Download - Pemuliharaan hutan
-
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: CADANGAN REKA BENTUK SUBSISTEM MAKLUMAT
PERUNDANGAN BAGI PENGURUSAN KAWASAN TANAH BENCAH. KAJIAN KES: TG.PIAI & SG. PULAI.
SESI PENGAJIAN: 2006/2007
Saya NAFISA BINTI HOSNI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (9)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
9 TIDAK TERHAD Disahkan oleh
______________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:
Tarikh: 27 November 2006 Tarikh: 27 November 2006
PROF. DR. AHRIS BIN YAAKUP Nama Penyelia
NO 12 JLN 2/2A, 43650 BDR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
-
ong yang tidak berkenaan
CADANGAN REKA BENTUK SUBSISTEM MAKLUMAT PERUNDANGAN BAGI
PENGURUSAN KAWASAN TANAH BENCAH
KAJIAN KES: TG. PIAI & SG. PULAI.
NAFISA BINTI HOSNI
Tesis ini dikemukakan
Sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains Perancangan (Teknologi Maklumat)
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2006
-
i
PENGAKUAN
Saya akui karya ini merupakan hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ..............................................................
Nama Penulis : Nafisa binti Hosni
Tarikh : 27 November 2006
-
ii
To abah, who always made me feel that he was proud of me
and
To mak, who helped me do the things that made him proud
and
To my lovely younger sisters, with gratitude for all the things weve shared together-including some of the most hilarious and difficult moments of my
life
and
to my family-with all my love
-
iii
PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah...berkat doa, usaha, restu dan limpah kurnia dan rahmat daripada-Nya, maka Projek Sarjana ini dapat disiapkan seperti yang telah dijanjikan. Dengan izinNya, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan Projek Sarjana ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Ahris Yaakup, selaku ketua penyelia Projek Sarjana dan Dr Foziah Johar, selaku penyelia Projek Sarjana yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan teguran membina serta tanpa jemu-jemu membantu saya menyiapkan Projek Sarjana ini. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kerana sentiasa memberi kesempatan dan meluang masa yang ada untuk menyemak, memeriksa serta memberikan komen membina agar saya dapat memperbaiki lagi kekurangan yang terdapat di dalam kajian ini. Penghargaan ini juga, ditujukan buat En. Ahmad Tajuddin yang sentiasa menyokong dan membantu serta Pn. Mahanum yang tidak lokek memberikan ilmu dan bahan rujukan yang berguna buat melengkapi kajian ini. Terima kasih tidak terhingga juga, diucapkan buat semua pensyarah yang telah banyak mencurahkan ilmu yang sangat berguna di sepanjang saya berada di UTM ini. Terima kasih juga kepada Pegawai Perbadanan Taman Negara Johor kerana sudi membantu dan memberikan maklumat yang diperlukan bagi kajian ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan. Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan buat ibu bapa serta keluarga yang sentiasa berada di sisi memberi sokongan dan dorongan, berpenat lelah membantu dan berkorban wang, tenaga dan masa. Tidak lupa buat rakan seperjuangan Haiza Wahida, Noordini, Nurshikhah, Zalissa, Ediwan, Norhidayat dan Wan Yusryzal yang banyak membantu, memberi kata semangat, dorongan dan kritikan membina. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Semoga kajian ini dapat dimanfaatkan untuk faedah bersama. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Sekian Terima Kasih.
-
iv
ABSTRAK Tanah bencah merupakan ekosistem yang paling penting dan produktif di dunia, berfungsi menyediakan ruang paling serasi dan sesuai untuk pembiakan, pembesaran, sumber makanan dan habitat persinggahan populasi hidupan liar terpenting dalam kondusi yang lembap. Fungsi kawasan tanah bencah ini adalah sangat bernilai di mana pengurusan mengenai penggunaannya haruslah dibuat dengan perhatian yang tinggi. Proses Pengurusan kawasan tanah bencah melibatkan teknik kompilasi analisis dan penilaian yang sistematik terhadap alam sekitar dan ekologi tanah bencah. Oleh kerana itu, ia memerlukan sistem pengurusan yang sistematik bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukkan perundangan yang relevan sebelum tindakan dilakukan. Oleh kerana itu, aktiviti pengurusan terutamanya melibatkan cadangan pembangunan yang dijalankan oleh Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) selaku badan pembuat keputusan perlu dipandu arah oleh perundangan dan mekanisme lain seperti polisi, akta, garis panduan dan peraturan. Didapati, perundangan sebagai rujukan bagi proses pengurusan masih dalam bentuk manual (berasaskan kertas). Rujukan ini melibatkan timbunan pelbagai jenis buku rujukan undang-undang yang menyebabkan kesukaran merujuk bagi tujuan pengurusan oleh pengurus kawasan tapak. Walaupun akta dan perundangan yang berkaitan dengan kawasan kajian telah ada dan diterima pakai, namun pelaksanaan ke atas peruntukkan ini masih tidak digunakan sepenuhnya dan berkesan. Permasalahan ini membawa kepada keperluan kajian dengan memilih Tg. Piai dan Sg. Pulai sebagai kajian kes. Dalam menjadikan perundangan dan garis panduan lebih mudah untuk dirujuk, kajian ini telah mencadangkan penterjemahan perundangan dalam bentuk dokumen kepada bentuk data spatial. Dalam kajian ini,, perundangan yang relevan dengan kawasan dianalisis berasaskan implikasinya terhadap ruang dan aktiviti. Kajian ini telah menemukan 3 peringkat utama dalam menginterpretasikan perundangan ke dalam bentuk ruang iaitu penentuan zon, penentuan pelan pengezonan dan analisis implikasi perundangan. Analisis yang telah dijalankan ini, membantu penghasilan Pelan Pengezonan dan garis panduan kawasan tanah bencah seterusnya membawa kepada cadangan Subsistem Maklumat Perundangan. Kajian telah mencadangkan 3 modul utama bagi subsistem iaitu Fizikal, Perancangan Pengurusan dan Rujukan Perundangan. Penterjemahan perundangan dalam bentuk dokumen ke bentuk ruang melalui aplikasi GIS diharapkan dapat membantu dan memberi kemudahan kepada pengurus mengawal selia kawasannya seterusnya meningkatkan dan memperkukuhkan pengguna pakaian undang-undang dalam sistem pengurusan tanah bencah.
-
v
ABSTRACT Wetland are among the most important and productive ecosystems in the world as it provide critical nesting, rearing, feeding and stop over habitat for bird and other wildlife populations in the wet condition. These wetlands functions are thus extremely valuable whereby management about their use should be made with great caution. The wetland management processes involve the technique of systematic compilation of analysis and evaluation of environmental and ecological attributes of the wetland. It requires a systematic management system in ensuring that the decisions made are based on the relevant guidelines before any action taken. Therefore, the management activities mainly involves proposed development exercised by Johor National Park Corporation as an approving authority in management planning area should be guided by laws and other mechanism such as policies, acts, regulations and guidelines. It is found that, the guidelines as references for management processes are still in manual form (paper basis). The references involve stack of papers with vary types of guidelines and acts caused the difficulties of referencing for management purposes. Even though the existing acts and regulations are there and being accepted but the implementation of it is still far from satisfactory and inefficient. The issues and problems invite study to be conducted whereby Tanjung Piai and Sungai Pulai Mangrove Reserve are chosen as study area. In making the laws and guidelines much easier to refer, this study has proposed translation of guidelines into spatial data context. In this study, the relevant legislations are analyzed based on the spatial and activities implication. This study has identified three (3) main stages of analysis i.e. determination of biosphere zones, determination of zoning plan and legislations implication. The conducted analysis proposes a design of Legislation Information Subsystem (LIS). This study, proposed three (3) main modules of LIS namely Physical Condition, Management Planning and Legislation References. It is hoped that, the manifestation of legislation into spatial data through GIS application and together with the proposed Legislation Information Subsystem will facilitate and assist manager in managing their own area and eventually will enhance and improving the use of existing legislation in the management system.
-
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI PELAN
SENARAI SINGKATAN
i.
ii.
iii
iv
v
vi
x
xi
xiii
xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Isu dan Masalah 2
1.3 Persoalan Kajian 8
1.4 Matlamat dan Objektif 9
1.4.1 Matlamat 9
1.4.2 Objektif 9
1.5 Skop Kajian 10
1.6 Kawasan Kajian 10
1.7 Metodologi Kajian 11
1.7.1 Kajian Awalan 12
-
vii
1.7.2 Kajian Literatur 12
1.7.3 Pengumpulan Data 13
1.7.4 Analisis 14
1.7.5 Cadangan Reka bentuk 15
2 PERUNDANGAN DAN PENGURUSAN TANAH BENCAH
`
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kepentingan Pengurusan Kawasan Tanah Bencah 18
2.2.1 Konsep Pengurusan Tanah Bencah 20
2.2.2 Sistem Pengurusan Tanah Bencah dan Garis panduan 22
2.3 Perundangan Dalam Pengurusan Tanah Bencah 24
2.3.1 Polisi dan Strategi 24
2.3.2 Rangka Perundangan 25
2.4 GIS, Sistem Maklumat Eksekutif dan Perundangan Bagi
Pengurusan Tanah Bencah 27
2.5 Sistem Maklumat Perundangan Bagi Pengurusan
Tanah Bencah 31
2.5.1 Sistem Pengurusan Kawasan Tanah Bencah
Natimuk-Douglas 31
2.5.2 Arkansas Wetland Resource Management
Information System 32
2.5.3 Conservation Management System 35
2.5.4 Easy Access Coastal Information System 35
2.6 Rumusan 39
3 SISTEM PENGURUSAN TAMAN NEGARA JOHOR
3.1 Pengenalan 42
3.2 Tapak Ramsar dan Implikasi Penggazetan Kawasan Kajian.
43
3.3 Carta Organisasi Pengurusan 43
3.4 Sistem Pengurusan Semasa 47
3.4.1 Sistem Pengurusan Tapak Ramsar 48
3.5 Guna pakai Perundangan dan Garis panduan Semasa
bagi Sistem Pengurusan Kawasan Kajian 52
3.5.1 Perundangan 52
-
viii
3.5.1.1 Akta Perhutanan Negara 1984 53
3.5.1.2 Akta Kualiti alam Sekeliling 1974 54
3.5.1.3 Akta Perikanan 1985 56
3.5.1.4 Enakmen Perbadanan Taman Negara
Johor 1989 56
3.5.2 Polisi dan Garis panduan lain 57
3.6 Keperluan dan Ketersediaan Data 58
3.7 Rumusan 59
4 PANGKALAN DATA BAGI ANALISIS PELAN
PENGEZONAN KAWASAN TANAH BENCAH
4.1 Pengenalan 60
4.2 Sumber Data 61
4.3 Justifikasi Reka bentuk 61
4.4 Keperluan Data dan Maklumat Berdasarkan Analisis 62
4.5 Konsep Reka bentuk Pangkalan Data 66
4.6 Penggunaan DBMS 67
4.8 Perolehan Data dan Format Data 77
4.9 Rumusan 77
5 PELAN PENGEZONAN & PERUNDANGAN KAWASAN
TANAH BENCAH
5.1 Pengenalan 78
5.2 Peringkat 1-Penetapan Zon Biosfera 80
5.2.1 Konsep Pengezonan 82
5.2.1.1 Zon Pusat 82
5.2.1.2 Zon penampan 83
5.2.1.3 Kawasan Luar -Zon Pertukaran 83
5.2.2 Justifikasi Pengezonan 84
5.2.3 Model Zon Biosfera 86
5.3 Peringkat 2 - Penetapan Pelan Pengezonan Kawasan
Tanah Bencah di Zon Pusat (biosfera) 94
5.3.1 Konsep 95
5.3.2 Analisis Matriks 97
5.3.3 Pendekatan PFCA dan Penentuan Kriteria 101
5.3.4 Penetapan Kriteria Bagi Model Pelan Pengezonan
Kawasan Tanah Bencah 102
-
ix
5.3.5 Model Pelan Pengezonan Pengurusan Tanah Bencah 103
5.4 Peringkat 3 - Implikasi Akta dan Ruang 110
5.4.1 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 110
5.4.2 Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972 112
5.4.3 Akta Perikanan, 1985 dan Peraturan 113
5.4.4 Akta Perhutanan Negara 1984 115
5.4.5 Akta Air, 1920 117
5.4.6 Garis panduan JPS 1/97 118
5.5 Zon Kawasan Tanah Bencah dan Peruntukkan Perundangan 119
5.6 Rumusan 121
6 CADANGAN REKA BENTUK SUBSISTEM MAKLUMAT
PERUNDANGAN
6.1 Cadangan Pembangunan Sub-Sistem 123
6.1.1 Konsep Model Sub-Sistem Maklumat Perundangan 123
6.1.2 Modul Sub-Sistem 124
6.2 Cadangan Reka bentuk Pangkalan Data Sub-Sistem
Maklumat Perundangan Pengurusan Kawasan
Tanah Bencah 128
6.2.1 Konsep Hubungan Entiti 130
6.3 Rumusan 132
7 PENUTUP
7.1 Implikasi dan Kepentingan Kajian 134
7.2 Kajian Lanjutan 135
7.3 Rumusan 136
RUJUKAN 138
LAMPIRAN 143
-
x
SENARAI JADUAL
NO
JADUAL TAJUK
MUKA
SURAT
Jadual 3.1: Arahan Yang Relevan Dengan Kawasan
Kajian Yang Diperuntukkan Di Bawah Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974. 54
Jadual 4.1: Kriteria Analisis Pelan Pengezonan 63
Jadual 4.2: Atribut Bagi Pangkalan data 72
Jadual 5.1: Justifikasi Pelan Pengezonan Biosfera dan Perundangan 83
Jadual 5.2: Keluasan Zon Biosfera. 93
Jadual 5.3: Garis panduan Zon Biosfera 93
Jadual 5.4: Analisis Matriks Kepentingan Setiap Zon 99
Jadual 5.5: Perincian Kriteria Zon Kawasan 100
Jadual 5.6: Keperluan Lapisan Data Model Analisis 103
Jadual 5.7: Keluasan Zon Kawasan Tanah Bencah 110
Jadual 5.8: Implikasi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
Terhadap Aktiviti dan Ruang 111
Jadual 5.9: Implikasi Akta Perlindungan Hidupan Liar,
1972 Terhadap Aktiviti dan Ruang 113
Jadual 5.10: Implikasi Akta Perikanan 1985 dan
Peraturan Terhadap Aktiviti dan Ruang 114
Jadual 5.11: Implikasi Akta Perhutanan Negara 1984
Terhadap Aktiviti dan Ruang 116
Jadual 5.12: Implikasi Akta Air, 1920 Terhadap Aktiviti dan Ruang 118
-
xi
Jadual 5.13: Implikasi Garis panduan JPS 1/97 Terhadap
Aktiviti dan Ruang 119
Jadual 5.14: Peruntukkan Akta dan Zon Kawasan Tanah Bencah 120
Jadual 6.1: Modul Sub-sistem dan fungsinya 124
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
Rajah 1.1: Kawasan Ancaman Akibat daripada Pembangunan Kawasan
di Sungai Pulai 6
Rajah 1.2: Pelan Lokasi Sungai Pulai dan Tanjung Piai 11
Rajah 2.1: Sumber jaya dan Kepelbagaian Spesies di Kawasan
Kajian yang menarik untuk pelancongan dan penyelidikan 18
Rajah 2.2: Kawasan rumpai laut dan batu karang yang
penting bagi ekologi dan habitat spesies di Sungai Pulai
Yang perlu dipelihara 19
Rajah 2.3: Sungai Pulai yang kaya dengan hutan paya bakau
dan rumpai laut serta kepelbagaian spesis. 19
Rajah 2.4: Contoh Perkaitan Perundangan Dalam Pengurusan
Tanah Bencah. 31
Rajah 2.5: Paparan Antara muka Sistem AWRIMS 33
Rajah 2.6: Paparan Antara muka rujukan Maklumat
Perundangan Bagi Sistem AWRIMS 34
Rajah 2.7: Paparan Antara muka rujukan Maklumat
Perundangan Bagi Sistem Maklumat Pesisiran Pantai 37
-
xii
Rajah 2.8: Paparan Antara muka rujukan Maklumat
Perundangan Bagi Sistem Maklumat Pesisiran Pantai 38
Rajah 3.1: Carta Organisasi Perbadanan Taman Negara Johor 46
Rajah 3.2: Struktur Pengurusan Kawasan Tapak Ramsar. 45
Rajah 3.3: Proses Semasa Pengurusan Taman Negara Johor 47
Rajah 3.4: Proses Semasa Pengurusan Tapak Ramsar 48
Jadual 4.1: Kriteria Analisis Pelan Pengezonan 68
Rajah 4.2: Konsep Perhubungan Di antara Data 69
Rajah 4.3: Pangkalan Data Geodatabase 70
Rajah 5.1: Rangka Kerja Analisis Kajian 79
Rajah 5.2: Ilustrasi Peringkat Analisis Kajian 80
Rajah 5.3: Zon Biosfera Kawasan Tapak Ramsar yang
dicadangkan oleh Convention Ramsar, 1971 82
Rajah 5.4: Model Analisis Pembentukan Zon Biosfera 93
Rajah 5.6: Peringkat Kerja Kaedah Bagi Penetapan Pelan
Pengezonan Kawasan Tanah Bencah 96
Rajah 5.7: Konsep Pelan Pengezonan Kawasan Tanah Bencah 97
Rajah 5.8: Perkaitan Kriteria Kawasan Zon dan Pendekatan PFCA 102
Rajah 5.9: Model Analisis 104
Rajah 6.1: Modul Sub-Sistem Maklumat Perundangan bagi
Pengurusan Kawasan Tanah Bencah 123
Rajah 6.2: Contoh Cadangan Paparan Antara muka bagi
Menu Cadangan Pembangunan 127
Rajah 6.3: Cadangan Reka bentuk Pangkalan data Sistem
Subsistem Maklumat Perundangan Kawasan Tanah Bencah 129
Rajah 6.4: Cadangan Konsep hubungan Entiti Nonspatial dan Spatial 130
Rajah 6.5: Contoh Cadangan Konsep hubungan Zon dan Perundangan 131
Rajah 6.5: Contoh Cadangan Konsep Entiti 132
-
xiii
SENARAI PELAN
NO PELAN TAJUK MUKA
SURAT
Pelan 5.1: Tapak Ramsar (Zon Pusat) 87
Pelan 5.2: Isu Kawasan Perluasan Zon Pusat 88
Pelan 5.3: Perluasan Zon Pusat 89
Pelan 5.4: Guna tanah Kawasan Sekitar Tapak 90
Pelan 5.5: Sempadan Biosfera 91
Pelan 5.6: Nilai Kawasan Biodiversiti 104
Pelan 5.7: Kawasan Terancam 105
Pelan 5.8: Kawasan Kualiti Air(Alam Sekitar) 106
Pelan 5.9: Kawasan Risiko 107
Pelan 5.10: Zon Kawasan Tanah Bencah 108
-
xiv
SENARAI SINGKATAN
AWRIMS Arkansas Wetland Resources Information Management System CIS Coastal Information System DBMS Database Management System EIA Environmental Impact Assessment EIS Executive Information System GIS Geographical Information System PBT Pihak Berkuasa Tempatan PTNJ Perbadanan Taman Negara Johor PTP Pelabuhan Tanjung Pelepas PTL Power Transmission Line RDBMS Relationships Database Management System SMPKTB Sistem Maklumat Perundangan Kawasan Tanah Bencah RHPB Rezab Hutan Paya Bakau
-
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perancangan dan pengurusan sumber jaya mempunyai sifat yang kompleks.
Ini berikutan, sifat sumber jaya itu sendiri yang terhad dan perlu diuruskan dari
semasa ke semasa. Ia seiring dengan pertumbuhan urbanisasi yang pantas dan
perkembangan bandar yang berlaku telah meningkatkan permintaan terhadap sumber
jaya khasnya sumber jaya semula jadi. Senario yang berlaku telah menjana kepada
pencemaran dan menjejaskan kawasan yang mempunyai biodiversiti yang tinggi
terutamanya kawasan tanah bencah (Yokohari et al., 2000).
Namun, penduduk bandar telah membuat permintaan terhadap kualiti hidup
yang tinggi termasuklah kesihatan awam yang baik, persekitaran yang tidak tercemar,
makanan dan minuman yang baik dan selamat, begitu juga bagi rekreasi dalam ruang
tanah lapang (Botkin dan Beveridge, 1997). Keadaan ini memerlukan kepada
pengurusan sumber jaya efektif dan sistematik dalam memastikan sumber jaya
diuruskan dengan baik. Salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurusan yang
baik ialah sistem maklumat yang lengkap dan berkesan. Sistem maklumat merupakan
alat yang penting untuk dijadikan mata dan telinga kepada proses perancangan. Ia
boleh digunakan bagi mengawas dan memastikan kawalan dipatuhi dan memberikan
amaran awal mengenai punca pergeseran, ketidakseimbangan, kelemahan dan
-
2
kegagalan yang berlaku dalam proses perancangan dan pengurusan (Yaakup, Johar
dan Dahlan, 1995).
Pengguna pakaian perundangan yang berkaitan dengan pengurusan;
pemeliharaan dan pemuliharaan sumber jaya adalah penting untuk dijadikan sebagai
alat utama mengawal selia dan memandu arah pengurusan sumber jaya tanah bencah.
Kewujudan perundangan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan
berkaitan perancangan dan pengurusan sumber jaya adalah mengikut kepada
keperluan dan skop kerja masing-masing. Oleh itu, pengurusan sumber jaya yang baik
adalah bergantung kepada pelaksanaan undang-undang dan garisan panduan ke atas
kawasan pentadbiran pengurusan tersebut.
1.2 Penyataan Isu dan Masalah
Undang-undang perancangan dan pengurusan adalah alat terpenting dalam
memastikan pengurusan yang dijalankan mematuhi garis panduan yang telah
ditetapkan. Walau bagaimanapun isu dan masalah yang sering timbul adalah semasa
proses pertimbangan pengguna pakaian undang-undang di dalam pengurusan. Jika
dilihat, terdapat banyak perundangan yang terlibat dalam pengurusan sumber jaya dan
ia telah diperuntukkan di bawah jabatan masing-masing mengikut kepada keperluan
jabatan tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan pengurusan yang melibatkan aspek
perundangan tidak dapat dijalankan secara menyeluruh dan berkesan serta memakan
masa yang panjang.
Sebagai contoh, pengurusan kawasan Tanjung Piai dan sungai Pulai di bawah
Perbadanan Taman Negara Johor, mempunyai pelbagai peruntukkan undang-undang
melibatkan jabatan jabatan lain yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran,
Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Perikanan Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan
Pertanian. Setiap jabatan ini telah mengguna pakai perundangan yang berbeza-beza
mengikut kepada keperluan jabatan tersebut. Ia telah menimbulkan kesukaran rujukan
-
3
undang undang dalam aktiviti pengurusan memandangkan banyak aspek
perundangan yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti ini.
Selain itu, pengurusan sumber jaya perlu respons terhadap isu semasa yang
berlaku di kawasan kajian dan sekitarnya. Undang undang adalah merupakan alat
terpenting dalam menjadi kayu pengukur dan rujukan tindakan yang perlu
dilaksanakan. Dapat dilihat, keadaan semasa telah menunjukkan kegagalan pengguna
pakaian perundangan secara berkesan yang telah mengakibatkan masalah alam sekitar
yang serius timbul. Isu yang paling jelas timbul di kawasan kajian ialah isu
pencemaran, pembalakan pokok paya bakau, pembangunan komited dan sedimentasi.
i. Pencemaran
Pada masa ini, terdapat pencemaran yang berlaku di Sungai Pulai akibat
daripada aktiviti pertanian dan pembangunan baru di sekitar kawasan Tanjung
Piai. Didapati pokok bakau di Sungai Pulai telah diganggu-gugat oleh
pencemaran daripada pembangunan baru termasuklah perkembangan kawasan
pertanian, aktiviti perindustrian, urbanisasi dan perlombongan pasir dalam
kawasan tadahan. Penanaman pokok kelapa sawit telah meliputi kawasan
barat di daerah Pontian dan aktiviti perkebunan pula, terletak di pinggir rizab
hutan Sungai Pulai. Aktiviti-aktiviti ini telah dikenal pasti mengakibatkan
pencemaran air dan tanah di Sungai Pulai berikutan ia didapati terletak
berhampiran kawasan yang mengalami pencemaran (Ramakrishna et. al,
2001).
ii. Pembalakan Kawasan Hutan Paya Bakau
Pembalakan haram telah menjana kepada isu yang serius di kawasan kajian.
Didapati sebanyak 526 hektar bagi kawasan rizab hutan paya bakau telah di
balak secara haram (Ramakrishna et. al, 2001). Kolam udang yang terbiar di
kawasan tapak kajian juga telah menyebabkan kepada pembalakan pokok
bakau berikutan tanah tersebut telah ditebus guna bagi pembangunan industri
yang besar.
-
4
Pembinaan laluan talian Tenaga Nasional adalah merupakan salah satu faktor
kepada pembalakan di kawasan kajian. Pembinaan ini, bermula dari Rizab
Hutan Paya Bakau (RHPB) Sungai Pulai di bahagian timur merentasi laluan
utama Sungai Pulai di bahagian barat, melalui Kg. Tanjung Karang ke
Pontian. Pokok-pokok telah ditebang di sepanjang laluan bagi membolehkan
pembinaan dan penyelenggaraan dijalankan. Dapat dilihat dengan jelas
bahawa pembinaan ini telah mengakibatkan kehilangan kawasan hutan secara
langsung terutama apabila pembinaan laluan transmisi merentasi kawasan
hutan.
iii. Kehilangan Kawasan Hutan Paya Bakau
Secara tidak langsung, pembinaan talian TNB telah turut menyumbang kepada
kehilangan kawasan hutan. Tumbuhan litupan hutan akan dipotong secara
berkala bagi mengelakkan gangguan terhadap laluan transmisi untuk tujuan
penyelenggaraan akses. Laluan ini telah membahagi dan memisahkan kawasan
sungai Pulai kepada blok-blok hutan kecil yang membawa kepada implikasi
ekologi. Penghasilan blok ini, menyebabkan ekologi kawasan terjejas
(Ramakrishna et. al, 2001).
iv. Sedimentasi
Perlombongan pasir melibatkan perpindahan pasir daripada keadaan yang
semula jadi yang menghasilkan kepada pencemaran alam sekitar. Keadaan ini
berlaku apabila kadar pengeluaran pasir melebihi kadar penjanaan ini secara
normal. Bahan buangan aktiviti perlombongan di sekitar Sungai Pulai
menyumbang kepada peningkatan sedimentasi dan kawasan lumpur yang
membawa kesan kepada ikan dan kesihatan pokok kayu bakau. Perlombongan
di tebing sungai telah memberi kesan hakisan, banjir serta kehilangan
komposisi semula jadi di kawasan Rizab Hutan Paya Bakau Sungai Pulai.
Pembinaan PTL (Power Transmission Line) juga mengakibatkan kepada
peningkatan sedimentasi dan penurunan kualiti air di Rizab Hutan Paya Bakau
Sungai Pulai. Berdasarkan kepada Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar,
2001, didapati pembangunan berskala besar di kawasan tanah bencah Sungai
-
5
Pulai, menyebabkan sedimentasi yang serius iaitu dianggarkan mencecah
600,000 kubik meter/tahun.
v. Pembangunan dan Spesies Hidupan Liar Terancam
Kawasan Sungai Pulai merupakan kawasan yang kaya dengan nilai
biodiversiti yang tinggi. Kawasan Sungai Pulai kaya dengan rumpai dan
rumput laut yang terdiri daripada 10 spesies rumput laut dan 19 spesies rumpai
laut. Kawasan ini merupakan habitat penting spesies terancam seperti kuda
laut dan dugong (Choo, 2005). Malangnya, kawasan habitat ini terletak di luar
kawasan sempadan tapak Ramsar Sungai Pulai. Ini bermaksud kawasan ini
berada dalam situasi yang berbahaya dan tidak dilindungi sama sekali (Chong,
2006). Kenyataannya, kawasan habitat spesies hidupan akuatik ini terus
terancam dan kesannya dapat dilihat apabila spesies dugong ditemui dalam
keadaan yang sakit pada tahun 2005 dan bayi dugong sebesar 1.3 meter telah
ditemui mati pada jaring ikan di Pulau Merambong berdekatan dengan tapak
Ramsar Sungai Pulai. Sejak tahun 1995 lagi, peningkatan aktiviti manusia
telah mengganggu gugat keseimbangan ekologi marin (Chong, 2006). Spesies
kuda laut di kawasan Sungai Pulai telah dianggarkan menurun sehingga 1000
ekor sahaja (Chiew, 2004). Keadaan ini dijangka terus berlaku memandangkan
kerajaan telah mengezonkan kawasan dari Tanjung Pelepas ke Pendas iaitu
sepanjang 40km kawasan hutan paya bakau untuk tujuan pembangunan (sila
rujuk Rajah 1.1). Maka dapat dijangka, pertumbuhan perindustrian, projek
rumah akan berlaku termasuklah penambahan Pelabuhan Tanjung Pelepas
(Chiew, 2002).
-
6
Rajah 1. 1: Kawasan Ancaman Akibat daripada Pembangunan Kawasan di
Sungai Pulai Sumber: Chiew, 2004
Rajah 1.1 menunjukkan projek pembangunan mega Pelabuhan Tanjung
Pelepas (PTP) di muara Sungai Pulai yang mengancam perubahan hidrologi
dan ekosistem sungai serta menghapuskan nilai semula jadi di kawasan tapak
Ramsar. Sempadan tapak Ramsar Sg Pulai telah dilukis semula bagi memberi
ruang kepada pembinaan PTP dan Penjana Kuasa Elektrik di bahagian barat
tebing Sg. Pulai. Projek mega ini telah memberi tekanan yang hebat kepada
kawasan Ramsar. Pembangunan fasa kedua PTP akan menyempitkan muara
sungai lebih daripada 50 peratus. Ini akan memberi kesan ke atas saliniti dan
sirkulasi air sungai yang memberi kesan buruk ke atas hidupan biotik. Laluan
migrasi fauna juga akan tersekat memandangkan koridor habitat mereka telah
dimusnahkan (Chiew, 2004).
Tambahan, stesen penjana kuasa yang meliputi 361 hektar ini akan
menyebabkan suhu kawasan sekitarnya meningkat dan ini akan
mengakibatkan kemusnahan hampir keseluruhan hidupan marin. Pembinaan
stesen petrokimia pula, bermaksud akan menyebabkan kehilangan kekal ke
atas hutan paya bakau Sungai Pulai. Sisa buangan daripada stesen ini akan
-
7
mengakibatkan hidupan marin flora dan fauna diracuni oleh toksik dan kekal
dalam jangka masa yang lama di dalam sistem rantaian makanan (Chiew,
2004).
Implementasi perundangan ke atas pengurusan kawasan tanah bencah perlu
respons terhadap isu yang berlaku di kawasan pentadbiran dalam memastikan aktiviti
pengurusan yang dijalankan adalah berkesan. Berdasarkan kepada isu yang
diterangkan di atas, didapati kebanyakan isu yang berlaku boleh dilukiskan ke dalam
bentuk pelan (spatial). Namun demikian, pada masa ini peruntukan undang-undang
yang diguna pakai bagi pengurusan kawasan Sungai Pulai dan tanjung Piai adalah
dalam bentuk teks iaitu maklumat entiti bukan ruang. Keadaan ini telah menimbulkan
kesukaran dalam menentukan tindakan dan keputusan yang lebih tepat iaitu
melibatkan perundangan ke atas ruang. Isu persekitaran dan perundangan sedia ada
kawasan kajian perlu dihubungkaitkan dalam memastikan pengurusan kawasan tapak
lebih baik dan berkesan. Penentuan atribut bukan spatial dan spatial dari segi
perundangan diperlukan dalam mengurus sumber jaya bagi memudah dan
mempercepatkan aktiviti pengurusan.
Kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi, didapati boleh memudahkan
proses pengurusan seterusnya. Perkara ini turut ditekankan oleh Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, Y.Bhg Datuk Seri Ong Ka Ting The virtual approval
environment system would enables to save 30% of the time, (The Star, 2002)
Justeru, penstrukturan guna pakai perundangan dalam sistem pengurusan,
amat diperlukan dalam memastikan pelaksanaan yang dijalankan lebih kemas dan
sistematik dalam masa yang sama, memudahkan pihak pengurusan untuk membuat
penilaian dan keputusan dengan baik dan pantas. Ia seterusnya menggalakkan dan
membantu membangunkan Sistem Pengurusan Sumber jaya Kawasan Tanah Bencah.
Kajian ini bertujuan mengintegrasikan maklumat perundangan yang relevan di dalam
sistem pengurusan sumber jaya agar boleh diguna pakai oleh pihak pengurusan dalam
memudahkan kerja-kerja pelaksanaan dan membuat keputusan.
Sistem maklumat perundangan berasaskan GIS amat diperlukan dalam
menghubungkan kedua aspek ini sama ada dalam bentuk spatial atau bukan spatial.
-
8
Sistem Maklumat Perundangan berasaskan GIS membantu keputusan dan tindakan
yang dibuat oleh pengurus lebih relevan dan tepat di atas tanah (spatial). Selain itu ia
membantu memudahkan pengintegrasian perundangan sedia ada yang relevan dengan
kawasan kajian yang boleh dikenal pasti dengan mudah dalam bentuk ruang.
1.3 Persoalan Kajian
Berdasarkan penyataan masalah, terdapat beberapa persoalan yang telah dibentuk:
i. Apakah konsep wise use bagi tapak Ramsar dalam konteks kawasan
kajian?
ii. apakah isu dan masalah utama dalam pengurusan sumber jaya kawasan
kajian khususnya berkaitan pengguna pakaian undang-undang.
iii. apakah polisi dan perundangan semasa yang sesuai dan relevan bagi
kawasan kajian
iv. Apakah perundangan yang diguna pakai dalam sistem pengurusan
sumber jaya tanah bencah di kawasan kajian?
v. Bagaimana bentuk sistem pengurusan bagi aspek perundangan yang
boleh diguna pakai oleh pihak pengurusan dalam membuat keputusan?
-
9
1.4 Matlamat dan Objektif
1.4.1 Matlamat
Matlamat bagi kajian ini seperti di bawah:
Mengenalpasti dan Mencadang Reka bentuk Subsistem Maklumat
Perundangan bagi Pengurusan Taman Negara Johor Sungai Pulai
(Ramsar)) berbantu GIS
1.4.2 Objektif
Bagi mencapai matlamat di atas, objektif kajian yang telah dirumuskan adalah:
i. Mengenal pasti konsep wise use bagi tapak Ramsar dalam konteks
kawasan kajian
ii. Mengenal pasti isu dan masalah utama dalam pengurusan sumber jaya
kawasan kajian khususnya berkaitan pengguna pakaian undang-
undang.
iii. Mengkaji dan mengenal pasti polisi dan perundangan semasa yang
sesuai dan relevan di kawasan kajian
iv. Mencadangkan reka bentuk sistem pembangunan maklumat
perundangan perancangan bagi pengurusan sumber jaya Tanah Bencah
(Ramsar)
-
10
1.5 Skop Kajian
Kajian yang dijalankan akan melihat di bawah skop kajian berikut:
i. Kajian ini merangkumi aspek penting iaitu latar belakang dan sistem pengurusan
semasa serta isu dan masalah semasa yang berlaku di kawasan kajian berkaitan
dengan pengurusan sumber jaya.
ii. Kajian tertumpu kepada perundangan yang relevan dengan kawasan kajian.
iii. Kajian ini memberi fokus kepada penentuan maklumat perundangan sama ada
dalam bentuk spatial dan bukan spatial, keperluan data perundangan bagi
cadangan sistem dan cadangan reka bentuk subsistem maklumat perundangan
bagi kawasan kajian
1.6 Kawasan Kajian
Kawasan kajian hanya meliputi rizab hutan Sungai Pulai yang terdiri daripada
salah satu kawasan paya bakau yang terpelihara di Selatan Barat wilayah Johor iaitu
kira-kira 35% keseluruhan litupan paya bakau. Sungai Pulai merupakan sistem sungai
paya bakau yang terbesar di negeri Johor. Ia terletak di bawah pentadbiran Majlis
Daerah Pontian dan diuruskan oleh Perbadanan Taman Negara Johor. Kawasan kajian
ini telah diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pada Januari 2003 (Ramsar Convention
on Wetlands, 2003). Sungai Pulai telah digazet sebagai rizab hutan negeri. Kawasan
ini telah dipilih sebagai kawasan kajian berdasarkan statusnya sebagai Rizab Hutan
Paya Bakau dan kawasan tapak Ramsar. Status ini telah meletakkan kawasan kajian
sebagai kawasan yang mempunyai kepentingan sumber jaya yang tinggi. Selain itu,
kesan daripada penggazetan kawasan kajian, peruntukkan perundangan ke atas
kawasan ini menjadi lebih ketat.
-
11
Rajah 1. 2: Pelan Lokasi Sungai Pulai dan Tanjung Piai
1.7 Metodologi Kajian
Kajian ini akan dibahagikan kepada empat peringkat utama iaitu bermula dengan
peringkat kajian awalan dan berakhir dengan peringkat cadangan dan rumusan kajian.
Pembentukan dan penjelasan lanjutan bagi setiap peringkat di dalam metodologi ini
adalah berdasarkan kepada kajian yang akan dijalankan.
-
12
1.7.1 Kajian Awalan
Kajian yang akan dilakukan adalah membuat pelbagai rujukan dan pembacaan
tentang sistem pengurusan sumber jaya kawasan tanah bencah bagi memahami
senario semasa. Rujukan kajian meliputi hasil kajian dan sumbangan pengkaji
sebelumnya berkaitan dengan kajian ini dan aplikasi sistem GIS ke atas
pelaksanaan pengurusan sumber jaya. Oleh itu kajian awalan ini umumnya
melibatkan pemahaman tentang tajuk yang telah dicadangkan. Selain daripada
itu, antara aspek yang terlibat dengan kajian awalan ialah:
i. Penentuan isu dan masalah kajian
ii. Pembentukan matlamat dan objektif kajian
iii. Penentuan skop dan metodologi kajian
iv. Mengenal pasti bentuk dan aspek kajian literatur yang akan dijalankan
untuk diguna pakai di peringkat seterusnya.
Kajian awal membantu dalam pemahaman awal mengenai kajian ini terutama
penentuan yang jelas bagi hasil kajian iaitu cadangan reka bentuk sistem
maklumat perundangan dalam sistem pengurusan sumber jaya tanah bencah
serta kaedah bagaimana pembentukan sistem cadangan yang perlu dihasilkan.
1.7.2 Kajian Literatur
Bagi kajian literatur ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu kajian berkaitan
aspek perundangan yang terlibat di dalam pengurusan sumber jaya tanah
bencah di kawasan kajian dan juga kajian asas Sistem Maklumat Geografi
-
13
i. Aspek perundangan bagi pengurusan Rizab Hutan Paya Bakau Sungai
Pulai.
Peringkat ini akan melibatkan kajian tentang aspek perundangan dan
pelaksanaan dalam sistem pengurusan sumber jaya Rizab Hutan Paya
Bakau Sungai Pulai. Peruntukan polisi dan akta yang terlibat di dalam
sistem ini akan diambil kira.
ii. Sistem Maklumat Geografi (GIS)
iii. Bahagian ini mengemukakan peranan GIS di dalam sistem maklumat
perundangan pengurusan kawasan Rizab Hutan Paya Bakau Sungai
Pulai dan pendekatan pelaksanaan di dalam sistem juga diambil kira
sebagai asas kajian yang akan dilaksanakan.
Peringkat literatur ini adalah penting dalam penghasilan produk akhir kajian
ini. Pengenalpastian dan penentuan polisi dan perundangan yang berkaitan
kawasan kajian akan banyak membantu dalam mereka bentuk sistem
maklumat perundangan perancangan bagi pengurusan kawasan tanah bencah.
Selain itu, literatur GIS turut menyumbang kepada aplikasi GIS yang lebih
berkesan dalam menyokong sistem maklumat perundangan yang akan direka
bentuk.
1.7.3 Pengumpulan Data
Proses pengumpulan data secara keseluruhannya melibatkan temu bual,
rujukan laporan, akta dan polisi dan rujukan Internet. Kaedah yang digunakan
ini melibatkan dua jenis sumber iaitu sumber primer dan sekunder. Data
sekunder merupakan data asas bagi kajian ini.
i. Data sekunder
Data sekunder diperoleh dari rujukan laporan, akta dan garis panduan
yang berkaitan. Maklumat-maklumat semasa berkaitan struktur
-
14
organisasi, fungsi, polisi dan perundangan semasa yang diguna pakai
dalam pengurusan kawasan kajian.
ii. Data Primer
Pendekatan yang digunakan adalah melalui temu bual. Temu bual yang
dijalankan adalah bagi mengenal pasti perundangan dan garis panduan
semasa yang lazim diguna pakai dalam sistem pengurusan. Selain itu,
temu bual ini juga bertujuan mendapatkan maklumat mengenai corak
pengurusan dan pengguna pakaian perundangan semasa dalam
menentukan cadangan reka bentuk sistem maklumat perundangan bagi
pengurusan sumber jaya kawasan tanah bencah. Maklumat yang
diperlukan adalah:
Penjelasan perkara-perkara penting yang dipertimbangkan dalam pengurusan
Penjelasan perkara-perkara penting yang memerlukan pertimbangan dan rujukan polisi dan perundangan dalam proses
pengurusan
Pengguna pakaian akta atau perundangan yang lazim di dalam proses pengurusan
Isu-isu dan masalah yang timbul di peringkat pengurusan berkaitan pengguna pakaian perundangan
Cadangan-cadangan oleh kakitangan bagi membantu reka bentuk sistem maklumat perundangan bagi pengurusan sumber jaya
kawasan Rizab Hutan Paya Bakau Sungai Pulai dan Tanjung Piai.
1.7.4 Analisis
Peringkat ini melibatkan kepada penentuan polisi dan perundangan yang
relevan bagi kawasan kajian. Seterusnya data atribut spatial dan bukan spatial
bagi perundangan ditentukan. Pada peringkat ini, model normatif digunakan.
-
15
Penggunaan model normatif adalah berdasarkan kepada rujukan perkara
penting yang diambil perhatian dalam sistem pengurusan dan perundangan
relevan yang seharusnya diguna pakai.
1.7.5 Cadangan Reka bentuk
Berpandukan kepada hasil analisis, reka bentuk rangka subsistem maklumat
perundangan bagi pengurusan telah diformulasikan. Maklum balas terhadap
matlamat, objektif dan skop kajian dilakukan bagi memastikan pembentukan
cadangan adalah selaras dengan perkara tersebut.
-
16
BAB 2
PERUNDANGAN DAN PENGURUSAN TANAH BENCAH
Bab ini akan membincangkan konsep pengurusan dan perundangan tanah bencah.
Perbincangan ini meliputi kepentingan pengurusan tanah bencah, konsep pengurusan
dan pelaksanaan, garis panduan pengurusan dan perundangan dalam pengurusan tanah
bencah. Perbincangan lebih tertumpu kepada pengurusan dan bagaimana perundangan
lazimnya diguna pakai dan dilaksanakan di dalam sistem pengurusan tanah bencah.
Bab ini juga akan menyentuh perkara berkaitan Sistem Maklumat GIS dan
aplikasinya dalam perundangan bagi pengurusan. Pada akhir bab ini, beberapa contoh
dari luar negara akan dijelaskan secara ringkas iaitu bagaimana sistem maklumat bagi
pengurusan tanah bencah dan perundangan di aplikasi dan dibangunkan.
2.1 Pengenalan
Kawasan tanah bencah kebanyakannya terdiri daripada kawasan hutan paya bakau.
Hampir 25% daripada keseluruhan hutan paya bakau di Malaysia terdapat di Negeri
Johor dan dikategorikan sebagai hutan paya bakau simpanan dan hutan bakau negeri.
Negeri Johor masih memiliki kira-kira 23, 683 hektar hutan bakau simpanan dan 7,
-
17
800 hektar hutan paya bakau negeri. Keluasan ini semakin berkurangan dan langkah
langkah mewartakan sebahagian daripada hutan bakau ini sebagai Taman Negara
sedang diusahakan oleh Pihak Perbadanan Taman Negara Johor. Ini adalah untuk
mengelak penebangan secara berleluasa, penebus gunaan tanah yang tidak terkawal
serta pemeliharaan hutan paya bakau daripada agen pencemaran
Kawasan tanah bencah diwakili oleh kehadiran air sama ada di atas atau berdekatan
dengan permukaan tanah. Tanah bagi kawasan ini adalah amat berbeza dengan
kawasan yang bersebelahan dan tumbuhan serta flora di kawasan ini amat sesuai
dengan keadaan yang lembap. Tanah bencah terdiri daripada 6 peratus daripada
permukaan bumi. Tanah bencah ini terdiri daripada jenis dan kepelbagaian ini
memberi kesan kepada landskap, perbezaan cuaca dan corak aktiviti manusia.
Pada masa lalu, kawasan tanah bencah sering dianggap sebagai tanah terbiar yang
tidak membawa sebarang pulangan ekonomi. Strategi bagi mengubah dan menukar
guna kawasan paya ini kepada kawasan pertanian yang produktif telah menjadi satu
tujuan yang paling dominan. Keadaan ini, jelasnya telah memberi kesan perubahan
sistem terhadap struktur dan fungsinya. Ekosistem bagi kawasan tanah bencah ini
amat sensitif dan rapuh. Tekanan ke atas pertambahan populasi dan akibat daripada
serakan kawasan pertanian, industri dan pembangunan bandar telah membawa kesan
kehilangan kawasan paya bakau dan mengganggu-gugat ekosistem semula jadi
(Hussin et al., 1999). Di kebanyakan kawasan tanah bencah telah sentiasa mengalami
pengecilan saiz keluasan kawasan, begitu juga penurunan kualiti. Ini berikutan kesan
daripada teknik perparitan moden dalam aktiviti pertanian, peningkatan kawasan
perindustrian dan tekanan pembangunan akibat daripada peningkatan populasi
termasuklah aktiviti pembuangan bahan buangan, tambakan sungai dan pengubah
suaian guna tanah (Dieren & Opitz, 2000). Akibatnya, terdapat banyak kawasan
tanah bencah yang telah diubah dan dikacau ganggu dan kawasan ini telah menjadi
semakin terancam terutama yang berkait dengan ekosistem dan landskap kawasan
tersebut.
Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, fokus terhadap kawasan tanah lembap
telah berubah. Nilai dan kepentingan kawasan tanah bencah telah bertambah
berikutan aspek hidrologi, kimia, biologikal, sosial dan ekonomi telah di beri
-
18
perhatian dan pertimbangan yang lebih baik. Pemeliharaan kawasan paya bakau kini
bukan sahaja melibatkan keunikan biologikal dan monumen budaya malah memenuhi
kepentingan fungsi ekosistem sebagai kawasan bernutrien tinggi dan berfungsi
sebagai rumah hijau pada skala global (Dieren & Opitz, 2000). Kawalan banjir,
pengeluaran makanan dan pemulihan kualiti air adalah merupakan satu nilai ekonomi
yang tinggi. Kini, terdapat banyak kawasan tanah bencah yang menawarkan aktiviti
sosial dan rekreasi. Dalam memastikan nilai bagi kawasan tanah bencah dikawal,
perundangan dan garis panduan adalah diperlukan bagi perlindungan, pengurusan,
pemantauan dan pembinaan kawasan tanah bencah.
2.2 Kepentingan Pengurusan Kawasan Tanah Bencah
Kepentingan kawasan tanah bencah merangkumi aspek-aspek rekreasi, ekonomi,
pelancongan, hidupan liar dan akuatik, pemeliharaan spesies marin, pemeliharaan
alam semula jadi di pesisiran pantai, kegunaan tempatan serta kepentingan
penyelidikan.
Rajah 2.1: Sumber jaya dan Kepelbagaian Spesis di Kawasan Kajian
yang menarik untuk pelancongan dan penyelidikan Sumber: www.sosmalaysia.org
-
19
Pengurusan dan perundangan bagi kawasan tanah lembap adalah penting
dalam memastikan nilai bagi kawasan ini terpelihara meliputi habitat,
hidrologi serta fungsi rekreasi awam. Pengurusan kawasan ini terutamanya
melibatkan guna tanah akan secara langsung mengelakkan dan mengurangkan
pelbagai kesan negatif terhadap fungsi kawasan tanah bencah seperti
dinyatakan di bawah:
Rajah 2.2: Kawasan rumpai laut dan batu karang yang penting bagi ekologi dan habitat spesis di Sungai Pulai
yang perlu dipelihara. Sumber: www.sosmalaysia.org
Kawasan pembekal nutrien, penapis pencemaran dan pengekalkan air larian permukaan
Menstabilkan bekalan air dengan menyimpan air yang berlebihan ketika hujan dengan memperbaharui mata air, mengatur aliran dan
mengawal hakisan.
Menyediakan kawasan perlindungan habitat bagi pelbagai spesis. Ia juga berkaitan dengan kepentingan kegunaan rekreasi dan nilai estetik.
Rajah 2.3: Sungai Pulai yang kaya dengan hutan paya
bakau dan rumpai laut serta kepelbagaian spesis. Sumber:www.sosmalaysia.org
-
20
2.2.1 Konsep Pengurusan Tanah Bencah
Pengurusan adalah satu proses penggunaan sumber-sumber yang terdapat di
dalam sesuatu organisasi dalam usahanya untuk mencapai objektif yang
dihasratkan melalui fungsi perancangan, pengawalan dan pembuatan
keputusan.
Tiga bentuk asas pengurusan yang perlu dikenalpasti iaitu a) pemuliharaan
total merupakan idea utopian: kebergantungan pembalakan sumber oleh
penduduk tempatan akan berlaku pada pelbagai peringkat, walaupun terdapat
sumber alternatif yang disediakan; b) kesan manusia akan sentiasa
berkembang samada dalam bentuk intensiti dan corak; c) ancaman faktor
semula jadi tidak lagi dipinggirkan terutamanya apabila ia nya menjadi
semakin teruk akibat daripada aktiviti manusia seperti hakisan tanah (Prikh et
al., 2003).
Berdasarkan kepada Convention on RAMSAR (2004), konsep pengurusan
kawasan tanah bencah yang utama adalah pemuliharaan dan pendekatan
penggunaan mampan iaitu matlamat akhir adalah untuk mencapai penggunaan
wise use (mampan) dalam jangka masa panjang di kawasan kajian
(Convention on RAMSAR, 2004). RAMSAR COP3 (1987) telah menakrifkan
wise use sebagai penggunaan yang mampan bagi manfaat manusia yang
sesuai dengan penyelenggaraan sumber jaya semula jadi bagi ekosistem.
Melalui konsep ini, terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian iaitu
fungsi, produk dan atribut kawasan tanah bencah. Berikut merupakan
perincian setiapnya:
a) Fungsi merupakan aktiviti atau tindakan yang berlaku secara semula
jadi di kawasan tanah bencah sebagai interaksi produk di antara
struktur ekosistem dan proses. Fungsi termasuklah kawalan banjir,
nutrien, sedimen dan penyelenggaraan pencemaran: sokongan rantai
makanan, pengukuhan kawasan pantai dan kawalan hakisan;
-
21
perlindungan ribut; pengukuhan keadaan musim iaitu melibatkan hujan
dan suhu.
b) Produk yang dijanakan oleh kawasan tanah bencah termasuk: sumber
jaya hidupan liar, perikanan, sumber hutan, sumber pemburuan,
pertanian; dan bekalan air. Kesemua produk ini dijanakan oleh
interaksi di antara biologikal, kimia dan fizikal komponen kawasan
tanah bencah.
c) Atribut kawasan tanah bencah termasuklah diversiti biologikal dan ciri
budaya dan sejarah yang unik. Atribut ini mengarah kepada
penggunaan tertentu atau sumber bagi produk tertentu, namun ia
mungkin mempunyai kepentingan semula jadi dan tidak boleh diukur.
Berdasarkan kedua-dua konsep pengurusan di atas, didapati kedua-duanya
mempunyai nilai faktor konsep yang lebih sama iaitu melibatkan aktiviti
pemuliharaan dan aktiviti manusia serta tindakan semula jadi.
Namun didapati juga, pendekatan bagi kedua-dua konsep ini adalah berbeza.
Konsep yang diketengahkan oleh Jyoti Prikh (2003) lebih menumpukan
kepada andaian bagi setiap elemen/faktor di dalam konsep pengurusan iaitu
melibatkan andaian senario, bentuk, corak dan intensiti. Konsep yang
diutarakan Convention on RAMSAR (2004) pula, fokus kepada perincian
elemen konsep dan interaksi yang berlaku dalam kawasan tanah bencah.
Bagaimanapun dalam kajian ini, didapati kedua dua konsep ini penting dan
berguna serta boleh diintegrasikan dalam membantu penilaian dan
pertimbangan kriteria pengurusan; melalui konsep pertama dan penetapan
kriteria pengurusan; melalui konsep kedua.
-
22
2.2.2 Sistem Pengurusan Tanah Bencah dan Garis panduan
Sistem pengurusan tanah bencah atau pelan pengurusan seharusnya disokong
oleh perundangan atau garis panduan. Garis panduan sistem pengurusan tanah
bencah membawa maksud aktiviti terkawal. Aktiviti terkawal ini
didefinisikan secara meluas sebagai "any operation or use of a wetland or
watercourse involving removal or deposition of material, or any obstruction,
construction, alteration or pollution, of such wetlands or watercourses"
(Conservation Foundation, 1988).
Pengurusan perancangan berasaskan kawasan tapak seharusnya menjadi satu
elemen pendekatan multi-skala ke arah perancangan pengurusan wise use
dan dihubungkan dengan landskap dan perancangan ekosistem termasuklah
zon pesisiran pantai dan sungai. Ini kerana polisi dan keputusan perancangan
pada skala ini akan mempengaruhi pemuliharaan dan pembangunan wise
use bagi kawasan tanah bencah (Ramsar Convention, 2004)
Berdasarkan kepada City of Coon Rapids (2005), terdapat tiga perkara penting
yang perlu diambil kira dalam sistem pengurusan tanah bencah a) sempadan;
b) cadangan pembangunan; c)garis panduan pengurusan.
Garis panduan bagi sempadan seharusnya di aplikasi bagi kawasan yang mana
dikenal pasti sebagai kawasan di bawah kuasa pentadbiran tanah bencah
seperti yang digariskan di dalam manual yang telah diguna pakai bagi
kawasan tersebut. Kawasan ini seharusnya menunjukkan klasifikasi
pengurusan bagi setiap kawasan tanah bencah berkait dengan garis panduan
sedia ada. Keadaan ini bagi memastikan pengenalpastian yang dijalankan dan
ketepatan dikaji semula oleh pentadbir bagi cadangan pembangunan terletak
di dalam atau bersebelahan kawasan tanah bencah. Adalah penting
menunjukkan kewujudan dan penentuan sempadan sama ada terkandung di
dalam garis panduan yang sedia ada dalam membantu proses menilai dan
membuat keputusan pengurusan kawasan (Votteler & Muir, 2002).
-
23
Bagi kawasan tanah bencah yang telah digazetkan sebagai kawasan
RAMSAR, pelan pengurusan seharusnya meliputi kawasan tanah bencah itu
sendiri di mana sempadannya telah ditentukan. Walau bagaimanapun
sekiranya tapak tanah bencah tersebut terdiri lebih dari satu tapak yang
berasingan, pelan pengurusan yang berasingan mungkin adalah bersesuaian
(RAMSAR Convention, 2004). Beberapa jenis pengezonan mungkin sesuai di
aplikasi di dalam kawasan sempadan ke atas tapak yang berbeza bergantung
kepada karakter dan hubungan dengan guna tanah lain bagi kawasan di
sekitarnya. Sempadan tapak terdiri daripada koleksi kawasan tanah bencah itu
sendiri sehinggalah kawasan sekitarnya yang bukan terdiri daripada habitat
kawasan tanah bencah dan selalunya adalah kawasan yang mempunyai
pelbagai jenis guna tanah (RAMSAR Convention, 2004). Ini bermaksud
pengezonan di dalam sempadan tapak mesti serba boleh dan fleksibel bagi
memenuhi kepelbagaian ciri-ciri kawasan tapak.
Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada RAMSAR Convention (2004),
kawasan penampan adalah diperlukan dalam mengukuhkan kawasan
sempadan tapak kawasan iaitu terletak di sekeliling kawasan tanah bencah itu
sendiri. Kawasan penampan seharusnya berada di sekeliling kawasan pusat
tanah bencah yang terdiri daripada guna tanah yang memberi kesan secara
langsung ke atas ciri-ciri ekologi kawasan tanah bencah (RAMSAR
Convention, 2004).
Cadangan pembangunan seharusnya telah mendapat kelulusan daripada pihak
berkuasa tempatan dan dinilai semula oleh pentadbir kawasan untuk kelulusan
bagi sebarang bentuk kerja-kerja pembangunan yang memberi kesan kepada
kawasan tanah bencah. Dalam hal ini pengurus atau pentadbir seharusnya
merujuk dan mematuhi tempoh masa dan keperluan yang telah diperuntukkan
di dalam akta-akta sedia ada seperti akta pemuliharaan (City of Coon Rapids,
2005). Dalam hal ini, pengurus atau pentadbir kawasan memainkan peranan
penting dalam memastikan setiap perincian kawasan dan kerja pembangunan
yang sesuai bagi kawasan kajian perlu dipertimbang dan dinilai terlebih
dahulu sebelum mendapatkan kelulusan pembangunan pihak berkuasa
tempatan.
-
24
Perkara ketiga adalah akta dan garis panduan bagi kawasan tanah bencah yang
berkait dan diperuntukkan bagi kawasan tanah bencah menyediakan garis
keperluan kerja perparitan, pembinaan dalam kawasan tanah bencah seperti
pembangunan infrastruktur jalan dan laluan, bekalan asas, peletakan sistem
papan tanda, menara pandang dan boardwalk mengikut kepada
pengenalpastian kriteria bagi kawasan tertentu di dalam kawasan tanah bencah
(City of Coon Rapids, 2005). Bagi tujuan ini pengurusan dan garis panduan
perlu meliputi dan menunjukkan a) jarak zon penampan yang jelas bagi
kawasan mengikut jenis pembangunan; b) pengurusan air banjir berdasarkan
kepada manual pengurusan banjir sedia ada; c) klasifikasi sistem pengurusan
berdasarkan siri pengurusan yang jelas seperti pemeliharaan iaitu kesan hanya
boleh berlaku sekiranya cadangan adalah sangat diperlukan, pengurusan tahap
1 apabila cadangan mematuhi peruntukan yang ditentukan; d) keperluan
kelonggaran pengurusan kawasan tanah bencah bagi kawasan yang terpaksa
menerima kesan cadangan dengan mematuhi garis panduan sedia ada bagi
kawasan tersebut seperti laluan trek, menara pandang dan fasiliti tempat duduk
(Want & William, 1993).
2.3 Perundangan Dalam Pengurusan Tanah Bencah
2.3.1 Polisi dan Strategi
Berdasarkan kepada Laporan Pelan Pengurusan Rizab Hidupan Liar, Tanjung
Tuan Melaka (2004), pengurusan bagi kawasan yang memiliki biodiversiti
iaitu sama ada kawasan hutan, tanah bencah atau hutan paya bakau perlulah
mengambil kira polisi dan strategi serta rangka perundangan yang relevan
-
25
bagi kawasan tersebut (Jabatan Perhutanan negeri Melaka, 2004). Di dalam
sesuatu organisasi besar yang mempunyai hierarki pengurusan , polisi
merupakan panduan yang perlu diikuti oleh bahagian atau jabatan bagi
mencapai kepada objektif organisasi. Terdapat tiga hierarki utama iaitu
peringkat negara, negeri dan daerah. Bagi peringkat negara, polisi dan dasar
telah digubal dan pengurusan negeri dan daerah seharusnya dipandu arah oleh
strategi yang telah digariskan. polisi dan dasar tersebut adalah;
i. Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992)
Menyentuh pemeliharaan dan pengurusan hutan melalui amalan
pengurusan hutan secara berkekalan. Dasar ini mengandungi 17 aspek
yang menyentuh perkara berkaitan fungsi pentadbiran sebagai
perlindungan, penghasilan, pengekalan, penyelidikan dan pendidikan.
ii. Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (1996)
Dasar ini menyediakan strategi jangka masa panjang bagi bekalan
makanan dan pengekalan biologi bersejarah di Malaysia. Dasar
Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (1996) , bertujuan pemeliharaan
kepelbagaian biologikal Negara dan menitikberatkan peningkatan kajian
ke atas spesies biologi dan penyediaan kemudahan bagi mendapatkan
maklumat berkaitan pengekalan kepelbagaian biologi.
2.3.2 Rangka Perundangan
Skop kuasa, terma dan syarat yang diperuntukkan di dalam akta merupakan
angkubah penting dalam aktiviti sistem pengurusan bagi kawasan tanah
bencah. Berdasarkan kepada Laporan Pelan Pembangunan dan Pengurusan
Endau Rompin (2000), akta yang terlibat secara langsung dalam pengurusan
Taman Negara Johor adalah terdiri daripada 7 peruntukan akta iaitu:
-
26
i. Enakmen Perbadanan Taman Negara(Johor), 1989
Peruntukan perundangan ini membenarkan perbadanan taman Negara di
perkukuhkan. Di bawah enakmen ini Perbadanan Taman Negara Johor
bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan kawasan
pentadbirannya. Tiada garis panduan yang jelas dalam struktur dan operasi
pengurusan yang spesifik.
ii. Akta Perlindungan Hidupan Liar No.72, 1972
Menyediakan rizab santuari perlindungan sepenuhnya kepada hidupan liar
yang terancam dan hampir pupus. Akta ini membolehkan mana-mana
tanah kerajaan diisytiharkan sebagai kawasan rizab hidupan liar.
iii. Akta Perhutanan Negara,1984
Akta ini mengelaskan hutan kepada 11 kategori. Akta ini, melarang apa-
apa aktiviti dijalankan dalam kawasan hutan simpan kekal kecuali dengan
permit pemilikan. Selain itu, akta ini memperuntukkan keperluan
pemeliharaan hutan dan alam sekitar serta keperluan rekreasi orang awam
iv. Akta Perikanan, 1985
Akta ini digubal bagi mengawal pembangunan, pentadbiran dan
pengurusan sumber marin termasuk taman laut. Akta ini memperuntukkan
pengurusan dan perlindungan kawasan taman laut.
v. Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976
Akta ini memperuntukkan pertimbangan pembangunan oleh perancang
bagi kawasan mempunyai nilai estetika dan kepentingan alam sekitar.
Pertimbangan dibuat berdasar pelan pembangunan sedia ada.
vi. Akta Kanun Tanah Negara, 1960
Akta ini memperuntukkan mana-mana tanah negeri sebagai kawasan
perlindungan atau sebaliknya.
-
27
vii. Akta Pemuliharaan Tanah, 1960
Akta ini berkait dengan pemeliharaan tanah berbukit, kawalan hakisan
tanah dan pemendapan.
Kesemua akta memainkan peranan dan fungsi masing-masing dalam
membantu menguruskan kawasan hutan paya bakau dengan lebih baik dan
efisien. Merujuk kepada skop setiap perundangan yang telah diterangkan di
atas, didapati Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor (1989), Akta
Perancangan Bandar Dan Desa (1976) dan Akta Kanun Tanah Negara, 1960
mencakupi skop yang luas dan sukar untuk diinterpretasikan dalam bentuk
ruang. Bagaimanapun, akta yang selebihnya dilihat dapat menjelaskan garis
panduan dan perundangan kawasan tapak kajian dengan lebih terperinci serta
berpotensi untuk diinterpretasikannya dalam bentuk ruang.
2.4 GIS, Sistem Maklumat Eksekutif dan Perundangan Bagi Pengurusan Tanah Bencah
Kemajuan teknologi GIS, telah mewujudkan sistem penyimpanan dan perolehan data
dan pembuatan keputusan yang lebih baik bagi memudahkan pengurusan dan
pemuliharaan kawasan tanah bencah (Prikh et al, 2003). Teknologi GIS telah
digunakan sebagai jalan terbaik dalam menunjukkan perkaitan perhubungan ruang
dan hubungan dalaman bagi data perundangan dan kawasan kajian. Maklumat
berkaitan termasuklah kecerunan, guna tanah, jenis tanah, sistem hidrologi, fasiliti dan
sempadan kawasan. Pelan yang disediakan menggunakan teknologi GIS merupakan i
alat perancangan dan pengurusan awal. Pelan berfungsi sebagai rujukan yang lebih
jelas dan merupakan pemangkin bagi perbincangan mengenai isu berbanding tugasan
yang dibuat secara bersendirian (Smith, 1997).
Data perundangan yang lengkap dan teknologi GIS yang menunjukkan kombinasi isu
serta cadangan pembangunan kawasan kajian daripada rujukan data itu sendiri secara
-
28
tunggal telah menyediakan satu medium rujukan pengurusan dan perancangan yang
lebih efektif dan cepat. Data ini membantu perancangan, pengurus dan pemilik tanah
membincangkan dan membuat keputusan berasaskan fakta dan mengambil kira polisi,
perundangan dan garis panduan yang terlibat dalam sesuatu pembangunan berbanding
maklumat tanggapan. Rujukan yang baik akan dapat dilaksanakan dengan paparan
pelan dan jadual atribut berkaitan dengan kawasan kajian, isu dan pembangunan yang
sedang dipertimbangkan dihasilkan oleh GIS.
GIS mempunyai kebolehan menyemak dan mencapai data dengan lebih cepat dan
mudah. Lazimnya semakan perundangan dan garis panduan yang dijalankan
melibatkan kepada carian manual berasaskan kertas dan rujukan yang dibuat di dalam
pengurusan kesemuanya dijelaskan dalam bentuk bukan spatial. GIS dilihat
mempunyai kemampuan dalam memastikan sesetengah data perundangan dan garis
panduan yang bersesuaian dapat dirujuk dalam bentuk data ruang berasaskan rujukan
geografi. Antara peranan yang boleh diambil oleh GIS dalam memudahkan rujukan
perundangan dalam pengurusan adalah seperti di bawah:
i. Sistem Maklumat Berpusat
Dengan adanya sistem maklumat berpusat memudahkan kakitangan dalam
mencapai data dengan lebih jelas dan cepat. Sistem maklumat yang berpusat
ini juga dapat menjaga keselamatan data daripada hilang.
ii. Membantu dalam membuat keputusan dalam sistem pengurusan
Berdasarkan kepada data-data perundangan yang disimpan dalam bentuk
lembut melalui aplikasi GIS dapat memudahkan perancang dan pengurus
dalam mengurus dan menilai cadangan pembangunan kawasan tanah bencah
dan membantu membuat keputusan dengan terjemahan perundangan dan garis
panduan lebih jelas melalui kemudahan rujukan dalam bentuk ruang dan
bukan ruang yang disediakan melalui sistem EIS.
iii. Membantu mempercepatkan dan melicinkan proses pengurusan
Penerapan aplikasi GIS di dalam sistem pengurusan membolehkan pengurus
mencapai data data perundangan dan garis panduan berkaitan kawasan
kajian tanpa perlu berhadapan dengan timbunan rujukan garis panduan dan
-
29
akta yang mengandungi pelbagai bahagian yang memakan masa untuk
pencarian dan penterjemahan mengikut isu dan aktiviti yang ingin dijalankan
di kawasan kajian.
iv. Kaedah yang lebih berkesan dalam memberi kemudahan rujukan
kepada pengguna
Penggunaan GIS merupakan kaedah yang berkesan dalam memberikan
khidmat rujukan kepada pengguna kerana sifatnya yang mesra pengguna
memberikan panduan kepada kakitangan terutama pengurus dan perancang
dalam membuat keputusan pembangunan dan pengurusan bagi kawasan
tersebut. Mesra pengguna di sini bermaksud sifatnya yang mudah diguna iaitu
hanya menggunakan butang untuk akses paparan serta mengurangkan tugas
perolehan dengan kemudahan senarai pengurusan dan perundangan serta garis
panduan yang terlibat. Kesemua keperluan maklumat pengurusan berkaitan
perundangan akan dihubungkan bagi kemudahan rujukan pengurus seperti
akta yang terlibat bagi kawasan pilihan, laporan penilaian, cadangan
pembangunan , isu dan permasalahan serta gambar (sekiranya ada) .
Selain daripada itu, kemampuan implementasi GIS dalam melicinkan lagi pengurusan
terutama dari aspek perundangan adalah:
a) Reka bentuk bagi GIS dalam sistem perundangan dalam pengurusan
tanah bencah boleh dibangunkan dan diselaraskan mengikut kepada
keperluan perancangan bagi kemudahan perolehan data dan analisis
b) pelan yang selaras sesuai bagi perancang dan pengurus untuk
mengeluarkan nasihat dan menganalisis keutuhan sesuatu cadangan
pembangunan serta membuat keputusan
c) Membantu membangunkan sistem Geo-Reference
Implementasi sistem maklumat ini membantu pengurusan kawasan
tanah bencah berkaitan perundangan adalah mengikut kepada
peringkat a) pengumpulan data; b) pembangunan pangkalan data GIS;
c) pembangunan paparan pengguna; d) aplikasi pangkalan data GIS
(Birds Australia. 2002).
-
30
Bagaimanapun, pengukuhan pengurusan seharusnya diikuti dengan pembangunan
aplikasi sistem EIS. Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) menyediakan sebuah
pangkalan data yang komprehensif di dalam merancang, mengurus dan memantau
kawasan tanah bencah atau hutan paya bakau. EIS ini dibangunkan bagi
meringkaskan proses capaian pengguna terhadap data GIS dalam pangkalan data. Ia
menyokong serta membantu dalam proses persembahan pangkalan data GIS.
EIS memudahkan proses-proses semakan dilakukan dan carian menjadi mudah, tepat
dan cepat kerana sistem ini mampu memanipulasikan pelan dan data, iaitu
menyimpan, memapar, mencari dan sebagainya. Sistem ini membantu memastikan
perundangan bagi kawasan diintegrasikan dalam aktiviti pengurusan. Aplikasi EIS
membantu pengurus membuat rujukan perundangan dalam memastikan keputusan
yang dipertimbangkan adalah rasional. Sistem ini menyediakan capaian dan paparan
maklumat yang interaktif serta mempunyai ciri-ciri user friendly. Paparan maklumat
daripada pangkalan data yang telah dibangunkan mudah difahami dan efektif. Ia
mempercepatkan proses carian data dan mempunyai antara muka yang mudah dan
ramah pengguna Setiap maklumat kawasan dapat dihubungkan dengan maklumat
yang berkaitan bagi memudahkan pengurus membuat rujukan dan keputusan
perancangan (Al-Ghadban, 2000).
Secara umumnya, Sistem maklumat Eksekutif merupakan sebuah sistem maklumat
yang berasaskan komputer yang boleh mengendalikan data secara komprehensif
merangkumi ciri-ciri berikut:
i. Boleh memasukkan data spatial dan atribut.
ii. Boleh menyimpan data spatial dan atribut.
iii. Boleh memaparkan data spatial dan atribut.
iv. Boleh memanipulasi data spatial dan atribut.
v. Membenarkan aktiviti pengemaskinian data objek dan atribut.
vi. Mempunyai pangkalan data bersepadu, iaitu pangkalan data yang berasaskan
perkongsian data.
-
31
2.5 Sistem Maklumat Perundangan Bagi Pengurusan Tanah Bencah
2.5.1 Sistem Pengurusan Kawasan Tanah Bencah Natimuk-Douglas
Rajah 2.4: Contoh Perkaitan Perundangan Dalam Pengurusan Tanah
Bencah. Sumber: Management Plan for the Natimuk-Douglas Saline Wetland System, 2002.
Management Plan for the Natimuk-Douglas Saline Wetland System
merupakan sistem maklumat berasaskan web yang dibangunkan bagi
membenarkan capaian maklumat berkaitan kawasan tanah lembap/bencah
adalah cepat dan mudah. Sistem ini turut menyediakan maklumat mengenai
perlindungan perundangan kawasan tanah bencah bagi tujuan rujukan
maklumat. Berdasarkan kepada Rajah 2.4, maklumat perundangan yang
-
32
disediakan adalah lebih tertumpu kepada akta yang terlibat dalam program
pengurusan, agensi yang terlibat bagi pelaksanaan akta dan program serta
kesan daripada sesuatu akta ke atas kawasan tersebut. Didapati melalui
rujukan ini, peranan dan fungsi bagi sesuatu akta serta agensi yang terlibat
bagi pelaksanaan akta tersebut ke atas kawasan tanah bencah dapat dilihat
dengan lebih jelas. Bagaimanapun, paparan perincian setiap maklumat
perundangan (akta) tidak disediakan bagi memudahkan pengurus membuat
rujukan. Bentuk paparan yang disediakan hanya terhad kepada data bukan
spatial. Oleh itu, pelaksanaan dan pengguna pakaian perundangan bagi tujuan
pengurusan didapati kurang berkesan jika diaplikasikan dalam bentuk ruang.
2.5.2 Arkansas Wetland Resource Management Information System
Arkansas Wetland Resource Management Information System (AWRIMS)
merupakan sistem maklumat berasaskan web yang dibangunkan bagi
membenarkan capaian maklumat berkaitan kawasan tanah lembap/bencah
yang cepat dan mudah. Sistem ini menyediakan maklumat penting mengenai
aktiviti pemuliharaan, projek semasa dan cadangan pembangunan, garis
panduan dan perundangan serta program. Sistem AWRIMS menyediakan
kemudahan paparan pelan kawasan bagi pengguna asas iaitu paparan
maklumat asas dan bagi pengguna yang lebih mahir melibatkan analisis
ringkas seperti pertindihan lapisan data dengan aksessibiliti maklumat yang
lebih banyak berbanding pengguna asas. Kemudahan ini menggunakan
aplikasi GIS dalam penyediaan paparan data maklumat kawasan. Kemudahan
capaian maklumat perundangan dan garis panduan kawasan tanah bencah turut
disediakan namun teknologi GIS tidak diaplikasikan dan paparan hanya dalam
bentuk bukan ruang. Struktur bagi rujukan perundangan ini adalah
berdasarkan kepada peruntukan seksyen di dalam akta akta yang relevan bagi
pengurusan sumber jaya bagi kawasan kajian
-
33
Rajah 2.5: Paparan Antara muka Sistem AWRIMS
Sumber: http://AWRIMS.cast.uark.edu
Merujuk kepada Rajah 2.5, sistem ini menyediakan pelbagai menu termasuklah
sumber jaya kawasan, program, alat pemetaan; alat pemetaan asas, alat pemetaan
canggih dan alat analitikal status dan tren serta paparan perpustakaan berasaskan
maklumat digital. Bagi menu sumber jaya kawasan tanah bencah, maklumat
rujukan perundangan dan garis panduan sedia ada kawasan disediakan. Menu alat
pemetaan di aplikasi tujuan rujukan data spatial. Fungsi alat) ini disokong oleh
sistem pangkalan data GIS.
-
34
Rajah 2.6: Paparan Antara muka rujukan Maklumat Perundangan Bagi
Sistem AWRIMS Sumber: http://AWRIMS.cast.uark.edu
Berdasarkan kepada Rajah 2.6, rujukan perundangan bagi tujuan pengurusan
adalah dalam bentuk bukan ruang. Sistem ini menyediakan paparan maklumat
perundangan yang terlibat bagi kawasan tanah bencah tersebut, perincian
syarat/perkara perundangan, garis panduan penetapan zon serta definisi zon
dan kawasan tanah bencah yang telah termaktub di dalam undang-undang.
Kelemahan bagi sistem ini, maklumat perundangan (bukan spatial) tidak
dihubungkan dengan maklumat spatial yang telah disediakan di dalam sistem
ini seperti maklumat zon, guna tanah dan aktiviti serta program kawasan tanah
bencah. Maklumat perundangan hanya digunakan sebagai maklumat tambahan
dan sokongan bagi sistem dan bukan sebaliknya.
-
35
2.5.3 Conservation Management System
Conservation Management System (CMS) merupakan pakej perisian yang
direka bentuk bagi menguruskan kawasan pemuliharaan. Bahagian penerangan
kawasan bagi pelan pengurusan di keluarkan oleh sistem ini sendiri dan boleh
diubahsuai berdasarkan keperluan organisasi. Sistem ini menawarkan
penggunaan bentuk ruang (features) sebagai fokus utama pengurusan. Ia
mengambil kira kawasan yang terpilih dibawah peruntukan undang-undang
dengan akses kepada data aspek rekreasi, komuniti tempatan, stakeholders,
landskap dan data biologikal.
Sebagai contoh, sekiranya penerangan bagi pengurusan kawasan grassland
dikeluarkan program, kawalan tumbuhan, pengekalan pagar dan laluan serta
isu yang berkaitan dengan pertanyaan akan di senarai untuk rujukan pengurus.
Setiap projek akan menunjukkan pelan yang terperinci dalam membolehkan
keputusan pengurusan dibuat dengan baik. Perolehan data bagi sistem ini
berasaskan aplikasi sistem GIS.
2.5.4 Easy Access Coastal Information System
Sistem ini memudahkan semua badan kerajaan tempatan mencapai maklumat
zon pemuliharaan melalui antara muka pengguna yang mudah. Setiap kawasan
pesisiran pantai boleh dikenal pasti dan setiap jenis zon pembangunan iaitu
Coastal Regulation Zone (CRZ), High Tide Line (HTL) dan Low Tide Line
(LTL) boleh dipaparkan termasuklah maklumat kuantitatif. Pengguna boleh
memasukkan pelan bagi tapak kawasan pembangunan untuk dipadankan
dengan pelan CRZ yang telah ditetapkan bagi menentukan feasibiliti sesuatu
projek pembangunan.
-
36
Sistem ini membenarkan mana-mana pegawai mengesahkan status zon bagi
cadangan pembangunan dan memberikan kebenaran. Proses membuat
keputusan dapat dikurangkan melalui capaian Easy Access CIS. Pelan CRZ
yang terperinci dalam skala kadastral yang tersedia boleh dicapai oleh pegawai
peringkat tempatan bagi mendapatkan interpretasi garis panduan yang lebih
tepat. Fasiliti pertanyaan yang terdapat di dalam sistem CIS adalah kategori
HTL, LTL, CRZ dan zon tiada pembangunan, garis panduan garisan 500m &
200m, aktiviti terlarang dan dibenarkan jalan, laluan trek dan sebagainya.
Maklumat rujukan bagi perparitan, jaringan jalan, dan sebagainya diperolehi
dari syit topo dan carta hidrografik melalui aplikasi ArcGIS. Lokasi bagi
infrastruktur seperti pelabuhan, pusat perikanan, kawasan pelancongan dan
poligon guna tanah yang berbeza terkandung di dalam peta asas. Sistem ini
menyediakan maklumat mengenai definisi, peruntukan undang-undang dan
garis panduan boleh diperoleh daripada sistem CIS.
-
37
Rajah 2.7: Paparan Antara muka rujukan Maklumat Perundangan Bagi
Sistem Maklumat Pesisiran Pantai Sumber: A. Sreejith, K.V. Thomas, K.O. Badarees, 2002.
Rajah 2.7 menunjukkan paparan antara muka rujukan perundangan bagi sistem
maklumat pesisiran pantai Kerala yang umum. Berdasarkan contoh paparan di
atas, lapisan maklumat asas kawasan untuk tujuan rujukan seperti nama zon
sempadan telah disediakan. Bagi maklumat tambahan kawasan, ruangan kiri bagi
paparan rajah di atas, menyediakan menu maklumat fizikal kawasan, keadaan
sosioekonomi kawasan, senario pembangunan, kerapuhan serta pelan kategori
kawasan zon pesisiran pantai yang telah ditetapkan. Menu maklumat ini
memudahkan pengurus membuat perincian rujukan kawasan iaitu bergantung
kepada keperluan rujukan.
-
38
Paparan garis panduan bagi kawasan pesisiran pantai mengikut kepada zon dan garis panduan yang telah ditetapkan berdasarkan data reruang berasaskan rujukan geografi.
Rajah 2.8: Paparan Antaramuka rujukan Maklumat Perundangan Bagi
Sistem Maklumat Pesisiran Pantai Sumber: A. Sreejith et al., 2002.
Rajah 2.8 menunjukkan paparan data yang lebih terperinci mengikut kawasan
daerah pesisiran yang dipilih. Dalam contoh di atas, zon daerah Panchayat telah
dipilih. Kawasan yang dipilih iaitu dalam bentuk ruang dihubungkan dengan
perincian data perundangan dan garis panduan kawasan zon. Paparan maklumat
kategori zon kawasan serta jenis kategori juga turut disediakan. Ini memudahkan
pengguna untuk merujuk data perundangan dalam bentuk ruang. Setiap kategori
kawasan dan jenis kategori menyediakan keperluan paparan maklumat garis
panduan yang berbeza. Pengguna dapat memilih kawasan lain melalui menu
browse map di bahagian kiri paparan antara muka. Rujukan terperinci ini juga
turut menyediakan kemudahan rujukan maklumat tambahan lain seperti dalam
Rajah 2.7.
-
39
Reka bentuk sistem ini yang menghubungkan maklumat ruang (pelan pengezonan
dan sebagainya) dan maklumat perundangan, dilihat telah memberikan satu
medium rujukan yang lebih mudah dan jelas untuk difahami terutama bagi tujuan
aktiviti pengurusan yang melibatkan tindakan di atas tanah ( implikasi ruang).
Implikasi perundangan ke atas ruang dapat diperlihatkan secara jelas melalui
konsep hubungan seperti ini. Walau bagaimanapun, maklumat ruang perlulah
bukan sahaja terdiri daripada maklumat mentah kawasan malah memerlukan
peringkat analisis dalam menghasilkan kategori pecahan zon kawasan dalam
memudahkan lagi rujukan perundangan dan garis panduan dibuat.
2.6 Rumusan
Garis panduan dan perundangan merupakan aspek penting dalam pengurusan
kawasan tanah bencah. Peruntukan bagi tanah bencah adalah tidak jelas dalam
mekanisme perundangan semasa yang menunjukkan masalah pembangunan tidak
mampan. Status perundangan bagi kebanyakan kawasan tanah bencah kekal tidak
jelas di sesetengah negara; kualiti dan pelaksanaan tanah bencah berkait dengan
perundangan adalah lemah. Peraturan dan garis panduan umumnya hanya
dikeluarkan dan kekal di dalam buku dan kurang dikuatkuasakan. Faktor utama
penyumbang kepada senario ini adalah kekurangan kakitangan dan sumber di
kebanyakan negara (Tolentino Jr., 1999).
Perkembangan terkini dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi dalam era dunia
bermaklumat ini, didapati boleh memudahkan proses pengurusan seterusnya
mempercepatkan kepada membuat keputusan dan tindakan. Aspek aspek penting
yang perlu dititik beratkan seperti sempadan, cadangan pembangunan dan garis
panduan dalam pengurusan kawasan tanah boleh dijadikan sebagai asas dalam mereka
bentuk sistem maklumat perundangan yang diperlukan semasa aktiviti pengurusan.
Penstrukturan guna pakai perundangan dalam sistem pengurusan ini, amat diperlukan
dalam memastikan pelaksanaan yang dijalankan lebih kemas dan sistematik dalam
-
40
masa yang sama memudahkan pihak pengurusan untuk membuat penilaian dan
keputusan dengan baik dan pantas. Rangka polisi dan perundangan boleh dijadikan
sebagai rujukan dan panduan bagi proses pengurusan. Garis panduan yang lebih
terperinci bagi pengurusan dalam kawasan kajian seperti jarak zon penampan,
klasifikasi kawasan pengurusan dan kawasan kelonggaran bagi tanah bencah akan
dapat dicapai dan di terjemah dengan lebih baik sekiranya ianya direkodkan dalam
bentuk ruang.
-
41
BAB 3
SISTEM PENGURUSAN TAMAN NEGARA JOHOR
Bab ini akan membincangkan mengenai sistem pengurusan semasa yang sedang
diamalkan oleh Perbadanan Taman Negara Johor dalam menguruskan serta mengawal
pembangunan bagi kawasan pentadbirannya.
Perbincangan ini akan melibatkan carta organisasi badan pengurusan, proses semasa
yang terlibat berdasarkan Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor, 1986, yang
merupakan undang-undang sedia ada dalam memandu arah sistem pengurusan
kawasan kajian oleh Perbadanan Taman Negara Johor. Penumpuan akan lebih
diberikan kepada proses pengurusan semasa bagi kawasan tapak kajian, bagaimana
keputusan pengurusan dibuat, rujukan yang terlibat dalam proses tersebut sama ada
melibatkan garis panduan, akta atau dokumen perundangan lain serta persediaan yang
terlibat sebelum pengurus ke tapak.
-
42
3.1 Pengenalan
Tanjung Piai adalah merupakan Taman Negeri dan pengurusan pentadbiran kawasan
di bawah tanggungjawab Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ). Bagi Sungai Pulai
pula, pengurusan kawasan Sungai Pulai sebelum ini adalah di bawah pentadbiran
Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Ini berikutan kawasan ini merupakan Rizab Hutan
Paya Bakau. Walau bagaimanapun, Perbadanan Taman Negara Johor telah
mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Johor supaya Hutan bakau Simpan Sungai
Pulai dijadikan sebagai Taman Negara Johor. Ini bermakna, bidang kuasa pengurusan
Jabatan Perhutanan Negeri akan dipindah alih kepada kuasa pengurusan Perbadanan
Taman Negara Johor (PTNJ). Cadangan yang telah diketengahkan oleh PTNJ ini
adalah respons susulan daripada penggazetan tiga kawasan sumber jaya penting
sebagai tapak Ramsar pada Mac 2003 iaitu Tanjung Piai, Sungai Kukup dan Sungai
Pulai. Penggazetan kawasan tapak baru ini telah diberikan kuasa pengurusan kepada
PTNJ dalam memastikan aktiviti perancangan pengurusan yang dijalankan mestilah
memenuhi syarat dan terma yang telah digariskan di dalam Ramsar Convention
(1971). Kesan daripada penggazetan ini, berlaku pertindihan tugas yang jelas di antara
PTNJ dan Jabatan Perhutanan Negeri. Tapak RAMSAR mencakupi kepentingan pada
peringkat antara bangsa berbanding dengan Rizab Hutan Paya Bakau yang
mempunyai kepentingan di peringkat negeri dan nasional. Oleh itu bidang pengurusan
yang perlu dijalankan oleh PTNJ adalah meliputi skop yang luas dengan mengambil
kira peruntukan dan garis panduan yang telah digariskan dalam RAMSAR Convention
(1971) serta perundangan sedia ada yang telah digunakan. Manakala kawasan Rizab
Hutan Paya Bakau Sungai Pulai pula hanya melibatkan peruntukkan perundangan dan
garis panduan yang telah ditetapkan oleh jabatan itu sendiri. Keadaan ini akan
menyukarkan aktiviti pengurusan kawasan Tanjung Piai dan Sungai Pulai.
Pada masa ini, keputusan masih belum diperoleh daripada pihak Kerajaan Negeri dan
Rizab Hutan Paya Bakau Sungai Pulai secara asasnya adalah di bawah pentadbiran
dan pengurusan Perbadanan Taman Negara Johor bersama-sama dengan Jabatan
Perhutanan Negeri Johor dan dikawal selia oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar.
-
43
3.2 Tapak Ramsar dan Implikasi Penggazetan Kawasan Kajian.
Berdasarkan kepada Laporan Penilaian Kesan alam Sekitar (2001), kawasan tapak
kajian telah memenuhi 75% bagi 8 kriteria yang telah ditetapkan oleh RAMSAR
Convention (1971) (Ramakrishna et al., 2001). Kawasan yang terpilih sebagai tapak
Ramsar mempunyai kepentingan yang tinggi pada peringkat internasional. Di bawah
Ramsar Convention ini, pengurusan di tapak kawasan kajian dapat dikukuhkan dan
dipertingkatkan melalui pendekatan konsep pengurusan yang mampan bagi sumber
jaya hutan. Melalui penggazetan tapak Ramsar yang berskala besar ini, akan
membantu menyediakan zon penampan ke atas impak pembangunan di dalam
kawasan. Cadangan penambahan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pembangunan
Tekno Budaya dalam kawasan kajian memberi kesan masa depan ke atas ekosistem
paya bakau. Pembangunan pelan pengurusan bagi tapak Ramsar akan membantu
memastikan kemapanan pembangunan masa hadapan di kawasan sekitar tapak serta
membantu mengintegrasikan perancangan pembangunan dan perancangan sumber
jaya di Johor Selatan-barat (Ramakrishna et al., 2001). Penggazetan tapak Ramsar
telah membawa kepada keperluan mengintegrasikan perundangan yang berkaitan
dengan kawasan tapak iaitu bermula dari peringkat kawasan sehinggalah ke peringkat
nasional. Integrasi ini akan menjadikan kawasan tapak Ramsar dilindungi dengan
ketat daripada sebarang impak aktiviti yang berlaku di dalam atau di sekitarnya.
Selain itu, pengurusan kawasan ini akan menjadi lebih jelas kerana dipandu arah oleh
garis panduan yang telah ditetapkan oleh Ramsar Convention (1971).
3.3 Carta Organisasi Pengurusan
Pemahaman awal mengenai struktur organisasi pengurusan tapak adalah penting
dalam memperjelaskan fungsi dan struktur sistem maklumat perundangan bagi
pengurusan kawasan tanah bencah yang akan direka bentuk. Pemahaman struktur
organisasi semasa Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) secara keseluruhan, dapat
-
44
membantu kepada pemahaman peranan pengurusan bagi kawasan tapak kajian itu
sendiri.
Rajah 3.1 menunjukkan carta organisasi semasa yang melibatkan pengurusan
kawasan tapak Ramsar oleh Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ). Berdasarkan
kepada Rajah 3.1, penstrukturan organisasi badan ini adalah berpandukan kepada
pembahagian bidang kerja yang khusus iaitu melibatkan pengurusan, pentadbiran dan
pembangunan bagi keseluruhan kawasan pentadbiran PTNJ termasuklah Endau
Rompin, Tanjung Piai, Sungai Pulai, Pulau Kukup, Kepulauan Mersing dan Gunung
Ledang; bahagian ini berfungsi sebagai pejabat utama. Ini diikuti oleh bahagian
pengurusan tapak Ramsar iaitu melibatkan pengurusan kawasan yang telah digazet
sebagai tapak Ramsar iaitu terdiri daripada kawasan Tanjung Piai, Sungai Pulai dan
Pulau Kukup. Aktiviti pengurusan bagi kawasan tapak yang telah ditetapkan ini,
memberi perhatian yang lebih kepada mana-mana peruntukan atau garis panduan
yang telah ditetapkan dalam Ramsar Convention (1971). Akhir sekali merupakan
bahagian pengurusan taman ya