakan dengan penuh rigid dan ketat. Hasil perkembangan dan perubahan semasa,
beberapa akta telah mengalami perubahan dan suasana tersebut membolehkan SAR
diinstitusikan dengan lebih baik. Namun perubahan tersebut tidak menghilangkan masalah-
masalah yang ada sebelum ini kerana masih wujud beberapa peraturan yang sama dan terus
menjadikan pemodenan SAR terbantut.
Dapatan awal kajian penyelidik mendapati faktor peraturan dan undang-undang yang
disediakan oleh undang-undang persekutuan adalah salah satu daripada kekangannya. Oleh
sebab itulah, keyakinan mereka terhadap kemampuan kementerian pelajaran untuk
melonggarkan peraturan tersebut amat minimum sekali kerana menjadi amalan biasa mana-mana
jabatan di Malaysia perlu mematuhi sistem birokrasi dan peraturan yang dirangka dalam sistem
pendidikan di Malaysia (Robiah Sidin, 1994). Setiap proses yang dilalui memerlukan kelulusan
mengikut tahap yang ditetapkan. Berkemungkinan besar, pada tahap yang lebih rendah atau di
peringkat awal, SAR tidak mempunyai halangan tersebut tetapi apabila melalui tahap yang lebih
International Conference on Research in Islamic Law
3
tinggi atau di peringkat akhir, semacam ada kekangan dan halangan yang tidak dapat dielakkan.
Sistem dan peraturan yang wujud tersebut tidak memungkinkan pentadbiran SAR berjalan
mengikut apa yang dikehendaki.
Pernyataan Masalah
Langkah pendaftaran SAR merupakan langkah besar Kementerian Pelajaran untuk
mengangkat martabat sekolah agama bersama-sama dengan institusi pendidikan yang lain namun
ia tidak disambut seratus peratus oleh pihak yang terlibat. Kajian akan melihat apakah masalah
yang dihadapi oleh pihak tersebut. Proses membangunkan SAR di Malaysia bukanlah baru
kerana sebelum ini ia telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk
menyelaraskannya berdasarkan pengalamannya dalam menguruskan institusi-institusi agama di
peringkat negeri. Dalam struktur pengurusan JAKIM, satu bahagian telah diwujudkan iaitu
Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam. Bahagian ini telah dijadikan urusetia kepada
Lemabaga Penasihat Penyelarasan Pembangunan Pendidikan dan Pelajaran Agama Islam
(LEPAI) untuk menguruskan semua SAR di Malaysia. Penyelarasan ini dengan harapan ia tidak
banyak menimbulkan konflik. Bagaimanapun pergerakannya agak perlahan dan tidak
menyelesaikan banyak masalah dalam tempoh yang diberi (Mahmood Zuhdi, 2008).
A. Pendaftaran SAR Sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan
1. Maksud Pendaftaran
Proses pendaftaran SAR telah dilaksanakan atas persetujuan dan arahan YAB Perdana
Menteri pada masa itu iaitu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Persetujuan tersebut setelah
menerima syor daripada Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pendidikan Islam, Peranan
Sekolah Agama Rakyat dan Memperkasa Sekolah Kebangsaan Khususnya Berkaitan Dengan
Pendidikan Islam. Laporan ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Tan Sri Murad yang
mengesyorkan agar SAR berdaftar dengan Kementerian Pelajaran bagi membolehkan bantuan
yang lebih baik diberikan. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi
sekolah tersebut. Langkah tersebut bermaksud mendaftar SAR seluruh negara dan
menjadikannya institusi pendidikan bantuan kerajaan berdasarkan Seksyen 16 (b). Kategori (a)
ialah institusi pendidikan kerajaan, manakala kategori yang ketiga atau (c) ialah institusi
International Conference on Research in Islamic Law
4
pendidikan swasta. Dalam akta tersebut juga menjelaskan maksud sekolah bantuan kerajaan
iaitu:
institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh
Sumbangan bantuan tersebut dijelaskan lagi ; apa-apa bayaran dari wang awam, selain
daripada sumbangan modal. Manakala maksud sumbangan modal pula bayaran daripada
wang awam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi (Akta Pendidikan 1996):
(a) Mengadakan bangunan
(b) Mengubah atau menambah premis yang sedia ada
(c) Mengadakan perabot atau kelengkapan bagi premis yang baru, diubah atau ditambah
(d) Apa-apa maksud lain sebagaimana ditetapkan.
2. Status Pendaftaran
Mengikut sumber dari Kementerian Pelajaran, sehingga ke hari ini jumlah sekolah agama
yang berdaftar sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) ialah 154 buah daripada 380 buah ke
semuanya. Jumlah sekolah tersebut boleh dikategorikan kepada dua peringkat iaitu peringkat
rendah sebanyak 54 buah dan peringkat menengah sebanyak 103 buah. Peringkat menengah pula
dikategorikan kepada empat jenis sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri
(milik kerajaan negeri dan majlis agama Islam negeri), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri
dan Sekolah Menengah Agama Biasa (tiada kurikulum Mata pelajaran Diniah atau Kurikulum
Al-Azhar). Ini bermakna hanya 40 peratus sahaja yang bersedia untuk mendaftar sebagai
Sekolah Bantuan Kerajaan anjuran kementerian (Dangiran Mustapha, 2008). Itu pun termasuk
sekolah-sekolah agama yang bukan SAR bersistem madrasah seperti mana asal penubuhannya.
Bagaimana pula dengan baki sekolah yang belum mendaftar sebanyak 60 % lagi sedangkan
segala usaha kempen, rayuan dan cadangan telah diberikan. Lebih menyedihkan lagi apabila
SAR yang telah mendaftar sekitar 40% tersebut juga berada dalam keadaan yang serba salah.
Persetujuan yang dibuat sebelum ini melalui memorandum persefahaman tidak melalui proses
atau dalam keadaan terdesak dan tiada pilihan lain. Satu perkara penting yang mungkin perlu
diambil perhatian oleh kedua-dua pihak sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri
ialah tentang persetujuan LEPAI terhadap proses pendaftaran ini. Penyelidik tidak mempunyai
International Conference on Research in Islamic Law
5
data dan kajian