Download - Pembelajaran Berpusatkan Murid
![Page 1: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/1.jpg)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT
JOHOR DARUL TAKZIM
KUMPULAN: PISMP GSTT AMBILAN JUN 2013 OPSYEN: PRASEKOLAH SEMESTER: 1
PRA 3102Pensyarah : Pn. Saedah BT Sukiran
Ahli Kumpulan : Lee Shun Fong (890216-59-5400) Yap Shi Zhee (900529-04-5174)
![Page 2: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/2.jpg)
Pembelajaran Berpusatkan
Murid
![Page 3: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/3.jpg)
Murid memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan atau secara individu.
![Page 4: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/4.jpg)
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak
masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid.
Kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan,
penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan
sumbangsaran menjadi pertimbangan asas semasa
menggunakan strategi pemusatan murid.
![Page 5: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/5.jpg)
CIRI-CIRI BERPUSATKAN MURID
![Page 6: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/6.jpg)
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka.
Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
![Page 7: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/7.jpg)
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.
Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani.
Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan murid.
Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan.
![Page 8: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/8.jpg)
Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, bekerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.
Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian.
Strategi pemusatan murid, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
![Page 9: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/9.jpg)
Kekuatan
o Dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar kerana murid semua murid terlibat dalam kelas.
o Menimbulkan rasa yakin setiap murid kerana murid dapat menyampaikan idea secara bebas.
o Dapat memahami minat murid dengan lebih mendalam dengan ini mudah bagi guru dalam proses pengajaran.
o Interaksi guru dengan murid akan lebih lancar dengan guru memberikan fokus sepenuhnya kepada murid.
o Banyak masa diperuntukkan untuk aktiviti murid sahaja.o Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka.o Guru dapat mengetahui tahap kemampuan murid.
![Page 10: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/10.jpg)
Kelemahan
Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid.
Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh. Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru
akan menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai.
Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan tidak bagus.
Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran.
Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi
![Page 11: Pembelajaran Berpusatkan Murid](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082315/55cf91a5550346f57b8f39db/html5/thumbnails/11.jpg)