KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
KENYATAAN SEBUT HARGA
(SEBUT HARGA NO. KPKT/CPPP/UB/SH/2/2017)
Sebut Harga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Di Negeri Selangor dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-
Pejabat yang memanggil
Sebut Harga
Tajuk Sebut Harga
Taraf / Jenis Sykt *
Kelayakan
Tempat &
Tarikh Dokumen Diperolehi
Harga
Dokumen & Bayaran Atas
Nama
Tempat, Tarikh & Waktu Sebut Harga Ditutup
Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek
Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Dalaman Dan Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Pangsapuri PKNS Seksyen 18, Shah Alam, Selangor. (Fasa 1)
Terbuka
CIDB Gred G2 Kategori ME Pengkhususan M15
Aras 1, Kaunter 11, Unit Kaunter Setempat, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 24 Julai 2017
(Isnin) hingga
31 Julai 2017 (Isnin)
PERCUMA
(Tanpa Bayaran)
Aras 1, Kaunter 11, Unit Kaunter Setempat, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 31 Julai 2017
(Isnin) 12.00 Tengah
Hari
Taklimat Projek dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN Berkumpul di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Jalan 18/43, Shah Alam, Selangor
pada 24 Julai 2017 (Isnin) jam 10.00 pagi
Sebut Harga ini mesyaratkan bahawa hanya Penama yang tercatat di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil
Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dibenarkan untuk menyertai Taklimat Projek dan Lawatan Tapak . Sila bawa bersama salinan sijil (PPK, SPKK) semasa lawatan tersebut.
Dokumen Meja Sebut Harga boleh disemak dan Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi di pejabat berkenaan semasa waktu pejabat (Isnin hingga Khamis – 8.30 pagi hingga 1.00 petang dan 2.00 petang hingga 4.30 petang. Jumaaat – 8.30 pagi hingga 12.15 tengahari dan 2.45 petang hingga 4.30 petang) mulai 24 Julai 2017 (Isnin).
Dokumen Sebut Harga hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor dikehendaki mengemukakan bukti pendaftaran dengan CIDB dengan menunjukkan Perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan masih sah sehingga tarikh tutup Sebut Harga.
*Jenis Syarikat Tempatan: T1 - Syarikat 100% milik tempatan