Download - pencemaran 1
ELEMEN 1
ELEMEN
2
Pencemaran Alam Sekitar di Pekan Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman
Penghargaan.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya,Puan
Nik Norsiah yang telah memberikan semangat, tunjuk ajar, danbimbingan. Beliau telah
memberikan keyakinan kepada saya untuk menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada
pengetua,Tuan Haji Sabri kerana mengizinkan kami membuat kerja kursus PMR.
Tidak ketinggalan juga rakan-rakan saya iaitu_________,________,
________dan __________ yang telah banyak membantu saya dalam membuat kerja kursus ini.
Mereka telah memberi kerjasama yang baik untuk saya menyiapkan kerjakursus ini.
Terima kasih juga kepada semua responden yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam usaha mendapatkan maklumat bagi tujuan kerja kursus ini terutama sekali
penduduk di sekitar Pekan Kuah.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa saya,
Jamilah binti Ali dan Md. Baseri bin Hashim yang telah memberikan maklumat yang diketahui
olehmereka dan memberi cadangan yang baik kepada saya semasa menjalankan kerja kursus ini.
Sokongan moral yang telah diberikan amat bermakna bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus
ini.
Pendahuluan
Saya Nur Syazwani Naqibah binti Md. Baseri, pelajar 3RK Perdana di Sekolah
Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi telah diarahkan oleh guru Geografi untuk
menjalankan tugasan kerja kursus Geografi Penilaian Menengah Rendah 2011.
Tajuk kajian ini ialah Pencemaran alam sekitar di Pekan Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman.
Pekan Kuah terletak berhampiran dengan sekolah saya. Oleh itu, ianya memudahkan saya
membuat kajian serta mendapat maklumat untuk melengkapkan kajian ini.
Saya dan rakan-rakan saya,________dan __________ telah menjalankan kajian ini pada
waktu petang iaitu selepas waktu persekolahan dan telah berjaya menyiapkan kerja khusus ini
dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 5 minggu bermula dari Februari hingga Mei 2011
Objektif Kajian
Saya bersyukur kerana telah dapat melaksanakan kerja kursus Geografi bagi tajuk tugasan 1 mengikut objektif seperti berikut
1. Menjelaskan maksud konsep pencemaran alam sekitar2. Menyenaraikan jenis pencemaran alam sekitar di sekitar Pekan Kuah.3. Menghuraikan sebab berlakunya pencemaran udara di Pekan Kuah.4. Mengenal pasti kesan pencemaran udara dan air di Pekan Kuah Langkawi.
5. Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran di Pekan Kuah.
6. Saya berbangga menjadi penduduk pekan Kuah kerana terdapat banyak kemudahan berbanding dengan kawasan lain di Pulau langkawi.
Kawasan Kajian
Pekan Kuah bermula dengan sebuah perkampungan nelayan dan telah berkembang pesat
setelah peristiharan pulau langkawi sebagai Bandar pelancongan pada tahun 1980- an oleh Tun
Dr. Mahathir Muhamad. Bermula dari itu Pakan telah berubah lanskapnya kepada terbinanya
bangunan dan ruang perniagaan yang banyak.
Kawasan kajian saya ialah Pekan Kuah, Langkawi. Ia terletak di daerah Langkawi.Negeri
Kedah Darul Aman. Kawasan kajian saya terdapat Pusat Membeli-Belah Langkawi Fair dan
langkawi Parade. Keadaan fizikal kawasan Pekan Kuah, Langkawi adalah tanah pamah, pinggir
laut dan bukit bukau di bahagian utara Pekan Kuah. Secara keseluruhan, kawasan kajian saya
terletak di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Langkawi (MPL)
Jarak mutlak dari Bandar Kuah ke kawasan kajian adalah lebih kurang10 km dari pecan Air Hangat. Ia memerlukan lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Pekan Air Hangat. Tiada perkhidmatan bas disediakan di pulau langkawi.
Jarak dari sekolah ke kawasan kajian pula ialah 18 kilometer dari lapangan terbang padang mat sirat dan mengambil masa selama 25 minit dengan menaiki kereta atau teksi.
Kaedah Kajian
Dalam usaha saya menyiapkan kerja kusus Geografi PMR 2011 ini, saya telah
menggunakan beberapa kaedah kajian. Kaedah-kaedah kajian adalah seperti berikut:
a)PEMERHATIAN
Saya menjalankan pemerhatian bersama rakan saya tentang perletakan kawasan kajian
saya dari segi pandang darat fizikal dalam tempoh satu jam. Saya dan rakan saya juga turut
membuat pemerhatian tentang pencemaran alam sekitar yang berlaku di sekitar Pekan Kuah dan
keadaan air sngai di pecan Kuah. Apa yang telah
diperhatikan kami telah catitkan ke dalam buku catatan,
TEMUBUAL
Kami telah menyediakan borang untuk menemubual responden secara berkumpulan
selepas sesi sumbang saran dalam kelas bersama guru Geografi kami. Kemudian saya
menggunakan borang-borang tersebut untuk mendapat maklumat daripada 3 orang responden di
kawasan kajian.
Saya telah menemubual mereka tentang adakah mereka mengetahui tentang sebab
berlakunya pencemaran alam tersebut. Kesan atau langkah untuk mengurangkan pencemaran
tersebut.
Konsep pencemaran
Pencemaran alam sekitar merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,
hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang
memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan
ekosistem, serta mengganggu keseimbangan alam sekitar.
JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI PEKAN KUAH LANGKAWI.
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan perubahan sebarang bahan
kimia, jirim zarahan atau bahan biologi di atmosfera yang boleh menyebabkan mudarat atau
ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke
dalam dalam atmosfera.
Bahan pencemar dalam udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran air , seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air sungai
atau laut.
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan
warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.
Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh
didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di
mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu, pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu
meluas kerana didapati di seluruh dunia.
Pencemaran tanah adalah berlakunya perubahan struktur tanah apabila bahan kimia
buatan manusia menyerap ke dalam tanah.
PUNCA PENCEMARAN UDARA DAN AIR DI PEKAN Kuah Langkawi.
Pembuangan sisa dan tumpahan minyak dari kapal
Pembuangan sisa dan tumpahan minyak dari kapal merupakan salah satu sebab terjadinya
pencemaran laut. Ia juga merupakan pencemaran yang paling teruk di laut di Pekan Kuah. Ini
kerana tumpahan minyak di atas permukaan laut telah menghalang cahaya matahari sampai ke
laut, mengakibatkan tumbuhan tidak dapat menghasilkan makanan.
Penggunaan racun rumpai
Di Pekan Kuah, Langkawi penggunaan racun rumpai agak kurang berbanding tempat
lain. Namun penggunaan racun rumpai di kawasan pertanian getah dan sayuran di kawasan
pedalaman seperti di Kg Syed Nahar menyebabkan aliran sungai bercampur racun di bawa ke
muara di Pekan Kuah. Secara tidak langsung Pekan Kuah juga terlibat dalam pencemaran air ini.
Baja kimia dan racun serangan dalam aktiviti pertanian.
Aktiviti pertanian juga menyebabkan pencemaran laut.Racun serangga yang digunakan
dalam pertanian mengandungi pelbagai bahan kimia.Jika berlakunya hujan,air hujan akan
mengalirkan racun serangga ke sungai dan selepas itu,ia akan mengalir ke sungai dan kehidupan
marin akan terjejas. Sungguhpun aktiviti pertanian tidak banyak dijalankan di Pekan Kuah.
Namun kesanya tetap wujud.
PEMBEBASAN ASAP HASIL DARI PEMBAKARAN BAHAN API FOSIL
Pencemaran laut sebenarnya berkaitan dengan pencemaran udara, pencemaran udara pula
berlaku adalah akibat dari asap-asap eksos kereta, asap yang dibebaskan semasa melakukan
pembakaran secara terbuka.dan akibat dari perlepasan gas-gas beracun lain ke udara. Asap-asap
tersebut yang mengandungi bahan kimia seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan sulphur
monoksida akan mewujudkan hujan asid, hujan asid boleh menjuruskan kepada berlakunya
pencemaran laut.
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
KESAN
Hidupan laut akan mati atau pupus
Tumpahan minyak akan menyebabkan hidupan marin mati kerana tidak memperolehi
oksigen yang mencukupi. Lama-lamanya hidupan marin akan mati atau bantut akibat kualiti air
laut yang terlalu buruk.
Hidupan akuatik di darat akan musnah
Hujan asid yang mengandungi sulfur dioksida dan juga nitrogen dioksida, ini boleh
menyebabkan eutrofikasi dan boleh membunuh kehidupan akuatik. Keadaan ini jelas tidak
banyak berlaku di Pekan Kuah kerana bilangan kenderaan yang kurang dan tiada kilang di Pulau
Langkawi ini.
Air berbau busuk
Pembuangan sisa restoran ke longkang, sungai dan seterusnya ke laut akan menyebabkan
air banyak tedapat bacteria yang menyebabkan air sungai, longkang dan laut yang terjejas
menjadi busuk.
Air bertukar warna hitam.
Sisa restoran yang lepaskan ke lautan berhampiran akan menyebabkan air bertukar
warna. Dahulunya air lau di sekitar taman lagenda dan disekitar dataran lang berwarna biru atau
jernih tetapi kini telah bertukar menjadi warna hitam akibat terdapat banyak bahan pencemar
yang terdapat dalam air laut tersebut.
Menyebabkan penyakit kulit.
Penggunaan air di kawasan yang tercemar akan menjejaskan kesihatan . Kawasan sekitar
Pekan kuah tidak lagi sesuai untuk aktiviti rekreasi terutamanya untuk untuk aktiviti mandi di
pantai kerana terdapat banyak kawasan pantai telah di tambah dan berlakunya banyak tumpahan
minyak dari bot pelancongan. Ini telah menyebabkan pengunjung yang melakukan aktiviti
mandi di Pekan kuah akan mengalami penyakit kulit.
Langkah - .
Kuatkuasakan undang-undang.
Kerajaan perlu menjalankan dan melaksanakan tindakan yang tegas kepada pihak agensi
pelancongan dan peniaga yang terbukti sengaja menyebabkan tumpahan minyak ke laut dan
sungai. Ini boleh menyebabkan pantai di Langkawi lebih bersih dan indah.
Penggunaan minyak tanpa plumbum.
Penggunaan minyak tanpa plumbum akan menyebabkan persekitaran lebih bersih. Ini
kerana bahan yang dilepaskan ke udara kurang kandungan karbon yan g boleh menjejaskan
kesihatan penduduk di Pekan Kuah.
Penggunaan Katalag Converter
Setiap kenderaan telah di pasang alat penapis dan menukarkan gas beracun kepada gas
yang kurang beracun. Contohnya gas karbon monoksida boleh ditukarkan kepada gas karbon
dioksida hanya dengan menggunakan alat catalaj Converter ini.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat
penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan
tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar
lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu
dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna.
Kitar semula bahan buangan
Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna
dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan
tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk
menghasilkan metana.
Mencari sumber alternative
Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu
usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi
moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam
sekitar.
B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh
kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab
kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.
Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri
terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang
betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa
masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang
mencemarkan alam sekitar.
Rumusan Kajian
Pekan Kuah, Langkawi merupakan antara salah bandaraya pelancongan yang mengamalkan
kegiatan berasaskan pelancongan dan perlu mengamalkan konsep konsep 3R iaitu reuse,reduce
dan juga recycle.
Antara kepentingan penjagaan alam sekitar ialah dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar dan juga menceriakan persekitaran. Apabila masalah pencemaran semakin berkurangan
dan persekitaran semakin kelihatan ceria kita akan hidup dalam keadan yang lebih selesa.
Terdapat juga beberapa masalah ataupun halangan yang dihadapi seperti ramai
penduduk Pekan Kuah yang masih lagi rendah kesedaran sivik dalam menjaga kebersihan alam
sekitar dan yang masih kurang arif tentang punca sebenar pencemaran alam sekitar di pecan kuah
ini.
Namun begitu terdapat beberapa inisiatif ataupun langkah yang boleh diambil bagi
mengatasi masalah ini. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen kitar semula, membuat
kerjasama dengan pihak berkuasa dan menjalankan aktivi gotong-royong. Di samping boleh
emaran terhadap alam sekitar, langkah ini juga boleh memupuk kesefahaman serta perpaduan di
kalangan masyarakat.
Lampiran
RUJUKAN
Saya telah merujuk beberapa bahan bacaan seperti Buku Teks Geografi untuk
mendapatkan maklumat-maklumat mengenai kitar semula. Saya juga telah merujuk Kerja Kursus
Geografi yang telah saya lakukan pada tahun lepas. Selain itu , saya juga telah merujuk Kamus
Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai konsep pencemaran
alam sekitar melalui Internet.