Download - Pendaftaran Kaunselor Dan Perakuan Amalan
![Page 1: Pendaftaran Kaunselor Dan Perakuan Amalan](https://reader030.vdokumen.net/reader030/viewer/2022012318/55cf9278550346f57b96ba0c/html5/thumbnails/1.jpg)
PENDAFTARAN KAUNSELOR DAN PERAKUAN AMALAN
PARMELA VIJAYAN7 PISMP PSV//PJ/PM
![Page 2: Pendaftaran Kaunselor Dan Perakuan Amalan](https://reader030.vdokumen.net/reader030/viewer/2022012318/55cf9278550346f57b96ba0c/html5/thumbnails/2.jpg)
Sesiapa yang ingin mengamal kaunseling perlu mendaftar dengan Lembaga Kaunselor terlabih dahulu.
Sekiranya Lembaga Kaunselor berpuas hati terhadap pemohon sama ada warganegara Malaysia ataupun penduduk tetap yang berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun dan ada kelayakan, mereka layak dan sesuai untuk menjadi seorang kaunselor.
![Page 3: Pendaftaran Kaunselor Dan Perakuan Amalan](https://reader030.vdokumen.net/reader030/viewer/2022012318/55cf9278550346f57b96ba0c/html5/thumbnails/3.jpg)
Walau bagaimanapun, akta ini menghalang keras individu yang tidak berkelayakan daripada memperkenalkan diri ataupun yang enggan mendaftar dengan Lembaga Kaunselor.
![Page 4: Pendaftaran Kaunselor Dan Perakuan Amalan](https://reader030.vdokumen.net/reader030/viewer/2022012318/55cf9278550346f57b96ba0c/html5/thumbnails/4.jpg)
Perkara-perkara yang dilarang…
1. Tidak membenarkan mereka mengamalkan atau mengendalikan perkhidmatan kaunseling.
2. Menjalankan amalan sebagai kaunselor.3. Bekerja sebagai kaunselor.4. Menggunakan terma “kaunselor berdaftar”
atau apa-apa terma dalam bahasa lain yang membawa maksud seseorang itu iailah kaunselor berdaftar.
5. Menggunakan atau mempamerkan sebarang tanda, papan tanda, kad atau apa jua bentuk yang menggambarkan atau menunjukkan seseorang itu kaunselor berdaftar di bawah Akta Kaunselor 1998.
![Page 5: Pendaftaran Kaunselor Dan Perakuan Amalan](https://reader030.vdokumen.net/reader030/viewer/2022012318/55cf9278550346f57b96ba0c/html5/thumbnails/5.jpg)
Sekiranya terbukti salah….
Individu tersebut akan didenda tidak lebih daripada RM 30,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Peruntukan ini bertujuan mengawal sesiapa yang tidak berkelayakan daripada mengamalkan kaunseling.
![Page 6: Pendaftaran Kaunselor Dan Perakuan Amalan](https://reader030.vdokumen.net/reader030/viewer/2022012318/55cf9278550346f57b96ba0c/html5/thumbnails/6.jpg)
SIJIL PERAKUAN AMALAN.Walaupun seorang kaunselor
telah didaftarkan sebagai kaunselor, kaunselor tersebut tidak dibenarkan menjalankanamalan sebagai kaunselor sehinggalah memiliki Sijil Perakuan Amalan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor di bawah Akta Kaunselor 1998.
![Page 7: Pendaftaran Kaunselor Dan Perakuan Amalan](https://reader030.vdokumen.net/reader030/viewer/2022012318/55cf9278550346f57b96ba0c/html5/thumbnails/7.jpg)
Hal ini dinyatakan dalan Seksyen 28(1) Akta Kaunselor 1998, iaitu kaunselor berdaftar di bawah seksyen 26 yang ingin menjalankan amalan sebagai kaunselor mestilah membuat permohonan menggunakan borang yang ditetapkan dalam masa sebulan selepas tarikh perakuan pendaftaran sebagai kaunselor berdaftar di bawah seksyen 26(4).
![Page 8: Pendaftaran Kaunselor Dan Perakuan Amalan](https://reader030.vdokumen.net/reader030/viewer/2022012318/55cf9278550346f57b96ba0c/html5/thumbnails/8.jpg)
Setiap kaunselor mesti mempamerkan Sijil Perakuan Amalan ini di setiap permis yang digunakan sebagai tempat kaunseling.
Jika seorang kaunselor tidak mempamerkan sijil tersebut boleh dituduh melakukan kesalahan dan boleh dibawa ke hadapan prosiding tatatertib di bawah Bahagian VI dan tidak layak untuk mendapat sebarang yuran,caj atau pembayaran bagi perkhidmatan kaunseling.
![Page 9: Pendaftaran Kaunselor Dan Perakuan Amalan](https://reader030.vdokumen.net/reader030/viewer/2022012318/55cf9278550346f57b96ba0c/html5/thumbnails/9.jpg)
Ia adalah jelas akta ini telah digubal untuk tujuan melindungi hak-hak kaunselor profesional daripada pelaranggan undang-undang oleh kaunselor palsu yang tidak beretika dan profesional.