Download - Pembukaan Seminar
SEMINAR
MEDIA BAHARU:
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
11-12 April 2013
Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera
dan Sains Sosial, UM
PROGRAM 11 April 2013
8.00 – 9.00 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 – 9.15 pagi
Ucapan alu-aluan oleh pengerusi
seminar
Prof. Madya Dr. Shakila Yacob
9.15 – 9.30 pagi
Ucapan Perasmian
Dekan, Fakulti Sastera & Sains
Sosial
Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad
Redzuan Othman
Sesi Pertama
9.30 – 10.45 pagi
Sejarah dan Media Baharu:
Pembinaan Modul Sejarah
Prof. Madya Dr. Shakila Yacob
10.45 – 11.00 pagi
Rehat
SESI KEDUA: 11.00 -12.15 tengahari
Bengkel pengajaran dan
pebelajaran Sejarah menggunakan
pendekatan web-based: Geografic
Information System (GIS)
Dr. Rosilawati Zainol
SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI
Penceramah Jemputan
2.00 – 3.00 petang
What do we learn when
we digitize EVERYTHING?
Profesor Harold Thwaites
Profesor Harold Thwaites adalah profesor
perunding di Universiti Malaya dan Pengarah
Centre for Creative Content and Digital
Innovation. Beliau pernah berkhidmat sebagai
Profesor Madya di Concordia University,
Montreal selama 31 tahun sebelum dilantik
sebagai Dekan Fakulti Multimedia Kreatif di
Universiti Multimedia.
Sesi Keempat
3.00-3.45 petang
Penggunaan ICT dalam
pendidikan
Dr. Norizan bt Mohd Yasin
Sesi Kelima: 3.45 - 4.15 petang
Pendekatan Visual:
Pentadbiran Brooke di
Sarawak
Dr. Suffian Mansor
dan
Cik Rozaini bt Ahmad
Sesi Keenam
4.15 - 4.45 petang
Penggunaan Statistik dalam pengajian
Sejarah: Migrasi Orang Jawa ke Tanah
Melayu (1911-57).
Cik Nurul Syarmimi Anis bt Abd Aziz Tahun Jumlah penghijrah
(orang)
1911 117,600
1921 170,200
1957 342,600
1911 1921 1957
117,600 170,200
342,600
Jumlah penghijrah Orang Jawa ke
Tanah Melayu, 1911-1957
Jumlah penghijrah (orang)
1957
Singapura Pulau-Pinang Melaka
Perak Selangor N. Sembilan
Pahang Johor Kedah
Kelantan Terengganu Perlis
Sesi Ketujuh
4.45 - 5.15 petang
Pendekatan Biografi:
Kajian kes Tun Tan Cheng Lock
Prof. Madya Dr. Shakila Yacob
dan
Cik Nurul Syarmimi Anis bt Abd
Aziz
5.15 petang
SESI BERGAMBAR
DATARAN SASTERA
Universiti Malaya
Program
12 April 2013
SESI PERTAMA: 8.30 – 9.45 pagi
Kajian Kes Sejarah Sosial: Sejarah
bandar Kuala Lumpur.
Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus
dan
Cik Nik Afifah binti Nik Mustafa
Sesi Kedua: 9.45-10.15 pagi
Bengkel aplikasi penggunaan
media baharu dalam pengajian
Sejarah
En. Muhamad Nur Akramin
Sulaiman
SESI KETIGA: 10.30-11.15
SAMBUNGAN :
Bengkel aplikasi penggunaan
media baharu dalam pengajian
Sejarah
En. Muhamad Nur Akramin
Sulaiman
Sesi Keempat: 11.15 – 11.45 pagi
Penambahbaikan kurikulum
Sejarah Tingkatan Lima
Prof. Madya Dr. Shakila Yacob
Sesi Kelima: 11.45 – 12.30
tengah hari
Maklum balas dan
penilaian peserta
12.30 tengah hari
Makan Tengahari
&
Seminar tamat
PROFIL
Prof. Madya Dr. Shakila Yacob
Shakila Yacob (Profesor Madya Dr) ialah Profesor
Madya di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan
Sains Sosial, Universiti Malaya dan mantan
Timbalan Pengarah II, Institut Antarabangsa
Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), UM
(2006-2009). Beliau menerima ijazah Doktor
Falsafah (Pengurusan) daripada University of
Reading, United Kingdom. Bidang pengkhususan
dan penyelidikan beliau ialah Sejarah
Perniagaan (Business History) dan Perniagaan
Antarabangsa (International Business). Dr
Shakila telah menjalankan kajian mengenai
sejarah perniagaan antarabangsa pada era
kolonialisme dan pascakolonialisme Malaysia
khususnya pelaburan langsung asing dan
perdagangan Amerika Syarikat.
Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama
lebih dua dekad dalam bidang sejarah terutama
sejarah awal dan moden Amerika Syarikat. Buku
terbitan Dr Shakila dalam bidang pengkhususan ini
adalah Amerika Syarikat: Pembentukan Negara
Bangsa (DBP: Kuala Lumpur, 2005), The United States
and the Malaysian Economy (Routledge: London, 2008).
Dr Shakila juga telah menerbitkan ulasan buku and
artikel dalam jernal antarabangsa merujuk bidang
sejarah perniagaan dan perniagaan antarabangsa.
Antaranya yang mendapat sambutan adalah Shakila
Yacob and Nicholas J. White, ‘The Unfinished Business of
Malaysia's Decolonisation: The Origins of the Guthrie
Dawn Raid’, Modern Asian Studies, 44.5 (2010).
Dr Shakila juga telah menerbitkan ulasan buku and
artikel dalam jernal antarabangsa merujuk bidang
sejarah perniagaan dan perniagaan antarabangsa.
WACANA ILMU SEJARAH: Dr Shakila
Yacob
Petikan
“Langkah memperkenalkan lulus wajib
subjek Sejarah ini bertujuan, pertamanya,
memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia.
Kedua, menonjolkan kepentingan dan
kerelevanan ilmu sejarah dalam setiap
aspek kehidupan rakyat Malaysia. Akhir
sekali memperkasakan legasi sejarah
Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian
masyarakat selari dengan perjuangan
1Malaysia.”
Tindakan ini harus dipandang serius kerana,
berbeza dengan masyarakat Barat
contohnya, masyarakat Malaysia yang rata-
rata buta sejarah sering meremehkan
kepentingan ilmu sejarah dan jarang
memberi penghormatan kepada para
sejarawan yang secara langsung dan tidak
langsung menyumbang kepada
pembangunan negara melalui usaha
penyelidikan dan penulisan sejarah negara
dan bangsa.
Usaha ini memerlukan pengorbanan masa
serta kebijakan membuat intepretasi tanpa
sebarang sifat prejudis, propaganda, dan
stereotaip. Sejarah yang bernas ditulis
berlandaskan fakta dan bukti serta
intepretasi yang matang yang mengambil kira
bukan sahaja konteks tempatan tetapi juga
dunia.
Shakila Yacob, 19 November 2010
PROFIL
Dr. Suffian b. Mansor
Dr Suffian merupakan pensyarah kanan dan
ketua jabatan di Jabatan Sejarah, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM).
Beliau menamatkan pelajaran di peringkat
Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian di UM
dan menyambungkan pelajaran di peringkat
Sarjana dalam bidang Pengajian China Moden
di Universiti Leeds, United Kingdom. Beliau
memperoleh Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam
bidang Sejarah China Moden di Universiti
Bristol di United Kingdom. Kepakaran beliau
adalah dalam Sejarah Cina Moden dan Sejarah
Sarawak.
PROFIL
Dr. Ahmad Kamal Ariffin b. Mohd Rus
Dr Kamal merupakan pensyarah kanan di
Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains
Sosial, Universiti Malaya (UM). Beliau
melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah
Sarjana Muda sehingga Ijazah Kedoktoran
(Ph.D) di Universiti Malaya. Bidang
kepakaran beliau adalah Sejarah
Pentadbiran Malaysia sebelum 1957 dan
Sejarah Sosial Malaysia.
PROFIL
Dr. Norizan bt. Mohd Yasin
Dr Norizan merupakan pensyarah kanan di Jabatan
Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat di Universiti Malaya (UM). Beliau
mendapat segulung Diploma dalam Pentadbiran Awam di
Universiti Tenologi Mara (UiTM) (1983). Kemudian beliau
menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda
dalam Pentadbiran Perniagaan (1985) dan peringkat
Sarjana dalam bidang Sistem Maklumat Komputer ,
Universiti Miami, Amerika Syarikat(1989) .Beliau
memperoleh Ijazah Kedoktoran (Ph.D) (2007)daripada
Universiti Manchester, United Kingdom dalam bidang
Perusahaan Perancangan Sumber. Bidang kepakaran
beliau adalah Pegurusan Sistem Maklumat (Proses taburan
data, Rekabentuk Sistem dan Perusahaan Perancangan
Sumber), Bahagian Sistem Sokongan dan maklumat, dan
Komputer dan Teknologi Komunikasi (ICT) dan e-
pembelajaran (e-learning).
PROFIL
Dr. Rosilawati bt. Zainol
Dr Rosilawati merupakan pensyarah kanan di
Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah,
Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM).
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda
dalam BA (cum laude), ARKANSAS STATE
UNIVERSITY dan melanjutkan pelajaran ke
peringkat Sarjana dalam bidang MIMT di
Universiti Tun Abdul Razak. Beliau
memperoleh Ijazah kedoktoran (Ph.D)
daripada Universiti Teknologi Mara (UITM)
dalam bidang Sains. Bidang kepakaran beliau
adalah Sistem Informasi Geografi (GIS),
Pembangunan Masyarakat dan Perancangan
Bandar dan pengurusan (Web GIS).
PROFIL
En. Muhamad Nur Akramin b. Sulaiman
Encik Akramin merupakan Penolong Penyelidik di
Pengajian Harta Tanah Bandar dan Regional (SURE),
Fakulti Alam Bina. Beliau mempunyai pengalaman
sebagai Pengajar/Tutor di Rancangan Pengajian
Perbandaran dan Perancangan (RPPP), Fakulti Sastera
dan Sains Sosial dari tahun 2008 hingga tahun 2011 dan
pernah mendapat anugerah BRONZE pada International
Conference Exposition on Inventions of Institutions of
Higher Learning, PECIPTA 2011. Beliau merupakan
lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian
daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial tahun 2007
(Major : Rancangan Pengajian Perbandaran dan
Perancangan, Minor : Sejarah). Pada 3 Oktober 2012
beliau telah dianugerahkan Sarjana Sastera dalam
bidang Ekonomi Bandar (penyelidikan) daripada fakulti
yang sama dan dalam perancangan untuk menyambung
pelajaran di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang
Geography Information System.
PROFIL
Cik Nurul Syarmimi Anis bt. Abd Aziz
Cik Nurul Syarmimi adalah penolong
penyelidik kepada Prof. Madya Dr. Shakila
Yacob di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera
dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Beliau
melanjutkan pelajaran di peringkat
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran, Universiti Malaya dan
menyambungkan pelajaran ke peringkat
Sarjana dalam bidang Statistik Gunaan di
fakulti dan universiti yang sama. Beliau
dalam perancangan untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat Ijazah Kedoktoran
(Ph.D).
PROFIL
Cik Rozaini binti Ahmad
Cik Rozaini adalah pembantu
penyelidik kepada Dr. Suffian Mansor
di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera
dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Beliau melanjutkan pelajaran di
peringkat Ijazah Sarjana Muda
Sastera dalam bidang Sejarah di
Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Universiti Malaya dan sekarang sedang
menyambungkan pelajaran di
peringkat Sarjana dalam bidang
Sejarah Malaysia di fakulti dan
universiti yang sama.
PROFIL
Nik Afifah bt Nik Mustafa
Cik Nik Afifah merupakan pembantu
penyelidik kepada Dr. Ahmad Kamal Ariffin
bin Mohd Rus. Beliau memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Sejarah (Major: Sejarah,
Minor: Alam Sekitar) daripada Fakulti
Sastera dan Sains Sosial,Universiti Malaya
dan sekarang sedang meneruskan
pelajaran di peringkat Sarjana Sastera
dengan pengkhususan dalam Sejarah
Malaysia di fakulti dan universiti yang
sama. Bidang kajian yang dijalankan oleh
beliau sekarang dalam pengajian Sarjana
adalah berkenaan Sejarah Kesihatan
SEMINAR
MEDIA BAHARU:
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
SALAM KOLABORASI
DAN SELAMAT MAJU JAYA DEMI
NEGARA & BANGSA